apa itu mikrooraganisma tahun 5

36
Apa itu mikrooraganisma? 1. Ia adalah hidupan yang sangat kecil & tidak dapat dilihat dengan mata kasar. 2. Ia hanya dapat dilihat melalui mikroskop. 3. Ia terdapat di sekeliling kita, pada badan kita, dalam badan kita, dalam air, udara juga dalam tanah. Jom berkenalan dengan jenis2 mikroorganisma. Terdapat 4 jenis kumpulan microorganisma. a) Bakteria b) Virus c) Kulat d) Protozoa Bakteria

Upload: shafiq-azli

Post on 05-Dec-2014

32 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

DIGUNAKANA DI SEKOLAH...

TRANSCRIPT

Page 1: Apa Itu Mikrooraganisma Tahun 5

Apa itu mikrooraganisma?1. Ia adalah hidupan yang sangat kecil & tidak dapat dilihat dengan mata kasar.2. Ia hanya dapat dilihat melalui mikroskop.3. Ia terdapat di sekeliling kita, pada badan kita, dalam badan kita, dalam air, udara juga dalam tanah.

Jom berkenalan dengan jenis2 mikroorganisma. Terdapat 4 jenis kumpulan microorganisma.a) Bakteriab) Virusc) Kulatd) Protozoa

Bakteria1. Bakteria adalah sangat halus & wujud dalam pelbagai bentuk, saiz dan warna yang berbeza.

Page 4: Apa Itu Mikrooraganisma Tahun 5

2. Terbahagi kepada 2 jenis iaitu bakteria baik dan bakteria jahat.3. Bakteria merupakan jenis terbanyak dari segi jenis, bentuk dan jumlah dalam kumpulan hidupan mikroorganisma.4. Ia boleh ditemui di udara, tanah, air, makanan dan dalam atau pada jasad hidupan atau yang telah mati.5. Sesetengah bakteria membuat makanannya sendiri dan sesetengah bakteria memakan jasad hidupan.

Virus1. Jenis mikroorganisma yang paling halus & hanya dapat dilihat di bawah elektron microskop.

Page 7: Apa Itu Mikrooraganisma Tahun 5

menggunakan material yang ada dalam jasad untuk hidup & membiak.

Kulat / Fungi1. Cendawan, yis & kulapuk adalah antara contoh2 kulat.

Sejenis kulat

Beberapa jenis kulat / cendawan

Page 8: Apa Itu Mikrooraganisma Tahun 5

Kulapuk

Yis / ragi

2. Sesetengah kulat diklasifikasilkan sebagai tumbuhan tetapi ia tidak boleh membuat makanannya sendiri seperti tumbuhan lain yang membuat makanan melalui proses fotosintesis.

Page 9: Apa Itu Mikrooraganisma Tahun 5

3. Kulat bergantung memakan jasad hidupan sama ada hidup atau yang telah mati.4. Kulapuk misalnya, terdapat pada makanan yang telah busuk, roti yang berkulat, kain atau tuala yang sentiasa lembab (bintik2 hitam), pokok atau pada lantai hutan.

Protozoa1. Kebanyakkannya hidup dalam air seperti dalam kolam, tasik, sungai atau perigi.

Paramescium

Page 10: Apa Itu Mikrooraganisma Tahun 5

Ameba

Mikroorganisma bernafas.1. Mikroorganisma bernafas menggunakan oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida.2.Contohnya yis / ragi yang biasa digunakan untuk membuat roti / donat. Ia membebaskan karbon dioksida yang menyebabkan adunan roti naik.3. Ini membuktikan bahawa mikrorganisma bernafas.

Eksprimen : Mikroorganisma bernafas

a. Apa yang anda perlukan?1 cawan tepung gandum1/2 cawan air suam1 sudu teh ragi kering1 sudu kecil gula

b. Apakah yang anda perlu lakukan?

Page 11: Apa Itu Mikrooraganisma Tahun 5

Campurkan kesemua bahan dan uli. 

Simpan aduanan dalam bekas & tutup dengan kain lembab.Biarkan selama 20 minit.

c. Apakah hasil eksperimen?

Page 12: Apa Itu Mikrooraganisma Tahun 5

Doh telah kembang & memenuhi ruang bekas.

d. Apakah yang dapat anda simpulkan?Aktiviti ini menunjukkan bahawa ragi (mikroorganisma) bernafas dan menghasilkan gas karbon dioksida yang menyebabkan doh kembang.

Mikroorganisma tumbuh1. Mikroorganisma mudah tumbuh & membesar jika terdapat makanan, air, suhu dan cahaya yang sesuai serta oksigen. `

2. Ia mudah membiak & membesar pada persekitaran yang mempunyai 25% - 45% kelembapan serta pada suhu 30C - 37C.

3. Sekiranya nasi yang telah masak atau roti dibiarkan selama beberapa hari, kita akan dapat melihat tompok2 putih atau hijau.

Page 13: Apa Itu Mikrooraganisma Tahun 5

4. Tompok2 itu sebenarnya adalah kulapuk atau kulat yang tumbuh pada nasi atau roti. Jika dibiarkan tompok2 itu akan terus membesar.

5. Ini membuktikan bahawa mikroorganisma tumbuh.

Eksperimen : Mikroorganisma Tumbuh

a. Apa yang anda perlukan?1.  Sekeping roti2. Sekeping plastik3. Semangkuk air

b. Apakah yang perlu anda lakukan?1. Renjis sedikit air pada roti..2. Masukkan roti ke dalam plastik.3. Biarkan roti selama 3 hari.

c. Apakah yang dapat anda perhatikan?

Terdapat tompok2 hitam, putih & hijau pada roti.

Page 14: Apa Itu Mikrooraganisma Tahun 5

d. Apakah yang berlaku jika roti terus dibiarkan selama seminggu?

Tompok hitam semakin membesar.

e. Apakah kesimpulan yang dapat anda berikan berdasarkan aktiviti ini?

Tompok2 hitam yang tumbuh adalah kulapuk & kulat. Ini membuktikan bahawa dengan adanya persekitaran yang sesuai & kehadiran air serta makanan, mikroorganisma boleh tumbuh dan membiak.

Mikroorganisma Bergerak

Page 15: Apa Itu Mikrooraganisma Tahun 5

1. Mikroorganisma mempunyai pelbagai jenis struktur yang membolehkan ia bergerak.

2.2. Ada yang mempunyai ekor, rerambut halus dan lain2 untuk membolehkan ia berenang / bergerak.

3. Pergerakan mikcroorganisma hanya boleh dilihat di bawah mikroskop.

Ekperimen : Mikroorganisma bergerak

a. Apa yang anda perlukan?1. Mikroskop

2. Piring petri

Page 16: Apa Itu Mikrooraganisma Tahun 5

3. Sedikit air kolam.

b. Apa yang perlu anda lakukan?

Isikan sedikit air kolam dalam piring petri & lihat bawah mikroskop.

c. Apakah yang dapat anda perhatikan?

Page 18: Apa Itu Mikrooraganisma Tahun 5

Pemerhatian di atas menunjukkan bahawa mikroorganisma bergerak

Kawan atau lawan1. Sesetengah mikroorganisma adalah baik dan sangat berguna kepada manusia terutamanya dalam pembuatan makanan, ubatan & baja.

2. Berikut adalah beberapa kepentingan mikroorganisma dalam kehidupan seharian manusia.

A. Yis (kulat)

Page 19: Apa Itu Mikrooraganisma Tahun 5

 Yis (Kulat) di bawah mikroskop

Yis kering

Penting dlm proses pembuatan pelbagai jenis roti, donat, apam dan lain2

Page 23: Apa Itu Mikrooraganisma Tahun 5

Kalau takde bakteria baik, tak dapatlah kita makan keju.

C. Kulat

Kebanyakan antibiotik terhasil daripada pengekstrakan kulat

Page 24: Apa Itu Mikrooraganisma Tahun 5

Penicillin merupakan antibiotik pertama dunia. Ditemui oleh Sir Alexander Fleming menerusi kajiannya terhadap kulat.

D. Bakteria & kulat

Penting dalam proses penguraian untuk menghasilkan baja asli.Baja asli pula sangat penting dalam aktiviti pertanian.

E. Virus

Page 25: Apa Itu Mikrooraganisma Tahun 5

Ada beberapa virus digunakan untuk menghasilkan vaksin.Sebab itu, kebanyakan vaksin akan menyebabkan demam.

3. Sesetengah mikroorganisma adalah merbahaya kerana ia menyebabkan penyakit, gigi reput, keracunan makanan & makanan menjadi rosak.4. Berikut adalah penyakit2 yang disebabkan oleh mikroorganisma jahat.

Measles / campak disebabkan oleh virus dan berjangkit melaluisentuhan dengan orang yang dijangkiti.

Page 26: Apa Itu Mikrooraganisma Tahun 5

Chickenpox / cacar disebabkan oleh virus dan berjangkit melalui 

sentuhah dengan orang yang dijangkiti

Cholera / Taun disebabkan oleh bakteria dan merebak melalui makanan 

dan minuman yang tercemar

Page 28: Apa Itu Mikrooraganisma Tahun 5

Mumps / beguk disebabkan pleh virus dan tersebar melaluibatuk dan bersin

Conjunctivitis / sakit mata disebabkan oleh virus & bakteria.Ia berjangkit melalui sentuhan dengan orang yang dijangkiti.

Page 29: Apa Itu Mikrooraganisma Tahun 5

Tooth decay / Gigi reput disebabkan oleh bakteria dalam mulut

Malaria disebabkan oleh protozoa bawaan nyamuk Tiruk.

Page 30: Apa Itu Mikrooraganisma Tahun 5

Demam Denggi disebabkan oleh virus bawaan nyamuk Aedes.

5. Lazimnya, penyakit2 yang disebabkan oleh mikroorganisma adalah berjangkit dimana ia boleh merebak melaluia) makanan & minuman tercemarb) bersin & batukc) sentuhan secara langsungd) haiwan pembawa seperti lalat, nyamuk, burung dan tikus.

6. Penyakit bawaan mikroorganisma boleh dicegah / dihalang daripada merebak dengan cara

Page 31: Apa Itu Mikrooraganisma Tahun 5

Membasuh tangan sebelum makan & selepas makan juga selepas dari tandas.

Jangan berkongsi barangan peribadi seperti berus gigi, tuala, sikat dengan orang lain.

Page 34: Apa Itu Mikrooraganisma Tahun 5

Mengasingkan pesakit penyakit berjangkit seperti cacar, beguk, sakit mata, kudis buta atau selsema bagi mengelakkan ia

merebak.