apa sebenar penarafan universiti sedunia? · debat tentang penarafan universiti sedunia sedang...

2
BERITA Terkini Berita Utama Dalam Negeri Wilayah Laporan Khas Parlimen Politik Luar Negara Sukan Bisnes Mahkamah Jenayah ARTIKEL Rencana Cuit Selak Awang Selamat Kolumnis Forum Blog Video CoverItLive GAYA HIDUP Agama Keluarga Hiburan Rancangan TV Feminin Pendidikan Sains & Teknologi Agrobiz Kesihatan Rekreasi Polis & Tentera Sastera Kampus CAPAIAN LAIN Kosmo! Online Gerbang Cinta ezTrade Portal Pendidikan Mangga Online Saji Online Mangga TV MyBooks Kareer Utusan Karya E-PAPER KOMUNITI Waktu Solat Laporan Cuaca Geng Online LAMAN KHAS Bajet 2010 UMNO 2009 Salam Perantauan Liga M 2010 PRK 2009 Pilihan Raya AS Beijing 2008 RENCANA ARKIB : 25/05/2010 Apa sebenar penarafan universiti sedunia? Oleh Prof. Dr. Arndt Graf Debat tentang penarafan universiti sedunia sedang semakin hangat, khususnya sejak Phil Baty dari Times Higher Education World University Rankings dan Times Higher Education (THE) magazine baru-baru ini mengaku bahawa penarafan dari THE selama ini mempunyai beberapa masalah besar dan oleh kerana itu tidak sah. Sayang sekali, sebelum pengakuan yang mengejutkan itu dibuat, sejumlah universiti di seluruh dunia termasuk di Malaysia, selama ini ditipu oleh data-data yang tidak sah itu. Oleh kerana mereka percaya pada data-data penarafan universiti sedunia itu, banyak wang dikeluarkan untuk 'naik' dalam penarafan yang digembar-gemburkan itu, termasuk untuk meningkatkan jumlah pensyarah 'antarabangsa.' Beberapa hari lalu Nunzio Quacquarelli, Pengarah Urusan Quacquarelli Symonds (QS), pula mengatakan bahawa "Apa yang mengejutkan ialah kecenderungan pemimpin universiti dan kerajaan menggunakan ranking untuk menentukan sasaran strategik." Namun, kejutan demi kejutan bahawa penarafan THE dan QS itu palsu mungkin juga membawa untung. Kini kita semua boleh merenung kembali mengapa sebenarnya penarafan universiti sedunia seperti yang dilakukan oleh THE dan QS boleh menjadi begitu penting dalam kurun waktu beberapa tahun sahaja. Bagaimana situasi dahulu sebelum syarikat swasta seperti THE dan QS menerbitkan penarafan mereka? Harus diakui bahawa universiti-universiti sedunia dulu juga ditarafkan, iaitu secara tidak formal dan berdasarkan kriteria yang amat bermasalah. Misalnya, pada zaman kolonial dan mungkin sampai akhir-akhir ini, banyak profesor di Eropah atau di Amerika Syarikat dan Australia kurang mengakui mutu universiti-universiti di luar Barat secara umum. Saya sendiri termasuk orang yang diminta pandangan oleh THE dan QS dalam penarafan universiti-universiti sedunia, dan saya seperti semua profesor lain yang ditanya, diminta untuk memberi persepsi subjektif saya. Kebetulan saya sedikit tahu tentang sistem universiti di Malaysia, kerana saya telah berkhidmat di Universiti Sains Malaysia selama dua setengah tahun sebagai Profesor Madya dan seterusnya Profesor. Namun, bagaimana dengan profesor asing lain yang pandangannya masuk ke penarafan THE dan QS? Apakah mereka memang tahu bahawa Universiti Malaya, umpamanya institusi yang berbeza dari Universiti Kebangsaan Malaysia? Di luar negara, istilah "Malaya" dan "Malaysia" sampai sekarang sering dicampur-aduk! Jelas, penarafan universiti-universiti sedunia berdasarkan kriteria yang jelas dan rasional akan merupakan kemajuan kalau faktor-faktor stereotaip dan prasangka dapat diatasi. Ini membawa kepada pertanyaan, apa sebenarnya faedah penarafan universiti sedunia? Untuk negara seperti Malaysia yang ingin menarik banyak pelajar asing, jawapannya jelas: Kedudukan yang tinggi dalam penarafan universiti sedunia berfungsi sebagai maklumat kepada pelajar asing bahawa universiti di Malaysia dapat dipercayai, walaupun umur daripada banyak universiti di Malaysia belum begitu panjang kalau dibandingkan dengan universiti-universiti lama di Eropah. Dari segi itu, penarafan boleh membantu universiti muda dan negara berkembang dalam usaha mereka untuk menarik pelajar asing. Ini dapat menjadi faktor ekonomi dalam persaingan dengan negara industri yang lama. Walau bagaimanapun, erti dan faedah sebenar penarafan universiti sedunia akan tetap amat terbatas. Hal ini kerana aktiviti penarafan tidak mungkin mengukur semua kegiatan akademik di semua universiti sedunia secara rasional, jelas dan sah. Bidang penyelidikan dan penerbitan sahaja amat kompleks - dan amat berbeza umpamanya antara sains dan ilmu kemanusiaan. Begitu juga dari aspek bahasa. Misalnya, apakah kita semua harus mengabaikan penerbitan dalam bahasa ibunda kita masing-masing, hanya kerana dalam penarafan universiti sedunia hanya terbitan dalam bahasa Inggeris? Tentu tidak! Bahasa Melayu, Perancis, Rusia, Arab, China, Jerman dan lain-lain mesti terus digunakan sebagai bahasa ilmiah. Kalau perlu, yang patut dihapuskan adalah penarafan universiti sedunia, bukan bahasa ibunda kita masing-masing. PENULIS ialah Pengerusi Jabatan Pengajian Asia Tenggara, Universiti Frankfurt, Jerman. TAJUK-TAJUK BERITA LAIN: Pas tidak konsisten Mengatasi gejala sosial Pendekatan berani Najib-Hsien Loong leraikan kemelut 20 tahun BISIK-BISIK AWANG SELAMAT ISU-ISU AKHBAR CINA Hukum ibu bapa cuai Iklan satu kaum khianati semangat 1Malaysia Cubaan terakhir Washington tekan Pyongyang Kesan batal diskaun saman Dengarlah luahan Vicsofee: "Berdosakah saya sebagai Siam Malaysia?" IKLAN@UTUSAN IKLAN@UTUSAN IKLAN Teks LAMAN UTAMA 26 Mei 2010 / 12 Jamadil Akhir 1431 ENGLISH VERSION ARKIB BERITA Utusan Malaysia Online - Rencana http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0525&pub=utu... 1 von 2 26.05.2010 09:50

Upload: others

Post on 29-Aug-2019

4 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Apa sebenar penarafan universiti sedunia? · Debat tentang penarafan universiti sedunia sedang semakin hangat, khususnya sejak Phil Baty dari Times Higher Education World University

BERITA

Terkini

Berita Utama

Dalam Negeri

Wilayah

Laporan Khas

Parlimen

Politik

Luar Negara

Sukan

Bisnes

Mahkamah

Jenayah

ARTIKEL

Rencana

Cuit

Selak

Awang Selamat

Kolumnis

Forum

Blog

Video

CoverItLive

GAYA HIDUP

Agama

Keluarga

Hiburan

Rancangan TV

Feminin

Pendidikan

Sains & Teknologi

Agrobiz

Kesihatan

Rekreasi

Polis & Tentera

Sastera

Kampus

CAPAIAN LAIN

Kosmo! Online

Gerbang Cinta

ezTrade

Portal Pendidikan

Mangga Online

Saji Online

Mangga TV

MyBooks

Kareer

Utusan Karya

E-PAPER

KOMUNITI

Waktu Solat

Laporan Cuaca

Geng Online

LAMAN KHAS

Bajet 2010

UMNO 2009

Salam Perantauan

Liga M 2010

PRK 2009

Pilihan Raya AS

Beijing 2008

RENCANA

ARKIB : 25/05/2010

Apa sebenar penarafan universiti sedunia?

Oleh Prof. Dr. Arndt Graf

Debat tentang penarafan universiti sedunia sedang semakin hangat, khususnya sejak Phil Baty

dari Times Higher Education World University Rankings dan Times Higher Education (THE)

magazine baru-baru ini mengaku bahawa penarafan dari THE selama ini mempunyai beberapa

masalah besar dan oleh kerana itu tidak sah.

Sayang sekali, sebelum pengakuan yang mengejutkan itu dibuat, sejumlah universiti di seluruh

dunia termasuk di Malaysia, selama ini ditipu oleh data-data yang tidak sah itu. Oleh kerana

mereka percaya pada data-data penarafan universiti sedunia itu, banyak wang dikeluarkan untuk

'naik' dalam penarafan yang digembar-gemburkan itu, termasuk untuk meningkatkan jumlah

pensyarah 'antarabangsa.'

Beberapa hari lalu Nunzio Quacquarelli, Pengarah Urusan Quacquarelli Symonds (QS), pula

mengatakan bahawa "Apa yang mengejutkan ialah kecenderungan pemimpin universiti dan

kerajaan menggunakan ranking untuk menentukan sasaran strategik."

Namun, kejutan demi kejutan bahawa penarafan THE dan QS itu palsu mungkin juga membawa

untung. Kini kita semua boleh merenung kembali mengapa sebenarnya penarafan universiti

sedunia seperti yang dilakukan oleh THE dan QS boleh menjadi begitu penting dalam kurun

waktu beberapa tahun sahaja. Bagaimana situasi dahulu sebelum syarikat swasta seperti THE

dan QS menerbitkan penarafan mereka?

Harus diakui bahawa universiti-universiti sedunia dulu juga ditarafkan, iaitu secara tidak formal

dan berdasarkan kriteria yang amat bermasalah. Misalnya, pada zaman kolonial dan mungkin

sampai akhir-akhir ini, banyak profesor di Eropah atau di Amerika Syarikat dan Australia kurang

mengakui mutu universiti-universiti di luar Barat secara umum.

Saya sendiri termasuk orang yang diminta pandangan oleh THE dan QS dalam penarafan

universiti-universiti sedunia, dan saya seperti semua profesor lain yang ditanya, diminta untuk

memberi persepsi subjektif saya. Kebetulan saya sedikit tahu tentang sistem universiti di

Malaysia, kerana saya telah berkhidmat di Universiti Sains Malaysia selama dua setengah tahun

sebagai Profesor Madya dan seterusnya Profesor.

Namun, bagaimana dengan profesor asing lain yang pandangannya masuk ke penarafan THE

dan QS? Apakah mereka memang tahu bahawa Universiti Malaya, umpamanya institusi yang

berbeza dari Universiti Kebangsaan Malaysia?

Di luar negara, istilah "Malaya" dan "Malaysia" sampai sekarang sering dicampur-aduk!

Jelas, penarafan universiti-universiti sedunia berdasarkan kriteria yang jelas dan rasional akan

merupakan kemajuan kalau faktor-faktor stereotaip dan prasangka dapat diatasi. Ini membawa

kepada pertanyaan, apa sebenarnya faedah penarafan universiti sedunia?

Untuk negara seperti Malaysia yang ingin menarik banyak pelajar asing, jawapannya jelas:

Kedudukan yang tinggi dalam penarafan universiti sedunia berfungsi sebagai maklumat kepada

pelajar asing bahawa universiti di Malaysia dapat dipercayai, walaupun umur daripada banyak

universiti di Malaysia belum begitu panjang kalau dibandingkan dengan universiti-universiti lama

di Eropah.

Dari segi itu, penarafan boleh membantu universiti muda dan negara berkembang dalam usaha

mereka untuk menarik pelajar asing. Ini dapat menjadi faktor ekonomi dalam persaingan dengan

negara industri yang lama.

Walau bagaimanapun, erti dan faedah sebenar penarafan universiti sedunia akan tetap amat

terbatas. Hal ini kerana aktiviti penarafan tidak mungkin mengukur semua kegiatan akademik di

semua universiti sedunia secara rasional, jelas dan sah.

Bidang penyelidikan dan penerbitan sahaja amat kompleks - dan amat berbeza umpamanya

antara sains dan ilmu kemanusiaan. Begitu juga dari aspek bahasa. Misalnya, apakah kita semua

harus mengabaikan penerbitan dalam bahasa ibunda kita masing-masing, hanya kerana dalam

penarafan universiti sedunia hanya terbitan dalam bahasa Inggeris? Tentu tidak! Bahasa Melayu,

Perancis, Rusia, Arab, China, Jerman dan lain-lain mesti terus digunakan sebagai bahasa ilmiah.

Kalau perlu, yang patut dihapuskan adalah penarafan universiti sedunia, bukan bahasa ibunda

kita masing-masing.

PENULIS ialah Pengerusi Jabatan Pengajian Asia Tenggara, Universiti Frankfurt, Jerman.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

• Pas tidak konsisten• Mengatasi gejala sosial• Pendekatan berani Najib-Hsien Loong leraikan kemelut 20 tahun• BISIK-BISIK AWANG SELAMAT• ISU-ISU AKHBAR CINA• Hukum ibu bapa cuai• Iklan satu kaum khianati semangat 1Malaysia• Cubaan terakhir Washington tekan Pyongyang• Kesan batal diskaun saman• Dengarlah luahan Vicsofee: "Berdosakah saya sebagai Siam Malaysia?"

I K L AN@UT USAN

I K L AN@UT USAN

IKLAN Teks

LAMAN UTAMA 26 Mei 2010 / 12 Jamadil Akhir 1431 ENGLISH VERSION ARKIB BERITA

Utusan Malaysia Online - Rencana http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0525&pub=utu...

1 von 2 26.05.2010 09:50

Page 2: Apa sebenar penarafan universiti sedunia? · Debat tentang penarafan universiti sedunia sedang semakin hangat, khususnya sejak Phil Baty dari Times Higher Education World University

I K L AN@UT USAN

Kumpulan Utusan | Hubungi Kami | Jom Iklan! | Terma & Syarat

© UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.

Utusan Malaysia Online - Rencana http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0525&pub=utu...

2 von 2 26.05.2010 09:50