apresiasi seni digital

7
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK Jalan Bakam 98000 MIRI SARAWAK PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN AMBILAN JANUARI 2013 PENDIDIKAN SENI VISUAL PENDIDIKAN RENDAH KERJA KURSUS MAJOR : PSV3093: MULTIMEDIA KREATIF DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL TAJUK : APRESIASI KARYA SENI DIGITAL Disempurnakan Oleh: NAMA PELATIH ANGKA GILIRAN N0. KAD PENGENALAN SHIRLEY ANAK EMPEN 2013021340089 920824-13-5904 Dibimbing Oleh: NAMA PENSYARAH : MEGES LAOI PENGAJIAN : PPRSV5 TANDATANGAN PENSYARAH : TANDATANGAN :

Upload: cezy-shie

Post on 15-Jan-2016

493 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

dd

TRANSCRIPT

Page 1: Apresiasi Seni Digital

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAKJalan Bakam98000 MIRISARAWAK

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN AMBILAN JANUARI 2013

PENDIDIKAN SENI VISUAL PENDIDIKAN RENDAH

KERJA KURSUS MAJOR :

PSV3093: MULTIMEDIA KREATIF DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

TAJUK :

APRESIASI KARYA SENI DIGITAL

Disempurnakan Oleh:

NAMA PELATIH ANGKA GILIRAN N0. KAD PENGENALAN

SHIRLEY ANAK EMPEN 2013021340089 920824-13-5904

Dibimbing Oleh:

NAMA PENSYARAH : MEGES LAOI

PENGAJIAN : PPRSV5

TANDATANGAN PENSYARAH

:

TANDATANGAN PELATIH

:

Page 2: Apresiasi Seni Digital

Melalui tugasan kerja kursus PSV3093 MULTIMEDIA KREATIF DALAM

PENDIDIKAN SENI VISUAL, kami diminta untuk melaksanakan tugasan berkaitan

dengan multimedia kreatif dan seni digital. Perkataan 'multimedia adalah gabungan

dua perkataan iaitu 'multi' yang merujuk kepada maksud banyak atau pelbagai,

manakala media merujuk kepada 'medium atau alat atau bahan. Manakala definisi

bagi seni digital (Digital Art) adalah istilah umum untuk pelbagai karya seni dan

amalan yang menggunakan teknologi digital sebagai sebahagian penting dari kreatif

atau proses persembahan. Kami juga diminta untuk menghasilkan karya seni digital

iaitu mural dan juga menghasilkan satu video berkaitan dengan tajuk dan tema yang

telah dipilih. Mural didefinisikan sebagai lukisan besar yang dibuat untuk mendukung

ruang arsitektur. Definisi tersebut bila diterjemahkan lebih lanjut, maka mural

sebenarnya tidak bisa dilepaskan dari bangunan dalam hal ini dinding. Dinding

dipSahabat Spectrumng tidak hanya sebagai pembatas ruang maupun sekedar

unsur yang harus ada dalam bangunan rumah atau gedung, namun dinding juga

dipSahabat Spectrumng sebagai medium untuk memperindah ruangan.

Berdasarkan hasil karya seni digital yang telah saya hasilkan yang bertajuk

“Pakaian Tradisi Kebangggan Negara”. Terdapat pelbagai asas seni reka yang

terdapat dalam hasil karya seni digital saya. Antaranya ialah unsur-unsur seni yang

terdapat dalam hasil karya seni digital yang bertajuk “Pakaian Tradisi Kebanggaan

Negara” ialah garisan, rupa, bentuk, jalinan, dan warna. Garisan merupakan satu

siri titik-titik. Dengan sambungan titik-titik maka wujudlah garisan. Ia dihasilkan

dengan menggunakan suatu alat atau media yang bermula dari suatu titik permulaan

merentasi sesuatu kawasan hingga terbina satu objek. Sebagai contoh, berdasarkan

gambar di atas, unsur garisan yang dapat kita lihat ialah pada jalur bendera

Page 3: Apresiasi Seni Digital

Malaysia iaitu garisan yang tebal. Tambahan pula, garisan tebal boleh kita dapati

pada sebahagian pakaian tradisional tersebut seperti baju dusun, baju murut dan

baju rungus. Selain itu, garisan nipis terdapat pada bahagian latar belakang. Ia juga

terdapat pada baju iban dan juga baju melayu. Garisan beralun juga terdapat pada

bendera Malaysia yang sedang berkibar.

Unsur seni yang kedua ialah rupa. Rupa ialah hasil daripada pertemuan

hujung garisan dengan permulaannya. Rupa boleh dihasilkan daripada garisan,

warna dan jalinan. Rupa organik: Rupa yang tidak mempunyai tepi yang bersudut

dan tidak berbentuk geometri. Rupa terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu rupa

geometri, rupa organik, rupa positif dan rupa negatif. Rupa geometri ialah rupa yang

direka dengan sengaja. Ia mempunyai tepi yang melengkung atau bersudut. Contoh,

bulat, segi tiga, segi empat dan lain-lain bentuk. Rupa Organik merujuk kepada rupa

bebas yang tidak dapat diukur sudutnya seperti rupa daun, rupa orang, rupa ikan

dan sebagainya. Dihasilkan secara sepontan. Rupa positif pula ialah rupa sesuatu

objek yang terletak di dalam sesuatu kawasan tertentu. Manakala, rupa negatif ialah

rupa yang berada di ruang sekeliling rupa objek. Sebagai contoh, hanya rupa

geometri sahaja yang terdapat dalam karya tersebut iaitu bentuk bulat pada

bahagian kain perempuan iban (duit syiling).

Bentuk merupakan salah satu unsur seni yang terdapat dalam karya tersebut.

Bentuk mempunyai struktur jisim dan isi padu. Ia mempunyai lebih daripada satu

permukaan dan bersifat tiga dimensi (3D). Bentuk merupakan satu unsur yang amat

penting dalam penghasilan karya seni yang bersifat realistik. Bentuk terbahagi

kepada 2 jenis iaitu bentuk konkrit dan bentuk ilusi. Bentuk konkrit ialah bentuk

sebenar yang bersifat 3 dimensi dan dapat dirasa, disentuh dan dilihat daripada

pelbagai sudut. Ia mempunyai ciri-ciri nyata dan maujud (benar-benar wujud di

hadapan mata). Contoh benda berbentuk konkrit ialah seperti batu, kayu, meja,

kereta dan sebagainya. Manakala bentuk ilusi ialah bentuk yang dihasilkan melalui

kemahiran penggunaan unsur-unsur seni seperti warna, garisan dan lain-lain.

Bentuk objek yang dilihat dan dihasilkan melalui lukisan, catan, fotografi, cetakan

atau pada permukaan rata (bersifat dua dimensi). Bentuknya tidak dapat disentuh

tetapi hanya dapat dinikmati melalui deria penglihatan. Bagi menghasilkan karya 2

dimensi yang dapat mencipta bentuk, penggunaan kesan cahaya dan bayang

Page 4: Apresiasi Seni Digital

merupakan faktor terpenting. Hasil karya saya ini ialah bentuk 2 dimensi. Dimana

penilai hanya boleh melihat dan tidak boleh menyentuh.

Seterusnya ialah unsur jalinan. Jalinan merupakan kesan yang terdapat pada

permukaan sesuatu benda, seperti kesan pada permukaan kulit durian, kulit

rambutan, dan tapak kasut. 2 jenis jalinan iaitu jalinan sentuh dan jalinan tampak.

Jalinan sentuh merupakan kesan permukaan yang dapat dilihat dan dirasa melalui

sentuhan. Jalinan tampak merupakan kesan jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi

tidak dapat dirasa melalui sentuhan. Contohnya, hasil karya seni digital ini ialah 2

dimensi maka ia merupakan jalinan tampak iaitu hanya dapat dilihat tetapi tidak

dapat dirasa.

Unsur-unsur seni yang terakhir ialah warna. Warna merupakan kesan

pembalikan cahaya ke atas sesuatu objek yang dapat dikesan melalui visual atau

deria penglihatan. Tanpa cahaya kita tidak dapat melihat warna. Justeru itu warna

dan cahaya merupakan dua perkara yang berkait rapat. Kesimpulannya dengan

adanya cahaya kita dapat mengesan warna. Sebagai contohnya, terdapat warna

asas pada hasil karya iaitu warna merah pada bendera Malaysia, baju cina, baju

murut dan baju melayu Kelantan. Tamabahan pula, terdapat warna sekunder pada

bahagian latar belakang dan baju melayu. Contohnya warna hijau dan unggu.

Selain itu, prinsip rekaan yang terdapat pada hasil karya seni digital saya

ialah imbangan, irama dan pergerakkan, kepelbagaian dan kesatuan. Imbangan

bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan.

Terdapat 2 jenis imbangan iaitu imbangan simetri dimana unsur seni yang sama

antara kiri dan kanan atau atas dan bawah (garisan ‘axis’ dilukis di tengah-tengah

pembahagian tersebut). Kedua ialah imbangan tidak simetri iaitu unsur seni tidak

sama di kedua-dua bahagian tetapi mempunyai ciri-ciri yang menimbulkan kesan

keseimbangan. Contohnya, imbangan tidak simetri pada karya iaitu bahagian

sebelah kiri lebih banyak daripada bahagian sebelah kanan. Seterusnya ialah irama

dan pergerakan. Pergerakan ialah keadaan yang bergetar, bergoyang, berayun,

berpancar, bersinar-sinar dan sebagainya. Fungsi irama dan pergerakan ialah untuk

memberi kesan lebih hidup dan realistik terhadap sesuatu gubahan. Pergerakan

dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak, taufan dan sebagainya. Contohnya

pada bendera Malaysia yang seperti berkibar. Ketiga ialah kepelbagaian.

Page 5: Apresiasi Seni Digital

Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza

dalam sesuatu gubahan. Kepelbagaian dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan

daya tarikan dalam sesuatu gubahan. Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui

penggunaan unsur seni seperti garisan, rupa dan warna yang pelbagai dalam

sesuatu gubahan. Kepelbagaian dapat kita lihat pada jenis-jenis pakaian, warna

pakaian dan saiz “subject matter”.

Yang terakhir ialah kesatuan. Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea

bagi semua unsur dalam sesuatu gubahan. Kesatuan dapat menimbulkan suasana

yang tenteram, teratur dan selesa. Contohnya, terdapat kesatuan pada tema karya

seni digital saya iaitu memartabatkan pakaian tradisional dengan “subject matter”

berkenaan dengan pakaian tradisional.

Disamping itu, melalui penghasilan video montaj “Pakaian Tradisi

Kebanggaan Negara”, ini bertujuan untuk menyampaikan mesej yang lebih

mendalam lagi dalam memartabatkan pakaian tradisional. Jika diteliti dengan lebih

mendalam, penghasilan video ini menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran

matapelajaran seni visual menjadi in menjadi lebih kreatif dan kritis. Selain itu, video

ini juga dapat memberikan kesedaran kepada anak muda zaman sekarang supaya

mereka dapat mengekalkan pakaian tradisioanal mereka dari turun temurun. Bak

kata pepatah “Biar mati anak, jangan mati adat”.

Berikut merupakan apresiasi berdasarkan hasil karya seni digital iaitu mural

dan hasil video multimedia kreatif.