apa itu pembolehubah

7
PEMBOLEHUBAH Apa itu Pembolehubah? Satu kuantiti fizik yang mengandungi ; (i) Nilai (ii) Objek Apa itu nilai ? Isipadu, saiz, bilangan, jumlah, kuantiti, suhu, jenis, berat, keadaan, waktu, jarak, panjang, umur dll. Apa itu objek ? Bahan yang digunakan dalam sesuatu penyiasatan seperti – Bikar, kelalang, air, wayar, sel kering, termometer, tungku, dapur gas, tanah, pasu, tumbuhan dll. Bagaimana menulis Pembolehubah ? Mesti ada gabungan nilai dan objek. Ini penting terutamanya semasa menulis Pembolehubah Malar. Contoh Bahan – Air Pembolehubah – Jenis air,Isipadu air, warna air, suhu air,keadaan air Di mana Pembolehubah diperolehi ? Dalam soalan Bahagian B, Pembolehubah boleh diperolehi melalui saluran-saluran berikut ; 1. Jadual 2. Rajah 3. Carta palang 4. Pernyataan 5. Melalui penerangan soalan

Upload: md-khair

Post on 01-Jul-2015

786 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Apa itu Pembolehubah

PEMBOLEHUBAH

Apa itu Pembolehubah?

Satu kuantiti fizik yang mengandungi ;

(i) Nilai

(ii) Objek

Apa itu nilai ?

Isipadu, saiz, bilangan, jumlah, kuantiti, suhu, jenis, berat, keadaan, waktu, jarak, panjang, umur dll.

Apa itu objek ?

Bahan yang digunakan dalam sesuatu

penyiasatan seperti – Bikar, kelalang, air, wayar, sel kering, termometer, tungku, dapur gas, tanah, pasu, tumbuhan dll.

Bagaimana menulis Pembolehubah ?

Mesti ada gabungan nilai dan objek. Ini penting terutamanya semasa menulis Pembolehubah Malar.

Contoh Bahan – Air

Pembolehubah – Jenis air,Isipadu air, warna air, suhu air,keadaan air

Di mana Pembolehubah diperolehi ?

Dalam soalan Bahagian B, Pembolehubah boleh diperolehi melalui saluran-saluran berikut ;

1. Jadual

2. Rajah

3. Carta palang

4. Pernyataan

5. Melalui penerangan soalan

Page 2: Apa itu Pembolehubah

Mengenal pasti Pembolehubah melalui jadual.

Suhu (Suhu (°C)°C) 99 1212 1515 1818 2121 2424 2727 3030

Bilangan Buah Bilangan Buah TomatoTomato 44 1111 1717 2020 2020 2020 1818 1313

Pembolehubah manipulasi : Suhu

Pembolehubah bergerakbalas: Bilangan buah tomato

Pembolehubah manipulasi : Tahun penyiasatan

Pembolehubah bergerakbalas: 1. Purata berat ikan 2. Bilangan spesies ikan

19991990

Tahun Penyiasatan

5

1.0

2Bilangan

Spesies Ikan

0.5Purata berat ikan (kg)

Page 3: Apa itu Pembolehubah

Mengenal pasti Pembolehubah melalui rajah.

Pembolehubah manipulasi : Waktu

Pembolehubah bergerakbalas : kedudukan haiwan

Pembolehubah manipulasi : Warna permukaan kelalang

Pembolehubah bergerakbalas : suhu akhir kelalalang

Pembolehubah malar : jenis thermometer,jenis kelalalng,

Page 4: Apa itu Pembolehubah

Mengenal pasti Pembolehubah melalui Carta palang.

Pembolehubah manipulasi : masa

Pembolehubah bergerakbalas : jumlah pergerakan haiwan

Mengenal pasti Pembolehubah melalui Pernyataan .

Bilangan biji benih yang bercambah daripada 80 biji benih yang ditanam pada suhu 20°C adalah 10, pada suhu 25°C adalah 20, pada suhu 30°C adalah 40, pada suhu 35°C dan 40°C adalah 70, pada suhu 45°C adalah 10. Tiada biji benih yang bercambah pada suhu 50°C

Pembolehubah manipulasi : suhu

Pembolehubah bergerakbalas : bilangan biji benih yang bercambah

Mengenal pasti Pembolehubah melalui Penerangan dalam soalan.

Sekumpulan murid menjalankan penyiasatan menggunakan lima bandul L, M, N, O, dan P seperti Rajah 1. Semua bandul itu mempunyai berat ladung yang sama, tetapi mempunyai panjang tali yang berbeza. Bandul diayun serentak dengan cara yang sama untuk menyukat bilangan ayunan dalam masa 30 saat.

Pembolehubah manipulasi : panjang tali

0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

Jumlah pergerakan haiwan/%

6 pagi 12 tgh 6 ptg 12 t mlm Masa

Page 5: Apa itu Pembolehubah

Pembolehubah bergerakbalas : bilangan ayunan bandul dalam masa 30 saat

Mengenal pasti nilai melalui dalam Pembolehubah

Ikan kecil dan ikan besar =saiz

Atas dan bawah ,nilai = kedudukan

Kapas basah dan kapas kering, nilai = Keadaan

Pagi dan petang , nilai = waktu

RUMUSAN PENTING TENTANG PEMBOLEHUBAH

- Jika pembolehubah salah, semua jawapan soalan yang memerlukan pembolehubah akan turut salah.

- Jika ada tiga elemen dalam soalan iaitu Rajah, jadual dan penerangan soalan, carilah pembolehubah berkaitan di ketiga-tiga elemen ini.

Page 6: Apa itu Pembolehubah