apa itu portfolio

3
Apa Itu Portfolio? Portfolio merupakan koleksi hasil kerja pelajar yang memberi gambaran tentang sejarah usaha pelajar dan pencapaiannya dalam bidang tertentu. Koleksi termasuk penglibatan pelajar dalam pemilihan bahan kandungan, garis panduan pemilihan, kriteria dan bukti refleksi kendiri pelajar. (Arter & Paulson, 1990) Konsep Portfolio atau profil profesional merupakan satu koleksi dokumen yang memberi gambaran tentang seorang profesional dari segi pengetahuan, kemahiran, pengalaman, kelayakan, matlamat dan pencapaian. Oleh itu portfolio bukan sekadar C.V atau rekod perkhidmatan. CIRI-CIRI PORTFOLIO 1) Dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanaan perancangan dan penilaian yang teliti. 2) Proses pembelajaran secara portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dari fakta dari peringkat awal hingga akhir. 3) Menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan bantuan daripada pelbagai pihak. 4) Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan mestilah logik. 5) Portfolio bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan. 6) Menggambarkan sejelas-jelasnya aktiviti pelajar iaitu rasional, matlamat, halatuju, prosedur kerja, pengalaman dan harapan. 7) Sesuatu yang dilaksanakan oleh pelajar secara autentik. Ini adalah kaedah konkrit untuk pelajar menghasilkan kerja yang original melalui pengalaman sendiri ketika melakukan kerja-kerja amali atau kerja lapangan (field work). Hasil kerja didokumentasikan dalam pelbagai bentuk yang boleh menunjukkan keasliaannya. 8) Menunjukkan perlakuan pelajar yang dibimbing oleh guru seperti ulasan, komen dan cadangan harus direkod untuk menghadapi dan mengatasi sesuatu tugasan pembelajaran.

Upload: syahrul-amin

Post on 23-Oct-2015

127 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

portfolio

TRANSCRIPT

Page 1: Apa Itu Portfolio

Apa Itu Portfolio?

Portfolio merupakan koleksi hasil kerja pelajar yang memberi gambaran tentang sejarah usaha pelajar dan pencapaiannya dalam bidang tertentu. Koleksi termasuk penglibatan pelajar dalam pemilihan bahan kandungan, garis panduan pemilihan, kriteria dan bukti refleksi kendiri pelajar.

(Arter & Paulson, 1990)

Konsep

Portfolio atau profil profesional merupakan satu koleksi dokumen yang memberi gambaran tentang seorang profesional dari segi pengetahuan, kemahiran, pengalaman, kelayakan, matlamat dan pencapaian. Oleh itu portfolio bukan sekadar C.V atau rekod perkhidmatan.

CIRI-CIRI PORTFOLIO

1) Dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanaan perancangan dan penilaian yang teliti.

2) Proses pembelajaran secara portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dari fakta dari peringkat awal hingga akhir.

3) Menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan bantuan daripada pelbagai pihak.

4) Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan mestilah logik.

5) Portfolio bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan.

6) Menggambarkan sejelas-jelasnya aktiviti pelajar iaitu rasional, matlamat, halatuju, prosedur kerja, pengalaman dan harapan.

7) Sesuatu yang dilaksanakan oleh pelajar secara autentik. Ini adalah kaedah konkrit untuk pelajar menghasilkan kerja yang original melalui pengalaman sendiri ketika melakukan kerja-kerja amali atau kerja lapangan (field work). Hasil kerja didokumentasikan dalam pelbagai bentuk yang boleh menunjukkan keasliaannya.

8) Menunjukkan perlakuan pelajar yang dibimbing oleh guru seperti ulasan, komen dan cadangan harus direkod untuk menghadapi dan mengatasi sesuatu tugasan pembelajaran.

Page 2: Apa Itu Portfolio

9) Memuatkan catatan pembimbing yang membantu pelajar merenung dan membuat refleksi tentang kerja yang sudah dibuat untuk menentukan tindakan susulan. Kriteria penilaian yang dipilih diterangkan dan dipersetujui bersama dengan pelajar sebagai penggalak kepada pelajar untuk mengambil bahagian secara aktif.

http://www.reocities.com/Athens/Parthenon/6124/6132T01.html

http://mahirkmm.tripod.com/taksir1.htm

Page 3: Apa Itu Portfolio

RUBRIK

Rubrik merupakan alat penilaian untuk penilaian subjektif. Ini adalah satu set kriteria danstandard yang berkaitan dengan tujuan pembelajaran yang digunakan untuk menilai prestasi pelajar di atas kertas, projek, esei, dan tugas lain.

Rubrik terdiri daripada dua jenis iaitu rubrik umum dan rubrik khusus. Rubrik umumadalah untuk menilai kemahiran atau subkemahiran yang umum. Contohnya bertutur dengan jelas dan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul. Manakala rubrik khusus pula adalahuntuk menilai subkemahiran yang terkecil. Contohnya bertutur dengan menggunakan sebutan baku yang betul.´