artikel ( bunuh diri dr. suppiah )

14
PENGENALAN Seiring dengan perkembangan dalam teknologi dan maklumat, semakin banyak masalah yang timbul dalam kehidupan seharian kita. Segelintir manusia cenderung untuk melakukan perbuatan yang tidak berfaedah bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka. Lalu wujudlah masalah sosial yang secara umumnya diertikan sebagai pelbagai kelakuan negatif yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada negara. Menurut Soerjono Soekanto,penulis dari Indonesia, masalah sosial adalah suatu ketidaksesuaian antara unsur-unsur kebudayaan atau masyarakat, yang membahayakan kehidupan kelompok sosial. Pada umumnya sesuatu perkara itu akan dianggap sebagai masalah sosial apabila sebahagian besar daripada ahli masyarakat ataupun sekumpulan masyarakat yang mempunyai pengaruh merasakan bahawa perkara yang berlaku itu tidak baik dan bercanggah dengan nilai dan norma kehidupan masyarakat. Lanjutan daripada itu, masyarakat dan kumpulan yang terlibat bersetuju untuk merubah ataupun memperbetulkan keadaan berkenaan. Manusia terpaksa mencari inisiatif bagi menangani atau menyelesaikan permasalahan yang dihadapi. Segelintir daripada mereka mengambil jalan mudah dalam menghadapinya dengan membuat keputusan untuk menamatkan hidup. Kemungkinan mereka tidak dapat memikirkan jalan 1

Upload: vignes-viki

Post on 17-Dec-2015

22 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

psikologi

TRANSCRIPT

PENGENALANSeiring dengan perkembangan dalam teknologi dan maklumat, semakin banyak masalah yang timbul dalam kehidupan seharian kita. Segelintir manusia cenderung untuk melakukan perbuatan yang tidak berfaedah bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka. Lalu wujudlah masalah sosial yang secara umumnya diertikan sebagai pelbagai kelakuan negatif yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada negara. Menurut Soerjono Soekanto,penulis dari Indonesia, masalah sosial adalah suatu ketidaksesuaian antara unsur-unsur kebudayaan atau masyarakat, yang membahayakan kehidupan kelompok sosial. Pada umumnya sesuatu perkara itu akan dianggap sebagai masalah sosial apabila sebahagian besar daripada ahli masyarakat ataupun sekumpulan masyarakat yang mempunyai pengaruh merasakan bahawa perkara yang berlaku itu tidak baik dan bercanggah dengan nilai dan norma kehidupan masyarakat. Lanjutan daripada itu, masyarakat dan kumpulan yang terlibat bersetuju untuk merubah ataupun memperbetulkan keadaan berkenaan. Manusia terpaksa mencari inisiatif bagi menangani atau menyelesaikan permasalahan yang dihadapi. Segelintir daripada mereka mengambil jalan mudah dalam menghadapinya dengan membuat keputusan untuk menamatkan hidup. Kemungkinan mereka tidak dapat memikirkan jalan penyelesaian yang lain ataupun terdesak melakukannya bagi menghentikan masalah tersebut dari terus menyelubungi mereka. Bunuh diri ialah perbuatan untuk menamatkan hayat atau perbuatan memusnahkan diri, biasanya kerana tidak dapat berhadapan dengan perkara yang tidak dapat ditangani. Kejadian bunuh diri ini lazimnya berlaku kepada mereka yang menghadapi tekanan dari segi fizikal mahupun mental. Tanpa dapat memikirkan jalan penyelesaian dengan akal yang waras, mereka memilih untuk membunuh diri. Semua agama menganggap perbuatan bunuh diri adalah tidak waras Menurut statistik rasmi, lebih kurang sejuta orang membunuh diri pada setiap tahun. Bilangan ini lebih daripada bilangan mereka yang dibunuh serta mereka yang terkorban dalam peperangan. Perbuatan bunuh diri dikaitkan dengan kedua-dua jantina tidak kira lelaki mahupun wanita dari semua peringkat umur. 12% daripada kematian dalam kalangan remaja adalah disebabkan bunuh diri. Walaupun percubaan untuk membunuh diri lebih di dominasi oleh kaum wanita dengan tiga kali lebih banyak dari kaum lelaki tetapi keberhasilan bunuh diri adalah lima kali lebih tinggi di kalangan kaum lelaki. Keputusan untuk membunuh diri bukanlah sesuatu yang statik malah tidak dapat diramalkan. Ia muncul secara tiba-tiba dan keputusan untuk membunuh diri merupakan puncak dari kesulitan dan kebingungan yang berpanjangan. Seperti yang kita tahu, terdapat perbezaan antara psikologi lelaki dengan psikologi wanita. Lelaki lebih bersikap operasi berbanding wanita yang lebih menyedari nuansa social. Oleh itu kebanyakan kes bunuh diri yang melibatkan lelaki selalunya lebih cenderung.

KAEDAH / METODOLOGI BUNUH DIRIDaftar Bunuh Diri Kebangsaan Malaysia (NSRM) melaporkan bahawa kaedah bunuh diri yang paling popular menjadi pilihan dalam kalangan masyarakat Malaysia adalah manggantung diri, menjerut dan kelemasan.Menurut laporan tersebut, daripada 113 kes 47 lelaki dan 11 wanita menemui ajal dengan kaedah di atas. Meminum racun serangga menjadi pilihan keempat dengan kes sebanyak 18 kes dan melompat dari tempat tinggi di tempat kelima dengan 16 kes. Kaedah lain yang dikaji oleh NSRM termasuk mendedahkan diri kepada gas dan wap lain seperti asap dan api, mati lemas, melompat atau berbaring didepan objek bergerak seperti kereta atau keretapi, menikam diri menggunakan objek tajam. Terdapat juga kes di mana mangsa membunah diri dengan cara memotong urat lengan, dan mangsa mati kerana banyak kehilangan darah.Jika diteliti, kaedah bunuh diri mempunyai banyak dipengaruhi oleh perbezaan kaum. Sebagai contoh, etnik Cina, India dan Melayu menggunakan kaedah bunuh diri paling lazim iaitu menggantung diri. Kaedah kedua yang menjadi pilihan keturunan Cina dan Melayu ialah terjun dari tempat tinggi. Bangsa India pula lebih cenderung meracun diri. Bagi masyarakat asing seperti bangsa Eropah atau bangsa China yang mempunyai akses mudah kepada senjata api, mereka lebih cenderung untuk memilih cara bunuh diri dengan menggunakan senjata api.Selain daripada kaedah yang dinyatakan di atas, terdapat juga beberapa kaedah bunuh diri yang lain seperti kebuluran dengan sengaja dan menggunakan kejutan elektik. Terdapat juga teknik bunuh diri yangsemakin popular dalam kalangan remaja dewasa ini iaitu mengambil ubat penenang atau apa-apa jenis pil kesihatan dengan kuantiti yang banyak sehingga menyebabkan kegagalan fungsi hati dan boleh membawa kepada kematian.Menggantung diri biasanya dilakukan di dalam bilik mangsa sendiri. Mangsa biasanya menggunakan alat yang tersedia di dalam bilik tidur untuk menggantung diri seperti selimut, cadar ataupun tali. Mangsa akan mengikat terlebih dahulu alat untuk menggantung di bahagian atas bilik seperti kipas atau kayu penghadang. Bagi mangsa yang betul-betul ingin membunuh diri, mangsa akan memastikan bahawa alat tersebut betul-betul kemas dan tidak longgar. Kemudian, mangsa akan menggantungkan leher pada alat sambil berdiri di atas kerusi atau katil. Langkah terakhir mangsa ialah menolak kerusi atau melompat diri katil. Kaedah menjerut leher pula biasanya berjaya selepas beberapa kali percubaan. Ini kerana mangsa cenderung untuk teragak-agak membunuh diri disebabkan kesakitan yang dapat mangsa rasai. Menjerut diri mempunyai banyak teknik contohnya, menjerut dengan cara memasukkan kepala di dalam plastik dan menjerut plastik tersebut untuk menghalang udara masuk. Selain itu, mangsa juga ramai yang menjerut leher dengan tali leher atau tali. Kaedah ini mempunyai banyak persamaan dengan kaedah menggantung diri. Melemaskan diri turut menjadi kaedah yang lazim bagi masyarakat Malaysia. Semakin maju duni hari ini, kaedah membunuh diri turut menjadi semakin rumit dan moden. Melemaskan diri juga menjadi semakin pelik. Sebagai contoh, dulu mangsa biasanya melemaskan diri dengan cara melemaskan diri di dalam kolam atau tub mandi, tapi kini, mangsa melemaskan diri dengan cara mengurung diri di dalam bilik yang dipenuhi asap atau kereta yang telah diubah suai supaya menyedut asap ke dalam kereta. Ada juga beberapa kes di mana mangsa cenderung untuk menyedut bendasingseperti bahan kimia yang diwapkan.

Faktor-faktor yang menyumbang kepada bunuh diriLebih 90% orang yang mati melalui bunuh diri mempunyai penyakit jiwa pada masa kematiannya. Kebiasaannya penyakit jiwa adalah kemurungan. Kemurungan yang tidak dirawat ialah penyebab utama kepada bunuh diri.dan banyak sebab-sebab atau punca-punca yang mendorong kepada kemurungan.ini termasuklah: Penyakit jiwa yang tidak dirawat juga(termasuk kemurungan,gangguan dwikutub,trauma dan skizofrenia) adalah antara perkara-perkara yang menyebabkan kes-kes bunuh diri berlaku dengan meluas.Gangguan dwikutub ialah gangguan otak yang menimbulkan perasaan yang tidak menentu termasuklah gila.Tanda-tandanya adalah seperti terlalu aktif,sentiasa gelisah,tidak fokus dan fikiran berkecamuk.Trauma pula ialah gangguan mental yang berlaku kepada seseorang yang telah menyaksikan atau menghadapi kekejaman yang melampau atau melihat kemalangan serius.Skizofrenia ialah sejenis gangguan psikologi yang menyebabkan seseorang mempunyai masalah untuk membezakan realiti.

Terdapat juga sesetengah orang yang secara genetiknya mudah terkena atau terdedah kepada kemurungan,dan mereka tidak nampak seperti menghadapi mana-mana pengalaman buruk,walau bagaimanapun masih menjadi tertekan dan boleh mati disebabkan bunuh diri.Jadi,sesetengah orang mati dengan cara membunuh diri adalah kerana kemurungan ialah melalui genetik.

Sesetengah pengalaman hidup yang negatif boleh menyumbang kepada kemurungan dan hal ini termasuklah:kematian orang yang tersayang,penceraian,perpisahan atau terputusnya sesuatu hubungan.Faktor lain adalah,hilang hak penjagaan ke atas anak-anak atau merasakan bahawa keputusan hak penjagaan anak-anak adalah tidak adil,kehilangan yang serius dan mendalam seperti kehilangan pekerjaan,rumah dan wang.

Penyakit yang membawa maut seperti barah,leukimea dan lain-lain adalah penyakit yang jelasnya menunjukkan tiada harapan untuk hidup kecuali dengan kuasa tuhan.

Kemalangan serius, kesakitan fizikal yang kronik dan juga kecederaan yang membawa bencana,contohnya:kelumpuhan,kecacatan,kekudungan. Kemalangan yang serius hingga membawa kepada kehilangan atau ketidakfungsiaan anggota badan akan menyebabkan seseorang itu merasakan diri mereka tidak dapat melakukan apa-apa pekerjaan lagi malahan menyusahkan orang lain.Maka mereka akan berasa sangat tertekan dan memilih jalan untuk membunuh diri.

Penyalahgunaan dadah.Dadah merupakan sesuatu yang bukan sahaja merosakkan diri bahkan menghancurkan kehidupan serta masa depan.Seseorang yang mengambil dadah akan menjadi ketagih dan tidak akan menghiraukan keadaan sekeliling mereka termasuklah ahli keluarga terdekat.Penyalahgunaan dadah di sini bermaksud apabila seseorang itu mengambil dadah secara berlebihan.

Seseorang yang mengalami kebosanan yang melampau akan merasakan jiwa mereka kosong contohnya ketidakpuasan terhadap kehidupan dan kekosongan di dalam jiwa,walaupun mereka telah memiliki segala-galanya.

persekitaran yang tidak menyenangkan seperti,kemiskinan,ketiadaan tempat berteduh,diskriminasi dan pembulian juga merupakan faktor-faktor seseorang membunuh diri.

Menjadi mangsa keadaan.Umpamanya,penyeksaan fizikal,penganiyaan seks,rogol dan pencabulan adalah faktornya.Penyeksaan fizikal iaitu penderaan sering berlaku pada masa sekarang.Kebiasaanya mereka yang menjadi mangsa penderaan tidak mengira peringkat umur namun wanita dan kanak-kanak merupakan golongan yang selalunya menjadi mangsa kerana mereka ialah golongan yang lemah.

Tambahan lagi,terdapat juga sesetengah orang yang berperangai pelik seperti sikap suka mengambil tahu iaitu mereka mahu mengetahui keadaan selepas mati.Mereka tidak memikirkan implikasi yang bakal mereka akan hadapi.Nyawa sememangnya adalah sesuatu yang boleh ditukar ganti dengan mudah.

Untuk mengelakkan rasa malu atau aib,seseorang juga akan mengambil jalan mudah dengan membunuh diri. umpamanya dalam ajaran Buddah,jika seseorang samurai gagal mempertahankan maruahnya,dia boleh mengambil jalan keluar dengan melakukan seppuku iaitu sejenis kaedah yang melibatkan samurai menggunakan pedang untuk memotong perut sendiri secara menyerong.Pada masa dahulu,perkara ini banyak dilakukan iaitu di negara Jepun.

Terorisme boleh juga merupakan motif untuk membunuh diri,khususnya pembunuhan yang berkait dengan berikut:Agama seperti pengeboman bunuh diri dan nasionalisme keterlaluan seperti serangan kamikaze,selbstopfer dan kaiten(senjata bunuh diri).Pengeboman bunuh diri sering dikaitkan dengan pengebom berani mati,hal ini banyak berlaku di negara-negara yang dilanda peperangan dan mereka sanggup mati demi agama,contohnya di Iraq dan India.Serangan kamikaze juga sudah selalu kita dengar,iaitu askar-askar jepun membunuh diri sendiri demi mempertahankan negara mereka daripada serangan musuh.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH SOSIAL-BUNUH DIRIBunuh diri merupakan masalah sosial yang semakin berleluasa saban tahun ini dan kini ia telah mencapai tahap yang membimbangkan. Sebagai bukti, pada tahun 1998 misalnya, kes pembunuhan diri naik 35 peratus berbanding tahun sebelumnya dengan mencatat lebih 32,000 kematian. Tahun ini merupakan pertama kali kadar kematian akibat membunuh diri mencecah paras melebihi 30,000 orang setahun dan ia tidak pernah menurun selepas itu.Menurut anggaran yang dianalisis oleh Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO), pada tahun 2002, sebanyak 877,000 orang daripada 194juta orang yang menghadapi penyakit mental dan kecelaruan tingkah laku mati lantaran membunuh diri. Malahan bagi negara kita, hasil kajian daripada Kesihatan dan Morbidity Kebangsaan 2006 menganggarkan bahawa kira-kira 20 hingga 30 orang membunuh diri bagi setiap 100,000 rakyat setiap tahun di negara kita. Memandangkan masalah sosial bunuh diri yang semakin berleluasa, langkah-langkah menangani masalah bunuh diri yang sewajarnya seharusnya diambil bagi mengawal masalah sosial ini daripada terus merebak dalam masyarakat kita khasnya di kalangan remaja. Pendekatan yang menyeluruh dan bersepadu bagi menangani masalah bunuh diri adalah melalui perlaksanaan langkah-langkah yang diselaraskan dengan penggunaan sains lantaran langkah-langkah bersaintifik yang diimplementasikan membolehkan pengenalpastian tentang faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah bunuh diri bergantung kepada ciri-ciri dan situasi tertentu. Pendekatan yang diambil adalah dikenali sebagai Public Health Approach iaitu dengan mengenal pasti faktor- faktor dan ciri-ciri yang menyumbang kepada masalah sosial ini, tindakan yang wajar serta bersesuaian dapat diambil agar dapat menangani masalah ini dengan jayanya. Selepas pengenal pastikan sebab-sebab di sebalik faktor yang mendorong kepada berlakunya masalah bunuh diri, langkah-langkah serta pendekatan yang sewajarnya seterusnya akan dapat dikenal pasti serta diserapkan pada masalah sosial bunuh diri yang dikehendaki untuk ditangani. Increasing rates of suicide among adolescent and young adults in the United States led the centres for Disease Control dan Prevention(CDC) to initiate efforts to prevent injuries from suicidal behaviors by using public health approach.Justeru, memang di bukti bahawa pendekatan dalam mengenal pasti faktor-faktor masalah sebelum mengambil tindakan adalah mustahak bagi menentukan ketepatan langkah-langkah yang diambil berlandaskan jenis-jenis masalah sosial yang terhasil.Selepas memahami terhadap masalah-masalah dan sebab-sebab yang dibelenggu oleh seseorang individu yang berkeinginan untuk terlibat dalam gejala bunuh diri, intervensi yang sesuai perlu dijalankan sebagai usaha bagi menghilangkan niat individu tersebut untuk membunuh diri serta mengurangkan fikiran negatif yang menghantui individu tersebut sendiri. Intervensi yang dilaksanakan merangkumi beberapa langkah iaitu pengenalpastian masalah dilaksanakan terlebih dahulu, diikuti dengan penyelesaian masalah melalui cara-cara rawatan yang bersesuaian, serta pemupukan kemahiran bagi menghadapi dan menangani masalah pada orang terdekat mangsa bunuh diri tersebut, seperti ahli keluarga yang tersayang, kawan-kawan dan sebagainya. Adalah diharapkan melalui bimbingan, dorongan serta kasih sayang yang diberi daripada orang tersayang dapat menangani masalah yang dihadapi oleh mangsa tersebut dengan mempengaruhi pemikirannya agar berfikiran waras serta mencuba untuk membuat keputusan yang positif. Selain itu, intervensi yang umum turut dijalankan demi kepentingan dan kebaikan bersama. Sebagai contoh, kempen motivasi menerapkan ilmu pengetahuan serta kesedaran sivik yang sewajarnya agar setiap orang menghargai nyawa diri sendiri serta memanfaatkan kehidupan diri. Universal intervensi yang dijalankan menerusi penerapan dalam sistem pendidikan, media massa dan media cetak dipercayai dapat memberi kesedaran dan pemahaman bagi menjauhkan diri daripada masalah sosial ini. Selepas usaha-usaha dan intervensi yang bersesuaian telah dijalankan, keberkesanan bagi membanteras sifat-sifat membunuh diri yang terdapat pada individu tersebut hendaklah dikenal pasti. Kesan positif yang diberi pada individu tersebut hendaklah berterusan serta berkekalan pada individu. Sebagai bukti. Usaha yang berterusan telah dijalankan pada sesebuah agenda antarabangsa sebagai langkah-langkah untuk menangani masalah sosial bunuh diri yang kian bertambah runcing di United State.Kebiasaannya, masalah sosial membunuh diri berhubung kait rapat dengan penyakit mental. Justeru bagi mengurangkan kebarangkalian bagi seseorang individu yang menghidapi penyakit mental untuk melibatkan diri dalam masalah sosial bunuh diri, psikodinamik psikoterapi merupakan langkah utama yang harus dijalankan bagi menangani masalah ini. Sebagai maklumat lanjut, psikodinamik psikoterapi merupakan suatu bentuk kedalaman psikologi, tumpuan utama yang mendedahkan kandungan sedar klien jiwa dalam usaha untuk mengurangkan ketegangan psikik. Menurut perspektif sosiologi Emile Durkheim(1987/1951), Sigmung Frued merupakan orang pertama yang memperkenankan psikodinamik psikoterapi, yang menitikberatkan perkembangan dalam pemahaman psikologikal mengenai masalah bunuh diri. Pengenalan psikodinamik psikoterapi membolehkan pengalihan masalah bunuh diri dari perspektif moral kepada perspektif sains. Terdapat berbagai-bagai jenis psikoterapi yang dapat dijalankan, di antaranya ialah suara terapi. Menurut kajian Robert Firestone(1997), suara terapi mengintegrasikan konsepnya dari teori psychodinamik serta terapi existential, dan ini menyatakan bahawa bayi dalam kandungan berupaya untuk menerapkan amalan serta pemikiran sama ada yang positif ataupun yang negative kepada diri sendiri daripada perilaku ibu bapa sendiri. Lantaran itu, perilaku yang baik dan positif seharusnya diamalkan agar dapat menjadikan teladan kepada anak yang bakal lahir, dan seterusnya menjadi seorang yang berupaya untuk berbakti kepada negara. Family therapy atau terapi sesama ahli keluarga turut memainkan peranan penting lantaran seseorang individu biasanya akan menerima pengaruh daripada ahli keluarga lantaran asuhan didikan daripada keluarga telah dijalankan sejak dari kecil lagi. Group therapy iaitu terapi yang dijalankan melalui interaksi yang dalam kumpulan turut dianggap penting lantaran melalui terapi ini, sokongan, dorongan dan nasihat yang sewajarnya dapat diberi kepada individu yang dibelenggu dengan masalah peribadi sebagai usaha menangani masalah bunuh diri.

KESIMPULAN

Gagasan dan tugas untuk membangun, memupuk dan meningkatkan mutu akhlak umat terutamanya di kalangan remaja merupakan satu tanggungjawab yang besar dan mustahak. Manusia seharusnya melindungi nilai dan norma akhlak dalam masyarakat dengan menghargai nyawa diri sendiri serta memanfaatkan kehidupan diri di sebalik terlibat dalam masalah sosial membunuh diri yang memang merugikan.Fenomena bunuh diri di Malaysia harus dilihat sebagai satu fenomena sosial dan bukan setakat isu atau masalah individu sahaja malah melibatkan masyarakatnya dan negara. Di samping itu, perbuatan membunuh diri boleh diatasi sekiranya masyarakat lebih bertanggungjawab bukan sahaja kepada anggota masyarakat yang lain bahkan kepada diri mereka sendiri. Fenomena ini perlu dipandang serius oleh setiap lapisan masyarakat dalam mencegah masalah bunuh diri di Malaysia serta pihak kerajaan perlu menyusun strategi dengan lebih bersungguh-sungguh untuk mencegah perbuatan membunuh diri dari meningkat.

RUJUKAN1. Mohd.Salahuddin Mohamed,Mac 2006, Bunuh Diri Perbuatan Terkutuk di Sisi Islam, Artikel Dewan Masyarakat,halaman 432. Joseph S. ROucek, Roland L. Warren, 1984,Pengantar Sosiologi, Penerbit Pt. Bina Aksara, 3. Brunner-Routledge, edited by David Lester, Suicide Prevention, Resource for the Millenium, A member of the Taylor & Francis Group,4. Antoon A. Leenaars, Susanne Wenckstern, 2001, Suicide Prevention in Schools, Hemisphere Publishing Corporation, A member of the Taylor & Francis Group New York,Washington, Philadephia, London, 19915. Emile Durkeim, 1951 Suicide- A study in Sociology, translated and edited witn an introduction by John A. Spaulding & George Simpson, The Free Press New York, London, Tokyo, Singapore,.6. Dr Nor Hayati Ali, 17 Mac 2009,BERNAMA,7. http://ms.wikipedia.org/wiki/Pandangan_falsafah_tentang_bunuh_diri#Idealisme8. http://paslabuan.wordpress.com/2010/01/11/kadar-bunuh-diri-di-malaysia-semakin-bertambah/9. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0326&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_10.htm10. http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsfeatures.php?id=39703511. http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Remaja/BUNUHDIRI.php12. En.wikipedia.org/wiki/bunuh_diri13. Ms.wikipedia.org/faktor_bunuh_diri

1