apa itu logo ?

5
APA ITU LOGO? Logo Logo adalah unsur grafik bagi tanda niaga atau jenama yang di set dalam jenis taip khas (font), atau diatur dalam bentuk tertentu dan boleh dikenali. Bentuk, warna, jenis taip dan sebagainya. Pengenalan Pada masa kini istilah “logo” telah digunakan bagi menggambarkan isyarat, emblem, coat of arms, simbol dan juga bendera. Logo adalah singkatan perkataan “logogram” iaitu gubah ringkasan sesuatu bentuk. Selain itu, logo sangat penting dalam mereka bentuk pembungkusan kerana ia melambangkan simbol atau pengenalan sesebuah syarikat, barangan, perkhidmatan dan sebagainya. Sifat unik sesuatu jenis logo adalah penting bagi mengelakkan kekaburan dalam kalangan pelanggan, pembekal, pengguna, afliate dan orang ramai. Sejauh mana sesuatu logo mencapai matlamat ini, ia boleh berfungsi sebagai tanda dagang dan boleh digunakan bagi mengenalpasti secara unik bisnes, organisasi, peristiwa, produk atau perkhidmatan. Apabila logo direka, satu cara yang paling

Upload: nazeira-dahalan

Post on 23-Jun-2015

1.441 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Apa Itu Logo ?

APA ITU LOGO?

Logo

Logo adalah unsur grafik bagi tanda niaga atau jenama yang di set dalam

jenis taip khas (font), atau diatur dalam bentuk tertentu dan boleh dikenali.

Bentuk, warna, jenis taip dan sebagainya.

Pengenalan

Pada masa kini istilah “logo” telah digunakan bagi menggambarkan isyarat,

emblem, coat of arms, simbol dan juga bendera. Logo adalah singkatan

perkataan “logogram” iaitu gubah ringkasan sesuatu bentuk. Selain itu, logo

sangat penting dalam mereka bentuk pembungkusan kerana ia

melambangkan simbol atau pengenalan sesebuah syarikat, barangan,

perkhidmatan dan sebagainya. Sifat unik sesuatu jenis logo adalah penting

bagi mengelakkan kekaburan dalam kalangan pelanggan, pembekal,

pengguna, afliate dan orang ramai. Sejauh mana sesuatu logo mencapai

matlamat ini, ia boleh berfungsi sebagai tanda dagang dan boleh digunakan

bagi mengenalpasti secara unik bisnes, organisasi, peristiwa, produk atau

perkhidmatan. Apabila logo direka, satu cara yang paling berkesan adalah

mendaftarkannya sebagai tanda dagang agar pihak ketiga yang tidak sah

tidak boleh menggunakannya atau mengganggu pemilik menggunakannya.

Sekiranya hak berkait dengan logo diestablished dan dipertahankan dengan

betul, ia mampu menjadi harta hakmilik intelektual (intellectual property)

yang berharga.

Page 2: Apa Itu Logo ?

Ramai orang menganggap sesuatu logo hanyalah satu simbol grafik atau

tanda. Walau bagaimanapun, ini bukan definisi yang tepat bagi pereka grafik

dan ahli profesional pengiklanan. Sesuatu logo terdiri daripada samada

nama dan lambang.

Syarikat-syarikat besar membelanjakan beratus ribu dollar untuk

mengemaskini dan mendirikan logo mereka, sementara perniagaan-

perniagaan kecil menggunakan khidmat pereka grafik tempatan untuk

membina logo korporat mereka.

Jenama Nike merupakan lambang

Slogan Jenama

Kadangkala sesuatu slogan disertakan dalam logo. Jika slogan sentiasa ada di

dalam logo dan dalam bentuk grafik yang sama, ia boleh dianggap sebagai

sebahagian daripada logo. Ia dianggap slogan jenama yang juga dipanggil

claim, tagline atau endline dalam industri pengiklanan. Tujuan utamanya

ialah menyokong identiti jenama bersama-sama logonya. Perbezaan antara

slogan dengan slogan jenama ialah slogan jenama kekal untuk masa yang

lama untuk membina imej jenama manakala slogan yang berbeza dikaitkan

dengan sesuatu produk atau kempen pengiklanan.

Page 3: Apa Itu Logo ?

Logo McDonalds dengan slogan jenama yang membantu menaikkan imej jenama. Nama syarikat tidak perlu disertakan kerana lambang ini sangat dikenali ramai

Jenis-jenis LogoLogo huruf (logo type)

Terdiri daripada satu atau lebih huruf/abjad atau satu perkataan.

Huruf yang dipilih biasanya singkatan (initial).

Contohnya, ACER, SONY, CANON, HONDA, OLYMPUS, TV3, ASTRO dan

sebagainya.

Logo representasi (pictogram)

Dicipta berdasarkan rupa bentuk objek-objek di alam sekeliling.

Bentuk asal dan gambar objek dipermudahkan untuk menghasilkan

imej visual yang ringkas tetapi masih mengekalkan sifat-sifat asal

objek itu.

Page 4: Apa Itu Logo ?

Gubahan logo yang mudah, ringkas dan berkesan dapat

menyampaikan mesej dengan jelas tanpa sebarang penerangan.

Logo simbol

Merupakan tanda yang dikenal antarabangsa kerana dapat

menyampaikan mesej yang jelas tanpa mengira bahasa dan bangsa.

Biasanya menggunakan rupa mudah sesuatu objek untuk mewakili

perkara-perkara yang ada perkaitan dengannya.