apa itu cinta

4
Apa Itu Cinta? Cinta itu perasaan jiwa semulajadi. Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia. Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu. Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis nilai. Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa. Sifat Cinta Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta. Cinta Wujud Sejak Dilahirkan Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu,membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci,maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih. Cinta Bersedia Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta,maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu.Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta,lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan

Upload: loveiff

Post on 13-Dec-2015

14 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

cinta

TRANSCRIPT

Page 1: Apa Itu Cinta

Apa Itu Cinta? 

Cinta itu perasaan jiwa semulajadi. Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat

manusia. Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan

gembira kerana itu. 

Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis nilai.

Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta

itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana

mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan

cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa. 

Sifat Cinta 

Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta

akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta. 

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan 

Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma

manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian

ibu,membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta

suci,maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat

dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih. 

Cinta Bersedia 

Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta,maka Tuhan menjadikan manusia

itu bersedia menerima cinta itu.Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima

cinta,lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk

mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana

cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai. 

Cinta Itu Indah 

Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik.

Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik malah suci

murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih. 

Page 2: Apa Itu Cinta

Cinta Itu Mengharap Balasan 

Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan,dari diri yang

punya persamaan,dari diri yang asalnya satu.Bila dapat yang dicari, bermakna cinta

itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secucuk dengan

jiwanya,untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia

dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima. 

Cinta Itu Menakluki 

Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk

dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak

untuk mencintai dan dicintai. Tapi,dalam pada ingin menakluki,ia juga ingin ditakluki

sepenuhnya. 

Cinta Itu Mengetahui 

Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang

patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya.Manusia boleh jatuh cinta tanpa

membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan.

Tapi,cinta cuma tahu bercinta.Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan

panduan. 

Cinta Itu Hidup 

Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh layu dan gugur.

Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta,berkata cinta,melihat

cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang,

benci,cemburu,gembira,sedih,tenang,tertekan,ketawa dan menangis. Cinta itu hidup

sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu

kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati. 

Cinta Itu Suci 

Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci. Sucinya cinta bukan

bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta

bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta,ia suci

bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan

cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari

godaan nafsu yang tidak ada batasan.Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan

berdosa. 

Page 3: Apa Itu Cinta

Cinta Itu Mempesona 

Cinta itu bukan saja indah,tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal

sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada

anak kecil yang comel dan bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda

terpesona kerana bukan saja ianya comel,tapi kerana dia adalah insan yang tidak

berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap

bila bercinta.Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya...mempersonakannya dan

nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu

sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang

yang bijaksana,akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan

oleh nafsu.Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada

Tuhan Maha Pencipta. 

Apakah itu Bukti Cinta? 

Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah

mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu.Mereka percaya

jika itu tidak berlaku,maka cinta itu tidak tinggi nilainya. 

Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah

yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan

pengorbanan anda? 

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia

menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri 

"Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda

menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi

hancur" 

- Saidina Umar Ibnul Khattab - >