arkib negara malaysia (kementerian pelancongan … · tingkat bawah, wisma warisan jalan tuanku...

55
DOKUMEN SEBUTHARGA NO SEBUTHARGA : SHB/ANM/M/01/2016 TAJUK: PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN LIF BANGUNAN KEPADA ARKIB NEGARA MALAYSIA NEGERI PAHANG, KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA TARIKH TUTUP: ________________________ ARKIB NEGARA MALAYSIA (KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN) JALAN TUANKU ABDUL HALIM 50568 KUALA LUMPUR Nama Syarikat:………………………………….................... Alamat:……………………………………………………… ……………………………………………………………… ……………………………… No.Daftar MOF :…………............... Tempoh Daftar :………………....... ………………........ Taraf: BP / BBP 21 JANUARI 2016

Upload: danghuong

Post on 20-Mar-2019

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

DOKUMEN SEBUTHARGA

NO SEBUTHARGA : SHB/ANM/M/01/2016

TAJUK:

PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN LIF BANGUNAN KEPADA ARKIB NEGARA MALAYSIA NEGERI PAHANG,

KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA

TARIKH TUTUP: ________________________

ARKIB NEGARA MALAYSIA (KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN) JALAN TUANKU ABDUL HALIM 50568 KUALA LUMPUR

Nama Syarikat:…………………………………....................

Alamat:………………………………………………………

………………………………………………………………

………………………………

No.Daftar MOF :…………...............

Tempoh Daftar :……………….......

………………........

Taraf: BP / BBP

21 JANUARI 2016

SENARAI SEMAKAN (BEKALAN/PERKHIDMATAN/KERJA)

Sila tandakan Bagi Dokumen-dokumen Yang Disertakan.

Bil.

Perkara/Dokumen

Untuk Ditanda

Oleh Syarikat

Untuk Ditanda

Oleh Jawatankuasa

Pembuka Sebut

Harga

1.

Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Dari

Kementerian Kewangan

(Bekalan/Perkhidmatan)

2.

Salinan Sijil Akuan Bumiputera Dari

Kementerian Kewangan

(Bekalan/Perkhidmatan)

3.

Salinan Sijil Akuan Pembuat Dari Kementerian

Kewangan

(Bekalan/Perkhidmatan)

4. Salinan Sijil Pendaftaran Dari Pusat Khidmat

Kontraktor (Kerja)

5. Salinan Sijil Taraf Bumiputera Dari Pusat

Khidmat Kontraktor (Kerja)

6. Salinan Sijil Pendaftaran Dari CIDB

7.

Borang Sebut Harga Telah Diisi Dengan

Lengkap (termasuk nilai tawaran dan tempoh

siap) dan Ditandatangani

8. Borang Maklumat Penyebut Harga

9. Pematuhan Kepada Spesifikasi

10. Borang Penyerahan Contoh Dan Katalog

(jika berkaitan)

11. Cadangan Penyelenggaraan/Penyenggaraan

(jika perlu)

12. Senarai Kakitangan Teknikal

(jika berkaitan)

/

Bil.

Perkara/Dokumen

Untuk Ditanda

Oleh Syarikat

Untuk Ditanda

Oleh Jawatankuasa

Pembuka Sebut

Harga

13.

Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank bagi Tiga (3) Bulan Terakhir

14. Surat Pendaftaran Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)

PENGESAHAN OLEH SYARIKAT Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua maklumat yang dikemukakan adalah benar. Tandatangan: Nama: Jawatan: Tarikh:

UNTUK KEGUNAAN JABATAN Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga mengesahkan penerimaan dokumen bertanda kecuali bagi perkara bil. ................... (jika ada). Tandatangan: Nama: Jawatan: Tarikh: Tandatangan: Nama: Jawatan: Tarikh:

NO. SEBUTHARGA : SHB/ANM/M/01/2016

PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN LIF BANGUNAN KEPADA ARKIB NEGARA MALAYSIA NEGERI PAHANG,

KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA

KANDUNGAN

1.0 Notis Sebutharga

2.0 Kenyataan Sebutharga

3.0 Arahan dan Syarat-syarat Kepada Penyebutharga

4.0 Borang Sebutharga

5.0 Spesifikasi

6.0 Pematuhan Spesifikasi

7.0 Ringkasan Sebutharga (Pukal)

8.0 Jadual Harga

9.0 Borang Maklumat Latar Belakang Syarikat

10.0 Lampiran 1 – Surat Akuan Pembida

11.0 Kedudukan Kewangan Penyebutharga

(Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank bagi tiga (3) bulan terakhir)

12.0 Salinan Sijil-sijil Kementerian Kewangan dan Sijil-sijil Berkaitan

13.0 Surat Pengesahan Pemberian Kuasa sebagai Syarikat yang Bertanggungjawab untuk Kerja-kerja Penyelenggaraan Mesin Zeutschel

14.0 Senarai Kerja Semasa

15.0 Rekod Pengalaman Kerja

16.0 Profil Syarikat

17.0 Katalog dan Brosur (jika berkaitan)

PERINGATAN PENTING:

SILA SUSUN DOKUMEN SEBUT HARGA INI MENGIKUT TURUTAN DI ATAS. SETIAP PENYEBUTHARGA DIKEHENDAKI MEMBACA DAN MEMAHAMI KESELURUHAN BUTIRAN YANG TERKANDUNG DI DALAM DOKUMEN SEBUTHARGA INI SEBELUM MENYEMPURNAKANNYA. PENYEBUTHARGA YANG MEMBUAT KESILAPAN DAN TIDAK MEMATUHI MANA-MANA PERUNTUKAN DI DALAM DOKUMEN SEBUTHARGA INI TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.

1.0 NOTIS SEBUTHARGA

1

NOTIS SEBUTHARGA

Tawaran adalah dipelawa kepada Syarikat-Syarikat Tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang yang berkaitan dan masih sah tempohnya serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi perkhidmatan berikut :- No.Sebutharga : SHB / ANM / M / 01 / 2016 Tajuk Sebutharga : PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN LIF BANGUNAN

SELAMA 2 TAHUN KEPADA ARKIB NEGARA MALAYSIA NEGERI PAHANG, KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA

Syarat Pendaftaran : Kod Bidang 220505 Tarikh Buka : 14 Januari 2016 (Khamis) Tarikh Tutup : 21 Januari 2016 (Khamis) Dokumen Sebutharga hanya boleh didapati dengan memuat turun dari laman portal rasmi Arkib Negara Malaysia iaitu www.arkib.gov.my sepanjang tempoh iklan sebut harga. Dokumen Sokongan Tawaran Sebutharga (hardcopy) yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang berlakri dan ditulis di sebelah kiri sampul Tajuk Sebutharga, No. Sebutharga dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga di alamat seperti berikut:-

ARKIB NEGARA MALAYSIA NEGERI PAHANG, INDERA MAHKOTA 14,

BANDAR INDERA MAHKOTA, 25200 KUANTAN,

PAHANG Tarikh tutup tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh 21 Januari 2016 (Khamis).

Sebutharga yang lewat diterima dari tarikh dan masa ditetapkan TIDAK AKAN

DIPERTIMBANGKAN. Arkib Negara Malaysia Negeri Pahang, Kementerian Pelancongan dan

Kebudayaan Malaysia tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran.

Sebarang pertanyaan berkenaan sebut harga boleh hubungi Puan Noor Azlinda bt Md Musa di

talian tel.: 09-5734343.

2.0 KENYATAAN SEBUTHARGA

2

2.0 KENYATAAN SEBUTHARGA 2.1 Perihal

Penyebutharga adalah dipelawa bagi Perkhidmatan Penyelenggaraan Lif

Bangunan Kepada Arkib Negara Malaysia Negeri Pahang, Kementerian

Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

2.2 Perlaksanaan Sebutharga Tawaran sebutharga ini dilaksanakan secara manual.

2.3 Dokumen Sebutharga Pengambilan Dokumen Sebutharga hanya boleh diperolehi dengan memuat turun

melalui laman portal rasmi Arkib Negara Malaysia iaitu www.arkib.gov.my

sepanjang tempoh iklan sebutharga.

2.4 Kod Bidang Sebutharga ini terbuka kepada semua pembekal yang berdaftar dengan

Kementerian Kewangan Malaysia sama ada bertaraf Bumiputera atau bukan

Bumiputera dengan kod bidang berikut:-

Tajuk Kod Bidang

Perkhidmatan Penyelenggaraan Lif

Bangunan Selama Dua (2) Tahun

Kepada Arkib Negara Malaysia Negeri

Pahang, Kementerian Pelancongan dan

Kebudayaan Malaysia

220505

2.5 Pertanyaan Am Sebarang pertanyaan mengenai urusan Sebutharga boleh dibuat ke alamat berikut:-

Arkib Negara Malaysia

Bahagian Khidmat Pengurusan

Seksyen Pembangunan Dan Penyenggaraan

Tingkat Bawah, Wisma Warisan

Jalan Tuanku Abdul Halim (Jalan Duta)

50568 Kuala Lumpur.

(u.p.: Puan Hadijah binti Taib)

Tel: 03-6209 0694

Faks: 03-6201 5679

2.6 Pertanyaan Teknikal Sebarang pertanyaan teknikal hendaklah disalurkan kepada:-

Arkib Negara Malaysia Negeri Pahang

Indera Mahkota 14

Bandar Indera Mahkota

25200 Kuantan

Pahang Darul Makmur

(U.p.: Puan Noor Azlinda bt. Md Musa)

Tel : 09-5734343

Faks : 09-5733148

2.7 Dokumen Sebutharga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam

sampul surat yang berlakri dan ditulis di sebelah atas kiri sampul Tajuk sebutharga, Nombor Sebutharga yang disertai. Semua tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam peti Sebutharga di:-

ARKIB NEGARA MALAYSIA NEGERI PAHANG,

INDERA MAHKOTA 14, BANDAR INDERA MAHKOTA,

25200 KUANTAN, PAHANG

Penghantaran hendaklah tiba di alamat di atas sebelum atau pada jam 12.00

tengahari pada tarikh tutup sebutharga.

3.0 ARAHAN DAN SYARAT-SYARAT KEPADA

PENYEBUTHARGA

3

3.0 ARAHAN DAN SYARAT-SYARAT KEPADA PENYEBUT HARGA

NO. SEBUTHARGA : SHB/ANM/M/01/2016

3.1 Cadangan Sebut harga

3.1.1 Penyebut harga hanya dibenarkan menghantar SATU (1) cadangan sahaja

bagi sebut harga yang ditawarkan.

3.1.2 Penyebutharga dilarang sama sekali membuat pindaan ke atas borang

yang telah disediakan.

3.1.3 Cadangan sebut harga (secara manual) yang lengkap dan sempurna diisi

hendaklah dimasukkan ke dalam peti sebutharga yang disediakan sebelum

tarikh dan waktu tutup sebutharga. Peti sebutharga ditempatkan di alamat

seperti berikut:-

ARKIB NEGARA MALAYSIA NEGERI PAHANG,

INDERA MAHKOTA 14, BANDAR INDERA MAHKOTA,

25200 KUANTAN, PAHANG

Penghantaran dokumen tawaran sebutharga hendaklah tiba di alamat ini sebelum

12.00 tengahari pada tarikh tutup sebutharga. Kelewatan menghantar dokumen

tawaran sebutharga tidak akan dilayan.

3.1.4 Kandungan di dalam cadangan kewangan dan cadangan teknikal

hendaklah dipisahkan seperti format berikut:

i. Notis Sebut harga

ii. Kenyataan Sebut harga

iii. Arahan dan Syarat-syarat Kepada Penyebutharga

iv. Borang Sebut harga

v. Spesifikasi

vi. Pematuhan spesifikasi

vii. Ringkasan Sebut harga (Pukal)

viii. Jadual Harga

ix. Borang Maklumat Latar Belakang Syarikat

x. Surat Akuan Pembida

xi. Senarai Kerja Semasa

xii. Rekod Pengalaman Kerja

xiii. Kedudukan Kewangan Penyebutharga

(Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank bagi tiga (3) bulan terakhir)

xiv. Salinan Sijil-sijil Kementerian Kewangan dan Sijil-sijil Berkaitan

a. Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat daripada Kementerian

Kewangan Malaysia

b. Salinan Sijil Akuan Bumiputera daripada Kementerian Kewangan

c. Salinan Surat Pendaftaran Pelaksanaan Cukai Barang dan

Perkhidmatan (GST) (jika berdaftar)

xv. Profil Syarikat

xvi. Katalog dan Brosur (jika berkaitan)

3.1.5 Pihak kerajaan berhak menolak mana-mana dokumen yang tidak lengkap

atau lewat diterima.

3.2 Jangka Masa Sah Laku Sebutharga

Sebutharga mestilah sah laku dalam jangka masa sekurang-kurangnya 90 hari

daripada tarikh tutup Sebutharga.

3.3 Keperluan Dan Spesifikasi

Keperluan dan spesifikasi bagi skop perkhidmatan ini adalah dinyatakan dalam

Spesifikasi Teknikal.

3.4 Pindaan Dokumen Sebutharga

Pihak Kerajaan berhak pada bila-bila masa sebelum tarikh tutup Sebutharga

meminda dokumen Sebutharga dengan menyediakan Addendum. Kerajaan akan

memberi notis bertulis kepada Penyebutharga yang telah membeli dokumen

Sebutharga.

3.5 Pemberitahuan Tawaran

Kerajaan akan memberi notis bertulis dalam bentuk Surat Setuju Terima Sebut

harga kepada Penyebutharga yang berjaya apabila Sebut harganya dipersetujui

dalam jangka masa sah laku Sebut harga atau jangka masa tambahan yang

terlibat.

3.6 Cadangan Harga

3.6.1 Harga bagi semua perkara dan bidang kerja yang disebuthargakan mestilah

dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja dan hendaklah termasuk semua kos

perkhidmatan. Harga ini mestilah sah laku (valid) dalam tempoh 90 hari

daripada tarikh tutup Sebut harga.

3.6.2 Harga-harga yang ditawarkan adalah termasuk semua kos seperti

pengangkutan, perkhidmatan, peralatan, insurans dan lain-lain yang

bersangkutan dengan Perkhidmatan ini.

3.6.3 Harga-harga yang ditawarkan dalam sebutharga ini adalah tetap dan tidak

boleh dipinda selepas sebutharga ditutup dan akan berkuatkuasa selama

tempoh sahlaku sebutharga. Syarikat yang berjaya ditawarkan sebutharga

ini hendaklah mematuhi sepanjang masa kontrak berjalan dan tidak boleh

dibuat sebarang perubahan.

3.6.4 Fi perkhidmatan yang dijana melalui ePerolehan akan dikenakan kepada

pembekal/syarikat yang dilantik adalah seperti berikut:

a. Kadar Fi perkhidmatan sebanyak 0.8% bagi setiap transaksi tertakluk

kepada had maksimum berjumlah RM9,600.00 bagi transaksi yang

bernilai RM1.2 Juta atau lebih bagi perolehan atau kontrak yang

melibatkan hanya sekali bayaran (one-time payment); dan

b. Kadar Fi Perkhidmatan sebanyak 0.4% bagi setiap transaksi tertakluk

kepada had maksimum berjumlah RM4,800.00 bagi transaksi yang

bernilai RM1.2 Juta atau lebih bagi perolehan atau kontrak yang

melibatkan beberapa kali bayaran (multiple payment) sama ada

melalui Jadual Penghantaran (Delivery Schedule), Pencapaian

Perkhidmatan (Milestone), Bayaran Kemajuan (Progressive

Payment) atau atas permintaan (as-and-when-required) yang

ditetapkan dalam tempoh kontrak.

3.7 Insurans

Syarikat dengan perbelanjaan sendiri dikehendaki mengambil polisi insurans yang

diperakui iaitu Insuran Tanggungan Awam, Insuran Pampasan Pekerja dan lain-

lain polisi yang difikirkan perlu dan diminta oleh Kerajaan. Polisi insuran yang

diperakui dan resit premium yang telah dibayar hendaklah dikemukakan kepada

Kerajaan dalam masa empat belas (14) hari selepas notis penerima tawaran.

3.8 Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)

3.8.1 Semua tawaran harga oleh syarikat hendaklah dikemukakan tanpa

kenaan GST.

3.8.2 Syarikat hendaklah mengisytiharkan status pendaftaran dan

mengemukakan salinan Surat Pendaftaran Pelaksanaan Cukai Barang

dan Perkhidmatan (GST) kepada Jabatan ini.

3.8.3 Sekiranya syarikat yang berjaya adalah berdaftar GST dengan Jabatan

Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan akan mengeluarkan Surat Setuju

Terima kepada syarikat dengan tawaran harga termasuk kenaan GST

3.8.4 Bagi syarikat yang mengisytiharkan tidak dikenakan cukai dibawah Akta

GST, namun akan menjadi syarikat yang berdaftar GST setelah ditawarkan

perolehan tersebut, maka syarikat hendaklah memaklumkan dengan

segera kepada Jabatan ini perubahan status pendaftaran syarikat tersebut

di bawah Akta GST.

3.9 Iklan

Tiada maklumat mengenai kontrak boleh disiarkan di dalam akhbar, majalah atau

alat pengiklanan yang terkini melainkan jika pengiklanan itu telah pun dihantar dan

diluluskan oleh Kerajaan Malaysia terlebih dahulu.

3.10 Penyerahan Dokumen Sebutharga

3.10.1 Setiap cadangan sebutharga (secara manual) hendaklah dimasukkan

ke dalam satu (1) sampul surat dan dilabelkan seperti berikut:-

Sampul ini hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan di

sebelah kiri (atas) dituliskan seperti berikut:-

SHB/ANM/M/01/2016

PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN LIF BANGUNAN

SELAMA DUA (2) TAHUN KEPADA ARKIB NEGARA MALAYSIA NEGERI PAHANG, KEMENTERIAN

PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA

3.11 Peringatan Mengenai Kesalahan Rasuah

3.11.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi,

meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan

daripada, mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu

kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

Malaysia 2009.

3.11.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan

kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar

atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat

Badan Pencegah Rasuah atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan

berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

3.11.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap

anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor atau

pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan

rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

3.11.4 Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran

berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan di

bekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi

dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan

berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya

Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

3.12 Kaedah Pelaksanaan Integrity Pact Dalam Perolehan Kerajaan Melalui Sistem

ePerolehan

3.12.1 Penyebut harga adalah tertakluk kepada Surat Arahan Perbendaharaan

(SAP) mengenai pelaksanaan Integrity Pact bagi mengukuhkan usaha ke

arah meningkatkan integriti dan ketelusan dalam perolehan Kerajaan.

3.12.2 Sehubungan dengan itu penyebutharga DIWAJIBKAN mengisi Surat

Akuan Pembida seperti di Lampiran 1

4.0 Kesimpulan

Penyebutharga adalah dinasihat berhati-hati di dalam penyediaan semua

maklumat dan memastikan maklumat yang perlu diisi di semua jadual adalah

dipatuhi.

4.0 BORANG SEBUT HARGA

4

BORANG SEBUT HARGA

Pengarah Arkib Negara Malaysia Negeri Pahang, Indera Mahkota 14, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang Darul Makmur. Tuan, NO. SEBUTHARGA : SHB/ANM/M/01/2016 PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN LIF BANGUNAN SELAMA DUA (2) TAHUN KEPADA ARKIB NEGARA MALAYSIA NEGERI PAHANG, KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA

Saya/kami yang bertandatangan di bawah, dengan ini mengemukakan tawaran bagi

perkhidmatan yang disebuthargakan dengan harga berjumlah Ringgit Malaysia:

………...…………………......……….……......……………………………………………………

………………………………............................................................……………………………

……..….. Sahaja (RM...........................). Tawaran ini mempunyai sah laku untuk tempoh

selama sembilan puluh (90) hari dari tarikh sebutharga ini ditutup.

2. Saya/kami yang bertandatangan di bawah ini bersetuju sepenuhnya:

a) Bahawa tawaran ini akan dijadikan asas oleh Kerajaan untuk penerimaan

tawaran kami;

b) Bahawa Kerajaan tidak terikat untuk menerima sebutharga dengan harga

yang terendah atau mana-mana sebutharga atau memberi apa-apa sebab

di atas penolakan sesuatu sebutharga;

c) Bahawa Kerajaan berhak untuk menerima keseluruhan atau sebahagian

daripada tawaran Penyebutharga mengikut pakej atau menerima tawaran

pakej yang sama daripada lebih satu Penyebutharga;

d) Bahawa keputusan jawatankuasa sebutharga adalah muktamad;

e) Bahawa sekiranya tawaran kami diterima maka satu kontrak yang formal

akan ditandatangani antara pihak kami dengan Kerajaan selaras dengan

tawaran yang diberikan;

f) Bahawa Borang Sebut harga (Borang Tawaran sebut harga) berserta

dengan Surat Setuju Terima Sebut harga ini hendaklah menjadi

sebahagian daripada kontrak yang mengikat antara Kerajaan dan

Penyebutharga walaupun kontrak yang formal belum dilaksanakan;

g) Bahawa kami bersetuju untuk menyempurnakan perkhidmatan dalam

tempoh yang dinyatakan;

h) Bahawa sekiranya kami menolak tawaran ini atau jika maklumat yang

diberikan adalah palsu, Kerajaan boleh menarik balik penganugerahan

sebutharga yang diberikan dan membawa kes ini ke Mahkamah; dan

i) Bahawa kami akan mematuhi segala syarat-syarat seperti mana yang

dinyatakan di dalam dokumen sebutharga ini.

Bagi pihak Penyebutharga: Tandatangan Penyebutharga : …………………………………………………….

Nama Penuh : …………………………………………………….

No. Kad Pengenalan : …………………………………………………….

Alamat/Cop Syarikat : …………………………………………………….

…………………………………………………….

…………………………………………………….

Di hadapan:

Tandatangan Saksi : …………………………………………………….

Nama Penuh Saksi : …………………………………………………….

No. Kad Pengenalan Saksi : …………………………………………………….

Alamat : …………………………………………………….

…………………………………………………….

…………………………………………………….

5.0 SPESIFIKASI

5

SPESIFIKASI TEKNIKAL

PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN LIF BANGUNAN SELAMA DUA (2) TAHUN KEPADA ARKIB NEGARA MALAYSIA NEGERI PAHANG, KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA

SHB/ANM/M/01/2016

A. ALAT GANTI

BIL. PERKARA SPESIFIKASI MINIMA PEMATUHAN (YA/TIDAK)

CADANGAN PENYEBUTHARGA (WAJIB DIISI)

i. Jenis alat ganti ( baharu )

a.D200-S18-5 STOPS X 1 UNIT ( DUMBWAITER) PMA NO. PH PMA 1859 b. P20-CO60-5 STOPS X 1 UNIT (L#1) PMA NO. PH PMA 1857 c. P24-CO60-5 STOPS X 1 UNIT (L#2) PMA NO. PH PMA 1858

ii. Kerja-kerja mengkonfigurasi

i- Mengkonfigurasi system fungsi peralatan lif

iii. Kerja-kerja Pelarasan

i. Memeriksa, ubahsuai, lincir

dan selenggara mesin – mesin. ii. Selenggara motor pengendali Mesin. iii. Selenggara dan ganti kereta lif

dan alat ganti seperti skru berpusar, komutator, alas bebola, pemacu,lingkaran brek bermagnet,alas brek, berus,

BIL. PERKARA SPESIFIKASI MINIMA PEMATUHAN (YA/TIDAK)

CADANGAN PENYEBUTHARGA (WAJIB DIISI)

pemutar, kabel konduktor dan papan litar bercetak (sekiranya perlu).

iv. Bersih dan selaras mesin, tali, ikatan, pemasangan, pengawalan, pintu, pengunci ;interlock’, pendawaian motor dan alatan keselamatan.

v. Sedia semua alatan keperluan untuk licinkan dan lincirkan mesin.

vi. Penyelenggaraan kerosakan

secara komprehensif.

vii. Ganti pemacu gandar atau roda apabila perlu. Landasan gandar berpelincir sekiranya perlu.

viii. Ganti pendawaian sekerap

perlu untuk pastikan ketegangan semua tali kabel.

ix. Campuran pelincir ikut kehendak Kontraktor.

x. Periksa secara berkala semua

alatan keselamatan dan alatan dalam jentera yang

BIL. PERKARA SPESIFIKASI MINIMA PEMATUHAN (YA/TIDAK)

CADANGAN PENYEBUTHARGA (WAJIB DIISI)

kawal secara automatic kelajuan, kemasuk dan lain – lain.

xi. Hantar laporan perkhidmatan

setelah setiap kali perkhidmatan dilaksanakan.

iv.

Waranti a) Tempoh waranti b) Jenis waranti

Empat (4) minggu

Tapak Lokasi (Parts and labour)

6.0 PEMATUHAN SPESIFIKASI

6

JADUAL PEMATUHAN – PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN LIF BANGUNAN SELAMA DUA (2) TAHUN KEPADA ARKIB NEGARA MALAYSIA NEGERI PAHANG, KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA. JADUAL SYARAT DAN SKOP KERJA

KLAUSA KETERANGAN SPESIFIKASI PEMATUHAN (YA/TIDAK)

CADANGAN PENYEBUTHARGA (SILA PERINCIKAN)

A PRA-PEMBEKALAN

1.0 JADUAL-JADUAL SEBUTHARGA

1.1 Penyebutharga WAJIB mengisi semua medan PEMATUHAN dan CADANGAN PENYEBUTHARGA dengan lengkap dan sempurna. Sekiranya tiada, isikan ‘TIADA’.

1.2 Penyebutharga WAJIB menyediakan perincian dalam medan CADANGAN PENYEBUTHARGA. Penggunaan istilah seperti "AMBIL MAKLUM", "MEMAHAMI", "BERSETUJU”, “SEPERTI DINYATAKAN” atau apa jua istilah/ayat yang ditakrifkan sebagai bukan perincian cadangan adalah tidak akan diterima dan menyebabkan cadangan penyebutharga ditolak. Sekiranya ruang tidak mencukupi, sila lampirkan Lampiran dalam format medan yang sama.

1.3 Penyebutharga WAJIB membekalkan dokumentasi (seperti risalah, brosur dan maklumat produk) dan menandakan produk yang dicadangkan dengan jelas.

1.4 Penyebutharga WAJIB mengemukakan senarai komposisi terperinci peralatan yang dicadangkan seperti Jenama, Nombor Model, Pengeluar, Tahun Pembuatan dan Negara Asal pada Jadual Spesifikasi Teknikal.

KLAUSA KETERANGAN SPESIFIKASI PEMATUHAN (YA/TIDAK)

CADANGAN PENYEBUTHARGA (SILA PERINCIKAN)

1.5 Penyebutharga hendaklah memberikan perhatian khusus kepada kesempurnaan peralatan yang ditawarkan merangkumi semua komponen yang diperlukan bagi melengkapkan sistem kerja sama ada jelas dinyatakan dan diperincikan di dalam spesifikasi ini atau tidak. Jika ada, komponen tersebut hendaklah diperincikan dalam Spesifikasi (Other Features). Sekiranya tidak dinyatakan atau tertinggal dari Jadual Peralatan dan Jadual Harga, tetapi kemudiannya didapati perlu bagi kesempurnaan dan fungsi sesuatu peralatan, maka kos peralatan tersebut akan ditanggung sepenuhnya oleh penyebutharga.

1.6 Cadangan penyebutharga yang memberikan maklumat palsu atau membuat percubaan untuk menipu Kerajaan, tidak akan dipertimbangkan untuk penilaian.

1.7 Cadangan penyebutharga adalah tidak lengkap sekiranya meninggalkan mana-mana medan tanpa sebarang maklumat, dan cadangan tersebut tidak akan dipertimbangkan.

2.0 TEMPOH PERKHIDMATAN

2.1 Penyebutharga WAJIB melaksanakan kerja-kerja bagi sebutharga ini dalam tempoh 6 minggu dari tarikh surat setuju terima ditandatangani.

2.3 Penyebutharga WAJIB mencadangkan jadual terperinci penghantaran dan pemasangan (Carta Gantt) peralatan ke Tapak Lokasi termasuk tempoh penghantaran, pemasangan, konfigurasi, penyelenggaraan dan pengujian.

KLAUSA KETERANGAN SPESIFIKASI PEMATUHAN (YA/TIDAK)

CADANGAN PENYEBUTHARGA (SILA PERINCIKAN)

3.0 KEUPAYAAN PENYEBUTHARGA

3.1 Penyebutharga WAJIB mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman menyelenggara peralatan lif bangunan. Penyebutharga perlu melengkapkan di Lampiran A.

3.3 Penyebutharga WAJIB memberikan perkhidmatan sokongan mengikut Jaminan Tanda Aras Perkhidmatan (SLA) yang dipersetujui.

4.0 PEMBEKALAN

4.1 Penyebutharga WAJIB menyediakan peralatan dalam kuantiti seperti yang dinyatakan berikut:

BIL PERALATAN KUANTITI

D200-S18-5 STOPS X 1 UNIT ( DUMBWAITER) PMA NO. PH PMA 1859 P20-CO60-5 STOPS X 1 UNIT (L#1) PMA NO. PH PMA 1857 P24-CO60-5 STOPS X 1 UNIT (L#2) PMA NO. PH PMA 1858

3

4.2 Kerajaan mempunyai hak untuk mengubah kuantiti dan/atau spesifikasi mana-mana peralatan yang dinyatakan dalam dokumen sebutharga ini, dengan memberikan notis bertulis kepada penyebutharga.

KLAUSA KETERANGAN SPESIFIKASI PEMATUHAN (YA/TIDAK)

CADANGAN PENYEBUTHARGA (SILA PERINCIKAN)

4.3 Semua peralatan yang ditawar dan dibekalkan dalam sebutharga ini mestilah baharu, belum digunakan, bukan peralatan ‘refurbished’, bukan peralatan ‘display’ serta daripada generasi dan model terbaharu. Tahun peralatan dibuat WAJIB dinyatakan dengan tepat.

4.4 Penyebutharga WAJIB menawarkan peralatan yang setara atau lebih baik daripada spesifikasi yang ditetapkan.

4.5 Penyebutharga WAJIB menyediakan unit pengujian atau mengadakan sesi ujian di premis pengeluar/ pengilang/pengedar utama bagi tujuan penandaarasan (‘benchmark’), jika diperlukan oleh Kerajaan.

KLAUSA KETERANGAN SPESIFIKASI PEMATUHAN (YA/TIDAK)

CADANGAN PENYEBUTHARGA (SILA PERINCIKAN)

5.0 PENGHANTARAN

5.1 Penyebutharga WAJIB menghantar, memasang dan mengkonfigurasi peralatan di Tapak Lokasi seperti yang ditetapkan di Lampiran B.

5.2 Bagi mengelakkan kerosakan, semua peralatan WAJIB dibungkus dengan sempurna.

5.3 Penyebutharga WAJIB menyediakan kemudahan pengangkutan bagi semua urusan logistik ke Tapak Lokasi.

5.4 Penyebutharga WAJIB memastikan semua peralatan yang dibekalkan berfungsi dan lengkap sebelum dihantar ke Tapak Lokasi.

5.5 Penyebutharga WAJIB memaklumkan pegawai yang bertanggungjawab di Tapak Lokasi, satu (1) minggu sebelum bermulanya proses penghantaran.

5.6 Penyebutharga adalah bertanggungjawab terhadap setiap kerosakan pada premis, jika berlaku semasa penghantaran, pemunggahan, pengagihan dan pemasangan.

5.7 Semua kos berkaitan penghantaran, pemunggahan, keperluan lif barang, pengagihan dan pemasangan adalah ditanggung oleh penyebutharga.

5.8 Penyebutharga WAJIB mengambil semula pembungkusan peralatan (kotak, plastik dan sebagainya). Kos urusan pengumpulan, pengangkutan dan pemunggahan ini adalah ditanggung penyebutharga.

KLAUSA KETERANGAN SPESIFIKASI PEMATUHAN (YA/TIDAK)

CADANGAN PENYEBUTHARGA (SILA PERINCIKAN)

6.0 PEMASANGAN DAN PENGUJIAN

6.1 Penyebutharga WAJIB membuat pemasangan peralatan yang dibekalkan dengan sempurna. Semua kabel hendaklah diikat dengan kemas.

6.2 Penyebutharga WAJIB memastikan semua perkakasan dan perisian dipasang, dikonfigurasi dan diuji dengan betul dan berfungsi dengan sempurna.

6.3 Penyebutharga WAJIB membuat pelabelan pada peralatan. Label hendaklah dilabelkan dengan betul dan jelas untuk memudahkan pengenalan. Pelabelan perlu terdiri daripada Nombor Talian Bantuan Teknikal (Helpdesk) dan Kod Aset secara terkumpul (monitor, CPU, papan kekunci, tetikus dan aksesori). Label tersebut mestilah yang tidak boleh ditanggalkan.

KLAUSA KETERANGAN SPESIFIKASI PEMATUHAN (YA/TIDAK)

CADANGAN PENYEBUTHARGA (SILA PERINCIKAN)

6.4 Semua kos berkaitan pengagihan termasuk logistik, pemasangan, pengujian dan pelabelan adalah ditanggung oleh penyebutharga.

7.0 PENTAULIAHAN

7.1 Penyebutharga WAJIB mengemukakan kepada Kerajaan cadangan format Equipment Acceptance Test (EAT) bersama-sama dengan dokumen lengkap prosedur ujian penerimaan dalam tempoh enam (6) minggu daripada tarikh Surat Setuju Terima.

7.2 Kerajaan mempunyai hak untuk membuat pengurangan dan penambahan pada cadangan format EAT berdasarkan keperluan semasa sebelum penyemakan dan pengujian dibuat.

7.3 Penyebutharga WAJIB mendapatkan pengesahan pengujian dan pentauliahan peralatan daripada pegawai bertanggungjawab di Tapak Lokasi untuk setiap unit peralatan yang dipasang. Peralatan tersebut WAJIB dipasang dengan sempurna dan beroperasi dengan baik. Penyebutharga dikehendaki mengemukakan satu salinan borang pengesahan yang ditandatangan oleh pegawai yang bertanggungjawab di Tapak Lokasi kepada Kerajaan.

7.4 Pengesahan dari Tapak Lokasi adalah diperlukan untuk tujuan perakuan Kerajaan. Penyebutharga WAJIB memastikan dokumentasi ini lengkap dan sempurna untuk diserahkan kepada Kerajaan.

KLAUSA KETERANGAN SPESIFIKASI PEMATUHAN (YA/TIDAK)

CADANGAN PENYEBUTHARGA (SILA PERINCIKAN)

7.5 Penyebutharga WAJIB memajukan senarai peralatan (Jenis, Jenama/Model, No. Siri) dalam bentuk bertulis (hardcopy dan softcopy) kepada Kerajaan dalam tempoh dua (2) minggu daripada tarikh pentauliahan, dan daftar ini hendaklah dikemaskini setiap kali melaksanakan penyelenggaraan pencegahan (PM) meliputi maklumat peralatan dan maklumat penempatan.

7.6 Semua kos berkaitan penyemakan dan pentaulihan termasuk logistik adalah ditanggung oleh penyebutharga.

8.0 KELEWATAN PEMBEKALAN, PENGHANTARAN, PEMASANGAN, PENGUJIAN DAN PENTAULIAHAN

8.1 Penyebutharga mesti bersetuju dikenakan denda/penalti sekiranya gagal memenuhi tempoh pemasangan yang ditetapkan di Klausa 2.1. Kadar denda/penalti ditetapkan di dalam Surat Setuju Terima.

9.0 WAKTU BEKERJA

9.1 Penyebutharga mesti bersetuju untuk menjalankan kerja-kerja dalam tempoh Waktu Bekerja Berperingkat Kerajaan yang ditetapkan (7.30 pagi – 5.30 petang). Sebarang kerja yang ingin dilaksanakan diluar waktu kerja hendaklah dimaklumkan kepada Kerajaan untuk kelulusan.

B KONTRAK PEMBEKALAN

1.0 PERKHIDMATAN SOKONGAN TEKNIKAL

1.1 Semua perkhidmatan sokongan dan perkhidmatan pembaikan hendaklah dilakukan di Tapak Lokasi tanpa sebarang kos tambahan.

1.2 Maklumat penuh perkhidmatan sokongan yang ditawarkan berkenaan dengan sebutharga ini hendaklah disediakan. Penyebutharga WAJIB mengemukakan butiran mengenai bilangan pusat/cawangan perkhidmatan, telefon, faksimili dan pegawai yang boleh dihubungi di Lampiran C.

1.3 PERJANJIAN TANDA ARAS PERKHIDMATAN (SLA)

1.3.1 PEMBAIKAN KEROSAKAN TIDAK MELIBATKAN ALAT GANTI

a Peralatan yang ditempatkan di Tapak Lokasi perlu dibaiki dalam tempoh satu (1) hari bekerja dari Tarikh/Masa Laporan Kerosakan.

1.4 Semua rekod perkhidmatan sokongan hendaklah disahkan oleh pegawai bertanggungjawab di Tapak Lokasi dan Ibu Pejabat Utama. Rekod perkhidmatan sokongan akan disemak oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.

1.5 Semua kemudahan yang diperlukan untuk Perkhidmatan Sokongan Teknikal (kit pembaikan, troli, pengangkutan dan sebagainya) WAJIB disediakan penyebutharga dan segala kos tersebut adalah ditanggung oleh penyebutharga.

1.6 Peralatan yang dibawa keluar dari premis Kerajaan WAJIB mendapat kelulusan dari Kerajaan. Penyebutharga WAJIB mendapatkan kelulusan tersebut terlebih dahulu sebelum membawa keluar peralatan berkaitan.

KLAUSA KETERANGAN SPESIFIKASI PEMATUHAN (YA/TIDAK)

CADANGAN PENYEBUTHARGA (SILA PERINCIKAN)

1.7 Peralatan yang sering rosak, melebihi lima (5) kali dalam tempoh tiga (3) bulan, dianggap sebagai cacat (‘defect’) dari segi pembuatan. Penyebutharga WAJIB menukarkan peralatan tersebut dengan peralatan baru yang sama spesifikasinya.

2.0 PENYELENGGARAN BERKALA

2.1 Penyebutharga WAJIB menjalankan penyelenggaraan secara berjadual sebanyak 24 kali dalam 2 tahun ke atas semua peralatan yang dibekalkan sepanjang tempoh jaminan. Laporan penyelenggaraan hendaklah dikemukakan sekurang-kurangnya 3 hari selepas penyelenggaraan dibuat kepada Kerajaan untuk semakan dan pengesahan.

2.2 Penyebutharga WAJIB menyelenggara dan menukar alat ganti (sekiranya perlu) bagi perkakasan dan perisian sepanjang tempoh jaminan.

2.3 Penyebutharga WAJIB mengemukakan kepada Kerajaan borang cadangan penyelenggaraan untuk persetujuan, meliputi penyelenggaraan perkakasan dan perisian.

2.4 Penyebutharga WAJIB menyediakan kemudahan dan logistik yang bersesuaian bagi memastikan penyelenggaraan dapat dijalankan dengan lancar tanpa sebarang caj kepada Kerajaan.

KLAUSA KETERANGAN SPESIFIKASI PEMATUHAN (YA/TIDAK)

CADANGAN PENYEBUTHARGA (SILA PERINCIKAN)

3.0 PEMBAYARAN

3.1 Penyebutharga bersetuju untuk menerima bayaran setelah perkhidmatan disempurnakan.

3.2 Penyebutharga bersetuju untuk mengemukakan dokumen sokongan yang lengkap dalam tempoh yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran proses pembayaran.

4.0 MAKLUMBALAS RASMI

4.1 Penyebutharga bersetuju memberikan maklumbalas rasmi dalam tempoh satu (1) hari bekerja bagi semua urusan komunikasi dan surat-menyurat Kerajaan.

4.2 Penyebutharga WAJIB memaklumkan Kerajaan secara bertulis, jika berlaku sebarang perubahan dalam syarikat penyebutharga, yang boleh mengganggu perolehan ini, disepanjang tempoh jaminan.

KLAUSA KETERANGAN SPESIFIKASI PEMATUHAN (YA/TIDAK)

CADANGAN PENYEBUTHARGA (SILA PERINCIKAN)

2.0 DOKUMENTASI

2.1 Penyebutharga hendaklah menyediakan manual dan dokumentasi yang bersesuaian, jika diperlukan.

2.2 Penyebutharga WAJIB menyediakan dokumentasi yang diperlukan oleh Kerajaan untuk menyokong urusan perolehan ini.

3.0 PERAKUAN KESELAMATAN

3.1 Penyebutharga bersetuju untuk melindungi semua maklumat terperingkat yang diketahui melalui sebutharga ini.

3.2 Penyebutharga bersetuju untuk tidak mendedahkan maklumat mengenai perolehan ini untuk apa jua kegunaan selain daripada kegunaan menyempurnakan sebutharga ini.

3.3 Penyebutharga bersetuju membekalkan maklumat-maklumat sokongan dan salinan-salinan dokumen bagi tujuan menyokong perakuan keselamatan.

4.0 TEMPOH JAMINAN

4.1 Tempoh jaminan bagi semua peralatan dan perisian yang dibekalkan bermula pada tarikh Ujian Penerimaan Akhir ( FAT ).

Pengesahan daripada Penyebut Harga:

__________________________________

Tandatangan Penyebut Harga

Nama : ...........................................................

No. K/P : ...........................................................

Alamat : ...........................................................

...........................................................

...........................................................

...........................................................

Tarikh : ............................

7.0 RINGKASAN SEBUTHARGA (PUKAL)

7

RINGKASAN SEBUT HARGA (PUKAL)

TAJUK: PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN LIF BANGUNAN SELAMA DUA

(2) TAHUN KEPADA ARKIB NEGARA MALAYSIA NEGERI PAHANG,

KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA.

NO.SEBUTHARGA : SHB/ANM/M/01/2016

Bil Butir-butir kerja

Jumlah Harga

(RM)

Kerja-kerja Penyelenggaraan Lif Bangunan

i. D200-S18-5 STOPS X 1 UNIT ( DUMBWAITER) PMA NO. PH PMA 1859

ii. P20-CO60-5 STOPS X 1 UNIT (L#1) PMA NO. PH PMA 1857

iii. P24-CO60-5 STOPS X 1 UNIT (L#2) PMA NO. PH PMA 1858

…………………………..

Jumlah dibawa ke Borang Sebut Harga (RM) ……………………………

Jumlah harga pukal sebanyak Ringgit Malaysia (dengan perkataan):

________________________________

Tandatangan Penyebut Harga

Nama : ...........................................................

No. K/P : ...........................................................

Alamat : ...........................................................

...........................................................

...........................................................

Tarikh : ..............................

8.0 JADUAL HARGA

8

JADUAL HARGA TAJUK: PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN LIF BANGUNAN SELAMA DUA

(2) TAHUN KEPADA ARKIB NEGARA MALAYSIA NEGERI PAHANG,

KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA.

NO.SEBUTHARGA : SHB/ANM/M/01/2016

Bil. Item Kuantiti/

Kekerapan

Harga Seunit

(RM)

Jumlah

(RM)

Kerja-kerja Penyelenggaraan Lif: i.D200-S18-5 STOPS X 1 UNIT ( DUMBWAITER) PMA NO. PH PMA 1859 ii. P20-CO60-5 STOPS X 1 UNIT (L#1) PMA NO. PH PMA 1857 iii. P24-CO60-5 STOPS X 1 UNIT (L#2) PMA NO. PH PMA 1858

…………… ………………. ……………….

Caj Teknikal :

- Kerja-kerja penggantian kompenen yang rosak.

- Merumus dan mengenalpasti masalah kerosakan

. - Mengkonfigurasi semula system fungsi peralatan pelincir dan lif

- Menyelaras ketegangan tali kabel

- Penggantian pendawaian sekerap perlu

- Memeriksa secara berkala semua alatan keselamatan dan alatan di dalam jentera secara automatic kelajuan, kemasukan dan lain - lain

- Penyelenggaraan kerosakan

1 ……………….. ………………

secara komprehensif.

- Periksa keadaan governor

- Periksa brek

- Periksa semua ‘sensor’

- Mengservis dan membersih peralatan gandar kerta serta kerja-kerja lain yang berkaitan.

- Memeriksa kotak litar kawalan

- Memeriksa kotak fuis agihan

- Memeriksa bateri

- Memeriksa alas bebola utama, gear bahagian utama, skru yang berputar

- Periksa suis had biasa dan akhir

- Selenggara semua kelengkapan – kelengkapan lif.

JUMLAH

……..………..

JUMLAH BERSIH ……………….

9.0 MAKLUMAT LATAR BELAKANG SYARIKAT

9

LATAR BELAKANG SYARIKAT

(Arahan kepada Syarikat :- semua butir-butir di dalam borang ini hendaklah diisikan oleh Syarikat dengan betul dan lengkap dan dikembalikan bersama-sama dengan borang

sebutharga. Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan sebutharga ini ditolak atau/ dan mengakibatkan tindakan tatatertib diambil ke atas Syarikat berkenaan )

Bahagian A : Maklumat Asas 1. Nama Syarikat : ………………………………………………................................ 2. Alamat Syarikat : ………………………………………………................................ ………………………………………………................................. 3. No. Tel. Pejabat : ………………………………………………................................ 4. No. Pendaftaran Dengan Kementerian Kewangan : ………………………………………………................................ 5. Tarikh Didaftarkan : ………………………………………………................................ 6. Tempoh Sah Pendaftaran : Dari……………………… Hingga …………................. 7. ( i ) Taraf Bumiputra : Ya / Tidak * ( ii ) Tarikh Kuatkuasa : ………………………………………………..................... ( iii) Tarikh Tamat : ………………………………………………..................... 8. Bagi Syarikat Sdn Bhd, nyatakan : a) Modal Dibenarkan : ……………………………………………….................... b) Modal Berbayar : ……………………………………………….................... * potong mana tidak berkenaan

Ahli-Ahli Syarikat / Pemilik

i) Ahli Lembaga Pengarah

Bil Nama Jawatan Saham Modal

Dipegang

ii ) Ahli- Ahli Pengurusan

Bil Nama Jawatan Kelulusan

Akademik/ Ikhtisas

10.0 SURAT AKUAN PEMBIDA

10

LAMPIRAN 1

SURAT AKUAN PEMBIDA

PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN LIF BANGUNAN KEPADA ARKIB NEGARA

MALAYSIA NEGERI PAHANG, KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN

MALAYSIA.

NO. SEBUTHARGA: SHB/ANM/M/01/2016

Saya,………...………............................. No.Kad Pengenalan …………….................... yang

mewakili …………................................................. nombor Pendaftaran

…….......................…… dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana

individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-

mana individu dalam Jabatan Arkib Negara Malaysia atau mana-mana individu lain,

sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas. Bersama ini

dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas

untuk membuat pengisytiharan ini.

2. Sekiranya saya, atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati cuba

menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Jabatan Arkib Negara

Malaysia atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut

harga* seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan

berikut diambil:

2.1 Penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; atau

2.2 Penamatan kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; dan

2.3 Lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan yang

berkuat-kuasa.

3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau

mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih

dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera

melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran.

Yang Benar,

……….................………….. (Nama dan No. KP) Cop Syarikat : Catatan: i) *Potong mana yang tidak berkenaan. ii) Surat akuan ini hendaklah dikemukakan bersama Surat Perwakilan Kuasa

11.0 KEDUDUKAN KEWANGAN SYARIKAT

1. Sila sertakan dokumen berikut:

Salinan Penyata Bulanan Bank bagi tiga (3) bulan terakhir sebelum tarikh tutup

Sebutharga.

Sebutharga yang tidak disertakan dengan salah satu dokumen di atas akan

DITOLAK.

11

12.0 SALINAN SIJIL-SIJIL KEMENTERIAN KEWANGAN

DAN SIJIL-SIJIL BERKAITAN

Sila sertakan salinan Sijil Akuan Pendaftaran dan Sijil Akuan Bumiputra yang telah

disahkan.

Sila sertakan Surat Pendaftaran Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)

(jika berdaftar)

Sila sertakan lain-lain sijil yang berkaitan (jika ada)

12

13.0 SENARAI KERJA SEMASA

13

SENARAI KERJA SEMASA a)

Nota: Sila sertakan bukti

Nama Kontrak

Agensi Tempoh

Masa Harga

Kontrak

Tarikh Nama & No. Telefon Pegawai Yang

Bertanggungjawab Untuk dihubungi

Mula Tamat

14.0 REKOD PENGALAMAN KERJA

14

REKOD PENGALAMAN KERJA

Nota: Sila sertakan bukti

Nama Kontrak

Agensi Tempoh

Masa Harga

Kontrak

Tarikh Nama & No. Telefon Pegawai Yang

Bertanggungjawab Untuk dihubungi

Mula Tamat

15.0 PROFIL SYARIKAT

15

16.0 KATALOG DAN BROSUR

16