asaskomputer-bahagian2

Upload: mohd-hakimi

Post on 28-Feb-2018

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/25/2019 AsasKomputer-Bahagian2

    1/21

    Literasi Digital Microsoft

    Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer 1 | H a l a m a n

    2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

    KandunganIstilah Lazim Komputer................................................................................................................................ 2

    Pengenalan kepada Perkakasan .......................................................................................................... 3

    Kuiz ................................................................................................................................................................ 6

    Pengenalan kepada Sistem Pengendalian ...................................................................................... 7

    Kuiz ................................................................................................................................................................ 9

    Gambaran Keseluruhan Aplikasi dan Data .................................................................................... 11

    Kuiz .............................................................................................................................................................. 13

    Pengenalan kepada Rangkaian ......................................................................................................... 14

    Kuiz .............................................................................................................................................................. 17

    Penggunaan Internet ............................................................................................................................ 18

    Kuiz .............................................................................................................................................................. 20

    Tahniah ....................................................................................................................................................... 21

  • 7/25/2019 AsasKomputer-Bahagian2

    2/21

    Literasi Digital Microsoft

    Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer 2 | H a l a m a n

    2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

    Istilah

    Lazim

    Komputer

    Istilah Lazim Komputer

    Kenderaan seperti kereta atau van tersedia dalam model dan warna yang berbeza, tetapi

    komponen pentingnya tetap sama. Semua kenderaan mempunyai enjin, badan dan

    roda. Begitu juga dengan komputer yang tersedia dalam pelbagai saiz dan bentuk,tetapi semuanya mempunyai komponen lazim dan berfungsi dengan cara yang sama.

    Komponen penting dalam komputer ialah:

    Perkakasan (Hardware)

    Perisian (Software)

    Dalam topik ini, anda akan mempelajari istilah lazim komputer, seperti perkakasan dan

    perisian.

  • 7/25/2019 AsasKomputer-Bahagian2

    3/21

    Literasi Digital Microsoft

    Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer 3 | H a l a m a n

    2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

    Pengenalan kepada Perkakasan

    Setiap kali anda menekan kekunci atau

    mengklik tetikus, isyarat akan dihantar

    kepada pemproses. Kemudian, pemproses

    akan memutuskan tindakan terbaik untuk

    isyarat atau arahan yang diterima. CPU

    mengendalikan berjuta-juta arahan sesaat.

    Oleh sebab itu, anda boleh menonton

    video, mendengar muzik dan berbual

    dengan rakan-rakan pada masa yang

    sama. Mari kita lihat bagaimana isyarat

    atau arahan diproses.

    E very

    time you press a key or click your mouse

    example of how signals are processed.

  • 7/25/2019 AsasKomputer-Bahagian2

    4/21

    Literasi Digital Microsoft

    Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer 4 | H a l a m a n

    2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

    Pengenalan kepada Perkakasan

    Perkakasan merangkumi semua bahagian fizikal dan

    komponen komputer. Ia membolehkan anda

    menghantar arahan atau isyarat kepada komputer.Kemudian, ia memproses maklumat dan menghantar

    arahan atau isyarat, seperti meniup ke dalam tuba

    (input) dan menghasilkan muzik di hujungnya

    (output).

    Perkakasan input termasuk papan kekunci dan

    tetikus. Anda menggunakan kedua-duanya untuk

    memberikan arahan kepada komputer untuk

    melaksanakan sesuatu tugas.

    Selain peranti input dan output, komputer

    menggunakan peranti pemprosesan untuk bekerja

    dengan data input dan menjana output yang diingini.

    Peranti pemprosesan yang paling penting ialah CPU.

    CPU ialah otak komputer. Ia memproses input untuk

    melakukan pengiraan dan menghasilkan output.

    Komputer mempunyai papan induk. Ia merupakan

    papan litar besar yang menyambungkan peranti

    input, output dan pemprosesan. Litar papan induk

    menyediakan laluan yang membolehkan data melalui

    pelbagai komponen. Papan induk juga mengandungi

    cip yang menentukan bagaimana, bila dan di mana

    data boleh dihantar menerusi komputer.

    Perkakasan output, seperti pembesar suara, monitoratau pencetak akan menyampaikan hasil keseluruhan

    proses.

  • 7/25/2019 AsasKomputer-Bahagian2

    5/21

    Literasi Digital Microsoft

    Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer 5 | H a l a m a n

    2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

    Anda boleh memilih perkakasan yang sesuai,

    bergantung pada tugas yang anda mahu komputer

    anda jalankan. Contohnya, anda boleh menggunakan

    kad antara muka rangkaian untuk menyambungkan

    komputer anda kepada komputer lain. Anda juga

    boleh menggunakan kad tambah (expansion card),

    seperti kad video, untuk menambah ciri baharu atau

    meningkatkan prestasi komputer anda. Semua

    peranti ini dipalamkan ke dalam papan induk.

  • 7/25/2019 AsasKomputer-Bahagian2

    6/21

    Literasi Digital Microsoft

    Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer 6 | H a l a m a n

    2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

    Kuiz

    CPU memainkan peranan sebagai _______ komputer.

    o Jantung

    o Darah

    o Otak

    o Kesemua jawapan di atas

    Anda tidak boleh menambah perkakasan baharu pada papan induk. Betul atau Salah?

    o Betul

    o Salah

    Jawapan

    #1 CPU memainkan peranan sebagai otak komputer untuk memproses arahan yang

    diterima.

    #2 Salah. Anda boleh menambah perkakasan baharu, seperti kad video.

  • 7/25/2019 AsasKomputer-Bahagian2

    7/21

    Literasi Digital Microsoft

    Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer 7 | H a l a m a n

    2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

    Pengenalan kepada Sistem Pengendalian

    Sistem pengendalian (OS) membolehkan anda

    menggunakan fail dan peranti di komputer. OS

    mengawal semua perjalanan aplikasi, iaitu aplikasi

    masing-masing berkongsi masa CPU. Ia juga

    membantu proses pemasangan (installation)

    peranti baharu. Kebanyakan OS kini mempunyai

    antara muka pengguna grafik (graphical user

    interface, GUI) yang membolehkan kita

    menggunakan komputer dengan mudah. Mari kita

    fahami OS dengan lebih mendalam.

    E

    very time you press a key or click your mouse example

    of how signals are processed.

  • 7/25/2019 AsasKomputer-Bahagian2

    8/21

    Literasi Digital Microsoft

    Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer 8 | H a l a m a n

    2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

    Pengenalan kepada Sistem Pengendalian

    Selain perkakasan, komputer memerlukan perisian

    untuk berfungsi. Perisian menghantar arahan kepada

    perkakasan untuk menjalankan tugas yangdiperlukan.

    Perisian yang paling penting pada komputer ialah

    sistem pengendalian, yang mengawal dan mengurus

    perkakasan yang disambungkan kepada komputer

    anda. Sistem pengendalian menyediakan antara muka

    yang membantu anda berinteraksi dengan komputer.

    Windows 8 ialah contoh sistem pengendalian terkiniuntuk komputer, tablet dan juga telefon pintar.

    Sistem pengendalian menyediakan antara muka

    untuk memasukkan arahan melalui peranti input

    seperti papan kekunci. Sistem pengendalian

    terbaharu menggunakan pelbagai grafik, atau antara

    muka pengguna grafik (GUI), yang merangkumi ikon

    untuk memudahkan interaksi dan produktiviti

    pengguna.

    Sistem pengendalian memastikan komputer anda

    berfungsi dengan sempurna. Anda perlu

    mengemaskinikan sistem pengendalian anda secara

    kerap bagi memastikannya serasi dengan apa-apa

    perkakasan baharu yang anda pasang.

    Dengan menggunakan Windows 8 pada semua

    peranti, anda akan merasai fungsi optimum, bermula

    daripada komputer meja, komputer riba dan tablet

    hinggalah kepada telefon anda.

  • 7/25/2019 AsasKomputer-Bahagian2

    9/21

    Literasi Digital Microsoft

    Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer 9 | H a l a m a n

    2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

    Kuiz

    Apakah maksud GUI?

    o Generate User Input

    o Graphical User Interface

  • 7/25/2019 AsasKomputer-Bahagian2

    10/21

    Literasi Digital Microsoft

    Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer 10 | H a l a m a n

    2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

    o General User Interface

    o Graphical User Input

    Sistem pengendalian perlu dikemaskinikan dari semasa ke semasa. Betul atau Salah?

    o Betul

    o Salah

    Jawapan

    #1 Graphical User Interface.

    #2 Betul. Ini adalah untuk memastikan sistem pengendalian anda selamat dan

    berjalan pada tahap optimum.

  • 7/25/2019 AsasKomputer-Bahagian2

    11/21

    Literasi Digital Microsoft

    Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer 11 | H a l a m a n

    2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

    Gambaran Keseluruhan Aplikasi dan Data

    Atur cara (program) menjalankan tugas

    pada komputer. Atur cara adalah seperti

    resipi, iaitu ia mempunyai satu set

    pembolehubah (variables) seperti bahan

    yang diperlukan, dan set kenyataan

    (statement) seperti arahan.

    Komputer boleh menjalankan atur cara

    lain, juga dikenali sebagai aplikasi, yang

    bertujuan melakukan pelbagai tugas.

    Sesetengah aplikasi membolehkan anda

    melakukan tugas seperti menulis surat,

    membuat pengiraan atau menghantar

    mesej e-mel. Aplikasi lain membolehkan

    anda menghasilkan ilustrasi, bermain

    permainan, menonton filem atau

    berkomunikasi dengan pengguna

    komputer yang lain.

    Setiap aplikasi memerlukan data. Aplikasi

    memproses data yang anda berikan

    sebagai input kepada komputer anda.

    Data ini mungkin dalam bentuk teks,

    grafik, audio atau video bergantung pada

    jenis aplikasi.

    Contohnya, Kalkulator ialah aplikasi yang

    memerlukan input dalam bentuk nombor.

    Begitu juga, Perakam Bunyi merupakan

    aplikasi yang memerlukan input dalam

    bentuk audio.

  • 7/25/2019 AsasKomputer-Bahagian2

    12/21

    Literasi Digital Microsoft

    Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer 12 | H a l a m a n

    2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

    Apabila aplikasi menerima data, ia memproses data dan memaparkan output pada skrin.

    Anda boleh menyimpan output ini dalam fail. Fail dikelaskan sebagai fail audio, fail teks,

    fail grafik atau fail video, bergantung pada jenis data yang terkandung dalam fail

    tersebut. Apabila data disimpan dalam fail, ia boleh dibuka semula. Jika anda telah

    memasukkan data dalam aplikasi, tetapi tidak menyimpannya, kesemua maklumat data

    akan hilang apabila aplikasi ditutup.

  • 7/25/2019 AsasKomputer-Bahagian2

    13/21

    Literasi Digital Microsoft

    Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer 13 | H a l a m a n

    2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

    Kuiz

    Aturcara ialah set arahan.

    o Betul

    o Salah

    Antara yang berikut, yang mana satu boleh dikategorikan sebagai data?

    o Teks

    o

    Nomboro Imej

    o Kesemua jawapan di atas

    Jawapan

    #1 Betul. Aplikasi ialah set arahan komputer untuk menjalankan tugas.

    #2 Teks, nombor dan imej ialah data yang digunakan dan dihasilkan oleh aplikasi.

  • 7/25/2019 AsasKomputer-Bahagian2

    14/21

    Literasi Digital Microsoft

    Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer 14 | H a l a m a n

    2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

    Pengenalan kepada Rangkaian

    Pertimbangkan senario apabila sebuah organisasi mempunyai 10 pekerja. Pekerja

    ini menggunakan komputer untuk menjalankan tugas harian. Mereka juga perlu

    mencetak data secara kerap. Daripada memberikan pencetak kepada setiap pekerja

    yang mungkin menjadi mahal, semua komputer disambungkan kepada satu

    pencetak sahaja.

    Anda boleh menyambungkan komputer anda kepada komputer lain untuk

    berkongsi maklumat dan komponen perkakasan. Sekumpulan komputer dan

    peranti yang berkaitan yang dihubungkan bersama bagi memudahkan perkongsian

    maklumat dikenali sebagai rangkaian. Rangkaian juga boleh digunakan untuk

    berkongsi data dan peranti seperti pencetak. Anda juga boleh berkomunikasi

    dengan pengguna komputer yang lain dalam rangkaian.

    Rangkaian biasanya mempunyai tiga komponen berikut:

    Pelayan (Server)

    Stesen kerja (Workstation)

    Saluran komunikasi (Communication channel)

    Rangkaian boleh dikategorikan sebagai rangkaian kawasan setempat (Local AreaNetwork, LAN) atau rangkaian kawasan luas (Wide Area Network, WAN), bergantung

    pada kawasan yang diliputi.

    LAN

    WAN

    Pelayan PelayanKomputer utama dalam rangkaian yang

    menyediakan perkhidmatan kepada komputer lain

    melalui rangkaian. Pelayan menentukan komputer

    yang dibenarkan mengakses perkakasan danperisian dalam rangkaian.

  • 7/25/2019 AsasKomputer-Bahagian2

    15/21

    Literasi Digital Microsoft

    Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer 15 | H a l a m a n

    2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

    Stesen Kerja Stesen KerjaKomputer yang disambungkan kepada rangkaian.

    Anda perlu menggunakan stesen kerja untuk

    mengakses perkakasan dan perisian dalam

    rangkaian.

    Saluran Komunikasi Saluran KomunikasiLaluan atau pautan yang menyambungkan

    komputer atau peranti persisian (peripheral device),

    seperti pencetak dan pemacu cakera, untuk

    memindahkan maklumat. Kabel biasanya

    digunakan sebagai saluran komunikasi dalam

    rangkaian, tetapi rangkaian juga boleh

    memindahkan maklumat menerusi sambungan

    wayarles.

    LAN LANRangkaian kecil yang menyambungkan peranti di

    dalam kawasan yang terhad, seperti rumah atau

    kumpulan kecil pejabat. LAN biasanya termasuk

  • 7/25/2019 AsasKomputer-Bahagian2

    16/21

    Literasi Digital Microsoft

    Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer 16 | H a l a m a n

    2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

    komputer dan sumber yang dikongsi, seperti

    pencetak dan pengimbas.

    WAN WANWAN ialah rangkaian yang luas

    yangmenyambungkan peranti di kawasan geografi

    yang berasingan. Anda boleh menggunakan

    sumber WAN untuk menyambungkan dua atau

    lebih LAN dengan menggunakan wayar panjang,

    kabel optik dan satelit. Banyak organisasi

    menggunakan WAN untuk menyambungkan

    rangkaian mereka merentasi negara yang berlainan.

    Internet merupakan salah satu contoh WAN.

  • 7/25/2019 AsasKomputer-Bahagian2

    17/21

    Literasi Digital Microsoft

    Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer 17 | H a l a m a n

    2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

    Kuiz

    Rangkaian menyambungkan dua atau lebih komputer. Betul atau Salah?

    o Betul

    o Salah

    Internet merupakan salah satu contoh LAN.

    o Betul

    o

    Salah

    Jawapan

    #1 Betul. Rangkaian menyambungkan dua atau lebih komputer.

    #2 Salah. LAN ialah sejenis rangkaian setempat (local network).

  • 7/25/2019 AsasKomputer-Bahagian2

    18/21

    Literasi Digital Microsoft

    Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer 18 | H a l a m a n

    2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

    Penggunaan Internet

    Internet ialah kumpulan rangkaian

    awam di seluruh dunia yang

    berhubung antara satu sama lain

    bagi pertukaran maklumat. Internet

    bermula sebagai rangkaian untuk

    memudahkan komunikasi antara

    kerajaan dengan jabatan pendidikan

    di Amerika Syarikat.

    Apabila rangkaian lain

    disambungkan kepada rangkaian ini,

    ia menjadi medium yang luas untuk

    bertukar-tukar maklumat dan idea.

    Pada masa kini, Internet

    menyambungkan banyak rangkaian

    komersil, kerajaan dan pendidikan,

    dan juga komputer individu yang

    berkongsi data.

    Internet menawarkan pelbagai

    perkhidmatan kepada penggunanya,

    seperti pemindahan fail antara

    pengguna Internet dan mel

    elektronik untuk menghantar mesej.

    World Wide Web (atau WWW) atau

    Web ialah perkhidmatan lain yang

    menyediakan Internet. WWW

    termasuk dokumen yang diformat

    khas yang bersambung dan

    disimpan dalam pelayan di seluruh

    dunia.

  • 7/25/2019 AsasKomputer-Bahagian2

    19/21

    Literasi Digital Microsoft

    Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer 19 | H a l a m a n

    2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

    Anda boleh menggunakan Internet

    dan perkhidmatannya untuk

    menghantar mesej kepada

    pengguna Internet yang lain,mencari dan memohon pekerjaan,

    menonton filem, serta membeli dan

    menjual produk.

    Banyak organisasi menggunakan

    sejenis rangkaian khas untuk

    berkomunikasi dan berkongsi

    maklumat dalam organisasi.Rangkaian ini dikenali sebagai

    Intranet.

    Intranet adalah sama seperti WWW,

    tetapi ia hanya boleh diakses oleh

    pengguna yang diberi kebenaran

    oleh organisasi.

    Intranet adalah lebih kecil daripada

    Internet dan boleh menyediakan

    perkhidmatan seperti pengedaran

    dokumen, pengagihan perisian,

    akses kepada pangkalan data dan

    latihan.

  • 7/25/2019 AsasKomputer-Bahagian2

    20/21

    Literasi Digital Microsoft

    Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer 20 | H a l a m a n

    2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

    Kuiz

    Sesiapa yang boleh mengakses Internet juga boleh mengakses mana-mana Intranet.

    o Betul

    o Salah

    WWW bermaksud World With Web.

    o

    Betulo Salah

    Jawapan

    #1 Salah. Intranet hanya boleh diakses oleh sesiapa yang telah diberi kebenaran oleh

    organisasi itu.

    #2 Salah. WWW bermaksud World Wide Web.

  • 7/25/2019 AsasKomputer-Bahagian2

    21/21

    Literasi Digital Microsoft

    Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer 21 | H a l a m a n

    Tahniah

    Tahniah! Anda telah selesai topik

    pembelajaran ini!

    Sekarang, anda sudah boleh:

    Mengenal pasti komponen

    perkakasan utama komputer.

    Menerangkan sistem

    pengendalian.

    Menerangkan aplikasi dan data. Menerangkan rangkaian dan

    jenis rangkaian.

    Menerangkan istilah Internet,

    Intranet dan WWW.