assgnmnt highway

4
PENGENALAN Sesebuah Negara memerlukan sistem pengangkutan yang dapat memberikan perkhidmatan yang sistematik, selesa dan selamat kepada pengguna jalan raya. Pertambahan bilangan penduduk secara langsung menyebabkan berjuta kenderaan dan ini menyebabkan jalan raya yang berkualiti perlu disediakan. Oleh itu, kerja-kerja pemuliharaan dan peyelenggaraan jalanraya hendaklah dilakukan mengikut jadual yang telah ditetapkan bagi memastikan tahap kebolehkhidmatan sesuatu jalan sentiasa dalam keadaan memuaskan. Permukaan jalan yang sempurna tanpa sebarang kerosakan akan menghasilkan pemanduan yang lancar dan selesa kepada pengguna jalanraya. Walaubagaimanapun, penyenggaraan jalan raya perlu dilakukan untuk memastikan ianya kekal selesa, selamat dan berkualiti. Ini kerana jalan raya sering mengalami kegagalan dan kecacatan pada permukaannya. Kegagalan dan kecacatan ini berpunca daripada faktor iklim, kesan penggunaan kenderaan dan usia jalan. Pelbagai kaedah digunakan untuk mengatasi masalah ini antaranya

Upload: ustaziyatul-alam

Post on 01-Feb-2016

241 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

highway

TRANSCRIPT

Page 1: Assgnmnt Highway

PENGENALAN

Sesebuah Negara memerlukan sistem pengangkutan yang dapat memberikan

perkhidmatan yang sistematik, selesa dan selamat kepada pengguna jalan raya. Pertambahan

bilangan penduduk secara langsung menyebabkan berjuta kenderaan dan ini menyebabkan

jalan raya yang berkualiti perlu disediakan. Oleh itu, kerja-kerja pemuliharaan dan

peyelenggaraan jalanraya hendaklah dilakukan mengikut jadual yang telah ditetapkan bagi

memastikan tahap kebolehkhidmatan sesuatu jalan sentiasa dalam keadaan memuaskan.

Permukaan jalan yang sempurna tanpa sebarang kerosakan akan menghasilkan

pemanduan yang lancar dan selesa kepada pengguna jalanraya. Walaubagaimanapun,

penyenggaraan jalan raya perlu dilakukan untuk memastikan ianya kekal selesa, selamat dan

berkualiti. Ini kerana jalan raya sering mengalami kegagalan dan kecacatan pada

permukaannya. Kegagalan dan kecacatan ini berpunca daripada faktor iklim, kesan penggunaan

kenderaan dan usia jalan. Pelbagai kaedah digunakan untuk mengatasi masalah ini antaranya

penstoran semula, penurapan semula, penggunaan semula dan pembinaan semula.

Page 2: Assgnmnt Highway

KESIMPULAN

Penyelenggaraan jalanraya menurut AASHTO ialah satu program pemeliharaan dan

memperbaiki sistem jalanraya dengan mereka bentuk elemen baru dan mengekalkan elemen

yang sedia ada.

Objektif utama penyelenggaran jalan adalah untuk menjaga dan memelihara jalan

supaya sentiasa berada dalam keadaan baik, boleh digunakan untuk jangka masa yang panjang

dan mampu memberi keselesaaan kepada penggun. Dengan adanya penyelenggaraan yang

sempurna, masalah kerosakan jalan yang serius dapat dkurangkan. Sebagai contoh, jika

keretakan pada permukaan jalan tidak dibaiki dengan kadar yang segera, air boleh meresap

masuk ke lapisan dalam struktur jalan. Kesan dari itu, struktur jalan akan menjadi lemah. Lama

kelamaan kerosakan yang dialami itu akan menjadi semakin teruk dan mungkin membahayakan

keselamatan pengguna.

Page 3: Assgnmnt Highway

OBJEKTIF

Dapat melihat perbandingan antara penyelenggaraan terhadap

turapan lentur dan turapan tegar.

Dapat mengetahui dengan lebih jelas cara atau kaedah bagi

dandanan permukaan.

Dapat mengetahui punca-punca kecacatan permukaan.

Dapat menerangkan dengan lebih jelas mengenai teknik pembaharu

muka jalan.

Dapat mengenal pasti sambungan-sambungan dalam turapan tegar.