artifak melayu(keris)

9
FALSAFAH & LOGIKA MELAYU ARTIFAK MELAYU(KERIS)

Upload: firda

Post on 07-Jun-2015

672 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: ARTIFAK MELAYU(KERIS)

FALSAFAH & LOGIKA MELAYU

ARTIFAK MELAYU(KERIS)

Page 2: ARTIFAK MELAYU(KERIS)

PENGENALAN

• Keris adalah salah satu daripada artifak Melayu atau lebih dikenali sebagai bendawi Melayu.

• Keris merupakan senjata pendek yang digunakan oleh orang Melayu sejak zaman keagungan Kesultanan Melayu,lebih daripada 800 tahun yang lampau.

• Keris digunakan terutamanya oleh pendekar,pahlawan serta kalangan pembesar istana untuk mempertahankan diri dan sebagai alat kebesaran diraja.

• Keris juga selalu dikaitkan dengan kesaktian dan keistimewaan luar biasa atau kedaulatan.

• Keris mempunyai 2 belah mata,melebar di pangkal dan tirus di hujungnya serta tajam.Terdapat mata keris yang lurus dan berlok-lok dengan keindahan pamor serta hulu yang menarik dan juga sarungnya.

Page 3: ARTIFAK MELAYU(KERIS)

• Keris juga diibaratkan sebagai insan,sesetengah empu atau pembuat keris memasukkan unsur magis atau penunggu kepada senjata itu supaya ia lebih memberikan kekuasaan.

• Keris mempunyai bahagian-bahagiannya yang tersendiri iaitu hulu keris,pendongkok,bilah keris,dan batang.

• Berbagai jenis keris yang terdapat di Nusantara Melayu dan kegunaannya selain sebagai senjata,regalia terhadap Raja Melayu dan perubatan.

Page 4: ARTIFAK MELAYU(KERIS)

FALSAFAH DI SEBALIK KERIS MELAYU

• Orang Melayu meletakkan keris sebagai simbol tuah dan maruah kerana mereka mempercayai bahawa keris mengandungi nilai,keutamaan yang tertentu yang dapat dijadikan sebagai kekuatan batiniah dan lahiriah.

• Selain itu,keris dalam tradisi Melayu yang mewakili 10 fungsi dan antaranya simbol harga diri dan jati diri kerana kepelbagaian bahan yang terkandung di dalamnya selain dipercayai memiliki kekuatan yang dapat meningkatkan rasa berani,perkasa serta keyakinan diri.

• Tenas Effendy menjelaskan,dalam konteks kekuasaan keris mewakili simbol daulat sehingga apabila Sultan mengirimkan keris tanpa sarung kepada seseorang,ia menunjukkan tanda kemurkaan baginda dan isyarat kepada hukum bunuh terhadap mereka yang mendapat keris itu.

• Di samping itu,Tenas juga mengatakan bahawa keris turut dianggap sebagai wakil kepada pemiliknya sekiranya tidak dapat menghadiri upacara tertentu.

Page 5: ARTIFAK MELAYU(KERIS)

• Tenas menegaskan bahawa keris tidak boleh dipakai dalam keadaan hulunya yang terlentang kerana ia menunjukkan isyarat untuk mengundang pihak lawan.

• Pembinaan monumen keris yang diletakkan pada kedudukan terpacak di tanah adalah satu penghinaan kerana ia menjadi simbol kepada kekalahan dan jika mahu mengangkat maruah senjata masyarakat Melayu itu ialah dengan meletakkan mata keris tegak menghadap ke langit dan perlu mengutamakan nilai estetika yang ada pada senjata itu sehingga mengabaikan etika yang sepatutnya dipelihara.

• Dalam tradisi Melayu sejak zaman dahulu lagi menganggap keris bukan hanya semata-mata senjata untuk menyerang lawan sebaliknya turut dianggap sebagai jiwa Melayu.

Page 6: ARTIFAK MELAYU(KERIS)

• Keris Melayu bermakna keris daripada rumpun Melayu yang membawa makna keris Melayu.Pengiktirafan ini adalah satu kegembiraan di mana fungsi keris itu dapat dilihat daripada pelbagai aspek termasuk sudut teknologi pembuatan,nilai estetika,lambang kekuatan dan kepahlawanan hak warisan.

• Satu yang perlu diberi perhatian ialah nama mata dan sarung keris yang digunakan di Semenanjung dan Jawa adalah berbeza walaupun terdapat nama persamaan seperti Aring,Buntut,dan Ganja.

• Sebagai sebuah warisan budaya,keris adalah warisan khas kebudayaan Nusantara atau Melayu.Oleh itu ianya selalu dipakai oleh orang-orang di Riau,Bugis,Jawa dan Bali sebagai pelengkap bagi pakaian yang dipakai.

• Pada bahagian bilah melambangkan wujud lingga sedangkan bahagian ganja melambangkan wujud yoni.Dalam falsafah Hindu,persatuan antara lingga dan yoni adalah simbol kesuburan,keabdian dan kekuatan.

Page 7: ARTIFAK MELAYU(KERIS)

• Bilah keris harus membuat sudut tertentu terhadap ganja tidak tegak lurus,kedudukan bilah keris yang senget dan condong ini adalah lambang sifat yang terpuji,bahawa apapun kedudukan dan pangkat seseorang harus sentiasa tunduk hormat bukan hanya pada sang pencipta namun juga pada sesamanya.Hal ini kerana ia berkait rapat dengan falsafah atau budaya Melayu itu sendiri yang selalu merendah diri kepada yang Maha Esa dan kepada rajanya kerana Melayu itu tidak akan bertuan kepada yang lain selain rajanya.

• Dari segi fizikal hujung matanya yang serong itu berkait rapat dengan falsafah permainan keris itu sendiri yang penuh dengan tipu helah,contohnya arah tikaman tidak akan sama dengan sasaran tikaman.

• Hal ini sesuai dengan philosophy padi, “semakin berisi semakin menunduk”.Berdasarkan falsafah ini pendapat yang mengatakan bahawa keris adalah dibuat semata-mata untuk membunuh dengan sendirinya tertolak.

• Dari segi falsafah keris itu sendiri bermata 3 iaitu Kalih,Hiris,dan Rodok.Secara fizikalnya sememangnya kita tahu keris itu mempunyai 3 mata secara dasarnya namun apabila kita campurkan permukaannya yang berpamor kesat atau berlurah maka matanya menjadi 5.Sekiranya dicampurkan dengan hujung hulu dan aringnya maka matanya menjadi 7.Kesemua mata ini mempunyai nilai tempur yang tidak akan terfikir oleh sarjana Barat.

Page 8: ARTIFAK MELAYU(KERIS)

• Masih ramai yang keliru dan tidak memahami bagaimanakah sesebuah keris mendapat gelarannya.Berdasarkan apa yang telah dikaji keris digelar oleh orang ramai dengan sewenang-wenangnya tanpa memahami identiti keris itu sebenarnya.

• Hal ini semakin meruncing apabila pembuat keris terkini atau secara komersial mula menempah sarung dan hulunya tanpa memahami falsafah,rekabentuk dan sejarah keris itu sendiri.Pembuatan keris yang terkemudian dengan meniru bentuk yang asal(tetapi tidak mengikut spesifikasi sebenar) akan menyebabkan bentuknya akan terus kekal menyeleweng dan salah.

• Disebabkan ini tidak menghairankan sekiranya ada keris yang berhulu Pekaka,bersarung sampir Majapahit,mempunyai buntut Bugis dan mata kerisnya Sumatera.Keindahan senicipta keris semata-mata adalah tidak mencukupi kerana ianya hanya akan merosakkkan identiti budaya dan imej keris itu sendiri.

Page 9: ARTIFAK MELAYU(KERIS)

KESIMPULAN

• Walaupun terdapat senjata-senjata Melayu lain yang lebih lama dari keris seperti tombak dan pedang,namun kelihatan keris yang lebih dikaitkan dengan aspek-aspek “supernatural”.

• Status dan reputasi yang diterima oleh keris dalam worldview Melayu melambangkan keris sebagai simbol kejantanan,simbolis,kekuasaan,keyakinan dan lambang identiti Melayu jati.Tidak hairanlah percubaan Raffles pada 1822/23 untuk mengharamkan keris di Johor mendapat bantahan keras daripada rakyat dan Sultan Hussien dan Temenggung Ibrahim.Abdullah Munsyi juga melaporkan kekecohan berlaku di Singapura apabila lelaki Melayu dilarang memakai keris.

• Kini,fungsi dan pengaruh keris dalam kehidupan menjadi semakin berkurangan.Sifat utilitariannya telah diganti dengan tujuan regalia dan item dekoratif.Kuasa “supernatural”telah diganti dengan sains dan pemodenan sejagat.Statusnya kini juga telah berubah,namun apa yang pasti identiti keris mewakili bangsa dan budaya serta menjadi simbol Kemelayuan.

• Keris tidak dilupakan oleh dunia Melayu memandangkan sifat sosial “symptom yang universal di Kepulauan Melayu.Warisan yang tidak ternilai harganya ini haruslah dipelihara sewajarnya agar ianya terus berkekalan selama-lamanya.