asas teori dan ciri-ciri kajian tindakan

14
Asas Teori Dan Ciri-ciri Kajian Tindakan

Upload: linda-salleh

Post on 09-Aug-2015

189 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: ASAS TEORI DAN CIRI-CIRI KAJIAN TINDAKAN

Asas Teori Dan Ciri-ciri Kajian

Tindakan

Page 2: ASAS TEORI DAN CIRI-CIRI KAJIAN TINDAKAN

Asas Teori Kajian Tindakan

Mills • Kajian Tindakan Kritikal• Kajian Tindakan Praktikal

McKernan • Kajian Tindakan Saintifik• Kajian Tindakan Praktikal-Deliberatif• Kajian Tindakan Kritikal-Emansipatori

O’Brien• Kajian Tindakan Tradisional• Kajian Tindakan Kontekstural• Kajian Tindakan Radikal• Kajian Tindakan Pendidikan

Page 3: ASAS TEORI DAN CIRI-CIRI KAJIAN TINDAKAN

Asas Konseptual Kajian Tindakan

• Kajian tindakan melibatkan komitmen kepada penambahbaikan amalan seseorang dan institusi.

• Kajian yang dilakukan amat berkait rapat dengan teori dan amalan profesional individu.

• Sesetengah penyelidik menekankan yang kajian tindakan merupakan sebahagian daripada tugasan harian untuk meningkatkan amalan tersebut.

• Jika seseorang pengamal tersebut seorang guru, maka kajian tersebut dibuat untuk meningkatkan amalan mereka mengikut konteksnya.

Page 4: ASAS TEORI DAN CIRI-CIRI KAJIAN TINDAKAN

Rasional Kajian Tindakan• Pendekatan kajian tindakan ini melibatkan proses yang

sistematik dan berasaskan perancangan serta tindakan yang teratur dan praktikal.

• Metodologi kajian tindakan ini merupakan proses yang reflektif-kendiri kerana guru sentiasa menilai amalan yang dilakukan bertujuan untuk meningkatkan amalan tersebut.

• Amalan atau perlakuan mesti dikaji di tempat atau lapangan yang pengamal terlibat secara langsung dan mungkin dengan bantuan pasukan sekerja yang lain.

Page 5: ASAS TEORI DAN CIRI-CIRI KAJIAN TINDAKAN

• Oleh itu, pendekatan yang paling sesuai untuk mengkajinya dengan menggunakan kajian lapangan dan metodologi kualitatif, terutama kajian naturalistik.

• Kajian naturalistik merujuk kepada kajian dalam konteks semula jadi.

Page 6: ASAS TEORI DAN CIRI-CIRI KAJIAN TINDAKAN

Tujuan Kajian Tindakan

Perkembangan Kurikulum

Berasaskan Sekolah

Sebagai strategi perkembangan profesionalisme

Sebagai alat penilaian kendiri

dan institusi

Page 7: ASAS TEORI DAN CIRI-CIRI KAJIAN TINDAKAN

Ciri-ciri Kajian Tindakan

Beberapa orang tokoh telah menyatakanbeberapa ciri kajian tindakan. Antaranya:

Creswell (2005)

Elliott (1978)

Othman Lebar (2014)

Zuber-skerritt (1992)

Page 8: ASAS TEORI DAN CIRI-CIRI KAJIAN TINDAKAN

Elliott (1978)

• Kajian tindakan memeriksa masalah yang difikirkan penting untuk diselesaikan oleh pengamal.

• Masalah yang dikaji merupakan masalah yang boleh diselesaikan.

• Masalah yang dikaji memerlukan tindak balas yang kritikal

• Matlamatnya adalah meningkatkan pemahaman penyelidik tentang masalah yang dikaji.

Page 9: ASAS TEORI DAN CIRI-CIRI KAJIAN TINDAKAN

Creswell (2005)

• Kajian dibuat berkenaan isu-isu praktikal yang boleh membawa faedah segera kepada pengamal dan pendidikan, menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh seseorang guru.

• Seseorang guru akan mengkaji situasi mereka sendiri dan membuat refleksi ke atas perkara yang dilakukan dan mencari jalan untuk meningkatkan amalan pendidikan tersebut.

Fokus yang praktikal

Amalan penyelidik guru sendiri

Page 10: ASAS TEORI DAN CIRI-CIRI KAJIAN TINDAKAN

Zuber-skerritt (1992)

• Kolaborasi antara penyelidik dan pengamal• Penyelesaian masalah• Perubahan dalam amalan• Pembinaan teori• Berkongsi dapat kajian

Page 11: ASAS TEORI DAN CIRI-CIRI KAJIAN TINDAKAN

Othman Lebar (2014)

• Boleh digunakan oleh guru untuk mengkaji masalah yang relevan dengan bilik darjah.

• Melibatkan refleksi di setiap langkah dalam proses inkuiri.

• Boleh digunakan untuk meningkatkan amalan, menyelesai masalah, perubahan institusi atau meningkatkan perkembangan guru.

Page 12: ASAS TEORI DAN CIRI-CIRI KAJIAN TINDAKAN

• Mengembangkan pengetahuan profesional guru dalam disiplin spesifik.

• Adalah dinamik, di mana perubahan merupakan bahagian yang penting dalam proses kajian tindakan.

• Guru-guru terlibat dalam proses merancang, bertindak dan mereflek (gelungan kajian tindakan).

Page 13: ASAS TEORI DAN CIRI-CIRI KAJIAN TINDAKAN

Kepentingan Kajian Tindakan Guru

• Guru sentiasa membuat keputusan tetapi bergantung kepada keupayaan guru untuk menggunakan maklumat yang ada dalam membuat keputusan.

• Oleh itu, untuk mendapatkan data yang tepat perlu diperoleh melalui satu prosedur dan proses yang sistematik.

Sebagai asas untuk membuat

keputusan berasaskan

data

• Guru dapat mempertingkatkan amalan mereka berdasarkan penelitian dan refleksi berdasarkan situasi yang sebenar.

• Sesuai dengan konsep dan ciri-ciri profesionalisme yang menekankan peningkatan ilmu dan kemahiran dalam bidang tugas dan tanggungjawab.

Sumbangan kepada

perkembangan profesionalisme

guru

Page 14: ASAS TEORI DAN CIRI-CIRI KAJIAN TINDAKAN

Sekian, Terima Kasih