apa itu ejaan dan mengeja

2
Apa itu Ejaan dan Mengeja? Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Berdasarkan buku yang saya baca iaitu Kaedah dan Strategi Pengajaran kanak- Kanak Berkeperluan Khas yang ditulis oleh Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad , ia menyatakan bahawa kanak-kanak lebih cenderung membaca daripada mengeja. Ini menunjukkan bahawa mengeja suku kata adalah lebih sukar berbanding membaca perkataan. Hal ini kerana ejaan adalah kaedah yang terlalu kompleks untuk dipelajari oleh kanak-kanak. Tambahan pula membaca hanya melibatkan proses menafsirkan kod dengan jalinan perkataan sedangkan mengeja adalah proses mengeluarkan kod dengan peka dan betul. EJAAN DAN MENGEJA : APAKAH MAKSUDNYA ? Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), Ejaan ialah kaedah atau cara menulis perkataan dengan huruf. Mengeja ialah perbuatan membunyikan (menulis) huruf-huruf secara berturut- turut dalam sesuatu perkataan. CARA UNTUK MENGEJA Terdapat dua cara untuk mengeja iaitu; 1. Menyebut nama huruf secara berturut-turut yang terdapat pada sesuatu suku kata atau perkataan danmembunyikan suka kata/perkataan itu. 2. Menulis huruf untuk membentuk suku kata atau perkataan.

Upload: khairon-najmi

Post on 31-Dec-2015

40 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

pemulihan

TRANSCRIPT

Page 1: Apa Itu Ejaan Dan Mengeja

Apa itu Ejaan dan Mengeja?

Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook

Berdasarkan buku yang saya baca iaitu Kaedah dan Strategi Pengajaran kanak-Kanak Berkeperluan Khas yang ditulis oleh Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad, ia menyatakan bahawa kanak-kanak lebih cenderung membaca daripada mengeja. Ini menunjukkan bahawa mengeja suku kata adalah lebih sukar berbanding membaca perkataan.  Hal ini kerana ejaan adalah kaedah yang terlalu kompleks untuk dipelajari oleh kanak-kanak. Tambahan pula membaca hanya melibatkan proses menafsirkan kod dengan jalinan perkataan sedangkan mengeja adalah proses mengeluarkan kod dengan peka dan betul.

EJAAN DAN MENGEJA : APAKAH MAKSUDNYA? 

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005),  

Ejaan ialah kaedah atau cara menulis perkataan dengan  huruf.  Mengeja ialah perbuatan membunyikan (menulis) huruf-huruf secara berturut-turut dalam sesuatu perkataan. 

CARA UNTUK MENGEJA

Terdapat dua cara untuk mengeja iaitu;

1. Menyebut nama huruf secara berturut-turut yang terdapat pada sesuatu suku kata atau perkataan danmembunyikan suka kata/perkataan itu. 

2. Menulis huruf untuk membentuk suku kata atau perkataan.

CARA MENYEBUT HURUF

Page 2: Apa Itu Ejaan Dan Mengeja

Terdapat dua cara menyebut huruf untuk menjadi suku kata dan perkataan;

1. Menyebut huruf dalam perkataan itu satu demi satu tanpa hentian dan tanpa menyebut suku kata dalam perkataan itu. Misalnya, “bola” dieja b – o – l – a. Gambaran ringkasnya ialah huruf → perkataan.

2. Menyebut huruf, diikuti dengan penyebutan suku kata dan seterusnya menyebut perkataan. Contohnya, “bola” dieja “b” “o”, diikuti penyebutan suku kata “bo”. Seterusnya disebut pula nama huruf  “l” “a”, diikuti dengan penyebutan suku kata “la”. Akhirnya disebut perkataan “bola”. Gambaran ringkasnya ialahhuruf → suku kata → perkataan.

KAEDAH PENGAJARAN KEMAHIRAN EJAAN

Terdapat beberapa kaedah pengajaran mengajar kemahiran mengeja;

Kaedah Abjad

Berdasarkan kaedah abjad, murid menyebut nama huruf. Bagi mengeja dengan abjad Rumi, cara yang kedua kerap digunakan. Hal ini kerana cara yang pertama dianggap tidak lengkap.

Kaedah Fonik dan Fonetik

Ia merupakan kaedah bunyi sebutan dalam suku kata dan menggabungkannya dengan suku kata yang lain.

Kaedah Elektik

Ia merupakan kaedah campuran yang menggabungkan pendekatan binaan dan cerakinan.

Kaedah Suku Kata

Pengajaran dimulakan dengan suku kata yang asas iaitu KV, KVK, KVKK. Murid akan ditekankan dengan kemahiran membatang suku kata.

Berdasarkan pengalaman saya sebagai Guru Pemulihan Khas, murid-murid pemulihan khas sering mengeja sesuatu perkataan terlebih dahulu sebelum dapat menyebut perkataan tersebut. Ia seolah-olah seperti sudah menjadi kelaziman mereka semasa membaca. Pada fikiran saya, apabila murid mengeja perkataan sebelum membaca, maksudnya murid belum lancar membaca. Saya selalu menyarankan murid-murid supaya mengeja perkataan jika perlu sahaja dan menyebut terus perkataan jika perkataan tersebut telah biasa dijumpai atau dibaca.