assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam 1...

30

Upload: dohuong

Post on 29-Aug-2019

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

TERHAD PELAN STRATEGIK TEKNOLOGI MAKLUMAT (2011 – 2015)

PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

Mukasurat ( ii ) TERHAD

PERUTUSAN KETUA PENDAFTAR

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia.

Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnia serta izinNya Pejabat

Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP) Malaysia telah berjaya menyediakan

Pelan Strategik Teknologi Maklumat (ISP) Mahkamah bagi 2011hingga 2015.

Penggunaan ICT di Mahkamah telah menjadi semakin penting dengan bermulanya

pelaksanaan era e-Kehakiman mulai tahun 2010. Di samping itu Mahkamah juga

mempunyai pelbagai aplikasi yang sedang digunapakai dan yang akan diperkenalkan.

Sehubungan dengan itu, ISP ini adalah penting sebagai panduan dan hala tuju

pembangunan dan pelaksanaan perkhidmatan ICT secara yang lebih tersusun, selaras

dan efektif.

Di kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima

kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung terutama

Pasukan Perunding MAMPU, BHEUU dan seterusnya Jawatankuasa ISP PKPMP yang

telah bekerja keras menjayakan ISP ini.

TERHAD PELAN STRATEGIK TEKNOLOGI MAKLUMAT (2011 – 2015)

PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

Mukasurat ( iii ) TERHAD

Akhirnya saya berharap semua pihak yang terlibat dapat menghayati hala tuju ICT yang

telah ditetapkan dan seterusnya dapat memberikan komitmen yang tinggi serta berusaha

dengan lebih gigih agar semua inisiatif dan program yang berkaitan dapat diterjemahkan

dalam Sasaran Kerja Tahunan (SKT) masing-masing.

Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah,

Wassalamualaikum w.b.t

DATO’ HASHIM BIN HAMZAH KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

TERHAD PELAN STRATEGIK TEKNOLOGI MAKLUMAT (2011 – 2015)

PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

Mukasurat ( ii ) TERHAD

PERUTUSAN KETUA PEGAWAI MAKLUMAT (CIO) PKPMP

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana PKPMP telah berjaya menyiapkan ISP 2011-

2015 secara dalaman dan dalam tempoh yang singkat serta dengan kos yang rendah.

Saya ingin merakamkan berbanyak-banyak penghargaan dan terima kasih kepada semua

pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan ISP ini terutamanya Y.Bhg Dato’ Dr

Zahari dan pasukannya dari MAMPU, wakil BHEUU dan seterusnya kepada semua rakan-

rakan Jawatankuasa ISP PKPMP. Saya percaya semua pihak juga telah dapat menimba

pengetahuan yang berguna di dalam menyiapkan pelan ini melalui dua (2) bengkel dan

beberapa kali mesyuarat dan perbincangan yang telah diadakan.

Saya sebagai CIO berpendapat bahawa ISP ini amat penting kepada PKPMP sebagai

panduan kepada Pejabat Ketua Pendaftar serta semua Pusat Tanggung Jawab termasuk

semua Pusat Kos di dalam melaksanakan apa-apa perkhidmatan ICT. ISP ini sebenarnya

merupakan pelengkap kepada Pelan Induk Strategik Mahkamah supaya apa-apa

perancangan perkhidmatan ICT adalah menyokong hala tuju visi dan misi PKPMP secara

keseluruhanya.

TERHAD PELAN STRATEGIK TEKNOLOGI MAKLUMAT (2011 – 2015)

PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

Mukasurat ( iii ) TERHAD

ISP 2011-2015 ini telah menggariskan empat (4) teras strategik dan sebelas (11) inisiatif

yang mengandungi tiga puluh enam (36) Program yang perlu direalisasikan dalam tempoh

lima (5) tahun ke arah mencapai visi dan misi PKPKP. Semua pihak berkaitan perlulah

memberi perhatian dan tumpuan yang penuh supaya segala perancangan dapat

dilaksanakan.

Sekian,

AL-BAISHAH BINTI HJ ABDUL MANAN

KETUA PEGAWAI MAKLUMAT

MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

TERHAD PELAN STRATEGIK TEKNOLOGI MAKLUMAT (2011 – 2015)

PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

Mukasurat ( iv ) TERHAD

PENGHARGAAN

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang

bersama-sama menjayakan projek ini. Kami berasa bersyukur kerana telah berjaya

menghasilkan projek ini dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Penghargaan terima kasih dan tahniah kepada Pasukan Pembangun ISP yang telah

berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan projek ini berjaya dan berjalan lancar.

Semangat berpasukan yang telah ditunjukkan oleh semua ahli pasukan perlu diteruskan

bagi menjayakan pelaksanaan projek yang telah dirancang. Insya-Allah, ISP PKPMP

2011-2015 ini dapat dijadikan sebagai sumber rujukan utama dalam merancang

pelaksanaan projek ICT PKPMP pada masa hadapan.

Akhir sekali, semoga ISP ini dapat dijadikan rujukan dan dijayakan.

Sekian terima kasih.

TERHAD

PELAN STRATEGIK TEKNOLOGI MAKLUMAT (2011 – 2015)

PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

Mukasurat ( v ) TERHAD

BORANG SIGN OFF PROJEK

TERHAD

PELAN STRATEGIK TEKNOLOGI MAKLUMAT (2011 – 2015)

PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

Mukasurat ( vi ) TERHAD

RINGKASAN EKSEKUTIF 1. PENGENALAN

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP) Malaysia telah mengambil

inisiatif untuk membangunkan Pelan Strategik Teknologi Maklumat (ISP) PKPMP

2011-2015 selaras dengan Pelan Strategik PKPMP 2011-2015. Dokumen ISP PKPMP

ini menjadi rujukan utama dalam pelaksanaan projek ICT di semua Mahkamah seluruh

Malaysia. ISP ini telah dibangunkan secara dalaman dengan bimbingan Pasukan

Perunding ISP MAMPU.

2. PENDEKATAN PROJEK

Pembangunan ISP PKPMP menggunakan metodologi Analisa, Strategi, Formulasi

(ASF) bagi mengenalpasti keperluan bisnes agensi dan seterusnya menetapkan visi,

misi dan teras strategik serta penghasilan inisiatif dan pelan tindakan ICT PKPMP bagi

tempoh lima (5) tahun iaitu 2011-2015. Metodologi ASF melalui tiga (3) fasa utama

iaitu :

TERHAD

PELAN STRATEGIK TEKNOLOGI MAKLUMAT (2011 – 2015)

PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

Mukasurat ( vii ) TERHAD

Metodologi ASF yang menggambarkan aliran proses dalam pembangunan ISP

PKPMP adalah seperti Rajah 1-3.

Rajah 1-3 : Metodologi ASF

Aktiviti-aktiviti utama dalam pembangunan ISP PKPMP adalah seperti yang

disenaraikan berikut:

i) Pengumpulan maklumat.

Melaksanakan pengumpulan maklumat menerusi dokumen-dokumen

strategik dan bahan rujukan.

ii) Penilaian ke atas aplikasi, pangkalan data dan infrastruktur ICT semasa.

iii) Pelaksanaan dua (2) kajian Soal Selidik ke atas warga kerja dan pelanggan

PKPMP.

Soal Selidik Kepuasan Pengguna bagi mengetahui tahap kepuasan

pengguna terhadap kemudahan ICT.

TERHAD

PELAN STRATEGIK TEKNOLOGI MAKLUMAT (2011 – 2015)

PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

Mukasurat ( viii ) TERHAD

Soal Selidik Pengurusan Perubahan bagi mengkaji tahap

keberkesanan pengurusan perubahan.

iv) Lab Persekitaran Bisnes dan ICT dan Pelan Tindakan.

Lab telah dijalankan pada 28 - 30 Januari 2011.

Lab ini bertujuan untuk mengenalpasti jurang (isu, cabaran dan

harapan) dari aspek bisnes dan ICT, inisiatif dan program ICT serta

pelan tindakan ICT.

v) Mesyuarat penyelarasan secara berkala antara perunding dengan PMO dan

pasukan-pasukan yang telah dibentuk bagi membincangkan perkembangan

aktiviti serta isu-isu berbangkit dan menyediakan laporan lengkap pada

setiap peringkat.

vi) Lab Pra-Penulisan Dokumen PKPMP

Dilaksanakan pada 11 Februari 2011.

Persediaan sebelum penyediaan akhir dokumen di lab seterusnya.

vii) Lab Penulisan Dokumen PKPMP

Dilaksanakan pada 18 - 20 Februari 2011.

Penyediaan dokumen akhir ISP PKPMP.

viii) Penyerahan Draf Dokumen pada 28 Februari 2011.

ix) Exit Conference telah diadakan pada 26 April 2011

TERHAD

PELAN STRATEGIK TEKNOLOGI MAKLUMAT (2011 – 2015)

PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

Mukasurat ( ix ) TERHAD

Bagi memastikan keberkesanan serta kejayaan pelaksanaan projek pembangunan ISP

PKPMP, satu (1) struktur tadbir urus telah diwujudkan iaitu Jawatankuasa ISP dan

disokong oleh Pejabat Pengurusan Projek (PMO) serta empat (4) unit Pasukan Kerja.

TERHAD

PELAN STRATEGIK TEKNOLOGI MAKLUMAT (2011 – 2015)

PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

Mukasurat ( x ) TERHAD

3. VISI, MISI DAN OBJEKTIF PKPMP

Visi dan misi Jabatan ditunjukkan seperti berikut:

Objektif Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia adalah seperti

dibawah:

Visi

Menjadi Badan Kehakiman Yang Bebas dan Dihormati

Misi

Memastikan Pentadbiran Badan Kehakiman

dilaksanakan dengan adil dan efisien

Memastikan khidmat sokongan perundangan adalah cekap dan berkesan untuk membolehkan mahkamah

menyelesaikan kes dengan lancar dan licin.

Memastikan mahkamah mempunyai sumber manusia, kewangan, kemudahan fizikal, peralatan dan perkhidmatan

teknologi maklumat yang mencukupi dan sesuai untuk melaksanakan fungsi dan tugasnya

TERHAD

PELAN STRATEGIK TEKNOLOGI MAKLUMAT (2011 – 2015)

PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

Mukasurat ( xi ) TERHAD

4. VISI DAN MISI ICT

Bagi menetapkan visi dan misi ICT, ia perlu mendukung visi dan misi PKPMP agar

ianya dapat dicapai dengan jayanya. Berikut merupakan visi dan misi ICT yang telah

dipersetujui:

MISI ICT

a) Memantapkan program ICT berteraskan prasarana

dan aplikasi yang bersepadu, dinamik dan efektif.

b) Memperkukuhkan budaya kerja dan tadbir urus

ICT bagi membentuk modal insan yang efisien,

kreatif dan inovatif.

VISI ICT

ICT pemacu kecemerlangan penyampaian perkhidmatan badan kehakiman yang unggul

TERHAD

PELAN STRATEGIK TEKNOLOGI MAKLUMAT (2011 – 2015)

PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

Mukasurat ( xii ) TERHAD

5. TERAS STRATEGIK ICT

PKPMP telah menetapkan empat (4) teras strategik ICT untuk memacu hala tuju ICT

sebagaimana yang telah ditetapkan menerusi Visi dan Misi ICT PKPMP.

TERAS STRATEGIK ICT

OBJEKTIF 1. Memperkukuhkan dasar ICT mengikut

amalan terbaik selaras dengan keperluan semasa dan kehendak pelanggan.

2. Menambahbaik pengurusan organisasi ICT bagi memastikan Tadbir Urus ICT yang mantap.

Pemantapan Tadbir Urus ICT Yang Menyeluruh

TERAS 4

Pemantapan Infrastruktur Yang Pantas, Terkini Dan Selamat

TERAS 1

TERAS 3

Pemantapan Pembudayaan ICT Warga Mahkamah Dan Pelanggan

OBJEKTIF 1. Meningkatkan kesedaran ICT menerusi

program pengurusan perubahan kepada staf mahkamah dan pelanggan.

2. Meningkatkan kompetensi ICT secara berterusan dengan sokongan bersepadu dari pengurusan atasan.

OBJEKTIF 1. Meningkatkan prestasi capaian untuk

menggalakkan penggunaan ICT yang lebih menyeluruh.

2. Mengukuhkan kawalan perkhidmatan dan polisi keselamatan ICT bagi membentuk budaya kerja berprestasi tinggi.

3. Menyeragamkan infrastruktur ICT secara kos efektif bagi memastikan kelancaran dan kebolehcapaian rangkaian berteknologi tinggi.

Pemantapan Infrastruktur Yang Pantas, Terkini Dan

Selamat

OBJEKTIF 1. Meningkatkan integrasi dan penyatuan

aplikasi bagi menggalakkan perkongsian maklumat.

2. Meningkatkan penggunaan aplikasi dengan lebih efisien dan efektif.

3. Memperkukuhkan keselamatan aplikasi bagi menjamin kebolehpercayaan dan integriti maklumat.

TERAS 2

Pengukuhan Aplikasi Yang Bersepadu, Berkesan Dan

Selamat

TERHAD

PELAN STRATEGIK TEKNOLOGI MAKLUMAT (2011 – 2015)

PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

Mukasurat ( xiii ) TERHAD

6. PENJAJARAN STRATEGIK BISNES DAN STRATEGIK ICT

Teras Strategik ICT PKPMP telah dijajarkan kepada Teras Strategik PKPMP seperti

ditunjukkan.

TERHAD

PELAN STRATEGIK TEKNOLOGI MAKLUMAT (2011 – 2015)

PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

Mukasurat ( xiv ) TERHAD

Pemantapan Infrastruktur Yang Pantas, Terkini Dan

Selamat

7. INISIATIF STRATEGIK ICT

Berpandukan kepada empat (4) teras strategik ICT yang dibentuk, sebanyak 11 inisiatif

dan 35 program ICT telah dikenalpasti sebagai strategi dalam pengukuhan

pelaksanaan ICT PKPMP bermula tahun 2011-2015.

emantapan Infrastruktur

Pengukuhan Aplikasi Yang Bersepadu, Berkesan Dan

Selamat

TERAS 2

Pemerkasaan keupayaan infrastruktur ICT & komunikasi

TERAS STRATEGIK

INISIATIF

TERAS 1

Pemantapan Tadbir Urus ICT

Pengukuhan Struktur Organisasi ICT

Menjalankan audit penggunaan ICT

TERAS 3

Pemantapan Pembudayaan ICT Warga Mahkamah Dan

Pelanggan

Pelan latihan ICT

Peningkatan kesedaran dan pengiktirafan ICT

Pengukuhan & kawalan keselamatan maklumat

Pengukuhan sistem e-Kehakiman

Pengawalan kualiti dan keselamatan aplikasi

Penambahbaikan aplikasi berdasarkan perubahan

persekitaran dan keperluan pengguna

Pembangunan aplikasi baru yang memenuhi keperluan pengguna

TERAS 4

Pemantapan Tadbir Urus ICT Yang Menyeluruh

TERHAD

PELAN STRATEGIK TEKNOLOGI MAKLUMAT (2011 – 2015)

PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

Mukasurat ( xv ) TERHAD

8. PEMETAAN INISIATIF STRATEGIK ICT DENGAN RANGKA KERJA STRATEGI ICT

SEKTOR AWAM

Inisiatif ICT PKPMP ini dirangka selari dengan halatuju ICT kerajaan. Inisiatif ini adalah

selaras dengan komponen dalam Rangka Kerja Strategik ICT Sektor Awam. Rajah

dibawah menunjukkan pemetaan ini.

Community Applications

eResiT

e-Kehakiman (e-Filing)

eRating

Gateway

Portal PKPMP

Enterprise Wide Application

EG Applications

Knowledge Management

Knowledge repository

Business Intelligent System (BIS)

Enabling Environment Components:

JK Pemandu e-Kehakiman, JPICT, JK Pengguna, JK Teknikal e-Kehakiman, JK Laman Web Kehakiman, JK Latihan ICT

Central Systems ( Back-up system, Env monitoring system, Helpdesk system, Exchange, Active Directory (AD) )

Information Security Management System (ISMS)

1Gov*Net

Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik Akta 2007, Data Dictionary Sektor Awam (DDSA), Dasar Keselamatan ICT, Pelan Strategik Teknologi Maklumat (ISP), Garis Panduan Pengurusan Keselamatan ICT Sektor Awam Malaysia (MyMIS), Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2000 (Rangka Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Kerajaan), The Malaysian Govt Interoperability Framework For Open Source Software (MyGIFOSS)

VISI & MISI PKPMP

Agency Specific Applications

e-Kehakiman (CMS)

e-Kehakiman (CRT)

Emel

eSPEK

Sistem Pintar Mahkamah

Sistem Pemantauan Kontrak

ICT Helpdesk System

Sistem Penempahan

MyMeeting

Sistem Kedatangan eHadir

TERHAD

PELAN STRATEGIK TEKNOLOGI MAKLUMAT (2011 – 2015)

PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

Mukasurat ( xvi ) TERHAD

9. PELAN TINDAKAN

Pelan tindakan digariskan secara terperinci dengan butiran mengenai Aktiviti, Sasaran

Program, Faktor Kejayaan Kritikal, Jangka Masa, Pemilik Program dan Petunjuk

Prestasi Utama (KPI) bagi setiap Program ICT.

Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Mengikut Program Bagi Teras 1

Peningkatan keupayaan rangkaian LAN;

Perkakasan rangkaian (firewall, switch)

Perisian rangkaian (Traffic Analyzer, dan lain-lain)

Konsolidasi LAN

MAC 2011 Kertas cadangan yang diluluskan

OKT 2011 Zon A - Perlis, Perak, Kedah, P.Pinang

DIS 2011-JAN 2012 Zon B - Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Melaka, Negeri Sembilan

FEB 2011 Zon C - Pahang, Terengganu, Kelantan

APRIL 2011 Zon D - Sabah, Sarawak

Migrasi rangkaian WAN kepada 1Gov*Net

JAN 2011 Laporan kajian rangkaian APRIL 2011 Proses perolehan selesai OKT 2011 Migrasi selesai FEB 2012 Roll Out selesai

Penyediaan Pusat Data yang lengkap

Bilik yang sesuai

Penghawa dingin

CCTV & Access Card

JUN 2013 Kajian selesai DIS 2014 Proses perolehan selesai di 80 lokasi DIS 2015 Proses perolehan selesai bagi baki 56 lokasi

PROGRAM KPI

TERHAD

PELAN STRATEGIK TEKNOLOGI MAKLUMAT (2011 – 2015)

PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

Mukasurat ( xvii ) TERHAD

Pengukuhan perkakasan dan perisian ICT untuk Automasi Pejabat PERKAKASAN

Server

PC

Pencetak

Pengimbas

Projektor

Kemudahan peralatan backup & restore

PERISIAN

Webmail

Log

Antivirus

Active Directory

Perisian automasi pejabat

JUN 2011 Satu dokumen Pelan Perancangan Kapasiti disediakan OGOS – DIS 2011 Kelulusan pengurusan, penyediaan spesifikasi dan perolehan JAN 2012 25% pembekalan perkakasan & perisian JAN 2013 25% pembekalan perkakasan & perisian JAN 2014 25% pembekalan perkakasan & perisian JAN 2015 25% pembekalan perkakasan & perisian

PROGRAM KPI

Penyelenggaraan perkakasan dan perisian

Perkakasan ICT

Pusat Data / DRC

Perisian

MAC 2011 Kelulusan Bahagian Pengurusan JUN 2011 Penyediaan spesifikasi dan perolehan JULAI 2011 & JULAI 2013 Perlantikan pembekal SETIAP DIS (2011-2015) Laporan penyelenggaraan

Pembangunan Pusat Pemulihan Bencana (DRC)

DIS 2011 Pembangunan selesai Setiap 2 tahun Simulasi DRC Setiap 2 Tahun Laporan penilaian

TERHAD

PELAN STRATEGIK TEKNOLOGI MAKLUMAT (2011 – 2015)

PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

Mukasurat ( xviii ) TERHAD

Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Mengikut Program Bagi Teras 2

Pengukuhan Backup & Restore untuk aplikasi utama:

CRT

e-Kehakiman

eSKHD

Aplikasi Dalaman

JUN 2012 Kajian selesai SEP 2012 Kelulusan pengurusan , penyediaan spesifikasi dan perolehan SETIAP NOV (2012-2015) Latihan SETIAP NOV (2012-2015) Pengujian perkakasan

PROGRAM KPI

Penilaian risiko berasaskan Garis Panduan HiLRA & MyRAM

SETIAP MAC (2013 & 2015) Aktiviti penilaian oleh MAMPU SETIAP MEI (2013 & 2015) Laporan penilaian HiLRA & MyRAM

PROGRAM KPI

Perluasan sistem e-Kehakiman Semenanjung dan e-Kehakiman Sabah dan Sarawak

Julai 2011 Satu hasil penilaian dan kajian peluasan Ogos 2011 Kelulusan JPICT dan MAMPU Okt - Dis 2011 Perluasan ke 13 lokasi terpilih dan pemasangan CRT di 50 bilik bicara (fasa 2) Jan - Mac 2012 Perluasan ke 10 lokasi yang mempunyai Mahkamah Sesyen (fasa 3) Jun - Dis 2012 Perluasan ke baki lokasi tertakluk kepada hasil penilaian dan kajian (fasa 4)

TERHAD

PELAN STRATEGIK TEKNOLOGI MAKLUMAT (2011 – 2015)

PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

Mukasurat ( xix ) TERHAD

Penyelenggaraan sistem e-Kehakiman Januari 2012 Kelulusan daripada JPICT Apr 2012 – Mac 2013 Penyelenggaraan sistem e-Kehakiman fasa 1 kali pertama Feb 2013 – Mac 2014 Penyelenggaraan sistem fasa 2 Apr 2013 – Mac 2014 Penyelenggaraan sistem fasa 1 kali kedua dan penyelenggaraan sistem fasa 3 Mac 2014 – Dis 2015 Penyelenggaraan sistem semua fasa Jan 2012 – Dis 2015 Penyelenggaraan sistem Integrated Court System (ICS) Sabah dan Sarawak

PROGRAM KPI

Pembangunan Sistem Pengurusan Hasil dan Deposit (eResiT)

Feb 2011 Satu (1) Kajian Risk Analysis Jun 2011 Satu (1) laporan kajian diluluskan oleh JPICT dan JTICT Sept 2011 Kelulusan sistem oleh Akauntan Negara Dis 2011 Pembangunan sistem dimulakan Ogos 2012 Migrasi data untuk tujuh (7) lokasi mahkamah Okt 2012 Pelaksanaan perintis eResiT di tujuh (7) lokasi Feb 2013 - Dis 2013 Migrasi dan pelaksanaan eResiT di 126 lokasi

TERHAD

PELAN STRATEGIK TEKNOLOGI MAKLUMAT (2011 – 2015)

PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

Mukasurat ( xx ) TERHAD

Sistem eSPEK (Penyatuan Modul Waran Tangkap Dan Notis Kepada Penjamin Berkomputer dalam eSPEK)

Mac 2011 Hasil kajian kebolehlaksanaan disediakan Julai 2011 Perlaksanaan eSPEK online Ogos 2011- Dis 2011 Perluasan ke 107 lokasi

Penambahbaikan portal kepada portal interaktif

April 2011 Portal selesai ditambahbaik Impak Meningkatkan kedudukan dalam penilaian portal/laman web oleh MDEC

PROGRAM KPI

Perslaksanaan kawalan kualiti serta pengukuhan ciri- ciri keselamatan aplikasi

Laporan ujian pencerobohan yang diluluskan 2 kali setahun Impak Pencerobohan sifar

Pembangunan aplikasi untuk menyokong strategi bisnes

Dynamic Reporting/Business Intelligent System (BIS)

Februari 2012 Penyediaan tender April 2012

Pelantikan pembekal

Januari 2013 Dashboard System sedia digunakan

TERHAD

PELAN STRATEGIK TEKNOLOGI MAKLUMAT (2011 – 2015)

PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

Mukasurat ( xxi ) TERHAD

PROGRAM KPI

Pembangunan aplikasi pemantauan: Sistem Pemantauan Kontrak

Mac 2012 Hasil kajian kebolehlaksanaan disediakan Ogos 2012 Satu (1) sistem pemantauan sedia digunakan

ICT Helpdesk System Mac 2011 Laporan kajian kebolehlaksanaan disediakan dan diluluskan April 2011 Penyediaan tender Jun 2011

Perlantikan pembekal

Disember 2011 Sistem Helpdesk sedia digunakan

Perlaksanaan Information Security Management System (ISMS)

Disember 2012 Pelan ISMS disediakan Jun 2013 Pengiktirafan ISMS

eRating Januari 2012 Hasil kajian kebolehlaksanaan disediakan Mac 2012 eRating sedia digunakan

TERHAD

PELAN STRATEGIK TEKNOLOGI MAKLUMAT (2011 – 2015)

PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

Mukasurat ( xxii ) TERHAD

PROGRAM KPI

Pembangunan Aplikasi Sokongan: Sistem Penempahan

November 2011 Hasil kajian kebolehlaksanaan disediakan Mac 2012 Satu sistem penempahan sedia digunakan

MyMeeting Ogos 2011 Satu sistem MyMeeting sedia digunakan

Sistem Kedatangan Jun 2012

Laporan kajian kebolehlaksanaan

disediakan dan diluluskan

Julai 2012 Penyediaan tender September 2012

Perlantikan pembekal

Mac 2013 Sistem Kedatangan sedia digunakan

Knowledge Repository

Jun 2011 Laporan kajian kebolehlaksanaan disediakan dan diluluskan Julai 2011 Penyediaan tender September 2011

Perlantikan pembekal

Mac 2012 Knowledge Repository sedia digunakan

TERHAD

PELAN STRATEGIK TEKNOLOGI MAKLUMAT (2011 – 2015)

PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

Mukasurat ( xxiii ) TERHAD

Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Mengikut Program Bagi Teras 3

PROGRAM KPI

Pembangunan Pelan Latihan ICT 2012 - 2015

Satu (1) dokumen Pelan Latihan ICT

Pelaksanaan Pelan Latihan ICT 2012 - 2015

Setiap Tahun ICT Personel Lima (5) sesi latihan teknikal ICT setahun Non ICT Personel Lapan (8) sesi latihan aplikasi setahun Tujuh (7) sesi latihan perisian automasi pejabat setahun Anugerah Tokoh ICT PKPMP /

Laman Web Jabatan Satu (1) kali setahun

Lawatan ke agensi yang mempunyai aplikasi ICT terbaik

Satu (1) kali setahun Satu (1) dokumen laporan lawatan dihasilkan

Seminar Technology Update Dis 2011-2015

Satu (1) kali setahun

Satu (1) dokumen laporan aktiviti

TERHAD

PELAN STRATEGIK TEKNOLOGI MAKLUMAT (2011 – 2015)

PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

Mukasurat ( xxiv ) TERHAD

Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Mengikut Program Bagi Teras 4

PROGRAM KPI

Mewujudkan Dasar ICT yang

komprehensif

Jun 2011

Satu Dasar ICT PKPMP yang

komprehensif diwujudkan

Penilaian keberkesanan jawatankuasa

sedia ada dan pewujudan

jawatankuasa baru.

Jawatankuasa sedia ada adalah:-

Jawatankuasa Pemandu ICT

(JPICT)

Jawatankuasa Pengguna e-

Kehakiman

Jawatankuasa Teknikal e-

Kehakiman

Jawatankuasa Laman Web

Kehakiman

Jawatankuasa kerja/pengguna

eSKHD.

Jawatankuasa baru adalah:-

Jawatankuasa Latihan ICT

Laporan penilaian keberkesanan

jawatankuasa sedia ada disediakan

Laporan Kajian kemungkinan pewujudan jawatankuasa baru disediakan Jawatankuasa Latihan ICT ditubuhkan

beserta satu terma rujukan ICT

disediakan dan keahlian

Semakan semula Terma Rujukan

jawatankuasa sedia ada.

Jawatankuasa sedia ada adalah:-

Jawatankuasa Pemandu ICT

(JPICT)

Jawatankuasa Pengguna e-

Kehakiman

Jawatankuasa Teknikal e-

Kehakiman

Jawatankuasa Laman Web

Kehakiman

Jawatankuasa kerja/pengguna

eSKHD.

Lima (5) Terma Rujukan ICT yang telah dikemaskini disediakan

TERHAD

PELAN STRATEGIK TEKNOLOGI MAKLUMAT (2011 – 2015)

PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

Mukasurat ( xxv ) TERHAD

10. PELAN PELAKSANAAN

Program-program ICT yang dirancang untuk dilaksanakan dalam ISP PKPMP bagi

tempoh lima (5) tahun mulai 2011 adalah selari dan menyokong keperluan dan hala

tuju Pelan Strategik PKPMP. Pelan pelaksanaan ISP PKPMP ini perlulah dipantau dan

dikaji semula secara berkala bagi memastikan penjajaran semula dengan hala tuju

untuk mencapai visi dan misi PKPMP.

Pemantapan tadbir urus pelaksanaan ICT dengan mengambil kira program perubahan pengurusan

Laporan pelaksanaan program empat

(4) kali setahun (JPICT)

PROGRAM KPI

Kajian Penambahbaikan Struktur Organisasi ICT

Kertas cadangan pengukuhan perjawatan diluluskan oleh Jabatan dan Agensi Pusat

Pelaksanaan Penambahbaikan Struktur Organisasi ICT

Pengisian 95% perjawatan skim Teknologi Maklumat (Skim ’F’)

Pemantauan peningkatan penggunaan ICT

1 kali setiap tahun.

Laporan audit diluluskan oleh pengurusan tertinggi PKPMP

Semakan semula Dasar, Prosedur

Tetap Operasi(SOP) dan garis

panduan ICT

Dasar Keselamatan ICT

Garis Panduan Mengenai Tatacara

Penggunaan Internet dan Email

PKPMP

Garis panduan penggunaan audio

conferencing

Satu (1) dokumen dasar yang telah dikemaskini Dua (2) Terma garis panduan ICT dikemaskini

TERHAD

PELAN STRATEGIK TEKNOLOGI MAKLUMAT (2011 – 2015)

PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

Mukasurat ( xxvi ) TERHAD

11. FAKTOR KEJAYAAN KRITIKAL

a) Peruntukan Kewangan

Bajet atau sumber kewangan yang mencukupi merupakan asas utama bagi

memastikan program yang dirancang mencapai sasaran;

b) Pengetahuan dan Kepakaran

Keperluan personel ICT yang pakar dan mahir dalam pelbagai bidang

(multiskilled) seperti pengurusan projek, pengurusan aplikasi, pangkalan

data, pembangunan infrastuktur dan keselamatan ICT serta sentiasa peka

dengan teknologi terkini adalah sangat penting. Oleh yang demikian, PKPMP

perlu mengkaji keperluan perjawatan dan latihan kepada pegawai bagi

memenuhi keperluan tenaga kerja dan kemahiran dalam melaksanakan

program yang telah dirancang. Ketepatan pemilihan teknologi berdasarkan

trend ICT semasa juga perlu diambil kira dalam merancang dan membangun

aplikasi yang berimpak tinggi di samping penyediaan prasarana ICT yang

bercirikan:

i) Kebolehsediaan yang tinggi (High Availability).

ii) Kebolehpercayaan tinggi (High Reliability).

iii) Keselamatan tinggi (Highly Secured).

iv) Berkapasiti tinggi (High Capacity).

c) Kelulusan Jawatankuasa

Kelulusan jawatankuasa diperingkat JPICT diperlukan dalam pelaksanaan

infrastruktur dan pembangunan aplikasi. Oleh itu, penyediaan kertas

cadangan yang lengkap perlu disediakan bagi tujuan bekenaan.

Pelaksanaan ini bertujuan untuk memastikan pelaksanaan projek dilakukan

dalam masa yang telah dirancang.

TERHAD

PELAN STRATEGIK TEKNOLOGI MAKLUMAT (2011 – 2015)

PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

Mukasurat ( xxvii ) TERHAD

d) Komitmen

Komitmen merupakan salah satu aspek kritikal kejayaan yang boleh dilihat

daripada pelbagai aspek seperti:

i) Komitmen Pengurusan Tertinggi dan Pengurusan Organisasi

Penglibatan pihak pengurusan tertinggi yang peka dengan keperluan

dan kepentingan ICT merupakan faktor kritikal untuk kejayaan

pelaksanaan program ICT di agensi. Pengurusan organisasi dan

pengurusan ICT yang mantap memainkan peranan penting sebagai

perancang dan penggerak ICT di PKPMP. Komitmen yang

berterusan daripada pihak pengurusan akan memberi impak terhadap

pengurusan perubahan (change management) yang efektif.

ii) Komitmen Masa

Jangkamasa yang dianggarkan bagi melaksanakan setiap program

perlu memenuhi faktor sumber seperti yang dinyatakan (kewangan,

manusia, kepakaran dan kemudahan) untuk menjanjikan pelaksanaan

yang tepat dan efektif.

iii) Komitmen Warga PKPMP

Selain itu, komitmen warga PKPMP yang terdiri daripada kakitangan

ICT dan bukan ICT sangat penting dalam membentuk budaya kerja

yang berorientasikan ICT. Warga PKPMP perlu memahami impak

dan perubahan yang diperlukan dan bersama-sama membantu

melaksana program ICT tersebut.

TERHAD

PELAN STRATEGIK TEKNOLOGI MAKLUMAT (2011 – 2015)

PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

Mukasurat ( xxviii ) TERHAD

12. PENUTUP

Adalah diharapkan ISP PKPMP 2011-2015 yang telah dibangunkan ini dapat difahami,

dihayati dan dilaksanakan bagi merealisasikan hasrat PKPMP bagi

mentransformasikan sistem penyampaian perkhidmatan PKPMP bertaraf dunia.