assgement bilik darjah

17
1.0. ESEI PENDEK (KUMPULAN) Pengenalan American Heritage Dictionary of the English Language pula menjelaskan perkataan displin merujuk kepada kedua-dua tindakan tadi, iaitu pencegahan dan pemulihan ataupun latihan yang dijangkakan menghasilkan watak yang khusus atau pola tingkah laku. Menurut Lemlech (1988), mengibaratkan pengurusan bilik darjah sebagai okestra dalam kehidupan di bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan, prosedur dan sumber pengajaran. Ia juga menekankan tenteng pentingnya penyusunan suasana bilik darjah bagi meningkatkan keberkesanan, pemantauan perkembangan pelajar serta tanggungjawab guru dalam memikirkan masalah-masalah yang mungkin akan timbul. Model Disiplin Kounin. Konsep utama Model Pengurusan Kelompok Kounin bergantung kepada pengawasan dan penyeliaan guru yang teliti terhadap aktiviti-aktiviti dalam bilik darjah. Jacob Kounin mencadangkan teknik dan strategi yang proaktif bagi menggalakkan dan mengekalkan tingkah laku sosial dan akademik yang baik. Hasil kajian Kounin membuktikan bahawa teknik atau pendekatan yang digunakan oleh guru lebih penting berbanding personaliti guru dalam aspek pengurusan bilik darjah. Model ini telah menemukan istilah ³ripple effect´. Ripple effect(Kesan Gelombang) bermaksud teguran dan tindakan guru terhadap murid yang melakukan kesalahan akan mempengaruhi pelajar lain.

Upload: parani

Post on 28-Sep-2015

215 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

ASSGEMENT BILIK DARJAH

TRANSCRIPT

1.0.ESEI PENDEK (KUMPULAN) PengenalanAmerican Heritage Dictionary of the English Language pula menjelaskan perkataan displin merujuk kepada kedua-dua tindakan tadi, iaitu pencegahan dan pemulihan ataupun latihan yang dijangkakan menghasilkan watak yang khusus atau pola tingkah laku. Menurut Lemlech (1988), mengibaratkan pengurusan bilik darjah sebagai okestra dalam kehidupan di bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan, prosedur dan sumber pengajaran. Ia juga menekankan tenteng pentingnya penyusunan suasana bilik darjah bagi meningkatkan keberkesanan, pemantauan perkembangan pelajar serta tanggungjawab guru dalam memikirkan masalah-masalah yang mungkin akan timbul.Model Disiplin Kounin.Konsep utama Model Pengurusan Kelompok Kounin bergantung kepada pengawasan dan penyeliaan guru yang teliti terhadap aktiviti-aktiviti dalam bilik darjah. Jacob Kounin mencadangkan teknik dan strategi yang proaktif bagi menggalakkan dan mengekalkan tingkah laku sosial dan akademik yang baik. Hasil kajian Kounin membuktikan bahawa teknik atau pendekatan yang digunakan oleh guru lebih penting berbanding personaliti guru dalam aspek pengurusan bilik darjah. Model ini telah menemukan istilah ripple effect. Ripple effect(Kesan Gelombang) bermaksud teguran dan tindakan guru terhadap murid yang melakukan kesalahan akan mempengaruhi pelajar lain. Lima peranan dan tanggungjawab guru yang diterangkan melalui model pengurusan kelompok Kounin dalam pengurunsan disiplin bilik darjah. Pertama sekali withitness iaitu dalam jangkauan. Kesedaran dan kepekaan guru dalam mengawasi pergerakan dalam bilik darjah. Guru bertanggungjawab memerhatikan sikap murid dalam kelas dan guru mesti mengetahui perkara asas berkenaan murid seperti nama, hobi, kekuatan dan kelemahan. Guru menggunakan teknik non-verbal (bahasa badan) bagi mengawal situasi kelas semas pengajaran dijalankan. Contohnya, Abu, Chong dan Suresh sedang asyik berbual kosong dan bergelak ketawa. Manakala, murid-murid yang lain pula membuat latihan yang diberikan oleh Cikgu Faizal. Cikgu Faizal boleh berkata begini. Bagus! Saya perhatikan ramai murid dalam kelas ini telah menyiapkan sebahagian daripada latihan yang saya berikan. Teruskan kerja kamu. sambil memandang ke arah ketiga-tiga murid tersebut, Malangnya, mungkin ada beberapa orang yang mungkin tidak dibenarkan pulang kerana perlu menyiapkan latihan mereka.Seterusnya, Overlapping iaitu serentak. Guru menangani lebih daripada satu situasi dengan serentak (pertindanan). Guru boleh mengawal kelas dalam situasi-situasi yang berbeza dalam satu masa. Contohnya Farah sedang membaca jawapannya dihadapan kelas seperti yang diminta oleh Cikgu Faridah. Namun, dalam masa yang sama, Ina pula berbual-bual dengan rakannya dengan nada suara yang kuat. Cikgu Faridah boleh bertindak mengikut model Kounin; Ina, berhenti bercakap dan dengar jawapan Farah. Farah, terus bacakan jawapan awak, saya dengar.Selain itu, Momentum iaitu, pergerakan. Guru memulakan pengajaran yang menarik, lancar serta membuat rumusan di akhir pengajaran dengan berkesan. Guru perlu mengambil kira aspek minat, kebolehan dan perkembangan murid dan menerangkan konsep terlebih dahulu supaya murid mudah faham. Contonhya, Cikgu Lili mengenal pasti bahawa objektif sesi P&P yang dirancangnya sering tidak tercapai sepenuhnya kerana kesuntukan masa. Guru Lili boleh membetulkan kesilapan murid dengan kadar segera, Kemudian teruskan pengajaran dan tidak perlu kerap mengulangi konsep kecil yang telah difahami murid.Sementara itu, Smoothness iaitu kelancaran. Guru memberi peluang kepada murid untuk bertanya soalan atau memberikan pendapat berkenaan dengan pelajaran. Guru dapat menilai tahap pengajaran berdasarkan soalan dan komen yang diberikan. Guru sebagai fasilitator semasa kerja berkumpulan dan memberikan cadangan kepada murid jika diperlukan. Contohnya, Cikgu Sarah perlu menghabiskan sukatan matapelajaran sebelum berlangsungnya peperiksaan akhir tahun, namun masa yang telah diperuntukkan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) agak singkat. Cikgu Sarah bolah membuat perancangan awal terlebih dahulu sebelum melaksanakan pengajaran dan pembelajaran seperti membuat Rancangan Pelajaran Harian(RPH) agar penyampaian tidak meleret-leret serta fokus kepada objektif pembelajaran.Akhir sekali, Group Focus iaitu kepekaan kumpulan. Group Focus dibahagikan kepada tiga iaitu Group Alerting, iaitu murid-murid lain memberi perhatian semasa rakan mereka memberi pandangan. Encouraging Accountability iaitu memberitahu murid bahawa mereka akan dinilai dan High Participation Format iaitu Murid tidak terlibat secara langsung dalam menjawab soalan guru. Contohnya, Murid-murid kelihatan bosan dan tidak dapat memfokuskan terhadap penerangan Cikgu Faris selama setengah jam mengenai topik tatabahasa Bahasa Malaysia. Cikgu Faris boleh mengambil tindakan bagi mengurus situasi ini iaitu group altering. Dimana Guru tersebut mengemukakan soalan untuk uji kefahaman dan kepekaan murid dan boleh wujudkan minat murid melalui soalan yang bercorak suspen. Cikgu Faris juga boleh minta seorang murid menjawab sambil memandang ke arah murid yang lain. Seterusnya. meminta setiap murid memberi pandangan masing-masing untuk menggalakkan mereka berfikir.Kesimpulannya, peranan dan tanggungjawab guru adalah guru peka dengan keadaan dalam bilik darjah dan memerhati masalah yang berlaku dalam kalangan murid. Selain itu, keupayaan guru menangani masalah di dalam dan luar bilik darjah yang mengganggu sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru juga mempunyai peranan dalam membuat persediaan supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Guru juga bertangungjawab membantu murid yang bermasalah secara individu. Guru harus menerangkan masalah jika murid tidak faham tanpa perasaan marah dan menyakitkan hati, kemudian. terus kembali kepada pengajaran dengan cepat. Guru juga bertanggugjawab untuk meninjau hasil kerja murid dan akhir sekali minta murid bagi respons terhadap sesuatu perkara.Model Akibat Logika DreikursKonsep utama yang Model Akibat Logikal Dreikurs ini diutarakan oleh Dreikurs adalah berdasarkan empat premis asas teori Sosial Adler iaitu, Manusia adalah makhluk sosial dan motivasi asas mereka ingin dimiliki atau menjadi ahli sesuatu kelompok Kesemua tingkah laku adalah bersebab Manusia adalah organisma yang berupaya membuat keputusan Realiti dipersepsikan oleh manusia Oleh itu, boleh berlaku salah tanggapan ataupun bias.Sebagai penjelasan lanjut, fokus utama dreikurs ialah mewujudkan suasana bilik darjah yang bersifat demokratik di mana murid-murid rasa dipunyai. Rasa dipunyai bermakna guru dan rakan-rakan beri perhatian dan menghormati hak mereka dan melibatkan diri dalam aktiviti bilik darjah tidak meminggirkan mereka. Oleh itu guru yang inginkan kawalan bilik darjah yang baik tidak seharusnya menggunakan hukuman. Model Akibat Logikal Dreikurs menyatakan bahawa punca berlakunnya tingkah laku masalah dan melalui punca Model ini menyatakan peranan dan tanggungjawab guru dalam menangai masalah tersebut bagi menguruskan bilik darjah seseorang guru. Antara puncanya adalaha) Inginkan perhatian: sengaja membangkitkan kemarahan cikgu cara-cara seperti mengetuk-ngetuk pensel, bercakap-cakap dengan rakan dan lain-lain. Contohnya, Fahrin tidak memberi tumpuan semasa Puan Hafiah mengajar sebaliknya Fahrin bercakap-cakap dengan rakan-rakannya yang lain sehingga mengganggu rakan-rakannya itu untuk belajar . Di sini peranan guru adalah beri pilihan sama ada untuk tumpukan perhatian terhadap pengajaran guru atau tidak akan memahami apa yang diajar oleh guru. Puan Hafiah perlu mengalihkan perhatian Fahrin dengan mengubah cara pengajarannya supaya lebih menarik contohnya menayangkan video atau animasi yang menarik, story-telling, nyanyian dan sebagainya. b) Mencabar kuasa: pergelutan kuasa antara guru dan murid seperti enggan menyempurnakan tugas, sengaja meninggalkan buku dan lain-lain. Contohnya, Zian dan Johan enggan mematuhi Jadual Bertugas yang telah ditetapkan sebaliknya bermain di dalam kelas. Peranan guru dalam mengatasi situasi ini adalah guru perlu cuba kekalkan persekitaran yang positif misalny guru perlu mengelakkan diri daripada bersemuka dan melepaskan emosi kepada murid tersebut . Guru juga bertenang dan tangani masalah dengan menunjukkan sifat prihatin.c) Membalas dendam: murid terasa tidak diberikan layanan yang adil yang ditunjukan melalui cara cara seperti berlawan, merosakkan harta benda sekolah dan lain-lain. Contohnya, Zian dan Johan enggan mematuhi peraturan kelas yang telah ditetapkan sebaliknya bermain di dalam kelas. Puan Hafiah sebagai guru harus berperanan iaitu, tidak memberikan perhatian kepada tingkah laku yang tidak diingini sebaliknya memberikan perhatian kepada tingkah laku yang diingini. Cuba kekalkan persekitaran pembeajaran yang positif dan alihkan fokus ke tempat lain. Guru juga usahakan supaya murid yang berkenaan menyedari kelakuannya.d) Memaparkan kekurangan: tindakan lain selain dari diatas seperti mengundukan diri, mengasingkan diri dan lain-lain. Contohnya, Nora enggan melibatkan diri dalam aktiviti kelas yang diadakan oleh guru sebaliknya dia lebih suka mengasingkan diri dengan membuat kerja sendiri. Tanggugjawab guru adalah memupuk keyakinan dalam diri dalam murid tersebut. Guru juga mempunyai tanggungjawab mengajar satu kemahiran sahaja pada satu masa. Berikan pengiktirafan kepada pencapaian murid tersebut.Kesimpulannya, peranan dan tanggungjawab adalah sentiasa berkomunikasi perkara yang positif. Selain itu, menggalakkan peningkatan murid dan mengenal pasti kelemahan murid. Seterusnya menggalakkan murid belajar daripada kesilapan dan guru juga perlu percaya kebolehan murid serta menunjukkan rasa bangga dengan pencapaian murid. Guru bertanggungjawab galakkan murid semangat bekerjasama dan optimis. Akhir sekali, memberikan galakan dan motivasi.1.1. ESEI PENDEK (INDIVIDU)Kekuatan Model Pengurusan Kelompok Kounin adalah menginterasikan pengajaran dan disiplin. Model ini menggunakan corak pengurusan bilik darjah yang baik dan berkesan dalam mengawal disiplin murid-murid. Pengurusan bilik darjah yang baik melibatkan guru menggunakan pelbagai stratrgi dan teknik untuk menarik perhatian murid dalam prses penagjaran dan pembelajaran bagi mengelakan berasa bosan. Selain itu kekuatan model ini fokus kepada pengurusan kelompok bagi mewujudkan suasana bilik darjah dan pesekitaran pembelajaran yang kondusif. Contohnya, guru melibatkan murid secara aktif dalam aktiviti-aktiviti yang berpusatkan murid dengan mengunakan pelbagai pendekatan strategi dan kaedah pengajaran seperti memanggil murid untuk memberikan maklum balas, menjawab soalan, membuat demostrasi atau memberikan penerangan. Cara-cara di atas membolehkan guru mengekalkan perhatian murid dan mebuatkan murid sentiasa bersedia untuk menjawab soalan guru. Kekuatan yang lain adalah, teguran dan tindakan guru terhadap seseorang murid yang melakukan salah laku turut memberikan kesan kepada murid-murid lain di bilik darjah. Contohnya, guru memberikan teguran atau tindakan disiplin kepada murid-murid yang bermasalah. Pada masa yang sama juga, murid-murid yang lain turut mangambil iktibar daripada tindakan tersebut dan tidak akan mengulangi perkara yang sama pada masa kelak. Kekuatan model ini menegaskan dari segi kelancaran dan pelakasaan aktiviti di dalam bilik darjah untuk mengawal salah laku murid. Contohnya, guru harus mengelakan daripada penerangan yang berleret-leret dan melakukan fragmentasi sehingga menyebabkan murid berasa bosan dan terdorong untuk melakuakan perkara lain yang menarik minat mereka khususnya gerak laku yang negatif. Kekuatan lain model ini pula, tidak berunsurkan hukuman yang hanya berkesan dalam jangka masa singkat untuk mengawal tingkah laku murid. Model kounin menfokuskan cara pengurusan bilik darjah dan pengurusan pembelajaran dan pengajaran untuk mempengaruhi tingkah laku murid.Manakala, Dreikurs antara pengkaji disiplin bilik darjah yang pertama mencadangkan tentang guru dan bilik darjah yang demokratik dan menyumbang kepada pengurusan disipilin yang berkesan. Kekuatan Model Akibat Logikal Dreikurs yang lain pula, mengenal pasti matlamat murid yang salah, iaitu menunjukkan tingkah laku mencuri perhatian, menunjukkan kuasa, membalas dendam dan menunjukkan kelemahan di dalam bilik darjah. Selaian itu, model ini melibatkan murid-murid berkerjasama membentuk rutin dan peraturan bilik darjah. Kekuatan Model ini dapat dilihat melalui berbincangan dimana guru dan murid bersama-sama berbincang akibat yang akan diterima oleh murid-murid sekiranya mereka melanggar rutin dan peraturan yang telah ditetapkan. Seterusnya, Dreikurs menyatakan guru tidak sepatutnya menggunakan dendaan dan cuba mengelakkan pujian kerana kedua-dua mengakibatkan murid bergantung kepada tindakan guru bukannya daripada kemahuan sendiri. Kekuatan Model Akibat Logikal Dreikurs boleh dilhat melalui konsep dan struktur pengurusan disiplin bilik darjah yang sesuai dan kini telah digunakan dengan meluas di sekolah-sekolah. . Kekuatan Model Akibat Logikal Dreikurs yang boleh dilihat adalah, cara komunikasi guru yang berkesan untuk menangani salah laku seperti mana ditunjukkan oleh peta minda di bawah ini:-

1.2 ESEI PENDEK Kekuatan Model Disiplin Kelompok Kounin.Model Pengurusan Kelompok atau Model Kounin dipelopori oleh Jacob Kounin.Jacob Kounin merupakan seorang teoris dalam pengurusan bilik darjah.Disiplin di sini membawa maksud usaha guru untuk mengekalkan tingkah laku yang baik dalam bilik darjah.Manakala, pengajaran pula bererti usaha membantu pelajar memperoleh maklumat dan kemahiran. Kounin telah berusaha dengan cuba untuk mengubah corak pemikiran dengan mengintegrasi nilai pengajaran dan disiplin.Dalam konteks bilik darjah disiplin merupakan satu set peraturan yang dikenakan kepada murid-murid untuk mengawal dan mendapatkan tingkah laku yang diingini. Disiplin merupakan salah satu aspek semasa proses pengajaran dan pembelajaran.Terdapat banyak kekuatan bagi Model Kounin bagi mengatasi masalah disiplin murid.Mengikut beliau, untuk mengurus bilik darjah dengan berkesan, guru hendaklah menggunakan teknik withitness, bertindih, momentum, kelancaran dan peka berwaspada kumpulan.Kekuatan pertama adalah, fokus guru kepada pengurusan kelompok yang mewujudkan suasana bilik darjah dan persekitaran pembelajaran yangkondusif.Dengan ini, murid dapat belajar dengan gembira dan dapat menarik perhatian untuk belajar.Model ini juga menjelaskan tentang pengurusan secara kelompok dan persedian-persedian apa yang boleh membantu dan sejauh mana kepentingan persediaan sebelum menjalankan pengajaran dan pembelajaran. Dalam model ini juga ia menitik beratkan variasi dari segi strategi dan teknik pengajaran yang dapat mengekalkan minat dan semangat murid untuk belajar dan tidak berteraskan pada hukuman yang berkesan alam masa yang singkat. Model ini juga menekankan aspek keselesaan bilik darjah sebagai gerak kerja utama sebelum memulakan pengajaran.Selain itu,memberi penakanan pada kepelbagaianstrategi dan teknik pengajaran yangdapat mengekalkan minat dan semangatmurid untuk belajar.Model ini juga tidak berunsurkan hukuman yang hanya berkesan dalam jangka masa yang singkat.Model ini telah meletakkan hukuman sebagai pilihan kedua kerana pilihan pertama adalah memberi peneguhan.Dengan itu, murid mendapat motivasi yang tinggi dan dapat bergerak bebas dengan berdisiplin.Guru akan menyelia dan mengawasi dengan teliti, jika berlaku kesalahan guru akan membetulkan tanpa melibatkan emosi dan marah-marah. Di samping itu, menitikberatkan variasi dari segi pengajaran dan teknik pengajaran.Pastinya model ini juga menekankan aspek menarik minat murid. Kebiasaannya, guru akan bertanyakan soalan berbentuk suspens untuk mewujudkan minat dan menarik perhatian murid.Kekuatan Model Disiplin Akibat Logikal Drekurs.Manakala kelebihan Model Akibat Logikal Drekurs, model ini menekankan kepentingan guru memberi kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah.Mereka juga harus diberi autonomi untuk membincangkan salah laku di dalam bilik darjah serta membantu menguatkuasakan peraturan di dalam bilik darjah serta membantu menguatkuasakan peraturan di dalam bilik darjah.Dreikurs menekankan guru perlu mengenal pasti punca kepada masalah tingkah laku.Beliau berpendapat disiplin kendiri boleh dicapai di dalam suasana bilik darjah yang demokratik.Disiplin dapat dilihat melalui murid-murid yang mempunyai kawalan kendiri berdasarkan kepentingan persekitaran.Maka, disiplin yang berkualiti terbentuk di dalam bilik darjah yang mengamalkan demokrasi, iaitu guru dan murid dapat bekerjasama membuat keputusan dalam pengurusan bilik darjah. Walaubagaimanapun, apabila murid gagal mendapat rasa kepunyaan, kadangkala mereka akan menggunakan cara yang salah untuk memenuhi keperluan tersebut. Mereka akan cuba menarik perhatian guru dan rakan, mencabar kekuasan guru, membalas dendam atau menunjukkan kelemahan.2.0 ANALISIS KESBerdasarkan keadaan dalam kes dapat dikesan bahawa terdapat beberapa masalah yang berlaku. Antara masalah-masalah yang dapat dilihat dalam kes ini adalah:a)Siva merupakan murid yang lemah dan bermasalah b)Kedua-dua ibubapa tidak mempunyai pendidikan yang tinggic)Ahli keluarga murid Siva adalah ramai.d)Siva murid aktif dan kerap keluar dan masuk ke kelas sesuka hatinya.e)Siva tidak boleh duduk diam dan selalu menunjukkan sikap yang resahf)Siva tidak mempunyai sikap sabar, menjerit dan mem beri jawapan tanpa mengangat tangan.g)Siva suka bergerak sekitar kelas dan mengganggu rakan kelasnyah)Siva seorang murid yang suka menarik perhatian guru kelasnya.Berdasarkan masalah-masalah yang terdapat pada murid bernama Siva yang belajar tahun empat, saya berpendapat Model Disiplin Kounin lebih sesuai bagi menyelesaikan kes tersebut . Hasil kajian Kounin membuktikan bahawa teknik atau pendekatan yang digunakan oleh guru lebih penting berbanding personaliti guru dalam aspek pengurusan bilik darjah. Olehi itu , saya mengemukkan beberapa cadangan berdasarkan tenik asas Model Kounin.Pertama sekali, melalui tenik withitness iaitu dalam jangkauan. Ia merujuk kepada kebolehan guru membetulkan tingkah laku buruk sebelum ia sampai sesuatu situasi yang tidak boleh dikawal. Oleh itu, guru John boieh menyediakan carta penilaian. Dengan menggunakan carta tersebut guru John boleh memberitahu kepada murid-muridnya bahawa belaiu akan menilai setiap murid dari segi sikap mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Hujung minggu atau bulan akan diberikan hadiah bagi murid yang bersikap postif da dalam kelas. Pengiktirafan akan membuat Murid Siva berusaha menunjukkan sikap terkawal dan positif kerana dia suka menarik perhatian guru tersebut.Seterusnya, melalui tenik Overlapping iaitu serentak. Ia merujuk kepada kebolehan guru menguruskan dua atau lebih aktiviti individu atau kumpulan pada masa yang sama. Oleh demikian, guru John boleh menjalankan stimuluslasi dimana meminta murid Siva duduk di meja guru dan menjadikan dia sebagai guru kelas sambil memerhatikan rakan-rakannya dan membuat kerjanya juga. Dengan ini, Siva akan merasa guru John mengambil perhatian terhadap dirinya dan mengalakan dia meningkatkan tingkah laku positif di dalam bilik darjah. Guru John juga dapat memberi tumpuan kepada murid-murid lain.Selain itu, Momentum iaitu, pergerakan. Ia merujuk kebolehan guru umtuk menggunakan pergerakan yang sesuai sepanjang masa pelajaran. Melalui pendekatan ini, Guru John haru kenalpasti kelemahan dan kekuatan murid Siva dari sudut akademik. Siva merupakan murid aktif dan suka bergerak. Oleh itu, Guru John harus peka terhadap perubahan sikap Siva. Encik. John boleh mengadakan aktiviti Tepuk Semangat. Apabila pengajaran dijalankan tetapi Siva memulakan bergerak dari tempat dan mengganggu rakan-rakanya, Hal ini bermakna murid ini dah bermula bosan. Encik John boleh berhenti pengajrannya dan mengadakan aktiviti ini seketika. Aktiviti ini boleh digunakan oleh guru John sebagai startegi bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang positif dalam bilik darjah. Aktiviti ini dapat meningkatkan lagi semangat Siva untuk mengikuti pengajaran guru. Teknik seperti ni membantu pergerakan sepanjang masa pelajaran dapat dijalankan dengan menarik.Sementara itu, Smoothness iaitu kelancaran salah satu teknik Model Kounin. Ia merupakan cirinya ialah kontinuiti, tanpa sebarang gangguan. Bagi menjalankan pengajaran dan pembelajaran secara lancar, guru John perlu mengawal pergerakan murid Siva. Oleh itu, saya mencadangkan guru tersebut mengadakan kerja kumpulan berbanding penyampaian penerangan. Bagi setiap gerak kerja kumpulan jadikan murid Siva sebagai ketua kumpulan. Pangkat tersebut akan menjadikan dia lebih bertangguggjawab. serta berusaha menujukkan tingkah laku positif terhadap guru dah rakannya. Hal ini secara langsung akan menyebabkan pengajaran dan pembelajaran di kelas lancar kerana guru John dapat mengawal pergerakan murid Siva. Akhir sekali, Group Focus iaitu kepekaan kumpulan iaitu memusatkan perhatian semua murid lain apabial respons seorang murid sedang diberikan. Dengan ini guru John memberitahu murid bahawa mereka akan dinilai dan murid tidak terlibat secara langsung dalam menjawab soalan guru. Dengan teknik tersebut, guru John dapat mengawal tingkah laku murid Siva. Guru John boleh mengawal pergerakan Siva dengan bantuan rakan-rakannya. Aktiviti ini dinamakan Adik Angkat Saya. Walaupun dalam kumpulan Siva dijadikan ketua kumpulan namun, dalam kumpulan itu salah seorang boleh jadi abang bagi dia agar abang tersebut akan sentiasa membantu dia dari segi akademik dan sikap. Teguran rakan sebagai abang akan melibatkan diri oleh murid Siva dalam pengajaran dan fokus terhadap pelajaran dapt ditingkatkan.Cadangan-cadangan yang saya kemukkan diatas boleh membantu guru John peka dengan keadaan dalam bilik darjah dan memerhati masalah yang berlaku di kalangan murid. Guru John juga dapat meningatkan keupayaan guru tangani masalah di dalam dan luar bilik darjah yang ganggu sesi pengajaran dan pembelajaran semasa.Guru John dapat buat persediaan supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan lancar dan menarik. Guru John juga dapat mengelakan murid Siva tidak menganggu murid-murid lain semasa melakukan aktiviti malah dapt membantu murid Siva melakukan kerjanya. Guru John dapat menerangkan masalah jika murid tidak faham tanpa perasaan marah dan menyakitkan hati dan belaiu terus kembali pengajaran dengan cepat. Selain itu Guru John juga dapat meninjau hasil kerja murid sambil membuatkan murid bagi respons terhadap sesuatu perkara. Kebolehan memberi pelaihan yang lancar di antar dua akiviti dan mengekalkan momentum yang konsisten di dalam aktivti adalah penting bagi Encik John untuk menguruskan kumpulan dengan berkesan. Dengan cadangan tersebut, Encik John dapat berwaspada terhadap terhadap kerja kumpulan dan menjamin setiap ahli kumpulan mempunya akauntabiliti dalam proses pembelajaran dan memastikan pembelajaran optimal berlaku. Encik John dapat menyedari semua aktiviti yang dilakukan oleh murid Siva dari semasa ke semasa apabila menggunakan pendekatan withitness. Kebosanan murid Siva dapat dielakkan dengan memupuk perasaan kemajuan atau kejayaan, menambah pelbagai aktiviti dalam kumpulan dan alam belajar bilik darjah. Sekiranya kita lihat dari model Kounin, guru John boleh mengambil Kesan Gelombang (Ripple Effect) sebagai salah satu cara untuk menangani kes ini. Gelombang merupakan getaran yang merambang dan bersebar luas. Kesan Gelombang ini juga diambilkira dari aspek itu. Sekiranya seorang guru John menegur seorang murid Siva, teguran itu bukan sahaja memberi kesan kepada murid tersebut sahaja malah memberi kesan kepada semua murid.Kesimpulannya, saya berkeyakinan cadangan-cadangan tersebut amat sesuai berdasarkan Model displin Kounin bagi Encik John menjalankan di dalam bilik darjah. Encik John dapat berjaya mengawal bilik darjah dan pada masa dapat meningkatkan tingkah laku positif murid Siva. Pengurusan bilik darjah amatlah penting bagi seseorang guru jika hendak mencapai objektif pelajaran seratus peratus. Berdasarkan model pengurusan tingkah laku yang menjelaskan bahawa pengurusan bilik darjah sebagai satu disiplin, satu sistem dan satu pengajaran. Guru yang memahami cara mengurus murid dan bilik darjah maka, kelacanran dan pergerakan kumpulan semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran dijalankan.