apakah kesan kejatuhan nilai wang ringgit malaysia

6
APAKAH KESAN KEJATUHAN NILAI WANG RINGGIT MALAYSIA Website : www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com Ditulis oleh : Mohd Zaidi Junus, Pakar Pelaburan Emas Public Gold Malaysia Apakah kesan kejatuhan nilai wang ringgit Malaysia, kebaikkan dan keburukkan penurunan nilai matawang ringgit dan persediaan menghadapi krisis ekonomi. Kejatuhan nilai matawang Malaysia semenjak 2014 yang semakin parah boleh memberi kesan kepada ekonomi negara dan kesan kepada rakyat Malaysia. Adakah kejatuhan nilai wang akan memberikan impak negatif kepada kehidupan kita? Kejatuhan nilai wang ringgit Malaysia adalah di sebabkan oleh nilai matawang dolar Amerika Syarikat yang mengukuh. Mata wang dolar AS digunakan sebagai pengukur matawang negara lain ataupun mengukur harga komoditi seperti harga emas dan harga minyak. Kelemahan harga minyak mentah global juga adalah penyebab kepada kejatuhan ringgit Malaysia. Kejatuhan nilai ringgit terburuk dalam tempoh lima tahun sebenarnya adalah fenomena antarabangsa berikutan hampir semua matawang negara pesat membangun mengalami kejatuhan berbanding dolar. Kejatuhan nilai matawang adalah disebabkan krisis ekonomi dunia dimana 174 matawang dunia mengalami kesan kejatuhan matawang dimana hanya 18 matawang sahaja yang mengukuh berbanding dolar. Namun matawang Malaysia adalah matawang yang paling banyak mengalami kejatuhan nilai wang berbanding dikalangan negara Asia.

Upload: zaidi-emas-kelantan

Post on 07-Aug-2015

228 views

Category:

Economy & Finance


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Apakah kesan kejatuhan nilai wang ringgit malaysia

APAKAH KESAN KEJATUHAN NILAI WANG RINGGIT MALAYSIA Website : www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com

Ditulis oleh : Mohd Zaidi Junus, Pakar Pelaburan Emas Public Gold Malaysia

Apakah kesan kejatuhan nilai wang ringgit Malaysia, kebaikkan dan keburukkan penurunan nilai matawang ringgit dan persediaan menghadapi krisis ekonomi. Kejatuhan nilai matawang Malaysia semenjak 2014 yang semakin parah boleh

memberi kesan kepada ekonomi negara dan kesan kepada rakyat Malaysia. Adakah kejatuhan nilai wang akan memberikan impak negatif kepada kehidupan kita?

Kejatuhan nilai wang ringgit Malaysia adalah di sebabkan oleh nilai matawang dolar Amerika Syarikat yang mengukuh. Mata wang dolar AS digunakan sebagai pengukur

matawang negara lain ataupun mengukur harga komoditi seperti harga emas dan harga minyak. Kelemahan harga minyak mentah global juga adalah penyebab

kepada kejatuhan ringgit Malaysia.

Kejatuhan nilai ringgit terburuk dalam tempoh lima tahun sebenarnya adalah fenomena antarabangsa berikutan hampir semua matawang negara pesat

membangun mengalami kejatuhan berbanding dolar. Kejatuhan nilai matawang adalah disebabkan krisis ekonomi dunia dimana 174 matawang dunia mengalami kesan kejatuhan matawang dimana hanya 18 matawang sahaja yang mengukuh

berbanding dolar. Namun matawang Malaysia adalah matawang yang paling banyak mengalami kejatuhan nilai wang berbanding dikalangan negara Asia.

Page 2: Apakah kesan kejatuhan nilai wang ringgit malaysia

Sesungguhnya, sesuatu perkara yang barlaku ada kesan baik dan buruk. Contohnya, kita terlibat dalam kemalangan, maka kita mendapat kesan buruk kerana kehilangan wang sebaliknya kesan baik bagi pihak kedua seperti kedai bengkel baiki kenderaan. Apakah kebaikkan kepada kita? Sebagai orang islam kita mesti percaya kepada Qada

dan Qadar, dimana kita juga mendapat kebaikkan iaitu pengajaran, ilmu dan pengalaman peristiwa tersebut yang lebih berharga...Sesungguhnya ilmu atau

pengalaman lebih berharga dari wang ringgit.

Kelebihan penurunan nilai matawang ringgit malaysia :

Nilai mata wang yang rendah juga memberikan kebaikan kepada negara Malaysia. Nilai mata wang yang rendah telah membuka peluang kepada negara kita untuk

bersaing di dalam pasaran eksport kerana produk kita menjadi lebih murah berbanding negara yang stabil nilai mata wangnya. Kerajaan telah menyusun beberapa tindakan untuk memastikan perolehan daripada eksport meningkat

seterusnya memastikan Imbangan Akaun Semasa kita sentiasa positif. Nilai matawang yang rendah akan menambah tarikkan pelancong datang ke

Malaysia untuk melancong dan berbelanja kerana dapat wang pertukaran Ringgit Malaysia yang banyak. Kerajaan juga, bagi merancakkan kemasukan modal daripada luar telah menyusun beberapa pelan untuk mempromosi sektor perlancongan negara kita. Antaranya seperti menghapuskan caj permohonan visa kepada pelancong luar.

Keburukan penurunan nilai matawang ringgit Malaysia.

Hakikat sebenarnya, kejatuhan nilai matawang memberi impak kesan buruk melebihi daripada kesan baik. Tidak ada negara di dunia yang mahukan nilai

wangnya rendah. Kejatuhan nilai matawang memberi lebih banyak keburukkan daripada kebaikkan terutama kesan buruk kepada rakyat berpendapatan kecil

sesebuah negara.

Page 3: Apakah kesan kejatuhan nilai wang ringgit malaysia

Antara kesan negatif penurunan nilai matawang RM iaitu :

1. Barangan Import lebih mahal. Barangan import yang dijual dalam malaysia lebih mahal kerana Malaysia akan

mengeluarkan lebih nilai wang untuk membayar harga barangan tersebut disebabkan nilai tukaran ringgit yg jatuh. Ini menyebabkan harga barangan import atau yang mengandungi komponen import yang tinggi akan meningkat. Pembekal

barangan import tidak akan menanggung kerugian kesan dari kejatuhan nilai Ringgit ini akan memindahkan beban tersebut kepada pengguna. Jadi harga barangan

import akan meningkat mahal.

2. Harga barangan akan naik Harga barangan keperluan juga meningkat naik kesan daripada kejatuhan nilai

matawang, cukai barangan dan perkhidmatan GST, harga minyak yang tinggi dan sebagainya. Kesan kenaikkan harga barangan akan meluas kepada semua barangan

keperluan di sebabkan kejatuhan matawang ringgit malaysia.

3. Kuasa beli rakyat di luar negara berkurang. Kuasa beli rakyat di luar negara atau pelancong Malaysia berkurang dengan

penurunan nilai matawang Malaysia. Perbelanjaan yang lebih mesti dikeluarkan untuk bercuti atau hidup di luar negara kerana kuasa membeli barangan di luar

negara adalah berkurang. Kejatuhan nilai Ringgit Malaysia memberikan kesan yang ketara kepada kita selaku mahasiswa yang menuntut di luar negara. Jumlah wang saku yang dilihat mengecil,

bebanan untuk membayar yuran pengajian semakin memberat, simpanan menggunakan ringgit menyusut kuasa belinya dan sebagainya.

4. Inflasi

Inflasi mungkin berlaku apabila barangan Import yang lebih mahal akan meningkat harga barangan import menyebabkan inflasi tarikan permintaan. Firma atau

pengeksport mempunyai kurang insentif untuk mengurangkan kos kerana mereka boleh bergantung kepada penurunan nilai bagi meningkatkan daya saing.

Kebimbangan adalah dalam penurunan nilai jangka panjang boleh membawa kepada produktiviti yang lebih rendah kerana penurunan dalam insentif dan berlaku inflasi.

5. Penurunan Harga Minyak.

Harga minyak berkadar songsang dengan nilai dolar amerika. Jadi bila nilai dolar naik, harga minyak turun dan nilai matawang malaysia juga mengalami penurunan. Harga minyak mentah dunia telah mencatatkan sejarah apabila mencecah serendah

48 USD/setong dimana Penurunan harga hampir 50% daripada harga tahun lalu yang setinggi USD100-115/setong telah menjejaskan pendapatan Malaysia yang

merupakan negara pengeksport minyak mentah.

Kita tidak dapat meramal bilakah krisis ekonomi akan berakhir. Kita juga tidak boleh menjangka krisis ekonomi akan semakin pulih atau semakin buruk. Langkah

persediaan dan berjaga-jaga hendaklah diambil dari sekarang sebagai perlindungan di masa depan.

Page 4: Apakah kesan kejatuhan nilai wang ringgit malaysia

Langkah persediaan menghadapi krisis ekononi :

1. Persediaan sikap Sikap kita perlu diubah agar fokus kepada perkara yang bermunafaat seperti

pelaburan serta perniagaan emas fizikal daripada memikirkan krisis ekonomi. Jauhi berita-berita yang tidak sahih yang tersebar melalui media sosial seperti whatsapp,

facebook dan sebagainya yang membuat fikiran berserabut, tidak berguna dan membuang masa.

Bagi saya, formula untuk bahagia dan berjaya dalam hidup ialah 5S iaitu Senyap, Senyum, Sabar, Syukur dan Selalu. Maksubnya dalam hidup ini kita mesti selalu

senyum, sabar, senyap dan syukur. "selalu” bermaksub terus bertindak dan tindakan berterusan. Sikap yang akan membolehkan kita bahagia walaupun mempunyai

masalah atau mempunyai kesempitan wang ringgit iaitu senyum, sabar, syukur dan senyap. Senyap maksubnya tidak bercakap hal tidak baik, tidak berfaedah atau

berhenti berbicara atau menulis berita tentang krisis ekinomi dan sebagainya yang tidak memberi faedah, tapi mungkin akan mendapat kebencian dari kawan-kawan.

Pilihlah untuk berbahagia bukan bererti kita tidak peduli terhadap masalah-masalah di sekeliling kita ataupun memaksakan senyum di wajah kita, tetapi kita berfokus

pada hal-hal indah yang dapat memberikan kita kesenangan, membuat kita tersenyum dan bersyukur atas kehidupan ini.

2. Persediaan tindakan hadapi krisis ekonomi.

Setelah persediaan sikap dan mental maka tindakan seterusnya ialah persedian tindakan menghadapi krisis ekonomi akibat kejatuhan nilai ringgit mslaysia.

Langkah persediaan pertama adalah berjimat cermat. Kejatuhan nilai wang ringgit Malaysia, kenaikkan harga minyak dan gst (cukai barangan dan perkhidmatan) menyebabkan harga barangan naik dan kuasa membeli berkurang jadi langkah

penjimatan mesti dilakukan segera seperti langkah penjimatan perbelanjaan harian dengan hanya membeli barang keperluan penting, penjimatan minyak petrol dengan mengurangkan perjalanan, penjimatan tenaga elektrik dan penjimatan dalam semua

aspek kehidupan.

Kita juga perlu mengurangkan pembelian barangan import dan melancong ke luar negara pada masa krisis ekonomi ini. Melancong ke luar negara yg mempunyai nilai

matawang tinggi atau membeli barang import pada masa kejatuhan duit malaysia adalah merugikan kerana kita memperolehi nilai tukaran yang sedikit. Contonya, Saya selalu membeli barangan siam seperti di sungai golok, munduk atau sungai

taba thailand dimana dalam ekonomi biasa, tukaran RM kepada wang baht thailand adalah RM300 bersamaan 3000 bath atau lebih. Beberaapa bulan lepas bila tukar

RM300 hanya dapat 2600 bath sahaja. Kini harga ringgit turun lagi, jadi wang tukaran yang diperolehi lagi sedikit.

3. Persediaan dana simpanan.

Penyimpanan emas fizikal adalah persedian terbaik untuk menghadapi krisis ekonomi berbanding penyimpanan wang ringgit. Pengeluaran sebahagian simpanan wang adalah tindakan bijak semasa kejatuhan nilai wang kerana penyimpanan duit ringgit dalam bank mengurangkan nilai wang. Pembelian emas fizikal dan dijadikan

simpan jangka panjang adalah warisan nenek moyang kerana harga emas akan meningkat, selamat, mudah dijual dan dibawa kerana berharga dan laku seluruh

dunia. Bertindak membeli emas fizikal dan menabung emas pada harga rendah kini,

Page 5: Apakah kesan kejatuhan nilai wang ringgit malaysia

klik segera CARA MEMBELI EMAS PUBLIC GOLD untuk mula menabung emas fizikal sebagai pelindung harta di masa depan.

Anda juga boleh membeli dan menyimpan emas dengan modal yang rendah iaitu bermula RM100 atau membeli 1 gram emas 24k. Program kumpul emas Pertama Di

Asia, dikenali Gold Accumulation Program ( GAP ) adalah program kumpul emas dalam akaun GAP setiap bulan atau bila mempunyai wang dan keluarkan emas

fizikal, sama ada jongkong emas atau emas dinar 24k LBMA tanpa cukai gst di 18 cawangan public gold. Program kumpul emas fizikal modal kecil ini amat sesuai pada

masa kejatuhan nilai matawang sebagai faktor penjimatan dan perlindungan kebocoran wang. Maklumat lanjut mengenai pelaburan emas fizikal modal rendah melalui program GAP, sila klik CARA MEMBELI EMAS 1 GRAM PROGRAM

GAP PUBLIC GOLD.

Peluang terbuka untuk terus menjadi pengedar emas atau dealer Public Gold sempena promosi raya aidilfitri 2015 public gold iaitu tawaran menjadi pengedar

emas atau peniaga emas dengan membeli emas program GAP modal kecil, berminat klik PROMOSI RAYA BELI EMAS PROGRAM GAP DAPAT JADI DEALER

PUBLIC GOLD.

Krisis ekonomi Malaysia kerana nilai ringgit malaysia jatuh, diharap tidak sangat mempengaruhi ekonomi Malaysia kerana negara Malaysia adalah negara yang stabil,

negara pertanian yang tidak bergantung kepada barang import dan hutang negara yang sedikit. Saya secara peribadi optimis bahawa krisis ekonomi ini akan pulih

terutama apabila harga minyak dan harga emas naik. Apa yang patut kita lakukan sebagai rakyat Malaysia adalah sama-sama bersatu menangani krisis ekonomi dan

menjadikan Malaysia sebagai negara aman makmur dan damai.

SEKIAN TERIMA KASIH

Page 6: Apakah kesan kejatuhan nilai wang ringgit malaysia

Apakah, kesan, kejatuhan, nilai, wang, ringgit, Malaysia, kebaikkan, keburukkan, kesan negatif, kesan positif, penurunan nilai wang, Ringgit Malaysia, kebaikkan nilai

duit jatuh, keburukkan wang ringgit jatuh, cara, mengatasi, krisis ekonomi, kesan kejatuhan, kesan penurunan, ringgit malaysia, kesan kejatuhan ringgit malaysia, kesan penurunan matawang, sebab duit malaysia jatuh, kesan buruk penurunan

ringgit, kesan negatif nilai ringgit jatuh, kelebihan penurunan rm, langkah persediaan, persediaan hadapi krisis ekonomi, krisis ekonomi Malaysia, simpan

emas, public gold, simpan emas public gold, Pelaburan emas fizikal, modal rendah, membeli emas modal kecil, program kumpul

emas, program gap, cara membeli emas, cara membeli emas gap

http://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/cara-beli-emas/ http://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/cara-beli-emas/cara-membeli-

gold-bar-1-gram-program-gap-public-gold/ http://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/promosi-raya-beli-emas-

murah-dapat-berniaga-emas/