arahan tetap guru besar
DESCRIPTION
sekolahTRANSCRIPT
ARAHAN TETAP GURU BESAR
ARAHAN TETAP GURU BESAR
1. Keceriaan - Guru dan kakitangan sentiasa mengambil daya usaha dan tanggungjawab
untuk menjaga, mengawal dan melaksanakan secara individu dan bersama
menjaga kebersihan dan keceriaan persekitaran sekolah.
- Mewujudkan suasana sekolah yang aman, tenteram, tenang, bersih dan
Indah dan selamat.2. Waktu Mengajar TAHAP 1 & TAHAP 2: - Sesi persekolahan dari jam 7.10 pagi hingga 1.20 petang (Ahad-Khamis ) - Hari Ahad : Program Pagi /EW20 selama 15 minit ( 7.10 -7.25 pagi )
Perhimpunan mingguan selama 30 minit ( 7.30 8.00 pagi) - Hari Selasa dan Rabu diadakan Program Pagi/ EW20 selama 20 minit
( 7.10 7.30 pagi ). - Pada hari Khamis diadakan program membudayakan Al-Quran ( 7.10-7.30 pagi )
TAHAP 2 SAHAJA: - Program 1M1S dijalankan pada hari Selasa setiap minggu mulai jam
7.30 8.30 pagi. Loceng akan dibunyikan oleh guru bertugas mingguan.
- Pada hari Rabu, aktiviti kokurikulum kelab / persatuan atau unit beruniform
akan dijalankan selama 1 jam mulai jam 12.20 - 1.20 petang.
3. Pakaian
3.1 Guru - Pakaian kemas dan sopan
- Pakai tanda nama
- Pakai tali leher untuk guru lelaki
- Guru yang mengajar PJ dikehendaki memakai pakaian sukan. 3.2 Kakitangan/ - Pakaian kemas
Pekerja - Pakai tanda nama
- Memakai pakaian seragam
3.3 Pengawas/ - Memakai pakaian seragam
Pengawas PSS/ - Lencana dan tanda nama
Murid - Bertali leher bagi pengawas ( biru ) dan pengawas PSS ( hijau ) - Waktu PJ berpakaian sukan seluar panjang biru/ hitam dan T Shirt sekolah
atau T shirt putih ( lengan panjang dan tudung putih bagi murid
perempuan)4. Waktu Rehat
- Guru/ kakitangan/ murid hendaklah makan dan minum di kantin.
- Guru/ kakitangan dibenarkan makan dan minum pada waktu Free.
- Pengawas dibenarkan rehat 5 minit lebih awal.5. Jual beli
- Guru/ kakitangan dilarang mengadakan perkhidmatan jualan dan belian
ketika bertugas di dalam kawasan sekolah
- Individu atau syarikat perniagaan luar hendaklah mendapat kebenaran Guru
Besar .
6. Kehadiran Guru & - Jadual Waktu Pekerja ( Rujuk Lampiran ) Kakitangan - Kakitangan pejabat : Ahad Rabu 8.00 pg 5.00 ptg; 7.30 pg 3.30 ptg Khamis 8.00 pg 3.30 ptg
- Guru bertugas dikehendaki datang 10 minit lebih awal ( 7.00 pagi) dan
dikehendaki pulang lewat 10 minit ( 1.30 petang ).
- Guru masa akhir sila pastikan perkara-perkara berikut :-
Menutup tingkap/pintu Kerusi dan meja teratur Matikan semua suis lampu dan kipas Buang segala sampah/bersihkan kelas
Membaca doa, ucapan terima kasih kepada guru
Beratur dan bersalam dengan guru sebelum pulang.7. Punch Card: - Semua guru dan kakitangan /pekerja mesti punch card sewaktu hadir dan
balik serta tiada wakil untuk berbuat demikian.
GPK 1 akan menyemak punch card guru dan GPK Kokurikulum menyemak punch card kakitangan pada setiap hari berkerja. GPK HEM juga akan menyemak kedatangan pengawal keselamatan.8. Buku/ Fail Persediaan Mengajar :
Hendaklah dihantar pada hari Khamis ( selepas rehat ).9. Jadual Kedatangan Murid :
Guru darjah / Guru ganti hendaklah menghantar semula ke pejabat
setelah menanda kedatangan murid selewat-lewatnya sebelum waktu
rehat.
Dilarang membawa balik tanpa kebenaran Guru Besar. Penggunaan slip kehadiran masih diteruskan.
10. Perhimpunan Mingguan :
Semua guru hendaklah menghadiri perhimpunan pada setiap hari Ahad Kumpulan guru bertugas memastikan perjalanan majlis perhimpunan dapat
dilaksanakan dengan licin dan teratur.
11. Merekod Aktiviti/ Laporan Bertugas :
Merekod aktiviti harian semasa sesi persekolahan. Aktiviti persatuan, sukan, permainan dan kelas tambahan juga perlu dilaporkan.
Sila patuhi format dalam laporan Guru Bertugas Mingguan.
12. Susunan Aturcara Perhimpunan Mingguan : - Guru Bertugas membunyikan loceng jam 7.20 pagi dan Asmaul Husna
diperdengarkan- Murid-murid bergerak ke dataran kejat/ dewan sambil membaca Asmaul
Husna dengan kawalan guru- Guru dan murid mengambil tempat
Doa / Doa pagi Nyanyian Lagu Bangsa Johor
Nyanyian Lagu Sekolah
Ikrar Rukunegara / Ikrar Murid
Laporan Bertugas Minggu lepas
Ucapan terbuka kepada guru-guru yang ingin membuat pengumuman ( jika ada )
Ucapan Guru Besar/GPK
Nyanyian Lagu Kebangsaan/ Lagu Negaraku Bersurai ( Pengawas membuat pemerhatian murid-murid yang melanggar peraturan pakaian dan kebersihan diri )
RENUNGAN : Seorang guru tidak seharusnya memandang lapangan perguruan untuk mendapat gaji dan cuti penggal semata-mata tetapi seharusnya memandang dengan kaca mata mahu berkhidmat, berbakti dan berjasa kepada masyarakat dan negara( Tan Seri Hamdan Shekih Tahir KPP 1979 )