apa itu buasir

Upload: nuar65

Post on 02-Mar-2018

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/26/2019 Apa Itu Buasir

    1/3

    Apa itu buasir?

    Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada salur darah vena yang terletak di

    bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan

    menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal danberdarah.

    Buasir terjadi disebabkan tekanan dalam darah di bahagian rektum terlalu tinggi,

    menyebabkan dinding vena meregang atau memberi dan membonjol. Kadangkala ia

    boleh pecah, terutamanya ketika meneran apabila membuang air besar.

    Kewujudan tisu buasir adalah satu komponen normal dalam anatomi badan manusia. a

    bertindak sebagai kusyen yang kaya dengan saluran darah di dubur dan menjadi

    pelapik termampat untuk membenarkan dubur tertutup dengan ketat.

    !r "unus berkata, apabila seseorang mengalami sembelit dan cuba meneran najis yangkeras di dalam kolon dengan kuat ketika membuang air besar, struktur terbabit akan

    membengkak.

    Kemudian, ia menjadi kurang memberi dan akhirnya terjulur keluar daripada dubur

    bersama darah yang berwarna merah cerah yang menitis, tersembur atau meninggalkan

    kesan apabila dikesat dengan tisu tandas.

    #alaupun pendarahan dan sembelit dilihat sebagai gejala utama buasir, namun

    pendarahan yang berlaku daripada dubur tidak semestinya disebabkan buasir, tetapi

    boleh menjadi petunjuk kepada penyakit lain yang lebih serius seperti kanser kolorektal.

    $%enting bagi individu berkenaan menjalani pemeriksaan di peringkat awal bagi menge&

    sahkan penyakit dialami dan menjalani rawatan sewajarnya.

    $'etapi biasanya pesakit lambat mendapatkan rawatan dan hanya datang berjumpa

    doktor selepas masalah mereka menjadi teruk,( katanya.

    )enurutnya, antara penyebab la*im buasir ialah tidak cukup minum air dan pengambilan

    makanan yang kurang serat.

    +elain itu, terlalu kerap mengangkat barangan berat juga menyebabkan individu

    berkenaan berisiko tinggi untuk mengalami buasir kerana tekanan dialami di bahagian

    dubur apabila melakukannya amat tinggi.

    $Amalan duduk terlalu lama ketika membuang air besar juga tidak digalakkan dan

    kebiasaannya individu berkenaan berkemungkinan mengalami masalah buasir tahap tiga

    atau empat untuk jangka masa lama tanpa sebarang rawatan khusus.

    $angan tahan atau bertangguh&tangguh untuk buang air besar. Apabila keinginan itu

  • 7/26/2019 Apa Itu Buasir

    2/3

    datang, segeralah menyahut panggilan itu,( katanya.

    Ada empat peringkat buasir yang perlu diberi perhatian-

    %eringkat pertama membabitkan buasir yang mengalami pendarahan, tetapi ia tidakmenonjol keluar.

    %eringkat kedua berlaku apabila buasir menonjol keluar ketika buang air besar, tetapi

    masuk kembali dengan sendirinya.

    %eringkat ketiga buasir keluar ketika atau selepas buang air besar dan hanya hilang

    masuk kembali/ apabila ditekan atau ditolak dari luar.

    %eringkat keempat kronik/ apabila buasir sentiasa berada di luar hingga

    menyebabkan ketidakselesaan untuk melakukan aktiviti harian.

    $0ntuk peringkat paling kronik mungkin pembedahan adalah pilihan terbaik, tetapi kiniada banyak cara boleh dilakukan untuk mengurangkan kesakitan ketika menghilangkan

    buasir serta mempercepatkan penyembuhan.

    $Buasir mengambil masa yang lama untuk berkembang namun, gejalanya berbe*a

    bergantung kepada peringkat ia berlaku,( katanya.

    %unca

    +embelit dan meneran berlebihan ketika buang air.

    %ekerjaan yang membabitkan keadaan duduk atau berdiri dalam masa yang lama.

    1besiti, kehamilan dan proses melahirkan anak.

    )asalah ini juga berlaku disebabkan 2aktor gaya hidup atau tabiat pemakanan yang

    meningkatkan kecenderungan untuk mendapat buasir.

    3amun, ia boleh dicegah dan gejalanya dapat dikawal jika diurus pada peringkat awal.

    #alaupun sudah mendapat rawatan, individu berkenaan perlu mengubah gaya hidup

    untuk mengelakkan masalah berulang.

  • 7/26/2019 Apa Itu Buasir

    3/3

    4awatan

    Antara proses rawatan yang boleh dilakukan ialah-

    0ntuk peringkat awal pemberian ubat melembutkan najis menjadi pilihan.

    5ingkaran getah rubber band ligation/ bagi peringkat ketiga dan keempat & Bagi

    buasir yang tidak dapat disembuhkan dengan rawatan konservati2, rawatan standard

    boleh dijalankan iaitu mengikat dengan lingkaran getah rubber band ligation/.

    +atu atau dua lingkaran getah diikat di sekeliling pangkal buasir. ni akan menyekat

    peredaran darah ke buasir berkenaan. katan lingkaran getah ini hanya digunakan untuk

    buasir dalaman saja. a dilakukan tanpa menggunakan ubat bius dan tidak menimbulkan

    kesakitan.

    5igasi Arteri 6emoroid 6aemorrhoidal Artery 5igation/ & Kaedah ini menggunakan

    alat yang dikenali sebagai ultrabunyi !oppler bagi mengikat atau jahit saluran darahuntuk mengurangkan tekanan pada bahagian berkenaan. Alat ini akan dimasukkan ke

    dalam dubur dan prosesnya membabitkan bahagian dalam anus yang kurang sensiti2.

    )enggunakan laser & arum laser akan dimasukkan dalam buasir yang terkeluar dan

    proses ini menyebabkannya mengecut. Buasir mengambil masa dua hingga empat minggu

    untuk kecut sepenuhnya.

    %anduan mengelak buasir.

    )inum air sekurang&kurangnya 7.8 hingga dua liter sehari.

    Kurangkan pengambilan daging merah kerana boleh menyebabkan sembelit.

    )akan makanan seimbang dengan mengambil makanan yang tinggi serat, bijirin,

    buah&buahan dan sayur&sayuran.

    Kurangkan menikmati makanan segera. ika makan di luar rumah pilih makanan

    yang mengandungi serat tinggi dan segar.

    9lakkan memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan pada proses

    pembuangan air seperti makanan pedas atau berempah.

    Apabila terdapat gejala tertentu seperti darah dalam najis, sakit atau gangguan pada

    dubur segeralah berjumpa doktor dan jangan tunggu hingga ia melarat.Artikel ini disiarkan pada - :;7=