seni digital

16
SENI DIGITAL Seni Digital ialah seni yang dicipta dengan menggunakan komputer di dalam bentuk digital. Seni digital boleh sepenuhnya dihasilkan menerusi komputer seperti fraktal, atau daripada sumber lain, seperti gambar diimbas, atau dilukis menggunakan perisian grafik vektor menggunakan tetikus atau papan grafik (graphics tablet). Istilah ini biasanya dikhaskan bagi seni yang sebahagian besarnya disunting

Upload: muhammad-zaidiee-iqram

Post on 12-Dec-2015

315 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Seni Digital

TRANSCRIPT

Page 1: Seni Digital

Keep Adding, Participate in Evolution, 21" Liquid Crystal Display, (2004)

SENI DIGITALSeni Digital ialah seni yang dicipta dengan menggunakan komputer di dalam bentuk digital. Seni digital boleh

sepenuhnya dihasilkan menerusi komputer seperti fraktal, atau daripada sumber lain, seperti gambar diimbas,

atau dilukis menggunakan perisian grafik vektor menggunakan tetikus atau papan grafik (graphics tablet). Istilah

ini biasanya dikhaskan bagi seni yang sebahagian besarnya disunting melalui computer. Contohnya karya

Nasyid (1988) oleh Allahyarham Ismail Zain yang dianggap sebagai pelopor bentuk perkembangan seni digital

di Malaysia. (Wan Jamarul Imran b. Wan Abdullah - Konvensyen Pendidikan Seni Visual, 2000:57).

Page 3: Seni Digital

Gambar lukisan digital

KARYA MULTIMEDIAMedia merujuk kepada alat perantara komunikasi yang menghubungkan sesuatu sumber kepada

sasarannya. Media juga dapat membantu manusia untuk menerima, menafsir atau dan menikmati kejadian di

dalam persekitaran dengan lebih jelas.Terdapat pelbagai jenis media, antaranya ialah media cetak, media

massadan media elektronik. Media cetak merupakan bahan yang dicetak atau ditulis maklumat di atasnya sebagai

penyampai maklumat kepada orang ramai.

Multimedia adalah integrasi, gabungan dan persembahan secara teratur yang diasaskan pada platform

sistem komputer peribadi. Sistem komputer peribadi inilah yang mengawal pelbagai jenis data media. Data media

ini adalah merupakan elemen-elemen teks, grafik, audio, imej kaku, video dan animasidi dalam satu atau lebih

kombinasi. Penggabungan elemen-elemen ini akan meningkatkan kesan mesej yang akan disampaikan kepada

pengguna.

Hal ini dapatlah disimpulkan bahawa karya multimedia itu sebenarnya merujuk kepada karya yang

dihasilkan dengan menggunakan perisian komputer yang menggabungkan unsur-unsur teks, grafik, audio, video,

dan animasi dalam penghasilannya. Hal ini termasuklah untuk menyunting foto dan membentuk imej, untuk

melukis, dan merekabentuk objek 3D dan animasi dengan menggunakan perisian komputer.

Page 4: Seni Digital

ELEMEN MULTIMEDIA

Page 5: Seni Digital

ELEMEN MULTIMEDIA

TEKS

GRAFIK

ANIMASIAUDIO

VIDEO

Page 6: Seni Digital

TEKS

Teks digunakan untuk :1) menerangkan bagaimana sesuatu aplikasi bekerja, 2) membantu pengguna meneroka aplikasi3) menyebarkan maklumat melalui aplikasi-aplikasi yang telah direka bentukDalam multimedia, penggunaan teks yang terlalu banyak tidak digalakkan

GRAFIK

Grafik adalah persembahan imej yang tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambar foto, ilustrasi dan sebagainyaIa sangat penting bagi memberi penekanan dalam proses penyampaian maklumat. Grafik mampu membantu menerangkan sesuatu maklumat dengan tepat dan berkesan

ANIMASI

Paparan susunan imej-imej seni 2D atau posisi model agar menghasilkan ilusi gerakanAnimasi merujuk kepada paparan visual yang bersifat dinamikAnimasi mampu memberi penegasan bagi membolehkan penonton fokus pada isi kandungan yang ingin disampaikan

Page 7: Seni Digital

AUDIO

Audio atau bunyi disebarkan oleh getaran molekul atau jirim udara disekeliling kita.Getaran dikenali sebagai gelombang bunyi.Kesan audio salah satu daya penarik yang berkesan untuk menarik perhatian seseorang.

Audio dalam multimedia ialah:1) Rakaman suara2)Suara latar3)Muzik4)Kesan khas audioDalam sistem multimedia interaktif, elemen audio membantu proses penyampaian persembahan agar lebih mantap dan berke

VIDEO

Video adalah elemen multimedia yang paling dinamik dan realistik berbanding elemen-elemen lainVideo adalah gabungan pelbagai media seperti:-Teks-Grafik-Audio dan lain-lain dalam satu medium

Video membawa unsur realistik atau keadaan sebenar kepada pengguna. Ini dapat mempengaruhi perasaan emosi pengguna dengan lebih nyata.

Page 8: Seni Digital

UNSUR MULTIMEDIA

UNSUR DINAMIK1) Objek-objek yang bergerak atau berubah2) Elemen : Audio, Video dan Animasi

UNSUR STATIK1) Objek yang tidak bergerak2) Elemen : Teks dan Grafik

UNSUR MULTIMEDIA

Page 9: Seni Digital

Marvel Comics atau Marvel Publishing Inc. adalah nama suatu perusahaan yang berasal dari Amerika Syarikat

yang menerbitkan buku komik dan bahan lain yang berkaitan dengan superhero. Marvel pertama kalinya ditubuhkan

diatas nama "Timely Publications" pada tahun 1939 dan telah mengubah nama tersebut kepada "Atlas Comics" sebelum

akhirnya menjadi Marvel Comics pada tahun 1961 sehinggalah ke hari ini. Pada masa kini, Marvel telah menjadi salah

satu penerbit buku komik terbesar di dunia.

Saya telah mengaplikasikan teori Laura Chapman dalam pemilihan tema saya iaitu MARVEL. Berdasarkan teori

yang diutarakan oleh Chapman, terdapat tiga elemen penting yang perlu di lihat sebelum seseorang pengkarya itu mula

TEMA

Page 10: Seni Digital

menghasilkan karya iaitu Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea), Pengolahan dan Pemurnian (Elaboration and

Refinement), dan Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium).

Dalam Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea), saya telah menetapkan objektif, haluan dan tujuan penghasilan

mural digital saya iaitu tema yang berkaitan dengan MARVEL. Pada mulanya saya tidak dapat menetapkan tema dalam

penghasilan karya kerana penetapan tema ini bergantung kepada ilham dan cetusan idea serta kemahiran yang ada

pada diri saya. Proses dalam pemilihan tema ini agak lambat dan memakan masa kerana saya perlu menyesuaikan tema

yang dipilih dengan kemahiran serta minat yang ada pada saya. Dalam proses memilih tema saya banyak meminta

pendapat rakan-rakan dan pensyarah pembimbing bagi memilih tema yang menarik. Akhirnya setelah meminta pendapat

rakan-rakan dan pensyarah pembimbing akhirnya saya memilih tema MARVEL dalam penghasilan karya mural digital

saya. Hal ini kerana, MARVEL merupakan salah satu siri komik yang saya minati dan saya yakin dapat menghasilkan

karya mural digital ini dengan sebaik yang mungkin.

Seterusnya adalah proses Pengolahan dan Pemurnian (Elaboration and Refinement). Tujuan proses ini dilakukan

bagi mendapatkan kajian visual yang lebih sistematik dan tersusun. Dalam proses ini saya aplikasikan bagi memastikan

imej atau visual yang hendak dihasilkan dalam karya digital mural saya bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan

saya iaitu berkaitan dengan MARVEL. Mengikut Laura Chapman, proses ini dianggap signifikan kerana proses

pengolahan dan pemurnian biasanya diulang beberapa kali bagi mendapatkan hasil terbaik. Selain itu, proses ini juga

Page 11: Seni Digital

melatih saya mengamati secara mendalam terhadap sesuatu penghasilan dan ternyata kaedah ini telah memberikan

kesan yang maksimum kepada karya saya.

Akhir sekali, Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium). Mengikut Chapman keadaan sesuatu

karya itu sangat bergantung kepada pemilihan bahan yang dilakukan oleh pengkarya. Sesetengah pengkarya akan terus

menggunakan bahan yang sama bagi menghasilkan karya dan tidak kurang juga yang gemar membuat eksperimentasi

bagi melihat kesan-kesan tertentu. Dalam pemilihan bahan saya telah memilih perisian Adobe Photoshop cs6 dalam

penghasilan mural digital saya dan perisian Cyberlink Power Director 13 dalam penghasilan video montaj saya. Dalam

penghasilan mural digital saya telah menggabungkan pelbagai elemen warna bagi menimbulkan kesan yang menarik

pada mural digital saya. Bagi video pula, saya telah menggabungkan pelbagai video aksi yang berkaitan dengan tema

MARVEL bagi menghasilkan satu karya yang boleh menimbulkan pelbagai ekspresi pada audien. Kedua-dua perisian

penyuntingan ini adalah antara yang terbaru sekali perisiannya dalam dunia siber masa kini. Kedua-dua perisian ini

memberikan kesan yang menarik terhadap karya saya. Meskipun masa yang diambil agak lama dalam menyunting mural

digital dan video tersebut, namun saya amat berpuas hati dan berasa seronok sepanjang proses menyunting mural dan

video tersebut.

Page 12: Seni Digital
Page 13: Seni Digital

i. Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea) Dalam menjana idea, pengkarya menetapkan objektif, haluan dan tujuan penghasilan karya. Terdapat juga pengkarya yang tidak dapat menetapkan haluan penghasilan karya kerana penetapan ini bergantung kepada ilham dan cetusan idea. Yang nyata, proses ini agak lambat dan memakan masa. Di dalam konteks pendidikan seni visual pula, guru dimestikan untuk membimbing pelajar dalam menetapkan hala tuju penghasilan karya selain menerangkan kaedah menjana idea. Sekiranya diabaikan, adalah dikhuatiri murid mungkin tidak mampu menghasilkan karya.

ii. Pengolahan dan Pemurnian (Elaboration and Refinement)Proses ini dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang lebih sistematik dan tersusun. Proses ini digunakan oleh pengkarya bagi memastikan imej atau visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan. Dalam penghasilan karya di peringkat kanak-kanak, proses ini dianggap signifikan kerana proses pengolahan dan pemurnian biasanya diulang beberapa kali bagi mendapatkan hasil terbaik. Proses ini perlu didedahkan kepada murid di sekolah supaya mereka dilatih untuk mempunyai pengamatan mendalam terhadap ketelitian.

iii. Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium)

Pemilihan bahan bagi menghasilkan karya sangat bergantung kepada pemilihan yang dilakukan oleh pengkarya. Sesetengah pengkarya akan terus menggunakan bahan yang sama bagi menghasilkan karya dan tidak kurang juga yang gemar membuat eksperimentasi bagi melihat kesan-kesan tertentu. Pemilihan bahan yang dipilih memberikan kesan terhadap masa yang diambil bagi menyiapkan sesuatu karya dan persediaan yang perlu dilakukan sebelum menghasilkannya.

Dalam pendidikan seni visual, guru perlu membimbing murid melalui pengenalan terhadap bahan dan teknik penggunaan serta penghasilan.

Guru perlu menjelaskan melalui demonstrasi dan tunjuk cara supaya. pemilihan bahan oleh murid mempunyai makna dan nilai tersendiri.

Page 14: Seni Digital

http://ms.wikipedia.org/wiki/Seni_digital

http://umkeprints.umk.edu.my/318/1/Paper%204.pdf

Wan Jamarul Imran b. Wan Abdullah, (2000). Teknologi Elektronik Sebagai Alatan dan Media Baru – Penerimaan dan

Pengiktirafan. Konvensyen Pendidikan Seni Visual. Universiti Pendidikan Sultan Idris : Tanjong Malim.