apakah kesan kejatuhan nilai ringgit malaysia.docx

12
Apakah kesan kejatuhan nilai ringgit Malaysia, kebaikkan dan keburukkan penurunan nilai wang ringgit dan persediaan menghadapi krisis ekonomi. Kejatuhan nilai matawang Malaysia semenjak 2014 yang semakin parah boleh memberi kesan kepada ekonomi negara dan kesan kepada rakyat Malaysia. Adakah kejatuhan nilai wang akan memberikan impak negatif kepada kehidupan kita? Kejatuhan nilai wang ringgit Malaysia adalah di sebabkan oleh nilai matawang dolar Amerika Syarikat yang mengukuh. Mata wang dolar AS digunakan sebagai pengukur matawang negara lain ataupun mengukur harga komoditi seperti harga emas dan harga minyak. Kelemahan harga minyak mentah global juga adalah penyebab kepada kejatuhan ringgit Malaysia. Kejatuhan nilai ringgit terburuk dalam tempoh lima tahun sebenarnya adalah fenomena antarabangsa berikutan hampir semua matawang negara pesat membangun mengalami kejatuhan berbanding dolar. Kejatuhan nilai matawang adalah disebabkan krisis ekonomi dunia dimana 174 matawang dunia mengalami kesan kejatuhan matawang dimana hanya 18 matawang sahaja yang mengukuh berbanding dolar. Namun matawang Malaysia adalah matawang yang paling banyak mengalami kejatuhan nilai wang berbanding dikalangan negara Asia. kejatuhan nilai matawang malaysia Sesungguhnya, sesuatu perkara yang barlaku ada kesan baik dan buruk. Contohnya, kita terlibat dalam kemalangan, maka kita mendapat kesan buruk kerana kehilangan wang sebaliknya kesan baik bagi pihak kedua seperti kedai bengkel baiki kenderaan. Apakah kebaikkan kepada kita? Sebagai orang islam kita mesti percaya kepada Qada dan Qadar, dimana kita juga mendapat kebaikkan iaitu pengajaran, ilmu dan pengalaman peristiwa tersebut yang lebih berharga…Sesungguhnya ilmu atau pengalaman lebih berharga dari wang ringgit. Kelebihan penurunan nilai matawang ringgit malaysia : Nilai mata wang yang rendah juga memberikan kebaikan kepada negara Malaysia. Nilai mata wang yang rendah telah membuka peluang kepada negara kita untuk bersaing di dalam pasaran eksport kerana produk kita menjadi lebih murah berbanding negara yang stabil nilai mata wangnya. Kerajaan telah menyusun beberapa tindakan untuk memastikan perolehan daripada eksport meningkat seterusnya memastikan Imbangan Akaun Semasa kita sentiasa positif. Nilai matawang yang rendah akan menambah tarikkan pelancong datang ke Malaysia untuk melancong dan berbelanja kerana dapat wang pertukaran Ringgit Malaysia yang banyak. Kerajaan juga, bagi merancakkan kemasukan modal daripada luar telah menyusun

Upload: nazhatulshima

Post on 14-Dec-2015

133 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Apakah kesan kejatuhan nilai ringgit Malaysia.docx

Apakah kesan kejatuhan nilai ringgit Malaysia, kebaikkan dan keburukkan penurunan nilai wang ringgit dan persediaan menghadapi krisis ekonomi. Kejatuhan nilai matawang Malaysia semenjak 2014 yang semakin parah boleh memberi kesan kepada ekonomi negara dan kesan kepada rakyat Malaysia. Adakah kejatuhan nilai wang akan memberikan impak negatif kepada kehidupan kita? Kejatuhan nilai wang ringgit Malaysia adalah di sebabkan oleh nilai matawang dolar Amerika Syarikat yang mengukuh. Mata wang dolar AS digunakan sebagai pengukur matawang negara lain ataupun mengukur harga komoditi seperti harga emas dan harga minyak. Kelemahan harga minyak mentah global juga adalah penyebab kepada kejatuhan ringgit Malaysia. Kejatuhan nilai ringgit terburuk dalam tempoh lima tahun sebenarnya adalah fenomena antarabangsa berikutan hampir semua matawang negara pesat membangun mengalami kejatuhan berbanding dolar. Kejatuhan nilai matawang adalah disebabkan krisis ekonomi dunia dimana 174 matawang dunia mengalami kesan kejatuhan matawang dimana hanya 18 matawang sahaja yang mengukuh berbanding dolar. Namun matawang Malaysia adalah matawang yang paling banyak mengalami kejatuhan nilai wang berbanding dikalangan negara Asia. kejatuhan nilai matawang malaysia Sesungguhnya, sesuatu perkara yang barlaku ada kesan baik dan buruk. Contohnya, kita terlibat dalam kemalangan, maka kita mendapat kesan buruk kerana kehilangan wang sebaliknya kesan baik bagi pihak kedua seperti kedai bengkel baiki kenderaan. Apakah kebaikkan kepada kita? Sebagai orang islam kita mesti percaya kepada Qada dan Qadar, dimana kita juga mendapat kebaikkan iaitu pengajaran, ilmu dan pengalaman peristiwa tersebut yang lebih berharga…Sesungguhnya ilmu atau pengalaman lebih berharga dari wang ringgit. Kelebihan penurunan nilai matawang ringgit malaysia : Nilai mata wang yang rendah juga memberikan kebaikan kepada negara Malaysia. Nilai mata wang yang rendah telah membuka peluang kepada negara kita untuk bersaing di dalam pasaran eksport kerana produk kita menjadi lebih murah berbanding negara yang stabil nilai mata wangnya. Kerajaan telah menyusun beberapa tindakan untuk memastikan perolehan daripada eksport meningkat seterusnya memastikan Imbangan Akaun Semasa kita sentiasa positif. Nilai matawang yang rendah akan menambah tarikkan pelancong datang ke Malaysia untuk melancong dan berbelanja kerana dapat wang pertukaran Ringgit Malaysia yang banyak. Kerajaan juga, bagi merancakkan kemasukan modal daripada luar telah menyusun beberapa pelan untuk mempromosi sektor perlancongan negara kita. Antaranya seperti menghapuskan caj permohonan visa kepada pelancong luar. Keburukan penurunan nilai matawang ringgit Malaysia : Hakikat sebenarnya, kejatuhan nilai matawang memberi impak kesan buruk melebihi daripada kesan baik. Tidak ada negara di dunia yang mahukan nilai wangnya rendah. Kejatuhan nilai matawang memberi lebih banyak keburukkan daripada kebaikkan terutama kesan buruk kepada rakyat berpendapatan kecil sesebuah negara. Antara kesan negatif penurunan nilai matawang RM iaitu : Barangan Import lebih mahal. Barangan import yang dijual dalam malaysia lebih mahal kerana Malaysia akan mengeluarkan lebih nilai wang untuk membayar harga barangan tersebut disebabkan nilai tukaran ringgit yg jatuh. Ini menyebabkan harga barangan import atau yang mengandungi komponen import yang tinggi akan meningkat. Pembekal barangan import tidak akan menanggung kerugian kesan dari kejatuhan nilai Ringgit ini akan memindahkan beban tersebut kepada pengguna. Jadi harga barangan import akan meningkat mahal. Harga barangan akan naik Harga barangan keperluan juga meningkat naik kesan daripada kejatuhan nilai matawang, cukai barangan dan perkhidmatan GST, harga minyak yang tinggi dan sebagainya. Kesan kenaikkan harga barangan akan meluas kepada semua barangan keperluan di sebabkan kejatuhan matawang ringgit malaysia. Kuasa beli rakyat di luar negara berkurang. Kuasa beli rakyat di luar negara atau pelancong Malaysia berkurang dengan penurunan nilai matawang

Page 2: Apakah kesan kejatuhan nilai ringgit Malaysia.docx

Malaysia. Perbelanjaan yang lebih mesti dikeluarkan untuk bercuti atau hidup di luar negara kerana kuasa membeli barangan di luar negara adalah berkurang. Kejatuhan nilai Ringgit Malaysia memberikan kesan yang ketara kepada kita selaku mahasiswa yang menuntut di luar negara. Jumlah wang saku yang dilihat mengecil, bebanan untuk membayar yuran pengajian semakin memberat, simpanan menggunakan ringgit menyusut kuasa belinya dan sebagainya. Inflasi Inflasi mungkin berlaku apabila barangan Import yang lebih mahal akan meningkat harga barangan import menyebabkan inflasi tarikan permintaan. Firma atau pengeksport mempunyai kurang insentif untuk mengurangkan kos kerana mereka boleh bergantung kepada penurunan nilai bagi meningkatkan daya saing. Kebimbangan adalah dalam penurunan nilai jangka panjang boleh membawa kepada produktiviti yang lebih rendah kerana penurunan dalam insentif dan berlaku inflasi. Penurunan Harga Minyak. Harga minyak berkadar songsang dengan nilai dolar amerika. Jadi bila nilai dolar naik, harga minyak turun dan nilai matawang malaysia juga mengalami penurunan. Harga minyak mentah dunia telah mencatatkan sejarah apabila mencecah serendah 48 USD/setong dimana Penurunan harga hampir 50% daripada harga tahun lalu yang setinggi USD100-115/setong telah menjejaskan pendapatan Malaysia yang merupakan negara pengeksport minyak mentah. Kita tidak dapat meramal bilakah krisis ekonomi akan berakhir. Kita juga tidak boleh menjangka krisis ekonomi akan semakin pulih atau semakin buruk. Langkah persediaan dan berjaga-jaga hendaklah diambil dari sekarang sebagai perlindungan di masa depan. Langkah persediaan menghadapi krisis ekononi : Persediaan sikap Sikap kita perlu diubah agar fokus kepada perkara yang bermunafaat seperti pelaburan serta perniagaan emas fizikal daripada memikirkan krisis ekonomi. Jauhi berita-berita yang tidak sahih yang tersebar melalui media sosial seperti whatsapp, facebook dan sebagainya yang membuat fikiran berserabut, tidak berguna dan membuang masa. Bagi saya, formula untuk bahagia dan berjaya dalam hidup ialah 5S iaitu Selalu, Senyap, Senyum, Sabar dan Syukur. Maksubnya dalam hidup ini kita mesti Selalu Senyum Sabar Senyap dan Syukur. “Selalu” bermaksub terus bertindak dan tindakan berterusan. Sikap yang akan membolehkan kita bahagia walaupun mempunyai masalah atau mempunyai kesempitan wang ringgit iaitu senyum, sabar,syukur dan senyap. Senyap maksubnya tidak bercakap hal tidak baik, tidak berfaedah atau berhenti berbicara atau menulis berita tentang krisis ekinomi dan sebagainya yang tidak memberi faedah, tapi mungkin akan mendapat kebencian dari kawan-kawan. Pilihlah untuk berbahagia bukan bererti kita tidak peduli terhadap masalah-masalah di sekeliling kita ataupun memaksakan senyum di wajah kita, akan tetapi kita berfokus pada hal-hal indah yang dapat memberikan kita kesenangan, membuat kita tersenyum dan bersyukur atas kehidupan ini. Persediaan tindakan hadapi krisis ekonomi. Setelah persediaan sikap dan mental maka tindakan seterusnya ialah persedian tindakan menghadapi krisis ekonomi akibat kejatuhan nilai ringgit malaysia. Langkah persediaan pertama adalah berjimat cermat. Kejatuhan nilai wang ringgit Malaysia, kenaikkan harga minyak dan gst (cukai barangan dan perkhidmatan) menyebabkan harga barangan naik dan kuasa membeli berkurang jadi langkah penjimatan mesti dilakukan segera seperti langkah penjimatan perbelanjaan harian dengan hanya membeli barang keperluan penting, penjimatan minyak petrol dengan mengurangkan perjalanan, penjimatan tenaga elektrik dan penjimatan dalam semua aspek kehidupan. Kita juga perlu mengurangkan pembelian barangan import dan melancong ke luar negara pada masa krisis ekonomi ini. Melancong ke luar negara yg mempunyai nilai matawang tinggi atau membeli barang import pada masa kejatuhan duit malaysia adalah merugikan kerana kita memperolehi nilai tukaran yang sedikit. Contonya, Saya selalu membeli barangan siam seperti di sungai golok, munduk atau sungai taba thailand dimana dalam ekonomi biasa, tukaran RM kepada wang baht

Page 3: Apakah kesan kejatuhan nilai ringgit Malaysia.docx

thailand adalah RM300 bersamaan 3000 bath atau lebih. Beberaapa bulan lepas bila tukar RM300 hanya dapat 2600 bath sahaja. Kini harga ringgit turun lagi, jadi wang tukaran yang diperolehi lagi sedikit. Persediaan dana simpanan. Penyimpanan emas fizikal adalah persedian terbaik untuk menghadapi krisis ekonomi berbanding penyimpanan wang ringgit. Pengeluaran sebahagian simpanan wang adalah tindakan bijak semasa kejatuhan nilai wang kerana penyimpanan duit ringgit dalam bank mengurangkan nilai wang. Pembelian emas fizikal dan dijadikan simpan jangka panjang adalah warisan nenek moyang kerana harga emas akan meningkat, selamat, mudah dijual dan dibawa kerana berharga dan laku seluruh dunia. Bertindak membeli emas fizikal dan menabung emas pada harga rendah kini, klik segera CARA MEMBELI EMAS PUBLIC GOLD untuk mula menabung emas fizikal sebagai pelindung harta di masa depan. pelaburan emas modal kecil public gold Anda juga boleh membeli dan menyimpan emas dengan modal yang rendah iaitu bermula RM100 atau membeli 1 gram emas 24k. Program kumpul emas Pertama Di Asia, dikenali Gold Accumulation Program ( GAP ) adalah program kumpul emas dalam akaun GAP setiap bulan atau bila mempunyai wang dan keluarkan emas fizikal, sama ada jongkong emas atau emas dinar 24k LBMA tanpa cukai gst di 18 cawangan public gold. Program kumpul emas fizikal modal kecil ini amat sesuai pada masa kejatuhan nilai matawang sebagai faktor penjimatan dan perlindungan kebocoran wang. Maklumat lanjut mengenai pelaburan emas fizikal modal rendah melalui program GAP, sila klik CARA MEMBELI EMAS 1 GRAM PROGRAM GAP PUBLIC GOLD. Peluang terbuka untuk terus menjadi pengedar emas atau dealer Public Gold sempena promosi raya aidilfitri 2015 public gold iaitu tawaran menjadi pengedar emas atau peniaga emas dengan membeli emas program GAP modal kecil, berminat klik PROMOSI RAYA BELI EMAS PROGRAM GAP DAPAT JADI DEALER PUBLIC GOLD. Krisis ekonomi Malaysia kerana nilai ringgit malaysia jatuh, diharap tidak sangat mempengaruhi ekonomi Malaysia kerana negara Malaysia adalah negara yang stabil, negara pertanian yang tidak bergantung kepada barang import dan hutang negara yang sedikit. Saya secara peribadi optimis bahawa krisis ekonomi ini akan pulih terutama apabila harga minyak dan harga emas naik. Apa yang patut kita lakukan sebagai rakyat Malaysia adalah sama-sama bersatu menangani krisis ekonomi dan menjadikan Malaysia sebagai negara aman makmur dan damai.

Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ

Beberapa hari ini nilai Ringgit Malaysia telah jatuh dengan begitu teruk sekali berbanding Dolar Amerika Syarikat. Apa kesan kejatuhan nilai matawang ini terhadap ekonomi kita?

1. Inflasi

Barangan dan perkhidmatan import akan menjadi lebih mahal. Pengeluar akan memindahkan kos komponen yang diimport termasuklah bahan mentah kepada pengguna.

Page 4: Apakah kesan kejatuhan nilai ringgit Malaysia.docx

Kenaikan harga barang akan memberikan kesan kepada pendapatan isi rumah dan nilai gaji yang menurun.

2. Eksport

Pengeksport akan mendapat manfaat daripada kejatuhan nilai Ringgit. Kejatuhan nilai Ringgit ini juga akan menjadikan produk tempatan lebih murah dalam matawang asing. Pertumbuhan untuk eksport akan tumbuh pesat jika permintaan terhadap produk Malaysia berubah.

3. Import

Permintaan untuk produk import akan menurun kerana mahal. Tetapi, sesetengah barang import adalah penting kepada sektor pengeluaran ataupun tidak boleh dibuat di Malaysia dan mempunyai permintaan tidak berubah.

Pengguna perlu berbelanja lebih untuk mendapatkan produk import apabila kadar matawang turun nilainya.

Keadaan ini juga boleh mengakibatkan imbangan pembayaran bertambah buruk dalam jangka masa pendek ( J Curve Effect ).

4. Gaji

Oleh kerana kenaikan inflasi dan kejatuhan pendapatan sebenar, berkemungkinan gaji akan naik. Namun, ia bergantung kepada peringkat apakah kitaran ekonomi berada.

5. Pertumbuhan Ekonomi

Page 5: Apakah kesan kejatuhan nilai ringgit Malaysia.docx

Jumlah eksport yang tinggi dan kejatuhan import akan menggalakkan pertumbuhan KDNK. Penurunan nilai matawang akan menyebabkan nilai pasaran Ringgit Malaysia akan jatuh berbanding matawang lain.

Bahasa mudahnya, Ringgit Malaysia hilang kuasa membeli berbanding matawang lain. Namun, terdapat sela masa sebelum kesan kejatuhan matawang dirasai oleh ekonomi secara keseluruhannya.

6. Komoditi Asas

Kejatuhan nilai matawang akan memberikan kesan kepada komoditi asas.

Getah akan mengalami kesan yang agak minimum kerana menggunakan Ringgit Malaysia berbanding minyak sawit yang menggunakan Dolar Amerika Syarikat.

Untuk industri getah kering seperti tayar dan kasut akan mempunyai kesan kerana kebanyakkannya adalah bahan import.

Produk latex seperti sarung tangan akan mendapat manfaat kerana menggunakan bahan tempatan dan dieksport. Industri perabut juga akan dapat manfaat kerana harga eksport adalah menggunakan Dolar Amerika Syarikat dan 80% bahan mentah yang digunakan adalah dari sumber tempatan.

7. Hutang Luar Negeri

Peningkatan berkadar dalam nilai hutang luar negeri yang menggunakan matawang asing akan berlaku. Kejatuhan nilai matawang akan menyebabkan kenaikan hutang luar negeri yang ditanggung Kerajaan Persekutuan.

8. Pelaburan swasta domestik

Page 6: Apakah kesan kejatuhan nilai ringgit Malaysia.docx

Kejatuhan pertumbuhan pelaburan swasta domestik adalah kesan kepada ketidaktentuan kadar tukaran matawang, keyakinan sektor perniagaan yang rendah dan masalah kredit akan berlaku dengan kejatuhan nilai matawang.

Krisis Ekonomi :

IMPLIKASI & PENYELESAIAN ISLAM

1. Kejutan minyak (oil shock) berikutan kenaikan harga minyak akibat peperangan antara Mesir dan Israel telah mengakibatkan Malaysia mengalami krisis ekonomi pertama sejak 1970 iaitu pada 1973/74. Kesannya, bagi tempoh 1970 hingga 1980, pertumbuhan ekonomi negara hanya meningkat 0.8% pada 1975 iaitu paras terendah bagi tempoh itu.

2. Revolusi Iran pula sekali lagi menyebabkan berlakunya ‘oil shock’ pada 1978. Ia sehingga menyebabkan negara-negara maju yang menganggotai Organisation for Economic Cooperation dan Developement (OECD) yang berpendapatan tinggi dengan Indeks Pembangunan Manusia (Human Developement Index, HDI) yang tinggi mengalami kemelesetan ekonomi. Negara membangun seperti Malaysia juga turut terjejas apabila pertumbhan KDNK meningkat perlahan pada awal 1980an berikutan kejatuhan eksport dan harga komoditi.

3. Akibat kelembapan ekonomi dunia dan kejatuhan harga komoditi seperti petroleum, kelapa sawit dan timah, ekonomi Malaysia menguncup sebanyak 1% pada 1985. Berbanding pada 1984, kadar penggangguran meningkat sebanyak 2.7% kepada 8.5% pada 1985. Kesannya, perbelanjaan mengurus tidak dapat ditampung oleh Kerajaan kerana hasil pendapatan yang merosot teruk. Ia terus meningkat kepada RM20.1 bilion pada 1986 iaitu peningkatan sebanyak 7%. Defisit berkembar yang terjadi pada 1986 berpunca apabila akaun semasa imbangan pembayaran dan akaun semasa Kerajaan Persekutuan mengalami defisit serentak pada tahun tersebut.

4. Setelah Thailand diserang oleh penyangak matawang, Malaysia turut menimpa nasib yang sama pada Julai 1997 sehingga membawa kepada jualan menyeluruh di pasaran saham dan pasaran tukaran wang. Krisis kewangan Asia yang bermula pertengahan 1997 ini merebak sehingga hampir ke semua negara ASEAN termasuk Indonesia, Jepun, Republik Korea selain daripada Thailand dan Malaysia. Pada tahun tersebut, nilai Ringgit ialah RM4.10 bagi setiap dolar, iaitu kemerosotan sebanyak 50% daripada RM2.50 sebelumnya.

5. Sekali lagi Malaysia berhadapan dengan masalah ekonomi ialah pada akhir 2008 apabila pertumbuhan ekonominya hanya 0.1% dalam suku keempat diikuti dengan KDNK menguncup sebanyak 1.6% pada 2009. Kemerosotan kualti ‘subprime asset’ yang menyebabkan kegagalan institusi kewangan Amerika Syarikat pada 2007 membangkitakan kebimbingan secara meluas dalam pasaran kewangan global. Malaysia terkesan dengan kemelesetan global itu sehinggakan eksport merosot sebanyak 7.4% manakala pengeluaran kilang merosot sebanyak 11.1%.

Page 7: Apakah kesan kejatuhan nilai ringgit Malaysia.docx

6. Pada akhir 2014 pula berlakunya kejatuhan harga minyak global yang sudah pasti memberi kesan langsung kepada Malaysia sebagai negara pengeluar minyak. Kejatuhan ini sehingga mengakibatkan Kerajaan terpaksa melakukan semakan semula terhadap Bajet 2015 yang telah dibentangkan pada Oktober 2014. Dengan unjuran purata paras harga minyak baru iaitu AS$55 setong, defisit yang dikaji semula ialah 3.2% berbanding 3.0% seperti yang diumumkan sebelumnya dan perbelanjaan mengurus (operating expenditure) pula dikurangkan sebanyak RM5.5 bilion. Pendapatan negara juga berkurang RM13.8 bilion berikutan kejatuhan harga minyak ini. Mata wang juga mengalami susut nilai yang agak tinggi. Kini ia berada pada paras RM3.60 bagi setiap dolar.

7. Pada 2015 dijangkakan harga barangan akan meningkat sekaligus meningkatkan kadar inflasi. Pelaksanaan GST bermula April dan kenaikan semula harga minyak global khususnya akan lebih ketara bermula suku kedua nanti turut meningkatkan harga runcit bahan api itu dalam pasaran tempatan. Ia pastinya akan menambahkan beban kewangan yang terpaksa ditanggung rakyat.

8. Walaupun pada keenam-enam senario kelembapan atau kejatuhan ekonomi negara seperti yang dinyatakan ini dilihat berlaku kerana faktor luaran, namun, persoalan kesensitivitian persekitaran ekonomi negara terhadap perubahan luar agar mempunyai upaya kendiri bagi mengurangkan impak itu dan membangunkan ‘sustainble economic growth’ adalah sangat penting untuk dinilai dan disemak khususnya dengan kaca mata Islam.

Malaysia sebagai negara yang mempunyai pelbagai sumber yang melebihi keperluan sepatutnya berada dalam situasi ekonomi yang sihat dan segar.

9. Akibat urus tadbir ekonomi dan kewangan negara yang bermasalah, keadaan bertukar menjadi sebaliknya; sumber yang ada tidak berkecukupan untuk menampung keperluan.

Justeru, ia akan boleh membawa kepada kegawatan dan ketidakstabilan masyarakat, lalu memaksa negara itu meminjam, berhutang dan meminta bantuan daripada negara lain.

Keadaan ini akan selamanya berterusan jika ia tidak ditangani melalui penyelesaian-penyelesaian yang bertepatan dengan kebijaksanaan akal manusia yang berteraskan wahyu Ilahi serta sifat amanah para pemimpin.

10. Bagi mencapai apa yang saya maksudkan tadi, panduan-panduan yang dikemukakan oleh Islam di dalam al-Quran dan al-Hadis serta amalan Sahabat perlu kembali menjadi teras pembangunan dan pengurusan ekonomi negara.

Antara solusinya ialah;

PERTAMA; Perbelanjaan mestilah dibuat berdasarkan keperluan dan lebihan yang ada. Bukannya merancang dan berbelanja melebihi pendapatan.

“Mulakanlah dengan dirimu sendiri dan bersedekahlah. Sekiranya terdapat lebihan, maka ia untuk ahli keluargamu. Sekiranya terdapat lebihhan lagi (selepas penggunaan ahli keluargamu), maka berikannya kepada kaum kerabatmu. Sekiranya masih ada lebihan juga, maka begitu dan begitu.

Page 8: Apakah kesan kejatuhan nilai ringgit Malaysia.docx

(Riwayat Muslim)

Bajet dengan perbelanjaan melebihi pendapatan selama 18 tahun berturut-turut menunjukkan kita membelakangkan panduan Islam ini.

KEDUA; Menegah daripada berlakunya pembaziran dan ketirisan; sama ada disebabkan kecuaian ataupun sikap tidak amanah.

“.....dan makanlah, minumlah serta janganlah kamu membazir. Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak suka kepada mereka yang membazir.”

(Surah al-A’raf : 31)

Laporan Ketua Audit Negara menjadi bukti kukuh bahawa pembaziran dan ketirisan sentiasa wujud. Sama ada pencegahannya tidak berkesan atau sengaja dibiarkan perkara itu berlaku demi menjamin kepentingan-kepentingan pihak tertentu, ia tetap memberikan impak yang sangat negatif kepada kedudukan kewangan negara.

KETIGA; Menyediakan instrumen membolehkan rakyat memperolehi keupayaan memiliki "pendapatan boleh guna" (disposible income) bagi memenuhi keperluan asas minima seseorang.

Ia boleh dilakukan sama ada dengan pemberian bulanan oleh kerajaan sebagaimana berlaku di zaman Umar bin al-Khatab atau oleh tabung bantuan bersasar oleh korporat-korporat negara.

Ini kerana konsep asas Islam ialah kerajaan tidak boleh membiarkan rakyat lapar tidak cukup makan dan tidak cukup pendapatan untuk keperluan asasi. Keadaan ini mendorong berlakunya jenayah.

Di zaman pemerintahan Sayyidina Umar bin al-Khattab seorang hamba milik Hatib bin Abi Balta'ah telah mencuri dan menyembelih seekor unta milik seorang lelaki daripada Muzainah kerana Hatib tidak memberinya cukup makan. Lalu Umar menegaskan kepada anak Hatib yang menguruskan hamba tersebut;

�ِهِ �ِ �َك َوالَّل َمَّن �َغِّر� َم�ا ُأَل ُّق� َغ�ِّر� ُش� �َك َي ْي َعَّل

"Demi Allah, aku pasti mendenda kamu dengan denda yang sangat berat"

Umar lalu mengenakan ganti rugi 400 dirham bagi unta yang dicuri dan disembelih dan 400 dirham lagi sebagai denda membiarkan hamba berlapar sehingga terpaksa mencuri

(Riwayat Imam Malik)

Hamba Hatib sepatutnya dipotong tangan kerana mencuri. Tetapi oleh kerana kelaparan menjadi sebab dirinya mencuri maka ia menjadi sebab untuk hukuman Hudud potong tangan digugurkan. Kesalahan pula dibebankan kepada tuan punya hamba yang menyebabkan hambanya lapar lalu mencuri.

Page 9: Apakah kesan kejatuhan nilai ringgit Malaysia.docx

Ia menjadi satu asas konsep bernegara bahawa tuan punya hamba atau majikan atau kerajaan tidak boleh membiarkan rakyatnya berlapar tidak cukup makan. Apabila berlaku rakyat kelaparan maka bebanan dan kesalahannya mesti dipertanggungjawabkan kepada kerajaan.

Bagaimana pula kerajaan hari ini yang gagal menguruskan ekonomi dan mengenakan pelbagai sistem percukaian seperti GST, cukai kenderaan yang tinggi, kenaikan harga rumah kerana monopoli dan manipulasi sehingga rakyat kelaparan tidak cukup makan? Apakah kerajaan tidak boleh dipertanggungjawabkan?

Harga barangan dan perkhidmatan, gaji bulanan pekerja dan item-item yang memberi kesan langsung kepada kos sara hidup rakyat termasuklah kos perumahan dan pengangkutan mestilah direvisi. Jika ia benar-benar berpadanan dengan kemampuan rakyat, pasti jenayah dan perkara munkar yang berlaku dalam masyarakat dapat dikurangkan dan dibasmi.

11. Saya rasa, memadailah tiga panduan yang ditunjukkan oleh Allah, RasulNya saw dan sahabat Nabi seperti Umar ini kita patuhi. Keberkatan pasti akan mencurah-curah ke atas kita semua. Keberkatan inilah “parameter” yang tiada dalam sistem atau model ekonomi selain Islam. Itulah punca sebenar kegagalan ekonomi sesebuah negara.