aspek kejiranan

7
Aspek kejiranan : Kayu jati dibuat tongkat, Dipakai oleh anak Pak Abu, Jiran sepakat membawa berkat, Sayang dan kasih aman berpadu. Orang memukat di Kuala ulu, !ua"a gelap beransur terang, Kalau tidak bersatu padu, Sengketa kerap membawa perang. PA#$%# A&A' S(K)$A* + !A*#A$)O# anak mak minah memakai destar destar dipakai dengan senyuman janganlah men"emarkan alam sekitar supaya hidup kita kan aman anak pak kassim membeli tenggiri mulut run"ing dipotong empat ubahlah sikap diri sendiri jangan membuang sampah merata tempat anak kambing masuk belukar burung bangau berbadan sasa jagalah kita alam sekitar agar kehidupan tidak terseksa tumbuh merimbun pohon tambuni gugur melata di atas titi sungai ter"emar sana sini banyaklah ikan yang akan mati AWABLAH PANTUNKU BUDAYA MEMBACA Ayam jantan cantiknya taji, Berjalan ia mematuk kerupuk; Budaya membaca amalan terpuji, Bagaimana ia dapat dipupuk? BUDAYA MEMBACA Pergi ke pasar hari Selasa, Mari membeli kuih putu; Pustaka kita sepi sentiasa, Mengapa ia jadi begitu? BUDAYA MMBA!A Duduklah adik mendengar cerita, Dengar cerita makanlah kerupuk; Budaya membaca amalan kita, Bagaimana ia dapat dipupuk? SMA"#A$ P%PADUA" Mari belayar ke arah $imur, &apal dilayar si 'rang buta; Binalah perpaduan rakyat makmur, Bagaimana ia dapat di k'ta? SMA"#A$ P%PADUA" !erana di beli di negeri (uddah Bersimpuhlah nenek di depan cerana; Pelbagai kaum hidup muhibah Bagaimana ia dapat dijana? SMA"#A$ P%PADUA"

Upload: hartinijeki

Post on 05-Oct-2015

307 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Aspek kejiranan :

Kayu jati dibuat tongkat,Dipakai oleh anak Pak Abu,Jiran sepakat membawa berkat,Sayang dan kasih aman berpadu.

Orang memukat di Kuala Hulu,Cuaca gelap beransur terang,Kalau tidak bersatu padu,Sengketa kerap membawa perang.

PANTUN ALAM SEKITAR 2 CARNATION

anak mak minah memakai destardestar dipakai dengan senyumanjanganlah mencemarkan alam sekitarsupaya hidup kita kan aman

anak pak kassim membeli tenggirimulut runcing dipotong empatubahlah sikap diri sendirijangan membuang sampah merata tempat

anak kambing masuk belukarburung bangau berbadan sasajagalah kita alam sekitaragar kehidupan tidak terseksa

tumbuh merimbun pohon tambunigugur melata di atas titisungai tercemar sana sinibanyaklah ikan yang akan mati

daud ngerembang memasang pelitapelita dipasang berwarna warnijika sampah sekeliling kitahancurlah alam yang fana ini

bintang terang di langit senjaterang menjelma di singgah sanawahai manusia wahai perkerjajagalah hutan dengan sempurna

ikan seluang memakan akarakar sedap burung tempuahutan ditebang dan juga dibakarpunahlah habitat haiwan semua

tanah udara air dan lautanallah kurnia pelbagai kegunaanmesti dihayati penuh kesyukuranpasti dilimpahi pelbagai kurniaan

saya sayang ibu sayaibu saya sayang sayabakar hutan mengundang bahayahapuslah musnah alam yang kaya

malam sunyi terang bulanmari memetik si daun damarmenjaga sungai jadikan amalanalam indah tidak tercemar

pohon ubi tegak berdiriapatah lagi pohon keladijika ingin dunia berserijagalah alam semula jadi

burung pipt si burung punaiditangkap oleh anak manusiaracun dibuang ke dalam sungaibanyaklah ikan yang hidup merana

padi jerami di hujung dahanbuat makan di anak nyonyasungai dan tasik anugerah tuhanjanganlah kita mencemarkannya

wahai saudara sahabat dan rakanberganding bahu kukuhkan ikatanjangan suka membuat kerosakannyawa terancam menganggu kesihatan

PANTUN ALAM SEKITAR..

pergi ke kedai membeli bunga,bunga di beli cantik sekali,alam sekitar perlu di jaga,agar hidup sentiasa harmoni..

berjalan-jalan di tepi tasik,bila berjalan perlu berhati,alam di jaga kan cantik,agar dilihat sumua generasi..

pergi ke kota bersama teman,kota Melaka tempat pilihan,mejaga sungai jadi amalan,agar tidak berlaku pencemaran..

pergi menyelam di dalam laut,pergi menyelam di laut china,kita perlu menjaga laut,agar khazanahnya terpelihara..

dua tiga kucing berlari,mana nak sama si kucing belang,jika tidak menjaga bumi,nanti datang bencana alam.

Jual :Pantun Soalan

Indahnya alam mata terpana,bersyukur hamba pada yang Esa,Negara maju di mata dunia,Alam tercemar siapa angkara?????

PANTUN BAHASA (1)

Pagi-pagi menganyam ketupat,Jangan berongga biarlah tumpat;Gunakan bahasa secara tepat,Jiwa Melayumu semakin mampat.

Ke tanah seberang satu purnama,Duduk bertamu rumah saudara;Kalau bertutur dengan sempurna,Nahu tersusun santun terjaga.

Pergi berdagang emas suasa,Bawa sekali pasu tembikar;Kalau sebangsa tak tahu bahasa,Umpama pohon tidak berakar.

Terbang rendah si burung camar,Turun hinggap bersama tekukur;Jika bahasa selalu tercemar,Maksud tujuan menjadi kabur.

Bersama nenda mencari lokan,Di hutan bakau pantai Senggawa,Tekad dipadu, menuju wawasan.Maju bahasa, terpeliharalah bangsa,

PANTUN PAKAIAN TRADISIONAL 1MALAYSIA _warisan budaya

Pelam cendana celahan seraya,Setara berseli berselang tautan,Rencam busana simbolik budaya,Sama dikongsi bertaut ikatan.

Berbalam cahaya seri purnama,Tarikan berseli mengindah tanaman,Cheongsam, Kebaya, Sari bersama,Pakaian tradisi zaman berzaman.

Serlah suara iringan bangsi,Setara bunyian merdu terasa,Megah busana sama dikongsi,Tanda ikatan satu Malaysia.

Membiru cahaya permata terikat,Dijunjung tersemat serlah si dara,Bersatu budaya berkongsi adat,Menjunjung daulat pusaka Malaysia

PENDIDIKAN PERCUMA

Mari mengail di Banggol Judah,Bawalah juga si anak kera;Pendidikan percuma dicanang sudah,Mengapa bising seantero negara?

ALAM SEKITAR

Mari ke kedai membeli cendol,Membeli cendol bersama kentang;Pokok ditebang tanah digondol,Bisakah ditatap generasi mendatang?

MODAL INSAN

Mari adik ke Kota Baru,Kota indah cantik sirna;Modal insan harapan baru,Martabatkah insan di mata dunia?

CONTOH JAWAPAN PANTUN

SEKOLAH BESTARI

Kembang harum bunga cempaka,Pohon cemara di rumpun rotan;Sekolah Bestari menjana mindaLahirlah pelajar gilang gemilang.

Burung kenari terbang ke dahan,Burung nasar riang berdendang,Sekolah bestari ada wawasanMembentuk intelek yang cemerlang.

IT

Kapal berlabuh di lautan sisi,Dipupuk angin sanga bayu;Teknologi pembawa maklumat terkini,Maklumat global di alaf baru.

Padi di bendang padi di huma,Enak di masak bersama bawal;Internet perosak generasi muda,Kerana penggunaan tidak terkawal.

Hari panas terik mentari,Hujan turun tidak diramal;Teknologi maklumat era terkini,Revolusi global mula diperkenalAWABLAH PANTUNKU BUDAYA MEMBACA

Ayam jantan cantiknya taji,Berjalan ia mematuk kerupuk;Budaya membaca amalan terpuji,Bagaimana ia dapat dipupuk?

BUDAYA MEMBACA

Pergi ke pasar hari Selasa,Mari membeli kuih putu;Pustaka kita sepi sentiasa,Mengapa ia jadi begitu?

BUDAYA MEMBACA

Duduklah adik mendengar cerita,Dengar cerita makanlah kerupuk;Budaya membaca amalan kita,Bagaimana ia dapat dipupuk?

SEMANGAT PERPADUAN

Mari belayar ke arah Timur,Kapal dilayar si orang buta;Binalah perpaduan rakyat makmur,Bagaimana ia dapat di kota?

SEMANGAT PERPADUAN

Cerana di beli di negeri JuddahBersimpuhlah nenek di depan cerana;Pelbagai kaum hidup muhibahBagaimana ia dapat dijana?

SEMANGAT PERPADUAN

Duduk di pantai angin berpupuk,Terbang sepasang si rama-rama;Rakyat sejahtera dapat dipupukBolehkah rakyat hidup bersama.

MODAL INSAN

Mari bermalam di Kampong Baru,Sambil berjalan bawalah pelita;Modal insan harapan baruMartabatkah insan di mata kita?

MODAL INSAN

Ternak lembu untuk membajak,Rihat sebentar mencari belalang;Modal insan wawasan bijak,Bagaimana mungkin dapat dicanang?

J:

Pestanya bagus sangat meriah,Bersama adik mencari boneka;Modal insan penjana sahsiah,Martabatkan insan terjanalah etika

PERKASA BAHASA

Belilah adik buku cerita,Beli buku di kedai baru;Bahasa Melayu bahasa kita,Terbelakah ia di alaf baru?

PERKASA BAHASA

Mari belayar ke pulau Jawa,Bawa juga si ikan darat;bahasa jiwa bangsatetap ku pertahan tanpa gentar dan takut.

PERKASA BAHASA

Ambillah lauk si ikan cencaruNasi lemak buah bidara;Bahasa kita kian bercelaruSiapakah dia punya angkara?

KERJA LIMA HARI

Mencari ikan ke Pulau Sunda,Bawalah umpan si buah kuini;Lima hari kerja lelah tiadaTerjaminkah produktiviti dijana kini?

SUKAN UNTUK NEGARA

Masak ranum, buah bidara,Petiklah ia marilah pulang,Majulah sukan untuk negara;Bolehkah ia nama dijulang?

DIMANA BUMI DI PIJAK DI SITU LANGIT DI JUNJUNG

Tanam sireh buatlah junjung,Tanamlah juga si buah peria;Bumi dipijak langit dijunjungDimana watan mencurah setia?

PEMIMPIN MITHALI

Mari bermain di tengah rumah,Mari bermain bersama bunda;Pemimpin mithali pemimpin ummah,Dapatkah di cari pengerak minda?

BELIA JAYA

Bunga seroja di dalam cawanPetiknya ia di tepi paya:Belia jaya harapan watanBersediakah kita ke mercu jaya?.

SEKOLAH SATU SESI

Marilah kawan kita bercerita,Berceritalah biar tidak jemu;Satu sesi sekolah kita,Dapatkah ia menjana ilmu?

MAKANAN SEIMBANG

Duduklah adik mari bercerita,Usahlah hati terlalu gundah;Makanan seimbang makan kitaApakah ia martabat sudah?

INDUSTRI TANI

Bunga indah sedang bersemi,Sedang bersemi bersama si buah peria;Industeri tani penjana ekonomiBagaimana mungkin di jana ia?

PERUBATAN TRADISIONAL

Mari si adik menonton wayang,Menontonlah wayang bersama si dia;Ubatan tradisional warisan moyang,Bagaimana mungkin diteroka ia?

MAKANAN TRADISIONAL

Mencari palas di hujung kotaMari bersama membuat ketupat;Ketupat manis warisan kita,Bagaimana mungkin dapat dimartabat?

WARGA EMAS

Burung terbang di tepi huma,Singgah sebentar di hujung kota;Warga emas milik bersama,Terbelakah ia slogan semata?

PAKAIAN TRADISIONAL

Mari melukis di tengah kota,Lukisan dilukisan di tepi taman;Songket Kelantan warisan kita,Lestarikah ia di hujung zaman?

BATIK MALAYSIA

Mari mengukir di atas kayu,Samalah mengukir sambil berseloka;Batik Malaysia warisan MelayuPasaran dunia dapatkah diteroka?

MALAYSIA CERGAS

Pergi ke pasar berpakaian indah,Pakailah baju pakailah celana;Senam seni dicanang sudah,Bagaimana mungkin dapat dijana?

KESELAMATAN JALAN RAYA

Mari bersama mencari akar,Mencari akar di tepi paya,Jalan berlubang tiada berpagarSelamatkah kita di jalan raya?

PERMAINAN TRADISIONAL

Sekawan kerbau di hujung kota,Mencari tempat buat berkubang,Wau gasing warisan kitaTerjaminkah lestari alaf mendatang?

IBU MITHALI

Temasya indah orangnya ramai,Bawalah adik tumpang gembira;Keluarga bahagia negara damai,Bagaimana dapat di jana ia?

RUKUNEGARA

Ayunlah buai usahlah gayat,Buai dibeli di Tanjung Tuan;Rukunegara cetusan rakyat,Hidup bersama tercapaikah perpaduan?

FAEDAH KOKURIKULUM

Anak teruna belajar menari,Belajar menari bersulam indah;Pelajar lestari negara bestari,Sudahkah ia dicanang indah?

MASYARAKAT HADHARI

Burung terkukur merdunya suara,Merdu lagi bunyi ombak,Masyarakat hadhari agenda negara,Mengapa sepi tidak bertindak ? .

MALAYSIAKU GEMILANG

Ambilkan emas jadikan gelang,Mari dijual di Pasir Putih;Dicanang sudah Malaysia gemilangSudahkah terubat pribumi merintih?

PERPADUAN

Hasrat di hati hendak ke tanjung,Boleh berjumpa ramai sahabat;Bulat air kerana pembetungBulat manusia kerana muafakat.