artikel masalah sosial

3
ARTIKEL MASALAH SOSIAL Oleh : MOHD FIRDAUS MUHAMMAD NOOR PAS Sabah melahirkan kebimbangan terhadap permasalahan gejala sosial yang kian meruncing kerana ketidak seimbangan pendidikan agama dan sekular di Sabah. Demikian keluhan Pengarah PASTI Sabah, Lahirul Latigu dalam ucapan perasmiannya di Majlis Konvokesyen Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), kawasan Lahad Datu kali ke-13 yang diadakan di Dewan MPOB, Lahad Datu, kelmarin. “Kita bimbang dengan peningkatan gejala sosial yang berlaku hari ini. Anak-anak ini perlu diselamatkan nilainya kerana mereka ini merupakan generasi pelapis kepimpinan negara,” katanya. Menurutnya, asuhan mendalami al-Quran dan Sunnah perlu diterapkan sejak kecil sebagai benteng dan asas yang kuat dalam mendepani cabaran. “Pembentukkan nilai perlu dibina dengan asas yang kuat

Upload: avralinetine-epin

Post on 27-Dec-2015

36 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Masalah sosial di Malaysia

TRANSCRIPT

Page 1: Artikel Masalah Sosial

ARTIKEL MASALAH SOSIAL

Oleh : MOHD FIRDAUS MUHAMMAD NOOR

PAS Sabah melahirkan kebimbangan terhadap permasalahan gejala sosial yang

kian meruncing kerana ketidak seimbangan pendidikan agama dan sekular di

Sabah.

Demikian keluhan Pengarah PASTI Sabah, Lahirul Latigu dalam ucapan

perasmiannya di Majlis Konvokesyen Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI),

kawasan Lahad Datu kali ke-13 yang diadakan di Dewan MPOB, Lahad Datu,

kelmarin.

“Kita bimbang dengan peningkatan gejala sosial yang berlaku hari ini. Anak-anak

ini perlu diselamatkan nilainya kerana mereka ini merupakan generasi pelapis

kepimpinan negara,” katanya.

Menurutnya, asuhan mendalami al-Quran dan Sunnah perlu diterapkan sejak

kecil sebagai benteng dan asas yang kuat dalam mendepani cabaran.

“Pembentukkan nilai perlu dibina dengan asas yang kuat terutama asuhan

mempelajari al-Quran dan Sunnah serta dipasakkan dengan iman yang teguh,”

ujarnya.

Dalam pada itu, Nur Ikramieza Anis Hanif, 6 tahun dianugerahkan pelajar terbaik

keseluruhan sempena Majlis Konvokesyen Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI),

kawasan Lahad Datu.

Page 2: Artikel Masalah Sosial

Seramai 56 pelajar PASTI kawasan Lahad Datu telah menerima sijil

konvokesyen masing-masing yang disampaikan oleh Lahirul Latigu.

Turut hadir sempena konvokesyen tersebut ialah Pengerusi PASTI Lahad Datu,

Ahmad Parakasi; Pengarah Konvokesyen, Mursidi Amat dan para ibu bapa

pelajar.

Dalam perkembangan lain, Lahirul turut merasmikan pembukaan PASTI An-

Najah di Taman Warisan 4, Lahad Datu yang akan memulakan pengambilan

pertama sesi pengajiannya pada tahun hadapan.