asimenhazizmbvkualitatif

14
TAJUK 4: MENGUMPUL DAN MENJANA DATA KUALITATIF

Upload: rohila

Post on 11-Nov-2015

223 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

contoh kualitatif

TRANSCRIPT

Soal Selidik

TAJUK 4:MENGUMPUL DAN MENJANA DATA KUALITATIF

8.PEMERHATIAN

Mampu melihat/memahami konteks kajian secara jelas di lapanganMembuat kesimpulanMelihat sesuatu yang kurang diberi perhatian/sudah dianggap biasa oleh respondenDapat meneliti sesuatu yang tidak dapat diperolehi melalui soal selidik dan temubual kerana mungkin dianggap tidak penting.PEMERHATIANPemerhatian adalah merupakan perkara yang dilakukan setiap hari sama ada secara sedar atau pun tidak sedar. Ia merupakan satu rutin dalam manusia memahami apa yang berlaku di sekeliling mereka. Terdapat perbezaan di antara pemerhatian orang biasa dengan pemerhatian seorang penyelidik. Sebagai penyelidik, mereka perlu dilatih dalam teknik pemerhatian yang berkesan supaya dapat melakukan pemerhatian secara terancang dan sistematik. Menurut Kidder (1981) pemerhatian dianggap sebagai alat kajian apabila (1) ia digunakan untuk mencapai tujuan kajian, (2) dirancang dengan rapi, (3) direkod secara sistematik dan (4) diperiksa dan dikawal kesahan dan kebolehpercayaannya.

Terdapat 6 cara pemerhatian yang dicadangkan:i. Structured observation : jikasampel diberi sesuatu dan ditempatkan di sebuah bilik, penyelididk pula menggunakan senarai semak item.ii. Unstructured observation : memerhatikan sampel di satu tempatiii. Semi-structured observation : jika penyelidik menggunakan senarai semak untuk membuat rating tingkahlaku sampel, ia sesuai dijalankan di satu tempat tertutupiv. Participant observation : penyelidik turut serta melakukan aktiviti bersama-sama sampel.v. Direct observation : penyelidik memerhatikan secara langsung sampel. vi. Indirect observation : penyelidik memerhatikan dari jauh tanpa disedari oleh sampel.

Terdapat dua jenis pemerhatian pemerhatian turut serta pemerhatian tidak turut serta. Pemerhatian tidak turut serta biasa digunakan dalam kajian kualitatif. Dalam pemerhatian tidak turut serta, pemerhati tidak terlibat secara langsung dalam situasi yang diperhatikan (Gay & Airasian, 2000). Selepas itu, penyelidik harus menentukan bentuk kutipan data yang sesuai digunakan untuk menjawab persoalan kajian.Pemerhatian turut serta Pemerhati akan terlibat secara langsung dalam situasi yang diperhatikan.Contoh: memerhati tsunami, memerhati air mendidih, memerhati satu programTerdapat dua cara untuk mendapatkan data melalui kaedah pemerhatian pemerhatian berstruktur pemerhatian tidak berstruktur.

Pemerhatian berstrukturPemerhatian berstruktur selalunya menggunakan senarai semak pemerhatianPemerhatian yang dilakukan menggunakan senarai semak lebih mudah untuk dianalisis dan memberi ruang kepada penyelidik untuk membuat pemerhatian tanpa bantuan penyelidik lain.Kirakan kekerapan dan peratusan. Susunkan mengikut keutamaan (ranking).

Contoh :Memerhati tingkah laku murid yang menumpukan atau tidak menumpukan perhatian semasa guru mengajar.Jadual pemerhatian digunakan untuk merekodkan kod-kod aktiviti yang dilakukan oleh murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Kod nombor 1 hingga 9 berikut menunjukkan tingkah laku murid semasa kelas dijalankan.1.Bercakap yang tiada kaitan dengan tugasan yang diberi2.Pemikiran ditempat lain sambil mencakar-cakar kertas3.Berangan-angan4.Berjalan dari satu tempat ke tempat lain5.Membuat kerja lain6.Menganggu murid lain secara fizikal7.Mencuba untuk menarik perhatian8.Mengasah pensel9.Lain-lain aktiviti (seperti keluar bilik darjah)Pemerhatian tidak berstrukturbiasanya menggunakan catatan nota lapangancatatan nota lapangan agak sukar untuk dijalankan tetapi masih boleh digunakan dengan bantuan rakan penyelidik lain atau merakam menggunakan video/ alat perakan audioSemasa pemerhatian ini, penyelidik akan mencatat beberapa perkara yang diperhatikan seperti masa dan tempat pemerhatian dijalankan, keadaan tempat pemerhatian, aktiviti yang dijalankan dan refleksi penyelidikSemak maklumat dengan terperinci. Baca semua catatan, pemerhatian dan kemudian highlight atau gariskan maklumat penting yang terdapat dalam catatan itu. Semak maklumat semula. Tentukan kategori maklumat yang digunakan untuk analisis. Cari tema untuk kategori itu.

CONTOH 2 :Pemerhatian berdasarkan sembilan (9) aktiviti direkodkan dalam bentuk jadual. Dalam jadual yang ditunjukkan pemerhatian terhadap murid dilakukan sebanyak 10 kali untuk melihat apakah aktiviti yang dilakukan. (Sebagai contoh murid Q didapati telah menjalankan paling banyak aktiviti 80%) dan aktiviti-aktiviti ini merangkumii. pemikiran ditempat lain sambil mencakar-cakar kertas.ii. Berangan-angan. iii. Berjalan-jalan dari satu tempat ke tempat lain. Iv.membuat keja-kerja lain dsb..MURIDPEMERHATIAN (SKAN)123456789%P343840Q223342380R6766750S5555550T1118860Pemerhatian : Penggunaan nota lapangan (field notes)Contoh :Jadual pemerhatian berdasarkan kronologi peristiwa guru lewat masuk ke kelas penggunaan nota lapanganPERISTIWACATATANJam menunjukkan pukul 7.35 pagi, murid-murid kelas 3A masih beratur di luar kelas kerana guru masa pertama masih belum datang.10 minit kemudian guru A datang dengan tergesa-gesa dan menyuruh murid-murid masuk ke kelas. Sambil berdiri murid-murid memberi salam kepada guru A. Guru A menjawab salam dan menyuruh murid-murid duduk. Begitu juga dengan guru A juga duduk.Guru A menyuruh murid-murid membuka buku teks sambil bertanya kepada murid-murid pelajaran yang lepas. Guru A masih lagi duduk sambil membelek-belek buku teks di tangannya.Guru A sekali lagi bertanya kepada murid-murid tentang pelajaran lepas. Murid-murid berbisik sesama sendiri. Seorang murid angkat tangan dan memberitahu guru tidak masuk kelas minggu lepas.Jam telah menunjukkan jam 7.55 pagi, guru A menyuruh murid -murid membuka halaman 15 dan membuat latihan yng terdapat dalam buku teks berkenaan. Ada murid yang mengeluarkan buku nota dan ada yang tidak berbuat apa-apa. Guru A masih lagi duduk di kerusinya.Loceng sekolah berbunyi jam 8.05 pagi, guru A bangun dari kerusi sambil mengemas bukunya kemudian menyuruh murid-murid terus membuat latihan dan guru A berjalan keluar meninggalkan kelas 3A.Guru lewat masuk kelas

Berfikir dan mengigat semula

Termenung

Masih lagi duduk sehingga habis waktu