april 2013 amanat ketua pengarah ... fileusaha kerajaan bagi menjamin bekalan makanan yang mencukupi...

8
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan salam 1-Malaysia. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan izin-Nya kita dapat meneruskan aktiviti kehidupan dalam keadaan sihat dan sejahtera. Pembaca yang dihormati sekalian, Penggubalan Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2011-2020 yang khusus kepada industri agromakanan adalah bertepatan dengan usaha kerajaan bagi menjamin bekalan makanan yang mencukupi dan selamat kepada rakyat serta meningkatkan sumbangan kepada pendapatan negara dan usahawan tani. Pada tahun 2011, sektor perikanan negara telah menyumbang sebanyak RM10,620.97 juta iaitu meningkat sebanyak 6.85% berbanding tahun 2010. Sektor perikanan makanan yang merangkumi perikanan tangkapan marin, perikanan darat dan akuakultur (tidak termasuk rumpai laut) telah menghasilkan pengeluaran sebanyak 1,665,856.77 tan metrik bernilai RM9,379.94 juta, iaitu menurun sebanyak 7.79% dan 0.34% masing-masing dari segi kuantiti dan nilai berbanding tahun 2010. Manakala sektor perikanan bukan makanan yang merangkumi rumpai laut, ikan hiasan dan tumbuhan akuatik telah menyumbang sebanyak RM1,241.03 juta, iaitu meningkat sebanyak 135.07% berbanding tahun 2010. Dalam tahun yang sama, sektor perikanan telah menyumbang sebanyak 1.1% kepada KDNK negara. Dalam pada itu kerajaan juga amat prihatin terhadap kos sara hidup yang ditanggung rakyat. Justeru, usaha dilakukan bagi memastikan pengeluaran makanan yang kompetitif dari segi kos, dan rakyat mendapat makanan pada harga yang berpatutan. Kerajaan boleh mengambil jalan mudah dengan mengimport bahan makanan dari luar negara yang lebih murah untuk mengimbangi harga. Namun, dalam senario sekarang himpitan pertambahan penduduk dunia dan cuaca yang tidak menentu, pendekatan itu sudah tidak relevan. Kita perlu berusaha memodenkan sektor perikanan negara dengan penggunaan teknologi baharu yang boleh mengurangkan kos dan meningkatkan pengeluaran hasil. Penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran oleh kumpulan sasar serta warga Jabatan Perikanan itu sendiri akan membolehkan penemuan-penemuan penyelidikan diterima pakai dan seterusnya memodenkan industri perikanan. Pembaca yang dihormati sekalian, Saya ingin berkongsi pengalaman semasa berada di Vietnam dalam meninjau perkembangan industri perikanan di sebuah negara bekas komunis. Vietnam yang berkeluasan 329,560 kilometer persegi, mempunyai penduduk seramai 91.52 juta orang telah mengalami pembangunan yang pesat dalam industri perikanan setelah melalui era peperangan selama 30 tahun. Ia bermula dengan penentangan Komunis terhadap penjajahan Perancis dalam tahun 1940-an. Peperangan Vietnam tercetus setelah tentera Amerika Syarikat memasuki negara berkenaan pada tahun 1965 hingga 1973 bagi menghalang penguasaan pihak Vietcom. Peperangan berdarah tersebut dianggarkan telah mengorbankan seramai empat juta orang awam dan 1.1 juta tentera komunis, sementara seramai 58,200 tentera Amerika Syarikat dianggarkan terbunuh dan hilang tanpa dapat dikesan. Vietnam yang mempunyai pantai sepanjang melebihi 3,260 kilometer dan lebih dari 3,000 buah pulau dan mempunyai 2,860 buah sungai, dianugerahkan kawasan geografi yang sesuai untuk pembangunan aktiviti perikanan seperti mana yang wujud sekarang. Seluas 1,700,000 hektar kawasan perairan berpotensi April 2013 http://www.dof.gov.my (bersambung ke muka surat 3) AMANAT Ketua Pengarah Perikanan 1

Upload: lydat

Post on 18-May-2019

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: April 2013 AMANAT Ketua Pengarah ... fileusaha kerajaan bagi menjamin bekalan makanan yang mencukupi ... Saya ingin berkongsi pengalaman semasa berada di Vietnam ... air tawar, 635,400

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan salam 1-Malaysia.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat AllahSubhanahu Wata’ala kerana dengan izin-Nya kita dapatmeneruskan aktiviti kehidupan dalam keadaan sihat dan sejahtera.

Pembaca yang dihormati sekalian,

Penggubalan Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2011-2020 yangkhusus kepada industri agromakanan adalah bertepatan denganusaha kerajaan bagi menjamin bekalan makanan yang mencukupidan selamat kepada rakyat serta meningkatkan sumbangankepada pendapatan negara dan usahawan tani.

Pada tahun 2011, sektor perikanan negara telah menyumbangsebanyak RM10,620.97 juta iaitu meningkat sebanyak 6.85%berbanding tahun 2010. Sektor perikanan makanan yangmerangkumi perikanan tangkapan marin, perikanan darat danakuakultur (tidak termasuk rumpai laut) telah menghasilkanpengeluaran sebanyak 1,665,856.77 tan metrik bernilaiRM9,379.94 juta, iaitu menurun sebanyak 7.79% dan 0.34%masing-masing dari segi kuantiti dan nilai berbanding tahun 2010.Manakala sektor perikanan bukan makanan yang merangkumirumpai laut, ikan hiasan dan tumbuhan akuatik telah menyumbangsebanyak RM1,241.03 juta, iaitu meningkat sebanyak 135.07%berbanding tahun 2010. Dalam tahun yang sama, sektor perikanantelah menyumbang sebanyak 1.1% kepada KDNK negara.

Dalam pada itu kerajaan juga amat prihatin terhadap kos sarahidup yang ditanggung rakyat. Justeru, usaha dilakukan bagimemastikan pengeluaran makanan yang kompetitif dari segi kos,dan rakyat mendapat makanan pada harga yang berpatutan.Kerajaan boleh mengambil jalan mudah dengan mengimport

bahan makanan dari luar negara yang lebih murah untukmengimbangi harga. Namun, dalam senario sekarang himpitanpertambahan penduduk dunia dan cuaca yang tidak menentu,pendekatan itu sudah tidak relevan. Kita perlu berusahamemodenkan sektor perikanan negara dengan penggunaanteknologi baharu yang boleh mengurangkan kos danmeningkatkan pengeluaran hasil. Penguasaan ilmu pengetahuandan kemahiran oleh kumpulan sasar serta warga JabatanPerikanan itu sendiri akan membolehkan penemuan-penemuanpenyelidikan diterima pakai dan seterusnya memodenkan industriperikanan.

Pembaca yang dihormati sekalian,

Saya ingin berkongsi pengalaman semasa berada di Vietnamdalam meninjau perkembangan industri perikanan di sebuahnegara bekas komunis. Vietnam yang berkeluasan 329,560kilometer persegi, mempunyai penduduk seramai 91.52 juta orangtelah mengalami pembangunan yang pesat dalam industriperikanan setelah melalui era peperangan selama 30 tahun. Iabermula dengan penentangan Komunis terhadap penjajahanPerancis dalam tahun 1940-an. Peperangan Vietnam tercetussetelah tentera Amerika Syarikat memasuki negara berkenaanpada tahun 1965 hingga 1973 bagi menghalang penguasaan pihakVietcom. Peperangan berdarah tersebut dianggarkan telahmengorbankan seramai empat juta orang awam dan 1.1 jutatentera komunis, sementara seramai 58,200 tentera AmerikaSyarikat dianggarkan terbunuh dan hilang tanpa dapat dikesan.

Vietnam yang mempunyai pantai sepanjang melebihi 3,260kilometer dan lebih dari 3,000 buah pulau dan mempunyai 2,860buah sungai, dianugerahkan kawasan geografi yang sesuai untukpembangunan aktiviti perikanan seperti mana yang wujudsekarang. Seluas 1,700,000 hektar kawasan perairan berpotensi

April 2013 http://www.dof.gov.my

(bersambung ke muka surat 3)

AMANAT

Ketua Pengarah Perikanan

1

Page 2: April 2013 AMANAT Ketua Pengarah ... fileusaha kerajaan bagi menjamin bekalan makanan yang mencukupi ... Saya ingin berkongsi pengalaman semasa berada di Vietnam ... air tawar, 635,400

15 Mac 2013Upacara Solat Hajat dan Ceramah Penerapan Nilai-nilai Murnitelah disempurnakan oleh YBhg. Ustaz Che Amran bin Yusoffsempena Program Penerapan Nilai-nilai Murni serta bagimemperingati wira-wira negara yang terkorban di Lahad Datu,Sabah. Program telah diadakan di Ibu Pejabat PerikananMalaysia, Putrajaya.

19 Mac 2013YH Dato’ Ahamad Sabki Bin Mahmood, Ketua PengarahPerikanan Malaysia menandatangani perjanjian kerjasamadengan Syarikat Blue Archipelago Berhad sempena SeminarUdang Kebangsaan yang diadakan di Kuala Lumpur.

22 Mac 2013YBhg. Dato’ Mohd Hashim Bin Abdullah, Ketua SetiausahaKementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysiamenyampaikan jaket keselamatan sempena Karnival Pertaniandan Inovasi di Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) BatuMaung, Pulau Pinang.

2

25 Mac 2013YB Datuk Seri Noh Bin Hj. Omar, Menteri Pertanian dan IndustriAsas Tani Malaysia menandatangani plak sempena MajlisPerasmian Bangunan Pejabat Perikanan Negeri Perlis danPenyampaian Lesen Sampan Nelayan Serta Bantuan Di BawahProgram “Touch Point” Negeri Perlis di Kuala Perlis, Perlis.

27 Mac 2013YB Dato’ Seri Ahmad Zahid Bin Hamidi, Menteri PertahananMalaysia melawat gerai pameran Jabatan Perikanan Malaysiasempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa AntarabangsaLangkawi 2013 (LIMA 2013) di Langkawi, Kedah.

27 Mac 2013YABhg. Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, mantan PerdanaMenteri Malaysia turut melawat gerai pameran JabatanPerikanan Malaysia sempena Pameran Maritim danAeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2013 (LIMA 2013)di Langkawi, Kedah.

(ber

sam

bung

ke

muk

a su

rat 3

Page 3: April 2013 AMANAT Ketua Pengarah ... fileusaha kerajaan bagi menjamin bekalan makanan yang mencukupi ... Saya ingin berkongsi pengalaman semasa berada di Vietnam ... air tawar, 635,400

3

besar untuk tujuan berkenaan yang meliputi 811,700 hektar perairanair tawar, 635,400 hektar air payau, 125,700 hektar kawasan telukkecil dan 300,000 hingga 400,000 hektar kawasan tanah basah(wetland).

Sektor perikanan telah menjadi penyumbang utama kepada ekonomiVietnam. Pengeluaran ikan meningkat sebanyak 406 peratus daritahun 1991 hingga 2010. Pengeluaran pada tahun 2010 ialah 5.16juta tan metrik dengan nilai AS$5.034 bilion. Ia disumbangkan olehakuakultur sebanyak 2,706,800 dan perikanan tangkapan sebanyak2,450,800. Kebanyakan produk perikanan Vietnam dieksport keAmerika Syarikat, Jepun, Eropah, Rusia dan negara-negara Asia yanglain.

Sebanyak 10 peratus dari jumlah penduduk Vietnam memperolehpendapatan mereka dari sektor perikanan. Golongan mudamendominasi kerja-kerja dalam sektor perikanan kerana bidang inimenyumbangkan pendapatan yang lumayan. Terdapat 30 buah kilangyang memproses 300,000 tan metrik bahan mentah berasaskan ikan.Produk perikanan menduduki tempat kelima dari segi nilai eksportnegara Vietnam.

Pembaca yang dihormati sekalian,

Sesungguhnya pengalaman perang telah meningkatkan semangatjuang yang tinggi kepada rakyat Vietnam sehingga kini menjadisebuah negara perindustrian bernilai tinggi dalam bidangpemprosesan produk perikanan. Mereka juga telah mengeksportartemia iaitu sejenis makanan anak ikan secara besar-besaran.

Kini, negara berkenaan telah menceburi bidang penternakan ikanSturgeon yang telah menghasilkan caviar sejak tahun 2009.Penternakan spesies ikan yang telah wujud di muka bumi sejak 100juta dahulu itu, hanya mengambil tempoh tiga tahun untukmenghasilkan caviar di Vietnam, berbanding 30 tahun di Perancis danenam tahun di Rusia. Harga caviar di pasaran dunia adalah di antaraAS$4,000 hingga AS$6,000 sekilogram.

Pembaca yang dihormati sekalian,

Kita perlu mencontohi Vietnam dalam membangunkan sektorperikanan dengan meningkatkan keupayaan modal insan,mempelbagaikan segmen pasaran dan meningkatkan penyelidikandan pembangunan (R&D). Slogan “Modal Insan Inovatif PemacuTransformasi” adalah sesuai bagi menyeru semua warga Jabatan dankumpulan sasar ke arah mentransformasikan minda, budaya dan carakerja yang lebih cemerlang dan inovatif bagi menjamin bekalanmakanan yang mencukupi dan selamat untuk masa kini dan akan datang.

Sekian, wassalam.

(DATO’ AHAMAD SABKI BIN MAHMOOD)

Ketua Pengarah

Jabatan Perikanan Malaysia

Putrajaya

AMANAT Ketua Pengarah Perikanan(sambungan dari muka surat 1) (sambungan dari muka surat 2)

1 April 2013Majlis Menandatangani Persetujuan Bersama PetunjukPrestasi Utama (KPI) Pengarah Bahagian dan PengarahPerikanan Negeri, Jabatan Perikanan Malaysia Tahun 2013telah diadakan di Ibu Pejabat Perikanan Malaysia, Putrajaya.

9 April 2013YBrs. Tn. Hj. Johari Bin Ramli, Pengarah BahagianPelesenan dan Pengurusan Sumber, Jabatan PerikananMalaysia menyampaikan sijil penyertaan kepada pesertaKursus Pengenalan Ciri-ciri Vesel Pukat Tunda Dua Bot diKemaman, Terengganu.

15 April 2013Seminar Sehari Bersama KDP 1-Malaysia telah dirasmikanoleh YH Dato’ Ahamad Sabki Bin Mahmood, KetuaPengarah, Jabatan Perikanan Malaysia di Ibu PejabatPerikanan Malaysia, Putrajaya.

16 April 2013YBrs. Tn. Hj. Ismail Bin Abu Hassan, Timbalan KetuaPengarah Perikanan (Pembangunan) bersama PengetuaSekolah Menengah Kebangsaan Subang melepaskan benihikan sempena Majlis Pelepasan Benih Ikan Program DasarJaminan Bekalan Makanan Kepada Murid di SMK Subang,Shah Alam, Selangor.

Page 4: April 2013 AMANAT Ketua Pengarah ... fileusaha kerajaan bagi menjamin bekalan makanan yang mencukupi ... Saya ingin berkongsi pengalaman semasa berada di Vietnam ... air tawar, 635,400

DARI JPA(Jabatan Perkhidmatan Awam)

4

i) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2013

Tajuk : Pemeriksaan Kesihatan Bagi Maksud PelantikanKe Dalam Perkhidmatan Awam

Tujuan : Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan memberipanduan mengenai pelaksanaan pemeriksaankesihatan bagi maksud pelantikan ke dalamperkhidmatan awam supaya pelaksanaannya lebihteratur.

Tarikh : 12 Mac 2013

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:http//www.jpa.gov.my

ii) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2013

Tajuk : Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum - MaksimumBagi Pegawai Perkhidmatan Awam PersekutuanDi Bawah Sistem Saraan Malaysia

Tujuan : Pekeliling perkhidmatan ini bertujuan melaksanakankeputusan Kerajaan mengenai penambahbaikanstruktur Jadual Gaji Minimum - Maksimum (JGMM)bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dibawah Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Tarikh : 13 Mac 2013

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:http//www.jpa.gov.my

iii) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2013

Tajuk : Tabung Wira Negara

Tujuan : Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untukmemaklumkan mengenai penubuhan Tabung WiraNegara dan pelaksanaannya. Sehubungan dengan itu, semua agensi dipohonuntuk membuat kutipan di peringkat agensi masing-masing. Kutipan hendaklah disalurkan ke akaunbernombor 1054 9000 3651 (Affin Bank) atas nama“TABUNG WIRA NEGARA” yang diuruskan olehBahagian Pasca Perkhidmatan, JPA sebelum ataupada 7 April 2013.

Tarikh : 21 Mac 2013

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:http//www.jpa.gov.my

iv) Surat Edaran

Tajuk : Garis Panduan Kemudahan Cuti Belajar BergajiPenuh Kepada Kumpulan Sokongan Bagi MengikutiLatihan Kemahiran (Teknikal Dan Vokasional) Di Bawah SkillsMalaysia

Tujuan : Garis Panduan ini bertujuan untuk menjelaskanmengenai dasar pemberian kemudahan Cuti BelajarBergaji Penuh (CBBP) kepada pegawai KumpulanSokongan dalam bidang teknikal dan vokasional dibawah SkillsMalaysia bagi mengikuti kursuskemahiran peringkat sijil atau diploma yangdiluluskan.

Tarikh : 21 Nov. 2012

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:http//www.jpa.gov.my

v) Surat Edaran

Tajuk : Cuti Tanpa Rekod Perayaan Vaisakhi

Tujuan : Selaras dengan pengumuman YAB Perdana Menteripada 7 Mei 2012, Kerajaan telah bersetuju supayakemudahan Cuti Tanpa Rekod selama sehari diberikepada semua penjawat awam penganut Sikh padaperayaan Vaisakhi iaitu pada 14 April setiap tahunmulai 2013 bagi kemudahan mereka menunaikantanggungjawab keagamaan.

Tarikh : 31 Januari 2013

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:http//www.jpa.gov.my

vi) Surat Edaran

Tajuk : Kuasa Menimbang Pelantikan Secara PertukaranSementara Dan Pinjaman Bagi Pegawai AwamPersekutuan

Tujuan : Selaras dengan prinsip empowerment dan delegationof power, Kerajaan bersetuju menetapkan dasarbaharu kuasa menimbang pelantikan secarapertukaran sementara pegawai awam PersekutuanGred 53/54 atau setaraf ke perkhidmatan lain dalamangkatan tentera, perkhidmatan kehakiman danperundangan, perkhidmatan awam Persekutuan,pasukan polis dan perkhidmatan pelajaran adalah dibawah Ketua Perkhidmatan atau Ketua SetiausahaKementerian di mana berkaitan.

Tarikh : 13 Mac 2013

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:http//www.jpa.gov.my

vii) Surat Edaran

Tajuk : Persediaan Pengumpulan Data Bagi PegawaiKumpulan Pelaksana Perkhidmatan GunasamaPersekutuan Yang Telah Berkhidmat 13 Tahun DanLebih, Dalam Skim Perkhidmatan Dan PerkhidmatanSemasa

Tujuan : JPA sedang melengkapkan maklumat bagi PegawaiKumpulan Pelaksana Perkhidmatan GunasamaPersekutuan yang telah berkhidmat 13 tahun danlebih serta masih berada di gred lantikan dalam skimperkhidmatan dan perkhidmatan semasa.Sehubungan itu, semua Ketua Perkhidmatan perlumenyenaraikan kakitangan yang layak.

Tarikh : 27 Mac 2013

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:http//www.jpa.gov.my

Page 5: April 2013 AMANAT Ketua Pengarah ... fileusaha kerajaan bagi menjamin bekalan makanan yang mencukupi ... Saya ingin berkongsi pengalaman semasa berada di Vietnam ... air tawar, 635,400

i) Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 2013

Tajuk : Garis Panduan Bagi Penyediaan Cadangan Anggaran

Perbelanjaan Tahun 2014

Tujuan : Tujuan pekeliling ini adalah untuk memberi panduan bagi

menyediakan cadangan anggaran perbelanjaan mengurus

dan pembangunan bagi tahun 2014.

Tarikh : 7 Februari 2013

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http//www.treasury.gov.my

ii) Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2013

Tajuk : Peraturan Mengenai Kemudahan Alat Komunikasi

Mudah Alih

Tujuan : Pekeliling ini bertujuan untuk menetapkan kadar dan syarat

berhubung kemudahan alat komunikasi mudah alih bagi

kegunaan rasmi kepada pegawai Perkhidmatan Awam.

Tarikh : 22 Februari 2013

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http//www.treasury.gov.my

iii) Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4 Tahun 2013

Tajuk : Pelaksanaan Perakaunan Akruan Kerajaan Persekutuan

Tujuan : Pekeliling Perbendaharaan ini bertujuan untuk

menerangkan tentang pelaksanaan perakaunan akruan bagi

pengurusan kewangan dan perakaunan Kerajaan

Persekutuan pada tahun 2015 dan menjelaskan

tanggungjawab Pegawai Pengawal dalam pelaksanaannya.

Tarikh : 28 Mac 2013

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http//www.treasury.gov.my

iv) Pekeliling Kontrak Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2013

Tajuk : Kontrak Pusat Bagi Membuat, Membekal dan Menghantar

Sampul Surat Kepada Semua Agensi Kerajaan Di

Semenanjung Malaysia

Tujuan : Pekeliling Kontrak Perbendaharaan (PKP) ini bertujuan

memaklumkan mengenai kaedah perolehan untuk Kontrak

Pusat Bagi Membuat, Membekal dan Menghantar Sampul

Surat Kepada Semua Agensi Kerajaan Di Semenanjung

Malaysia.

Tarikh : 5 Februari 2013

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http//www.treasury.gov.my

v) Pekeliling Kontrak Perbendaharaan Bil. 6 Tahun 2013

Tajuk : Kontrak Pusat Sistem Panel Bagi Mereka Bentuk,

Membekal Dan Menyerahkan Perabot Berasaskan Kayu

Kepada Semua Agensi Kerajaan Di Seluruh Semenanjung

Malaysia

Tujuan : Pekeliling Kontrak Perbendaharaan (PKP) ini bertujuan

memaklumkan mengenai kaedah perolehan untuk Kontrak

Pusat Sistem Panel (Kontrak Panel) bagi Mereka Bentuk,

Membekal Dan Menyerahkan Perabot Berasaskan Kayu

Kepada Semua Agensi Kerajaan di seluruh Semenanjung

Malaysia.

Tarikh : 6 Mac 2013

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http//www.treasury.gov.my

vi) Surat Arahan Perbendaharaan

Tajuk : Pelaksanaan sekurang-kurangnya 75% Perolehan Kerajaan

Melalui Sistem e-Perolehan

Tujuan : Dalam usaha meningkatkan perolehan Kerajaan melalui

Sistem e-P, Kementerian Kewangan telah memutuskan

supaya semua Agensi/PTJ hendaklah melaksanakan

sekurang-kurangnya 75% perolehan Kerajaan melalui

Sistem e-P. Sehubungan itu, semua Pegawai

Pengawal/Ketua Jabatan perlu membuat perancangan

perolehan tahunan yang teliti dan bertanggungjawab

supaya arahan ini dipatuhi.

Tarikh : 8 Februari 2013

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http//www.treasury.gov.my

vii) Surat Arahan Perbendaharaan

Tajuk : Penyeragaman Kadar Sewa Kemudahan Untuk Institusi-

institusi Latihan Awam Di Malaysia

Tujuan : Di bawah National Blue Ocean Strategy - NBOS 7: 1-Malaysia Training Centre, Kerajaan bersetuju agar semua

Institusi Latihan Awam (ILA) berkongsi prasarana dan

kemudahan latihan. Sehubungan itu, semua institusi/agensi

perlu menyeragamkan kadar sewa berkuatkuasa mulai 18

Mac 2013.

Tarikh : 18 Mac 2013

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http//www.treasury.gov.my

viii) Surat Arahan Perbendaharaan

Tajuk : Pelanjutan Perkhidmatan Pegawai “Contract For Service”

Tujuan : Kerajaan bersetuju supaya tempoh perkhidmatan pegawai

kontrak yang tempoh perkhidmatannya tamat sebelum atau

pada 31 Disember 2013 akan dilanjutkan untuk tempoh

setahun lagi tertakluk kepada prestasi dan perakuan.

Tarikh : 21 Mac 2013

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http//www.treasury.gov.my

DARI PERBENDAHARAAN

5

Page 6: April 2013 AMANAT Ketua Pengarah ... fileusaha kerajaan bagi menjamin bekalan makanan yang mencukupi ... Saya ingin berkongsi pengalaman semasa berada di Vietnam ... air tawar, 635,400

Anglerfish

6

Blobfish

Blobfish (Psychrolutes Marcidus) merupakan salah satu spesies ikan aneh yang

terdapat di perairan laut dalam Australia terutamanya di perairan Tasmania. Ikan

dari famili Psychrolutidae ini dikategorikan sebagai ikan terhodoh di dunia kerana

mempunyai bentuk yang aneh. Habitatnya ialah di dasar laut pada kedalaman

800 meter iaitu pada tahap kedalaman yang sukar didiami oleh kebanyakan

spesies ikan lain kerana tekanan air yang lapan kali lebih tinggi dari biasa. Ikan

ini boleh membesar sehingga mencapai saiz 12 inci panjang.

Anglerfish dikatakan sebagai ikan terseram di dunia. Ia juga

dikenali sebagai Monkfish dan Goosefish iaitu sejenis ikan

dari spesies Lophius piscatorius dan bersifat karnivor.

Habitatnya di Lautan Artik, Pasifik, Hindi, Atlantik dan

Mediterranean. Saiz ikan ini adalah di antara 20cm hingga

satu meter dan boleh mencapai berat sehingga 50 kilogram.

Wood-eating Catfish

Wood-eating Catfish adalah spesies ikan keli yang terdapat di Hutan Hujan

Amazon, Amerika Selatan. Ikan ini berasal dari famili Loricariidae dan

genus Panaque. Ikan ini mempunyai gigi yang cukup tajam dan kuat yang

membolehkannya memakan kayu-kayu reput yang tumbang di kawasan

hutan tersebut. Ia boleh membesar sehingga mencapai 70cm panjang.

Giginya yang tajam dan kuat.

Page 7: April 2013 AMANAT Ketua Pengarah ... fileusaha kerajaan bagi menjamin bekalan makanan yang mencukupi ... Saya ingin berkongsi pengalaman semasa berada di Vietnam ... air tawar, 635,400

7

1. Menurunkan Berat BadanJika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan beratbadan anda.Caranya: Perahkan dua biji limau nipis atau limau kasturi ke dalam gelas yang berisi air sejuk. Simpan di dalam petisejuk. Minum jus itu setiap kali selepas anda makan tengah hari dan makan malam.Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkan meminumnya selama sebulan. Insya-Allah berat badananda akan beransur turun.

2. Elak Kencing Malam Untuk Anak KecilPerahkan sedikit air lemon bersama sesudu kecil madu lebah dan terus hirup. Amalkannya di sebelah pagi dansebelum masuk tidur. Mudah-mudahan, anak kecil anda akan berhenti kencing malam atau setidak-tidaknya dapatmengurangkan kekerapan buang air kecil.

3. Tepung Ubi Penawar RuamCara yang baik untuk menghindarkan ruam pada tubuh bayi anda ialah dengan melumurkan tepung ubi selepasmandi. Pastikan bahagian-bahagian utama yang menjadi sasaran serangan ruam seperti di leher, punggung dandada di lumur dengan rata.

4. Penawar Sakit DadaTumbuk beberapa inci halia sehingga lumat dan perahkan airnya. Ambil sebiji telur ayam kampung dan ambilkuningnya sahaja. Campurkan bersama madu lebah tulin. Kacau sehingga rata dan minum setiap pagi sebelum sarapan.

5. Menghilangkan Urat Di KakiBagi ibu-ibu yang mengandung mereka sering mengalami masalah urat timbul di kaki dan ia berlarutan sehinggabersalin. Petua untuk mengatasi masalah ini ialah dengan meletakkan kaki lebih tinggi dari kepala ketika tidur. Atau ambil sebesen air suam, rendamkan kaki anda selama 15 hingga 20 minit setiap hari. Lakukan sehingga anda memperoleh hasil yang memuaskan. Atau, anda boleh mengurutnya perlahan-lahan dengan menggunakanminyak urut.

6. Rasa Garam Dalam MasakanUntuk merasa kemasinan dalam masakan memang menjadi masalah terutama jika anda berpuasa. Cara terbaikuntuk mengatasi masalah ini ialah dengan meletakkan kuah di atas jari anda. Jika kuah itu tidak meleleh ia menandakan masakan anda cukup masin tetapi jika jari anda merasa perit ini menandakan masakan andaterlebih garam.

7. Menyimpan Kelapa ParutMasukkan kelapa parut ke dalam tapisan. Letakkan di atas periuk yang berisi air panas. Biarkan wap itu meruapke dalam kelapa.

8. Menghilangkan KedutWanita yang sudah berumur biasanya sangat takut kelihatan tua terutamanya di bahagian muka, kerana mukaadalah bahagian yang mula-mula menjadi tumpuan pandangan seseorang. Untuk menghilangkan kedut-kedut dimuka, ambil sebiji lobak merah dan parut sehingga halus. Kemudian ambil satu sudu tepung jagung dan sebijikuning telur. Campurkan semua bahan itu dan kacau sehingga sebati. Sapukan di tempat yang berkedut danbiarkan selama 20 minit, barulah dibasuh dengan air bersih. Lakukan selalu, Insya-Allah wajah anda kelihatanberseri dan kedut-kedut yang mula bertapak itu akan menghilang.

9. Penyeri MukaSelain dari menghilangkan kedut di muka, ada juga amalan yang boleh dilakukan supaya muka sentiasa kelihatanberseri. Caranya ialah dengan mencuci muka setiap pagi dengan daun teh yang sudah direndam. Sapukan tehtersebut ke muka dan biarkan selama sepuluh minit sebelum dibasuh dengan air bersih. Atau pun anda juga bolehmenyapukan muka dengan putih telur. Biarkan selama sepuluh minit. Kemudian bersihkan dengan air. Lakukanbegitu seminggu sekali. Anda akan nampak keberkesanannya.

Page 8: April 2013 AMANAT Ketua Pengarah ... fileusaha kerajaan bagi menjamin bekalan makanan yang mencukupi ... Saya ingin berkongsi pengalaman semasa berada di Vietnam ... air tawar, 635,400

10. Garam Ubat Sakit GigiPetua ini adalah untuk menghindar dari terkena sakit gigi. Caranya, campurkan sedikit garam halus pada ubat gigi

ketika hendak menggosok gigi setiap pagi. Jika ini diamalkan, anda bukan sahaja dapat menghindarkan diri dari

sakit gigi dan mulut, malah gigi anda juga akan menjadi lebih putih dan berseri.

11. Mulut BerbauMulut berbau tentu menimbulkan masalah apabila hendak bercakap dengan seseorang. Untuk mengatasinya, ambil

tujuh helai daun sirih dan racik halus-halus. Kemudian ramas dengan semangkuk air suam. Campurkan sedikit

garam, kumurlah setiap hari dengan air itu. Insya-Allah masalah mulut berbau akan dapat diatasi.

12. Ikan Kering Tidak BerulatBenda-benda busuk selalu dihinggapi lalat termasuk ikan kering. Keadaan ini menyebabkan ia mudah berulat.

Untuk mencegahnya, jemurkan ikan di tempat panas, taburkan sedikit serbuk lada hitam yang telah ditumbuk kasar

ke atasnya. Cara ini dapat menghindarkan lalat dari menghinggapi ikan kering tersebut.

13. Tumit Kaki Tidak PecahBagi anda yang menghadapi masalah ini, boleh mencuba petua ini. Ambil sebiji buah betik yang masih muda.

Hiriskan di bahagian hujungnya supaya getahnya keluar. Sapukan getah betik tersebut di bahagian tumit yang

pecah. Lakukan berulang kali beberapa hari jika ingin mendapat hasil yang memuaskan.

14. Kekalkan Keputihan PeriukJika anda memasak menggunakan dapur kayu atau arang, tentu anda menghadapi masalah periuk hitam dan

sukar dibersihkan. Bagi mengatasi masalah ini, sebelum anda memasak, sapukan bahagian luar periuk dengan

pencuci pinggan seperti Axion. Setelah siap memasak, cucilah periuk seperti biasa. Insya-Allah kotoran dan kesan

hitam akan mudah dihilangkan.

15. Hilangkan Darah TinggiJika anda menghidap masalah tekanan darah tinggi, ambillah seikat daun kucai. Bersihkan dan tumbuk dengan

sedikit garam. Perah airnya di dalam mangkuk dan embunkan. Minumlah setiap pagi sebelum menjamah makanan.

Insya-Allah penyakit tersebut akan sembuh jika terus diamalkan tanpa berputus asa dan bertawakkal.

16. Khasiat Daun Jambu Batu Dapat Mengubati Sakit PerutJika anda mengalami sakit perut, cirit-birit dan perut kembung, ambillah beberapa helai pucuk daun jambu batu.

Kunyah daun jambu batu itu dengan sedikit garam dan telan airnya. Atau anda juga boleh mengunyah daun jambu

biasa yang masih muda. Insya-Allah sakit perut anda akan hilang dengan sendirinya.

17. Cara Mencuci Barangan PerakCampurkan perahan air limau dan garam dalam semangkuk air dan cuci barangan perak anda. Hasilnya ia

lebih berkilat.

18. Hilangkan Bau dan Pening Makan DurianBiasanya selepas anda menikmati buah durian, sendawa anda akan berbau. Ada juga yang merasa mual,

pening atau mabuk. Untuk mengelak masalah ini, curahkan air ke dalam pangsa durian dan minum. Insya-Allah

semuanya beres.

19. Ubat Gigi Penawar Kulit MelecurCara yang paling mudah untuk mengubati kulit yang melecur ialah dengan menyapu ubat gigi ke atas kulit

berkenaan sebaik ianya terkena.

20. Minyak Tanah Hilangkan KutuSatu lagi petua mudah untuk menghilangkan kutu kepala ialah dengan melumurkan sedikit minyak tanah di serata

kepala. Balut kepala dengan kain lembab. Biarkan selama dua atau tiga jam. Anda akan dapati kutu-kutu melekat

pada tuala itu dan kepala anda bebas daripadanya.

8