registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii kosa istilah...

111

Upload: buihanh

Post on 27-Jun-2019

238 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,
Page 2: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

i  KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

“Kosa Istilah Pengurusan Modal Insan”

Cetakan Pertama 2010

Diselenggarakan Oleh :

Seksyen Dasar Dan Peraturan

Bahagian Pengurusan Modal Insan

Pejabat Pendaftar

Universiti Teknologi Malaysia

81310 JOHOR BAHRU, JOHOR

Tel : 07-5530417

Faks : 07-5561722

Page 3: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

ii  KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISI KANDUNGAN

ABJAD MUKA SURAT

Kandungan i Kata Pengantar ii Prakata iii Panduan Kosa Istilah iv Sejarah Penubuhan Universiti v Latar Belakang Universiti vi Sejarah Pentadbiran Universiti vii Falsafah UTM viii Struktur Organisasi UTM ix Objektif Penerbitan x A 1 B 6 C 10 D 19 E 25 F 30 G 34 H 37 I 41 J 44 K 47 L 49 M 51 N 54 O 57 P 62 Q 68 R 70 S 75 T 84 U 89 V 91 W 92 X - Y 95 Z 95 Rujukan 96 Setulus Penghargaan 97 Jawatankuasa Penggerak 98

Page 4: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

iii  KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

KATA PENGANTAR

Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

Saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan

kurniaNya buku Kosa Istilah Pengurusan Modal Insan ini dapat disediakan oleh Seksyen

Dasar dan Peraturan sebagai sebuah naskah penting yang akan menjadi panduan dan rujukan

bagi staf yang bertugas di Bahagian Pengurusan Modal Insan, Pejabat Pendaftar serta Fakulti/

Bahagian Universiti Teknologi Malaysia.

Saya melihat tujuan penyediaan naskah ini adalah untuk memberi panduan kepada staf

yang menguruskan Pengurusan Modal Insan dalam menyesuaikan diri dengan penggunaan

istilah-istilah yang sering digunakan di dalam domain Pengurusan Modal Insan. Saya amat

berharap naskah ini akan memberi pengetahuan yang menyeluruh kepada semua staf yang

bertugas di Bahagian Pengurusan Modal Insan, Pejabat Pendaftar serta Fakulti/ Bahagian.

Kepada Seksyen Dasar Dan Peraturan yang telah bertanggungjawab menyediakan

naskah ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas penyediaan buku Kosa Kata

Istilah Pengurusan Modal Insan ini.

Sekian, terima kasih.

Hassan Bin Husin Timbalan Pendaftar Kanan Bahagian Pengurusan Modal Insan Universiti Teknologi Malaysia 2010

Page 5: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

iv  KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

PRAKATA

Salam Sejahtera,

Kosa Istilah Pengurusan Modal Insan ini disediakan dengan tujuan untuk memberi panduan dan

menyesuaikan staf Bahagian Pengurusan Modal Insan dengan istilah-istilah yang sering

digunakan di dalam domain Pengurusan Modal Insan.

Merentasi skop Pengurusan Modal Insan yang semakin kompetitif pada masa kini, pelbagai

istilah dan perkataan diberi “nafas baru” dan ini secara tidak langsung dapat membantu

meningkatkan lagi penggunaan istilah secara lebih komprehensif. Sehubungan dengan itu,

naskah ini disusun untuk mengimbangi jurang yang mungkin wujud di kalangan staf dengan

dunia luar yang telah lama mencipta perbezaan di antara satu dengan yang lain.

Semoga naskah ini akan dapat memberi manfaat kepada semua staf ke arah menjadikan

Bahagian Pengurusan Modal Insan, Universiti Teknologi Malaysia sebagai sebuah unit yang

mempunyai mutu perkhidmatan yang terbaik selaras dengan harapan memenuhi ekspektasi

pelanggan.

Sekian,

Seksyen Dasar dan Peraturan

Bahagian Pengurusan Modal Insan

Pejabat Pendaftar

UTM, Johor

Page 6: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

v  KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

PANDUAN KOSA ISTILAH

Kosa istilah ini dibina berdasarkan penggunaan istilah Pengurusan Modal Insan di dalam Bahasa Inggeris dan didatangkan bersama terjemahan di dalam Bahasa Melayu.

Istilah-istilah ini disusun dan diberi perbezaan dari segi warna paparan. Istilah yang bermula dengan huruf vokal diberi paparan berwarna biru manakala istilah yang bermula dengan huruf konsonan diberi paparan berwarna hijau.

Semoga Kosa Istilah ini akan dapat memperkaya pengetahuan dan penggunaan kata yang tepat dengan maksud yang hendak disampaikan di dalam Pengurusan Modal Insan pada hari ini.

Page 7: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

vi  KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

PENDAHULUAN

Sejarah Penubuhan Universiti Sejarah penubuhan institusi pengajian ini bermula pada tahun 1904 sebagai sebuah kelas

pengajian teknik di Bangunan Dewan Bandaran Kuala Lumpur. Pada tahun 1906, kelas teknik

telah dijadikan Sekolah Teknik, bertempat di Sekolah Batu Lane dan kemudian berpindah ke

Bangunan Muzium, di Bukit Nanas. Objektif utama mewujudkan sebuah sekolah teknik ketika

itu adalah untuk melatih tenaga pekerja bagi mengendalikan pembangunan prasarana seperti

jalan raya dan jalan keretapi menghubungkan pusat-pusat perlombongan ke bandar persisiran

Selat Melaka seperti Taiping di Larut, Kuala Lumpur di Selangor dan Seremban di Sungai

Ujong.

Pada tahun 1925, Sekolah Teknik yang baru telah dibuka di Jalan Brickfields (Jalan Tun

Sambathan), Kuala Lumpur. Sekolah Teknik ini dikelolakan oleh Jabatan Kerja Raya untuk

melatih kakitangan teknik Jabatan Keretapi, Jabatan Ukur dan Jabatan Kerja Raya. Kemudian,

pada tahun 1930, Sekolah Teknik Kuala Lumpur telah diperbesarkan di tapak baru di High

Street, iaitu kini di Jalan Bandar.

Pada tahun 1941, sekolah Teknik ini telah disyorkan agar dinaik taraf ke peringkat maktab.

Namun demikian, ia tidak dapat dilaksanakan akibat meletusnya Perang Dunia Kedua.

Rancangan tersebut hanya dapat dilaksanakan pada tahun 1946, dengan dikenali sebagai

Maktab Teknik. Ketika itu, Maktab Teknik menawarkan kursus peringkat diploma yang

mengambil masa tiga tahun. Bidang yang ditawarkan ialah Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan

Jentera, Kejuruteraan Elektrik, Senibina, Perancang Bandar dan Kampung, Ukur Tanah dan

Ukur Bahan. Pembinaan Maktab Teknik yang baru di Jalan Gurney (kini Jalan Semarak), Kuala

Lumpur bermula dalam tahun 1951 dan mula digunakan pada bulan Mac 1955.

Pada tahun 1960, Maktab Teknik telah mengorak langkah dengan mengendalikan kursus

kejuruteraan di peringkat ikhtisas. Pelajar yang mengikuti kursus ini mengambil peperiksaan

ikhtisas yang dianjurkan olah Institution of Civil Engineers dan Institution of Electrical Engineers,

United Kingdom. Kursus ini adalah bertaraf ijazah dan kemajuan yang dicapai oleh para pelajar

sangat menggalakkan. Pada tahun 1967, Jawatankuasa Perancangan Pelajaran Tinggi telah

Page 8: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

vii  KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

memperakukan supaya Maktab Teknik dinaikkan taraf sebagai sebuah institusi bertaraf

Universiti mulai tahun 1969. Walau bagaimanapun, perakuan tersebut hanya terlaksana tiga

tahun kemudian, iaitu dengan tertubuhnya Institusi Teknologi Kebangsaan pada 14 Mac 1972,

di bawah Seksyen 6(1) Akta Universiti dan kolej Universiti 1971. Pada 1 April 1975, nama

institusi ini telah ditukar kepada Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Latar Belakang Universiti

Bermula daripada Sekolah Teknik dan dinaik taraf kepada Maktab Teknik pada tahun 1946,

perjalanan dari sebuah sekolah ke Universiti akhirnya sempurna apabila institusi ini menjadi

Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1975. Semenjak penubuhannya, UTM telah

diamanahkan untuk melahirkan graduan yang kompeten dan berkebolehan dalam bidang sains,

teknologi dan kejuruteraan dan sehingga ke hari ini UTM kekal sebagai sebuah institusi

terkemuka dalam bidang pembangunan sains dan teknologi, inovasi dan pencapaian. Kini UTM

merupakan universiti yang unggul dan ternama di rantau ini dalam bidang kejuruteraan, sains

dan teknologi.

UTM berhasrat untuk menjadi Universiti Bertaraf Dunia, dan untuk menjadikan matlamat ini satu

kenyataan, UTM telah merintis jalan ke arah menjadi organisasi pembelajaran yang menyemai

dan memupuk budaya cemerlang dan terbilang.

Dalam usahanya, UTM terus mencetuskan dan mengukuhkan kecemerlangannya dengan

memastikan kualiti menerusi:

• Sistem tadbir urus yang berkesan yang disokong oleh staf pentadbiran (Pengurusan dan

Sokongan) yang berkompetensi dan dinamik.

• Staf yang berwibawa dengan kelulusan terbaik, dedikasi dan tumpuan yang tidak

berbelah bahagi untuk panambahbaikan berterusan dalam disiplin atau bidang

pengkhususan masing-masing.

• Staf yang berwibawa dengan reputasi tersohor dan kredibiliti terkemuka yang diiktiraf

dan dikenali ramai atas kecemerlangan dalam penyelidikan dan budaya inovasi.

• Suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan berkesan untuk memastikan

modal insan yang cemerlang dan staf sokongan yang kompeten.

• Pengambilan pelajar yang berkualiti tinggi dan melahirkan graduan dengan pencapaian

yang seimbang antara akademik dengan pengambilan ko-kurikulum untuk memastikan

modal insan yang cemerlang dan berkualiti.

Page 9: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

viii  KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

• Perkongsian bestari dan jalinan strategik dengan pihak industri dan berkepentingan

menghasilkan kerjasama dan sinergi yang bermakna.

Sejarah Pentadbiran Universiti

Selaras dengan perkembangan pesat Universiti, pihak pengurusan Universiti dari semasa ke

semasa telah membuat penyelarasan semula pentadbiran berikutan bilangan pelajar, kursus,

staf, dan fakulti yang bertambah. Atas keperluan ini, Universiti telah memperkenal sistem

pengurusan berpusat kepada sistem pengurusan modular bermula pada tahun 1993.

Asas ini telah diteruskan sehingga ke hari ini dan dengan adanya penambahbaikan dari semasa

ke semasa dapat mengurangkan karenah birokrasi dan menjadi sistem penyampaian

perkhidmatan dan tadbir urus lebih mantap dan berkesan. Sistem modular ini dilaksanakan bagi

mengambil kira usaha untuk menyediakan pelan strategik ke arah Universiti Bertaraf Dunia.

Page 10: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

ix  KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

FALSAFAH

Menjana Minda Kreatif dan Inovatif

FALSAFAH UNIVERSITI

Hukum Allah adalah dasar kepada sains dan teknologi. Maka Universiti Teknologi

Malaysia berusaha secara menyeluruh dan bersepadu memperkembangkan

kecemerlangan sains dan teknologi untuk kesejahteraan dan kemakmuran sejagat

sesuai dengan kehendak-Nya.

VISI

Diiktiraf sebagai pusat kecemerlangan akademik dan teknologi bertaraf dunia.

MISI

Menjadi peneraju dalam pembangunan modal insan dan teknologi inovatif demi

pengkayaan khazanah Negara.

COGANKATA UNIVERSITI

“KERANA TUHAN UNTUK MANUSIA”

Page 11: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

x  KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

STRUKTUR ORGANISASI UNIVERSITI

Page 12: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

xi  KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

OBJEKTIF PENERBITAN

Objektif utama penerbitan buku Kosa Istilah kata Pengurusan Modal Insan ini adalah untuk :

1. Memberi pendedahan dan pemahaman kepada staf berhubung penggunaan istilah yang

sering digunakan dalam domain Pengurusan Modal Insan.

2. Meningkatkan lagi penggunaan istilah secara lebih komprehensif dikalangan staf yang

bertugas di Bahagian Pengurusan Modal Insan, Pejabat Pendaftar, serta staf yang

bertugas di Fakulti/ Bahagian, Universiti Teknologi Malaysia.

3. Menjadi panduan dan rujukan kepada staf yang bertugas di Bahagian pengurusan

Modal Insan, serta staf yang menguruskan urusan modal insan di Fakulti/ Bahagian

UTM.

Page 13: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

1      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

A

ISTILAH

PENERANGAN

Ability Keupayaan

Kebolehan, bakat atau kecekapan, kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan tugas tertentu.

Ability test Ujian Keupayaan

Suatu alat untuk menilai keupayaan mental atau fizikal individu (contoh:menyelesaikan masalah,ketangkasan manual dan sebagainya).

Abstract reasoning Pentaakulan abstrak

Proses melihat isu dan mencapai kepada kesimpulan melalui penggunaan simbol atau anggapan umum berbanding berdasarkan maklumat konkrit yang berfakta.

Academic Akademik

Seorang pengajar yang terdiri daripada ahli fakulti di universiti atau kolej. Juga dirujuk sebagai Ahli Akademia.

Accessibility Boleh/ Mudah didatangi

Takat di mana sesuatu fasiliti milik kontraktor atau majikan mudah didatangi dan tidak menghalang pergerakan orang kurang upaya, terutamanya kawasan seperti pejabat personel, tempat kerja dan tempat-tempat awam.

Accessible format Format Capaian

Bahan yang direka bentuk dalam format yang berbeza seperti Braille, rakaman audio, persembahan lisan atau elektronik untuk individu yang cacat penglihatan.

Accountability Akauntabiliti/ kebertanggungjawaban

Tanggungjawab yang diletakkan terhadap seseorang individu atau kumpulan untuk tindakan sendiri atau orang lain.

Adjunct program Program tambahan

Alat latihan tambahan yang menggunakan prinsip pengaturcaraan terhadap arahan dalam modul sedia ada, bahan, teks dan manual atau sebagainya yang direka bentuk untuk mengarah pelajar ke bidang spesifik dalam modul berkaitan.

Page 14: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

2      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

Adult learner Pelajar dewasa

Individu yang melepasi umur pendidikan lepasan menengah yang bertugas secara sepenuh atau separuh masa dan mendaftar di dalam program pendidikan formal atau tidak formal.

Adverse action Tindakan buruk

Sebarang tindakan oleh majikan yang menyebabkan seseorang atau sekumpulan individu kehilangan peluang-peluang pekerjaan yang sama.

Adverse Impact Kesan buruk

Kaedah pengukuran pemilihan yang besar dan berbeza dalam pengambilan, naik pangkat atau keputusan pekerjaan lain yang menyebabkan keadaan yang tidak menguntungkan sesuatu kaum, gender atau kumpulan etnik.

Adverse selection Pemilihan mudarat

Amalan-amalan atau dasar-dasar pemilihan majikan yang mengakibatkan diskriminasi atau layanan yang tidak menguntungkan terhadap seseorang atau sekumpulan individu yang merupakan anggota kumpulan yang terlindung.

Advisory committee Jawatankuasa penasihat

Satu kumpulan atau ahli panel dalaman atau luaran yang tiada kuasa membuat keputusan, berkumpul bagi mengenalpasti dan membincangkan isu-isu khusus serta membuat cadangan.

Alternation ranking Kedudukan penyelenggaraan

Satu kaedah penarafan yang digunakan dalam penilaian kerja dan penilaian prestasi melibatkan penilai diminta untuk memilih kakitangan terbaik dan paling lemah dari senarai semua kakitangan dan menyusun kedudukan mereka sewajarnya.

Alternative assessment Taksiran alternative

Prosedur dan teknik bukan tradisional yang digunakan dalam rangka kerja program-program pengajaran bagi menilai pencapaian pendidikan seorang pelajar.

Alternative dispute resolution Penyelesaian pertikaian alternatif

Satu prosedur sukarela digunakan bagi menyelesaikan pertikaian atau konflik di antara individu atau kumpulan. Prosedur ini menggunakan perkhidmatan pihak ketiga yang berkecuali untuk memudahkan perbincangan dan membantu pihak terlibat mencapai satu persetujuan yang mengikat.

Page 15: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

3      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

Alternative worksite Tapak kerja alternatif

Sebarang lokasi selain tapak kerja fizikal majikan di mana pekerja-pekerja dibenar melaksanakan kerja-kerja mereka.

Analysis of variance Analisis varians

Satu kaedah statistik yang digunakan bagi menentukan sama ada wujud hubungan di antara dua atau lebih pemboleh ubah dengan merumuskan perbandingan serentak pemboleh ubah-pemboleh ubah terlibat.

Analytical thinking Pemikiran analitikal

Keupayaan untuk menganalisa fakta, menjana perbandingan dan membuat kesimpulan yang betul daripada maklumat yang ada.

Anecdotal Anekdot

Maklumat yang berasaskan pemerhatian atau tanda-tanda dari tindakan individu dan bukan daripada sebarang proses organisasi.

Anti-nepotism policy Dasar Anti-nepotisme

Dasar majikan yang menghadkan penggajian dua atau lebih ahli keluarga pada satu masa.

Apparent auothority Kuasa zahir

Keadaan di mana seorang individu mempunyai kewibawan atau kuasa untuk bertindak seperti ejen sebuah organisasi itu tidak memberikan kuasa atau pengaruh kepada individu tersebut.

Applicant Pemohon

Seseorang yang mencari kerja dan memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh majikan.

Applicant Files Fail Pemohon

Borang-borang permohonan/ringkasan maklumat diri serta butiran relevan yang diselenggara oleh majikan serta digunakan semasa proses pemilihan.

Applicant tracking Penjejakan pemohon

Kertas atau sistem berkomputer yang menjejak data organisasi seperti ringkasan maklumat diri, borang permohonan dan maklumat penempatan dalaman.

 

 

Page 16: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

4      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

Application service provider Penyediaan perkhidmatan aplikasi

Organisasi pihak ketiga yang menyediakan perisian aplikasi dan perkhidmatan berkaitan melalui internet yang membenarkan sebuah organisasi untuk menyebarluaskan sebahagian atau kesemua keperluan teknologi maklumatnya.

Apprenticeship Perantisan

Satu sistem yang digunakan bagi melatih seseorang dalam satu perdagangan yang diiktiraf atau kemahiran, selaras dengan piawaian tertentu. Perantis individu mendapat kemahiran dengan menjalankan tugas-tugas berkaitan untuk satu tempoh masa yang ditetapkan di bawah seliaan pakar berpengalaman.

Aptitude testing Ujian aptitude

Alat pengujian piawai yang digunakan semasa proses pemilihan yang bertujuan mengukur dan meramalkan kebolehan masing-masing.

Arbitration Timbang tara

Kaedah alternatif penyelesaian pertikaian yang menggunakan pihak ketiga yang berkecuali (contoh : penimbang tara) untuk menyelesaikan konflik dan isu yang mengikat individu, kumpulan atau majikan-pekerja.

Architectural barriers Halangan-halangan seni bina

Sifat fizikal atau reka bentuk sebuah bangunan, struktur atau kemudahan yang menghalang individu dengan kecacatan fizikal daripada memasuki atau menggunakan secara mudah atau secara bebas bangunan, struktur atau kemudahan tersebut.

Assessment center Pusat penilaian

Lokasi ujian di mana seseorang calon yang dipertimbangkan untuk tugasan aatau naik pangkat ke peringkat pengurusan atau kedudukan eksukif dinilai oleh piawai, permainan dan simulasi lain untuk meramalkan prestasi kerja masa depan calon.

Attendance policy Polisi kedatangan

Piawaian majikan yang bertulis mengenai keperluan untuk pekerja hadir bertugas tepat pada masa mengikut jadual kerja yang ditetapkan.

Attitude survey Tinjauan sikap

Alat yang biasa digunakan untuk mendapat dan menilai pendapat, perasaan, persepsi dan jangkaan pekerja mengenai pelbagai isu pengurusan dan organisasi.

Page 17: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

5      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

Attrition Atrisi

Istilah yang biasa untuk menghuraikan penamatan sukarela dan tidak sengaja, kematian dan persaraan pekerja yang mengakibatkan penurunan tenaga kerja fizikal majikan.

Autocratic leadership Kepimpinan autokratik

Salah satu ciri kepimpinan iaitu pemimpin menentukan polisi organisasi, mengarah ahli-ahli apa yang boleh dibuat/dilakukan, subjektif dalam pendekatan, sombong dan tidak mesra.

Availability analysis Analisis ketersediaan

Proses menentukan jumlah wanita dan minoriti yang layak dalam satu tenaga kerja berkaitan yang memiliki atau mempunyai keupayaan memperoleh kemahiran atau kelayakan yang diperlukan untuk mana-mana jawatan dalam organisasi.

Page 18: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

6      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

B

ISTILAH

PENERANGAN

Background check/ investigation Siasatan/ semakan latar belakang

Semakan latar belakang dan pemeriksaan rujukan adalah kaedah biasa yang digunakan oleh majikan bagi menyemak latar belakang pekerja yang digaji. Aktiviti ini adalah sebahagian daripada aspek pengurusan kakitangan dalam sumber manusia. Setiap satu boleh melibatkan kedua-dua pengesahan maklumat yang disediakan oleh pemohon, atau mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan yang tidak disediakan oleh pemohon. Siasatan latar belakang umumnya melibatkan penyaringan keluar orang yang tidak layak akibat sabitan jenayah, rekod memandu yang buruk, sejarah kredit yang lemah, atau gambaran yang salah pada ringkasan ikhtisar atau borang permohonan mengenai pendidikan atau sejarah kerja sebelumnya. Pemeriksaan rujukan dilaksanakan dengan menghubungi bekas majikan, penyelia, rakan sejawat atau pengajar pemohon bagi mendapatkan maklumat berkenaan pengetahuan, kemahiran, keupayaan, dan watak pemohon.

Back pay Tunggakan gaji

Satu bentuk ganti rugi untuk pelanggaran upah di mana satu perintah dikeluarkan terhadap majikan untuk membayar perbezaan di antara bayaran yang telah dibayar kepada pekerja dengan bayaran yang sepatutnya diterima oleh pekerja tersebut. Amaun ini kerap dirujuk sebagai “tunggakan gaji”.

Balanced scorecard Balanced scorecard

Satu konsep pengurusan strategik yang popular – dibangunkan seawal tahun 1990-an oleh Dr. Robert Kaplan dan David Norton. Ia merupakan sebuah sistem pengurusan dan pengukuran yang membolehkan orgaisasi menjelaskan wawasan dan strategi atas menterjemahkannya menjadi tindakan. Matlamatnya adalah bagi meningkatkan prestasi perniagaan dengan strategi organisasi dengan mengukur hasil empat bidang: prestasi kewangan, pengetahuan pelanggan, proses perniagaan dalaman, dan pembelajaran dan pertumbuhan.

Page 19: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

7      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

Barrier analysis Analisis halangan

Proses mengkaji semula dasar dan prosedur sesebuah organisasi bagi mengenal pasti dan menghapuskan halangan-halangan dalam proses pengambilan, penilaian, pertukaran, atau kenaikan pangkat seseorang dalam organisasi.

Behavioral-based interview Temu duga berasaskan tingkah laku

Satu teknik temu duga yang menumpukan kapada pengalaman, tingkah laku, pengetahuan, kemahiran dan keupayaan calon dengan meminta calon untuk menyediakan contoh khusus apabila beliau telah menunjukkan tingkah laku atau kemahiran tertentu sebagai satu cara meramal tingkah laku dan prestasi pada masa hadapan.

Behaviourally Anchored Rating Scale (BARS) Skel Pengukuhan Berasaskan Tingkah laku

Satu penilaian yang menentukan penilai menyenaraikan dimensi penting bagi sesuatu pekerjaan dan mengumpulkan maklumat mengenai tingkah laku kritikal yang membezakan di antara prestasi yang berjaya dan tidak berjaya. Tingkah laku kritikal ini akan dikategorikan dan ditetapkan nilai dalam bentuk angka yang digunakan sebagai asas untuk penarafan prestasi.

Behaviour modification Ubah suai tingkah laku

Satu percubaan untuk mengubah atau menghapuskan tingkah laku seseorang yang tidak diingini dengan memperincikan tingkah laku yang diingini.

Benchmarking Menanda aras

Proses sistematik yang membandingkan produk perkhidmatan dan amalan sesebuah organisasi terhadap organisasi pesaing atau peneraju industri lain bagi mengenal pasti usaha yang dilakukan untuk mencapai tahap prestasi yang tinggi. Satu teknik menggunakan data kuantitatif atau kualitatif untuk membuat perbandingan di antara organisasi yang berbeza atau seksyen di dalam organisasi.

Benchmarks Penanda aras

Piawaian yang digunakan sebagai asas perbandingan dan pengukuran.

 

Page 20: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

8      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

Benefits Faedah

Faedah adalah satu bentuk pampasan tidak langsung yang direka untuk menyediakan perlindungan tambahan kepada kakitangan dan sebagai bentuk penghargaan kepada pekerja. Ia biasanya bukan dalam bentuk ganjaran wang ringgit. Faedah lazimnya dipanjangkan untuk kakitangan serta ahli keluarga terdekat.

Bereavement leave Cuti kematian

Satu dasar majikan yang memberikan kelepasan selama beberapa hari disebabkan kematian pasangan, ibu bapa, anak-anak, datuk atau nenek atau ipar seseorang pekerja supaya beliau boleh menghadiri upacara pengebumian dan sebagainya.

Bidding Menawar

Amalan yang menyenaraikan semua peluang-peluang kerja secara dalaman supaya kakitangan berpeluang untuk memohon jawatan-jawatan kosong sebelum majikan mencari calon-calon berkelayakan melalui pengambilan calon dari luar.

Blended workforce Gabungan tenaga kerja

Satu tenaga kerja yang meliputi kakitangan tetap, sepenuh masa, sambilan, sementara, dan kontraktor bebas.

Blind ad ‘Blind ad’

Satu iklan kerja di dalam akhbar, jurnal perdagangan /penerbitan, majalah atau internet yang tidak mempunyai maklumat khusus tentang majikan yang mengiklankan jawatan tersebut.

Blue collar workers Pekerja kolar biru

Pekerja yang dibayar mengikut jam yang diambil bekerja yang memerlukan kekuatan fizikal bagi malakukan kerja-kerja manual.

Bonus plan Rancangan bonus

Satu rancangan insentif gaji kepada kakitangan sebagai tambahan kepada gaji pokok mereka, bagi mancapai matlamat produktiviti dan prestasi individu mahupun kumpulan.

Boundaryless Organization Organisasi tanpa sempadan

Didefinisikan sebagai sebuah organisasi yang membuang sekatan bagi mamaksimakan aliran maklumat merentasi organisasi.

Page 21: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

9      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

Branding Penjenamaan

Proses mengenal pasti dan membezakan produk, proses atau perkhidmatan sesebuah organisasi yang lain dengan memberi satu nama, frasa atau tanda lain.

Breach of contract Pelanggaran kontrak

Berlaku apabila seseorang individu yang merupakan pihak kepada sesuatu kontrak atau perjanjian tidak memegang janji atau melanggar syarat-syarat kontrak tersebut.

Break-even analysis Analisis pulang modal

Satu kaedah pengukuran yang digunakan untuk menentukan jumlah kasar jualan yang diperlukan bagi menampung kos-kos berkaitan dalam penghasilan sesuatu produk atau perkhidmatan.

Business continuity planning Perancangan kesinambungan perniagaan

Didefinisikan sebagai satu proses pengurusan untuk mengenal pasti ancaman-ancaman yang berpotensi dan kesan-kesan terhadap organisasi serta menyediakan satu rangka kerja yang strategik dan dapat digunakan untuk memastikan organisasi berupaya menghadapi sebarang gangguan atau kehilangan operasi dan fungsi perniagaan.

Business literacy Celik perniagaan

Pengetahuan dan pemahaman mengenai kewangan, perakaunan, pemasaran dan fungsi-fungsi operasi sebuah organisasi.

Business necessity Keperluan perniagaan

Satu kelebihan kepada majikan yang mempunyai kriteria pemilihan yang neutral yang memastikan pengambilan bukan fokus kepada hanya satu jantina, kaum, agama dan budaya yang mempunyai potensi untuk mencetuskan kesan buruk. Majikan mesti berupaya untuk membuktikan bahawa amalan-amalan yang dilaksanakan dengan berkesan adalah dikatakan untuk berkhidmat tanpa diskriminasi.

Business plan Pelan perniagaan

Satu dokumen yang mengandungi maklumat berkaitan sesebuah syarikat dengan menyenaraikan perkara-perkara seperti perincian perniagaan syarikat, pasaran atau industri, pengurusan, pesaing, prospek masa depan dan potensi pertumbuhan dan sebagainya.

Page 22: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

10      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

Call centre Pusat panggilan

Lokasi dalam sebuah organisasi yang berfungsi untuk mamantau, menghantar, dan melaporkan sejumlah panggilan dari para pelanggan yang diterima dalam satu masa yang sama melalui penggunaan teknologi dan sumber-sumber lain.

Career path Laluan kerjaya

Laluan kerjaya dalam sebuah organisasi di dalam bidang pekerjaan yang khusus dari tahap yang terendah hingga tahap yang tertinggi dalam struktur hierarki.

Career planning Perancangan kerjaya

Proses mewujudkan objektif kerjaya dan menentukan kesesuaian program pendidikan dan pembangunan bagi kemahiran yang diperlukan untuk mencapai objektif kerjaya jangka pendek dan jangka panjang.

Career plateau Career plateau

Berlaku apabila seseorang pekerja itu telah mencapai tahap jawatan tertinggi atau tahap yang mampu dicapai dalaam sebuah organisasi dan beliau tidak mempunyai prospek untuk dipromosikan pada masa hadapan akibat dari faktor-faktor seperti kurangnya kemahiran atau penyusunan semula korprat.

Case study Kajian kes

Satu kajian yang menggunakan senario sebenar dan menumpukan kepada isu-isu yang lebih spesifik. Ia mengkaji secara lebih mendalam, membuat kesimpulan tentang isu tersebut dan hanya di dalam konteks yang khusus.

Casual dress Pakaian kasual

Merujuk kepada pakaian seperti jeans, seluar panjang yang kasual, kemeja-T, kemeja sukan dan lain-lain pakaian yang dipakai semasa senggang.

Casual employment Pekeja sambilan

Amalan mengambil kakitangan berdasarkan kepada keperluan organisasi sama ada untuk menggantikan kakitangan tetap yang bercuti atau tiada di organisasi bagi satu jangka masa yang pendek atau panjang, atau disebabkan oleh keperluan tambahan pekerja untuk fasa operasi organisasi dalam tempoh puncak.

Page 23: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

11      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

Caucus Kaukus / jawatankuasa

Satu istilah yang merujuk kepada hubungan pekerja bagi mentakrifkan penggantungan rundingan yang berkala bagi menyediakan ruang dan peluang kedua-dua pihak untuk menimbangkan perkara berkaitan dengan jawatan dan kedudukan mereka di organisasi.

Centralization Pemusatan

Proses menggabungkan semua pembuat keputusan di bawah satu pusat kumpulan atau lokasi.

Change agent Agen perubahan

Suatu istilah bagi mentakrifkan seorang individu atau kumpulan individu, sama ada secara langsung atau tidak langsung menyebabkan atau mempercepatkan perubahan sosial, kebudayaan, atau kelakuan.

Climate survey Tinjauan iklim

Satu kaedah mendapatkan pendapat, persepsi dan jangkaan dari pekerja mengenai pelbagai faktor yang berkaitan dengan pemeliharaan iklim organisasi seperti peluang pembangunan, pengurusan, perhubungan kerja, perhubungan persekitaran dan sebagainya.

Coaching Bimbingan

Satu kaedah di mana individu yang lebih berpengalaman atau berkemahiran memberi nasihat dan bimbingan yang bertujuan untuk membantu atau membangunkan kemahiran, memperbaiki perestasi dan menetapkan kualiti atau kerjaya rakan sekerjanya yang kurang berpengalaman dan kemahiran.

Colour discrimination Diskriminasi warna

Satu istilah yang merujuk kepada keadaan di mana sesorang itu didiskriminasikan disebabkan perbezaan warna kulit.

Collective Bargaining Tawar - menawar kolektif

Proses dimana majikan akan berunding dengan kesatuan pekerja mengenai kontrak pekerjaan. Dalam konteks sumber manusia di Malaysia, ia termaktub di bawah Akta Pekerja 1995 dan Akta Perhubungan Perindustrian 1967.

 

 

Page 24: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

12      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

Communicable disease Penyakit berjangkit

Satu keadaan di mana satu penyakit disebarkan secara terus atau tidak dari individu ke individu yang lain atau haiwan melalui perantaraan haiwan sebagai agen pembawa virus atau melaui persekitaran yang tepu. Penyakit-penyakit ini termasuk, dan bukan terbatas kepada Selesema, Batuk Kering, Konjuktivitis, Mononucleosis Berjangkit, AIDS dan HIV Positif, Hepatitis A, B, C dan D; Meningitis, SARS dan penyakit-penyakit bawaan melalui seks.

Comparative rating Penarafan perbandingan

Satu kaedah penarafan yang menentukan penarafan atau rating melalui perbandingan di antara individu yang diberi penarafan.

Competency-based pay Gaji berdasarkan kompetensi

Satu sistem ganjaran yang mengiktiraf pekerja-pekerja berdasarkan jenis kemahiran yang diperoleh dan digunakan di dalam kerja mereka. Turut juga dikenali sebgai upah berdasarkan kemahiran dan berdasarkan pengetahuan.

Competencies Kompetensi

Pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang dikehendaki untuk menjalankan satu tugas atau fungsi tertentu. Kepantasan mambuat sesuatu (dari segi berfikir dan lain.

Compa ratio Nisbah compa

Perbandingan kadar gaji sebenar kepada titik tengah gred gaji yang digunakan bagi membandingkan bayaran sebenar yang dibayar dengan titik tengah satu gred gaji tertentu dalam satu struktur gaji.

Competitive advantage Kelebihan daya saing

Keadaan yang membolehkan sebuah syarikat beroperasi lebih efisyen atau cara yang lebih berkualiti daripada pihak lain untuk bersaing dengan pesaing mereka, yang menghasilkan manfaat untuk syarikat.

Compliance Pematuhan

Memenuhi syarat-syarat pematuhan yang ditetapkan dan pelaksanaan mengikut peraturan yang telah digariskan.

Concurrent Validity Kesahihan selari

Merujuk kepada cara menentukan kesahihan satu ujian dengan membandingkan hasil ujian dengan prestasi kerja yang sebenar.

Page 25: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

13      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

Condition of employment Syarat pekerjaan

Dasar dan peraturan kerja sebuah organisasi yang dijangka dapat dipatuhi oleh kakitangan dengan tujuan untuk mengekalkan mereka terus bekerja dengan organisasi tersebut.

Confidentiality agreement Perjanjian sulit

Satu kontrak/ perjanjian yang menyekat seseorang pekerja daripada mendedahkan maklumat rahsia majikan.

Conflict of interest Konflik kepentingan

Merujuk kepada situasi di mana seseorang individu itu mempunyai tanggungjawab kewangan, profesional atau peribadi atau kepentingan-kepentingan lain yang mengganggu keupayaanya untuk menjalankan tugas-tigas secara adil dan objektif.

Consideration Pertimbangan

Satu kelebihan atau nilai lain yang diberi kepada seorang individu yang diminta untuk menandatangani satu kontrak pekerjaan atau perjanjian (contoh: perjanjian, pembebasan) melangkaui daripada apa yang individu itu layak, tidak kira sama ada dia telah atau diminta untuk menandatangani suatu kontrak atau perjanjian.

Constructive discharge Peletakan jawatan konstruktif

Berlaku apabila majikan menjadikan suasana atau keadaan di tempat kerja sangat tidak selesa sehinggakan peletakan jawatan adalah satu-satunya tindakan sesuai untuk diambil.

Constructive dismissal Pemecatan konstruktif

Paksaan dari ancaman untuk bertindak, atau berjanji untuk menahan diri termasuk peletakan jawatan yang diberi sebagai satu alternatif penyingkiran. Satu mungkir tugas yang dibuat oleh majikan hingga menyebabkan pekerja meletakkan jawatan.

Constructor validity Kesahihan konstruk

Takat di mana satu ujian atau apa-apa instrument penilaian yang digunakan untuk menilai staf tertentu.

Consultant Perunding

Seorang individu yang bekerja secara bebas bagi membantu pelanggannya dari mana-mana organisasi dengan cara menasihati mereka dengan pelbagai fungsi dan tanggungjawab organisasi berasaskan bayaran perkhidmatan.

Page 26: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

14      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

Consumer Price Index (CPI) Indeks Harga Pengguna

Satu indeks harga yang digunakan untuk mengukur perubahan dalam kos barangan asas dan perkhidmatan berbanding dengan asas tempoh tetap. Juga dikenali sebgai indeks kos sara hidup.

Content validity Kesahihan kandungan

Peratusan di mana satu ujian atau alat taksiran lain digunakan semasa proses pemilihan kemahiran, pengetahuan dan keupayaan atau syarat-syarat kerja lain yang berkaitan.

Contigensi Planning Pelan kontinjensi

Proses mengenal pasti sistem maklumat yang kritikal dan operasi perniagaan dan pembangunan di sebuah organisasi dan seterusnya melaksanakan rancangan bagi membolehkan sistem dan operasi berfungsi semula setelah berlakunya bencana atau keadaan kecemasan lain.

Content validity Kesahihan kandungan

Peratusan di mana satu ujian atau alat taksiran lain digunakan semasa proses pemilihan kemahiran, pengetahuan dan keupayaan atau syarat-syarat kerja lain yang berkaitan.

Contigensi Planning Pelan kontinjensi

Proses mengenal pasti sistem maklumat yang kritikal dan operasi perniagaan dan pembangunan di sebuah organisasi dan seterusnya melaksanakan rancangan bagi membolehkan sistem dan operasi berfungsi semula setelah berlakunya bencana atau keadaan kecemasan lain.

Contigent worker(s) Pekerja kontijen

Merujuk individu yang menjalankan tugas yang tidak mempunyai kontrak eksplisit untuk tempoh pekerjaan jangka panjang (contoh: kontraktor bebas atau pekerja sementara). Pekerja yang mungkin: pekerja am, bahagian penjaga masa, freelance, subkontraktor, profesional bebas dan konsultan.

Contract for services Kontrak untuk perkhidmatan

Satu kontrak memberikan kerja kepada seseorang.

Contract of service Kontrak perkhidmatan

Satu perjanjian pekerjaan di mana seseorang bersetuju untuk mengambil seseorang lain sebagai pekerja.

 

Page 27: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

15      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

Care Labour Force Tenaga Buruh Teras

Sekumpulan kecil pekerja tetap, sebagai contoh, ahli strategi dan perancang.

Core workers Pekerja-pekerja teras

Kakitangan yang dianggap amat penting untuk kejayaan operasi organisasi.

Corporate culture Budaya korporat

Kepercayaan, nilai dan amalan yang diterima oleh sebuah organisasi yang secara langsung mempengaruhi tingkah laku pekerja.

Corporate mission Misi korporat

Objektif dan matlamat sesebuah organisasi.

Corporate Image Image corporate

Cara mana sebuah organisasi dilihat oleh pelanggan, pekerja, vendor atau orang awam.

Corporate values Nilai-nilai korporat

Menentukan piawaian, kelakuan, prinsip atau konsep yang dianggap amat penting oleh organisasi.

Corrective action Tindakan pembetulan

Pembetulan-pembetulan kepada kekurangan yang dikenal pasti semasa satu kajian semula pematuhan pelan tindakan.

Cost-benefit analysis Analisis kos rendah

Satu cara mengukur kos yang berkaitan dengan program khusus, projek, kegiatan atau faedah yang disamakan dengan jumlah keseluruhan faedah atau nilai terbitan.

Cost leadership Kos kepimpinan

Satu strategi untuk menjadi pengeluar kos terendah dalam industrinya.

Cost of labour Kos buruh

Jumlah bayaran dalam bentuk gaji kasar dan upah, bonus dan elaun tunai yang lain yang dibayar kepada pekerja. Atau, gaji, elaun, yuran, bonus dan komisen yang dibayar untuk pengarah-pengarah dan ahli Lembaga Pengarah sebagai elaun untuk kehadiran mereka dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah.

Page 28: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

16      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

Cost of living Kos sara hidup

Sejumlah wang yang diperlukan untuk memberi keperluan asas dan perkhidmatan-perkhidmatan dikehendaki bagi mengekalkan taraf hidup. Kos sara hidup adalah berkait rapat dengan kadar inflasi dan deflasi. Dalam menganggarkan kos-kos sebegitu secara umumnya termasuklah makanan, pakaian, sewa, bahan api, lampu, dan perabot serta perbelanjaan untuk komunikasi, pendidikan, rekreasi, pengangkutan dan perkhidmatan perubatan.

Cost of living adjustment (COLA) Pelarasan kos sara hidup

Satu pelarasan tahunan pada gaji untuk mengimbangi perubahan kuasa beli, yang diukur oleh Indeks Harga Pengguna. Indeks Harga Pengguna adalah lebih baik digunakan berbanding Indeks Harga Pengeluaran kerana ia adalah bertujuan mengimbangi inflasi yang dialami oleh pengguna, dan bukan pengeluar. Dalam konteks Malaysia COLA dikenali sebagi Elaun Sara Hidup.

Cost-per-hire Kos Perlantikan

Kos secara langsung dan tidak langsung yang diambil kira untuk mengukur kos kesan dari kekosongan satu jawatan. Kos langsung termasuk, dan tidak terhad kepada pengiklanan, yuran agensi pekerjaan, pameran kerjaya, rujukan pekerja, kredit dan kos rujukan pemeriksaan, kos-kos peperiksaan dan ujian semasa proses pemilihan, menandatangani bonus, kos penempatan semula, kos tetap sumber manusia, kos pengambilan di kolej-kolej, kos internet dan kos-kos latihan dan komunikasi. Kos tidak langsung boleh merangkumi, dan juga tidak terbatas kepada pengurangan produktiviti, kos perolehan, impak moral, keselamatan (jika kadar kemalangan yang berlaku adalah lebih tinggi akibat dari kekosongan jawatan), gangguan fungsi-fungsi bagi perkara lazim dalam operasi, kos bekerja lebih masa (untuk menggantikan kekosongan) dan pengambilan untuk mengekalkan tahap pengeluaran.

Counseling Kaunseling

Tindakan atau interaksi dalam satu bentuk atau bersiri yang bertujuan memberi perkhidmatan bimbingan atau nasihat terhadap cadangan-cadangan, keputusan atau kesan tindakan.

 

 

Page 29: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

17      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

Craft Worker Pekerja Pertukangan

Individu yang bekerja dalam satu profesion atau kegiatan yang khusus serta berpengalaman dan berkemahiran menggunakan tangan untuk membuat sesuatu. Perantis adalah diperlukan dalam bidang kerja ini malahan sekolah-sekolah vokasional juga turut menawarkan kursus dan latihan yang berorientasikan latihan ini. Tempoh masa latihan boleh menjangkau sehingga satu tahun dan pengiktirafan pensijilan turut diberi kepada para pelatih. Contoh: juru elektrik, tukang paip, juru mesin, tukang kayu, pekerja terlatih, pembuat kabinet.

Crisis management Pengurusan Krisis

Satu istilah umum yang merujuk kepada aktiviti-aktiviti dan garis panduan yang dirangka dan disusun sebagai persediaan dan respon kepada bencana atau kejadian-kejadian yang tidak diduga (contoh: kebakaran, gempa bumi, ribut, keganasan tempat kerja, penculikan, ancaman bom, tindakan pengganas dan sebagainya) dalam satu cara yang selamat dan berkesan. Satu pelan pengurusan krisis yang berjaya juga menggabungkan program-program organisasi lain seperti, respon kecemasan, pemulihan bencana, pengurusan risiko, komunikasi, kesinambungan peniagaan dan sebagainya.

Crisis planning Perancangan krisis

Satu rancangan bertulis yang menyatakan langkah-langkah khusus atau tindakan yang perlu diambil apabila berhadapan dengan bencana atau tragedi (contoh: kebakaran, gempa bumi, ribut, keganasan tempat kerja, penculikan, ancaman bom, tindakan pengganas dan sebagainya) di tempat kerja.

Crisis prevention Pencegahan krisis

Proses di mana satu organisasi melaksanakan rancangan dan prosedur khusus yang direka bentuk untuk mencegah malapetaka atau kecemasan yang tertentu.

Critical success factors Faktor kejayaan kritikal

Faktor utama yang perlu dihadapi untuk berjaya mencapai satu objektif tertentu.

 

Page 30: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

18      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

Critical tasks Tugas-tugas kritikal

Tugas atau fungsi kerja yang penting untuk mencapai prestasi yang baik.

Cross-functional teams Pasukan silang fungsian

Pasukan kerja yang terdiri daripada individu-individu yang mewakili pelbagai fungsi organisasi, jabatan atau bahagian.

Cyber-smear Cyber-smear

Istilah yang digunakan bagi maksud menggunakan laman-laman Web, senarai servis, bilik-bilik sembang atau papan kenyataan untuk mempamerkan kenyataan-kenyataan yang berbentuk menghina atau memfitnah bekas majikan.

Cyclical unemployment Kitaran pengganguran

Satu bentuk pengangguran yang wujud dalam masa-masa kemelesetan ekonomi dan ketidakstabilan kemakmuran.

Cultural differences Perbezaan budaya

Perilaku kepercayaan, adat resam, tradisi, bahasa dan ungkapan pelbagai yang menjadi ciri kepada kumpulan rakyat, bangsa tertentu, etnik atau Negara asal.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Page 31: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

19      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

D

ISTILAH

PENERANGAN

Daily work records Rekod kerja harian

Log tugasan harian yang dilaksanakan oleh setiap pekerja dalam jangka masa tertentu. Sering digunakan sebagai salah satu bentuk analisis kerja.

Damages Ganti rugi

Amaun yang diberikan oleh mahkamah untuk dibayar oleh satu pihak kepada pihak yang lain disebabkan pelanggaran kontrak atau perjanjian.

Decentralization Pengagihan

Proses penyerahan kuasa membuat keputusan kepada peringkat bawahan dalam hierarki sesebuah organisasi.

Decision Tree Model Model Salasilah Keputusan

Satu daripada teori luar jangka kepimpinan yang dibangunkan oleh Vroom dan Yettor (1973).

Deductive reasoning Taakulan deduktif

Keupayaan untuk mengeluarkan peraturan-peraturan tertentu berdasarkan satu urutan pengalaman atau pemerhatian serta menggunakan peraturan tersebut dalam situasi yang serupa.

Defined benefit plan Rancangan faedah tertakrif

Satu pelan yang bukan bersifat individu yang melibatkan bayaran manfaat berkala yang ditetapkan atau bayaran sekaligus kepada para peserta, yang dikira menggunakan formula tertentu seperti umur, pendapatan dan tempoh berkhidmat.

Defined contribution plan Pelan caruman tertakrif

Satu pelan akaun individu di mana majikan menyumbang sejumlah wang tertentu setiap tahun yang akan diagihkan di antara semua akaun setiap peserta pelan.

De-layering De-layering

Satu strategi penyusunan semula organisasi bagi maksud mengurangkan peringkat organisasi pengurus atau penyelia sedia ada.

 

Page 32: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

20      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

Delegation Penugasan

Proses penyerahan tugas atau projek kepada pekerja bawahan dan secara jelas menentukan jangkaan hasil serta jangkaan masa untuk disiapkan.

Demographics Demografi

Ciri-ciri fizikal bagi penduduk, seperti umur, gender, taraf perkahwinan, saiz keluarga, pendidikan, lokasi geografi dan pekerjaan.

Demotion Turun pangkat

Penugasan semula secara tetap ke satu kedudukan dengan gred gaji, keperluan kemahiran atau tahap tanggungjawab yang lebih rendah daripada kedudukan semasa pekerja.

Departmentation Penjabatanan

Pembahagian tenaga kerja dengan mengelompokkan segala kegiatan yang berkaitan ke dalam unit-unit kerja tertentu ataupun satu proses membahagikan kumpulan yang besar kepada kumpulan yang kecil.

Dependent care assistance plan Rancangan bantuan penjagaan tanggungan

Satu rancangan faedah majikan yang menyediakan pekerja dengan bantuan penjagaan tanggungan, seperti membayar atau menyediakan kanak-kanak dan tanggungan, perkhidmatan penjagaan yang diperlukan, bagi membolehkan mereka mencari atau mendapatkan pekerjaan atau kekal bekerja.

Descriptive scale Skala deskriptif

Mana-mana skala ukuran yang menggunakan kata-kata sifat atau ungkapan-ungkapan untuk menentukan prestasi perkadaran.

Development Pembangunan

Suatu istilah biasa untuk menghuraikan pembelajaran atau jenis tindakan lain yang membenarkan seorang individu mendapatkan pengetahuan, kemahiran atau keupayaan tertentu.

Developmant counseling Pembangunan kaunseling

Satu bentuk perkongsian kaunseling di mana pengurus atau penyelia bekerjasama dengan pekerja bawahan untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan, menyelesaikan masalah yang berkaitan prestasi serta mewujudkan satu pelan tindakan yang sesuai.

 

 

Page 33: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

21      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

Development Program Program pembangunan

Latihan atau program pendidikan yang direka untuk merangsang pertumbuhan profesional individu dengan meningkatkan kemahiran, pengetahuan atau keupayaannya.

Dimensions of diversity Dimensi kepelbagaian

Termasuk tetapi tidak terhad kepada umur, gender, kumpulan etnik, bangsa, orientasi, seksual, kualiti/keupayaan fizikal, lokasi geografi, pendapatan, pegangan agama, status keibubapaan, status perkahwinan, pengalaman tentera, pengalaman kerja, status keluarga, status sosio-ekonomi, latar belakang pendidikan, kelas, latar belakang organisasi, identiti kumpulan, bahasa, peringkat struktur organisasi, cara berfikir, cara berkomunikasi, perhubungan dan penggabungan kumpulan, serta pengelasan kerja, fungsi kerja.

Diploma mail ‘Kilang’ diploma

Merujuk kepada institusi pendidikan tinggi yang tidak bertauliah yang mengeluarkan ijazah tanpa memastikan yang pelajar mempunyai kelayakan sebenar.

Disability Kecacatan

Ditakrifkan sebagai kekurangan fizikal atau mental yang banyak menghadkan aktiviti-aktiviti kehidupan utama seorang individu (contoh: berjalan, bercakap, berdiri, duduk dan sebagainya)

Disability management Pengurusan kecacatan

Proses mengkoordinasi usaha-usaha di antara pekerja-pekerja, pihak pengurusan, pakar perubatan, penyedia perkhidmatan pemulihan dan pihak insurans untuk mengurangkan kesan kecederaan berkaitan kerja atau penyakit serta membantu kakitangan yang cedera untuk menjalankan terus kerja dengan jayanya.

Disabled individual Individu kurang upaya

Seorang individu yang cacat adalah seseorang yang memiliki kekurangan fizikal atau mental yang banyak menghadkan aktiviti utama kehidupan, mempunyai rekod kekurangan seumpamanya, atau dianggap sebagai mempunyai kekurangan sebegitu.

Disoster recovery plan Rancangan pemulihan bencana

Satu set garis panduan dan prosedur yang digunakan oleh sebuah organisasi untuk pemulihan data disebabkan oleh bencana alam seperti gempa bumi, kebakaran, putting beliung, banjir atau taufan.

Page 34: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

22      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

Discharge Penamatan perkhidmatan

Penamatan pekerja berdasarkan prosiding disiplin atau kerana mencabuli undang-undang utama atau dasar pekerjaan.

Disciplinary action Tindakan disiplin

Cara menegur kakitangan yang gagal untuk mematuhi piawaian prestasi, dasar atau peraturan organisasi.

Disciplinary layoff Pemberhentian kerja kerana disiplin

Satu tindakan di mana kakitangan digantung kerja tanpa gaji bagi tempoh masa tertentu akibat pelanggaran dasar atau peraturan kerja syarikat. Tindakan disiplin ini mungkin berbeza di antara sesebuah Negara. Bagaimanapun dalam konteks keadilan dan kesamaan, ia akan berlandaskan prinsip undang-undang yang sama.

Disciplinary procedure Tatacara disiplin

Satu prosedur yang dilaksanakan di tempat kerja dalam keadaan seorang pekerja melakukan tindakan yang bertentangan dengan syarat perjanjian pekerjaan. Jika tindakan itu dianggap sebagai salah laku berat, ini mungkin membawa kepada pemecatan serta merta. Takrifan amalan ini mungkin berbeza di dalam konteks Malaysia. Bagaimanapun ia mungkin mempunyai beberapa persamaan.

Disclosure Pendedahan

Proses mendedahkan maklumat kepada kakitangan atau orang awam mengenai amalan atau proses perniagaan yang mengandungi kecenderungan membahayakan persekitaran atau kesihatan dan keselamatan individu.

Discrimination Diskriminasi

Sebagai polisi atau tindakan yang diambil berkaitan dengan amalan pengambilan, pengajian, naik pangkat, gaji atau latihan yang mengakibatkan keadilan yang tidak menguntungkan kepada individu atau sekumpulan individu yang dianggap sebagai sebahagian dari golongan yang dilindungi. Menyokong sekumpulan rakyat hingga menjejaskan orang lain.

Displaced workers Pekerja tersisih

Individu-individu yang kehilangan pekerjaan disebabkan penutupan kilang, penempatan semula, pengecilan atau pembuangan jawatan.

Page 35: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

23      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

Distance learning Pembelajaran jarak jauh

Proses menyampaikan program pendidikan dan arahan ke lokasi yang jauh dari kelas atau sesuatu tempat lain dengan menggunakan teknologi, seperti persidangan video atau audio, komputer, aplikasi berasaskan web atau komunikasi multimedia lain.

Distractors Distractors

Merujuk kepada penggabungan item atau jawapan yang tidak betul ke dalam alat pengujian di mana orang yang diuji diminta untuk memilih daripada sekumpulan item atau jawapan (contoh: peperiksaan pelbagai pilihan).

Distributive bargaining Tawar-manawar beragihan

Semua pihak yang mempunyai kepentingan terhadap manfaat yang sedia ada dan akan bertanding serta berkonflik sesama sendiri sehingga salah satu pihak memenangi proses tawar-menawar tersebut.

Diversity Kepelbagaian

Campuran kolektif perbezaan dan persamaan termasuklah sebagai contoh, ciri-ciri individu dan organisasi, nilai-nilai, kepercayaan, pengalaman, latar belakang, kesukaan dan kelakuan.

Diversity management Pengurusan kepelbagaian

Proses komprehensif di peringkat organisasi dan pengurusan untuk menggunakan elemen kepelbagaian dalam organisasi bagi mencapai penyertaan yang memaksimumkan potensi semua kakitangan.

Diversity training Latihan kepelbagaian

Komponen asas inisiatif kepelbagaian yang memberi peluang kepada organisasi bagi memaklumkan dan mendidik pengurusan kanan dan kakitangan tentang elemen kepelbagaian. Tujuan latihan bukan sahaja untuk peningkatan kesedaran dan pemahaman elemen kepelbagaian tempat kerja, tetapi juga untuk membangunkan kemahiran yang konkrit di kalangan kakitangan yang akan memudahkan peningkatan produktiviti dan komunikasi di kalangan semua kakitangan.

Documentation Dokumentasi

Digunakan semasa prosiding disiplin yang merujuk kepada notis bertulis, rekod, borang, memo, surat-menyurat dan sebagainya.

 

Page 36: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

24      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

Downgrading Penurunan Gred

Amalan memindahkan pekerja ke satu tugas yang mempunyai gred gaji atau tahap tanggungjawab atau kemahiran yang lebih rendah.

Downsizing Penurunan Saiz

Proses mengurangkan saiz tenaga kerja majikan melalui penghapusan jawatan, lapisan pengurusan, proses, fungsi dan sebagainya.

Dress code Kod/ Etika berpakaian

Satu dasar organisasi atau peraturan diguna pakai oleh pekerja-pekerja sebagai garis panduan terhadap apa yang dianggap sesuai dipakai di tempat kerja.

Drug abuse/ substance abuse Penyalahgunaan dadah / penyalahgunaan bahan

Penggunaan dadah secara kebiasaan dan berlebihan bagi maksud selain dari tujuan perubatan.

Drug testing Ujian dadah

Proses menguji kakitangan untuk mengesan kehadiran dadah haram atau alkohol dalam badan mereka. Ujian dadah boleh dikendalikan semasa pra-pengambilan kerja, secara rawak atau pasca kemalangan, juga atas sebab tertentu atau syak, selaras dengan dasar majikan dan mana-mana undang-undang yang memerintah.

Dual career ladders/ tarcks Laluan/ Tangga dwikerjaya

Satu pelan pembangunan kerjaya yang membenarkan kakitangan untuk menggilirkan antara jawatan teknikal, profesional atau pengurusan sepanjang kerjaya mereka, dan pada masa yang sama menerima pampasan dan mendapat status yang lebih tinggi dalam organisasi.

Dual Labour Markets Pasaran dwiburuh

Organisasi yang beroperasi dengan sekumpulan tenaga buruh utama dan satu tenaga buruh sokongan. Pada masa ini, amalan ini diaplikasikan di Amerika Syarikat dan New Zealand.

Due diligence Ketekunan wajar

Satu komponen kritikal penggabungan dan perolehan. Ia merupakan proses menjalankan siasatan dan penilaian bagi tujuan memeriksa butiran pelaburan atau pembelian tertentu dengan mendapatkan maklumat yang mencakupi dan tepat yang boleh mempengaruhi hasil transaksi.

Page 37: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

25      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

E

ISTILAH

PENERANGAN

E-learning E-Pembelajaran

Penyampaian latihan melalui bahan pengajaran, proses, serta program melalui penggunaan media elektronik secara formal dan tidak formal.

Electronic monitoring Pengawasan elektonik

Satu amalan pengawasan perkara berkaitan pekerja yang melibatkan penelitian penggunaan telefon atau e-mel / penggunaan internet untuk kerja umum, latihan atau perkara berkaitan prestasi.

Emergency planning Perancangan kecemasan

Suatu proses untuk menetapkan langkah-langkah atau tindakan khusus yang perlu diambil apabila menghadapi bencana atau tragedi di tempat kerja (seperti kebakaran, gempa bumi, ribut taufan, keganasan tempat kerja, penculikan, ancaman bom, tindakan pengganas atau situasi kecemasan lain.

Emotional Intelligent Kecerdasan emosi

Menggambarkan kemampuan mental yang dimiliki oleh seseorang individu yang membolehkan beliau sensitif dan memahami emosi orang lain, serta mampu menguruskan emosi dan dorongan beliau sendiri.

Employee Assistance Program (EAP) Program bantuan pekerja

Suatu program intervensi berasaskan kerja yang dibangunkan untuk mengenal pasti dan membantu para pekerja dalam menyelesaikan masalah peribadi (seperti perkahwinan, kewangan, emosi, isu keluarga, dan penyalahgunaan alkohol) yang boleh menjejaskan prestasi kerja. Contoh program dalam konteks Malaysia adalah AKRAM.

Employee-driven idea system Sistem idea yang dipacu pekerja

Sebuah program cadangan di mana kakitangan diberi ganjaran di atas tanggungjawab mengurus dan melaksana sebarang idea yang dikemukakan.

Employee referral program Program rujukan pekerja

Satu strategi pengambilan pekerja di mana kakitangan di beri ganjaran apabila memperkenalkan calon yang berkelayakan untuk diambil bekerja.

 

Page 38: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

26      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

Employee relations Hubungan pekerja

Suatu istilah umum dan perancangan aktiviti yang berkaitan dengan pembangunan, pemeliharaan dan peningkatan hubungan pekerja melalui komunikasi dengan pekerja, memproses rungutan / pertikaian dan sebagainya.

Employee retantion Pengekalan pekerja

Dasar dan amalan organisasi yang direka bentuk untuk menepati pelbagai keperluan pekerja dan mewujudkan satu persekitaran yang menggalakkan pekerja untuk kekal bekerja di organisasi.

Employee self-service Layan diri pekerja

Satu aliran dalam pengurusan sumber manusia yang membenarkan pekerja untuk menguruskan sendiri urusan yang biasanya dikendalikan oleh Sumber Manusia (seperti faedah, pengemaskinian maklumat peribadi dan mengakses maklumat syarikat) melalui talian internet syarikat, kiosk khusus atau aplikasi web.

Employment-at-will Penggajian-ikut-kemahuan

Satu doktrin menurut undang-undang yang menyatakan bahawa hubungan penggajian boleh ditamatkan oleh majikan atau pekerja pada bila-bila masa dan untuk sebarang atau tiada sebab tertentu.

Employment agreement / contract Perjanjian / kontrak pekerjaan

Satu perjanjian secara formal dan sah dari segi undang-undang di antara seorang majikan dan pekerja yang menggariskan terma-terma pekerjaan seperti tempoh, pampasan, faedah, dan sebagainya.

Emplymen branding Penjenamaan pekerjaan

Satu kombinasi pemasaran, komunikasi dan teknologi yang digunakan oleh sesebuah organisasi supaya dapat dilihat di kalangan masyarakat dalam tempoh masa singkat.

Employment displacement Penggantian pekerjaan

Terjadi apabila seseorang pekerja diberhentikan akibat penjumudan jawatan.

Empowerment Penghakupayaan

Menbolehkan seseorang individu untuk mempunyai tanggungjawab, kawalan dan kuasa dalam membuat keputusan mengenai kerja yang dijalankan. Proses membolehkan atau memberi kuasa secara autonomi kepada seseorang individu untuk berfikir, berkelakuan, mengambil tindakan dan mengawal kerja serta membuat keputusan.

Page 39: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

27      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

Environmental Scanning Imbasan Persekitaran

Satu proses secara sistematik untuk mengkaji dan mentafsir data yang berkaitan / relevan bagi mengenal pasti peluang dan ancaman luaran.

Equal Treatment Layanan seimbang

Satu doktrin sah yang digunakan dalam mengetepikan kes-kes dalam menentukan sama ada dasar dan amalan majikan dipraktikkan secara adil, konsisten dan tanpa diskriminasi. Tiada dokumen undang-undang serupa yang relevan di Malaysia. Istilah dikekalkan untuk tujuan pengetahuan.

Equivalent position Kedudukan setara

Kedudukan setara adalah satu kedudukan yang hampir sama berbanding jawatan terdahulu bagi seseorang pekerja dalam soal gaji, faedah dan keadaan bekerja termasuk keistimewaan, pemberian dan status. Ia harus melibatkan tugas atau tanggungjawab yang sebahagian besarnya adalah sama, yang perlu melibatkan kemahiran, tanggungjawab dan kuasa yang setara.

Equity theory Teori kesestaraan

Berdasarkan pengertian umum, manusia dimotivasikan oleh satu keinginan untuk kesaksamaan, iaitu diberi layanan adil dan membandingkan daya usaha mereka dan ganjaran yang diterima orang lain dalam organisasi dengan pandangan untuk mengadili layanan yang mereka terima.

Ergonomics Ergonomik

Reka bentuk peralatan, jentera atau alatan yang digunakan di tempat kerja yang melibatkan keselamatan, kecekapan dan produktiviti dan mengurangkan ketidakselesaan dan keletihan.

Essay appraisal Penilaian esei

Satu strategi penilaian memerlukan penilai untuk menyediakan satu huraian naratif prestasi seseorang individu berdasarkan pemerhatian penilai.

Essential functions Fungsi-fungsi penting

Fungsi kerja atau tugas utama yang mesti dilaksanakan oleh seseorang individu dengan atau tanpa penyesuaian munasabah.

 

 

Page 40: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

28      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

Ethical Leadership Kepimpinan beretika

Ditakrif secara umum sebagai demonstrasi kelakuan normatif yang bersesuaian melalui tindakan peribadi dan hubungan interpersonal serta menggalakkan tindakan seumpamanya di kalangan pengikut melalui komunikasi dua hala, pengukuhan dan proses membuat keputusan.

Ethics Etika

Satu prinsip falsafah berkaitan dengan pendapat tentang tindakan dan kelakuan moral yang sesuai dan tidak sesuai oleh seseorang individu atau kumpulan sosial.

Executive Eksekutif

Satu istilah digunakan untuk mentakrif individu di kedudukan paling tinggi atau sekumpulan individu yang melapor kepada ahli lembaga pengarah yang mempunyai kuasa mengurus atau mentadbir operasi keseluruhan organisasi.

Executive development Pembangunan eksekutif

Latihan dan program pendidikan yang direka untuk meningkatkan prestasi dan pembangunan kemahiran kepimpinan untuk eksekutif dan kakitangan pengurusan kanan.

Executive outplacement Pembangunan luar eksekutif

Satu program direka untuk menyediakan kakitangan kanan pengurusan dan profesional yang tersisih, dengan pengurusan kerjaya dan perkhidmatan peralihan yang melangkaui daripada tawaran biasa yang diberikan melalui program penempatan luar yang lazim.

Executive retreat Executive retreat

Satu pendekatan bina upaya dan pembangunan yang direka untuk pengurus peringkat eksekutif dijalankan di luar pejabat dan lazimnya berlanjutan dari beberapa hari hingga satu minggu.

Exit interview Exit interview

Satu temu bual yang dijalankan pada masa seseorang pekerja meletakkan jawatan. Digunakan untuk mengenal pasti faktor mendasari keputusan pekerja untuk berhenti. Satu temu bual di antara staf organisasi yang melibatkan pekerja yang akan berhenti bagi menentukan sebab pekerja tersebut meninggalkan organisasi. Tidak sepatutnya dilaksanakan oleh pegawai atasan pekerja.

Page 41: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

29      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

Expatriate Ekspatriat

Seorang pekerja yang diarahkan bekerja di luar negeri bagi tugasan jangka panjang.

Expectancy theory Teori jangkaan

Satu teori motivasi menyimpulkan bahawa individu berasa seronok dan puas apabila mereka berjaya menyelesaikan tugasan yang mencabar dan seterusnya merasa lebih bersemangat.

External benchmarking Penanda aras luaran

Proses membandingkan dasar semasa dan amalan-amalan sesebuah organisasi dengan organisasi pesaing untuk menentukan tren semasa dan akan datang dalam bidang pekerjaan dan amalan perniagaan (seperti pampasan, faedah dan amalan sumber manusia).

Extrinsic motivator Penggerak ekstrinsik

Insentif-insentif kawalan organisasi seperti gaji, faedah, insentif, anugerah pencapaian, dan sebagainya digunakan untuk mengukuhkan motivasi dan meningkatkan prestasi.

Extrinsic reward Ganjaran ekstrinsik

Ganjaran yang berkaitan kerja yang mempunyai nilai kewangan yang boleh diukur berbeza dari ganjaran intrinsik, seperti pujian atau kepuasan dalam sesuatu kerja yang dilaksanakan dengan baik.

Page 42: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

30      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

F

ISTILAH

PENERANGAN

Face validity Kesahan muka

Membuat keputusan mengenai kesesuaian satu ujian atau alat taksiran lain berdasarkan rupa berbanding kriteria objektif.

Fasilitator Pemudah cara

Seseorang jurulatih yang membantu satu kumpulan dalam proses pembelajaran atau untuk mencapai satu matlamat khusus melalui arahan dan kawalan serta membenarkan kumpulan itu untuk bekerja secara kolektif bagi menyelesaikan masalah dan mengemukakan rumusan.

Fact finding Pencarian fakta

Proses mengggunakan pihak ketiga dan bukan digajikan oleh organisasi tersebut, bagi meneliti semua fakta yang berkaitan dengan aduan yang dikemukakan.

Factor comparison Faktor perbandingan

Satu proses perbandingan kerja yang melibatkan penyenaraian setiap kerja individu berdasarkan faktor-faktor tertentu yang boleh diberi pampasan untuk mewujudkan nilai-nilai yang sesuai yang boleh diguna pakai dalam menentukan kadar bayaran.

Factor weigh Faktor wajaran

Digunakan dalam proses penilaian kerja. Ia adalah proses untuk memberikan wajaran kepada faktor-faktor yang boleh diberi ganti rugi bagi menentukan nilai yang berkaitan.

Fast-trackers Fast-trackers

Suatu istilah bagi menggambarkan kakitangan yang telah mempamerkan potensi tinggi untuk dipromosikan ke jawatan profesional dan teknikal yang lebih tinggi di dalam organisasi.

Fat organization Organisasi berlapis

Sebuah organisasi dengan satu struktur yang mengandungi beberapa lapisan pengurusan.

 

 

Page 43: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

31      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

Feasibility study Kajian kemungkinan

Satu kajian bagi mengetahui jika satu perniagaan, produk, projek atau proses tinggi untuk dipromosikan ke jawatan profesional dan teknikal yang lebih tinggi di dalam organisasi.

Featherbedding Gaji buta

Satu amalan kerja yang tidak adil yang berlaku apabila satu kesatuan kerja memerlukan majikan membayar seorang pekerja untuk mana-mana perkhidmatan yang tidak dilakukan oleh pekerja tersebut.

Feedback Maklum balas

Maklumat positif atau negatif diberikan kepada individu dalam bentuk bimbingan atau kaunseling mengenai prestasi dan tingkah laku individu.

Fetal protection policy Polisi perlindungan janin

Satu dasar majikan untuk melindungi wanita hamil daripada melibatkan diri dalam pekerjaan yang mendedahkan diri mereka kepada penggunaan bahan kimia berbahaya atau bahan-bahan yang boleh menjejaskan kandungan.

Field interview Temu bual lapangan

Satu temu duga yang dijalankan oleh majikan diluar dari tempat kerja sebenar.

Financial statement Penyata kewangan

Laporan yang mengandungi maklumat kewangan yang diterbitkan daripada rekod perakaunan organisasi.

Fixed Term Employment Tempoh tetap pekerjaan

Satu tempoh yang dipersetujui di antara seorang pekerja dengan majikannya, bahawa tempoh pekerjaan tersebut akan berakhir pada satu tarikh atau tempoh yang ditetapkan, atau pada tamatnya satu-satu projek atau acara.

Flat organization Flat organization

Satu organisasi yang strukturnya hanya mempunyai beberapa lapisan pengurusan dari peringkat atasan hingga bawahan.

Flexible scheduling Penjadualan yang fleksibel

Satu alternatif penjadualan kerja yang menyediakan ruang yang lebih fleksibel kepada kakitangan dalam menguruskan urusan peribadi dengan membenarkan mereka bekerja mengikut jadual yang tidak konvensional (contoh: waktu kerja fleksibel).

Page 44: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

32      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

Flexible staffing Pengambilan kakitangan fleksible

Amalan menggunakan kakitangan sementara, kontraktor bebas atau kakitangan sambilan untuk mengisi kekosongan jawatan berbanding mengambil pekerja yang tetap dan sepenuh masa.

Flexi-time Waktu kerja anjal

Waktu bekerja yang memerlukan kakitangan bekerja dalam sejumlah jam yang standard dalam satu tempoh masa yang ditetapkan. Ini membolehkan kakitangan mendapat kelonggaran dalam menentukan masa mula dan tamat bekerja.

Focus group Kumpulan fokus

Kumpulan kecil individu yang ditemu duga malalui perbincangan berstruktur berdasarkan pimpinan fasilitator dengan tujuan mendapatkan pendapat dan idea berkenaan satu-satu bidang atau isu tertentu.

Forced-choice Pilihan paksaan

Digunakan untuk menakrifkan ujian yang berbentuk aneka pilihan atau soal selidik yang memerlukan calon memilih satu jawapan daripada satu senarai koleksi jawapan pilihan. Ia juga merujuk kepada satu strategi penilaian prestasi di mana penilaian adalah terbahagi kepada beberapa bahagian, dan penilai diberi beberapa diskriptif prestasi untuk setiap seksyen dan ditanya untuk memilih pernyataan yang hampir dengan ciri yang dinyatakan.

Forced distribution Taburan paksa

Satu penilaian penarafan kaedah yang dimaksudkan untuk menghalang kesilapan pengkadar dengan memaksa pengkadar membuat pengkadaran kepada satu lengkung berbentuk lonceng (bell-curve).

Forced ranking Forced ranking

Satu sistem penilain prestasi di mana penilai diminta untuk mengenal pasti peratusan tertentu para pekerja yang cemerlang yang bersedia untuk dipromosikan dan para pekerja yang mempunyai peratusan yang rendah yang perlu meningkatkan mutu kerja mereka, atau mereka terpaksa meningkatkan mutu kerja mereka, atau mereka terpaksa meninggalkan organisasi.

Satu sistem kedudukan keupayaan yang memerlukan para pengurus menilai prestasi pekerja-pekerja mereka dengan kakitangan yang lain. Ini berbeza dan penilaian yang lazim di mana ukuran penilaian prestasi diukur dengan tahap piawaian yang telah ditetapkan.

Page 45: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

33      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

Hasil proses seperti ini dilihat amat kabur, 20 peratus yang cemerlang diberi ganjaran dan 10 peratus yang menunjukkan prestasi paling rendah diberi amaran.

Forecasting Peramalan

Satu analisis perniagaan/operasi yang dilakukan untuk menilai tren masa hadapan yang mungkin berlaku, khususnya dalam hubungan sesuatu situasi, fungsi, amalan atau proses tertentu yang berkemungkinan boleh menjejaskan operasi organisasi atau perniagaan.

Fractional bargaining Pecahan tawar-menawar

Tawar-menawar yang mengambil tempat di sebuah jabatan atau unit yang boleh membawa kepada satu konsensus tidak bertulis untuk mengabaikan peruntukan-peruntukan tertentu dalam satu perjanjian tawar-manawar kolektif.

Freedom of association Kebebasan berpersatuan

Hak pekerja menganggotai sesebuah kesatuan.

Functional job analysis Analisis fungsian kerja

Penyediaan yang diperlukan untuk membangunkan sesuatu diskripsi tugas. Adalah mustahak pengumpulan data mengenai sesuatu kerja itu dilakukan sebelum pekerjaan itu diiklankan.

Functional team Pasukan fungsian

Satu kumpulan pekerja yang bertanggungjawab terhadap fungsi tertentu di dalam sebuah organisasi.

 

 

 

 

 

 

 

Page 46: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

34      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

G

ISTILAH

PENERANGAN

Gag clause Gag clause

Merujuk kepada sekatan kontrak pekerjaan yang digunakan sebagai cara melindungi rahsia-rahsia perdagangan organisasi atau maklumat pemilik.

Gainsharing plan Rancangan berkongsi keuntungan

Satu rancangan insentif kumpulan digunakan yang untuk meningkatkan produktiviti dengan berkongsi dengan satu peratusan yang diraih oleh organisasi dari usaha kelompok tertentu.

Generalist Generalist

Seorang individu yang memiliki keupayaan untuk menjalankan lebih daripada satu fungsi pelbagai, berbanding daripada menjadi pakar dalam atau bertanggungjawab untuk satu fungsi tertentu sahaja.

Glass ceiling Siling kaca

Kebiasaannya menghuraikan kekangan limunan yang menghalang wanita daripada maju ke jawatan peringkat eksekutif dan atasan.

Globalization Globalisasi

Istilah yang digunakan bagi menghuraikan peningkatan organisasi yang bergerak dan menjalankan operasi mereka di Negara asing.

Goal Matlamat

Satu kenyataan yang melakarkan hasil jangka panjang, pencapaian atau objektif yang ingin dicapai oleh sesuatu organisasi.

Goal setting Penetapan matlamat

Proses penetapan matlamat khusus dan boleh dicapai yang mesti dipenuhi oleh seorang individu, kumpulan atau organisasi.

Gold-collar employee Pekerja kolar emas

Istilah yang menghuraikan individu seperti ahli-ahli sains, jurutera dan kakitangan berkemahiran tinggi yang sentiasa mendapat permintaan tinggi berbanding penawaran.

  

Page 47: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

35      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

Good faith effort Usaha murni

Usaha dan tindakan organisasi yang dilaksanakan untuk memperbetulkan matlamat dan bidang masalah khusus.

Grapevine Grapevine

Satu saluran komunikasi tidak rasmi digunakan untuk menghantar maklumat atau desas-desus daripada seseorang kepada yang lain.

Grievance Rungutan

Satu aduan rasmi atau dakwaan oleh seorang atau sekumpulan pekerja yang dibuat terhadap layanan yang tidak adil atau pelanggaran terhadap kontrak kesatuan. Satu aduan yang dibawa oleh satu pihak mengenai kontrak pekerjaan terhadap pihak lain.

Grievance procedures Prosedur rungutan

Proses dan garis panduan yang diikuti oleh kakitangan, pengurusan atau kesatuan apabila menyelesaikan perbezaan atau konflik.

Gross product margin Margin keluaran kasar

Perbezaan diantara harga jualan sesuatu produk dengan kos mengeluarkan produk tersebut.

Gross misconduct Salah laku berat

Satu perbuatan yang dilakukan oleh mana-mana kakitangan yang boleh mengakibatkan pemberhentian serta merta.

Group dynamics Dinamik kumpulan

Cara sosial seseorang berinteraksi antara satu sama lain dalam satu kumpulan.

Gold-collar employee Pekerja kolar emas

Istilah yang menghuraikan individu seperti ahli-ahli sains, jurutera dan kakitangan berkemahiran tinggi yang sentiasa mendapat permintaan tinggi berbanding penawaran.

     

Page 48: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

36      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

Group outplacement Penempatan luar kumpulan

Digunakan sebagai kaedah pengurangan kos, yang menggabungkan prinsip sama ada memanfaatkan penempatan luar individu (contoh: menyediakan kerja kaunseling, latihan dan perkhidmatan lain untuk kakitangan yang ditamatkan kerja) dengan pengecualian kaunseling dijalankan secara berkumpulan berbanding secara individu.

                                 

Page 49: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

37      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

H

ISTILAH

PENERANGAN

Halo/ horn effect Kesan nilai/ halo

Satu bentuk kepincangan penemuduga yang berlaku apabila penemuduga menilai atau menimbang individu berdasarkan sifat-sifat positif atau terkuat individu tersebut, memungkinkan tanggapan keseluruhan mereka membayangi mana-mana sifat-sifat negatif individu berkenaan. Dirujuk sebagai ‘kesan halo’ apabila ia berperanan menyebelahi calon atau ‘kesan nilai’ apabila ia berperanan menentang calon.

Harassment Gangguan berulang

Kelakuan atau tindakan, berdasarkan kaum, agama, gender, Negara asal, umur, kecacatan, keanggotaan tentera atau status veteran yang cukup berat atau menyeluruh hingga mewujudkan persekitaran kerja yang bermusuhan, caci maki atau menakutkan. Undang-undang boleh selanjutnya mendefinisikan gangguan berulang meliputi perlindungan tambahan, seperti orientasi seksual, taraf perkahwinan, transexualisme atau cross-dressing, gabungan politik, rekod jenayah, rawatan psikiatri sebelumnya, pekerjaan, taraf kewarganegaraan, penampilan peribadi, matrikulasi, penggunaan tembakau di luar kerja, penerimaan bantuan awam atau pembuangan memalukan daripada tentera.

Hawthorne effect Kesan hawthorne

Satu istilah dihasilkan daripada eksperimen yang dijalankan oleh Elton Mayo yang menyimpulkan bahawa kebimbangan terhadap pekerja dan melayan mereka dengan cara memenuhi keperluan dan kehendak asas mereka akan menghasilkan prestasi yang lebih baik.

Hazard pay Hazard pay

Satu bayaran khas dibuat sebagai tambahan kepada gaji individu untuk menerima tugasan di lokasi-lokasi yang terdapat ancaman bahaya fizikal atau menjalankan tugas yang membahayakan kesihatan dan kesejahteraan individu.

   

Page 50: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

38      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

Hierarchy of needs Hierarki keperluan

Satu teori psikologi yang dinyatakan oleh Abraham H Maslow, yang mencadangkan bahawa rakyat akan sentiasa mencari untuk memenuhi keperluan asas mereka (tidur, makanan, air, perlindungan dan sebagainya) dan keperluan tersebut pada dasarnya menentukan tingkah laku.

Home-based worker Bekerja dari rumah

Seorang pekerja yang melakukan kerja-kerja pejabat di rumah dan bukan berada di ruang kerja fizikal di lokasi majikan.

Honesty/integrity testing Ujian kejujuran/ integrity

Ujian digunakan bagi menilai kecenderungan individu untuk berkelakuan atau bertindak tidak jujur (contoh: mencuri atau berbohong).

Horizontal integration Integrasi melintang

Turut dikenali sebagai pusingan kerja. Ia merupakan satu kaedah kepuasan kerja di mana pekerja-pekerja digilirkan di antara tugas pelbagai yang setanding dalam usaha untuk mengelakkan kebosanan dan meningkatkan semangat.

Horizontal organization Organisasi melintang

Satu struktur organisasi melintang yang mengandungi sedikit aras hierarki. Struktur organisasi sebegini selalu bergantung pada penggunaan pasukan-pasukan bersilang fungsi.

Hostile environment harassment Gangguan berulang persekitaran yang tidak sihat

Kelakuan seksual atau diskriminasi lain yang begitu berat dan menyeluruh, yang menggangu keupayaan seseorang untuk menjalankan tugas, menyebabkan wujudnya persekitaran kerja yang menakutkan, menyakitkan hati, mengancam atau memalukan atau menyebabkan situasi kesejahteraan psikologi seseorang terjejas.

Hostile takeover Pengambilalihan bermusuhan

Pembelian/pengambilalihan sebuah syarikat yang bertentangan dengan harapan pengurusan dan ahli lembaga pengarah.

     

Page 51: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

39      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

Hot-desks Hot-desks

Satu kaedah penjimatan ruang pejabat di mana pekerja-pekerja tidak memiliki meja mereka sendiri tetapi berkongsi meja yang sama pada waktu yang berbeza mengikut hari atau minggu.

Hoteling Hoteling

Amalan tidak memperuntukkan pejabat secara tetap kepada individu yang bertugas secara maya (telecommute). Sebaliknya, pejabat dikendalikan melalui panggilan dan sebuah pejabat atau stesen kerja diperuntukkan lebih awal.

Hourly employee Pekerja mengikut jam

Seorang pekerja yang dibayar mengikut jam.

HR audit Kumpulan audit

Satu kaedah bagi menilai keberkesanan sumber manusia. Boleh dilaksanakan secara dalaman atau sistem audit sumber manusia sedia ada.

Huddle group Kumpulan huddle

Satu kaedah latihan di mana para peserta dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil, diberikan masalah tertentu untuk diselesaikan dalam tempoh masa yang pendek (lazimnya kurang daripada 10 minit) dan kemudian melaporkan penemuan-penemuan mereka kepada kumpulan yang lebih besar.

Human capital Modal insan

Pengetahuan, kemahiran-kemahiran dan keupayaan-keupayaan kolektif pekerja-pekerja di sebuah organisasi.

Human resource specialist Pakar sumber manusia

Istilah digunakan untuk mentakrifkan seseorang individu yang memiliki kepakaran dan tanggungjawab dalam lingkungan atau fungsi khusus dalam bidang sumber manusia (contoh: pampasan, faedah, hubungan pekerja dan sebagainya).

Human resources Sumber manusia

Fungsi berkaitan dengan pengurusan warga yang bekerja dalam sesebuah organisasi.

Human resource auditing Pengauditan sumber manusia

Proses menilai program-program dan perkhidmatan-perkhidmatan sumber manusia bagi menentukan keberkesanan atau kecekapan.

Page 52: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

40      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

Human resource development Pembangunan sumber manusia

Satu set perancangan aktiviti yang bertujuan untuk menyediakan organisasi dengan kemahiran yang diperlukan bagi memenuhi keperluan organisasi semasa dan akan datang.

Human resource information system (HRIS) Sistem maklumat sumber manusia

Satu pangkalan data komputer digunakan untuk mengumpul, menyimpan, menyelenggara dan mendapatkan semula maklumat pekerja dan maklumat berkaitan sumber manusia. Ia bersamaan dengan HRMIS dalam konteks Perkhidmatan Awam Malaysia.

Human resource management Pengurusan sumber manusia

Struktur rasmi dalam sesebuah organisasi yang bertanggungjawab dalam semua keputusan, strategi, faktor, prinsip, operasi, amalan, fungsi, aktiviti dan kaedah yang berkaitan dengan pengurusan manusia.

Human resource management system Sistem pengurusan sumber manusia

Satu perisian aplikasi yang menggabungkan pelbagai fungsi sumber manusia seperti faedah, senarai gaji, pengambilan, latihan dan sebagainya di dalam satu pakej.

Human resource metrics Metric sumber manusia

Pengukuran yang digunakan untuk menentukan nilai dan keberkesanan bagi strategi sumber manusia. Lazimnya melibatkan perkara seperti kos setiap upah, kadar/kos perolehan, latihan dan pulangan modal insan, kadar dan kos produktiviti/buruh, kos faedah setiap pekerja dan sebagainya.

Human resource planning Perancangan sumber manusia

Proses meramalkan keperluan kakitangan masa depan dan memastikan kesediaan satu kumpulan bakat yang memiliki kemahiran dan pengalaman yang diperlukan bagi memenuhi keperluan tersebut.

Hybrid organization Organisasi hybrid

Sebuah organisasi yang memiliki struktur kedua-dua model menegak dan mengufuk.

Hygiene theory Teori hygiene

Kajian yang dijalankan oleh Frederick Herzberg digunakan untuk memperbaiki kefahaman mengenai sikap dan motivasi pekerja dan faktor-faktor yang menyumbang kepada kepuasan dan ketidakpuasan bekerja. Juga dirujuk untuk sebagai teori Motivasi Hygiene.

Page 53: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

41      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

I

ISTILAH

PENERANGAN

Icebreaker Icebreaker

Satu latihan awam, permainan atau simulasi yang digunakan untuk mengurangkan tekanan dan mewujudkan suasana lebih santai semasa program latihan seterusnya dijalankan.

Induction program Program induksi

Program yang direka bentuk untuk memperkenalkan dan menyesuaikan kakitangan baru kepada organisasi.

Industrial democracy Demokrasi perindustrian

Penglibatan dan pemberian hak kepada para pekerja di organisasi dalam membuat keputusan melalui kaedah seperti penglibatan dalam jawatankuasa bersama buruh-pengurusan, pasukan kerja, pasukan kualiti, pasukan-pasukan petugas pekerja dan sebagainya.

Industrial psychology Psikologi industri

Psikologi gunaan yang berkaitan dengan kajian tingkah laku manusia di tempat kerja dan bagaimana untuk menguruskan dengan cekap pekerja-pekerja perindustrian dan masalah yang dihadapi oleh kakitangan.

Industrial rehabilitation Pemulihan perindustrian

Program yang direka bentuk untuk membolehkan kakitangan yang telah mengalami kecederaan kembali bekerja dan mendapat pampasan pekerja.

Industrial relations Perhubungan perindustrian

Kajian teori dan amalan dalam hubungan di tempat kerja.

Informed consent Makluman dengan persetujuan/keizinan

Perjanjian seorang individu untuk membenarkan sesuatu diketahui kepada individu yang lain yang telah dimaklumkan tentang wujudnya risiko-risiko dan alternatif-alternatif yang berkaitan.

   

Page 54: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

42      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

Injunction Injunksi

Satu perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah yang mengarahkan satu pihak untuk sama ada melakukan atau menahan diri daripada melakukan satu tindakan tertentu.

Inplacement counseling Kaunseling kesesuaian

Satu bentuk kaunseling kepada pekerja yang baru dinaikkan pangkat atau bertukar tempat kerja bagi menyesuaikan mereka dengan suasana atau iklim di tempat kerja yang baru atau menyediakan bimbingan tentang langkah-langkah yang perlu mereka ambil untuk dipertimbangkan kenaikan pangkat atau dipindahkan ke jawatan alternatif.

Instructor-to-trainee ratio Nisbah jurulatih kepada pelatih

Jumlah maksimum pelatih yang boleh dibimbing oleh seorang jurulatih.

Insubordination Ingkar perintah

Penentangan yang disengajakan atau yang berulang oleh subordinat terhadap satu perintah atau arahan daripada pihak pengurus yang lebih tinggi atau orang atasan.

Intangible rewards Ganjaran tidak ketara

Galakan yang bukan bersifat kewangan seperti pujian, diberi kepada seorang pekerja bagi menghargai sesuatu kerja atau satu pencapaian.

Integrity testing Ujian integrity

Alat penilaian psikologi pra-kerja yang digunakan bagi mengukur kejujuran seseorang pemohon.

Intelligence quotient (IQ) Darjah kecerdasan (IQ)

Ukuran keupayaan kognitif seorang individu melalui satu ujian kecerdasan.

Internal audit Audit dalaman

Proses menjalankan satu pemeriksaan dalaman di sebuah organisasi berkenaan proses, fungsi, program dan sebagainya.

    

Page 55: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

43      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

Internal equity Ekuiti dalaman

Suatu istilah merujuk kepada tanggapan keadilan di kalangan pekerja dengan pekerja lain dalam jawatan yang serupa terhadap struktur gaji syarikat disebabkan ia berkaitan dengan tanggungjawab, pampasan, faedah dan keadaan kerja yang mereka alami.

Internal recruitment Pengambilan dalaman

Amalan menilai tenaga kerja semasa bagi menentukan sama ada kakitangan semasa memiliki kemahiran atau syarat yang diperlukan untuk mengisi kekosongan yang khusus sama ada melalui kenaikan pangkat atau pemindahan.

Internal temporary pool employee Pekerja sementara dalaman bagi jawatan kumpulan

Satu kumpulan bekas kakitangan yang dipanggil semula dan digaji bagi keperluan sementara mengikut keperluan.

Internship Latihan amali

Satu kerjasama antara sebuah organisasi dan sebuah institusi pengajian, di mana pelajarnya diupah oleh seorang majikan untuk satu tempoh masa yang ditentukan kepada satu kedudukan yang professional atau teknikal, yang mempunyai korelasi dengan bidang pembelajaran mereka bagi menyediakan mereka dengan pengalaman hands-on dan menyediakan mereka untuk memasuki pasaran kerja.

Interpersonal communications Komunikasi inter-personal

Merujuk kepada proses komunikasi dengan orang lain atau kumpulan lain untuk menyatakan perasaan, idea atau maklumat dengan cara gerak isyarat fizikal atau lisan.

       

Page 56: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

44      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

J

ISTILAH

PENERANGAN

Job aids Bantuan kerja

Satu dokumen yang mengandungi maklumat atau arahan sebagai panduan kepada pengguna bagi melaksanakan sesuatu tugas dengan cara yang betul.

Job analysis Analisis kerja

Proses sistematik bagi mengumpul, memeriksa dan mentafsir data mengenai tugas-tugas tertentu dalam sesuatu kerja.

Job bank Job bank

Merujuk kepada kumpulan pesara yang digunakan oleh majikan untuk mengisi keperluan jawatan sementara atau sambilan.

Job classification Pengelasan kerja

Satu kaedah penilaian yang digunakan untuk membandingkan kerja dengan cara mengumpulkan kerja dalam aturan mengikut gred, setiap satunya mempunyai huraian kelas dan julat gaji tertentu.

Job codes Kod kerja

Nombor pengenalan yang diagihkan kepada pekerjaan tertentu atau tugasan kerja.

Job description Deskripsi kerja

Satu huraian bertulis berhubung sesuatu kerja meliputi maklumat mengenai sifat umum kerja yang dilaksanakan, tanggungjawab dan kewajipan khusus, dan ciri-ciri yang diperlukan oleh pekerja untuk menjalankan kerja.

Job displacement Sasaran kerja

Berlaku apabila kedudukan seseorang pekerja dihapuskan.

Job enlarging Perluasan kerja

Satu kaedah untuk meningkatkan motivasi pekerja yang melibatkan proses penambahan tugas baru yang memerlukan tahap kemahiran dan tanggungjawab yang sama untuk sesuatu kerja.

Page 57: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

45      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

Job enrichment Pengayaan kerja

Amalan penambahan tugas dalam sesuatu kerja sebagai satu cara meningkatkan kawalan atau tanggungjawab pekerja.

Job evaluation Penilaian kerja

Digunakan bagi tujuan perancangan pampasan. Ia adalah proses membandingkan sesuatu kerja dengan pekerjaan lain dalam sebuah organisasi bagi menentukan kadar gaji yang sesuai untuk kerja tersebut.

Job grade Gred kerja

Pengumpulan kerja-kerja yang sama atau serupa nilainya untuk menetapkan kadar bayaran yang sesuai.

Job group Kumpulan kerja

Satu bahagian dalam tenaga kerja kontraktor yang bertujuan mengkaji pengurangan penggunaan tenaga kerja. Kumpulan kerja dilaksanakan untuk menyatukan gelaran jawatan dalam satu kumpulan berdasarkan persamaan kandungan kerja, kadar bayaran dan peluang kenaikan pangkat.

Job offer letter Surat tawaran kerja

Dokumen bertulis rasmi yang diberikan oleh majikan kepada calon pekerja terpilih dimana ia menggariskan maklumat mengenai syarat-syarat pekerjaan, seperti tarikh memulakan pekerjaan, jawatan yang ditawarkan, persetujuan gaji, faedah yang disediakan dan sebagainya. Majikan biasanya menghendaki calon tersebut menandatangani dan mengembalikan surat sebagai satu penerimaan rasmi pekerjaan.

Job posting Pengiklanan kerja

Kaedah pengiklanan kekosongan jawatan dalaman dengan cara meletakkan notis di papan kenyataan dan sebagainya.

Job pricing Penentuan kos kerja

Proses pengiklanan kekosongan jawatan dalaman dengan cara meletakkan notis di papan kenyataan dan sebagainya.

Job ranking Kedudukan kerja

Proses menetapkan kedudukan semua pekerjaan dalam organissi mengikut keutamaan atau nilai.

Page 58: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

46      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

Job redesign Merekabentuk semula kerja

Proses penyusunan semula kerja dengan menambah, mengubah atau menghapuskan tugas atau fungsi tertentu bagi tujuan membuat kerja tersebut lebih mencabar atau memuaskan.

Job-relatedness Perkaitan hubungan kerja

Keperluan bagi majikan untuk dapat menunjukkan bahawa sesuatu tindakan, dasar atau keperluan kerja tertentu adalah berkaitan dengan pekerjaan sebenar.

Job rotation Pusingan kerja

Amalan memindahkan kakitangan untuk tempoh sementara waktu di antara kakitangan yang berbeza dalam satu organisasi. Sering digunakan sebagai kaedah latihan dan pembangunan.

Job sampling Pensampelan kerja

Semasa proses pemilihan. Istilah ini merujuk kepada amalan pemerhatian dan pengukuran cara sebenar seseorang pemohon menjalankan tugas tertentu.

Job satisfaction Kepuasan kerja

Biasanya digunakan untuk mentakrifkan perasaan pekerja terhadap kerja mereka, persekitaran kerja, gaji, faedah dan sebagainya.

Job scraping Job scraping

Merujuk kepada proses migrasi senarai kerja dari satu lembaga kerja yang ditetapkan pada permulaannya ke lembaga kerja lain bagi meningkatkan senarai lokasi kerja atau sasaran.

Job shadowing Job shadowing

Peluang pengalaman kerja sementara tanpa bayaran dimana pelajar belajar mengenai sesuatu kerja (lazimnya dalam bidang yang diminati) dengan menjalani kerja sepanjang hari bersama-sama dengan seorang pekerja sebenar.

Job sharing Perkongsian kerja

Amalan dimana dua orang kakitangan berbeza melaksanakan tugas satu jawatan yang sepenuh masa.

Job title Gelaran jawatan

Nama spesifik yang diberikan kepada sesuatu kerja dimana ia digunakan bagi membezakan kerja tersebut daripada pekerjaan lain dalam organisasi.

Page 59: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

47      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

K

ISTILAH

PENERANGAN

Job aids Bantuan Kerja

Satu dokumen yang mengandungi maklumat atau arahan sebagai panduan kepada pengguna melaksanakan sesuatu tugas dengan cara yang betul.

Key performance indicators (KPI) Petunjuk prestasi utama

Petunjuk prestasi utama adalah sesuatu yang dapat diukur atau satu bentuk pengukuran secara spesifik prestasi sebuah oraganisasi di dalam bidang-bidang tertentu. Tujuan KPI adalah untuk menyediakan organisasi dengan indikator-indikator yang dapat diukur dari segi perkara penting kepada organisasi atau matlamat jangka panjang perniagaan organisasi dan faktor kejayaan kritikalnya. Apabila KPI telah dinilai dengan sebaiknya, ia boleh digunakan bagi memahami dan meningkatkan prestasi organisasi dan juga kejayaan keseluruhan. Ia juga dirujuk sebagai petunjuk-petunjuk kejayaan utama. Tugas-tugas yang telah dipersetujui antara seorang pekerja dan pengurus dengan satu jangkaan yang mereka akan menyelesaikan tugasan tersebut di dalam masa yang dipersetujui.

Key result areas Bidang keberhasilan utama

Ia adalah satu aspek penting di dalam sesebuah projek/bidangan dimana hasil yang dicapai adalah penentu kepada kejayaan projek/bidangan tersebut.

Knowledges assets Aset pengetahuan

Sebahagian dari aset tidak ketara bagi sebuah organisasi yang berkaitan khususnya berkaitan dengan pengetahuan, kepakaran, maklumat, idea, amalan terbaik, harta intelektual dan kebolehan lain.

Knowledge-based pay Gaji berasaskan pengetahuan

Satu pembezaan sistem gaji yang berasaskan kepada tahap pendidikan, pengalaman, pengetahuan, kemahiran atau latihan khusus. Juga merujuk sebagai bayaran berasaskan kemahiran.

   

Page 60: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

48      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

Knowledge broker Broker pengetahuan

Individu yang memudahkan penciptaan, perkongsian dan penggunaan pengetahuan dalam satu organisasi dengan menghubungkan individu-individu dengan pembekal-pembekal.

Knowledge integration Integrasi ilmu

Integrasi ilmu didefinisikan secara umum sebagai asimilasi, pengekstrakan, transformasi dan pemidahan maklumat daripada sistem yang berbeza kepada sistem tunggal, yang lebih seragam penyimpanan datanya, konsisten dan tepat. Ia boleh digunakan secara konsisten dan tepat untuk menilai, memanipulasi dan melaporkan maklumat.

Knowledge management Pengurusan ilmu

Proses mencipta, memperoleh, berkongsi dan menguruskan pengetahuan untuk menambah prestasi individu dan organisasi.

Knowledge mapping Pemetaan pengetahuan

Satu proses yang digunakan bagi mencipta satu ringkasan maklumat mengenai satu organisasi yang diperlukan dengan tujuan untuk menyokong matlamat keseluruhannya, objektif, strategi dan misi.

Knowledge, skills and abilities (KSA’s) Pengetahuan, kemahiran dan keupayaan

Sifat yang diperlukan untuk melaksanakan sesuatu kerja. Umumnya ditunjukkan melalui kelayakan, pengalaman, pendidikan atau latihan. Satu sifat peribadi yang seseorang perlu ada untuk menjalankan kerja.

Knowledge worker Pekerja yang berilmu

Satu terma yang dicipta oleh Peter Drucker. Ia merujuk kepada pekerja yang bekerja di persekitaran ilmu atau pekerja yang membangun dan menggunakan ilmu pengetahuan di tempat kerja.

        

Page 61: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

49      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

L

ISTILAH

PENERANGAN

Labour Market Pasaran buruh

Satu kawasan geografi atau pekerjaan di mana faktor-faktor bekalan dan permintaan saling berinteraksi.

Labour productivity Produktiviti buruh

Korelasi antara satu output tertentu dan peratusan masa buruh yang digunakan bagi mengeluarkan output tersebut.

Layoff Pemberhentian kerja

Satu penamatan sementara pekerja-pekerja atau penghapusan kerja-kerja semasa tempoh kemerosotan ekonomi atau penyusunan semula organisasi.

Leadership Kepimpinan

Proses di mana seorang individu menentukan arah, mempengaruhi satu kumpulan dan mengarahkan kumpulan itu terhadap satu matlamat khusus atau misi organisasi.

Leadership development Pembangunan kepimpinan

Latihan rasmi dan tidak rasmi serta program pembangunan professional direka bentuk untuk semua peringkat pengurusan dan eksekutif bagi membantu mereka dalam membangunkan gaya dan kemahiran kepimpinan yang diperlukan semasa berurusan dalam pelbagai situasi.

Learning Pembelajaran

Satu proses yang kognitif atau fizikal di mana individu menyerap maklumat yang memberikan mereka perkara baru atau mempertingkatkan kemahiran, pengetahuan, kelakuan atau keupayaan yang sedia ada.

Learning objective Objektif pembelajaran

Satu kenyataan yang menetapkan satu hasil kelakuan yang boleh diukur. Ia digunakan sebagai pengukur bagi menandakan bagaimana kemahiran dan pengetahuan yang diperolehi itu dapat diukur.

  

Page 62: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

50      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

Learning style Gaya pembelajaran

Gaya pembelajaran boleh didefinisikan, diklasifikasikan dan dikenal pasti dalam pelbagai cara. Secara umumnya, ia adalah pola keseluruhan yang menyediakan hala tuju pengajaran dan pembelajaran. Gaya pembelajaran boleh juga disifatkan sebagai satu set faktor, kelakuan dan sikap yang membantu proses pembelajaran seorang individu dalam situasi tertentu.

Leave sharing Perkongsian cuti

Satu program yang membenarkan kakitangan untuk mendermakan cuti sakit yang tidak digunakan kepada rakan sejawat yang mengalami kecederaan atau penyakit yang memerlukan cuti yang lebih panjang di mana ia telah kehabisan semua cuti sakitnya. Amalan ini tidak digunakan di dalam sektor awam Malaysia. Terma ini dikekalkan untuk tujuan pengetahuan.

Libel Fitnah

Menyelar atau mengancam reputasi seorang individu secara bertulis.

Line of progression Garis urutan kemajuan

Satu siri pekerjaan yang saling berkaitan dalam satu urutan promosi yang secara umumnya bermula dengan yang kurang sukar, yang lebih rendah pembayaran kepada yang lebih sukar dan yang tinggi pembayaran. Kebiasaannya, pekerjaan lebih rendah memerlukan latihan yang diperlukan untuk berpindah ke pekerjaan di peringkat yang lebih tinggi.

Lump-sum payment Bayaran sekali gus

Satu bentuk pembayaran yang telah ditetapkan melalui rundingan yang lazimya tidak termasuk di dalam bayaran gaji tahunan pekerja. Pada kelazimannya ia diberi sebaga ganti kepada peningkatan pembayaran gaji. Beberapa syarikat di Malaysia mengambil perkara ini sebagai amalan mereka.

     

Page 63: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

51      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

M

ISTILAH

PENERANGAN

Management by objective (MBO) Pengurusan mengikut objektif

Satu strategi penilaian prestasi di mana pekerja bawahan menentu dan menetapkan untuk diri mereka berdasarkan matlamat dan objektif organisasi.

Management consultant Konsultan pengurusan

Seorang individu yang bekerja secara bebas bagi membantu dan menasihati pelanggan mengenai tanggungjawab pengurusan dalam pelbagai isu organisasi.

Management development Pembangunan pengurusan

Program latihan dan pembangunan direka untuk menyediakan pengurus-pengurus baru dan sedia ada dengan sumber yang diperlukan untuk menjadikan peranan mereka lebih berkesan.

Management employee Pekerja pengurusan

Seorang pekerja yang memenuhi ujian gaji asas dan biasanya mengurus atau menyelia dua atau lebih kakitangan.

Manpower planning Perancangan tenaga manusia

Proses menilai kandungan dan komposisi tenaga kerja terkini bagi tujuan menjangka keperluan kakitangan masa depan untuk memenuhi matlamat dan keperluan perniagaan.

Matrix organization Organisasi matriks

Satu struktur organisasi di mana kakitangan melaporkan kepada lebih daripada seorang pengurus atau penyelia.

Mean wage Min upah

Min upah untuk seorang pekerja dalam kedudukan atau pekerjaan tertentu, ditentukan dengan mencampurkan kesemua jumlah gaji penjawat dalam kedudukan atau pekerjaan tersebut dan kemudian dibahagikan dengan jumlah keseluruhan penjawat terlibat.

Median Median

Nilai pertengahan dalam satu siri susunan nilai.

Page 64: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

52      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

Median wage Upah median

Jidar di antara bayaran tertinggi 50 peratus dan terendah 50 peratus pekerja-pekerja dalam satu kedudukan atau pekerjaan tertentu.

Mediation Penghantaraan

Satu rundingan peribadi dan proses membuat keputusan di mana satu pengantara membantu individu atau kumpulan dalam mencari satu penyelesaian sesuatu isu atau konflik tertentu.

Mediation services Perkhidmatan pengantaraan

Proses intervensi oleh pakar dalam satu pertikaian pekerjaan.

Medical examinations/ testing Pemeriksaan/ ujian perubatan

Satu penilaian perubatan dikendalikan selepas penawaran jawatan oleh doktor syarikat atau doktor bebas bagi menentukan sama ada calon mampu untuk menjalankan keperluan fizikal sesuatu kerja.

Mentoring Pementoran

Satu kaedah pembangunan kerjaya di mana kakitangan yang kurang berpengalaman dipadankan dengan rakan-rakan yang lebih berpengalaman untuk bimbingan sama ada melalui program rasmi atau tidak rasmi. Proses satu dengan satu di antara seorang jurulatih luar dengan seorang pekerja, di mana jurulatih akan mengajar pekerja dalam bidang-bidang tertentu.

Merger Penggabungan

Penyatuan dua atau lebih organisasi berbeza di bawah satu pemilik dan struktur pengurusan umum.

Metrics Metrik

Satu ukuran yang digunakan bagi menentukan keberkesanan dan nilai pelaksanaan program sumber manusia dalam meningkatkan prestasi dan keuntungan.

Minimum qualifications Kelayakan minimum

Sifat-sifat bagi satu deskripsi tugas yang menetapkan kelayakan asas bagi sesuatu jawatan.

   

Page 65: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

53      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

Minimum wage Upah minimum

Upah paling kecil mengikut jam yang boleh dibayar kepada pekerja untuk jumlah jam bekerja, seperti mandat yang diberi oleh undang-undang persekutuan atau negeri. Paras pendapatan terendah bagi kakitangan yang ditetapkan kerajaan.

Mission statement Penyata misi

Satu kenyataan yang menjelaskan tentang organisasi, tugas yang dilaksanakan dan hala tuju organisasi.

Moonlighting Kerja sambilan

Melakukan satu atau lebih kerja sambilan atau sepenuh masa sebagai tambahan kepada kerja tetap sepenuh masa seorang individu.

Motivation Motivasi

Faktor atau sebab mengapa seseorang melakukan sesuatu kerja untuk sesuatu organisasi tertentu. Tertakluk kepada pelbagai teori berkaitan cara mereka melakukan sesuatu perkara.

Motivational theories Teori-teori motivasi

Satu percubaan bagi menerangkan bagaimana orang dimotivasikan, dalam bentuk kelakuan dan prestasi kerja.

   

Page 66: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

54      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

Needs analysis Analisis keperluan

Satu kaedah mengkaji bagaimana kemahiran pekerja yang berkurangan boleh dikemukakan melalui latihan dan program pembangunan professional semasa, serta dapat menentukan bentuk latihan/ program pembangunan yang diperlukan dan bagaimana untuk memberi keutamaan terhadap latihan/ pembangunan.

Negligent hiring Kecuaian dalam pengambilan

Satu tuntutan terhadap majikan berdasarkan premis bahawa seorang majikan berkewajiban untuk tidak mengupah seorang pekerja di mana majikan itu tahu atau pernah mengetahui bahawa pekerja itu adalah tidak sesuai dan mungkin untuk bersikap tidak sepatutnya terhadap para pekerja yang lain.

Negligent referral Kecuaian dalam rujukan

Kegagalan seorang majikan untuk memberikan maklumat lengkap dan jelas tentang pekerja atau bekas pekerja kepada majikan yang lain.

Negligent retention Negligent retention

Kegagalan untuk mengambil tindakan disiplin yang sesuai (seperti penamatan) terhadap seorang pekerja di mana majikan itu tahu atau pernah mengetahui bahawa ia tidak sesuai.

Negotiation Rundingan

Proses perbincangan dengan pandangan untuk mencari jalan penyelesaian yang biasanya dibuat melalui satu persidangan.

Nepotism Nepotisme

Pilih kasih yang ditunjukkan terhadap seseorang oleh individu yang berkedudukan atau berkuasa, seperti pengurus atau penyelia.

Netiquette Netiquette (Net etiquette)

Merujuk kepada peraturan atau adab semasa menggunakan internet. Antara sebab semasa menggunakan internet adalah seperti menghormati rahsia orang lain dan tidak melakukan sebarang tindakan yang menyakitkan hati atau mengecewakan orang lain.

Page 67: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

55      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

Norminal group technique Teknik kumpulan nominal

Satu alat perancangan consensus yang digunakan untuk mengenal pasti kekuatan sebuah organisasi, jabatan atau bahagian di mana para peserta dibawa bersama untuk membincangkan isu-isu penting, masalah-masalah dan penyelesaiannya.

Non-compete agreement Perjanjian yang tidak bersaing

Satu kontrak menyekat seorang pekerja daripada mendapatkan pekerjaan dengan pesaing lain di dalam satu industri yang sama.

Non-compliance Ketidakpatuhan

Kegagalan untuk mengikut garis panduan, tindakan pengesahan dan peraturan dalam peluang pekerjaan yang sama rata yang boleh digunakan kepada mereka.

Non-disclosure agreement Perjanjian yang tidak boleh didedahkan

Satu kontrak untuk menyekat seorang pekerja daripada mendedahkan maklumat, rahsia atau pemilikan.

Non-discrimination Tanpa diskriminasi

Amalan untuk tidak memilih dalam proses pengambilan, amalan, dasar, faedah atau syarat pekerjaan.

Non-exempt employee Pekerja tak terkecuali

Seorang pekerja yang tidak memenuhi salah satu daripada ujian pengecualian berkanun dan dibayar pada satu jam asas serta dilindungi oleh upah dan undang-undang mengenai masa bekerja, bayaran lebih masa, dan sebagainya. Amalan ini tidak terpakai di Malaysia. Terma dikekalkan untuk tujuan pengetahuan.

Non-traditional employment Pekerjaan tidak tradisional

Digunakan untuk mentakrifkan pekerjaan atau bidang tertentu di mana tenaga kerja wanita lazimnya adalah kurang daripada 25 peratus.

Normative forecasting Peramalan normative

Satu kaedah menjangkakan keperluan masa hadapan dengan tujuan untuk menentukan bentuk pembangunan yang diperlukan untuk memenuhi keperluan.

  

Page 68: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

56      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

Notice Notis

Dalam kes pelepasan yang salah, doktrin ini digunakan untuk menentukan sama ada majikan ada memberi seorang pekerja notis pendahuluan atau tidak sebagai akibat sekiranya tingkah laku atau perbuatan mereka itu tidak diperbaiki.

                        

Page 69: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

57      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

O

ISTILAH

PENERANGAN

Objective Objektif

Satu penentuan spesifikasi tentang perkara yang perlu dilaksanakan, jangka masa pelaksanaan dan siapakah yang perlu melaksanakan perkara tersebut.

Observation interview Temuduga secara pemerhatian

Proses pemerhatian terhadap kakitangan semasa mereka melaksanakan kerja atau tugas masing-masing. Ia digunakan bagi mengumpul data mengenai pekerjaan dan tugas-tugas yang khusus.

Occupational groups Kumpulan pekerjaan

Digunakan untuk mengelaskan pekerjaan yang tertentu kepada satu kategori khusus, seperti professional, teknikal, berteknologi tinggi, pentadbiran, perkeranian, jualan, perkhidmatan, runcit dan sebagainya.

Occupational injury Kecederaan pekerjaan

Kecederaan yang berlaku semasa bekerja yang mengakibatkan pekerja tersebut memerlukan rawatan perubatan dan mengakibatkan pekerja tidak dapat hadir bekerja untuk satu atau lebih hari bekerja dan mengakibatkan halangan bekerja.

Off-duty hours Masa tidak bertugas

Biasanya digunakan untuk mentakrif jangka masa di mana seorang pekerja itu secara keseluruhannya dan sepenuhnya tidak terikat dengan mana-mana tugas dan bebas untuk menjalankan aktiviti berbentuk peribadi.

Off-shoring Off-shoring

Amalan menempatkan semula proses perniagaan seperti pengeluaran/ pembuatan, ke satu lokasi antarabangsa yang mempunyai kos yang rendah.

Ombuds.person Ombuds-person

Pihak ketiga yang berkecuali, yang membantu individu atau kumpulan-kumpulan dalam menyelesaikan konflik atau pertikaian melalui proses perdamaian, bimbingan dan membantu komunikasi di antara kedua belah pihak serta mengesyorkan jalan penyelesaian.

 

Page 70: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

58      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

On-call pay Gaji on-call

Pampasan tambahan yang diberikan kepada kakitangan yang dikehendaki untuk terus bertugas di luar waktu bekerja di sebabkan keperluan semasa.

On-call time Tempoh on-call

Mentakrifkan tempoh masa bagi pekerja yang tidak bertugas tetapi dikehendaki untuk kekal berada di dalam atau sekitar organisasi, untuk menerima panggilan dalam satu tempoh masa yang ditentukan, menyebabkan pekerja tersebut tidak mampu menggunakan secara efektif masa bagi menjalankan aktiviti-aktiviti peribadi.

On-the-job training Latihan semasa kerja

Latihan yang diperuntukkan untuk pekerja-pekerja oleh para pengurus dan penyelia, menjalankan, melaksanakan dan menyelesaikan tugas yang sebenar di tempat kerja.

Open-book management Pengurusan buku terbuka

Satu strategi pengurusan yang memberi penekanan kepada hak semua pekerja dan kakitangan dengan menunjukkan data kewangan organisasi kepada pekerja. Objektif pengurusan program seperti ini adalah bagi membolehkan para pekerja merasakan diri mereka sebagai rakan kongsi dalam satu perniagaan dan ini dapat meningkatkan kesedaran mereka tentang bagaimana tindakan dan keputusan yang mereka buat memberi kesan kepada pencapaian organisasi tersebut.

Open enrollment period Tempoh pendaftaran terbuka

Tempoh masa yang diwujudkan oleh majikan, atau rancangan faedah lain semasa kakitangan mendaftarkan diri dalam rancangan faedah yang baru atau membuat perubahan pada rancangan faedah yang sedia ada.

Open shop Open shop

Sebuah organisasi yang melantik pekerja tanpa mengambil kira keanggotaan mereka dalam kesatuan sekerja.

Operating budget Belanjawan mengurus

Satu unjuran terperinci tentang pendapatan dan perbelanjaan bagi tempoh satu masa hadapan yang telah ditetapkan.

Page 71: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

59      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

Opinion survey Tinjauan pendapat

Satu pendekatan yang digunakan untuk mendapat dan menilai pendapat para pekerja, perasaan, persepsi dan jangkaan mereka mengenai pelbagai isu pengurusan dan organisasi.

Oral reprimand Teguran lisan

Satu amaran berbentuk lisan kepada seorang pekerja oleh pengurus atau penyelia sebagai cara membetulkan tingkah laku atau pengendalian yang tidak sesuai.

Organizational behavior modification theory Teori ubah suai tingkah laku organisasi

Satu teori motivasi yang mengatakan bahawa seorang individu akan berkelakuan dengan cara yang dapat membantu beliau menghadiri potensi hasil yang negatif dan mencapai hasil yang dikehendaki.

Organizational transformation Transformasi organisasi

Merujuk kepada perubahan seluruh organisasi, seperti operasi penyusunan semula, memperkenalkan teknologi, proses, perkhidmatan, program atau produk baru, perekayasaan dan sebagainya.

Organization chart Carta organisasi

Satu gambaran grafik yang menggariskan bagaimana kuasa dan tanggungjawab diagihkan di dalam sebuah organisasi.

Organization culture Budaya organisasi

Sikap dan nilai mengenai organisasi itu sendiri, pekerja, pelanggan dan orang awam. Ia merangkumi perkara-perkara yang dilakukan dalam organisasi itu berdasarkan takrif dasar dan amalan. Satu corak perilaku yang muncul daripada sistem kepercayaan, nilai-nilai dan jangkaan perilaku semua ahli yang saling berkaitan dalam sebuah organisasi.

Organizational design Reka bentuk organisasi

Proses membangun dan menyusun unsur-unsur dan struktur sesebuah organisasi.

    

Page 72: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

60      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

Organization development Pembangunan organisasi

Satu perancangan organisasi yang menyelurh bagi meningkatkan keberkesanan, produktiviti, pulangan pelaburan dan keseluruhan kepuasan kerja pekerja melalui perancangan intervensi dalam proses organisasi.

Organization planning Perancangan organisasi

Proses transformasi matlamat, objektif, falsafah dan misi sesebuah organisasi kepada amalan dan dasar.

Organizational display Paparan organisasi

Satu paparan organisasi yang terperinci dalam bentuk graf, carta, jadual, teks atau lembaran sebaran atau persembahan dalam struktur organiasi dan menunjukkan hubungan setiap unit organisasi dengan unit-unit yang lain.

Organizational profile Profil organisasi

Merupakan penerangan terhadap pola kakitangan dan pekerja dalam tempoh penubuhan organisasi. Ia adalah satu kaedah bagi menentukan sama ada terdapat halangan-halangan untuk mewujudkan peluang pekerjaan yang sama rata dalam organisasi. Ia menyediakan satu gambaran keseluruhan tenaga kerja di dalam organisasi yang boleh membantu dalam mengenal pasti unit-unit organisasi di mana wanita atau minoriti adalah kurang diwakili.

Organizational structure Struktur organisasi

Reka bentuk sebuah organisasi yang mengenal pasti laporan hierarki organisasi dan hubungan dengan pihak berkuasa.

Organizational survey Kajian organisasi

Proses menilai dan mengkaji struktur organisasi dan komponen utama yang lain bagi menentukan sama ada terdapat kesesuaian dalam mencapai keperluan semasa dan keperluan masa depan organisasi.

Organizational unit Unit organisasi

Sebarang komponen yang menjadi sebahagian daripada struktur korporat. Dalam organisasi yang lebih tradisional, ia mungkin sebuah jabatan, bahagian, seksyen, cawangan atau kumpulan. Dalam organisasi lebih moden, ia mungkin sebuah pasukan projek atau kumpulan kerja.

Page 73: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

61      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

Orientation Orientasi

Pengenalan para pekerja kepada kerja mereka, rakan sejawatan dan organisasi dengan menyediakan maklumat seperti dasar, prosedur, sejarah organisasi, matlamat, budaya dan peraturan kerja.

Occupational health and safety Kesihatan dan keselamatan pekerjaan

Undang-undang berkaitan dengan kesihatan dan keselamatan kakitangan di tempat kerja. Di Malaysia peraturan sama adalah dikenali sebagai Akta Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatn 1994.

Outcomes assessment Taksiran hasil

Satu strategi bagi menilai dan mengukur keputusan bagi satu kaedah pengajaran atau program.

Outplacement Penempatan luar

Satu kaedah yang ditawarkan oleh pihak majikan kepada pekerja yang telah diberhentikan yang merangkumi perkhidmatan yang terdiri daripada kaunseling kerja, latihan dan bantuan mencari kerja.

Outsourcing Outsourcing

Satu perjanjian kontrak diantara satu majikan dan pihak ketiga di mana majikan itu memindahkan tanggungjawab dan pengurusan bagi sesetengah perkara yang berkaitan dengan sumber manusia, pengurusan faedah atau fungsi-fungsi yang berkaitan dengan latihan atau perkhidmatan kepada pihak luar.

Outreach programs Program outreach

Satu kaedah untuk memaklumkan kepada para kakitangan mengenai program-program di organisasi dan perkhidmatan yang boleh didapati oleh mereka dengan menggunakan kaedah seperti surat, berita, memo atau mesyuarat.

       

Page 74: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

62      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

P

ISTILAH

PENERANGAN

Paired comparison Perbandingan berpasangan

Satu bentuk penarafan, di mana prestasi setiap ahli dalam satu kumpulan dengan prestasi setiap anggota lain dalam kumpulan dibandingkan secara satu per satu.

Parental leave Cuti ibu bapa

Satu faedah yang direka untuk menyediakan pekerja dengan kemudahan cuti bergaji atau tidak bergaji berikutan kelahiran atau pengambilan anak angkat atau untuk menjaga tanggungan.

Pareto chart Carta pareto

Satu graf palang digunakan untuk menyusun kepentingan maklumat seperti punca atau sebab berlakunya sesuatu masalah supaya langkah-langkah penambah baikan dapat disediakan.

Partial disability Kecacatan separa

Satu penyakit atau kecederaan yang menghalang seorang individu daripada melaksanakan satu atau lebih fungsi kerjanya.

Participative management Pengurusan prestasi

Satu gaya pengurusan yang dibangunkan oleh Motorola di mana ia melibatkan penyertaan pekerja dalam proses membuat keputusan.

Part-time employee Pekerja sambilan

Seorang individu yang bekerja secara berterusan kurang daripada 40 jam seminggu (piawaian jam minggu kerja adalah bergantung kepada dasar setiap majikan, oleh itu, 40 jam minggu kerja hanyalah satu garis panduan. Jumlah ini boleh jadi lebih tinggi atau lebih rendah).

Paternity leave Cuti paternity

Satu manfaat disediakan kepada bapa untuk mengambil cuti bergaji penuh atau separuh gaji setelah menerima kelahiran cahaya mata.

   

Page 75: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

63      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

Payroll records Rekod senarai gaji

Dokumentasi yang diwujudkan dan diselenggara oleh majikan, yang mengandungi maklumat mengenai jam bekerja, gaji, upah, komisen, bonus, gaji sakit/percutian, sumbangan untuk rancangan kesihatan dan persaraan, gaji bersih dan potongan untuk semua kakitangan pada senarai gaji majikan untuk setahun.

Pay structure Struktur gaji

Satu struktur gred kerja dan julat gaji ditetapkan dalam sebuah organisasi. Boleh dinyatakan sebagai mata gred kerja atau penilaian kerja.

Peer appraisal Penilaian sejawat

Satu strategi penilaian prestasi di mana seorang pekerja dinilai oleh teman sejawatnya yang mempunyai ruang yang cukup untuk menilai prestasi kerja rakannya.

Performance appraisal Penilaian prestasi

Satu kajian semula secara berkala untuk menilai prestasi kerja seorang individu.

Performance-based pay Gaji berasaskan prestasi

Satu strategi yang fleksible bagi membayar upah kepada kakitangan berdasarkan prestasi dan sumbangan individu, berbanding dengan membayar berdasarkan nilai kerja yang dilaksanakan.

Performance counseling Kaunseling prestasi

Proses memperbaiki prestasi dan produktiviti pekerja dengan menyediakan pekerja dengan maklum balas mengenai bidang-bidang telah dilaksanakan dengan baik dan yang memerlukan penambah baikan.

Performance improvement Peningkatan prestasi

Peningkatan prestasi melibatkan pengenal pastian masalah prestasi dan mencari kaedah untuk memperbaiki prestasi pekerja. Pelan peningkatan prestasi memainkan peranan penting dalam membetulkan percanggahan prestasi atau mengubah tingkah laku.

      

Page 76: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

64      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

Performance improvement plan Pelan peningkatan prestasi

Satu rancangan yang dilaksanakan oleh seorang pengurus atau penyelia yang direka untuk menyediakan kakitangan dengan maklum balas yang membina dan memudahkan perbincangan di antara pekerja dan penyelianya mengenai isu-isu berkaitan prestasi serta menggariskan bidang khusus yang memerlukan peningkatan.

Performance management Pengurusan prestasi

Proses menyelenggara atau memperbaiki prestasi pekerja melalui penggunaan alat penilaian prestasi, bimbingan dan kaunseling serta menyediakan maklum balas yang berterusan. Ini merupakan proses mengenal pasti, menilai dan membangun prestasi kerja pekerja dalam sesebuah organisasi bagi memastikan matlamat organisasi dicapai dengan berkesan dan difahami oleh kakitangan.

Performance monitoring Pemantauan prestasi

Amalan memantau kakitangan semasa mereka menjalankan kerja melalui penggunaan kamera pengawasan, telefon atau pemantauan komputer.

Performance planning Perancangan prestasi

Satu pendekatan menyeluruh untuk menguruskan orang dan prestasi. Melibatkan penyediaan sasaran prestasi dan jangkaan organisasi, jabatan serta setiap pekerja.

Performance standards

Piawaian prestasi

Keperluan tugas, fungsi atau kelakuan yang ditetapkan oleh majikan sebagai matlamat yang perlu dicapai oleh pekerja.

Personal grievance Rungutan peribadi

Satu aduan yang dibawa oleh satu pihak terhadap satu kontrak pekerjaan terhadap pihak yang lain.

Personality test Ujian personaliti

Satu alat ujian yang biasanya melibatkan satu siri soalan piawai yang digunakan untuk menilai personaliti seorang individu.

Page 77: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

65      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

Personal protective equipment Kelengkapan perlindungan peribadi

Aksesori pakaian dan pekerjaan lain (contoh: cermin mata keselamatan, perlindungan pendengaran dan sebagainya) yang direka untuk menjadi pelindung daripada sebarang kemungkinan bahaya di tempat kerja.

Personnel records Rekod peribadi kakitangan

Semua maklumat peribadi berkenaan kakitangan yang disimpan dan diselenggarakan oleh majikan serta amat penting kepada majikan untuk mengendali pelbagai perkara berkaitan pekerja mereka.

Physical ability test Ujian kemampuan fizikal

Satu alat ujian yang digunakan bagi menentukan kemampuan seorang individu untuk menjalankan fungsi atau tugas yang memerlukan kekuatan atau ketahanan fizikal.

Physical examination Pemeriksaan fizikal

Satu alat perancangan tenaga kerja yang mengenakan peraturan atau sekatan tertentu ke atas penciptaan dan pengisian jawatan sebagai satu cara untuk mengurus dan mengawal kos berkaitan dengan mana-mana jawatan dalam organisasi.

Positive discipline Disiplin positif

Satu strategi disiplin yang digunakan untuk mengurang dan meningkatkan tingkah laku atau kelakuan individu yang tidak memuaskan dengan memberikan ganjaran terhadap kelakuan positif daripada menumpukan kepada menghukum kelakuan negatif.

Positive reinforcement Pengukuhan positif

Proses penerimaan kelakuan yang khusus dengan maklum balas positif seperti satu senyuman, pujian atau ganjaran.

Practitioner Pengamal

Seorang individu yang mengamalkan profesion yang dipelajari.

Predictive validity Kesahihan ramalan

Digunakan dalam proses pengesahan ujian untuk mengukur hubungan di antara skor ujian dan prestasi yang sebenar.

 

Page 78: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

66      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

Pre-employment testing Ujian pra pekerjaan

Amalan menjalankan ujian kepada pekerja yang berpotensi pada peringkat asas pra pekerjaan bagi tujuan menentukan kesesuaian pemohon untuk jawatan tertentu. Ujian-ujian ini mungkin melibatkan, dan tidak terhad kepada ujian dadah dan alkohol, peperiksaan perubatan, ujian kemahiran, ujian ketangkasan fizikal, ujian kejujuran/integriti atau ujian personaliti.

Privacy Kerahsiaan

Merujuk kepada maklumat berkaitan seseorang pekerja yang dianggap peribadi atau sulit (contoh: maklumat perubatan, data kewangan dan sebagainya) dan menjadi hak seseorang itu untuk tidak berkongsi maklumat tersebut dengan orang lain.

Probation Percubaan

Digunakan sebagai satu bentuk disiplin. Ia merupakan satu tempoh masa tertentu di mana prestasi atau kelakuan individu dipantau dengan teliti.

Probationary arrangements Pengaturan percubaan

Membawa maksud di mana pihak-pihak yang terlibat dalam perjanjian pekerjaan, bersetuju sebahagian daripada perjanjian itu, bahawa seorang pekerja akan berkhidmat dalam tempoh percubaan atau ujian selepas memulakan pekerjaan.

Probationary period Tempoh percubaan

Satu tempoh masa yang ditetapkan (lazimnya 30-90 hari) di mana pekerja baru, naik pangkat atau bertukar dinilai prestasi kerjanya. Tempoh ini digunakan terutamanya oleh penyelia-penyelia untuk meneliti tugas pekerja secara dekat, membantu pekerja menyesuaikan diri dan menolak pekerja yang gagal memenuhi prestasi piawai yang diperlukan.

Policy/procedures manual Manual dasar/tatacara

Satu dokumen bertulis secara terperinci yang direka untuk membantu pengurus dan penyelia dalam melaksanakan tanggungjawab harian mereka dengan membiasakan diri mereka dengan kesemua dasar organisasi dan tatacara yang diperlukan untuk melaksanakan dasar tersebut.

    

Page 79: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

67      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

Progressive discipline Disiplin progresif

Satu bentuk disiplin di mana penalti lebih keras dikenakan setiap kali seseorang pekerja dikenakan tindakan disiplin kerana melanggar prestasi, dasar atau pelanggaran peraturan kerja yang sama atau berbeza. Umumnya, urutan bermula dengan amaran lisan kepada amaran bertulis seterusnya kepada penggantungan dan akhirnya penamatan.

Promotion Kenaikan pangkat

Kemajuan kerjaya dalam organisasi, yang melibatkan pertambahan kuasa, tahap tanggungjawab, status dan gaji.

Proprietary information Hak milik maklumat

Maklumat yang dikaitkan dengan produk sesebuah syarikat, perniagaan atau aktiviti, termasuk perkara seperti data kewangan, rahsia perdagangan, penyelidikan dan pembangunan produk, reka bentuk produk, rancangan atau teknik pemasaran, pengaturcaraan komputer, proses-proses dan pengetahuan yang dikenal pasti dengan jelas dan dikomunikasikan oleh syarikat sebagai hak milik, rahsia perdagangan atau sulit.

Psychological test Ujian psikologi

Satu penilaian bertulis, lisan atau pemerhatian yang dijalankan untuk menentukan kemahiran kognitif dan emosi.

 

Page 80: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

68      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

Q

ISTILAH

PENERANGAN

Quality assurance Jaminan kualiti

Aktiviti atau program yang bertujuan untuk memastikan keluaran dan perkhidmatan adalah konsisten serta memenuhi syarat-syarat dan berkualiti tinggi.

Quality audit Audit kualiti

Proses memeriksa elemen di dalam sistem pengurusan kualiti dengan tujuan untuk menilai pematuhan terhadap ketetapan sistem kualiti.

Quality circle Kitaran kualiti

Sekumpulan pekerja yang dipilih dengan teliti dan secara sukarela bertemu secara kerap untuk mengenal pasti masalah dan membuat syor dengan menggunakan pelbagai teknik untuk mengkaji dan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kerja mereka.

Quality control Kawalan mutu

Aktiviti atau program yang bertujuan bagi memastikan kesemua spesifikasi kualiti produk atau perkhidmatan ditetapi dengan kualiti yang tinggi secara berterusan.

Quality improvement Penambahbaikan kualiti

Mana-mana sistem atau proses yang direka bentuk bagi meningkatkan keupayaan sebuah organisasi untuk menepati keperluan-keperluan kualiti.

Qualiy management Pengurusan kualiti

Proses atau sistem yang memastikan produk atau perkhidmatan memenuhi keperluan atau kehendak pengguna serta mempunyai satu jangkaan terhadap keupayaannya. Terdapat lima dimensi untuk kualiti: reka bentuk, kepatuhan, ketersediaan, keselamatan dan kegunaan di lapangan.

Quit Berhenti

Satu pemberhentian secara sukarela oleh pekerja.

  

Page 81: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

69      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

Quota system Sistem kuota

Di dalam sistem tindakan perakuan, ia merupakan satu cara kearah keseimbangan tempat kerja dengan mengambil dan/ atau meningkatkan bilangan atau nisbah-nisbah kumpulan minoriti atau wanita dalam jawatan-jawatan yang telah dikeluarkan.

                                 

Page 82: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

70      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

R

ISTILAH

PENERANGAN

Race Kaum

Merupakan kata nama yang menunjukkan perbezaan manusia berdasarkan ciri-ciri perbezaan tertentu yang menunjukkan asal-usul tersendiri.

Race-norming Race-norming

Amalan menyesuaikan skor ujian pekerjaan untuk mengimbangi perbezaan kaum.

Random testing Ujian rambang

Ujian dadah dan alkohol secara rambang yang dikendalikan oleh majikan untuk memilih pekerja-pekerja.

Rank order Kedudukan susunan

Satu kaedah penarafan di mana prestasi satu kumpulan, proses atau produk disusun dalam satu susunan tertentu, dari yang tertinggi sehingga terendah.

Reasonable accommodation Pertimbangan yang munasabah

Meminda atau menyesuaikan sesuatu proses kerja atau persekitaran kerja bagi membolehkan seorang individu yang layak tetapi memiliki kecacatan untuk dipertimbangkan bagi menjalankan fungsi penting sesuatu kerja.

Reassignment Penugasan semula

Memindah hak individu ke jawatan alternatif di mana bakat atau kemahiran mereka boleh digunakan dengan lebih baik lagi untuk kebaikan mereka atau untuk manfaat organisasi, di mana mereka dapat menunjukkan prestasi kerja yang lebih baik selaras dengan piawaian yang diperlukan.

Reciprocal review Kajian semula salingan

Satu kaedah penilaian di mana orang bawahan dan pengurus menilai sesama sendiri berdasarkan persetujuan bersama terhadap kriteria prestasi.

Recognition Pengiktirafan

Satu pengiktirafan terhadap prestasi luar biasa atau pencapaian seorang pekerja. Ia dinyatakan dalam bentuk pujian, penghargaan atau terima kasih.

 

Page 83: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

71      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

Recruitment Pengambilan

Amalan mencari calon-calon bagi mengisi kekosongan jawatan atau jawatan yang baru diwujudkan dengan menggunakan pelbagai kaedah (contoh: penempatan kerja dalaman, pengiklanan dalam surat khabar, papan kerja kenyataan elektronik/lokasi, menggunakan firma-firma pencari pekerja atau menyenaraikan dalam persatuan perdagangan dan professional dan sebagainya). Proses membawa personel ke dalam organisasi, yang mempunyai pendidikan, syarat, kemahiran dan pengalaman yang bersesuaian untuk jawatan yang ditawarkan.

Redeployment Penempatan semula

Penempatan semula pekerja-pekerja ke jabatan lain atau ke fungsi yang lain sebagai satu alternatif untuk memberhentikan mereka.

Redundancy Lebihan (pekerja)

Tindakan menyingkirkan pekerja apabila terdapat lebihan pekerja berbanding keperluan organisasi.

Reengineering Perekayasaan

Merancang semula perniagaan, proses kerja, dasar atau struktur organisasi.

Reference checking Pemeriksaan rujukan

Proses mengesahkan maklumat yang terdapat di dalam borang permohonan atau ringkasan iktisar yang dibekalkan oleh pemohon.

Regression analysis Analisis regresi

Satu ukuran yang digunakan untuk mengetahui perhubungan antara pemboleh ubah seperti perkadaran prestasi dan kenaikan pangkat.

Reinforcemenet Pengukuhan

Amalan menyediakan maklum balas positif terhadap seorang individu atau kumpulan-kumpulan individu selepas penyempurnaan satu projek tertentu atau pencapaian satu matlamat tertentu.

      

Page 84: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

72      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

Release agreement Perjanjian perlucutan

Satu dokumen bertulis yang sah, dibuat oleh seorang majikan dan ditandatangani oleh seorang pekerja di mana pekerja itu melucutkan hak-hak tertentu sebagai pertukaran untuk pertimbangan beberapa perkara seperti manfaat pekerja yang tindakan diterima sekiranya tidak disingkirkan dari organisasi.

Reliability Kebolehpercayaan

Ukuran kebolehan satu ujian atau penilaian bagi menilai perkara yang diukur berdasarkan asas yang konsisten.

Religion Agama

Termasuk semua aspek pematuhan dan amalan serta kepercayaan keagamaan.

Religious accommodation Kemudahan untuk perkara berkaitan keagamaan

Satu kemudahan yang dibuat untuk seorang pekerja seperti cuti supaya beliau dapat menghadiri satu upacara keagamaan.

Relocation assistance Bantuan penempatan semula

Satu bentuk faedah yang ditawarkan untuk kakitangan yang menerima tugasan di lokasi-lokasi baru. Ia lazimnya dalam bentuk seperti kos perpindahan, perbelanjaan perjalanan, penginapan sementara dan pembelian atau penjualan rumah.

Remedial counseling Kaunseling pemulihan

Satu bentuk kaunseling pekerja bagi memperbaiki prestasi atau kelakuan yang berkaitan dengan isu-isu tertentu.

Remedial training Latihan pemulihan

Menggambarkan satu kaedah pengajaran yang bertujuan untuk membantu mereka yang kekurangan kemahiran asas seperti membaca atau menulis.

Remediation Pemulihan

Satu strategi untuk mengatasi kekurangan yang ada pada seorang pekerja dari segi kelakuan, prestasi atau kemahiran.

    

Page 85: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

73      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

Remote employees Kakitangan terpencil

Kakitangan yang bekerja di luar premis syarikat dan dikeluarkan dari pemantauan penyelia atau pengurus mereka.

Remote managers Pengurus terpencil

Seorang pengurus yang mengawasi kakitangan yang menjalankan kerja mereka di satu kawasan yang lain daripada premis majikannya.

Replacement charts Carta penggantian

Satu ringkasan dalam bentuk visual nombor-nombor dalam setiap satu kerja atau kelompok kerja, jumlah kekosongan semasa setiap kerja dan unjuran kekosongan kerja di masa depan.

Reprimand Teguran

Teguran dalam bentuk lisan atau bertulis untuk seorang pekerja sebagai sebahagian daripada tindakan disiplin.

Request for proposal (RFP) Permintaan cadangan

Satu dokumen yang dihantar oleh satu organisasi kepada vendor untuk menjemput vendor mengemukakan pembidaan untuk produk atau perkhidmatan.

Resolution Resolusi

Perlakuan percanggahan atau rungutan melalui kaedah-kaedah penyelesaian pertikaian alternatif.

Restrictive covenant Perjanjian yang terhad

Fasal kontrak yang menghalang eksekutif atau kakitangan yang mahir daripada mencari dan mendapatkan pekerjaan dengan organisasi pesaing dalam satu sempadan geografi dan bagi satu tempoh masa tertentu.

Restructuring Penyusunan semula

Perubahan struktur organisasi dengan tujuan untuk memastikan organisasi akan lebih kos efektif dan berkesan.

      

Page 86: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

74      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

Resume Ringkasan iktisar

Satu dokumen bertulis mengenai pengalaman kerja, kemahiran-kemahiran, latar belakang pendidikan, pelaksanaan dan maklumatlain berkaitan dengan seorang individu sebagai dokumen sokongan bagi mencapai matlamat kerjaya beliau.

Retraining Latihan semula

Latihan yang disediakan untuk pekerjaan tertentu bagi membolehkan seseorang pekerja itu memperoleh kemahiran yang perlu untuk kerjanya dengan proses, prosedur atau peralatan yang baru.

Reward system Sistem ganjaran

Satu program rasmi atau tidak rasmi yang digunakan untuk mengiktiraf pencapaian kerja seorang individu, seperti kejayaan mencapai sesuatu matlamat atau projek atau sumbangan idea yang kreatif.

Rigtsizing Rigtsizing

Satu pendekatan untuk mengurangkan kakitangan, di mana penyusunan semula kerja mengikuti keutamaan dilakukan untuk mengenal pasti dan menghapuskan kerja yang tidak perlu. Kaedah ini menggunakan kriteria pemilihan berdasarkan pekerjaan atau tanggungjawab individu dan bukan individu itu sendiri. Ini adalah bertujuan untuk mengelak pemberhentian pekerja-pekerja yang tidak sepatutnya.

Right to manage Hak untuk mengurus

Hak atau kuasa pengurusan untuk membuat keputusan dan menguruskan organisasi tanpa gangguan dari kuasa luar atau dalaman.

Role playing Role playing

Satu kaedah latihan di mana setiap peserta perlu merekodkan atau memainkan karakter atau peranan tertentu.

Rotational training Latihan penggiliran

Satu kaedah latihan di mana pekerja-pekerja secara bergilir melakukan pelbagai kerja, tugasan atau fungsi yang berbeza di dalam jabatan atau syarikat untuk tempoh masa tertentu.

Rural sourcing Rural sourcing

Satu kaedah outsourcing yang memindahkan pekerjaan dari kawasan Bandar yang mempunyai kos yang lebih tinggi ke kawasan luar bandar yang kosnya lebih rendah.

Page 87: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

75      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

S

ISTILAH

PENERANGAN

Sabbatical Sabatikal

Aturcara sukarela di mana majikan membenarkan pekerja mengambil cuti bergaji atau tanpa gaji untuk satu tempoh tertentu bagi membolehkan pekerja meneruskan kursus latihan lanjutan, mengajar atau melaksanakan khidmat awam. Dalam amalan sektor pendidikan,ia merujuk kepada jangka masa guru-guru kolej atau pengajar universiti dibenarkan berhenti dari melaksanakan tugas biasa untuk belajar atau mengembara dan pada masa yang sama dibayar gaji.

Safety training Latihan keselamatan

Satu alat pengajaran yang digunakan untuk membantu pekerja menjadi lebih peka terhadap aspek keselamatan.

Scalability Scalability

Takat dimana aplikasi atau komponen komputer boleh diperluaskan dari segi saiz, jumlah atau bilangan pengguna yang dilayan dan dapat terus berfungsi dengan baik.

Scanlon plan Rancangan Scanlon

Satu program perkongsian keuntungan di mana pekerja-pekerja berkongsi penjimatan kos tertentu yang diperolehi dari usaha pekerja. Rancangan Scanlon melibatkan penyertaan pekerja yang ramai, mendahulukan kitaran kualiti yang kebanyakan menggunakan teknik yang sama.

Scheduled interview Temuduga berjadual

Satu format temuduga di mana setiap calon ditanyakan mengenai ketepatan maklumat yang sama.

Screening Penyaringan

Biasanya ia merupakan langkah pertama yang diambil semasa proses temuduga, melibatkan semakan permohonan/ringkasan ikhtisar bakal calon, mengesahkan maklumat dibekalkan oleh calon, menjalankan temuduga dan memeriksa keputusan ujian.

Page 88: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

76      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

Selection process Proses pemilihan

Sebarang langkah, gabungan langkah-langkah atau prosedur yang digunakan sebagai asas untuk sebarang keputusan penggajian, termasuk tetapi tidak terhad kepada temuduga rasmi atau tidak rasmi, borang permohonan, ujian bertulis, ujian prestasi, program latihan, tempoh percubaan dan keperluan fizikal, pendidikan dan pengalaman kerja, serta proses membuat keputusan yang digunakan dalam menentukan sama ada untuk digaji atau dinaikkan pangkat.

Self-directed teams Pasukan terarah kendiri

Kumpulan pekerja berkemahiran pelbagai, bersilang fungsi yang memiliki kuasa penuh dan berkongsi tanggungjawab untuk mengeluarkan produk atau perkhidmatan tertentu. Amalan ini bersesuaian dengan konteks sektor swasta di Malaysia.

Seminar Seminar

Satu mesyuarat atau persidangan yang digerakkan oleh pemudah cara yang mengandungi kumpulan individu yang dikumpulkan untuk mengkaji perkara khusus.

Semi-skilled worker Pekerja separuh mahir

Pekerja separuh mahir yang perlu berupaya membaca, menulis dan berkomunikasi tetapi biasanya tidak diperlukan untuk mempunyai pendidikan bertauliah atau kemahiran bagi melayakkannya untuk bekerja. Masa latihan adalah pendek, tugas adalah khusus dan umumnya tidak memerlukan kemahiran taakulan.

Seniority Kekananan

Status yang ditentukan berdasarkan tempoh masa seseorang pekerja bekerja di bawah seseorang majikan, jabatan atau jawatan dalam organisasi.

Sensitivity training Latihan kepekaan

Satu bentuk rundigcara yang disediakan untuk meningkatkan kesedaran diri dan kepekaan terhadap orang lain. Ia bertujuan untuk membantu kakitangan utama untuk membangunkan kemahiran kepimpinan, isu-isu persekitaran kepelbagaian dan pencegahan gangguan.

    

Page 89: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

77      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

Sex discrimination Diskriminasi gender

Kelakuan atau tindakan diskriminasi berdasarkan gender atau kehamilan. Ia berkait dengan syarat-syarat pekerjaan, faedah, gaji dan peluang untuk kenaikan pangkat.

Sexual harassment Gangguan seksual

Kemaraan seksual, permintaan untuk pertolongan seksual dan kelakuan fizikal atau lisan lain bersifat seksual yang tidak dialu-alukan. Ia membentuk gangguan seksual apabila kelakuan ini secara jelas atau tersirat menjejaskan prestasi pekerjaan individu dengan tidak munasabah atau mewujudkan persekitaran kerja yang menakutkan, membahayakan serta menyakitkan hati.

Sexual orientation Orientasi seksual

Tumpuan kepada keinginan dan perasaan berahi atau erotic seseorang terhadap jantina berlawanan atau yang sama.

Shareholder Pemegang saham

Seorang individu atau perbadanan yang memiliki saham dalam perbadanan itu.

Sick leave Cuti sakit

Cuti bergaji yang diberikan kepada kakitangan yang tidak dapat bekerja akibat penyakit atau kecederaan.

Simulation Simulasi

Kaedah pengajaran yang digunakan untuk mengajar dalam menyelesaikan masalah, prosedur atau operasi dengan menempatkan pelajar dalam situasi serupa dengan keadaan sebenar.

Six sigma Six sigma

Satu disiplin serta metodologi yang dipacu oleh data yang digunakan untuk menghapuskan kecacatan dan meningkatkan proses serta mengurangkan kos daripada pengilangan kepada transaksi dan daripada produk kepada perkhidmatan.

Skill Kemahiran

Keupayaan bagi melaksanakan kegiatan mental atau pergerakan (motor) yang menyumbang kepada keberkesanan prestasi kerja.

Page 90: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

78      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

Skill-based pay Gaji berasaskan kemahiran

Satu sistem pembeza gaji yang berasakan kepada pembayaran terhadap pendidikan, pengalaman, pengetahuan, kemahiran atau latihan khusus individu.

Skill gap Jurang kemahiran

Satu kekurangan asas dalam menulis, membaca, mengira atau kemahiran komunikasi lisan.

Skills inventory Inventori kemahiran

Satu senarai kemahiran atau kecekapan yang perlu dimiliki oleh seorang individu.

Skills training Latihan kemahiran

Latihan yang diberi kepada pekerja bagi membantu mereka memastikan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk melaksanakan tugas semasa. Ia juga digunakan sebagai kaedah latihan semula apabila sistem atau proses baru diperkenalkan.

Slander Fitnah

Fitnah palsu yang dinyatakan sebagai ucapan, kata-kata, tanda atau gerak isyarat yang menjejaskan peribadi atau reputasi individu yang difitnah.

Sloe learner Pelajar lembap

Suatu istilah yang digunakan untuk menghuraikan individu dengan ketidakupayaan mental dan kecerdasan kepintaran (IQ) di antara 75 dan 90.

Soft skills Kemahiran insaniah

Kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan suatu pekerjaan di mana pekerjaan itu dipaparkan dalam bentuk hasil yang dijangka, tetapi proses untuk mencapai hasil tersebut berbeza-beza.

Sole proprietorship Pemilikan tunggal

Sebuah perusahaan perniagaan di mana seseorang individu, secara peribadi bertanggungjawab sepenuhnya ke atas semua kewajipan perniagaan, berhak untuk semua keuntungan dan melaksanakan kawalan pengurusan yang menyeluruh.

     

Page 91: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

79      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

Sourcing Pencarian maklumat

Penggunaan e-kecerdasan untuk mencapai laman sesawang/intranet syarikat bagi memperolehi bakat yang mempunyai permintaan tinggi dan kompetitif bagi tujuan pengambilan.

Span of control Bidang kawalan

Satu prinsip yang menjelaskan kewujudan had bagi seseorang individu untuk mampu menguruskan sejumlah orang dengan berkesan dan berjaya.

Specialization Pengkhususan

Satu prinsip yang menyatakan, apabila sesebuah organisasi berkembang, tugas dalam organisasi itu perlu dibahagi-bahagikan bagi mengelakkan sesuatu tugas menjadi terlalu khusus atau kompleks sehingga memerlukan pelbagai kemahiran yang besar yang tidak mampu dikendalikan oleh seorang individu.

Staffing Pengambilan kakitangan

Fungsi dalam sesebuah organisasi yang bertanggungjawab dalam pengambilan anggota baru, tapisan dan pemilihan pekerja. Selalunya fungsi ini juga bertanggungjawab dalam bidang pekerjaan lain, seperti orientasi, pengekalan, latihan dan penamatan kakitangan.

Staffing metrics Metric penstafan

Langkah-langkah digunakan untuk menentukan kos berkaitan dengan pengambilan anggota baru meliputi penggajian, masa bagi mengisi/memulakan jawatan terbuka dan aktiviti/beban kerja pengambil.

Staffing metrics Metric penstafan

Langkah-langkah digunakan untuk menentukan kos berkaitan dengan pengambilan anggota baru meliputi penggajian, masa bagi mengisi/memulakan jawatan terbuka dan aktiviti/beban kerja pengambil.

Staff leasing Pajakan kakitangan

Amalan seorang majikan secara langsung mengupah seorang pekerja secara sementara untuk jangka masa yang tidak ditentukan daripada menggunakan perkhidmatan agensi pengambilan kakitangan sementara. Amalan ini tidak dilaksanakan di dalam Perkhidmatan Awam Malaysia.

    

Page 92: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

80      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

Stakeholder Pihak berkepentingan

Individu/organisasi yang mempunyai hak kepentingan dalam kejayaan atau hasil sesuatu projek.

Standard deviation Sisihan piawai

Satu kaedah statistik seperti ukuran taburan atau variasi dalam satu pengagihan, bersamaan dengan punca kuasa dua min aritmetik dari kuasa dua sisihan daripada min aritmetik.

Standard error Ralat piawai

Anggaran statistik ralat saiz yang mungkin hadir dalam markah ujian atau ukuran kelompok.

Standardization Penyeragaman

Reka bentuk dan pelaksanaan spesifikasi konsisten untuk prosedur, amalan, bahan, jentera atau peralatan lain atau jenis produk dan perkhidmatan lain.

Standardized interview Temuduga piawai

Satu bentuk temuduga yang menggunakan perkara dan susunan soalan yang sama, kemudian menilai jawapan-jawapan untuk menentukan perbezaan di antara calon-calon.

Standardized testing Ujian piawai

Satu mata terbitan daripada min prestasi satu kumpulan ujian, serta prestasi perbandingan semua individu yang mengambil ujian tersebut.

Standard score Markah piawai

Satu mata terbitan daripada min prestasi satu kumpulan ujian, serta prestasi perbandingan semua individu yang mengambil ujian tersebut.

Standard operating procedure (S.O.P) Prosedur pengambilan piawai

Satu prosedur bertulis yang ditetapkan untuk melakarkan cara tugas, tanggungjawab dan fungsi berulang dilaksanakan di seluruh organisasi.

       

Page 93: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

81      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

Strategic HR Strategi sumber manusia

Proses yang mengambil satu pendekatan jangka panjang untuk pengurusan sumber manusia melalui pembangunan dan pelaksanaan program-program sumber manusia yang merujuk dan menyelesaikan masalah perniagaan dan menyumbang secara langsung kepada matlamat jangka panjang perniagaan.

Strategic HRM Strategi pengurusan sumber manusia

Proses menjajarkan sumber manusia lebih rapat kepada objektif strategik dan operasi organisasi.

Strategic planning Perancangan strategik

Proses mengenal pasti matlamat jangka panjang dan objektif sesebuah organisasi dan kemudian menentukan pendekatan terbaik untuk mencapai matlamat dan objektif tersebut.

Strategic staffing Pengambilan kakitangan secara strategik

Amalan menggaji kakitangan tetap dalam bilangan yang kecil dan menggunakan kakitangan sementara bagi mengisi jawatan lebih khusus dalam organisasi.

Stress interview Temuduga stress

Satu gaya temuduga di mana penemuduga mengenakan tekanan atau tegasan ke atas seorang calon bagi menentukan cara calon itu bertindakbalas dalam situasi seumpamanya.

Strike Mogok

Berlaku apabila pekerja-pekerja dengan sengaja enggan melaksanakan tugas mereka dan/atau berpiket di luar premis majikan untuk mencegah atau melemahkan orang lain untuk bekerja di tempat mereka atau menjalankan perniagaan dengan majikan.

Structured interview Temuduga berstruktur

Temuduga berstruktur bertanyakan soalan yang sama pada setiap calon, supaya perbandingan terhadap kualiti jawapan boleh diperoleh. Soalan-soalan berkaitan kerja lazimnya melibatkan empat bentuk: situasi, pemerhatian, peribadi dan kelakuan.

   

Page 94: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

82      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

Subject matter expert Pakar rujuk

Seorang individu yang berkepakaran dalam proses perniagaan atau bidang tertentu.

Subordinate appraisal Penilaian pegawai bawahan

Satu sistem penilaian di mana kakitangan pengurusan dinilai oleh pekerja bawahan mereka.

Substance abuse Penyalahgunaan bahan

Didefinisikan sebagai bahan yang merosakkan (contoh: narkotik atau alkohol). Penggunaannya boleh membawa kepada gejala klinikal sosial yang signifikan dan kerosakan pekerjaan atau perubatan.

Succession planning Pelan penggantian

Proses mengenal pasti keperluan jangka panjang dan mengusahakan bekalan bakat dalaman untuk memenuhi keperluan masa depan. Pelan ini digunakan untuk menjangka keperluan masa depan organisasi dan membantu dalam mencari, menaksir dan membangun modal insan yang diperlukan mengikut strategi organisasi. Melibatkan pengenalpastian calon yang berpotensi untuk menggantikan individu pekerja teras sama ada diketahui akan meninggalkan firma pada masa akan datang dan/atau pemergian mendadak yang akan menjejaskan operasi firma.

Suggestion system Sistem cadangan

Satu sistem yang membenarkan pekerja menyuarakan aduan, memberikan cadangan atau mengemukakan idea mengenai polisi, prosedur, keadaan kerja, faedah syarikat dan sebagainya.

Summary dismissal Pemecatan serta merta

Perbuatan menyingkirkan kakitangan dengan segera dan serta merta yang biasanya disebabkan oleh salah laku berat yang telah dilakukan oleh pekerja. Di Malaysia, pemecatan di dalam sektor swasta dikawal di bawah Akta Pekerjaan 1955 dan Akta Hubungan Industri 1967.

Supervisory/management development Pembangunan penyeliaan/pengurusan

Latihan yang diperuntukkan kepada pekerja yang berpotensi untuk dinaikkan pangkat ke tahap penyeliaan atau pengurusan dalam organisasi atau sebagai pemulihan bagi isu berkaitan prestasi.

 

Page 95: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

83      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

Survey Tinjauan

Satu kaedah pengumpulan data yang digunakan untuk membantu organisasi mengenal pasti masalah, mengukur semangat atau jangkaan pekerja dan mengenal pasti bidang yang dibimbangi.

Suspension Penggantungan

Satu bentuk tindakan disiplin yang mengakibatkan seseorang pekerja dihantar pulang tanpa gaji untuk satu tempoh masa tertentu.

SWOT Analysis Analisis SWOT

Satu alat perancangan strategik yang digunakan bagi mengumpul dan menilai maklumat kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman semasa sesebuah organisasi yang terlibat dalam projek atau urusan tertentu.

Systemic discrimination Diskriminasi sistematik

Satu corak diskriminasi yang pada permukaannya nampak berkecuali tetapi dalam realitinya adalah sistematik atau menilai aplikasi dasar dan amalan.

                        

Page 96: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

84      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

T

ISTILAH

PENERANGAN

360-degree feedback Maklumbalas 360 darjah

Satu proses penilaian di mana seorang individu dinilai prestasinya oleh mereka yang mengetahui tentang kerja atau tugas yang dilakukan oleh individu tersebut. Penilaian ini merangkumi laporan dari rakan sebaya, pengurus atau pelanggan. Selain dari itu sesiapa sahaja yang dipercayai oleh individu tersebut dan biasa dengan beliau atau kerjanya, boleh juga dimasukkan dalam proses maklum balas ini. Individu tersebut juga akan membuat penilaian kendiri tentang diri beliau atau prestasinya.

Talent management Pengurusan bakat

Pelaksanaan satu strategi bersepadu atau sistem yang direka bentuk untuk meningkatkan produktiviti di tempat kerja dengan menambah baik proses yang menarik, membangun, mengekalkan dan menggunakan sumber manusia dengan kemahiran yang diperlukan dan bakat untuk memenuhi keperluan perniagaan di masa depan. Juga dirujuk sebagai pengurusan Modal Insan, iaitu satu proses untuk mengambil, mengurus, membangun dan mengekalkan sumber paling penting dalam sebuah organisasi iaitu sumber manusianya.

Tangible rewards Ganjaran ketara

Ganjaran yang boleh dilihat dan disentuh secara fizikal (contoh: baucer hadiah, atau hadiah-hadiah dalam bentuk dagangan atau bon simpanan).

Task analysis Analisis tugas

Melibatkan pentakrifan piawaian dan syarat-syarat satu tugas tertentu dan mengenal pasti faktor yang membezakan antara tugas-tugas tersebut.

Task competencies Kompetensi tugas

Aktiviti dan tugas khusus yang membentuk satu kerja tertentu.

   

Page 97: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

85      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

Team building Bina upaya

Satu program latihan yang direka bagi membantu sekumpulan pekerja untuk bersama-sama seperti satu pasukan sambil mempelajari sesuatu.

Teamwork Kerja berpasukan

Disifatkan sebagai amalan bekerja bersama-sama dengan tujuan untuk menghasilkan kepelbagaian bakat dan pengalaman bagi mencapai satu matlamat bersama.

Telecommuting Telecommuting

Bekerja dari satu lokasi terpencil (workstation) menggunakan komputer, telefon, mesin faksimili dan lain-lain alat telekomunikasi berbanding berulang-alik menggunakan kereta atau cara pengangkutan lain untuk berhubung dengan majikan dalam menjalankan kerja yang setara.

Teleconferencing Teleconferencing

Satu persidangan yang ditubuhkan di antara dua orang pekerja atau lebih, atau kumpulan-kumpulan tertentu yang berada di lokasi-lokasi berbeza; yang dihubungkan dengan penggunaan kelengkapan telekomunikasi seperti televisyen litar tertutup.

Temporary employee Pekerja sementara

Seorang individu yang menjalankan tugasan sama ada bagi jangka pendek atau jangka panjang tanpa dilayan oleh majikan seperti pekerja tetap dan tidak mendapat faedah kakitangan tetap. Biasanya diamalkan oleh majikan untuk memenuhi keperluan yang bermusim atau disebabkan majikan tidak mempunyai sumber tenaga kerja yang mencukupi.

Termination Penamatan

Pemisahan daripada pekerjaan akibat dari pemberhentian secara sukarela, persaraan atau pemecatan.

Termination-at-will Termination-at-will

Satu undang-undang yang membenarkan seorang pekerja atau majikan untuk menamatkan hubungan pekerja-majikan pada bila-bila masa tanpa ada atau tiada alasan.

    

Page 98: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

86      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

Test security Keselamatan ujian

Hak kerahsiaan seorang individu berkaitan dengan maklumat mengenai keputusan ujian dan keizinan untuk memaklumkan bagaimana keputusan ujian tersebut digunakan.

Theory X Teori X

Menyatakan sesetengah orang itu mempunyai satu kebencian sedia ada untuk bekerja dan kemungkinan akan sentiasa mengelak bila-bila masa. Orang-orang ini hendaklah dikawal dan dipantau oleh pengurus mereka untuk mencapai produktiviti kerja.

Theory Y Teori Y

Teori yang mengandaikan bahawa manusia itu mempunyai keperluan psikologikal untuk berusaha dan mahu mencapai kejayaan serta memikul tanggungjawab. Peranan pengurus terhadap individu ini adalah membantu mereka untuk mencapai potensi diri mereka ini.

Think tank Badan pemikir

Satu kumpulan yang diwujudkan untuk melakukan penyelidikan intensif dan cuba menyelesaikan masalah, terutama sekali dalam bidang teknologi, strategi sosial, politik atau demografi.

Time management Pengurusan masa

Disiplin tentang bagaimana menggunakan masa dengan cekap dan berkesan dengan tujuan untuk mencapai objektif peribadi, profesional atau organisasi.

Total quality management Pengurusan kualiti menyeluruh

Satu sistem berstruktur yang memuaskan hati pelanggan dalaman dan luaran, dengan menyepadukan persekitaran perniagaan, peningkatan berterusan dan kejayaan yang cemerlang melalui pusingan pembangunan, penambahbaikan dan penyenggaraan.

Trade secret Rahsia perdagangan

Satu rahsia perdagangan yang mengandungi sebarang formula, pola, peranti atau penyusunan maklumat yang digunakan dalam satu perniagaan, yang memberikan perniagaan satu peluang untuk memperoleh satu kelebihan dari pesaing-pesaing yang tidak tahu mengenainya atau tidak tahu untuk menggunakannya.

Page 99: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

87      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

Training aids Alat bantu latihan

Sebarang bentuk audio atau bahan-bahan visual yang digunakan untuk tujuan latihan.

Training and development Latihan dan pembangunan

Satu proses urusan pemindahan atau proses mendapatkan ilmu pengetahuan atau sikap dan kemahiran yang diperlukan bagi menjalankan aktiviti atau tugas tertentu.

Training need analysis Analisis keperluan latihan

Satu kaedah yang digunakan untuk menentukan apa yang perlu dipelajari dan bagaimana program-program latihan itu mungkin bermanfaat. Hasil analisis adalah dalam bentuk laporan keperluan latihan yang mengenal pasti keperluan latihan dan bantuan yang diperlukan untuk mengurangkan jurang petunjuk prestasi. Satu kaedah mengkaji bagaimana kekurangan kemahiran pekerja boleh dikemukakan melalui perancangan latihan, program-program pembangunan professional semasa, penentuan bentuk latihan/ program-program pembangunan yang diperlukan serta bagaimana keutamaan diberikan kepada latihan/ pembangunan diri.

Transfer Pemindahan

Proses memindahkan pekerja daripada satu jawatan, giliran kerja atau jabatan di dalam organisasi.

Transformational leadership Kepimpinan transformasi

Satu bentuk kepimpinan yang sistematik yang memfokuskan kepada perubahan dan inovasi. Menurut Bernard Bass, ia adalah satu bentuk kepimpinan yang berlaku apabila pemimpin-pemimpin “meluaskan dan meningkatkan kepentingan pekerja mereka, apabila mereka menjana kesedaran dan penerimaan tujuan dan isi kumpulan. Keadaan ini juga berlaku apabila mereka menggerakkan pekerja mereka untuk melihat disebalik kepentingan diri mereka sendiri untuk kebaikan kumpulan”.

     

Page 100: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

88      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

Transitional employment

Pekerjaan peralihan

Menyediakan alternatif kepada susunan kerja, seperti perubahan tugas, untuk kakitangan yang tidak hadir ekoran daripada penyakit atau kecederaan dan arahan telah dikeluarkan oleh penyedia perubatan untuk mereka kembali bertugas.

Trend analysis

Analisis trend

Proses peramalan sebuah organisasi terhadap keperluan mengambil kakitangan dengan menganalisis pola-pola pekerjaan masa lampau dengan tujuan untuk mengenal pasti arah aliran yang mungkin dijangka berterusan.

Tuition assistance

Bantuan tuisyen/pengajian

Satu program yang direka untuk menyediakan bantuan kewangan kepada kakitangan untuk mengikuti pengajian di kolej atau universiti yang bertauliah.

Turkey trot

Turkey trot

Suatu istilah yang biasa digunakan untuk menghuraikan amalan memindahkan masalah atau prestasi pekerja-pekerja daripada satu kedudukan atau jabatan kepada yang lain dengan jangkaan yang pekerja itu mungkin boleh memperbaiki pencapaiannya dibawah penyelia baru atau dalam suasana pekerjaan yang lain.

 

 

Turn-over

Turn-over

Menggambarkan perubahan dalam tenaga kerja yang diakibatkan oleh peletakan jawatan secara sukarela atau tidak. Dalam konteks sumber manusia Malaysia, peletakan jawatan bukanlah hanya satu faktor sahaja yang mampu memberi kesan kepada perubahan dalam tenaga kerja.

    

Page 101: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

89      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

U

ISTILAH

PENERANGAN

Underutilization Kurang penggunaan

Sebahagian daripada proses tindakan pengesahan. Ia digunakan untuk menentukan ahli-ahli tertentu dalam kumpulan-kumpulan yang tertentu tidak cukup diwakili di dalam kumpulan tenaga kerja. Laporan itu menggunakan maklumat berdasarkan kawasan geografi dan jawatan-jawatan dalam organisasi itu.

Undue hardship Kesusahan tak wajar

Satu terma yang digunakan oleh majikan untuk menolak secara sah dari memberikan kemudahan menjalankan tanggungawab keagamaan atau menampung kecacatan seorang pemohon atau pekerja. Majikan mestilah berupaya membuktikan bahawa kemudahan yang dipohon itu akan menjadi satu bebanan kepada operasi perniagaan.

Unemployment rate Kadar pengangguran

Jumlah penganggur dalam bentuk peratusan tenaga buruh.

Unfairly discriminatory Diskriminasi secara tidak adil

Satu tindakan atau polisi yang terhasil apabila mana-mana ahli di dalam kumpulan tidak mempunyai kelebihan berhubung dengan pemilihan yang dibuat oleh majikan, pengambilan, kenaikan pangkat, bayaran dan peluang-peluang latihan sedangkan mereka layak dan mempunyai potensi yang sama untuk berjaya.

Unretirement

Penyambungan kerja setelah bersara

Amalan mengambil kakitangan yang telah pencen kembali bekerja disebabkan kemahiran dan kelayakan mereka yang amat diperlukan.

Unsafe acts

Perlakuan tidak selamat

Sebarang aksi seperti pergaduhan, tidak mematuhi undang-undang keselamatan dan sebagainya, yang boleh mengakibatkan kemalangan atau kecederaan kepada orang yang lain.

 

Page 102: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

90      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

Cunsafe conditions Keadaan /suasana tidak selamat

Satu keadaan yang boleh dianggap merbahaya seperti peralatan yang tidak berfungsi atau rosak, prosedur keselamatan tidak teratur, kegagalan untuk menyediakan peralatan pengawalan dan sebagainya. Keadaan ini boleh menghasilkan atau mempunyai potensi untuk mengakibatkan kemalangan atau kecederaan kepada orang lain.

Unskilled worker Pekerja tidak mahir

Seseorang yang tidak memerlukan penggunaan kemahiran taakulan dalam kerja mereka. Contoh operator pengeluaran, pekerja buruh dan perantis.

Unwelcome behavior/conduct Tingkah laku yang tidak dialu-alukan

Tingkah laku oleh rakan sekerja, pekerja bawahan atau penyelia yang sangat tidak menyenangkan atau tidak boleh diterima oleh seseorang individu.

Upward mobility Mobiliti ke atas

Proses menyediakan kumpulan minoriti untuk kenaikan pangkat ke pekerjaan di peringkat yang lebih tinggi seperti ke jawatan pengurusan.

                      

Page 103: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

91      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

V

ISTILAH

PENERANGAN

Value-added work Kerja yang menambah nilai

Kerja yang meningkatkan nilai sesuatu perkhidmatan atau produk untuk kepuasan para pelanggan.

Value statement Pernyataan nilai

Satu dokumen yang menggariskan dan memperkenalkan teras-teras utama dan budaya organisasi.

Variance forecasting Unjuran varian

Satu langkah yang menggunakan unjuran permintaan dan penawaran untuk menentukan sama ada sesebuah organisasi mempunyai keupayaan untuk memenuhi keperluan tenaga manusia pada masa akan datang.

Virtual HR Sumber manusia maya

Penggunaan teknologi untuk menyediakan program sumber manusia melalui pelantar layan diri mereka. Lazimnya ia melibatkan penggunaan item seperti sistem jawapan suara, kiosk pekerja dan sebagainya.

Virtual mentoring Pementoran maya

Satu bentuk pementoran di mana mentor dan yang mente berkomunikasi secara jarak jauh, menggunakan e-mel atau bentuk-bentuk lain persidangan elektronik.

Virtual office/workplace Pejabat/tempat kerja maya

Lokasi kerja bagi pekerja seperti wakil jualan atau kakitangan lain yang bekerja di luar premis syarikat dan berkomunikasi dengan tempat kerja masing-masing melalui telefon atau komputer.

Vision statement Pernyataan visi

Pernyataan visi adalah gambaran yang menerangkan tentang kehendak atau harapan yang ingin dicapai oleh organisasi pada masa akan datang (lazimnya dalam 10 tahun akan datang).

   

Page 104: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

92      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

W

ISTILAH

PENERANGAN

White collar employees Pekerja kolar putih

Pekerja yang dibayar pada satu asas gaji dan kerja mereka tidak memerlukan prestasi kerja manual. Individu seumpama ini biasanya diambil bekerja sebagai staf jualan, pekerja perkeranian atau teknikal.

Willful misconduct Salah laku yang disengajakan

Salah laku yang disengajakan adalah ditakfirkan sebagai sebarang tindakan yang diambil oleh seorang pekerja secara sedar dan degil, iaitu dengan sengaja berniat jahat atau melanggar dasar syarikat. Salah laku yang disengajakan boleh merangkumi perkara-perkara seperti: degil atau tingkah laku sengaja tidak selaras dengan kesinambungan pekerjaan; perlakuan yang mengakibatkan risiko nyata dan serius kepada kesihatan seseorang, keselamatan, reputasi atau viabiliti atau keuntungan perniagaan majikan, kecurian, serangan atau penipuan; berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol semasa waktu kerja; atau ingkar menjalankan satu arahan sah dan munasabah konsisten dengan satu dasar kerja.

Workforce analysis Analisis tenaga kerja

Satu senarai setiap nama jawatan yang boleh digunakan dalam perjanjian tawar-menawar kolektif atau rekod senarai gaji yang disusun mengikut keutamaan daripada gaji terendah ke gaji tertinggi dalam setiap jabatan termasuk jabatan atau unit seliaan. Bagi setiap nama jawatan, maklumat berikut perlu diberi: jumlah kakitangan wanita dan lelaki; dan kadar upah atau julat gaji.

Workforce planning Perancangan tenaga kerja

Taksiran kandungan tenaga kerja semasa dan isu-isu komposisi yang digunakan untuk menentukan tindakan-tindakan yang perlu diambil untuk bertindak terhadap keperluan masa depan.

   

Page 105: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

93      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

Workplace bullying Buli di tempat kerja

Serangan, tingkah laku yang keras, menakutkan atau menghina atau tindakan tidak adil yang dilakukan secara berterusan kepada seseorang dimana ia menyebabkan penerima merasa tergugat, didera, memalukan atau lemah.

Workplace flexibility Fleksibiliti di tempat kerja

Tempat kerja yang menyediakan pekerja-pekerja dengan fleksibiliti dalam perkara-perkara seperti penjadualan waktu bekerja, menyediakan keupayaan untuk memaklumkan keperluan keluarga dan peribadi yang tidak diduga apabila keperluan itu timbul.

Workplace violence Keganasan di tempat kerja

Serangan dan lain-lain tindakan keganasan atau ancaman-ancaman yang terdapat atau berhubung dengan tempat kerja serta melibatkan satu risiko atau emosional yang tinggi. Ia boleh menjejaskan individu, merosakkan sumber dan keupayaan syarikat.

Work sampling Persampelan kerja

Satu pengukuran tentang bagaimana para pekerja menggunakan masa mereka dan jumlah kerja yang dihasilkan oleh kakitangan pada satu jangka masa khusus. Ia dapat dicapai dengan melakukan pemantauan secara rambang terhadap kakitangan semasa mereka bekerja, dan kemudiannya menggunakan formula matematik untuk menentukan saiz sampel.

Work simplification Pemudahan kerja

Proses membuatkan sesuatu kerja lebih menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan. Ia melibatkan analisisi terhadap pelbagai tugasan kerja dengan cara menyusun proses kerja, carta aliran dan pengagihan kerja. Maklumat ini kemudiannya akan dikaji semula, dan kaedah baru akan diperkenalkan dan diuji bagi menentukan kaedah paling sesuai dan cekap untuk dilaksanakan.

Work stoppage

Pemberhentian kerja

Pemberhentian kerja yang berlaku apabila para pekerja berhenti untuk menjalankan kerja-kerja mereka sebagai satu cara untuk menunjukkan sokongan mereka terhadap sesuatu urusan secara spesifik atau sebagai satu cara menyuarakan rungutan mereka.

 

Page 106: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

94      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

ISTILAH

PENERANGAN

Written warning Amaran bertulis

Dokumen bertulis yang diberikan kepada pekerja bagi menerangkan perlanggaran disiplin secara spesifik seperti kelakuan yang tidak sesuai, prestasi buruk atau pelanggaran peraturan/ dasar kerja. Dokumentasi seumpama ini biasanya mengandungi maklumat berhubung perlanggaran terdahulu dan tindakan susulan yang perlu diambil sekiranya pekerja tersebut gagal untuk mempertingkatkan diri.

                                   

Page 107: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

95      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

Y

ISTILAH

PENERANGAN

Yellow dog contract Yellow dog contract

Satu kontrak pekerjaan atau perjanjian, sama ada secara lisan atau bertulis yang melarang para pekerja daripada menyertai atau menganggotai mana-mana persatuan buruh bagi tujuan perlanjutan atau mendapatkan pekerjaan.

 

Z

ISTILAH

PENERANGAN

Zero-based budgeting Belanjawan zero-based

Satu sistem belanjawan yang dimulakan dengan tiada punca peruntukan. Dalam sistem ini, setiap kegiatan atau program yang perlu dibiayai perlu diberi justifikasi setiap kali satu anggaran kewangan baru disediakan dan sumber-sumber diperuntukkan secara berpatutan.

  

Page 108: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

96      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

RUJUKAN

1. Kosa Istilah Sumber Manusia, Cetakan kedua 2009, Pusat Pentadbiran Putrajaya,

Jabatan Perkhidmatan Awam,

Page 109: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

97      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

SETULUS PENGHARGAAN

Y. Bhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Zaini bin Ujang

Naib Canselor

Y. Bhg. Prof. Ir. Dr. Mohd. Azraai bin Kassim

Timbalan Naib Canselor ( Akademik & Antarabangsa )

Y. Bhg. Prof. Dr. Marzuki bin Khalid

Timbalan Naib Canselor ( Penyelidikan & Inovasi )

Y. Bhg. Prof. Dr. Mohd. Tajudin bin Hj. Ninggal

Timbalan Naib Canselor ( Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni )

Y. Bhg. Tn. Hj. Wan Mohd. Zawawi bin Wan Abd. Rahman

Pendaftar

Tn. Hj. Hassan bin Husin

Timbalan Pendaftar Kanan

Seksyen Dasar Dan Peraturan

Bahagian Pengurusan Modal Insan, Pejabat Pendaftar

Dan

Semua Pihak Yang Terlibat Di Dalam Menjayakan Buku Kosa Istilah Pengurusan Modal

Insan

Universiti Teknologi Malaysia ( UTM )

Page 110: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,

 

98      KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN 

 

JAWATANKUASA PENGGERAK

Y. Bhg. Tn. Hj. Wan Mohd. Zawawi bin Wan Abd. Rahman ( Pendaftar )

Tn. Hj. Hassan bin Husin ( Timbalan Pendaftar Kanan )

En. Khairull Azmi bin Ishak ( Timbalan Pendaftar )

Pn. Nurulhuda binti Abu Talib ( Penolong Pendaftar )

Cik Noreha binti Mat Isa @ Abd Rahman Cik Shahrina binti M.Salleh Cik Nurrul Ain binti Yaacop

Cik Siti Aisyah binti Md. Johari

 

 

 

 

Page 111: registrar.utm.myregistrar.utm.my/old2018/files/2012/08/kosa_istilah_hcm.pdf · iii KOSA ISTILAH PENGURUSAN MODAL INSAN KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt. dan salam sejahtera,