asas elektronik

5
Asas Elektronik Apa itu Elektronik? Elektronik adalah berkaitan dengan elektrik, namun melibatkan komponen- komponen yang lebih kecil. Lebih mudah ianya melibatkan komponen atau litar didalam sesuatu alatan yang menggunakan elektrik untuk beroperasi. Disini kita dapat membezakan diantara elektrik dan elektronik. Elektrik suatu sumber kuasa yang diperlukan. Elektronik suatu peralatan yang memerlukan sumber kuasa elektrik. Jadi tidak hairanlah mengapa elektrik dan elektronik diasingkan dalam pembelajaran. Voltan dan Arus Setiap alatan elektronik pasti memerlukan voltan dan arus untuk beroperasi. Voltan dan arus yang berlebihan akan merosakkan komponen elektronik manakala voltan dan arus yang tidak mencukupi tidak akan dapat menjalankan sesuatu litar elektronik. Apakah voltan dan arus? Voltan adalah pembawa arus, manakala arus adalah kuasa yang dibawa oleh voltan. Voltan disukat menggunakan unit Volt manakala arus disukat menggunakan unit Ampiar. Sebagai contoh mudah, sebuah lampu suluh, memerlukan bateri untuk dinyalakan. Bateri adalah sumber elektrik. Ia membekalkan voltan dan arus kepada mentol lampu suluh untuk menyala. Dapat kita lihat voltan yang dibekalkan oleh bateri jenis AA adalah 1.5 Volt dan arusnya adalah beberapa Mili Ampiar. Komponen-komponen Elektronik Sedikit info ringkas tentang komponen-komponen elektronik. Terdapat dua klasifikasi untuk komponen-komponen elektronik. Komponen pasif dan komponen aktif. Komponen pasif adalah komponen yang tidak memerlukan bekalan voltan untuk bekerja. Sebagai contoh perintang(resistor), kapasitor. Diod(diode) dan gegelung(coil). Manakala komponen aktif pula adalah komponen yang perlu dibekalkan voltan untuk bekerja. Sebagai contoh Litar Bersepadu(IC), Transistor, Kristal dan LED. Informasi tentang komponen-komponen elektronik diterangkan dengan lebih terperinci dimukasurat "Komponen". Litar Litar adalah penyambungan komponen-komponen elektronik diantara satu sama lain mengikut keperluan sesuatu tugas. Sebagai contoh penyambungan diantara bateri dan mentol pada lampu suluh. Sambungan yang betul akan membolehkan mentol lampu suluh menyala dan tidak merosakkannya. Ia adalah sebuah litar yang ringkas. Litar yang lebih rumit terdapat pada peralatan elektrik dirumah sebagai contoh televisyen, komputer dan lain-lain lagi.

Upload: zafarin-salleh

Post on 19-Feb-2016

43 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

menerangkan asas kepada elektronik dan komponen komponen asa dalam elektronik. komponen pasif dan aktif

TRANSCRIPT

Page 1: Asas Elektronik

Asas ElektronikApa itu Elektronik?

Elektronik adalah berkaitan dengan elektrik, namun melibatkan komponen-komponen yang lebih kecil. Lebih mudah ianya melibatkan komponen atau litar didalam sesuatu alatan yang menggunakan elektrik untuk beroperasi. Disini kita dapat membezakan diantara elektrik dan elektronik. Elektrik suatu sumber kuasa yang diperlukan. Elektronik suatu peralatan yang memerlukan sumber kuasa elektrik. Jadi tidak hairanlah mengapa elektrik dan elektronik diasingkan dalam pembelajaran.

Voltan dan Arus

Setiap alatan elektronik pasti memerlukan voltan dan arus untuk beroperasi. Voltan dan arus yang berlebihan akan merosakkan komponen elektronik manakala voltan dan arus yang tidak mencukupi tidak akan dapat menjalankan sesuatu litar elektronik. Apakah voltan dan arus? Voltan adalah pembawa arus, manakala arus adalah kuasa yang dibawa oleh voltan. Voltan disukat menggunakan unit Volt manakala arus disukat menggunakan unit Ampiar. Sebagai contoh mudah, sebuah lampu suluh, memerlukan bateri untuk dinyalakan. Bateri adalah sumber elektrik. Ia membekalkan voltan dan arus kepada mentol lampu suluh untuk menyala. Dapat kita lihat voltan yang dibekalkan oleh bateri jenis AA adalah 1.5 Volt dan arusnya adalah beberapa Mili Ampiar.

Komponen-komponen Elektronik

Sedikit info ringkas tentang komponen-komponen elektronik. Terdapat dua klasifikasi untuk komponen-komponen elektronik. Komponen pasif dan komponen aktif. Komponen pasif adalah komponen yang tidak memerlukan bekalan voltan untuk bekerja. Sebagai contoh perintang(resistor), kapasitor. Diod(diode) dan gegelung(coil). Manakala komponen aktif pula adalah komponen yang perlu dibekalkan voltan untuk bekerja. Sebagai contoh Litar Bersepadu(IC), Transistor, Kristal dan LED. Informasi tentang komponen-komponen elektronik diterangkan dengan lebih terperinci dimukasurat "Komponen".

Litar

Litar adalah penyambungan komponen-komponen elektronik diantara satu sama lain mengikut keperluan sesuatu tugas. Sebagai contoh penyambungan diantara bateri dan mentol pada lampu suluh. Sambungan yang betul akan membolehkan mentol lampu suluh menyala dan tidak merosakkannya. Ia adalah sebuah litar yang ringkas. Litar yang lebih rumit terdapat pada peralatan elektrik dirumah sebagai contoh televisyen, komputer dan lain-lain lagi. Rekaan dan penyambungan sesuatu litar yang baik adalah penting untuk memastikan projek berfungsi dengan baik dan mempunyai kepanjangan hayat komponen yang sepatutnya. Penerangan tentang litar akan lebih diperincikan dimukasurat "Litar" dan juga didalam projek-projek elektronik yang akan datang.

Simbol

Untuk memudahkan melukis sesuatu litar elektronik, simbol-simbol komponen dan penyambungan telah diwujudkan. Jadi, perekacipta projek elektronik hanya perlu melukis penyambungan komponen elektronik di litar skema sahaja tanpa perlu melukis gambar komponen. Pembacaan litar skema menjadi lebih mudah jika semua simbol-simbol komponen dan penyambungan dipelajari dan diingati. Beberapa simbol elektronik boleh dilihat dimukasurat "Simbol". Ianya akan dikemaskini dari masa kesemasa.

Page 2: Asas Elektronik

Komponen3. Komponen-komponen Elektronik

3-1) Transformer/AlatubahTransformer adalah komponen yang digunakan untuk menukarkan voltan elektrik yang dibekalkan dirumah iaitu arus ulang alik 240 Volt kepada arus ulangalik yang lebih rendah mengikut keperluan litar. Biasanya mengikut piawai yang ditetapkan adalah 5, 9, 12, 15, 18 dan 24 volt. Namun terdapat juga transformer yang menukarkan arus ulang alik serendah 1.5 volt atau setinggi 100 volt bergantung kepada keperluan sesuatu litar. Boleh dikatakan semua peralatan elektrik menggunakan transformer didalamnya. Selain dari menukarkan voltan elektrik menjadi rendah transformer juga digunakan untuk menukarkan voltan elektrik rendah kepada lebih tinggi. Sebagai contoh litar didalam televisyen atau LCD menggunakan transformer untuk meninggikan voltan sehingga ke 25 kilo Volt. Voltan yang tinggi diperlukan untuk menyalakan skrin televisyen.Selain dari itu transformer juga digunakan untuk menukar voltan arus terus menjadi voltan arus ulang alik. Ianya banyak digunakan didalam penguatkuasa audio kereta dan juga pemain audio kereta. Ini kerana bateri kereta hanya membekalkan voltan arus terus 13 volt. Sedangkan penguatkuasa audio memerlukan voltan yang lebih tinggi untuk menghasil bunyi yang baik dan kuat. Oleh itu voltan positif dan negatif adalah diperlukan. Menggunakan transformer adalah penyelesaiannya.

Beberapa Jenis Transformer

1 Step Down TransformerStep Down Transformer adalah transformer yang boleh mengubah voltan besar kepada voltan kecil.

2 Step Up TransformerStep Up Transformer adalah transformer yang boleh meninggikan voltan kecil kepada voltan besar.

3 Audio TransformerAudio Transformer adalah transformer yang digunakan didalam penguatkuasa audio yang mana boleh menukarkan bentuk gelombang audio dan menguatkannya.

3-2) Diode/DiodDiod adalah komponen elektronik yang akan menukarkan voltan arus ulang alik(AC) kepada voltan arus terus(DC). Boleh dikatakan semua litar peralatan elektronik memerlukan voltan arus terus untuk berfungsi.

Beberapa Jenis Diod

1. Diod BiasaDiod Biasa adalah diod yang digunakan untuk menukarkan voltan arus ulang-alik kepada voltan arus terus.

Page 3: Asas Elektronik

2. Diod ZenerDiod Zener adalah diod yang berfungsi untuk menghadkan voltan kepada beberapa volt bergantung kepada spesifikasi Diod Zener itu. Biasanya dicatatkan dibadan Diod Zener itu.

3. Diod Pemancar Cahaya (LED)Diod Pemancar Cahaya boleh memancarkan cahaya apabila voltan yang sesuai dibekalkan kepadanya. Terdapat dalam beberapa warna dan saiz. Ia berfungsi sebagai penanda. Sebagai contoh, apabila suis sesuatu alat dihidupkan, Diod Pemancar Cahaya akan menyala.

3-3) KapasitorKapasitor adalah komponen yang digunakan untuk menstabilkan voltan arus terus yang asingkan oleh diod. Tanpa kapasitor voltan arus terus adalah sama seperti voltan arus ulang-alik, cuma ia hanya sebelah positif atau negatif sahaja. Oleh itu kapasitor yang mampu menyimpan caj digunakan untuk menyimpan caj voltan yang diasingkan oleh diod sama ada positif ataupun negatif bergantung kepada sesuatu litar bekalan kuasa itu. Disamping itu kapasitor juga berfungsi sebagai penapis frekuensi sama ada tinggi atau rendah juga bergantung kepada sesuatu litar penapis itu. Ia juga digunakan untuk menyekat voltan arus terus yang ada didalam isyarat audio yang boleh menyebabkan herotan (THD) yang tinggi dan mengurangkan kualiti bunyi sesuatu peralatan penguatkuasa audio (audio amplifier).

Beberapa Jenis Kapasitor

1. Kapasitor Elektrolitik

2. Kapasitor Seramik

3. Kapasitor Boleh Laras

3-4) Resistor/PerintangResistor ataupun Perintang seperti namanya digunakan sebagai rintangan didalam sesuatu litar. Rintangan yang dimaksudkan adalah rintangan voltan ataupun arus. Ianya akan menyeimbangkan voltan dan arus didalam litar supaya ianya mencukupi untuk menjalankan sesuatu tugas. Ianya boleh dikatakan sama berfungsi kepada litar arus ulang-alik ataupun arus terus. Penerangan tentang sesuatu litar akan lebih memberi kefahaman kepada pembaca mengenai fungsi resistor.

Beberapa Jenis Resistor

1) Resistor karbon

2) Resistor Fius

3) Resistor Boleh Laras

Page 4: Asas Elektronik

4) Resistor Kumpulan/Rangkaian (Gang/Network Resistor)

3-5) TransistorTransistor boleh berfungsi sebagai penguatkuasa, suis, penghad voltan, penghad arus dan lain-lain lagi. Transistor termasuk dalam kumpulan komponen aktif dan separuh pengalir. Terdapat dua jenis transistor iaitu NPN dan PNP. Jenis dan fungsi transistor boleh dirujuk kepada spesifikasi melalui nombornya yang boleh dimuatturun daripada laman web pengeluarnya.

3-6) RelayRelay adalah suis yang boleh dikawal menggunakan voltan yang dibekalkan kepada gegelungnya. Oleh itu ianya boleh difungsikan secara automatik mengikut rekaan sesuatu litar.

3-7) SuisSuis adalah alat yang digunakan untuk mengawal kuasa yang dibekalkan kepada sesuatu litar.

3-8) IC/Litar BersepaduIC atau Litar Bersepadu adalah juga komponen aktif dan separuh pengalir. Terdapat litar-litar yang kecil dan besar didalam sesuatu IC bergantung kepada spesifikasi penggunaannya. Ia boleh dirujuk melalui nombornya yang boleh dimuatturun daripada laman web pengeluarnya. Sungguhpun terdapat litar-litar didalam IC namun kita masih perlu menyambung beberapa komponen lain untuk menggunakannya. Banyak projek elektronik boleh direka menggunakan IC jika kita merujuk kepada spesifikasinya.

3-9) PIC, Microcontroller dan Microcomputer (MPU)PIC, Microcontroller dan Microcomputer juga adalah IC namun ianya mesti diprogram untuk menggunakannya. Namun begitu terdapat penyambungan-penyambungan asas yang perlu dilakukan untuk menggunakan mereka. Program yang hendak digunakan kepada sesuatu MPU harus mengikut spesifikasi yang diberikan oleh pengeluarnya. Lebih penerangan akan diberikan jika terdapat projek yang menggunakan MPU nanti.

3-10) PCB/Papan Litar BercetakPCB atau Papan Litar Bercetak adalah papan yang digunakan untuk dipasangkan komponen kepadanya untuk memudahkan penyambungan sesuatu projek elektronik. Jika tiada PCB, maka komponen akan dipateri terus dari kaki ke kaki. Jika komponennya banyak, penyambungan akan menjadi susah dan tidak kemas. Penggunaan PCB menyelesaikan masalah ini. Pada masa dahulu PCB dibuat menggunakan kreativiti individu dengan melukis litar di PCB. Namun kini rekaan PCB hanya menggunakan perisian komputer dan ianya lebih mudah dan kemas.

www.malaytronik.blogspot.my

Page 5: Asas Elektronik