apa itu linus

10
LADAP LINUS 2015 SK SEBERANG RAMAI, 02000 KUALA PERLIS, PERLIS. Apa Itu LINUS ? LATAR BELAKANG 1. Y.A.B Menteri Pelajaran, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin telah membentangkan Bidang Keberhasilan Utama [National Key Result Areas (NKRA’s)] Kementerian Pelajaran Malaysia pada bulan Ogos 2009. 2. Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah diamanahkan untuk mengawas, melaksana dan menyelaras Ministry Key Performance Indicator(NKPI) KPM iaitu semua murid yang tiada masalah pembelajaran berupaya menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira selepas mengikuti pendidikan tiga tahun di peringkat rendah pada akhir tahun 2012. 3. Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) pula dipertanggungjawabkan untuk menerajui projek ini dengan kerjasama semua bahagian dalam KPM. Sehubungan dengan itu, satu program alternatif telah dirangka untuk murid Tahun 1, 2 dan 3 (Tahap I) yang belum menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi. Projek ini dinamai Program Literasi dan Numerasi (LINUS) yang merupakan penambahbaikan daripada program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) untuk murid Tahun 1 yang dilaksanakan mulai tahun 2006. 4. Murid berkeperluan khas yang meliputi murid bermasalah pembelajaran, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah penglihatan, masalah kepelbagaian deria, masalah fizikal, dan terencat akal, kurikulum yang khusus telah dibina. Disediakan oleh; Penyelaras LINUS

Upload: ida-hasniza

Post on 28-Sep-2015

246 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

linus

TRANSCRIPT

LADAP LINUS 2015SK SEBERANG RAMAI, 02000 KUALA PERLIS, PERLIS.Apa Itu LINUS ?LATAR BELAKANG1.Y.A.B Menteri Pelajaran, Tan Sri Dato Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin telah membentangkan Bidang Keberhasilan Utama [National Key Result Areas (NKRAs)]Kementerian Pelajaran Malaysia pada bulan Ogos 2009.2.Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah diamanahkanuntuk mengawas, melaksana dan menyelarasMinistry Key PerformanceIndicator(NKPI) KPM iaitu semua murid yang tiada masalah pembelajaran berupaya menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira selepas mengikuti pendidikan tiga tahun di peringkat rendah pada akhir tahun 2012.3.Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) pula dipertanggungjawabkan untuk menerajui projek ini dengan kerjasama semua bahagian dalam KPM. Sehubungan dengan itu, satu program alternatif telah dirangka untuk murid Tahun 1, 2 dan 3 (Tahap I) yang belum menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi. Projek ini dinamai Program Literasi dan Numerasi (LINUS) yang merupakanpenambahbaikan daripada program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) untuk murid Tahun 1 yang dilaksanakan mulai tahun 2006.4.Murid berkeperluan khas yangmeliputi murid bermasalah pembelajaran, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah penglihatan, masalah kepelbagaian deria, masalah fizikal, dan terencat akal,kurikulum yang khusus telah dibina.RASIONAL5.Asas literasi dan numerasi merupakankemahiran yang diperlukan bagi membolehkan murid berkomunikasi dan berinteraksi dalam kehidupan seharian serta untuk membolehkan merekamelanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.6.Data KIA2Mpada tahun 2008 menunjukkan sebanyak 54,000 murid Tahun 1 belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis (literasi). Data PROTIM tahun2008 pula menunjukkan sebanyak 48,233 murid Tahun 4 belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis (literasi) sementara sebanyak 117,000 murid Tahun 4belum menguasai kemahiran asas mengira (numerasi).7.Data Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM menunjukkan kadar keciciran muridsekolah rendah dan sekolah menengah diMalaysia pada tahun2008 adalah sebanyak 31,939.8.KPM berpendapat satu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan untuk mengatasi masalah literasi dan numerasi seawal Tahap I. Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius kerana murid yang belum menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira merupakan kumpulan yang berisiko keciciran dan berhadapan dengan kesukaran memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya.DEFINISI KONSEP9.Definisi LINUS:LINUS ialah akronim bagi Literacy and Numeracy Screening.LINUSmerupakan program intervensiyang dirangka untuk membolehkan muridmemperoleh asasliterasi (Bahasa Malaysia) danasas numerasi semasa di sekolah rendah.LINUS disasarkan kepada murid yang belum menguasai kemahiranmembaca, menulis dan mengira (3M).10.Definisi Literasi:Definisi literasi adalah keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal danayat majmuk(dengan menggunakan kata hubung), mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian. ManakalaDefinisi Numerasiadalah "kebolehan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian.MATLAMAT11.Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua muridTahap Isekolah rendah berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi pada akhir tahun 2012 kecuali murid berkeperluan khas.OBJEKTIF12.Objektif Program LiterasiPada akhir Program Literasi murid berupaya:i.Mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup;ii.membaca dan menulis perkataan daripada suku kata terbuka dan tertutup; daniii.membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah dengan menggunakan kata hubung dan.13.Objektif Program Numerasi:Pada akhir Program Numerasi murid berupaya:i.Membaca, menulis, membilang dan menyusun nombor hingga 1000;ii.membilang dua-dua, lima-lima dan sepuluh-sepuluh dalam lingkungan 1000 bermula daripada sebarang nombor;iii.menyatakan fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi; dan;iv.mengaplikasikan pengetahuan operasi asas aritmetik dalam wang, menyatakan waktu, ukuran dan sukatan.KUMPULAN SASARAN14.Kumpulan sasaran ialah murid TahapIyang berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasikecualimurid berkeperluan khas yang mengikuti pendidikan di Sekolah Kebangsaan (Program Pendidikan Khas Integrasi; Masalah Pembelajaran, Masalah Pendengaran dan Masalah Penglihatan) dan Sekolah Rendah Pendidikan Khas (Masalah Penglihatan dan Masalah Pendengaran), Sekolah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM LINUS15.Makmal NKRA bagi program LINUS telah mengemukakan enam strategi utama LINUS iaitu:i.melaksanakan saringan terhadap murid pada tahun 1, 2 dan 3;ii.melaksanakan fokus intervensi bagi menyediakan program pemulihan dan komprehensif;iii.meningkatkan kemahiran pedagogi guru;iv.melaksanakan program kesedaran tentang pentingnya asas membaca, menulis dan mengira dalam kalangan warga sekolah dan komuniti;v.menjalankan pemantauan, penyeliaan dan penilaian; danvi.mewujudkan jawatan Pegawai FasiLINUS di Pejabat Pelajaran Daerah untuk membantu guru memastikan murid berupaya membaca, menulis dan mengira.16.Murid yang telah dikenal pasti masih belum menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi akan diajar secara intensif oleh guru LINUS dan guru pemulihan khas LINUS. Murid yang mengikuti program ini akan menduduki Saringan 2 pada bulan Jun dan Saringan 3pada bulanSeptember (jika perlu).17.Pemilihan Guru LINUS:Guru yang menjalankan program ini terdiri daripada guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik Tahap I dan dibantu oleh Guru Pemulihan Khas.18.Guru pemulihan khas ditempatkan di sekolahmengikut nisbah murid LINUS tegar. Nisbah guru-murid bagi program ini adalah 1:15 supaya tumpuan sepenuhnya dapat diberikan kepada murid berkenaan. Dicadangkan satu jam setiap hari guru pemulihan memberi tumpuan kepada 4 atau 5orang murid sahaja untuk literasi dan satu jam lagi untuk numerasi.19.Guru sedia ada (guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik) yang melaksanakan program ini perlu diberi latihan khusus dalam teknik pemulihan dan bimbingan untuk menangani murid yang mempunyai masalahliterasi dan numerasi.20.Jadual Waktu:Program LINUS dilaksanakan dalam waktu Bahasa Malaysia dan waktu Matematik mengikut peruntukan waktu yang sedia ada. Sebanyak 360 minit seminggu diperuntukan bagi Bahasa Malaysia di Sekolah Kebangsaan dan 270 minit seminggu di Sekolah Jenis Kebangsaan, manakala 210 minit seminggu bagi Matematik.21.Pihak sekolah boleh menggunakan budi bicara untuk menjalankan program ini mengikut kesesuaian waktu dan kemudahan sekolah.Namun, pihak sekolah hendaklah memastikan perlaksanaan program ini berkesan dan mencapai matlamatnya.22.Kemudahan ICT:Kemudahan ICT yang terdiri daripada komputer dan LCD yang sedia ada di sekolah perlu dimanfaatkan untuk kegunaan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.PEMANTAUAN DAN PENYELIAAN23.Pemantauan dan penyeliaan dilaksanakan di sekolah terpilih iaitu 8 peratus daripada jumlah keseluruhan sekolah rendah.Pegawai yang terlibat terdiri daripada pegawai Bahagian KPM, pegawai Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan pegawai Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). Pemantauan ini akan diterajui oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK).

24.Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Akademik di setiap sekolah perlu menyelia Program LINUS dari semasa ke semasa.25.Satu mekanisme sistem pelaporan untuk memantau kemajuan murid LINUS diadakan. Status penguasaan murid perlu dilaporkan menggunakan sistem yang dibangunkan oleh KPM setiap kali saringan dilaksanakan.KANDUNGAN PROGRAM26.Program LINUS menggunakan kurikulum KBSR sebagai asas dalam menentukan skop kandungan pengajaran dan pembelajaran.

27.Kandungan skop kurikulum literasi bermula denganpengenalan abjad, suku kata, perkataan, frasa, ayat tunggal dan ayat majmuk mudah seperti dalam Lampiran 1.28.Kandungan skop kurikulum numerasi merangkumiaspek nombor bermula dari sifar hingga angka 1000, yang melibatkan operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi, di samping mengaplikasikannya dalam pengiraan pengukuran seperti dalam Lampiran 2.BAHAN DANINSTRUMEN LITERASI DAN NUMERASI29.Murid yang mengikuti Program LINUS menggunakan modulpengajaran dan pembelajaran asas literasi dannumerasi yang sesuai dengan tahap keupayaan murid bagi memastikan kejayaan program ini.

30.Guru digalakkan menyedia dan menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran mengikut kesesuaian murid dan kreativiti.31.Instrumen saringan dibina dan diguna pakai untukmenentukan sama ada murid telah menguasai asas literasi dan numerasi. Pembinaaan instrumen saringan disediakan oleh LembagaPeperiksaan (LP).PELAPORAN32.Pengumpulan data saringan dan analisis data dikendalikan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) sementara laporan pemantauan disediakan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK).PENUTUP33.Program ini menegaskan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengatasi masalah literasi dan numerasi dalam kalangan murid yang berkeupayaan kecuali murid berkeperluan khas pada peringkat awal persekolahan. Komitmen semua pihak adalah diharap untuk memastikan program ini berjayaselaras dengan sasaran NKRA.

CARA PENGISIAN DATA LINUS1. Website PORTAL NKRA http://nkra.moe.gov.my/2. User ID: linusrba0086, Password : 123456783. Tekan ikon PENGISIAN LINUS 2.04. Pilih Tahun, Tahun Kutipan dan Saringan kemudian tekan butang CARI5. Akan muncul satu jadual dan klik pada ikon yang dinyatakn dibawah bagi pengisian data.

6. Setelah itu, akan keluar jadual yang mempunyai nama murid

7. Klik pada ikon PENSEL dan akan terpapar nama murid dan tahap penguasaan konstruk secara individu.

8. Selepas itu,isikan tahap penguasaan konstruk murid berkenaan dan tekan butang SIMPAN.9. Lakukan proses yang sama sehingga semua murid telah ditandakan tahap penguasaan konstruk mereka.10. Sekiranya murid tidak mencapai walaupun konstruk 1, WAJIB klik pada butang PENSEL bagi tujuan kemaskini dan simpan maklumat.

Disediakan oleh; Penyelaras LINUS