apresiasi karya

7
APRESIASI KARYA Karya lukisan di atas telah saya hasilkan dan disiapkan pada 17 September 2014. Karya ini bertajuk “Gift of Nature” dan dihasilkan menggunakan media kering iaitu bahan-bahan lukisan seperti pensel, pensel warna, oil pastel, soft pastel, arang dan sebagainya. Tema dalam karya adalah alam benda dan menunjukkan jenis-jenis hal benda budaya tempatan mrangkumi alat domestik, alat muzik, dan kraf tradisional. Aliran dalam karya ialah realisme. Dalam aliran realisme ini, lukisan dihasilkan mengikut subjek atau hal

Upload: lei-tao-yu

Post on 14-Sep-2015

306 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Apresiasi Karya

TRANSCRIPT

APRESIASI KARYA

Karya lukisan di atas telah saya hasilkan dan disiapkan pada 17 September 2014. Karya ini bertajuk Gift of Nature dan dihasilkan menggunakan media kering iaitu bahan-bahan lukisan seperti pensel, pensel warna, oil pastel, soft pastel, arang dan sebagainya. Tema dalam karya adalah alam benda dan menunjukkan jenis-jenis hal benda budaya tempatan mrangkumi alat domestik, alat muzik, dan kraf tradisional.Aliran dalam karya ialah realisme. Dalam aliran realisme ini, lukisan dihasilkan mengikut subjek atau hal benda dengan tepat dan menyerupai bentuk sebenar. Antara hal benda dan subjek utama dalam karya lukisan ini merangkumi alat domestik iaitu lesung batu tradisional dan mangkuk bertingkat atau bekas makanan berbudaya Baba Nyonya, alat muzik iaitu Gedombak yang berasaskan dari masyarakat Sabah dan kraf tradisional iaitu tembikar jambangan yang mempunyai corak dan motif Sarawak. Semua hal benda ini telah dihasilkan dengan teliti dengan menititkberatkan aspek asas seni reka dan komposisi. Unsur seni yang terdapat dalam karya ini ialah unsur jalinan, ruang, warna dan bentuk. Dalam karya lukisan tersebut, unsur jalinan jelas diperlihatkan dari permukaan hal benda bekas makanan, jambangan dan lesung batu. Jalinan yang ada pada bekas makanan bersifat jalinan tampak manakala jalinan pada lesung batu dan jambangan pula mempunyai sifat jalinan sentuh dan juga jalinan tampak. Unsur jalinan telah menjadikan hal benda yang digambarkan dalam lukisan kelihatan realistik dan menarik. Dari segi warna, karya ini menggunakan warna harmoni sebagai penarik, penggunaan warna harmoni sangat sinonim dengan ciri-ciri hal benda yang mengadungi corak dan motif flora seperti yang terdapat pada bekas makanan dan jambangan tersebut. Ruang yang digunakan adalah ruang dalam dan saiz gedombak dan jambangan yang dilukis jelas menunjukkan perbezaan jarak antara kedua-dua hal benda ini. Bentuk hal benda telah berjaya digambarkan melalui pembahagian ruang dan penggunaan ton warna secara berkesan dengan pengaplikasian teknik-teknik lukisan yang sesuai.Prinsip rekaan yang telah digambarkan melalui karya lukisan ini adalah imbangan, keharmonian dan kepelbagaian. Prinsip imbangan dalam karya lukisan tersebut telah menggambarkan suatu susunan reka letak yang berpadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan perhatian. Imbangan jenis simetri dapat digambarkan secara seimbang pada bentuk hal benda apabila bahagian di sebelah kiri sama dengan kanan atau bahagian atas sama dengan bawah. Garisan axis boleh dilukis di tengah-tengah untuk memastikan kedua-dua bahagian mempunyai kesamaan. Di samping itu, prinsip keharmonian yang diaplikasikan dalam karya lukisan telah menimbulkan gambaran yang sempurna, teratur, seragam, dan selesa pada pandangan. Hal ini kerana dalam karya lukisan ini tidak terdapat ciri-ciri yang bercanggah dari segi susunan atau unsur-unsur seni.Kepelbagaian dapat dilihat berdasarkan jenis hal benda yang pelbagai iaitu alat domestik, alat muzik dan kraf tradisional telah memberi gaya, variasi dan daya tarikan bagi menyempurnakan gubahan karya. Selain itu, penggunaan media dan teknik yang berbeza-beza juga dapat menimbulkan kepelbagaian. Media kering yang telah digunakan dalam penghasilan karya ini seperti oil pastel. soft pastel dan pensel warna telah berjaya menimbulkan kesan warna dan jalinan yang berbeza. Sebagai contohnya, dalam proses melukis dan mewarna lesung batu, bahan oil pastel amat sesuai digunakan untuk menimbulkan kesan warna dan jalinan yang terdapat pada lesung batu tersebut. Di samping itu, untuk mendapatkan kesan warna yang lebih terang dan bertenaga, bahan oil pastel juga sesuai digunakan untuk mewarna corak bunga-bungaan yang terdapat pada bekas makanan tersebut. Hal ini telah menimbulkan nilai estetika yang tidak membosankan dan memberi daya tarikan yang lebih tinggi.Dari segi teknik penghasilan karya lukisan, terdapat beberapa teknik yang telah digunakan seperti teknik gosokan, teknik lorekan, teknik hatching, teknik garisan, teknik titik dan sebagainya. Dalam proses melukis dan mewarna jambangan, teknik yang telah digunakan ialah teknik hatching dan teknik garisan untuk melukis corak dan motif yang terdapat pada permukaannya dengan menggunakan pensel warna dan soft pastel. Bagi menghasilkan lesung batu pula, teknik titik dan teknik hatching digunakan dengan oil pastel. Gedombak pula dihasilkan dengan teknik gosokan dan teknik cross-hatching menggunakan soft pastel dan pensel warna. Akhir sekali, mangkuk bertingkat atau bekas makanan tersebut dihasilkan dengan teknik lorekan dan teknik garisan menggunakan oil pastel. Dengan kombinasi dan percampuran pelbagai media dan teknik yang bersesuaian dalam proses melukis dan mewarna ini telah menjadikan lukisan dihasilkan secara lebih menarik dan sempurna.Lukisan ini dilukis dalam perspektif dua titik lenyap, iaitu dari pandangan sudut kiri dan kanan. Selain itu, lukisan ini juga digambarkan dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada asas seni reka. Hal-hal benda yang terdapat dalam lukisan dapat digambarkan dengan lebih terperinci dari aspek unsur seni seperti bentuk, jalinan dan warna. Di samping itu, reka letak hal-hal benda yang disusun secara artistik dan kreatif telah memenuhi elemen dan konsep rule of third dan golden mean. Kadar banding hal-hal benda dalam lukisan juga adalah agak tepat dan secara keseluruhannya lukisan dapat digambarkan dalam keadaan yang seimbang. Dengan ini, karya ini memenuhi prinsip kesatuan kerana telah berjaya menggabungkan prinsip rekaan dan unsur seni dalam usaha melahirkan sesuatu rekaan seni visual yang sempurna lagi baik. Selain dari aspek asas seni reka, karya ini juga bercirikan kesatuan dari segi penggabungan yang menjurus kepada tema dan idea yang sama dan saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain. Hal-hal benda yang telah digambarkan dalam lukisan merupakan alam benda yang diperbuat daripada sumber alam semula jadi.Karya lukisan ini telah dinamakan Gift of Nature. Nama karya ini adalah berkaitan rapat dengan makna dan mesej yang ingin disampaikan melalui hal-hal benda yang terdapat dalam lukisan tersebut. Empat jenis hal benda tersebut iaitu gedombak, lesung batu, mangkuk bertingkat dan jambangan masing-masing diperbuat daripada bahan sumber alam seperti gedombak diperbuat daripada kayu dan kulit kambing, lesung batu diperbuat daripada batu, mangkuk bertingkat diperbuat daripada besi atau logam dan kayu, jambangan pula diperbuat daripada tanah liat. Oleh sebab itu, karya lukisan ini diberikan nama Gift of Nature yang membawa maksud hadiah dan pemberian daripada alam semula jadi oleh Tuhan yang amat berharga dan berguna kepada manusia serta membolehkan kita mengubahsuaikan sumber-sumber alam ini kepada peralatan yang bermakna seperti alat domestik, alat muzik dan kraf tradisional.Nilai yang ditekankan dalam karya lukisan ini ialah menghargai dan mengapresiasi budaya tempatan yang diamalkan oleh measyrakat tempatan yang berbagai etnik, bangsa dan kaum. Alat-alat tradisi dan kraf tradisional haruslah kita kenali dan kekalkan. Amalan bersyukur haruslah menjadi pegangan hidup kita supaya kita bersyukur terhadap apa yang kita telah disediakan dan diberikan oleh alam semesta yang telah kita hidup ini. Bersyukur merupakan satu amalan yang mulia sehinggakan orang yang bersyukur sentiasa befikiran luas dan positif serta memanfaatkan kehidupannya dengan sempurna dan bermakna.