asgment_hbef1403_sdp

22
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN ROSYIDAH BT IBRAHIM 810809-02-5494 1. Pengenalan Menurut Kostelnik (1989), theme teaching involves offering children an array of activities built arround a central idea. Machedo (1989) menyokong pendapat ini, iaitu tema adalah suatu koleksi aktiviti berkenaan sesuatu subjek ataupun idea tertentu. Subjek atau pun idea ini menyeluruh dan merangkumi banyak bidang kurikulum. Pendekatan bertema menekankan tema pembelajaran. Strategi pengajaran bertema ataupun unit menyediakan isi kandungan dan rangka untuk menyusun aktiviti pembelajaran dan mengintegrasikan pelbagai bidang kurikulum. Kanak-kanak dapat membina kemahiran dan mempelajari topik-topik tertentu dalam ruang lingkup yang lebih luas. Kemahiran dan konsep yang akan dikuasai oleh kanak-kanak disesuaikan dengan tema pembelajaran. Pendekatan tema menyediakan kandungan dan kerangka kerja untuk susun aktiviti pembelajaran dan merentasi pelbagai bidang. Pengajaran kemahiran yang disampaikan adalah secara berperingkat-peringkat mengikut tahap umur kanak-kanak. Selain itu, peluang lebih terbuka untuk kanak-kanak menerokai pelbagai bidang pengalaman melalui penglibatan yang aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pengalaman guru dan juga pengalaman kanak-kanak perlu dititikberatkan sebelum memulakan pengajaran bertema. Unit-unit perlu dirancang berdasarkan minat kanak- kanak dan sesuai dengan latar belakang pengalaman dan tahap perkembangan mereka. Pendekatan ini melibatkan bidang-bidang lain tetapi membincangkan perkara yang sama iaitu haiwan sebagai tema. Pendekatan bertema melibatkan bidang yang luas tetapi tidak mendalam. Kemahiran yang berbeza tetapi bukan tujuan untuk mendalami topik. Tema boleh dianggap sebagai rangsangan ke arah pembelajaran.

Upload: assrey-gasin

Post on 29-Jun-2015

285 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Asgment_HBEF1403_SDP

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKANROSYIDAH BT IBRAHIM

810809-02-5494

1. Pengenalan

Menurut Kostelnik (1989), “theme teaching involves offering children an array of

activities built arround a central idea.” Machedo (1989) menyokong pendapat ini, iaitu tema

adalah suatu koleksi aktiviti berkenaan sesuatu subjek ataupun idea tertentu. Subjek atau pun

idea ini menyeluruh dan merangkumi banyak bidang kurikulum.

Pendekatan bertema menekankan tema pembelajaran. Strategi pengajaran bertema

ataupun unit menyediakan isi kandungan dan rangka untuk menyusun aktiviti pembelajaran

dan mengintegrasikan pelbagai bidang kurikulum. Kanak-kanak dapat membina kemahiran dan

mempelajari topik-topik tertentu dalam ruang lingkup yang lebih luas. Kemahiran dan konsep

yang akan dikuasai oleh kanak-kanak disesuaikan dengan tema pembelajaran. Pendekatan

tema menyediakan kandungan dan kerangka kerja untuk susun aktiviti pembelajaran dan

merentasi pelbagai bidang. Pengajaran kemahiran yang disampaikan adalah secara berperingkat-

peringkat mengikut tahap umur kanak-kanak.

Selain itu, peluang lebih terbuka untuk kanak-kanak menerokai pelbagai bidang

pengalaman melalui penglibatan yang aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Pengalaman guru dan juga pengalaman kanak-kanak perlu dititikberatkan sebelum

memulakan pengajaran bertema. Unit-unit perlu dirancang berdasarkan minat kanak-kanak

dan sesuai dengan latar belakang pengalaman dan tahap perkembangan mereka.

Pendekatan ini melibatkan bidang-bidang lain tetapi membincangkan perkara yang sama

iaitu haiwan sebagai tema. Pendekatan bertema melibatkan bidang yang luas tetapi tidak

mendalam. Kemahiran yang berbeza tetapi bukan tujuan untuk mendalami topik. Tema boleh

dianggap sebagai rangsangan ke arah pembelajaran.

Page 2: Asgment_HBEF1403_SDP

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKANROSYIDAH BT IBRAHIM

810809-02-5494

Soalan 1.

Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan memerlukan suatu bentuk pendekatan

yang menyeluruh. Pengelolaan alat, bahan dan proses pengajaran yang holistik member peluang

kepada guru untuk menghubungkan satu mata pelajaran dengan yang lain. Salah satu pendekatan

yang dapat memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka, mengalami dan mencari peluang

mengekspresi sesuatu tema adalah ‘Pendekatan Bertema’.

Pendekatan Bertema terbahagi kepada 3 tema utama iaitu Tema Persekitaran, Tema

Masyarakat dan Tema Komunikasi. Setiap tema akan diperincikan lagi penerangannya dalam

perenggan seterusnya.

JENIS-JENIS TEMA1. Tema Persekitaran

Persekitaran fizikal yakni pelbagai bahan, ruang untuk bermain dan cukup masa mampu

memberi kesan ke atas perkembangan kanak-kanak. Persekitaran sosial dipengaruhi oleh

gaya penjagaan ibu bapa, interaksi dengan rakan sebaya serta sokongan.

Tiga elemen dalam persekitaran yang mempengaruhi organisma hidup adalah alam semula

jadi, buatan manusia dan teknologi.

1.1 Persekitaran – Alam Semulajadi

Peranan dan kefahaman tentang persekitaran alam semula jadi yang meliputi segala

aspek yang berada di persekitarannya, tempat dan habitat semua hidupan tinggal dan

berinteraksi antara satu sama lain dalam ekosistem yang seimbang, mendidik masyarakat

agar lebih peka dan bertanggungjawab dalam menangani isu-isu alam sekitar dan

memupuk rasa cinta terhadap alam sekitar.

a) Kelebihan – i) dapat menyemai rasa tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar.

ii) dapat memupuk rasa cintakan hidupan flora dan fauna.

b) Kekuatan – i) boleh menarik minat pelajar untuk belajar di dalam kelas.

ii) dapat menghubungkaitkan pengalaman persekitaran dengan

pembelajaran di dalam kelas.

Page 3: Asgment_HBEF1403_SDP

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKANROSYIDAH BT IBRAHIM

810809-02-5494

c) Cabaran – i) pelajar di kawasan bandar mungkin kurang mendapat pendedahan

tentang haiwan dan tumbuhan.

ii) kecekapan guru di dalam pelbagai bidang mata pelajaran

1.2 Persekitaran – Buatan Manusia

Persekitaran buatan manusia termasuklah rumah, pembinaan bangunan, jentera pembinaan, perabot dan lain-lain.

a) Kelebihan – i) dapat mengenalpasti kesan bahan kitar semula.

ii) dapat menghasilkan bunyi yang kuat dan lembut (muzik).

b) Kekuatan – i) pelajar dapat mendemonstrasikan sapuan berus mengikut bunyi yang

dikeluarkan di tapak pembinaan (seni visual).

ii) pelajar dapat mendemonstrasikan pergerakan manipulatif

menggunakan bahan-bahan kitar semula (pendidikan jasmani).

c) Cabaran – i) sukar untuk menilai skop pemahaman yang luas.

ii) hasil pembelajaran berbagai dalam bidang mata pelajaran yang

berbeza- beza.

1.3 Persekitaran – Teknologi

Persekitaran teknologi pula melibatkan tema bercorak globalisasi, dunia tanpa sempadan, komunikasi melalui internet, pelbagai jenis pengangkutan dan lain-lain. Tema ini boleh digunakan dalam mengajar topik-topik daripada mata pelajaran lain seperti bahasa, sains, kajian tempatan dan lain-lain.

a) Kelebihan – i) dapat meneroka pelbagai alat teknologi yang canggih dan terkini.

ii) dapat menghargai sumbangan sains dan teknologi dalam kehidupan

seharian.

b) Kekuatan – i) pelajar dapat meluahkan perasaan mereka secara bebas.

ii) pelajar dapat menggunakan kemahiran IT dalam menghasilkan

tugasan di sekolah.

c) Cabaran – i) pelajar di luar bandar mungkin kurang pendedahan kepada teknologi

maklumat kerana tiada akses internet.

ii) kekurangan infrastruktur di kawasan luar bandar.

Page 4: Asgment_HBEF1403_SDP

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKANROSYIDAH BT IBRAHIM

810809-02-5494

2. Tema Masyarakat

Manusia telah wujud sejak zaman berzaman lagi. Kita semua adalah makhluk sosial dan

berkongsi keperluan asas yang sama. Kita perlu bekerjasama untuk kepentingan masyarakat.

Perhubungan sosial ini memberi ruang kepada mereka untuk mencipta aktiviti-aktiviti bagi

memenuhi masa lapang. Aktiviti-aktiviti ini diwarisi sejak turun-temurun dan menjadi sebati

dalam masyarakat sehingga menjadi budaya.

Kebudayaan adalah cara kehidupan yang merangkumi pelbagai perbezaan mengikut latar

belakang, keluarga dan individu. Kepelbagaian dan perbezaan menjadikan seseorang

individu itu unik. Elemen-elemen kepelbagaian termasuklah umur, jantina, bangsa, status

sosial agama, saiz dan perwatakan. Kepelbagaian dan perbezaan ini boleh menyeronokkan

dan mengecewakan dalam usaha kita memenuhi kehendak individu, minat dan kebolehan.

a) Kelebihan – i) dapat membantu murid memilih dan memindahkan idea, mengolah,

sintesis dan penghargaan.

ii) memberi peluang secara mendalam untuk memahami peranan yang

dimainkan oleh muzik, seni dan pergerakan dalam kejayaan manusia.

b) Kekuatan – i) dapat menilai kefahaman konsep melalui aktiviti yang dijalankan.

ii) pelajar dapat memahami bahawa kesenian setiap budaya adalah

dipengaruhi oleh idea-idea estetik dan sosial, politik, ekonomi dan lain- lain.

c) Cabaran – i) masyarakat yang pelbagai bangsa, budaya dan agama kadang kala akan

menimbulkan konflik.

ii) sukar untuk menilai skop pemahaman yang luas.

Page 5: Asgment_HBEF1403_SDP

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKANROSYIDAH BT IBRAHIM

810809-02-5494

3. Tema Komunikasi

Komunikasi merujuk kepada perlakuan tindak balas seseorang atau lebih untuk

menghantar dan menerima berita yang berlaku dalam konteks mempunyai kesan dan

memberi sedikit peluang untuk maklum balas. Semua komunikasi berlaku dalam konteks

yang mengandungi sekurang-kurangnya empat dimensi iaitu fizikal, budaya, psikologikal

sosial dan temporal.

Sistem mesej yang digunakan untuk berkomunikasi yang bermakna dengan orang lain.

Sistem ini mengandungi aspek verbal (dalam bentuk bahasa) dan bukan verbal (isyarat).

Bahagian verbal adalah bahasa-perkataan, frasa dan ayat-ayat . manakala bentuk bukan

verbal merangkumi hubungan ruang, orientasi masa, bahasa isyarat, ekspresi muka, gerakan

mata, sentuhan dan variasi dalam kadar kelajuan dan nada pertuturan.

a) Kelebihan – i) dapat mewujudkan suasana yang menyeronokkan dan kondusif dalam

proses pengajaran dan pembelajaran.

ii) untuk memperbaiki kemahiran interpersonal dan intrapersonal

b) Kekuatan – i) pelajar berpeluang untuk meluahkan perasaan berdasarkan pengalaman

verbal dan bukan verbal sama ada berbentuk pergerakan, imej visual,

prop, bunyi dan muzik berasaskan tema yang diberi.

ii) persembahan akan menjadi lebih menarik melalui pelbagai aktiviti dan

kreativiti yang tinggi.

c) Cabaran – i) kesukaran untuk membuat penilaian kerana kebolehan murid yang

berbeza.

ii) hasil pembelajaran berbagai dalam bidang mata pelajaran yang berbeza-

beza.

Page 6: Asgment_HBEF1403_SDP

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKANROSYIDAH BT IBRAHIM

810809-02-5494

Soalan 2.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

SAINS

Mata Pelajaran : Sains

Tahun : Empat

Tarikh : 25 Jun 2009

Masa : 60 minit

Bidang : Menyiasat Alam Hidupan

Tajuk : Pengelasan Haiwan Mengikut Tabiat Makanan

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran pelajar dapat:

i) Memahami hidupan makan makanan yang berbeza.

ii) Mengelaskan haiwan mengikut jenis makanannya

iaitu herbivor, karnivor dan omnivor.

KBKK : i) Mencirikan

ii) Mengelas

iii) Membanding beza

iv) Menghubungkait

Penggabung JalinanKemahiran : Melukis, menggunting, berkomunikasi

Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah mengetahui bahawa benda hidup memerlukan

maknanan.

Strategi : Konstruktivisme, pemerhatian

TKP : Verbal Linguistik, Kinestetik, Muzikal

Bahan Bantu Mengajar : Slaid Power Point, radio, gambar haiwan.

Page 7: Asgment_HBEF1403_SDP

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKANROSYIDAH BT IBRAHIM

810809-02-5494Penerapan Nilai : Sikap ingin tahu, berani mencuba, mensyukuri nikmat

tuhan.

Langkah Aktiviti P & P Catatan

Set Induksi( 5 minit )

1) Murid menyanyikan lagu ‘Bangau Oh Bangau’ dengan iringan muzik.

2) Guru minta murid berikan beberapa nama haiwan yang terdapat dalam lagu tersebut dan apakah makanan yang dimakan oleh haiwan itu.

SDP: Nyanyian

BBM:Radio

Strategi/TKP:Verbal-LinguistikMuzikal

Nilai:Berani mencuba

Langkah 1( 10 minit )

1) Guru menayangkan slaid persembahan MS PowerPoint yang mengandungi bunyi haiwan, dan minta murid meneka nama haiwan tersebut.

2) Murid diminta memberikan contoh haiwan dan makanannya. (Cth:- Kambing – rumput, Harimau – rusa, Ayam - padi, cacing.)

BBM:Slaid PowerPoint

Strategi/TKP:Kontekstual Verbal-Linguistik

Nilai:Berani mencuba

Langkah 2( 20 minit )

1) Guru menerangkan bahawa haiwan boleh dikelaskan mengikut tabiat makanannya iaitu:i) Herbivor – makan tumbuhanii) Karnivor – makan haiwan lain.iii) Omnivor – makan tumbuhan & haiwan lain.

2) Guru menunjukkan contoh-contoh haiwan menggunakan slaid PowerPoint.

3) Murid diminta salin nota yang dipaparkan ke dalam buku nota Sains.

BBM:Slaid PowerPoint(rujuk bahan dalam CD)Strategi/TKP:Kontekstual Visual

Nilai:Mensyukuri nikmat Tuhan

Langkah 3( 15 minit )

1) Murid menjawab soalan dalam buku aktiviti. SDP: Melukis

Page 8: Asgment_HBEF1403_SDP

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKANROSYIDAH BT IBRAHIM

810809-02-54942) Guru menunjukkan gambar haiwan dan murid

diminta melukis gambar haiwan yang mudah seperti ayam, ulat beluncas dan ular beserta makanannya.

BBM :Gambar Haiwan

Strategi/TKP:Visual-Ruang

Nilai :Bersyukur

Penutup( 10 minit )

1) Guru minta murid menyanyikan semula lagu ‘Bangau Oh Bangau’ dan kali ini murid dikehendaki melakukan pergerakan mengikut watak di dalam lagu tersebut. ( Cth: watak kerbau yang sakit perut kerana makan nasi mentah)

2) Guru membuat rumusan tentang pelajaran hari itu dan murid diminta menampalkan gambar yang siap dilukis tadi ke dalam buku nota.

SDP: Nyanyian Pergerakan

Kreatif

BBM :Radio

Strategi/TKP :Muzikal Kinestetik

Nilai :Berani mencuba

Page 9: Asgment_HBEF1403_SDP

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKANROSYIDAH BT IBRAHIM

810809-02-5494

RANCANGAN PENGAJARAN HARIANMATEMATIK

Mata Pelajaran : Matematik

Tahun : Satu

Tarikh : 25 Jun 2009

Masa : 60 minit

Tajuk : Nombor 1 hingga 10

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran pelajar dapat:

i) Menyebut nombor 1 hingga 10 dengan perkataan.ii) Membezakan nilai nombor kecil dan besar angka 1

hingga 10iii) Menyusun secara menaik dan menurun nombor 1

hingga 10.KBKK : i) Menjana idea

ii) Menghubungkait

Penggabung Jalinan Kemahiran : Menulis, mengira, berkomunikasi.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah tahu mengira dalam jumlah yang kecil

di dalam kehidupan harian mereka.

Strategi : Kontekstual, konstruktivisme, perbincangan.

TKP : Visual-Ruang, Logik-Matematik, Verbal-Linguistik

Page 10: Asgment_HBEF1403_SDP

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKANROSYIDAH BT IBRAHIM

810809-02-5494Muzikal

Bahan Bantu Mengajar : Slaid PowerPoint, kad nombor, radio.

Penerapan Nilai : Berani mencuba, keyakinan diri, bekerjasama

Langkah Aktiviti P & P Catatan

Set Induksi(5 minit)

1) Guru menayangkan beberapa slaid PowerPoint yang mengandungi gambar haiwan dengan jumlah bilangan yang berbeza.

2) Murid cuba menyebut bilangan haiwan tersebut.

Strategi/TKP :Visual-RuangVerbal-Linguistik

BBM :Slaid PowerPoint

Nilai:Berani mencuba

Langkah 1(10 minit)

1) Guru menunjukkan kad nombor yang tertulis nombor 2 dan 5.

2) Murid menyebut dan mengeja dua nombor satu digit angka 1 hingga 10.

3) Murid membandingkan dengan perkataan (lebih kecil / lebih besar) nilai dua nombor satu digit dalam langkah 1)

. 4) Murid memilih satu nombor yang disukai dan

memberikan rasional pemilihannya.

Strategi/TKP :Kontekstual Visual-RuangVerbal-LinguistikLogik Matematik

BBM :Kad nombor

Nilai:Berani mencubaKeyakinan diri

Page 11: Asgment_HBEF1403_SDP

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKANROSYIDAH BT IBRAHIM

810809-02-5494

Langkah 2(15 minit)

1) Guru membahagikan murid kepada kumpulan kecil.

2) Dalam kumpulan murid diminta menyusun nombor-nombor yang diberi mengikut susunan menaik.

3) Kemudian murid-murid diminta menyusun nombor-nombor mengikut susunan menurun.

Strategi/TKP :Perbincangan kumpulanVisual-RuangVerbal-LinguistikLogik Matematik

BBM :Kad nombor

Nilai:BekerjasamaKeyakinan diri

Langkah 3(25 minit)

1) Murid menyanyikan Lagu ‘Ten Little Indian Boys’ / ‘Sepuluh Budak Hitam’ sambil menggayakan dan melakonkan mengikut lirik lagu.

2) Murid diminta menyenaraikan kegunaan nombor 1 hingga 10 dalam kehidupan seharian mereka.

3) Murid menulis nombor 1 hingga 10 di dalam buku nota.

SDP: Muzikal Pergerakan kreatif

Strategi/TKP :Konstruktivisme Muzik Kinestetik Verbal-LinguistikLogik MatematikVisual

BBM :Radio

Nilai:Keyakinan diri

Penutup(5 minit)

1) Bersama-sama guru, murid diminta menyanyikan Lagu 123 beramai-ramai sambil menunjukkan jari mengikut angka yang dinyanyikan.

SDP: Muzikal

Strategi/TKP :Muzik Kinestetik Verbal-LinguistikLogik Matematik

BBM :Radio

Nilai:Keyakinan diri

Page 12: Asgment_HBEF1403_SDP

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKANROSYIDAH BT IBRAHIM

810809-02-5494

Rancangan Pengajaran HarianKemahiran Hidup

Mata Pelajaran : Kemahiran Hidup

Tahun : 5 Melur

Tarikh : 25 Jun 2009

Masa : 30 minit

Tajuk : Ikan Hiasan

Sub Tajuk : Penyediaan Bekas/Akuarium

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran pelajar dapat:

i) Menyebut 3 daripada 5 aksesori bekas akuarium

dengan betul.

ii) Menyatakan 3 langkah menyedia dan menghias bekas

akuarium dengan betul.

iii) Melakukan amali penyediaan bekas ikan hiasan dengan

aksesori yang dibekalkan.

KBKK : i) Menjana idea

ii) Menghubungkait

Penggabung JalinanKemahiran : Menyusun atur, berkomunikasi.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah mengetahui jenis-jenis ikan hiasan dan tujuan

memelihara ikan hiasan.

Page 13: Asgment_HBEF1403_SDP

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKANROSYIDAH BT IBRAHIM

810809-02-5494Strategi : Konstruktivisme, pemerhatian.

TKP : Verbal Linguistik, Muzikal

Bahan Bantu Mengajar : Ikan hiasan, bekas akuarium,pam, penapis, batu, poster,

model, kad nama, nota edaran.

Penerapan Nilai : Sikap ingin tahu, berani mencuba, mensyukuri nikmat

Tuhan, bekerjasama.

Langkah/

MasaAktiviti P&P Catatan

Set induksi

(3 minit)

Nyanyian lagu ‘Ikan Kekek’

1) Guru memaparkan senikata lagu ‘Ikan Kekek’.

2) Guru memperkenalkan tajuk pengajaran pada hari ini

iaitu “Penyediaan bekas/akuarium”.

3) Murid menyanyikan lagu ‘Ikan Kekek’ bersama-sama.

SDP: Nyanyian

BBM:Radio

Strategi/TKP:Verbal-LinguistikMuzikal

Nilai:Berani mencuba

Langkah 1

(7 minit)

Langkah-langkah Penyediaan Akuarium Hiasan.

1) Guru menerangkan tentang langkah-langkah menyedia

dan menghias bekas akuarium.

2) Guru mengingatkan tentang keselamatan dan

kerjasama dalam kumpulan.

3) Ketua kumpulan mengambil segala peralatan dan

aksesori akuarium yang akan dipasang di meja

kumpulan mereka.

BBM:Ikan hiasanKad namaBekas akuariumTumbuhan hiasan

Strategi/TKP:Kontekstual Verbal-Linguistik

Nilai:Bekerjasama

Page 14: Asgment_HBEF1403_SDP

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKANROSYIDAH BT IBRAHIM

810809-02-5494

Langkah 2(10 minit)

Teknik menghias bekas akuarium.

1) Guru menerangkan teknik menghias bekas akuarium

menggunakan bahan-bahan yang telah diberi.

2) Guru menerangkan teknik-teknik memasukkan ikan

hiasan ke dalam bekas akuarium.

3) Murid membuat kerja amali selepas diberi

penerangan oleh guru.

4) Murid memasukkan ikan hiasan ke dalam akuarium

dan melabelkannya dengan kad kumpulan.

BBM:Ikan hiasanKad namaBekas akuariumTumbuhan hiasan

Strategi/TKP:Kontekstual Konstruktivisme Verbal-Linguistik

Nilai:Bekerjasama

Langkah 3

(7 minit)

Aktiviti Kuiz Berkumpulan tentang langkah-langkah

penyediaan bekas/akuarium ikan hiasan.

1) Guru memberi markah kepada kumpulan yang berjaya

menjawab soalan dengan betul.

2) Murid menyertai aktiviti kuiz secara berkumpulan.

BBM:Kad jawapanPen marker

Strategi/TKP:Verbal-Linguistik

Nilai:Bekerjasama

Penutup

(3 minit)

1) Rumusan guru tentang isi pelajaran pada hari ini.

2) Soal jawab tentang langkah-langkah penyediaan

akuarium yang baik.

Page 15: Asgment_HBEF1403_SDP

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKANROSYIDAH BT IBRAHIM

810809-02-5494

Rancangan Pengajaran HarianPendidikan Seni Visual

Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual

Kelas : Tahun 4 Bistari

Tarikh : 25 Jun 2009

Masa : 11.30 – 12.30 tengahari (60 minit)

Bidang Kegiatan : Menggambar – Teknik Kolaj

Tajuk : Rama-rama

Jenis : Kolaj

Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah biasa melihat rama-rama yang berwarna- warni.

Hasil pembelajaran : Pada akhir pembelajaran murid dapat:

1. Menghasilkan gambar rama-rama dengan menggunakan

teknik kolaj.

2. Menyenaraikan alat dan bahan yang diperlukan untuk

menghasilkan gambar rama-rama dengan teknik kolaj.

3. Menyatakan langkah-langkah untuk menghasilkan

gambar rama-rama dengan menggunakan teknik kolaj.

KBKK : Menjana idea, membuat urutan mengikut keutamaan.

Penggabung Jalinan Kemahiran : Melukis, berkomunikasi, menggunting.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah melihat rama-rama yang sebenar sebelum ini.

Strategi : Kontekstual, konstruktivisme, pemerhatian.

TKP : Verbal-Linguistik, Visual-Ruang, Muzikal

Bahan Bantu Mengajar : Kertas lukisan, gunting, kolaj rama-rama, gam, kertas

warna, gambar rama-rama, carta senikata lagu.

Penerapan Nilai : Sikap ingin tahu, berani mencuba, keyakinan diri,mensyukuri nikmat tuhan.

Page 16: Asgment_HBEF1403_SDP

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKANROSYIDAH BT IBRAHIM

810809-02-5494

Langkah/Masa Aktiviti Catatan

Set Induksi

(5 minit)

1) Guru meminta murid menyanyi lagu “

Rama-rama” mengikut guru.

2) Guru mengaitkan aktiviti menggambar

rama-rama dengan teknik kolaj.

3) Guru bersoal-jawab dengan murid-murid

berkenaan warna-warna yang terdapat

pada rama-rama.

SDP: Nyanyian

BBM:Radio, carta

Strategi/TKP:Verbal-LinguistikMuzikal

Nilai:Berani mencubaKeyakinan diri

Langkah 1

(5 minit)

1) Guru menerangkan aktiviti yang akan

dilakukan iaitu menggambar dengan

teknik kolaj serta menunjukkan contoh

karya yang sudah siap.

2) Guru menerangkan alat dan bahan yang

diperlukan untuk melakukan aktiviti.

BBM:Gambar rama-rama, kolaj rama-rama yang telah siap

Strategi/TKP:Penerangan Kontekstual Verbal-LinguistikVisual-Ruang

Langkah 2

(5 minit)

1) Guru menunjuk cara untuk membuat

gambar rama-rama dengan teknik kolaj.

2) Guru membimbing murid menyiapkan

gambar rama-rama dengan teknik kolaj

dengan menekankan aspek keselamatan

semasa menjalankan aktiviti.

BBM:Kolaj rama-rama yang telah siap, gam, gunting, kertas lukisan, kertas warna,

Strategi/TKP:Penerangan KonstruktivismeVerbal-LinguistikVisual-Ruang

Nilai:Berani mencubaKeyakinan diriSikap ingin tahu

Page 17: Asgment_HBEF1403_SDP

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKANROSYIDAH BT IBRAHIM

810809-02-5494

Langkah 3

(40 minit)

1) Guru membimbing murid untuk

menyiapkan gambar rama-rama dengan

teknik kolaj.

2) Murid dapat menghasilkan gambar rama-

rama dengan menggunakan teknik kolaj.

3) Murid dapat menjalankan aktiviti dengan

lancar di bawah penyeliaan guru.

BBM:Kolaj rama-rama yang telah siap, gam, gunting, kertas lukisan, kertas warna,

Strategi/TKP:Penerangan KonstruktivismeVerbal-LinguistikVisual-Ruang

Nilai:Berani mencubaKeyakinan diriSikap ingin tahu

Penutup

(5 minit)

1) Guru membuat rumusan berdasarkan

hasil kerja murid.

2) Murid menyanyikan semula lagu “Rama-

rama” dengan melakukan pergerakan

seperti rama-rama sedang terbang.

SDP: Nyanyian Pergerakan Kreatif

BBM :Radio , carta senikata lagu “Rama-rama”.

Strategi/TKP :Muzikal Kinestetik

Nilai :Berani mencuba

Page 18: Asgment_HBEF1403_SDP

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKANROSYIDAH BT IBRAHIM

810809-02-5494

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU (PENDIDIKAN KHAS)

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Tahun : 1 Orkid

Tarikh : 25 Jun 2009

Masa : 60 minit

Tema : Haiwan

Tajuk : Haiwan Jinak/ Haiwan Peliharaan.

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran pelajar dapat:

i) Menyambung 3 kad huruf daripada 5 kad perkataan yang diberikan.

ii) Menulis 3 perkataan yang bermakna berkaitan dengan haiwan.

iii) Menulis 2 ayat mudah mengenai haiwan.

KBKK : i) Menjana idea

ii) Membanding beza

iii) Menghubungkait

Penggabung JalinanKemahiran : Menyanyi, mewarna, simulasi/main peranan, berkomunikasi.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah melihat haiwan-haiwan jinak atau peliharaan di sekitar ataupun disekeliling rumah mereka.

Strategi : Konstruktivisme, pemerhatian

TKP : Verbal Linguistik, Kinestetik, Muzikal

Bahan Bantu Mengajar : Kad gambar haiwan, kad nama haiwan, slaid Power Point

Penerapan Nilai : Berani, sayang pada binatang, mensyukuri nikmat Tuhan.

Page 19: Asgment_HBEF1403_SDP

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKANROSYIDAH BT IBRAHIM

810809-02-5494

Langkah/ Masa

Aktiviti P&P Catatan

Set induksi

( 5 minit)

1) Guru minta murid menyebut haiwan peliharaan mereka di rumah.

2) Murid menyebut haiwan-haiwan peliharaan mereka di rumah.

3) Guru mengaitkan jawapan murid dengan pelajaran hari ini.

Strategi/TKP:Soal jawabVerbal-Linguistik

Nilai:Berani mencubaSayang akan haiwan

Langkah 1

(10 minit)

1) Guru menunjukkan kad haiwan.

2) Murid diminta menyebut nama haiwan dengan betul.

3) Murid diarahkan untuk menyambung titik-titik pada huruf yang membentuk nama-nama haiwan.

BBM:Kad gambar haiwanKad nama haiwan

Strategi/TKP:Soal jawabVerbal-Linguistik

Nilai:Berani mencuba

Langkah 2

(20 minit)

1) Guru menayangkan slaid persembahan MS PowerPoint yang mengandungi bunyi haiwan, dan minta murid meneka nama haiwan tersebut.

2) Pelajar ditunjukkan gambar haiwan kemudian diarahkan untuk menulis huruf dan suku kata yang membentuk nama-nama haiwan tersebut.

BBM:Slaid PowerPoint

Strategi/TKP:Visual-Ruang Verbal-Linguistik

Nilai:Berani mencuba

Page 20: Asgment_HBEF1403_SDP

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKANROSYIDAH BT IBRAHIM

810809-02-5494

Langkah 3

(15 minit)

1) Guru menunjukkan gambar haiwan (kucing).

2) Murid kemudiannya diarahkan untuk menulis beberapa perkataan tentang haiwan tersebut.

3) Murid diarahkan untuk menulis ayat mudah mengenai haiwan tersebut.

BBM:Gambar haiwanKad perkataan

Strategi/TKP:Konstruktivisme Visual-Ruang Verbal-Linguistik

Nilai:Berani mencuba

Penutup

(10 minit)

1) Guru minta murid menyanyikan lagu ‘Bangau Oh Bangau’ dan murid dikehendaki melakukan pergerakan mengikut watak di dalam lagu tersebut. ( Cth: watak kerbau yang sakit perut kerana makan nasi mentah).

2) Guru membuat rumusan tentang pelajaran hari itu.

SDP: Nyanyian Pergerakan

Kreatif

BBM :Radio

Strategi/TKP :Muzikal Kinestetik

Nilai :Berani mencuba