apa itu pelan pembangunan pendidikan malaysia

15
1. Apa itu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)? Laporan Awal dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 11 September 2012. PPPM merupakan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melonjakkan sistem pendidikan Negara untuk berada dalam kalangan negara sepertiga teratas sistem pendidikan terbaik di dunia Untuk julung kalinya pandangan daripada pihak awam diambil kira dalam penggubalan Pelan Pendidikan melalui 16 Dewan Terbuka di 14 negeri, 20 meja bulat, lebih 200 memorandum - 7000 syor diterima dan ditimbangkan dalam PPPM

Upload: kamarul-zaman

Post on 23-Oct-2015

727 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

m

TRANSCRIPT

Page 1: Apa Itu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

1.Apa itu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)?

Laporan Awal dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 11

September 2012.

PPPM merupakan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk

melonjakkan sistem pendidikan Negara untuk berada dalam kalangan

negara sepertiga teratas sistem pendidikan terbaik di dunia

Untuk julung kalinya pandangan daripada pihak awam diambil kira

dalam penggubalan Pelan Pendidikan melalui 16 Dewan Terbuka di 14

negeri, 20 meja bulat, lebih 200 memorandum - 7000 syor diterima

dan ditimbangkan dalam PPPM

Dapatan kajian daripada 6 IPTA, UNESCO, World Bank, TIMSS dan PISA

digunakan dalam pembangunan PPPM

Page 2: Apa Itu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

Menggariskan 5 aspirasi sistem, 6 aspirasi murid untuk dicapai melalui

perubahan yang perlu berlaku melalui 11 Anjakan dan dilaksanakan

dalam Tiga Gelombang

 

2.Apa beza PPPM berbanding Pelan lain yang pernah

diperkenalkan dahulu?

Fasa diagnostik untuk menentukan baseline sistem pendidikan Negara

Public engagement dengan rakyat – input digunakan dalam

pembangunan pelan

Policy statement, strategic and operations

Menggariskan 5 aspirasi sistem untuk menyediakan murid dengan

kemahiran abad ke 21 – memastikan murid mencapai 6 aspirasi murid

dalam PPPM iaitupengetahuan, kemahiran berfikir, profisiensi

Page 3: Apa Itu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

dwibahasa (dan galakan untuk menguasai bahasa lain), kemahiran

kepimpinan, identiti nasional,etika dan kerohanian

 

3.Selepas pelancarannya nanti, apakah inisiatif-inisiatif yang

bakal dilakukan oleh kerajaan untuk menjalankan polisi-polisi

yang terkandung dalam plan ini?

Membentuk 1Agenda Kementerian – 100 inisiatif dikenal pasti untuk

dilaksanakan dalam Tiga Gelombang sehingga 2025.

25 inisiatif utama telah dikenal pasti dan 13 inisiatif disasarkan untuk

dicapai pada hujung tahun ini.

Kementerian Pendidikan sangat beriltizam untuk memastikan usaha

atau inisiatif ini dilaksanakan dan menepati sasaran yang ditetapkan.

Page 4: Apa Itu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

6 inisiatif telah disasarkan untuk dicapai dalam masa 100 hari dan

Alhamdulillah telah dapat dilaksanakan dan diumumkan oleh YAB TPM

pada 10 April 2013 di SMK Jalan 4 Bangi, Bandar Baru Bangi.

Pada hujung tahun ini Kementerian mensasarkan 7 lagi inisiatif yang

sedang giat diusahakan termasuk mencapai 100% literasi (BM) dan

numerasi bagi Tahun 3; 1,608 sekolah yang memerlukan pembaikan

kritikal dibaiki.

 

4.Mengapa Kementerian Pendidikan mengumumkan pencapaian

100-hari PPPM?

Menunjukkan komitmen dan iltizam Kementerian dalam melaksanakan

PPPM.  Kajian menunjukkan dalam mana-mana usaha reformasi

pendidikan, jangkamasa 100 hari merupakan indikator penting sama

ada sesuatu perancangan berjaya atau gagal.

Page 5: Apa Itu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

Transformasi pendidikan ini adalah legasi negara yang bukan sahaja

melibatkan 5.5 juta pelajar hari ini tetapi juga seluruh anak bangsa

pada masa akan datang.  Kita perlu memastikan bahawa segala

perencanaan ini tidak akan gagal di pertengahan jalan.

Selepas pelibatan awam yang intensif pada peringkat PPPM

dibangunkan dan selepas PPPM dilancarkan, rakyat mempunyai hak

untuk mengetahui pencapaian Kementerian, selaras dengan Anjakan

ke 11 untuk meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti awam secara

langsung.

 

5.Apa inisiatif PPPM yang telah dan sedang dijalankan oleh

Kementerian sekarang?

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, terdapat 25 inisiatif utama yang

telah dikenal pasti untuk digerakkan daripada peringkat awal lagi bagi

Page 6: Apa Itu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

mencapaioutcome yang dihasratkan, terutama dalam bidang-bidang

kritikal.

Bagi meningkatkan keberhasilan murid, Kementerian percaya bahawa

usaha secara bersepadu dari pada semua pihak adalah penting. 

Sebagai contoh, Kementerian melalui Anjakan 9 iaitu Bekerjasama

dengan Ibubapa, Komuniti dan Sektor Swasta secara meluas telah pun

melancarkan Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah pada 24 Februari

2013 dalam usaha membentuk satu ekosistem pembelajaran di

kawasan masing-masing.

Inisiatif ini bermula dengan perkara yang mudah, contohnya di SK

Presint 14 (1) Putrajaya, PIBG mengorak langkah untuk menjaga trafik

di sana.  Di sekolah tersebut ibu bapa juga membantu melukis mural

dan keceriaan kelas. (MHI TV3 ada video di sekolah tersebut yang

boleh ditayangkan)

Page 7: Apa Itu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

Di SMK Tuanku Jaafar Senawang juga, kelas semakin cantik dengan

kemas berkat sokongan ibu bapa, dan apabila murid mula menjaga

kebersihan kelas, lama kelamaan ia menjadi satu budaya kepada

murid tersebut dan sekolah menjadi tempat yang sangat kondusif

kepada proses pembelajaran.

Kementerian juga berusaha untuk menyediakan penyelesaian khusus

berasaskan keperluan kepada sekolah.  Justeru, Kementerian berusaha

untuk mengupayakan JPN, PPD dan pemimpin sekolah untuk

mengubah paradigma dan melihat diri mereka bukan hanya sebagai

pengoperasi sesuatu dasar Kementerian tetapi sebagai pemikir dan

penggerak kepada transformasi itu sendiri.

Di  bawah  Anjakan  6 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ini,

Kementerian akan mempercepat penambahbaikan prestasi sekolah

melalui program yang sistematik dan dipimpin oleh PPD disemua

Page 8: Apa Itu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

negeri menjelang 2014 dan memastikan 100% sekolah memenuhi

keperluan infrastruktur asas menjelang 2015, bermula dengan Sabah

dan Sarawak.

 

6.Apakah inisiatif Kerajaan bagi menentukan bahawa Guru dapat

fokus dalam menjalankan tugas sebenar mereka iaitu mendidik?

Kementerian sedar bahawa tugas pentadbiran berlebihan mengambil

masa urusan teras guru dalam pengajaran dan pembelajaran,serta

mengurangkan keberkesanan pengajaran mereka. Oleh itu,

Kementerian akan mengambil dua tindakan utama dalam Gelombang

1 bagi mengurangkan beban tugas yang keterlaluan.

o Pertama, Kementerian telah mula menyeragamkan sistem

pengurusan dan pengumpulan data sedia ada bagi

menghapuskan pertindanan permintaan data. Tiga pangkalan

Page 9: Apa Itu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

data telah disasarkan untuk proses penyeragaman awal: Sistem

Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang digunakan untuk

menggabungkan keputusan murid dari pada peperiksaan

semester berasaskan sekolah; Sistem Pengurusan

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) yang digunakan

untuk memantau keputusan PBS dan Sistem Maklumat Murid

(SMM) yang mengandungi data murid. Perubahan ini

seharusnya menghapuskan permohonan berulang bagi data

yang sama dan memudahkan proses memasukkan data baharu

ke dalam sistem. Kementerian juga akan mengkaji semula

keperluan menyediakan pendokumentasian dan laporan terkini

(sebagai contoh, keperluan untuk pensijilan ISO) bagi mengenal

pasti bidang untuk diseragamkan.

Page 10: Apa Itu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

o Kedua, Kementerian akan mengenal pasti kaedah bagi

mengatasi isu kesesakan di sekolah yang mempunyai purata

saiz kelas melebihi 35 murid. Kaedah yang dicadangkan

termasuk pembinaan bilik darjah tambahan, penempatan

semula guru tambahan, dan/atau mengetatkan penguatkuasaan

kuota enrolmen. Walaubagaimanapun, Kementerian tidak akan

mengurangkan bilangan murid bagi setiap kelas daripada 35

orang kerana terdapat bukti kajian antarabangsa yang

menunjukkan saiz kelas bukan faktor penyumbang utama

kepada pencapaian murid, berbanding kualiti guru. Kementerian

sedang membuat penelitian untuk menyediakan setiap sekolah

dengan sekurang-kurangnya satu pegawai pentadbiran. Rintis

sedang dilaksanakan  di Melaka dan jika didapati berjaya, ia

akan diperluaskan keseluruh negara.

Page 11: Apa Itu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

LIMA ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA-sumber Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

1.AKSES - 100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada prasekolah hingga menengah atas menjelang tahun 2020.

Page 12: Apa Itu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

2. KUALITI -Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun.

3.EKUITI -50% pengurangan dalam jurang pencapaian (bandar-luar bandar,sosioekonomi,gender) menjelang tahun 2020.

4.PERPADUAN-Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian.

5.KECEKAPAN - Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia ada.