apa itu radiasi

5
Apa Itu Radiasi? Pengenalan Radiasi adalah satu bentuk tenaga bergerak. Radiasi bersifat elektromagnet, iaitu, ia terdiri daripada gelombang-gelombang elektromagnet dan tenaga magnet yang bergerak seiringan melalui ruang pada kelajuan cahaya. Ada pelbagai jenis radiasi seperti sinar Ultraviolet (UV) dari matahari, infrared, gelombang mikro, dan gelombang radio. Setiap hari kita terdedah kepada radiasi yang terdapat dalam cahaya matahari, bahan radioaktif yang tertimbus dalam tanah atau batu, radon, televisyen berwarna, bangunan, produk-produk agrikultur, lombong dan pembakaran arang. Radiasi juga digunakan untuk tujuan perubatan seperti x-ray, CT scan, mammografi, perubatan nuklear, rawatan radioterapi dan PET scan. Dengan mengunapakai radiasi, doktor boleh mengenalpasti jenis penyakit dan lokasi sebenar penyakit untuk disesuaikan dengan rawatan terbaik. Sebagai contoh : Rawatan radioterapi digunakan untuk membunuh sel-sel kanser. Jenis Radiasi Terdapat dua jenis radiasi; 1 / 5

Upload: dealily

Post on 25-Sep-2015

32 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

radiasi

TRANSCRIPT

  • Apa Itu Radiasi?

    Pengenalan Radiasi adalah satu bentuk tenaga bergerak. Radiasi bersifat elektromagnet, iaitu, ia terdiridaripada gelombang-gelombang elektromagnet dan tenaga magnet yang bergerak seiringanmelalui ruang pada kelajuan cahaya. Ada pelbagai jenis radiasi seperti sinar Ultraviolet (UV)dari matahari, infrared, gelombang mikro, dan gelombang radio. Setiap hari kita terdedah kepada radiasi yang terdapat dalam cahaya matahari, bahanradioaktif yang tertimbus dalam tanah atau batu, radon, televisyen berwarna, bangunan,produk-produk agrikultur, lombong dan pembakaran arang. Radiasi juga digunakan untuk tujuan perubatan seperti x-ray, CT scan, mammografi,perubatan nuklear, rawatan radioterapi dan PET scan. Dengan mengunapakai radiasi, doktorboleh mengenalpasti jenis penyakit dan lokasi sebenar penyakit untuk disesuaikan denganrawatan terbaik. Sebagai contoh : Rawatan radioterapi digunakan untuk membunuh sel-selkanser.

    Jenis Radiasi Terdapat dua jenis radiasi;

    1 / 5

  • Apa Itu Radiasi?

    1. Radiasi Pengion (Ionizing Radiation- IR)

    Ia mengandungi tenaga yang secukupnya untuk menghasilkan pengionan. Pengionan

    adalah proses di mana elektron-elektron dilucutkan daripada atom dan molekulnya.Interaksinya dengan jirim boleh mengubah tindak balas kimia pada tubuh badan yangmembawa kerosakan pada tisu biologi termasuk kesan ke atas DNA (asid deoksiribonuklei)atau bahan genetik. Alpha particle, Beta particle, sinar x dan sinar gamma adalah contohradiasi pengion.

    2. Radiasi Bukan Pengion (Non-Ionizing Radiation- NIR)

    Ia tidak mempunyai tenaga secukupnya untuk menyebabkan pengionan dalam jirim

    hidup. Ia menyebabkan sedikit kesan pemanasan, tetapi tidak cukup untuk menyebabkansebarang kerosaan jangka panjang pada tisu-tisu. Tenaga radio frekuensi, cahaya nampak danradiasi mikrogelombang adalah contoh radiasi bukan-mengion. Untuk kekuatan yang sama,radiasi mengion lebih mampu memberi kesan ke atas kesihatan berbanding radiasibukan-mengion disebabkan oleh proses pengionan.

    Pengkelasan Radiasi Pengkelasan radiasi adalah bergantung kepada tenaga, frekuensi dan panjang gelombangyang dimilikinya. Bahan radiasi yang memiliki tenaga rendah, frekuensi rendah tetapi panjanggelombang yang tinggi dipanggil gelombang elektromagnet yang tidak mengion (electromagnatic wave ). TV,Radio, telefon bimbit dan microwavetergolong dalam gelombang elektromagnet. Walaubagaimanapun, ramai saintis berpendapatgelombang tersebut tidak membahayakan kesihatan manusia. Ini kerana tenaga yang dimilikioleh gelombang elektromagnet adalah rendah dan tidak mengion atom dalam badan. Infrared merupakan sejenis radiasi yang memiliki frekuensi lebih besar berbanding

    2 / 5

  • Apa Itu Radiasi?

    gelombang elektromagnet. Kemudian diikuti oleh cahaya nampak ( visible light) dan ultraviolet. Radiasi yang mempunyai tenaga dan frekuensi tinggi adalah sinar-x dan sinar gamma dantergolong dalam sinaran mengion. Radiasi seperti ini boleh mengancam kesihatan manusia jikados yang diterima melebihi hadnya.

    Spektrum Elektromagnet Punca Radiasi 1. Secara Semulajadi: seperti dalam Bumi dan dari Kosmik 2. Buatan Manusia: seperti digunakan dalam bidang perubatan (X-ray, CT Scan,Perubatan Nuklear dan Radioterapi) 3. Lain-Lain Punca: seperti kitaran bahan bakar nuklear

    Punca-punca Radiasi Kesan Radiasi Badan yang terdedah kepada radiasi sebenarnya akan menerima kesan dalam jangka masasingkat dan jangka masa panjang. Bagaimanapun ia bergantung sebanyak manakah kitaterdedah kepada radiasi tersebut. Terdapat dua kesan apabila kita terdedah kepada radiasiiaitu stochastic effect dan deterministic effect.

    3 / 5

  • Apa Itu Radiasi?

    Stochastic effect biasanya berlaku dikalangan mereka yang terdedah kepada amaun radiasiyang sedikit dan tidak ada had. Tetapi kemungkinan mendapat kesan ini akan meningkatdengan meningkatnya amaun radiasi yang diterima. Kesan stokastik ini tidak dapat dilihatdalam masa terdekat, tetapi akan dapat dikesan dalam jangkamasa panjang sepertipertumbuhan sel kanser dalam badan. Deterministic effect merupakan kesan yang boleh dilihat serta merta atau dalam masasingkat selepas terdedah kepada radiasi. Biasanya amaun radiasi yang terdedah adalah tinggiuntuk memberi kesan deterministic ini kepada seseorang. Sebagai contoh kepada mereka yangmenerima kesan ini adalah kulit terbakar. Tetapi deterministic effect inimempunyai tahap dipanggil threshold levelyang mana kesannya tidak dapat dilihat di bawah dos 0.5 Sv (Sievert). Secara jelasnya, sukar untuk menyatakan kita tidak akan menerima kesan jika terdedahkepada radiasi walaupun dengan amaun yang sedikit. Ini kerana kita mungkin akan mendapat stochastic effectyang membawa kepada pembentukan sel kanser dalam badan. Kesan ini tidak dapat dilihatsekarang tetapi mungkin dalam masa yang akan datang. Rujukan 1. Radiation Safety Second Edition 2002, MINT. 2. IAEA Publications 3. Sinaran : Asas Kehidupan Manusia oleh Wan Saffey Wan Abdullah, Agensi NuklearMalaysia. Semakan Akhir : 9 Januari 2014 Penulis : Mohd Khairudin b. Mohd Samsi Akreditor : Nik Mohamed Hazmi b. Nik Hussain

    4 / 5

  • Apa Itu Radiasi?

    5 / 5