art criticsm ina

3
ART CRITICSM 1. Description Lukisan teknik titik “Sarapan Pagi” oleh Muhammad Syahmi bin Azizinuddin, 2015 menggambarkan hidangan sarapan pagi yang biasa dinikmati oleh rakyat Malaysia sebagai imej utama. Lukisan murid tahun 5 ini menunjukkan hidangan yang terdiri daripada objek mug, pinggan, sudu dan sebungkus nasi lemak yang terletak di atas meja. Karya ini bertemakan lukisan still life. 2. Analysis Mempunyai beberapa unsur seni penggunaan warna netral iaitu biru tua sebagai penegasan objek gambar kepada latar belakang lukisan. Unsur jalinan tampak jelas dilihat pada gambar. Jalinan tampak ini memainkan peranan penting untuk menampakkan seolah-olah gambaran atau objek yang dilukis seperti keadaan sebenar. Contonya pada bungkusan nasi lemak yang dilihat seperti dibungkus dengan daun pisang. Penggunaan ruang cetek iaitu gambar objek yang tersusun di atas meja bagi menimbulkan kesan gambar yang lebih jelas dan dekat. Terdapat unsur bentuk ilusi yang dihasilkan pada lukisan ini iatu penggunaan titik-titik yang berton gelap dan cerah memberi kesan pencahayaan dan bayang pada bentuk gambar. Bentuk ilusi ini tida dapat disentuh tetapi dinikmati melalui deria penglihatan. Terdapat prinsip rekaan seperti kepelbagaian bentuk dan jenis objek iaitu gabungan bentuk geometri dan organic. Kepelbagaian ini menimbulkan daya tarikan dalam gubahan gambar yang dibuat.

Upload: fatin-nabila

Post on 14-Apr-2017

259 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Art criticsm ina

ART CRITICSM

1. Description Lukisan teknik titik “Sarapan Pagi” oleh Muhammad Syahmi bin Azizinuddin,

2015 menggambarkan hidangan sarapan pagi yang biasa dinikmati oleh rakyat Malaysia sebagai imej utama.

Lukisan murid tahun 5 ini menunjukkan hidangan yang terdiri daripada objek mug, pinggan, sudu dan sebungkus nasi lemak yang terletak di atas meja.

Karya ini bertemakan lukisan still life.

2. Analysis Mempunyai beberapa unsur seni penggunaan warna netral iaitu biru tua

sebagai penegasan objek gambar kepada latar belakang lukisan.

Unsur jalinan tampak jelas dilihat pada gambar. Jalinan tampak ini memainkan peranan penting untuk menampakkan seolah-olah gambaran atau objek yang dilukis seperti keadaan sebenar. Contonya pada bungkusan nasi lemak yang dilihat seperti dibungkus dengan daun pisang.

Penggunaan ruang cetek iaitu gambar objek yang tersusun di atas meja bagi menimbulkan kesan gambar yang lebih jelas dan dekat.

Terdapat unsur bentuk ilusi yang dihasilkan pada lukisan ini iatu penggunaan titik-titik yang berton gelap dan cerah memberi kesan pencahayaan dan bayang pada bentuk gambar. Bentuk ilusi ini tida dapat disentuh tetapi dinikmati melalui deria penglihatan.

Terdapat prinsip rekaan seperti kepelbagaian bentuk dan jenis objek iaitu gabungan bentuk geometri dan organic. Kepelbagaian ini menimbulkan daya tarikan dalam gubahan gambar yang dibuat.

Lukisan ini juga terdapat prinsip kesatuan tema jenis objek iaitu gabungan objek mug, sudu, pinggan dan nasi lemak yang berbagai saiz dan rupa bentuk yang menimbulkan satu gubahan yang teratur.

Page 2: Art criticsm ina

3. Interpretation

Karya “Sarapan pagi” membawa tema makanan. Pelukis menggambarkan hidangan sarapan pagi yang digemari oleh rakyat Malasia. Malahan kini, hidangan nasi lemak ini boleh dinikmati pada bila-bila masa bersama pelbagai jenis air seperti air teh, kopi, milo dan sebagainya.

Imej bungkusan nasi lemak digambarkan menggunakan daun pisang amat digemari kerana ia mempunyai aroma sangat wangi dan agak sukar untuk perolehi pada masa kini.

Imej objek digambarkan telah siap terhidang di atas meja untuk dinikmati.

4. Judgement

Pada pandangan saya, karya”Sarapan pagi” ini merupakan satu karya menarik dan mempunyai nilai estetika yang tersendiri walaupun pelukis masih berumur 11 tahun.

Dari sudut formalisme, pelukis telah dapat menggunakan unsur dan prinsip seni reka dengan baik dan pengolahan media dan teknik yang sesuai.

Dari segi ekspresivisme pula, pelukis karya ini berjaya meluahkan idea, perasaan dan pemikirannya melalui lukisan ini.