assighment kemahiran hidup mei 2011

Upload: haslinda-md-pee

Post on 07-Jul-2015

135 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MEI TAHUN 2011

HBLS 3103 ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

680701086209002 680701-08-6209 019-4151075 [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN :

IPGM KAMPUS IPOH

Pendahuluan Setiap bangunan yang dibina memerlukan pintu sebagai laluan keluar dan masuk ke dalam atau antara ruang bangunan tersebut.Saiz dan jumlah pintu harus sesuai dengan bangunan yang dibina. Pintu boleh dibuka dan ditutup bagi membolehkan kemasukan dan menghalang kemasukan untuk tujuan keselamatan. Pintu memainkan peranan sebagai perintang kepanasan, penebat kebisingan dan juga sebagai sebahagian daripada dinding untuk merintang cuaca. Fungsi utama pintu dapat membuat sekatan ruang dalam sesebuah bangunan. Pintu yang dihasilkan terbahagi kepada dua jenis yang utama iaitu kerangka dan daun pintu. Kerangka pintu Kerangka pintu merupakan bingkai yang dibina sebelum daun pintu disiapkan. Kerangka pintu mestilah teguh dan kuat untuk menampung binaan pintu. Saiz daun pintu bergantung dengan kerangka pintu yang dihasilkan.Pemilkihan kayu yang berkualiti dan tahan lama adalah penting untuk menghasilkan kerangka pintu. Daun pintu Jenis atau bentuk daun pintu bergantung kepada kerangka pintu.Daun pintu merupakan bahagian yang berada di antara kerangka pintu. Bahan-bahan yang lazim digunakan untuk membentuk daun pintu adalah kayu, logam, kaca dan plastik. Kebiasaanya untuk pintu utama hampir 80% peratus terdiri daripada kayu dan 20% terdiri daripada kaca. Pemilihan kaca untuk daun pintu bertujuan membenarkan sedikit cahaya masuk ke ruang rumah. Pemilihan kaca adalah bersifat lutcahaya dan kukuh. Kebiasaan kaca yang digunakan adalah yang bercorak untuk memberi kesan yang menarik pada daun pintu.

1

1. Lukisan Kerja Pintu Panel

Pintu Enam Panel dan Kerangka Pintu

Langkah Kerja Pembinaan Pintu 4 Panel 1. Membina tanggam Membina tanggam merupakan langkah pertama dalam pembinaan pintu berpanel. Setiap tanggam yang akan dibentuk mestilah bersesuaian dengan panel yang dipilih. Pembinaan tanggam mestilah kukuh dan kemas.

Menggukur dan membentuk tanggam dilakukan dengan menggunakan sesiku L dan tolok penanda. Tolok penanda berperanan untuk menanda bahagian tanggam yang akan pahat untuk membentuk lurah.

Membentuk lurah tanggam dengan kaedah memahat. Sebelum memahat bahagian lurah. Gergaji puting digunakan untuk menggergaji bahagian yang akan dipahat. Kerja memahat perlu dilakukan dengan teliti agar tidak merosakankan bahagian lurah.

Tanggam pemidang, adalah tanggam yang biasa digunakan dalam pembinaan rangka kayu yang berbentuk pemidang. Bahagian kayu disambungkan pada hujungnya dari tepi ke tepi. Contohnya ialah pada pintu berpanel, pemidang gambar, meja, kerusi dan lain lain lagi. Setelah siap tanggam pemidang dibentuk. Kedua-dua bahagian tanggam akan dicantumkan.

Tangam pemidang digunakan pada penjuru kerangka pintu panel. Tanggam jenis ini amat sesuai untuk kerangka pintu berpanel. Selain itu, tanggam pemidang adalah lebih kukuh kerana mampu memegang penjuru bingkai pintu dengan lebih kemas. Setelah siap dipasang dan uji ketepatan. Tanggam akan dicantum diantara satu sama lain. Kekuatan tanggam dan kekukuhan tanggam memberi impak pada pintu panel yang akan dibentuk. Membentuk tanggam perlu berhati-hati. Ini untuk mengelak tanggam yang dibentuk tidak sama saiz dengan pasangan tanggam yang lain. Sekiranya saiz berbeza, tanggam yang dicantum akan longgar sedikit.

Tanggam lekap palang, tanggam ini akan digunakan pada bahagian tengah pintu panel. Tanggam lekap palang akan bersilang antara satu sama lain. Panel pintu akan dipasang pada bahagian tengah bingkai. Untuk mengukuhkan kedudukan panel pintu lurah akan dibentuk pada bahagian tengah daun pintu. Membina tanggam dan mencantum tanggam, perlu menggunakan bahan cantuman yang sesuai. Bahan cantuman yang biasa digunakan ialah glu dan paku. Glu akan dibiarkan kering selama 24 jam. Hal ini, untuk memberi kekemasan yang terbaik pada kerangka bingkai pintu panel dan kedudukan tanggam antara satu sama lain. Oleh itu, kerja-kerja mengukur perlu dilakukan dengan tepat. Setelah tanggam dipasang, ketepatan dan kekuatan tanggam akan diuji. Mengglu, pilih glu yang sesuai dengan bahan yang digunaan. Pastikan bahagian-bahagian yang perlu, telah dipasang . Biarkan bahagian yang diglu kering sekurang-kuarangnya satu hari semalam Memaku adalah satu proses untuk mengukuh kedudukan tanggam. Gunakan paku yang sesuai , jika papan nipis paku yang kecil dan pendek perlu digunakan. Kesan paku pada kayu dapat dihilangkan dengan menggunakan tepung penyumbat.

2. Jenis Kayu untuk Pintu Panel

Pemilihan kayu amatlah penting untuk membina kerangka dan panel pintu. Pemilihan kayu bergantung pada kedudukan pintu. Sekiranya pintu tersebut adalah pintu utama maka kayu yang dipilih mestilah yang bermutu tinggi dan tahan hujan serta panas. Kayu kumpulan A dan C yang

mempunyai sifat keras dan berat serta keras ringan amat sesuai digunakan untuk pintu utama berpanel. Kayu resak sangat sesuai untuk kerangka pintu. Kayu resak mempunyai kekuatan tekanan 4.9-11.45N/mm. Oleh itu, kayu resak sesuai untuk kerangka pintu.

Kayu keras dan ringan dalam kumpulan C juga boleh digunakan untuk kerangka dan panel pintu. Kayu nyatuh yang mempunyai berat 758kg/m adalah pilihan ramai masyarakat di Malaysia untuk dijadikan pintu utama dan juga kabenet dapur. Kayu ramin juga boleh digunakan untuk membina panel pada pintu. Kayu ramin yang mepunyai berat 657kg/m. Selain itu, kayu sepetir dan kayu getah juga sesuai digunakan untuk membina panel pada pintu. Pemilihan kayu juga perlu dilihat pada ira kayu. Sekiranya ira kayu lurus, maka kayu akan senang dipotong. Sifat kayu dari segi kekuatan, kekuatan tegangan, kekuatan mampatan, kekuatan ricih, kekuatan lenturan statik, kekerasan kayu dan rintangan terhadap hentaman dan rekahan amat penting dinilai sebelum dikerjakan.

3. Alatan Untuk Pembinaan Pintu Panel

Ketam, gergagi puting, ragum meja, tolok penanda, pahat, sesiku L, tolok bersengat, tukul, gandin, gergaji bulat dan mesin pelelas amat penting dalam kerja-kerja kayu. Setiap alatan tersebut mempunyai fungsi tertentu dalam kerja kayu.