apa itu solat

18
KENAPA SOLAT

Upload: firdaus-hj-nomawi

Post on 23-Dec-2015

10 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

solat

TRANSCRIPT

Page 1: Apa Itu Solat

KENAPA SOLAT

Page 2: Apa Itu Solat

APA ITU SOLAT ?

PENGERTIAN SOLATSolat ialah ibadah yang terdiri daripada niat, beberapa bacaan dan perbuatan yang dimulakan dengan takbiratul-ihram dan disudahi dengan salam

Page 3: Apa Itu Solat

KENAPA SOLAT

• Ibadah pertama diwahyukan Allah, perintahnya disampaikan secara langsung oleh Allah tanpa perantaraan pada malam Isra’ dan Mi’raj.

• Salat itu difardhukan atas Nabi saw pada malam ia diisra’kan sebanyak 50 kali, kemudian dikurangi hingga 5, “Hai Muhammad ketetapan ini tidak dapat duikurangkan lagi, dan dengan lima waktu itu, engkau tetap mendapat pahala 50 kali solat”

Page 4: Apa Itu Solat

KENAPA SOLAT

• Maksud hadith Nabi s.a.w :• Perkara pertama yang akan dihitung ke atas

seseorang hamba pada hari kiamat ialah solat. Apabila baik solatnya maka baiklah seluruh amalannya, Dan jika rosak maka rosaklah segala amalannya.

Solat adalah penyelamat manusia dan penyelamat kepada amal ibadah yang

lain

Page 5: Apa Itu Solat

MENGAPA SOLAT

• Wasiat terakhir yang diamanahkan oleh Rasulullah kepada umatnya sebelum wafat

Ketika Rasulullah hendak menghembuskan nafas yang terakhir“Jagalah solat…solat….

Page 6: Apa Itu Solat

MENGAPA SOLAT

• Maksud Surah Maryam, ayat 59.• Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-

keturunan Yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka),

Jika tak solat kita akan hanyut dalam gelombang hawa nafsu…

Page 7: Apa Itu Solat

MENGAPA SOLAT

• Sabda Nabi saw :Kamu suruhlah anak kamu solat ketika usia mereka 7 tahun, dan pukullah mereka, jika mereka tidak mahu melakukannya ketika usia 10 tahun

Page 8: Apa Itu Solat

MENGAPA SOLAT

• Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) Dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan Sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang Yang khusyuk;al-Baqarah ayat 45.

Kena tolong menolong, kena sabar…

Page 9: Apa Itu Solat

MENGAPA SOLAT

• Sabda Rasulullah s.a.w :• Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikan

solat sesungguhnya dia telah mendirikan agama, dan sesiapa yang meninggalkannya maka sesungguhnya dia telah meruntuhkan agama

• Jangan jadi peruntuh agama !

Page 10: Apa Itu Solat

MENGAPA SOLAT

• Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan Yang keji dan mungkar………….al-Ankabut, ayat 45 Solat meninggalkan kesan positif kepada pelakunya untuk menjauhi kemungkaran/kejahatan

Page 11: Apa Itu Solat

MENGAPA SOLAT

• Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut), Apabila ia ditimpa kesusahan, Dia sangat resah gelisah, Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut, Kecuali orang-orang Yang mengerjakan sembahyang , Iaitu mereka Yang tetap mengerjakan sembahyangnya;

• Ketenangan hati, tiada keluh kesah bagi orang yang bersolat.

Page 12: Apa Itu Solat

MENGAPA SOLAT

• Sesungguhnya berjayalah orang-orang Yang beriman, Iaitu mereka Yang khusyuk Dalam sembahyangnya, Dan mereka Yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan Yang sia-sia;

• Kejayaan mengiringi orang yang bersolat

Page 13: Apa Itu Solat

MENGAPA SOLAT

• Tiada keuzuran dari mengerjakan solat, baik pada masa sihat mahupun sakit, pada masa aman mahupun berperang.

Page 14: Apa Itu Solat

MENGAPA SOLAT

• Hukum meninggalkan solat amat berat sekali :• Sabda Rasulullah saw :• Batas di antara seseorang dengan kekafiran itu

adalah meninggalkan solat

Page 15: Apa Itu Solat

MENGAPA SOLAT

• Perspektif Kesihatan: (Menurut Abd Ahad & Mehdi Hassan, “ Some Medical Aspects of Shalat ”)

• Solat yang dilakukan secara teratur dapat mengurangi pelbagai penyakit bahagian bawah punggung, kedudukan rahim yang tidak sesuai (cervical misaligment)

• Kedudukan sujud boleh mengurangi masalah pada sendi, mulut rahim, tulang belakang.

• Duduk antara 2 sujud membantu peredaran darah yang lancar.

Page 16: Apa Itu Solat

TANDA-TANDA SOLAT KITA BERKESAN

• Kita akan merasa seronok melakukannya dan terasa kemanisan ibadah solat itu.

• 2)Kita akan merasa takut untuk melakukan maksiat.

• 3)Hati menjadi mudah untuk menunaikan segala suruhan yang difardhukan

• 4)Hati sentiasa merasakan bahawa segala perbuatan diperhatikan Allah.

Page 17: Apa Itu Solat

TANDA-TANDA SOLAT KITA BERKESAN

5)Hati yang khusyu' di dalam solat dapat menjadikan diri sentiasa berasa tenang.

6)Solat yang berkesan akan menjadikan diri kita manusia yang baik hubungannya dengan Allah dan juga dengan manusia.

Page 18: Apa Itu Solat