aplikasi komputer

3
SULI T SKW 1102 SOALAN 1 [8 MARKAH] SULI T 1 (a) Rajah di bawah menunjukkan satu paparan untuk menghasilkan gadgets di desktop. Rajah 1: Paparan Gadgets Anda dikehendaki untuk membuka paparan gadgets tersebut dan menghasilkan dua gadgets di desktop anda. Dua gadgets tersebut ialah Calendar dan Clock. Seterusnya, anda dikehendaki melakukan print screen desktop anda itu setelah memasukkan kedua-dua gadgets anda itu. Kemudian, tampal (paste) print screen desktop tersebut di dalam dokumen baru MS word. Simpan (save) dengan nama fail SOALAN 1A di dalam folder “PA SKW 1102/NAMA ANDA”. [4 markah] (b) Senaraikan serta print screen langkah-langkah untuk menukar gambar bagi “screen saver” di komputer anda dan tampalkannya di dalam MS Word baru dan simpan dengan nama SOALAN 1B dalam folder “PA SKW 1102/NAMA ANDA. [4 markah]

Upload: norazah-binti-abdullah

Post on 20-Feb-2016

17 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

APLIKASI KOMPUTER

TRANSCRIPT

Page 1: APLIKASI KOMPUTER

SULITSKW 1102SOALAN 1[8 MARKAH]SULIT1

(a) Rajah di bawah menunjukkan satu paparan untuk menghasilkan gadgets di desktop.

Rajah 1: Paparan Gadgets

Anda dikehendaki untuk membuka paparan gadgets tersebut dan menghasilkan dua

gadgets di desktop anda. Dua gadgets tersebut ialah Calendar dan Clock.

Seterusnya, anda dikehendaki melakukan print screen desktop anda itu setelah

memasukkan kedua-dua gadgets anda itu. Kemudian, tampal (paste) print screen

desktop tersebut di dalam dokumen baru MS word. Simpan (save) dengan nama fail

SOALAN 1A di dalam folder “PA SKW 1102/NAMA ANDA”.

[4 markah]

(b) Senaraikan serta print screen langkah-langkah untuk menukar gambar bagi “screen

saver” di komputer anda dan tampalkannya di dalam MS Word baru dan simpan dengan

nama SOALAN 1B dalam folder “PA SKW 1102/NAMA ANDA”.[4 markah]

Page 2: APLIKASI KOMPUTER

SULIT SKW 1102SOALAN 2

[23 MARKAH]

SULIT 2

(a) Anda dikehendaki untuk menaip semula dokumen dalam Petikan 1 di bawah dengan

menggunakan perisian MS Word.

Sang Kancil Dan Sang Gajah

Bermulalah kisah pada suatu petang Sang Kancil yang cerdik bersiar-siar di

dalam hutan belantara. Sedang ia bersiar-siar tiba-tiba Sang Kancil telah terjatuh ke

jurang yang amat dalam. Ia cuba untuk keluar berkali-kali malangnya tidak berjaya.

Setelah segala usaha yang dilakukan adalah sia-sia, Sang Kancil pun berfikir,

"Macam mana aku nak keluar dari lubang yang sangat dalam ini."

Setelah lama berfikir namun tiada idea yang bernas untuk Sang Kancil keluar

dari lubang tadi, namun Sang Kancil tetap tidak mahu berputus asa. Dalam kebuntuan

mencari idea, Sang Kancil telah terdengar bunyi tapak kaki yang besar. "Kalau bunyi

tapak kaki macam ni, ni tak lain, mesti gajah ni!" Tiba-tiba Sang Kancil

mendapat satu idea yang bernas untuk menyelamatkan diri untuk keluar dari lubang.

Kemudian Sang Gajah yang lalu itupun menegur

Sang Kancil, "Eh Sang Kancil, tengah buat apa?" Tanya si

Gajah. "Menyelamatkan diri!" Jawab Sang

Kancil."Dari apa?" Tanya gajah lagi."Dari bahaya, cuba

tengok atas, langit nak runtuh, dah hitam." Balas Sang

Kancil. Gajah yang dungu ini pun terus mempercayai Sang

Kancil bulat-bulat. "Habis tu macam mana nak selamatkan

diri?" Tanya si gajah. "Masuklah sekali dalam lubang ini, kalau langit runtuh pun selamat

kita dekat sini." Tanpa berfikir panjang Sang Gajah pun terus melompat ke dalam lubang

untuk menyelamatkan dirinya. Kemudian Sang Kancil pun mengambil kesempatan untuk

melompat di atas badan gajah dan terus keluar dari lubang yang dalam itu.

"Haha, padan muka engkau, selamat aku." Kemudian Sang Kancil pun berlalu pergi

meninggalkan sang Gajah yang masih terpinga-pinga di dalam lubang tadi.

Petikan 1: Sang Kancil Dan Sang Gajah