b3#:#pertanian,#perhutanan## …jpbdselangor.gov.my/laporan/rsn_selangor/laporan...tanaman kelapa...

54
B3 : PERTANIAN, PERHUTANAN & PERLOMBONGAN

Upload: dangdiep

Post on 16-Feb-2018

285 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: B3#:#PERTANIAN,#PERHUTANAN## …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan...tanaman kelapa sawit yang kurang daripada 10,000 hektar. LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan

B3#:#PERTANIAN,#PERHUTANAN##&#PERLOMBONGAN#

Page 2: B3#:#PERTANIAN,#PERHUTANAN## …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan...tanaman kelapa sawit yang kurang daripada 10,000 hektar. LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan

BIDANG B PERANCANGAN SPATIAL

B1.0 Guna Tanah Dan Fizikal

B2.0 Petempatan Bandar Dan Desa Serta Koridor Pembangunan

B3.0 PERTANIAN, PERHUTANAN DAN PERLOMBONGAN

B4.0 Perindustrian

B5.0 Perumahan Dan Kejiranan Hijau

B6.0 Kemudahan Masyarakat, Rekreasi Dan Sukan

B7.0 Pelancongan

B8.0 Perniagaan dan Perkhidmatan

B9.0 Perhubungan Dan Pengangkutan

B10.0 Bekalan Air, Elektrik, Gas, Telekomunikasi Dan Jalur Lebar

B11.0 Saliran Dan Perparitan

B12.0 Sistem Pembentungan

B13.0 Pengurusan Sisa Pepejal Dan Toksid

B14.0 Alam Sekitar Dan Pengurusan Sumberjaya

B15.0 Pemeliharaan Warisan

kajian rancangan struktur negeri selangor 2035

laporan tinjauan

Page 3: B3#:#PERTANIAN,#PERHUTANAN## …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan...tanaman kelapa sawit yang kurang daripada 10,000 hektar. LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan

LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan Perlombongan

B3-1

B3.0 PERTANIAN, PERHUTANAN DAN PERLOMBONGAN Sektor primer pada amnya terbahagi kepada tiga sub-sektor, iaitu pertanian, perhutanan dan perlombongan. Pada tahun 2000, sektor primer telah menyumbangkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM1,509 juta atau 3.2% daripada jumlah keseluruhan KDNK Negeri Selangor. Daripada jumlah ini, 69% atau RM1,038 juta merupakan sumbangan daripada aktiviti pertanian dan perhutanan, manakala 31% adalah daripada aktiviti perlombongan, seperti yang dilaporkan dalam Rancangan Struktur (RS) Negeri Selangor 2020. Nilai KDNK ini telah meningkat sebanyak 51% kepada RM2,282 juta (1.8% daripada jumlah KDNK Negeri Selangor) pada tahun 2010, iaitu 93% daripada sumbangan aktiviti pertanian dan perhutanan, serta 7% daripada aktiviti perlombongan. Data ini menunjukkan sumbangan aktiviti perlombongan telah menurun dengan mendadak, iaitu dari RM471 juta kepada RM168 juta.1

B3.1 PENEMUAN SEMASA B3.1.1 Tren, Corak dan Jenis (Profil) Pertanian, Perhutanan dan Perlombongan

B3.1.1.1 Pertanian

Secara amnya, isu peningkatan harga makanan dan pengurangan sumber bekalan makanan di peringkat antarabangsa telah memandu kerajaan kepada merangka dan meluluskan Dasar Jaminan Bekalan Makanan (DJBM) pada 2 Mei 2008 yang bermatlamat untuk : � Meningkatkan pengeluaran dan produktiviti pertanian bagi memenuhi tahap sara

diri. � Memastikan pengusaha pertanian memperolehi pendapatan setimpal serta

menjamin pengeluaran bekalan makanan yang tidak menurun. � Memastikan bekalan makanan mencukupi, berkualiti dan selamat dimakan. Bagi memastikan matlamat DJBM tercapai, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (KPIAT) telah merangka beberapa projek atau program pembangunan sektor pertanian yang akan dijalankan menerusi jabatan-jabatan di bawahnya. Dasar Pembangunan Pertanian Ketiga (DPN3) 1998-2010 dan Dasar Agromakanan (DAM) 2011-2020 yang merupakan kesinambungan kepada DJBM turut dirangka. Selaras dengan ini, sektor pertanian boleh dikategori dan dibincangkan secara terperinci menerusi tiga sub-sektor, iaitu tanaman, penternakan, dan perikanan.

1 Jabatan Perangkaan Malaysia (2012) “KDNK Mengikut Negeri dan Jenis Aktiviti Ekonomi bagi tahun 2010 pada Harga Malar 2000”.

Page 4: B3#:#PERTANIAN,#PERHUTANAN## …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan...tanaman kelapa sawit yang kurang daripada 10,000 hektar. LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan

LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan Perlombongan

B3-2

i. Sub-sektor Tanaman Sub-sektor tanaman boleh dibahagikan kepada empat (4) jenis tanaman, iaitu kelapa sawit, getah, padi dan lain-lain tanaman. Pada tahun 2002, terdapat kira-kira 315,423.53 hektar tanah pertanian, iaitu sebanyak 40% daripada jumlah keluasan Negeri Selangor telah diusahakan dengan pelbagai jenis tanaman, yang didominasi oleh tanaman kelapa sawit (200,637 hektar atau 63.6% daripada jumlah tanah pertanian negeri). Pada tahun 2012, keluasan tanaman pertanian telah berkurangan sebanyak 5.3% atau 16,875 hektar kepada 298,548 hektar.

Perbandingan keluasan jenis tanaman pada tahun 2002 dan 2012 menunjukkan keluasan “lain-lain tanaman” telah bertambah tetapi keluasan tanaman kelapa sawit, getah dan padi telah berkurangan (rujuk Jadual B3.1). Jadual ini juga menunjukkan pertambahan yang ketara bagi “lain-lain tanaman”, iaitu daripada 61,181 hektar pada tahun 2002 kepada 79,613 hektar (2012). Manakala keluasan tanaman kelapa sawit, getah dan padi masing-masing berkurangan seluas 32,398 hektar, 3,002 hektar dan 427 hektar, berbanding dengan keluasan kawasan tanaman pada tahun 2002. Tanah pertanian terbiar2 juga didapati bertambah dari kosong kepada hampir 520 hektar pada tahun 2012. Dari segi pengagihan keluasan tanaman mengikut daerah pada tahun 2002, Daerah Kuala Langat mempunyai kawasan tanaman terbesar, iaitu 70,035 hektar, diikuti oleh Daerah Kuala Selangor; 59,560 hektar dan Daerah Sabak Bernam; 48,499 hektar. Sementara Daerah Petaling hanya mempunyai keluasan tanaman seluas 8,450 hektar atau 2.7%. Walau bagaimanapun, dalam tempoh 10 tahun, hanya keluasan tanaman di Daerah Hulu Selangor yang bertambah seluas 12,074 hektar. Manakala daerah-daerah selebihnya mengalami kemerosotan, iaitu Daerah Klang (-7,222 hektar), Petaling (-5,910 hektar), Sepang (-4,106 hektar), Kuala Langat (-3,993 hektar), Hulu Langat (-2,996 hektar), Sabak Bernam (-2,616 hektar), Kuala Selangor (-2,006 hektar) dan Gombak (-101 hektar). Secara amnya, faktor utama yang membawa kepada pengurangan kawasan tanaman adalah kerana persaingan daripada aktiviti pembangunan perbandaran seperti perdagangan dan perindustrian, perumahan, infrastruktur dan utiliti.

2 Tanah darat atau tanah sawah yang berkeluasan minima 0.4 hektar ke atas yang merupakan tanah milik individu dan tidak diusahakan selama tiga tahun berturut-turut serta berpotensi untuk kegunaan pertanian. Sumber: Jabatan Pertanian Malaysia (2013).

Page 5: B3#:#PERTANIAN,#PERHUTANAN## …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan...tanaman kelapa sawit yang kurang daripada 10,000 hektar. LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan

LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan Perlombongan

B3-3

Jadual B3.1: Keluasan Tanah Tanaman Di Negeri Selangor Mengikut Jenis Tanaman

Dan Daerah, Tahun 2002 Dan 2012.

Daerah Tahun Keluasan (hektar)

Jumlah (ha.)

Beza (2012-2002)

Kelapa Sawit

Getah Padi Lain-lain Tanaman

Tanah Terbiar

Sabak Bernam

20021 11,737.51 0.00 13,409.00 23,352.10 0.00 48,498.61 (2,616.40) / (5.4%) 20122 14,791.80 0.00 13,078.00 17,962.33 50.08 45,882.21

Kuala Selangor

20021 45,228.72 835.56 5,593.00 7,902.64 0.00 59,559,92 (2,006.38) / (3.4%) 20122 47,615.61 177.05 5,532.00 4,228.88 0.00 57,553.54

Hulu Selangor

20021 23,528.82 20,899.41 0.00 2,149.88 0.00 46,578.11 12,074.44 / 25.9% 20122 14,232.75 17,214.38 0.00 27,065.86 139.56 58,652.55

Gombak 20021 2,833.23 6,103.06 0.00 2,947.42 0.00 11,883.70 (100.76)

/ (0.8%) 20122 3,457.85 158.71 0.00 7,914.55 251.84 11,782.94

Hulu Langat

20021 14,916.38 3,884.53 35.00 3,739.48 0.00 22,575.39 (2,995.74) / (13.3%) 20122 3,860.82 12,567.45 0.00 3,151.38 0.00 19,579.65

Petaling 20021 153.91 138.52 0.00 8,157.49 0.00 8,449.93 (5,910.18)

/ (69.9%) 20122 2,338.72 66.54 0.00 134.49 0.00 2,539.75

Klang 20021 16,347.69 740.93 0.00 5,109.98 0.00 22,198.60 (7,221.56)

/ (32.5%) 20122 8,642.04 25.90 0.00 6,309.10 0.00 14,977.04

Kuala Langat

20021 65,290.03 281.59 0.00 4,463.58 0.00 70,035.20 (3,992.84) / (5.7%) 20122 61,894.65 122.49 0.00 3,947.08 78.14 66,042.36

Sepang 20021 20,600.79 1,684.57 0.00 3,358.71 0.00 25,644.07 (4,105.67)

/ (16%) 20122 11,405.07 1,233.67 0.00 8,899.66 0.00 21,538.40

Jumlah 20021 200,637.08 34,568.17 19,037.00 61,181.27 0.00 315,423.53 (16,875.08)

/ (5.3%) 20122 168,239.31 31,566.19 18,610.00 79,613.33 519.62 298,548.45

Sumber: 1 = Laporan Pemeriksaan Rancangan Struktur Negeri Selangor 2020. 2 = Kajian Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035

a) Kelapa Sawit

Tanaman kelapa sawit merupakan tanaman utama di Malaysia dan Negeri Selangor. Menurut catatan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (2012), Negeri Selangor mempunyai kawasan seluas 129,000 hektar yang ditanam dengan kelapa sawit pada tahun 2010. Daripada keluasan ini, pengusaha terbesar adalah sektor perladangan (80,264 hektar), diikuti oleh pekebun kecil (33,880 hektar), FELDA (6,122 hektar), FELCRA (3,712 hektar), Agensi Negeri (1,530 hektar) dan RISDA (3,492 hektar). Dari segi agihan mengikut daerah, Daerah Kuala Langat mempunyai kawasan tanaman kelapa sawit terbesar, iaitu seluas 34,547 hektar (27%), diikuti oleh Daerah Kuala Selangor 31,742 hektar (25%), Daerah Hulu Selangor 22,332 hektar (18%) dan Daerah Sepang 17,015 hektar (14%). Manakala daerah-daerah lain hanya mempunyai kawasan tanaman kelapa sawit yang kurang daripada 10,000 hektar.

Page 6: B3#:#PERTANIAN,#PERHUTANAN## …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan...tanaman kelapa sawit yang kurang daripada 10,000 hektar. LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan
Page 7: B3#:#PERTANIAN,#PERHUTANAN## …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan...tanaman kelapa sawit yang kurang daripada 10,000 hektar. LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan

LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan Perlombongan

B3-5

Dari segi produktiviti, catatan purata hasil tertinggi adalah di Daerah Kuala Selangor (24.34 tan/hektar/tahun), diikuti oleh Daerah Kuala Langat (22.54 tan/hektar/tahun), Daerah Petaling (21.66 tan/hektar/tahun) dan Daerah Sabak Bernam (19.93 tan/hektar/tahun). Daerah-daerah lain mengeluarkan hasil purata kurang dari 20 tan/hektar/tahun. Dari segi purata hasil negeri, catatan hasil tahun 2010 pada kadar 20.45 tan/hektar/tahun adalah lebih rendah berbanding dengan tahun 2009 (21.12 tan/hektar/tahun). Walau bagaimanapun, purata hasil ini adalah 2.54 tan lebih tinggi, berbanding dengan purata pengeluaran di keseluruhan kawasan Semenanjung Malaysia, iaitu 17.91 tan/hektar/tahun. b) Getah

Merujuk kepada catatan Lembaga Getah Malaysia (2012), seluas 40,204 hektar tanah pertanian telah diusahakan sebagai kawasan tanaman getah yang melibatkan semua daerah, pada tahun 2010. Daerah Hulu Selangor mencatatkan keluasan tertinggi, iaitu seluas 18,364 hektar, Daerah Hulu Langat (11,337 hektar), Daerah Sepang (3,965 hektar) dan Daerah Gombak (2,696 hektar). Manakala daerah lain masing-masing mempunyai kurang daripada 2,000 hektar dan Daerah Sabak Bernam hanya mempunyai 8 hektar. Negeri Selangor telah kehilangan seluas 22,654 hektar kawasan tanaman getah dalam masa 10 tahun kebelakangan ini, terutamanya di Daerah Hulu Langat (-6,790 hektar), Daerah Hulu Selangor (-5,658 hektar), dan Daerah Sepang (-4,393 hektar) atas faktor persaingan pembangunan perbandaran dan pertukaran jenis tanaman dari getah kepada kelapa sawit. c) Padi

Tanaman padi hanya terdapat di dua daerah, iaitu di Daerah Sabak Bernam (13,078 hektar) dan Daerah Kuala Selangor (5,532 hektar). Walau bagaimanapun, keseluruhan kawasan padi ini merupakan kawasan jelapang padi di bawah penyeliaan Integrated

Agricultural Development Area Barat Laut Selangor (IADA-BLS) yang perlu dikekalkan untuk tanaman padi sahaja. Rujuk Rajah B3.2 untuk taburan kawasan Jelapang Padi IADA-BLS. Kawasan IADA-BLS ini terbahagi kepada 8 blok pengairan dengan purata nisbah pengairan sepanjang 43 meter sehektar. Keluasan bertanam dan hasil pengeluaran mengikut blok pengairan bagi tiga musim terdekat adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual B3.2. Data ini menunjukkan bahawa purata hasil padi adalah dalam lingkungan 5.5 hingga 5.7 tan/hektar/musim. Namun, purata hasil pengeluaran padi ini masih rendah jikalau dibandingkan dengan sasaran hasil pengeluaran padi di peringkat Negara, iaitu sebanyak 10 tan/hektar/musim.

Page 8: B3#:#PERTANIAN,#PERHUTANAN## …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan...tanaman kelapa sawit yang kurang daripada 10,000 hektar. LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan

LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan Perlombongan

B3-6

Jadual B3.2: Keluasan Bertanam Dan Hasil Pengeluaran Bersih Padi Mengikut Blok Pengairan IADA Barat Laut Selangor, Musim Utama 2009/10 Hingga Musim Utama 2010/11.

Blok Pengairan

Musim Utama 2009/10

Luar Musim 2010

Musim Utama 2010/11

CHE (ha.)

Hasil Bersih (kg)

CHE (ha.)

Hasil Bersih (kg)

CHE (ha.)

Hasil Bersih (kg)

Sawah Sempadan 2,304 11,955,456 2,304 11,036,160 2,304 14,330,880 Sg. Burong 3,281 20,526,298 3,281 19,591,897 3,281 18,716,733 Jum. Kecil 5,585 32,481,754 5,585 30,628,057 5,585 33,047,613

Sekinchan 1,830 14,852,280 1,830 15,514,740 1,830 14,312,430 Sg. Leman 2,137 15,179,111 1,936 12,427,184 2,137 13,578,498 Pasir Panjang 1,609 9,165,618 1,650 9,496,932 1,641 9,265,856 Sg. Nipah 1,832 9,218,624 1,832 8,542,616 1,832 8,582,290 Panchang Bedena 3,080 14,469,840 3,184 15,292,752 3,080 16,354,800 Bg. Terap 2,367 11,536,919 2,726 11,489,967 2,624 12,872,049 Jum. Kecil 12,855 74,422,392 13,158 72,764,191 13,144 74,966,553

Jum. Keseluruhan 18,440 106,904,146 18,743 103,392,248 18,729 108,014,166 Purata Hasil (tan/hektar/musim)

5.797 5.516 5.767

Sumber: Jabatan Pertanian Malaysia (2013).

Merujuk kepada Dasar Jaminan Bekalan Makanan, terdapat satu program pembangunan aktiviti tanaman padi yang telah dipertanggungjawabkan oleh KPIAT kepada Jabatan Pertanian Malaysia untuk pelaksanaannya, iaitu “Projek Perataan Sawah” yang merangkumi kawasan jelapang padi atau luar jelapang padi. Usaha ini adalah untuk memastikan supaya pengagihan air di dalam sawah yang lebih cekap serta seragam dan seterusnya meningkatkan hasil padi.

Page 9: B3#:#PERTANIAN,#PERHUTANAN## …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan...tanaman kelapa sawit yang kurang daripada 10,000 hektar. LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan
Page 10: B3#:#PERTANIAN,#PERHUTANAN## …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan...tanaman kelapa sawit yang kurang daripada 10,000 hektar. LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan

LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan Perlombongan

B3-8

d) Lain-lain Tanaman

Lain-lain tanaman terdiri daripada tanaman selain dari kelapa sawit, getah dan padi. Berlandaskan objektif Dasar Jaminan Bekalan Makanan, program-program yang telah dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Pertanian Malaysia untuk pelaksanaannya dalam aktiviti lain-lain tanaman adalah seperti : � Program pembangunan tanah terbiar. � Program Bumi Hijau. � Pemberian insentif. Untuk program pemberian insentif, ia adalah bertujuan untuk meringankan bebanan petani dan seterusnya menggalakkan peningkatan pengeluaran makanan yang merangkumi sayur-sayuran dan buah-buahan. Dari segi insentif, kadar sebanyak RM81 dan RM78 per tan akan diberikan kepada komoditi sayur-sayuran dan buah-buahan. Menurut catatan Jabatan Pertanian Malaysia sehingga Julai 2010, seramai 2,638 orang pengusaha tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan di Negeri Selangor telah diberikan insentif ini, iaitu dengan anggaran jumlah pemberian sebanyak RM9.09 juta. � Buah-buahan

Merujuk kepada “Perangkaan Tanaman Buah-buahan Malaysia, 2009 (edisi ke-2)”, keluasan bertanam buah-buahan di keseluruhan Negeri Selangor pada tahun 2009 adalah seluas 6,896 hektar dan mengeluarkan hasil sebanyak 62,441 tan. Pada tahun 2010, catatan Jabatan Pertanian Negeri Selangor menunjukkan bahawa keluasan bertanam buah-buahan di Negeri Selangor telah meningkat kepada 7,518 hektar dan mendatangkan hasil tanaman sebanyak 115,655 tan. Daerah Hulu Selangor mencatatkan kawasan bertanam buah-buahan seluas 1.965 hektar, diikuti oleh Daerah Kuala Langat (1,590 hektar), Daerah Sabak Bernam (1,023 hektar), Daerah Gombak 988 hektar), serta lain-lain daerah yang mempunyai keluasan bertanam buah kurang daripada 900 hektar. � Sayur-sayuran

Bagi tanaman sayur-sayuran jumlah keluasan bertanam sayur-sayuran adalah 2,334.11 hektar dengan pengeluaran sebanyak 62,440.8 tan. Hulu Selangor merupakan daerah paling luas bertanam sayur, iaitu 1,295 hektar, diikuti oleh Kuala Langat (341 hektar), Sabak Bernam (231 hektar) dan Gombak (152 hektar).

Page 11: B3#:#PERTANIAN,#PERHUTANAN## …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan...tanaman kelapa sawit yang kurang daripada 10,000 hektar. LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan

LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan Perlombongan

B3-9

� Herba

Merujuk kepada “Perangkaan Tanaman Industri dan Herba Malaysia, 2009 (edisi ke-2)”, kawasan bertanam seluas 3.9 hektar sahaja yang dicatatkan untuk tanaman herba di Negeri Selangor, iaitu hanya diusahakan di Daerah Kuala Selangor dan Daerah Kuala Langat. Oleh itu, hasil pengeluaran yang dicatatkan juga hanya sebanyak 36 tan. Manakala untuk tahun 2010, catatan Jabatan Pertanian Negeri Selangor menunjukkan bahawa hanya 0.1 hektar kawasan bertanam Misai Kucing yang diusahakan di Daerah Gombak dengan hasil pengeluarannya sebanyak 1.2 tan. � Tanaman Industri

Tanaman kelapa merupakan tanaman yang paling popular selepas kelapa sawit, getah dan padi. Merujuk kepada “Perangkaan Tanaman Industri dan Herba Malaysia, 2009 (edisi ke-2)”, jumlah keluasan bertanam kelapa di Negeri Selangor adalah 14,373 hektar dengan catatan hasil pengeluaran sebanyak 93,355 tan. Manakala tanaman teh dan kopi hanya diusahakan di Daerah Kuala Langat sahaja dengan masing-masing mencatatkan keluasan bertanam seluas 212 hektar dan 150 hektar serta mengeluarkan hasil sebanyak 1,275 tan dan 115 tan. Pada tahun 2010, Jabatan Pertanian Negeri Selangor telah melaporkan terdapatnya pengurangan kawasan bertanam kelapa sebanyak 26% kepada 10,624 hektar, berbanding dengan tahun 2009. Namun, dari segi hasil pengeluarannya, ia telah meningkat kepada 151,221 tan. Untuk tanaman kopi, sebanyak 275 tan hasil tanaman telah dicatatkan, iaitu diusahakan di Daerah Kuala Langat (59 hektar) dan Daerah Sepang (18 hektar). Manakala tanaman teh hanya diusahakan di Daerah Kuala Langat dengan keluasan bertanam 212 hektar dan mengeluarkan hasil sebanyak 1,275 tan. � Bunga-bungaan

Untuk bunga-bungaan, keluasan bertanamnya telah meningkat sebanyak 1.1%, iaitu dari 263 hektar (2009) kepada 266 hektar (2010), seperti yang dilaporkan dalam “Perangkaan Agro Makanan 2011”. Berikutan dengan ini, hasil pengeluarannya juga meningkat dari 52,943,303 keratan kepada 53,474,060 keratan.

Page 12: B3#:#PERTANIAN,#PERHUTANAN## …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan...tanaman kelapa sawit yang kurang daripada 10,000 hektar. LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan

LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan Perlombongan

B3-10

e) Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) merupakan antara program yang dirangka bawah Dasar Jaminan Bekalan Makanan untuk pelaksanaan Jabatan Pertanian Malaysia. Merujuk kepada catatan Jabatan Pertanian Negeri Selangor, sebanyak 13 projek TKPM telah dibangunkan di sekitar Negeri Selangor dengan melibatkan kawasan Projek Taman Kekal Pengeluaran pembangunan seluas 1,086 hektar serta Sumber: www.sayangsabah.com

368 orang peserta (rujuk Jadual B3.3). Daripada jumlah keluasan pembangunan ini, sebanyak 46% adalah dibangunkan di Daerah Sepang, diikuti oleh 21.7% di Daerah Kuala Langat, 10.7% di Daerah Hulu Selangor, sementara hanya 8 hektar (0.7%) di Daerah Petaling. Di antara tanaman utama yang diusahakan adalah ubi kayu, keledek, sayuran, betik dan sebagainya. Manakala pembangunan di TKPM Bestari Jaya dan TKPM Bukit Changgang telah diintegrasikan dengan aktiviti penternakan, seperti ternakan ayam.

Jadual B3.3: Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Di Negeri

Selangor Mengikut Daerah, Tahun 2010.

Daerah Nama TKPM Keluasan

(ha.) Bil. Peserta Tanaman Utama

Kuala Selangor Bestari Jaya 57 22 Sayuran, melon, ternakan Hulu Selangor Hulu Yam 116 34 Sayuran daun

Hulu Langat Semenyih 36 8 Betik, belimbing, jambu

batu Batang Si 60 12 Betik, belimbing

Petaling Serdang 5 10 Melon Siswazah 3 - -

Kuala Langat Bkt. Changang 36 14 Orkid, sayuran, ternakan Sg. Kelambu 80 18 Nanas, ubi kayu Kundang 120 41 Ubi kayu, keledek

Sepang Sg. Blankan 400 151 Ubi kayu, keledek, sayuran Ulu Chuchoh 100 21 Keledek, sayuran

Sabak Bernam Sg. Panjang 23 5 Kelapa Gombak Batu Arang 50 32 Nangka Jumlah (N.Selangor) 1,086 368 - Jumlah (Sem. Malaysia) 4,374 913 -

Sumber: Jabatan Pertanian (2013).

Sebagai rumusannya, aktiviti tanaman di Negeri Selangor masih berpotensi untuk mempertingkatkan produktivitinya. Antaranya seperti penggunaan varieti terpilih, penambahbaikan dan penggunaan teknologi baru, serta penyatuan tanah pertanian dan pengurusan secara estet, terutamanya untuk tanaman padi dan lain-lain tanaman. Pelaksanaan usaha pembangunan ini dijangka akan meningkatkan produktiviti tanaman, contohnya, produktiviti kelapa sawit kepada 30 tan per hektar per tahun, produktiviti

Page 13: B3#:#PERTANIAN,#PERHUTANAN## …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan...tanaman kelapa sawit yang kurang daripada 10,000 hektar. LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan

LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan Perlombongan

B3-11

getah kepada 1,800 kg per hektar per tahun dan produktiviti padi kepada 10 tan per

hektar per musim.

ii. Sub-sektor Penternakan

Secara amnya, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) telah merangka Program

Transformasi Usahawan Sektor Ternakan (TRUST) di bawah Dasar Jaminan Bekalan

Makanan (DJBM) untuk membantu para penternak lembu, terutamanya penternak

lembu secara integrasi yang berdaya maju bagi mengeluarkan daging untuk keperluan

tempatan. Merujuk kepada data JPV Negeri Selangor, ternakan lembu telah diternak di

Selangor, khususnya di Daerah Kuala Selangor. Komposisi ternakan tertinggi adalah

ternakan ayam diikuti oleh ternakan khinzir, kambing, itik, bebiri dan kerbau. Walau

bagaimanapun, catatan jumlah ternakan di keseluruhan kawasan Negeri Selangor telah

meningkat berbanding dengan tahun 2000.

Penternakan kambing menerusi sistem kandang (Daerah Sepang) dan penternakan lembu secara

integrasi (Daerah Kuala Selangor). Sumber:

http://ww1.utusan.com.my/pix/2012/1022/Utusan_Malaysia/Agrobiz/ag_01.1.jpg

Pada keseluruhannya, bilangan ternakan telah bertambah dalam masa 12 tahun

kebelakangan ini, melainkan ternakan itik dan bebiri. Dari segi daerah pula, Daerah

Gombak, Klang dan Petaling masing-masing mengalami pengurangan bilangan ternakan.

Sehingga tahun unjuran 2035, bagi ternakan ayam, lembu, dan kambing perlu ditetapkan

di lokasi yang bersesuaian dan menggunakan ternakan moden yang tidak mencemarkan.

Bagi ternakan khinzir adalah tertakluk kepada kajian terperinci dan mematuhi dasar

‘Modern Pig Farming’ yang telah dipersetujui di kawasan yang ditentukan oleh Pihak

Berkuasa Negeri

Page 14: B3#:#PERTANIAN,#PERHUTANAN## …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan...tanaman kelapa sawit yang kurang daripada 10,000 hektar. LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan

LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan Perlombongan

B3-12

a) Penternakan Burung Walit

Merujuk kepada Dasar Agromakanan (DAM) 2011-2020, aktiviti penternakan burung walit telah dikenal pasti sebagai antara industri bernilai tinggi yang berpotensi untuk terus berkembang dan menjana sumber pendapatan baru kepada Negara. Oleh itu, aktiviti ini dijangka akan bertumbuh pada kadar sekurang-kurangnya 10% setahun. Di samping itu, aktiviti ini turut dikenal pasti Penternakan Burung Walit

sebagai salah satu daripada 16 ‘Entry Point Sumber: forum.putera.com

Projects’ (EPP) bagi sektor pertanian dan dijangka akan memberi peluang pekerjaan kepada 20,800 orang pada tahun 2020 dengan pengeluaran sebanyak 870 tan serta mengawal 40% daripada pasaran dunia. Untuk memastikan pembangunan industri dapat dilaksanakan secara teratur dan terancang, “Garis Panduan Pembangunan Industri Burung Walit (1GP), 2011” telah dirangka. Selain itu, “Peraturan Pelesenan Premis (Seksyen 107 dan 110)”, “Kaedah-kaedah Binatang (Pendaftaran Premis bagi Burung Walit) 2010” dan “Aduan Ajuk Bunyi/ Kacau Ganggu” turut merupakan antara panduan utama yang perlu dipatuhi oleh para penternak supaya mencapai objektif Amalan Baik Penternakan Haiwan dan mesra alam. Berdasarkan catatan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor, terdapat seramai 425 orang penternak/pengusaha yang beroperasi di sekitar kawasan Negeri Selangor, iaitu 7.2% daripada jumlah penternak di Semenanjung Malaysia (5,868 orang) pada tahun 2010. Daerah yang paling banyak menternak burung walit adalah Daerah Sabak Bernam dengan melibatkan 60.7% atau 258 orang daripada jumlah pengusaha di Negeri Selangor, diikuti oleh Daerah Kuala Selangor (12% atau 51 orang) dan Daerah Kuala Langat (6.6% atau 28 orang). Daerah yang paling sedikit penyertaan di bidang ini adalah Daerah Petaling yang hanya melibatkan 0.7% atau 3 orang penternak. Jumlah premis ternakan burung walit adalah 413 buah, iaitu 273 premis di kawasan kedai dan 140 premis sesebuah. Untuk memproses pengeluaran sarang burung ini, sebanyak 10 premis pemprosesan telah dibangunkan. b) Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (Ternakan)

Di Negeri Selangor, terdapat sebanyak 10 projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan untuk Ternakan (TKPM-Ternakan) telah dibangunkan dengan melibatkan kawasan seluas 622 hektar dan penternak seramai 23 orang. Daripada jumlah ini, kawasan seluas 449.7 hektar atau enam (6) projek ini adalah di Daerah Hulu Selangor, diikuti oleh 22.3% di Daerah Sepang dan 5.4% di Daerah Hulu Langat (rujuk Jadual B3.4).

Page 15: B3#:#PERTANIAN,#PERHUTANAN## …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan...tanaman kelapa sawit yang kurang daripada 10,000 hektar. LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan

LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan Perlombongan

B3-13

Jadual B3.4: Perincian Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM-

Ternakan) Di Negeri Selangor Mengikut Daerah, Tahun 2011.

Daerah Nama TKPM Jenis Ternakan Keluasan (ha.)

Bil. Pesert

a

Hulu Selangor

Hulu Bernam (Lot 8109)

Menanam rumput untuk ternakan 17.80 1

Sg. Nilam (Lot 8110 dan 8111)

Lembu tenusu, kambing, rusa 248.11 6

Lubok Nibong (Lot 4044) - 37.84 -

Sg. Jang (Lot 931 dan 1150) Ayam 48.08 5

Buloh Telor (Lot 30.04) Lembu pedaging 30.04 3

Sg. Tamu (Lot 2425) Lembu tenusu, kambing 67.84 3

Hulu Langat Semenyih Lembu tenusu 33.87 3

Sepang Jenderam Hulu - 38.41 - Hulu Teris Lembu fidlot, ayam pedaging 100.00 2

Jumlah 621.99 23 Sumber: Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor (2012).

Untuk sub-sektor penternakan haiwan, ia berpotensi untuk berkembang lebih maju dengan memastikan supaya aktiviti ini dijalankan secara berskala komersial. Sebagai contoh, bilangan ternakan ayam mestilah sekurang-kurangnya 30,000 ekor bagi setiap pusingan. Selain itu, pembangunan aktiviti penternakan secara mesra alam seperti penggunaan Sistem Reban Tertutup turut dijangka akan meningkatkan produktiviti ternakan ayam, di samping bertujuan untuk memelihara kualiti alam sekitar. iii. Sub-sektor Perikanan

Sub-sektor perikanan terbahagi kepada tiga (3) aktiviti utama, iaitu perikanan laut, perikanan darat dan akuakultur. a) Perikanan Laut

� Pendaratan Ikan Laut

Perikanan laut adalah merujuk kepada aktiviti penangkapan, pemungutan dan pembiakan hidupan laut daripada lautan dan pinggir pantai atas tujuan komersial dan untuk kegunaan sendiri. Ia boleh terbahagi kepada perikanan laut dalam di mana zon penangkapan ikannya melebihi 30 km dari pantai, serta perikanan pesisir pantai dengan zon penangkapan ikannya tidak lebih dari 30 km dari pantai.

Page 16: B3#:#PERTANIAN,#PERHUTANAN## …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan...tanaman kelapa sawit yang kurang daripada 10,000 hektar. LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan

LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan Perlombongan

B3-14

Selepas Negeri Perak dan Negeri Sabah, jumlah pendaratan ikan laut di Negeri Selangor adalah ketiga tertinggi di Malaysia pada tahun 2010, iaitu dengan mencatatkan hasil sebanyak 144,440 tan atau 13.1% daripada jumlah pendaratan ikan laut di Malaysia yang bernilai RM509.47 juta. Berbanding dengan tahun 2000, jumlah pendaratan di Negeri Selangor ini telah meningkat sebanyak 6.4%, iaitu daripada 135,759 tan kepada 144,440 tan (rujuk Jadual B 3.5). Pertambahan yang ketara adalah pendaratan di Daerah Kuala Selangor yang meningkat sebanyak 142.4%. Pendaratan di Daerah Sabak Bernam adalah hampir sama, manakala pendaratan bagi Daerah Klang dan Kuala Langat/Sepang adalah berkurangan. Secara keseluruhannya, Daerah Sabak Bernam merupakan penyumbang utama kepada catatan pendaratan ikan laut di Negeri Selangor dengan jumlah pendaratannya sebanyak 48% daripada jumlah pendaratan negeri, diikuti oleh Daerah Kuala Selangor (33%), Daerah Klang (16%) dan Daerah Kuala Langat/Sepang (3%). Jadual B3.5: Pendaratan Ikan Laut di Negeri Selangor Mengikut Daerah, Tahun

2000 Dan 2010.

Daerah Pendaratan (2000)1 Pendaratan (2010)2 Beza (2010 – 2000) Jumlah

(tan) Nilai

(RM ‘000) Jumlah

(tan) Nilai

(RM ‘000) Jumlah

(tan) Nilai

(RM ‘000) Sabak Bernam 69,744.6 206,618.6 69,805.6 246,221.3 61.0 39,602.7 Kuala Selangor 19,516.8 58,038.2 47,301.6 166,844.2 27,784.7 108,806.0 Klang 40,520.6 119,639.1 23,062.8 81,348.1 (17,457.8) (38,291.0) Kuala Langat/ Sepang 5,977.1 18,336.1 4,269.5 15,059.6 (1,707.6) (3,276.5)

Jum. N. Selangor 135,759.1 402,632.0 144,439.5 509,473.2 8,680.4 106,841.2 Jum. Malaysia 933,893.0 3,139,761.6 1,102,275.0 5,217,847.4 168,382.0 2,078,085.8 % Bandingan 14.5 12.8 13.1 9.8 5.2 5.1

Sumber: 1 = Laporan Pemeriksaan Rancangan Struktur Negeri Selangor 2020. 2 = Jabatan Perikanan Negeri Selangor (2012).

Pada tahun 2011, catatan daripada Jabatan Perikanan Negeri Selangor menunjukkan bahawa jumlah pendaratan ikan laut di Negeri Selangor telah merosot sebanyak 36,475 tan atau 25.3% kepada 107,965 tan, berbanding dengan tahun 2010. Kemerosotan ini berlaku di setiap daerah, terutamanya di Daerah Sabak Bernam yang berkurangan sebanyak 20,985 tan, Daerah Kuala Selangor (-18,544 tan) dan Daerah Kuala Langat/ Sepang (-709.6 tan). Manakala pendaratan di Daerah Klang telah meningkat sebanyak 3,764 tan kepada 26,826 tan.

Page 17: B3#:#PERTANIAN,#PERHUTANAN## …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan...tanaman kelapa sawit yang kurang daripada 10,000 hektar. LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan

LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan Perlombongan

B3-15

Jadual B3.6: Pendaratan Ikan Laut di Negeri Selangor Mengikut Daerah, Tahun

2011.

Kateogri Daerah

Jumlah Kuala Selangor

Sabak Bernam

Klang Kuala Langat/

Sepang Pendaratan (tan) 28,757.8 48,820.8 26,826.4 3,559.9 107,964.9

Sumber: Jabatan Perikanan Negeri Selangor (2012).

� Vesel dan Perkakas Menangkap Ikan

Untuk menjalankan aktiviti tangkapan laut, sebanyak 4,197 buah vesel menangkap ikan telah digunakan dalam tahun 2010. Vesel berjentera sangkut merupakan vesel terbanyak dipakai (61.6%), vesel tidak berjentera (1.2%). Bilangan vesel di Negeri Selangor ini adalah 13.3% daripada keseluruhan vesel di Semenanjung Malaysia. Aktiviti Perikanan Di Laut

Sumber: bm.selangorku.com Vesel berjentera dalam boleh terbahagi kepada

8 kategori mengikut saiz vesel. Kategori vesel yang paling banyak digunakan adalah jenis 5-9.9 GRT (679 buah), diikuti oleh vesel 25-39.9 GRT (214 buah), 15-19.9 GRT (183 buah), 10-14.9 GRT (172 buah), 20-24.9 GRT (162 buah), 40-69.9 GRT (134 buah), 0-4.9 GRT (12 buah) dan 70 GRT ke atas sebanyak 5 buah. Kawasan penangkapan laut pula terbahagi kepada empat (4) zon, iaitu Zon A, Zon B, Zon C dan Zon C2. Sebagai perinciannya, 1,046 buah vesel atau 67% adalah beroperasi dalam Zon A, diikuti oleh 376 buah vesel (24.1%) di Zon B, 134 buah (8.6%) di Zon C dan hanya 5 buah (0.3%) di Zon C2 (rujuk Jadual B3.7). Jadual B3.7: Bilangan Vesel Penangkapan Ikan Berjentera Dalam Mengikut

Kelas Muatan, Tahun 2000 Dan 2010.

Tahun

Vesel Berjentera Dalam

Jumlah Zon A (0-3 Bn)

Zon B (3-12 Bn)

Zon C (12-30 Bn)

Zon C2 (>30 Bn)

0 – 4.9 GRT

5 – 9.9 GRT

10 – 14.9 GRT

15 – 19.9 GRT

20 – 24.9 GRT

25 – 39.9 GRT

40 – 69.9 GRT

70 GRT ke atas

2000 54 867 178 200 140 184 126 2 1,751 2010 12 679 172 183 162 214 134 5 1,561 Beza (42) (188) (6) (17) 22 30 8 3 (190)

Nota: GRT = Gross Registered Tonnage; Bn = Batu nautikal Zon A = 0–19.9 GRT; Zon B = 20–39.9 GRT; Zon C = 40–69.9 GRT; Zon C2 = 70 GRT ke atas

Sumber: Jabatan Perikanan Negeri Selangor (2012).

Page 18: B3#:#PERTANIAN,#PERHUTANAN## …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan...tanaman kelapa sawit yang kurang daripada 10,000 hektar. LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan

LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan Perlombongan

B3-16

� Unjam dan Infrastruktur Sokongan

Sebagai langkah untuk meningkatkan hasil tangkapan laut, tapak unjam telah dibuat di sekitar kawasan perairan Negeri Selangor dengan menggunakan bahan-bahan seperti kuboid, silinder, tayar, platform, spun pile, beacon dan rumpai laut. Di antara bahan-bahan ini, kuboid merupakan bahan unjam yang paling banyak digunakan, iaitu 82.7% atau 30,532 buah daripada jumlah keseluruhan bahan unjam (36,928 buah). Kebanyakan dari unjam ini dilabuhkan di kawasan perairan Bagan Nakhoda Omar (4,830 buah) dan 2,700 buah di kawasan perairan Simpang Lima dan Parit 3 Sungai Burong. Ini diikuti oleh penggunaan 3,500 buah tayar sebagai bahan unjam, iaitu di kawasan perairan Daerah Sabak Bernam dan Daerah Kuala Selangor, serta rumpai laut di kawasan perairan Morib dan Sepang Kecil. Rujuk Jadual B3.8 untuk perincian jenis unjam yang dilabuhkan di kawasan perairan Negeri Selangor sehingga tahun 2011, serta Rajah B3.4 untuk taburan lokasi unjam dan jeti/pangkalan nelayan.

Jadual B3.8: Unjam di Perairan Negeri Selangor, Sehingga Tahun 2011.

Daerah Kawasan Perairan

Jenis Bahan

Kuboid S’der Tayar Platform Spun Pile

Lain-lain

Sabak Bernam

Bg. Nak. Omar 4,830 - 1,500 100 12 -

Sg. Nibong 2,690 951 1,000 - - - Sg. Burong 1,290 - - 50 18 - Simpang Lima 2,700 - - 100 12 -

Sg. Hj. Dorani 1,290 - - 50 18 -

Kuala Selangor

Sg. Burong 2,137 280 1,000 - - - Tg. Karang 900 300 - - - - Pulau Jemor 1,686 - - - - - Sg. Burong 2,700 - - 100 12 -

Klang Teluk Gong 1,650 120 - - - - Alor Cik Minah 1,286 - - - - -

Kuala Langat

Sg. Kundang 360 - - - - Kelanang 1,700 - - - - -

Morib 1,258 - - - - Rum. laut

Sepang

Bg. Lalang 2,572 360 - 50 - Beacon Sepang Besar 900 - - - - -

Sepang Kecil 943 - - - - Rum. laut

Jumlah 30,532 2,371 3,500 450 72 - Sumber: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Negeri Selangor (2012).

Page 19: B3#:#PERTANIAN,#PERHUTANAN## …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan...tanaman kelapa sawit yang kurang daripada 10,000 hektar. LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan

LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan Perlombongan

B3-17

b) Perikanan Darat

Perikanan darat merujuk kepada aktiviti penangkapan, pemungutan hidupan sungai daripada perairan pedalaman (sungai, tasik, kolam) atas tujuan komersial dan untuk kegunaan sendiri dengan menggunakan jala dan pancing, tetapi bukan untuk rekreasi. Berbanding dengan tangkapan laut, hasil penangkapan ikan di sungai, tasik, kolam bekas lombong, empangan, adalah jauh lebih rendah. Pada tahun 2010, hanya 273 tan pendaratan ikan darat yang dicatatkan, berbanding dengan 144,440 tan pendaratan ikan laut (0.19%). Kebanyakan hasil tangkapan ini adalah dari kolam bekas lombong, iaitu 46.6% atau 127.28 tan, diikuti oleh hasil tangkapan di aliran sungai (18.5%), empangan (4.9%), tasik (0.3%) serta lain-lain badan air umum sebanyak 29.6%. Jadual B3.9: Hasil Pendaratan di Perairan Umum Negeri Selangor Mengikut

Tempat Tangkapan dan Daerah, Tahun 2010 dan 2011.

Daerah Tahun

Hasil Pendaratan Perairan Umum (kg)

Jumlah Sungai

Kolam Bekas

Lombong Empangan Tasik

Lain-lain

Sabak Bernam

2010 11,600 0 0 0 9,250 20,850 2011 8,700 0 0 0 9,600 18,300 Beza (2,900) 0 0 0 350 (2,550)

Kuala Selangor

2010 18,000 98,870 0 0 70,860 187,730 2011 39,270 88,080 0 0 79,200 206,550 Beza 21,270 (10,790) 0 0 8,340 18,820

Hulu Selangor

2010 7,400 5,010 0 0 0 12,410 2011 20,060 5,260 0 0 0 25,320 Beza 12,660 250 0 0 0 12,910

Gombak 2010 609 2,768 1,134 0 0 4,511 2011 1,442 7,427 1,743 25 0 10,637 Beza 833 4,659 609 25 0 6,126

Hulu Langat

2010 8,290 17,420 11,273 0 0 36,983 2011 10,115 18,760 11,340 0 0 40,215 Beza 1,825 1,340 67 0 0 3,232

Petaling 2010 794 1,467 1,011 275 0 3,547 2011 1,862 1,428 1,523 1,037 0 5,850 Beza 1,068 (39) 512 762 0 2,303

Kuala Langat

2010 3,769 1,695 0 490 796 6,750 2011 8,110 1,620 0 600 2,590 12,920 Beza 4,341 (75) 0 110 1,794 6,170

Sepang 2010 94 51 0 80 25 250 2011 236 31 8 149 55 479 Beza 142 (20) 8 69 30 229

Jumlah 2010 50,556 127,281 13,418 845 80,931 273,031 2011 89,795 122,606 14,614 1,811 91,445 320,271

Beza 39,239 (4,675) 1,196 966 10,514 47,240 Sumber: Jabatan Perikanan Negeri Selangor (2012).

Page 20: B3#:#PERTANIAN,#PERHUTANAN## …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan...tanaman kelapa sawit yang kurang daripada 10,000 hektar. LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan

LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan Perlombongan

B3-18

Pada tahun 2011, jumlah hasil tangkapan di perairan umum telah meningkat sebanyak 17.3% kepada 320.27 tan. Perbandingan mengikut daerah mendapati bahawa Daerah Kuala Selangor telah mencatatkan hasil tangkapan ikan darat tertinggi, iaitu sebanyak 64.5% atau 206.55 tan daripada jumlah hasil tangkapan di perairan umum pada tahun 2011. Sementara Daerah Hulu Langat telah mencatatkan kedudukan kedua tertinggi dengan hasil pendaratan sebanyak 12.6% atau 40.2 tan. Ini diikuti oleh Daerah Hulu Selangor (7.9%), Daerah Sabak Bernam (5.7%), Daerah Kuala Langat (4%), Daerah Gombak (3.3%), Daerah Petaling (1.8%) serta Daerah Sepang (0.1%). Rujuk Jadual B3.9 untuk perincian. c) Akuakultur

Secara amnya, aktiviti akuakultur dijalankan di kawasan perairan air tawar, air masin dan air payau. Sistem ternakan yang digunakan terdiri daripada sistem sangkar, kolam, tangki dan kolam bekas lombong. Berlandaskan Dasar Jaminan Bekalan Makanan (DJBM), program-program yang dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Perikanan adalah merangkumi pemberian insentif galakan pengeluaran akuakultur, pembangunan kolam terbiar, program Bumi Hijau dan program peningkatan hatcheri. � Sistem Ternakan Air Tawar

Pada tahun 2010, kawasan seluas 600.56 hektar telah dibangunkan oleh 474 orang penternak ikan air tawar. Keluasan kawasan perusahaan ini telah menunjukkan peningkatan keluasan kawasan sebanyak 18.5% atau 93.81 hektar berbanding dengan tahun 2000. Walau bagaimanapun, bilangan penternak telah berkurangan sebanyak 35.7%, iaitu daripada 737 orang kepada 474 orang. Selaras dengan peningkatan keluasan kawasan, hasil ternakan telah meningkat sebanyak 126%, iaitu daripada 6,575 tan kepada 14,855 tan yang bernilai RM66.1 juta. Penyumbang utama kepada hasil pengeluaran ini adalah sistem kolam air tawar yang menghasilkan sebanyak 13,249 tan (bernilai RM58.4 juta). Ini diikuti oleh sistem tangki simen yang mengeluarkan hasil sebanyak 1,435.2 tan bernilai RM6.7 juta, sistem bekas lombong (153.65 tan) dan sistem sangkar air tawar (16.89 tan), seperti yang diperincikan dalam Jadual B3.10. Perbandingan di antara daerah menunjukkan bahawa daripada hasil ternakan sebanyak 14,855 tan bagi seluruh Negeri Selangor, Daerah Hulu Selangor mengeluarkan sebanyak 59% (8,759 tan) dengan 97.6% (8,553 tan) daripadanya merupakan hasil ternakan kolam air tawar. Sementara Daerah Gombak merupakan daerah pengeluar ikan air tawar kedua terbanyak (17.7%), diikuti Daerah Kuala Selangor, Hulu Langat, Sabak Bernam, Klang, Sepang dan Kuala Langat. Manakala Daerah Petaling hanya menyumbangkan 0.3% daripada jumlah pengeluaran ikan air tawar di Negeri Selangor.

Page 21: B3#:#PERTANIAN,#PERHUTANAN## …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan...tanaman kelapa sawit yang kurang daripada 10,000 hektar. LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan
Page 22: B3#:#PERTANIAN,#PERHUTANAN## …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan...tanaman kelapa sawit yang kurang daripada 10,000 hektar. LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan

LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan Perlombongan

B3-20

Jadual B3.10: Hasil Pengeluaran Ikan Air Tawar di Negeri Selangor Mengikut

Sistem Ternakan dan Daerah, Tahun 2000 dan 2010.

Daerah Tahun

Hasil Pengeluaran Mengikut Sistem (tan)

Jumlah Kolam Sangkar

Kolam Bekas

Lombong

Tangki Simen

Sabak Bernam

2000 145.03 - - 10.30 155.33 2010 184.24 - - - 184.24 Beza 39.21 0 0 (10.30) 28.91

Kuala Selangor

2000 295.64 16.76 1.49 2.00 315.89 2010 2,342.72 2.26 1.43 270.34 2,616.75 Beza 2,047.08 (14.5) (0.06) 269.34 2,300.86

Hulu Selangor

2000 3,720.30 0.80 25.47 10.11 3,756.68 2010 8,552.51 2.50 134.00 69.84 8,758.85 Beza 4,832.21 1.70 108.53 59.73 5,002.17

Gombak 2000 840.62 20.87 176.09 389.14 1,426.72 2010 1,776.09 - 18.22 830.82 2,625.13 Beza 935.47 (20.87) (157.87) 441.68 1,198.41

Hulu Langat

2000 635.44 5.70 154.53 11.10 806.77 2010 289.52 6.50 - 147.89 443.91 Beza (345.92) 0.80 (154.87) 136.79 (362.86)

Petaling 2000 40.56 - 9.08 - 49.64 2010 22.45 - - 22.22 44.67 Beza (18.11) 0 (9.08) 22.22 (4.97)

Klang 2000 0.48 - - 0.38 0.86 2010 28.55 - - 43.01 71.56 Beza 28.07 0 0 42.63 70.70

Kuala Langat

2000 12.99 4.64 0.15 3.29 21.07 2010 51.36 1.55 - 1.52 54.43 Beza 38.37 (3.09) (0.15) (1.77) 33.36

Sepang 2000 39.04 - 2.86 - 41.90 2010 1.57 4.08 - 49.56 55.21 Beza (37.47) 4.08 (2.86) 49.56 13.31

Jumlah 2000 5,730.10 48.77 369.67 426.32 6,574.86 2010 13,249.00 16.89 153.65 1,435.20 14,854.73 Beza 7,518.90 (31.88) (216.02) 10,088.00 8,459.88

Sumber: Jabatan Perikanan Negeri Selangor (2012). � Sistem Ternakan Air Payau Bagi aktiviti ternakan air payau, kawasan ternakan pada tahun 2010 adalah seluas 6,032.6 hektar. Berbanding dengan tahun 2000, kawasan penternakan ini telah bertambah sebanyak 4,779.3 hektar (daripada 1,253.3 hektar pada tahun 2000). Pertambahan kawasan ini sebahagian besarnya adalah daripada pertambahan kawasan ternakan kerang yang meningkat sebanyak 4,189 hektar. Selaras dengan pertambahan kawasan ternakan, jumlah penternak turut bertambah seramai 790 orang kepada 983 orang penternak (daripada 193 orang pada tahun 2000), sementara hasil pengeluaran pula telah meningkat daripada 10,881 tan kepada 53,331 tan yang bernilai RM222.6 juta. Merujuk kepada catatan Jabatan Perikanan Negeri Selangor, seperti yang ditunjukkan dalam Jadual B3.11, sistem kolam merupakan penyumbang utama kepada pencapaian ini

Page 23: B3#:#PERTANIAN,#PERHUTANAN## …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan...tanaman kelapa sawit yang kurang daripada 10,000 hektar. LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan

LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan Perlombongan

B3-21

dengan mencatatkan hasil pengeluaran sebanyak 8,610 tan yang bernilai RM124.5 juta. Ini diikuti oleh ternakan kerang yang mengeluarkan hasil sebanyak 41,410 tan bernilai RM51.7 juta dan sistem sangkar air payau (3,311 tan bernilai RM44.6 juta). Jadual B3.11: Akuakultur Air Payau di Negeri Selangor, Tahun 2000 dan 2010.

Sistem Tahun Kategori

Bil. (buah) Luas (ha.) Penternak Hasil (tan) Nilai (RM’000)

Kolam 2000 586 287.49 134 1,567.66 40,942.58 2010 1,555 868.60 153 8,609.89 124,523.07 Beza 969 581.11 19 7,042.25 83,596.67

Sangkar 2000 6,939 11.75 34 1,828.12 17,445.75 2010 10,951 20.80 41 3,310.71 44,603.88 Beza 4,012 9.05 7 1,329.54 28,794.58

Kerang 2000 25 954.07 25 7,484.75 6,436.89 2010 104 5,143.20 789 41,410.06 51,762.57 Beza 79 4,189.13 764 33,925.31 45,429.21

Jumlah 2000 7,550 1,253.31 193 10,880.53 64,825.22 2010 12,610 6,032.60 983 53,330.66 222,645.68 Beza 5,060 4,779.29 790 42,450.13 157,820.46

Sumber: Jabatan Perikanan Negeri Selangor (2012). Merujuk kepada Jadual B3.12, akuakultur air payau hanya dijalankan di Daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang. Daerah Kuala Selangor merupakan daerah yang mengeluarkan hasil ternakan air payau tertinggi, iaitu sebanyak 27,514.1 tan atau 51.6% daripada jumlah hasil ternakan air payau, terutamanya ternakan kerang yang mencatatkan hasil sebanyak 21,345 tan. Ini diikuti oleh Daerah Sabak Bernam yang menghasilkan 37.2% daripada jumlah hasil ternakan negeri dengan 97.4% atau 19,316 tan daripadanya merupakan hasil ternakan kerang. Sementara Daerah Sepang, hanya mempunyai tiga orang penternak dan mengeluarkan hasil sebanyak 141.73 tan. Jadual B3.12: Hasil Pengeluaran Ikan Air Payau di Negeri Selangor Mengikut

Sistem Ternakan Dan Daerah, Tahun 2010.

Daerah Kategori Jenis Sistem/ Pengeluaran

Kolam Sangkar Kerang Dewasa

Jumlah

Sabak Bernam

Hasil (tan) 439.50 75.50 19,315.84 19,830.84 Penternak (orang) 18 3 373 394

Kuala Selangor

Hasil (tan) 6,169.08 - 21,345.00 27,514.08 Penternak (orang) 26 0 345 371

Klang Hasil (tan) - 3,229.93 749.22 3,979.15

Penternak (orang) 1 37 71 109

Kuala Langat Hasil (tan) 1,864.86 - - 1,864.86

Penternak (orang) 106 0 0 106

Sepang Hasil (tan) 136.45 5.28 - 141.73 Penternak (orang) 2 1 0 3

Jumlah Hasil (tan) 8,609.98 3,310.71 41,410.06 53,330.66

Penternak (orang) 153 41 789 983 Nilai Pengeluaran (RM’000) 124,523.07 44,603.88 51,762.57 220,889.52

Sumber: Jabatan Perikanan Negeri Selangor (2012).

Page 24: B3#:#PERTANIAN,#PERHUTANAN## …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan...tanaman kelapa sawit yang kurang daripada 10,000 hektar. LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan

LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan Perlombongan

B3-22

� Ikan Hiasan Pada tahun 2010, sebanyak 7.38 juta ekor ikan hiasan yang bernilai RM24.3 juta telah dikeluarkan oleh penternak di Negeri Selangor. Catatan pengeluaran ini menunjukkan peningkatan sebanyak 95%, dibandingkan dengan tahun 2000 (rujuk Jadual B3.13). Jadual B3.13: Hasil Pengeluaran Ikan Hiasan di Negeri Selangor Mengikut Jenis

Ikan, Tahun 2000 dan 2010.

Kategori 2000 2010 Beza (2010 – 2000) Bil. (ekor) % Bil. (ekor) % Bil. (ekor) %

Cyprinids Barb/ Daino/ Goldfish/ Koi

1,558,876 41.17 7,206,100 97.66 5,647,224 362.26

Cyprindontids 1,177,840 31.11 0 0 (1,177,840) (100.00) Poecilids 515,889 13.62 172,000 2.33 (343,889) (66.66) Characins 296,138 7.82 0 0 (296,138) (100.00) Cichlid 332 0.01 0 0 (332) (100.00) Lain-lain 237,325 6.27 900 0.01 (236,425) (100.00) Jumlah 3,786,400 100.00 7,379,000 100.00 3,592,600 94.88 Nilai Pengeluaran (RM) 707,114 - 24,298,191 - 23,591,077 -

Sumber: Jabatan Perikanan Negeri Selangor (2012). Merujuk kepada Jadual B3.14, penternakan ikan hiasan ini hanya diusahakan di Daerah Gombak, Kuala Selangor, Hulu Selangor, dan Hulu Langat yang melibatkan seramai 10 orang penternak dan mengeluarkan 9,149,000 ekor ikan hiasan yang bernilai RM 32.4 juta pada tahun 2011. Jumlah pengeluaran ini menunjukkan peningkatan berbanding dengan tahun 2010 dan tahun 2000. Untuk tahun 2011, Daerah Gombak merupakan pengeluar utama dengan mengeluarkan sebanyak 8.97 juta ekor (98%), diikuti oleh Daerah Kuala Selangor (1.2%) dan Daerah Hulu Selangor (0.8%). Jadual B3.14: Pengeluaran Ikan Hiasan di Negeri Selangor Mengikut Daerah,

Tahun 2010 dan 2011.

Daerah Hasil Pengeluaran dan Bil. Penternak

2010 2011

Kuala Selangor Hasil (ekor) 172,000 112,000

Penternak (orang) 2 2 Bil. Kolam (buah) 3 3

Hulu Selangor Hasil (ekor) 230,000 72,000

Penternak (orang) 1 2 Bil. Kolam (buah) 10 11

Gombak Hasil (ekor) 6,976,100 8,965,000

Penternak (orang) 5 5 Bil. Kolam (buah) 45 45

Hulu Langat Hasil (ekor) 900 TD

Penternak (orang) 1 1 Bil. Kolam (buah) 20 20

Jumlah Hasil (ekor) 7,379,000 9,149,000

Penternak (orang) 9 10 Bil. Kolam (buah) 78 79

Nilai Pengeluaran (RM) 24,298,191 32,428,700 Sumber: Jabatan Perikanan Negeri Selangor (2012).

Page 25: B3#:#PERTANIAN,#PERHUTANAN## …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan...tanaman kelapa sawit yang kurang daripada 10,000 hektar. LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan

LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan Perlombongan

B3-23

� Projek Akuakultur Berimpak Tinggi

Terdapat dua (2) projek akuakultur berimpak tinggi di Negeri Selangor, iaitu Projek Kebun Kerang dan Projek Ternakan Udang Putih Sg. Nipah, Sabak Bernam. Projek Kebun Kerang telah dizonkan di sekitar kawasan pantai Sabak Bernam – Kuala Selangor – Klang dengan anggaran kawasan seluas 5,143.2 hektar dan melibatkan seramai 789 orang penternak. Untuk Projek Ternakan Udang Putih Sg. Nipah yang mula beroperasi pada tahun 2008, ia melibatkan bilangan peserta seramai 7 orang dan kawasan seluas 28 hektar yang dibangunkan dengan 23 buah kolam ternakan bersaiz 0.5 hektar setiap satu. Setiap kolam ternakan ini mampu mengeluarkan hasil purata sebanyak lima (5) tan per kolam. � Pengeluaran Benih Ikan/Udang Swasta

Sebagai sokongan kepada aktiviti akuakultur, usaha mengeluarkan benih ikan air tawar turut dibangunkan di daerah-daerah Negeri Selangor, kecuali Daerah Petaling dan Daerah Kuala Langat. Pada tahun 2010, sebanyak 67.22 juta ekor benih ikan telah dikeluarkan. Benih ikan yang paling banyak dikeluarkan adalah benih ikan keli, iaitu sebanyak 91.6% atau 61.5 juta ekor, diikuti oleh tilapia merah (5.6%), puyu (1.2%), dan patin (1.1%). Manakala lain-lain jenis benih ikan seperti Lee koh, Sepat Siam, Baung dan Koi hanya dikeluarkan sedikit sahaja di mana setiap satu jenisnya kurang dari 1%. Dari segi agihan pengeluaran mengikut daerah, Daerah Gombak merupakan pengeluar tertinggi, iaitu sebanyak 49.8% daripada jumlah pengeluaran benih ikan air tawar di Negeri Selangor. Sementara Daerah Sepang hanya mengeluarkan 65,000 ekor atau 0.1% daripada jumlah pengeluaran negeri dan hanya benih ikan keli sahaja yang dikeluarkan. Rujuk Jadual B3.15 untuk perincian pengeluaran benih ikan air tawar di Negeri Selangor pada tahun 2010. Bagi benih ikan air payau, ia hanya diusahakan di Daerah Kuala Langat. Di antara benih ikan yang dikeluarkan adalah kerapu (40,000 ekor), siakap merah (5,000 ekor), jenahak (122.500 ekor) dan ikan merah (32,000 ekor). Jumlah pengeluaran bagi tahun 2010 adalah sebanyak 167,500 ekor. Benih udang juga dikeluarkan di Daerah Sabak Bernam, Daerah Kuala Selangor dan Daerah Kuala Langat. Benih udang harimau merupakan benih yang paling tinggi catatan pengeluarannya sebanyak 464 juta ekor atau 62.4% daripada jumlah pengeluaran benih udang. Manakala benih udang putih dan udang galah masing-masing mencatatkan kadar pengeluaran sebanyak 37.2% (276.4 juta ekor) dan 0.4% (3.5 juta ekor). Daripada ketiga-tiga daerah yang terlibat, Daerah Kuala Selangor telah mencatatkan pengeluaran

Page 26: B3#:#PERTANIAN,#PERHUTANAN## …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan...tanaman kelapa sawit yang kurang daripada 10,000 hektar. LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan

LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan Perlombongan

B3-24

tertinggi, iaitu sebanyak 81.2% atau 604 juta ekor daripada jumlah pengeluaran benih udang pada tahun 2010. Sementara Daerah Kuala Langat hanya mengeluarkan 41.9 juta ekor. Jadual B3.15: Pengeluaran Benih Ikan Air Tawar di Negeri Selangor Mengikut

Jenis Ikan dan Daerah, Tahun 2010.

Daerah

Pengeluaran (‘000 ekor)

Jumlah

Lee

Koh

Sep

at

Siam

Pat

in

Til

apia

M

erah

Kel

i

Bau

ng

Pu

yu

Koi

Sabak Bernam - 7 5 3 599 - 135 - 749 Kuala Selangor

- - - - 2,320 - 550 - 2,870

Hulu Selangor - - - 900 26,000 - - 45 26,945 Gombak 111 - 550 2,570 30,000 218 18 - 33,467 Hulu Langat - - - - 300 - - - 300 Klang - - 155 260 2,263 20 125 - 2,823 Sepang - - - - 65 - - 65 Jumlah 111 7 710 3,733 61,547 238 828 45 67,219

Sumber: Jabatan Perikanan Negeri Selangor (2012). Sebagai rumusan kepada aktiviti tangkapan laut secara khususnya, aktiviti ini berpotensi untuk terus berkembang dengan menggalakkan perletakan tukun-tukun tiruan dasar lembut bagi mempergiatkan pembiakan ikan dan memperkayakan sumber ikan laut serta menggalakkan aktiviti tangkapan ikan di laut dalam. Untuk aktiviti perikanan darat, ia boleh diperkembangkan lagi dengan adanya usaha pelepasan benih ikan ke kawasan perairan umum secara berkala bagi memperkayakan sumber perikanan di badan air umum. Manakala untuk aktiviti akuakultur, khususnya sistem ternakan sangkar di badan air umum seperti sungai menunjukkan potensi yang amat tinggi untuk terus diperkembangkan, terutamanya di kawasan air payau. Bilangan sangkar yang sedia ada boleh dipertingkatkan lagi dan seterusnya mempertingkatkan kapasiti ternakan dan produktiviti akuakultur. Begitu juga dengan aktiviti penternakan ikan hiasan yang masih boleh diperkembangkan pembangunannya dengan memperluas dan memperbanyakkan kolam-kolam ternakan sedia ada secara khususnya serta mengeluarkan jenis ikan bernilai tinggi seperti arowana.

Page 27: B3#:#PERTANIAN,#PERHUTANAN## …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan...tanaman kelapa sawit yang kurang daripada 10,000 hektar. LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan

LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan Perlombongan

B3-25

B3.1.1.2 Perhutanan Bagi sektor perhutanan, Dasar Perhutanan Negara (DPN) 1978 yang menjurus kepada pendekatan mengurus, memelihara dan membangunkan sumber hutan telah dipinda pada 19 November 1992 dan diterimapakai oleh Kerajaan Negeri Selangor. Secara amnya, pindaan ini dilakukan dengan mengambil kira pendekatan mengurus sumber hutan secara berkekalan untuk pembangunan sosio-ekonomi, pemuliharaan hutan dan menjaga kepentingan alam sekitar. Di samping DPN 1978 (Pindaan) 1992, perundangan sektor perhutanan seterusnya diperincikan menerusi penggubalan “Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985” yang membolehkan pewartaan Taman Negeri Selangor di bawah seksyen 10, serta “Enakmen Industri Berasaskan Kayu 1985” bagi menyelaraskan semua aktiviti industri berasaskan kayu di seluruh Negeri Selangor.

Taburan guna tanah hutan tertumpu di Daerah Hulu Selangor yang meliputi kawasan seluas 93,997.10 hektar (34.93%), Sabak Bernam (41,866.07 hektar (15.56%)) dan Kuala Selangor (40,124.82 hektar (14.91%)) Merujuk kepada hasil penemuan sektor guna tanah, kawasan berhutan di Negeri Selangor adalah seluas 269,121.2 hektar atau 33.82% daripada jumlah keluasan negeri. Data keluasan Hutan Simpan Kekal (HSK) oleh Jabatan Perhutanan Negeri ialah 250,128.83 hektar pada tahun 2010. Kedua-dua data ini menunjukkan terdapatnya seluas 18,992.37 hektar kawasan hutan di luar kawasan Hutan Simpan Kekal, dan kawasan ini diandaikan sebagai kawasan berhutan tanah kerajaan dan kawasan hutan bermilik. Untuk kawasan HSK, Laporan Tahunan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (2010) melaporkan bahawa kawasan HSK di Negeri Selangor telah meningkat sebanyak 3.5% atau 8,560.41 hektar, berbanding dengan tahun 2009, iaitu 241,568.3 hektar.

Page 28: B3#:#PERTANIAN,#PERHUTANAN## …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan...tanaman kelapa sawit yang kurang daripada 10,000 hektar. LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan

LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan Perlombongan

B3-26

� Industri Berasaskan Kayu

Dari segi sumbangan ekonominya, kawasan perhutanan ini telah mengeluarkan kayu balak sebanyak 6,193 m3 yang bernilai RM278,950 serta hasil hutan lain yang bernilai sebanyak RM9 juta pada tahun 2009. Pengeluaran kayu balak ini telah menjanakan pembangunan industri hiliran, iaitu sebanyak 101 buah kilang, terdiri daripada 54 buah kilang papan, 3 buah kilang papan lapis dan 44 buah kilang kayu kumai. Aktiviti pengilangan ini telah mengeluarkan hasil sebanyak 101,510 m3 kayu gergaji, 12,306 m3 papan lapis, 716 m3 venir dan 68,298 m3 kayu kumai (20093). Selain dari 101 buah kilang ini, terdapat juga sebanyak 143 buah lain-lain kilang seperti kilang perabot, kilang kayu getah, kilang pengawet kayu, kilang parket lantai, kilang kerja kayu, pertukangan dan tanggaman, kilang pallet dan pak kayu. Pada tahun 2010, kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan dasar moritorium pembalakan di mana pembalakan di kawasan HSK telah diberhentikan selama 25 tahun. Ini bermaksud bahawa Catuan Tebangan Tahunan (CTT) yang diluluskan oleh Majlis Perhutanan Negara pada tahun 2010 tidak digunapakai, iaitu 1,970 hektar untuk hutan pengeluaran dalam kawasan HSK. Oleh itu, pengusahasilan hanya boleh dijalankan di atas tanah kerajaan dan tanah bermilik. Dengan ini, pengeluaran kayu balak telah berkurangan kepada 4,333 m3 yang bernilai RM125,327, sementara hasil hutan lain telah meningkat kepada RM10.58 juta pada tahun 2010. Berikutan kesukaran untuk mendapatkan bahan mentah akibat tiada pengusahasilan dalam kawasan HSK dan pengurangan kawasan pengusahasilan di tanah kerajaan dan bermilik, data menunjukkan terdapatnya tren pengurangan dari segi bilangan kilang-kilang kayu yang beroperasi di Negeri Selangor pada tahun 2010. Berbanding dengan tahun 2009, bilangan kilang kayu telah berkurangan sebanyak 25.4% atau 64 buah kilang. Antaranya kilang papan telah berkurangan kepada 30 buah, kilang papan lapis kepada 2 buah dan kilang kayu kumai kepada 7 buah sahaja. Sehubungan dengan ini, bilangan guna tenaga juga turut berkurangan daripada 5,075 orang (2009) kepada 2,899 orang pada tahun 2010. Ini adalah disebabkan penutupan kilang-kilang berikutan faktor kekurangan bahan mentah, serta peningkatan teknologi yang mengurangkan keperluan penggunaan tenaga kerja yang ramai.

3 Laporan Tahunan Perhutanan Semenanjung Malaysia 2009.

Page 29: B3#:#PERTANIAN,#PERHUTANAN## …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan...tanaman kelapa sawit yang kurang daripada 10,000 hektar. LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan

LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan Perlombongan

B3-27

� Pengkuarian Batu Batan

Selain pengusahasilan sumber perkayuan, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor turut mengeluarkan lesen kuari kepada lapan (8) pengusaha, iaitu pengeluaran batu - batan melalui pengkuarian yang dijalankan di kawasan hutan simpan kekal di Daerah Hulu Selangor dan Selangor Tengah. Pada tahun 2010, kuari-kuari ini telah mengeluarkan hasil sebanyak 3,171,755 meter3 batu yang seterusnya menyumbangkan kepada hasil royalti, ses dan premium sebanyak RM11.2 juta (rujuk Jadual B3.16). Jadual B3.16: Aktiviti Pengkuarian Batu Batan Dalam Kawasan Hutan Simpan

Kekal di Negeri Selangor, Tahun 2010.

Kawasan Daerah Hutan Luas

(hektar) Pengeluaran

(m3)

Kompt. 8, HS Bkt. Lagong Hulu Selangor 34 255,737.17 Kompt. 9, HS Bkt. Lagong Hulu Selangor 34 495,342.49 Kompt. 9, HS Bkt. Lagong Hulu Selangor 34 765,450.12 Kompt. 9, HS Bkt. Lagong Hulu Selangor 34 198,514.53 Kompt. 10, HS Bkt. Lagong Selangor Tengah 34 490,616.31 Kompt. 10, HS Bkt. Lagong Selangor Tengah 34 273,472.03 Kompt. 8 & 9, HS Bkt. Lagong Hulu Selangor 85 409,007.34 Kompt. 11, HS Sg. Lalang Selangor Tengah 59 182,542.75 Jumlah 348 3,171,775.13

Sumber: Laporan Tahunan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor 2010.

� Eko Pelancongan

Di samping pengusahasilan sumber perhutanan dan pengkuarian, eko-pelancongan turut dijadikan sebagai antara agenda penting dalam pengurusan dan pembangunan kawasan perhutanan. Untuk itu, Bahagian Eko-pelancongan dalam Jabatan Perhutanan telah diwujudkan bagi mewujudkan dan menguruskan kawasan HSK yang bersesuaian sebagai hutan lipur atau Forest Ecological Park. Pada masa ini terdapat 10 kawasan hutan lipur di Negeri Selangor (rujuk Jadual B3.17). Antara usaha yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor adalah mewujud dan mewartakan Taman Warisan Negeri Selangor (turut dikenali sebagai Taman Negeri Selangor - TNS) pada tahun 2007 yang melibatkan kawasan hutan seluas 93,001.5 hektar di Daerah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat. . Pewartaan TNS ini menjadikannya taman ketiga terbesar di Semenanjung Malaysia, iaitu selepas Taman Negara dan Taman Negeri Royal Belum. Selain dari sumber tarikan eko-pelancongan, pewartaan taman negeri ini juga penting dari segi pemeliharaan hampir 90% daripada sumber bekalan air bersih kepada Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Page 30: B3#:#PERTANIAN,#PERHUTANAN## …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan...tanaman kelapa sawit yang kurang daripada 10,000 hektar. LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan

LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan Perlombongan

B3-28

Jadual B3.17: Senarai Hutan Lipur Yang Terdapat di Negeri Selangor.

No. Hutan Lipur HSK Tahun Ditubuhkan

Status Pengurusan

1 Air terjun Gabai HS Sungai Lalang 1990 JKKK 2 Hutan Lipur Sungai Congkak HS Hulu Langat 1992 TSSB 3 Hutan Lipur Sungai Tua HS Hulu Gombak 1992 JPNS 4 Taman Rimba Templer (Gombak) HS Hulu Gombak 1996 MPS 5 Gunung Nuang (Hulu Langat) HS Hulu Langat 1996 JPNS 6 Sungai Sendat HS Batang Kali 1991 JPNS 7 Taman Rimba Ampang (Hulu

Langat) HS Ampang, 1983 JPNS

8 Hutan Lipur Kanching (Gombak) HS Kanching dan HS Lagong 1987 TSSB

9 Hutan Lipur Sungai Tekala (Hulu Langat) HS Sungai Lalang 1982 JPNS

10 Taman Rimba Komanwel (Gombak) HS Bukit Lagong 1992 JPNS/TSSB

Nota: JKKK = Jawatankuasa Kemajuan Kampung; JPNS = Jabatan Perhutanan Negeri Selangor; TSSB = Tourism Selangor Sdn. Bhd; MPS = Majlis Perbandaran Selayang

Sumber: Laporan Tahunan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor 2010.

Sebagai rumusan kepada sektor perhutanan, walaupun hasil pengeluaran kayu telah berkurangan, namun, sektor ini masih berpotensi untuk dipertingkatkan produktiviti bahan sumber aslinya seperti Taman Negeri Selangor, hutan lipur, kuari dan ladang hutan.

B3.1.1.3 Perlombongan

Bagi sektor perlombongan, ia terdiri daripada sub-sektor perlombongan mineral yang merujuk kepada perlombongan mineral seperti emas, bijih timah, bijih besi serta pengkuarian batu seperti granit, batu kapur dan batu galian lain. i. Sumber Mineral

Sumber mineral boleh dibahagikan kepada tiga (3) iaitu mineral logam, mineral bukan logam atau mineral perindustrian, dan mineral tenaga. Rujuk Rajah B3.5 untuk Pelan Taburan Sumber Mineral di Negeri Selangor. � Mineral Logam

Mineral utama yang boleh didapati di Negeri Selangor adalah bijih timah, iaitu banyak terdapat di kawasan lembah seperti di Lembah Klang, Puchong, Kuala Langat, Batang Berjuntai, Dengkil, Kundang dan Hulu Bernam. Manakala kawasan taburan untuk mineral logam yang lain adalah seperti yang diperincikan dalam Jadual B3.18.

Page 31: B3#:#PERTANIAN,#PERHUTANAN## …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan...tanaman kelapa sawit yang kurang daripada 10,000 hektar. LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan
Page 32: B3#:#PERTANIAN,#PERHUTANAN## …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan...tanaman kelapa sawit yang kurang daripada 10,000 hektar. LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan

LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan Perlombongan

B3-30

Jadual B3.18: Jenis-Jenis dan Kawasan Taburan Mineral Logam di Negeri Selangor.

Jenis Mineral Kawasan Taburan

Timah (“tin”) Lembah Klang, Puchong, Kuala Langat, Batang Berjuntai, Dengkil, Kundang, Hulu Bernam

Besi (“iron”) Kampung Baru Ijok, Batang Kali-Hulu Yam Baru Tembaga (“copper”)

Kampung Baru Ijok, HSK Hulu Selangor

Plumbum HSK Hulu Selangor Zink HSK Hulu Selangor Tungsten Kalumpang, HSK Hulu Selangor, Rasa, Hulu Langat-Jelebu

Sumber: Jabatan Mineral dan Geosains (2012) “Malaysian Minerals Yearbook 2010”

Pada tahun 2010, pengeluaran bijih timah di Negeri Selangor hanyalah 9 tan atau 0.34% daripada jumlah pengeluaran Negara, iaitu tertumpu kepada hasil pengeluaran daripada amang. Pengeluaran ini adalah lebih rendah sebanyak 35.7% (5 tan), berbanding tahun 2008. � Mineral Bukan Logam/Perindustrian

Mineral bukan logam termasuklah granit, batu kapur, kaolin, lempung bebola dan pasir silika. Pada tahun 2010, bilangan kuari yang beroperasi di Negeri Selangor adalah sebanyak 32 buah dan kesemuanya merupakan kuari batu granit. Kegiatan kuari ini telah menyumbang nilai pengeluaran kasar sebanyak RM486.73 juta (2010) kepada ekonomi negeri. Selain itu, aktiviti ini juga telah menjana peluang pekerjaan kepada 2,731 orang yang mendapat gaji tahunan sebanyak RM80.78 juta.4 Untuk sumber kaolin, terdapat satu longgokan (“deposit”) dengan rizab sebanyak 0.1 tan yang telah dikenal pasti dan diusahakan di Daerah Hulu Langat. Sementara untuk lempung bebola (ball clay), longgokan sumber seberat 38.9 juta tan telah dikenal pasti di sekitar kawasan Negeri Selangor seperti di Bestari Jaya (27.8 juta tan), Dengkil (7.6 juta tan), Bukit Changgang (2.1 juta tan) dan Sepang (1.4 juta tan). Bagi sumber batu kapur, ia telah dikenal pasti kewujudannya di kawasan Batu Caves, Hulu Tinggi dan Rawang. Sumber yang terdapat di Rawang telah diusahakan untuk pembuatan simen dan klinker. Manakala longgokan sumber pasir silika telah dikenal pasti di kawasan bekas lombong di Ampang Pecah (3 juta tan), Sungai Inki (0.32 juta tan), Kampung Gumut (0.2 juta tan) dan Bestari Jaya (4.9 juta tan). Sumber galian ini boleh dipertingkatkan grednya untuk digunakan dalam industri kaca dan seramik. Di samping itu, longgokan sumber batu

4 Jabatan Perangkaan Malaysia (2012) “Bancian Ekonomi 2011: Perlombongan dan Pengkuarian”.

Page 33: B3#:#PERTANIAN,#PERHUTANAN## …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan...tanaman kelapa sawit yang kurang daripada 10,000 hektar. LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan

LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan Perlombongan

B3-31

silika daripada permatang kuarza turut dikenal pasti di kawasan Klang Gate, Tekali, Serendah dan Kuang dengan rizab di Hulu Langat sebanyak 6.2 juta tan dan di Hulu Gombak sejumlah 0.5 juta tan. Walau bagaimanapun, sumber permatang kuarza di Klang Gate telah diwartakan sebagai warisan geologi Negeri Selangor untuk pemeliharaan. Untuk mendapatkan mineral-mineral bukan logam ini, terdapat sebanyak 159 buah kuari/ lombong yang beroperasi di Negeri Selangor. Bilangan ini hanya merangkumi 5.4% daripada jumlah kuari/ lombong di Malaysia. Bilangan kuari paling banyak adalah kuari bahan tanah (63 buah), diikuti oleh pasir dan batu kerikir (35 buah), agregat batuan (33 buah), lempung (26 buah), batu kapur dan silika masing-masing sebuah, seperti yang diperincikan dalam Jadual B3.19. Rujuk Rajah B3.6 dan Rajah B3.7 untuk taburan lokasi pengeluaran lempung, bahan tanah dan shale serta taburan lokasi pengeluaran pasir silika, pasir sungai dan pasir lombong. Jadual B3.19: Bilangan Kuari/Lombong Di Negeri Selangor Mengikut Jenis

Sumber Galian, Tahun 2010.

Daerah Sumber Bahan Galian

Jumlah Agregat Batuan

Lempung Bahan Tanah

Batu Kapur

Pasir & Kerikil

Silika

Sabak Bernam - - 4 - - - 4 Kuala Selangor - 5 9 - 10 - 24 Hulu Selangor 1 12 14 - - - 27 Gombak 13 3 2 1 5 1 25 Hulu Langat 15 5 5 - 7 - 32 Petaling 2 - 12 - 2 - 16 Klang - - 5 - - - 5 Kuala Langat 2 - - - 3 - 5 Sepang - 1 12 - 8 - 21 Jum. N. Selangor 33 26 63 1 35 1 159 Malaysia 298 173 1,359 9 1,061 28 2,928 % Bandingan 11.1 15.0 4.6 11.1 3.3 3.6 5.4

Sumber: Jabatan Mineral dan Geosains (2012) “Industrial Mineral Production Statistics & Directory of Producers in Malaysia, 2010”

Data pengeluaran mineral bukan logam menunjukkan agregat batuan merupakan bahan terbanyak dikeluarkan, iaitu 71% atau 21,612,400 tan daripada jumlah pengeluaran mineral bukan logam pada tahun 2010 (30,455,800 tan). Pasir dan kerikil merupakan komoditi mineral bukan logam kedua terpenting di Negeri Selangor dengan mencatatkan hasil pengeluaran sebanyak 4,933,000 tan (2010) yang dikeluarkan dari 35 buah lombong. Ini diikuti oleh komoditi batu kapur (7.4%), bahan tanah (3.2%), lempung dan silika, seperti yang diperincikan dalam Jadual B3.20.

Page 34: B3#:#PERTANIAN,#PERHUTANAN## …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan...tanaman kelapa sawit yang kurang daripada 10,000 hektar. LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan
Page 35: B3#:#PERTANIAN,#PERHUTANAN## …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan...tanaman kelapa sawit yang kurang daripada 10,000 hektar. LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan
Page 36: B3#:#PERTANIAN,#PERHUTANAN## …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan...tanaman kelapa sawit yang kurang daripada 10,000 hektar. LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan

LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan Perlombongan

B3-34

Jadual B3.20: Pengeluaran Mineral Bukan Logam Negeri Selangor, Tahun 2008 Hingga 2010.

Tahun Hasil Pengeluaran (‘000 tan)

Jumlah Agregat Batuan

Lempung Bahan Tanah

Batu Kapur

Pasir & Kerikil

Silika

2008 10,988.3 233.0 614.0 2,262.2 4,042 16.3 18,115.8 2009 19,642.9 150.8 545.7 2,262.3 2,366 13.2 24,980.9 2010 21,612.4 650.0 979.6 2,262.2 4,933 18.6 30,455.8

Sumber: Jabatan Mineral dan Geosains (2012) “Industrial Mineral Production Statistics & Directory of Producers in Malaysia, 2010”

Penyumbang utama kepada pengeluaran agregat batuan ini adalah 16 buah kuari batuan granit yang mengeluarkan lebih daripada 500,000 tan tiap-tiap satu, dan 10 buah kuari yang mengeluarkan antara 100,000 hingga 500,000 tan tiap-tiap satu pada tahun 2010. Rujuk Jadual B3.21 untuk agihan kuari batuan granit mengikut julat pengeluaran pada tahun 2010 dan Rajah B3.8 untuk taburan lokasi kuari di Negeri Selangor. Jadual B3.21: Bilangan Kuari Batuan Granit di Negeri Selangor Mengikut Julat

Pengeluaran, Tahun 2010.

Kawasan

Julat Pengeluaran (‘000 tan)

<10 10-24 25-49 50-99 100-

500 >500

N. Selangor 2 2 - 2 10 16 Sumber: Jabatan Mineral dan Geosains (2012) “Industrial Mineral Production Statistics & Directory of

Producers in Malaysia, 2010”

� Mineral Tenaga

Dua jenis mineral tenaga terdapat di Negeri Selangor, iaitu arang batu dan uranium. Untuk sumber arang batu, ia merupakan jenis lignit bergred rendah dan boleh dijumpai di sekitar kawasan Batu Arang, Daerah Gombak. Sementara untuk sumber uranium, ia didapati di kawasan HSK Semangkok, Daerah Hulu Selangor (rujuk Jadual B3.22). Pada masa ini, kedua-dua jenis mineral ini tidak mempunyai nilai ekonomi untuk diusahakan. Jadual B3.22: Jenis-Jenis Mineral Tenaga di Negeri Selangor.

Jenis Mineral Kawasan Terdapat

Arang Batu Batu Arang. Uranium HSK Semangkok, Daerah Hulu Selangor

Sumber: Jabatan Mineral dan Geosains (2012) “Malaysian Minerals Yearbook 2010”.

Untuk sektor perlombongan yang terhad sumbernya, kawasan/tapak yang berpotensi dan kaya dengan sumber mineral harus dilindungi untuk pembangunan aktiviti pada masa hadapan. Namun, tapak-tapak bekas perlombongan tetap berpotensi untuk dibangunkan dengan aktiviti akuakultur dan rekreasi bagi menjana pendapatan tambahan kepada ekonomi negeri.

Page 37: B3#:#PERTANIAN,#PERHUTANAN## …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan...tanaman kelapa sawit yang kurang daripada 10,000 hektar. LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan
Page 38: B3#:#PERTANIAN,#PERHUTANAN## …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan...tanaman kelapa sawit yang kurang daripada 10,000 hektar. LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan

LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan Perlombongan

B3-36

B3.1.2 Kelas Kesesuaian Tanah Untuk Pertanian Secara amnya, terdapat 14 jenis tanah (siri tanah) di Negeri Selangor. Tiap-tiap jenis tanah ini mempunyai sifat-sifat tersendiri dan boleh dikategorikan kepada beberapa kelas tanah mengikut kesesuaian dan kesuburannya. Tanah Kelas 1 adalah paling sesuai untuk tanaman, manakala tanah Kelas 5 tidak sesuai untuk tanaman. Kesemua kelas tanah ini terdapat di Negeri Selangor melainkan tanah Kelas 1. Keterangan mengenai tanah Kelas 2 hingga 5 ini diperincikan di dalam Jadual B3.23. Taburan kelas tanah dan siri tanah adalah seperti di Rajah B3.9 dan B3.10. Jadual B3.23: Perincian Kelas dan Siri Tanah di Negeri Selangor.

Kelas Tanah

Penerangan Keluasan (hektar)

Kelas 2

Tanah yang mempunyai satu atau lebih halangan sederhana kepada pertumbuhan tanaman. 317,498.90

Kelas 3

Tanah yang mempunyai satu halangan serius kepada pertumbuhan tanaman. 31,033.73

Kelas 4

Tanah yang mempunyai lebih daripada satu halangan serius kepada pertumbuhan tanaman. 174,266.31

Kelas 5

Tanah yang mempunyai sekurang-kurangnya satu halangan yang amat serius kepada pertumbuhan tanaman, seperti tanah terlalu curam (melebihi 250) atau tanah perbandaran yang telah dibangunkan untuk bangunan.

268,163.23

Sumber: Jabatan Pertanian Malaysia (2012).

B3.1.3 Kawasan Pertanian (Termasuk Perikanan dan Penternakan) Yang Dikelaskan

Sebagai Kawasan Pertanian Utama (KPU). Dalam konteks Negeri Selangor, terdapat beberapa kawasan yang tergolong dalam Kawasan Pertanian Utama (KPU) seperti yang disarankan dalam dasar Rancangan Fizikal Negara (RFN) 6, iaitu “mengehadkan pembangunan bandar serta memelihara dan mengekalkan KPU untuk tujuan pertanian sahaja”. Kawasan-kawasan pertanian tersebut termasuklah : a) KPU Tahap 1 :

¾ Kawasan Jelapang padi mesti dikekalkan sebagai kawasan tanaman padi dan tidak boleh dibangunkan untuk tujuan lain melainkan padi. Usaha pemantauan dan penguatkuasaan harus dipergiatkan bagi mengelakkan pertukaran jenis tanaman. � Kawasan yang terlibat adalah kawasan jelapang padi IADA Barat Laut

Selangor yang merangkumi kawasan Daerah Sabak Bernam dan Daerah Kuala Selangor seluas 18,610 hektar.

Page 39: B3#:#PERTANIAN,#PERHUTANAN## …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan...tanaman kelapa sawit yang kurang daripada 10,000 hektar. LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan

S E L A T M E L A K A

PERAK

PAHANG

NEGERISEMBILAN

W.PKUALA

LUMPUR

W.PPUTRAJAYA

Rajah B3.8 : Kelas Tanah

Kelas 5Keranji, Steepland, Mined Land, Urban Land

Kelas 3Gajah-Mati-Munchong-Malacca,Prang, Serdang-Kedah

Kelas 2Selangor-Kangkong, Bariah-Organic Clay and Muck,Telemong-Akob-Local-Alluvium,Munchong-Seremban,Serdang-Bugor-Munchong,Renggam-Jerangau

Petunjuk

Sempadan DaerahSempadan Negeri

RSll SELANGOR ll

1 : 8 000 m

Sumber: Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia, 2008

SABAK BERNAM

KUALA SELANGOR

HULU SELANGOR

GOMBAK

HULU LANGAT

KUALA LANGAT

SEPANG

KLANGPETALING

Kelas 4Peat

LAPORAN TINJAUANPertanian, Perikanan dan Perhutanan

Page 40: B3#:#PERTANIAN,#PERHUTANAN## …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan...tanaman kelapa sawit yang kurang daripada 10,000 hektar. LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan

S E L A T M E L A K A

PERAK

PAHANG

NEGERISEMBILAN

W.PKUALA

LUMPUR

W.PPUTRAJAYA

Rajah B3.9 : Siri Tanah

Petunjuk

Sempadan DaerahSempadan Negeri

RSll SELANGOR ll

1 : 8 000 m

Sumber: Jabatan Pertanian Negeri Selangor, 2008

Mined LandUrban LandSteeplandSerdang-Kedah

PrangRenggam-JerangauSerdang-Bungor-MunchongMunchong-SerembanGajah Mati-Munchong-Malacca

Telemong-Akob-Local-AlluviumPeatBriah-Organic Clay and MuckSelangor-KangkongKeranji

SEPANG

KUALA LANGAT

HULU LANGAT

GOMBAK

KUALA SELANGOR

HULU SELANGOR

SABAK BERNAM

KLANGPETALING

LAPORAN TINJAUANPertanian, Perikanan dan Perhutanan

Page 41: B3#:#PERTANIAN,#PERHUTANAN## …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan...tanaman kelapa sawit yang kurang daripada 10,000 hektar. LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan

LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan Perlombongan

B3-39

b) KPU Tahap 2 : ¾ Kawasan ini mestilah dikekalkan sebagai kawasan pertanian melainkan ianya

berada di dalam kawasan perbandaran (city and town limits). Kawasan ini termasuklah: � Kawasan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM):

- 13 buah TKPM (Tanaman) dengan jumlah kawasan seluas 1,086 hektar. - 9 buah TKPM (Ternakan) dengan jumlah kawasan seluas 622 hektar. - 2 buah projek akuakultur berimpak tinggi dengan jumlah kawasan

seluas 5,171.2 hektar. Namun, kedua-dua projek ini (Projek Kebun Kerang Sabak Bernam - Kuala Selangor – Klang dan Projek Ternakan Udang Putih Sg. Nipah) masih belum diwartakan sebagai Zon Industri Akuakultur (ZIA).

� Kawasan pertanian di atas tanah gambut: - Seluas 95,690 hektar kawasan pertanian di Negeri Selangor terletak di

atas tanah gambut. Kawasan ini perlu dikekalkan sebagai kawasan pertanian kerana kos untuk pembangunan bagi kegunaan lain adalah amat tinggi dan berisiko tinggi. Pembangunan boleh dijalankan di kawasan ini setelah mengambil kira faktor-faktor ini.

� Kawasan pertanian tanah Kelas 2:

- Seluas 294,000 hektar daripada kawasan tanah di Negeri Selangor merupakan tanah Kelas 2. Kawasan ini harus dikekalkan untuk aktiviti pertanian, melainkan kawasan tanah Kelas 2 ini terletak dalam sempadan bandar.

c) KPU Tahap 3:

¾ Kawasan ini harus dikekalkan untuk aktiviti pertanian, melainkan kawasan tanah ini telah dizonkan untuk pembangunan kegunaan lain (perbandaran/ perumahan/ perindustrian/ perniagaan/ kemudahan awam).

x Kawasan pertanian di tanah Kelas 3: - Seluas 28,120 hektar kawasan pertanian berada di atas tanah Kelas 3.

B3.1.4 Industri Asas Tani (IAT)

Data daripada Jabatan Pertanian Negeri Selangor menunjukkan terdapat seramai 517 orang usahawan industri asas tani (IAT) di bawah penyeliaannya pada tahun 2011. Majoriti daripada usahawan ini adalah dari Daerah Kuala Langat, iaitu seramai 104 orang atau 20%, diikuti oleh Daerah Sabak Bernam (16.4%), Daerah Hulu Langat (13.7%), manakala Daerah Petaling dan Gombak masing-masing mencatatkan kadar penglibatan usahawan sebanyak 6.2%.

Page 42: B3#:#PERTANIAN,#PERHUTANAN## …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan...tanaman kelapa sawit yang kurang daripada 10,000 hektar. LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan

LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan Perlombongan

B3-40

Dari segi pengeluaran, sebanyak 12,969.4 tan produk industri asas tani telah dicatatkan, khususnya Daerah Kuala Langat, Daerah Petaling dan Daerah Sabak Bernam yang mengeluarkan hasil lebih daripada 2,400 tan. Hasil pengeluaran ini seterusnya berjaya menjanakan nilai jualan sebanyak RM143.32 juta serta pendapatan bersih sebanyak RM67.22 juta. Secara puratanya, aktiviti industri asas tani ini telah menjanakan pendapatan bersih tahunan sebanyak RM130,019 atau pendapatan bersih bulanan RM10,835 per usahawan IAT di Negeri Selangor. Dari segi agihan mengikut daerah, walaupun Daerah Petaling merupakan antara daerah yang mencatatkan penglibatan usahawan terendah, tetapi ia berjaya mencatatkan pendapatan bersih tertinggi, iaitu sebanyak RM1.03 juta per usahawan (RM86,086 pendapatan bersih bulanan). Manakala Daerah Hulu Selangor hanya mencatatkan RM19,367 per usahawan (RM1,614 pendapatan bersih bulanan). Rujuk Jadual B3.24 untuk perincian usahawan IAT di bawah penyeliaan Jabatan Pertanian Negeri Selangor. Jadual B3.24: Bilangan Usahawan, Pengeluaran dan Nilai Jualan Produk Industri

Asas Tani Bawah Penyeliaan Jabatan Pertanian Negeri Selangor Mengikut Daerah, Tahun 2011.

Daerah Bil.

Usahawan Pengeluaran

(kg) Nilai Jualan

(RM) Pendapatan Bersih (RM)

Pendapatan Bersih

Tahunan (RM) : Usahawan

Sabak Bernam 85 2,436,975 26,840,990 8,050,857 94,716 Kuala Selangor 53 363,051 4,130,375 2,715,652 51,239 Hulu Selangor 54 1,202,863 4,182,963 1,045,828 19,367 Gombak 32 516,411 2,895,610 2,024,129 63,254 Hulu Langat 71 502,396 7,022,796 2,775,973 39,098 Petaling 32 2,586,425 47,224,395 33,057,076 1,033,034 Klang 46 1,209,013 14,414,343 5,498,021 119,522 Kuala Langat 104 2,952,637 20,188,300 6,467,428 62,187 Sepang 40 1,199,672 16,420,756 5,584,920 139,623 Jumlah 517 12,969,443 143,320,527 67,219,885 130,019

Sumber: Jabatan Pertanian Negeri Selangor (2013). Maklumat dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor menunjukkan terdapat seramai 37 orang usahawan IAT yang terletak di bawah penyeliaannya. Taburan IAT ini adalah 40.5% di Daerah Klang, 27% di Daerah Kuala Langat, 13.5% di Daerah Hulu Langat, 8.1% di Daerah Gombak, serta 5.4% di Daerah Kuala Selangor dan Sepang. Dari segi purata nilai jualan bulanan, Daerah Gombak yang hanya mencatatkan penglibatan usahawan seramai tiga (3) orang telah menyumbangkan purata nilai jualan tertinggi, iaitu sebanyak RM86,250 dengan mengeluarkan produk seperti bebola dan burger daging, satay serta murtabak daging. Ini seterusnya menunjukkan purata pendapatan bulanan kasar yang diperolehi oleh usahawan terbabit adalah sebanyak

Page 43: B3#:#PERTANIAN,#PERHUTANAN## …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan...tanaman kelapa sawit yang kurang daripada 10,000 hektar. LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan

LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan Perlombongan

B3-41

RM28,750 sebulan. Bagi keseluruhan negeri pula, purata penjualan adalah sebanyak RM7,182 sebulan. Manakala usahawan IAT di bawah penyeliaan Jabatan Perikanan adalah seramai 28 orang yang mengeluarkan pelbagai produk yang bernilai RM 25 juta. Bilangan pengusaha paling ramai adalah di Daerah Petaling, iaitu seramai tujuh (7) orang dan mengeluarkan hasil sebanyak 1,676.2 tan bernilai RM8.85 juta. Dari segi nilai pengeluaran, Daerah Gombak telah mengeluarkan produk keropok lekor sebanyak 2,425.4 tan bernilai RM9.8 juta dan diusahakan oleh empat (4) orang usahawan.

B3.2 UNJURAN

B3.2.1 Sub Sektor Tanaman Dengan mengambil kira keperluan dan tekanan pembangunan selain pertanian, kawasan pertanian seluas 29,947 hektar dijangka akan ditukarguna kepada kegunaan perumahan, perindustrian, perdagangan, infrastruktur dan kemudahan masyarakat. Pertukaran guna tanah ini seterusnya membawa kepada pengurangan keluasan kawasan pertanian kepada 268,601 hektar pada tahun 2035. Kawasan pertanian terbesar yang dijangka akan bertukar guna tanahnya adalah kawasan kelapa sawit seluas 12,033 hektar, dituruti oleh kawasan lain-lain tanaman seluas 11,861 hektar. Pada tahun 2035, tanaman kelapa sawit masih lagi merupakan tanaman utama dengan keluasan 156,206 hektar atau 58% daripada kawasan pertanian. Kawasan tanaman padi dijangka tidak akan terlibat di dalam perubahan guna tanah dan pada tahun 2035 keluasan kawasan padi kekal pada 18,610 hektar. Kawasan tanah terbiar seluas 520 hektar dijangka akan dibangunkan untuk pertanian dan lain-lain pembangunan mengikut keperluan semasa dan pada tahun 2035 tidak ada lagi kawasan tanah terbiar di Negeri Selangor (rujuk Jadual B3.25). Jadual B3.25: Unjuran Keluasan Kawasan Tanaman di Negeri Selangor Mengikut

Jenis Tanaman, Tahun 2012 Hingga 2035.

Jenis Tanaman

Keluasan (hektar) Beza (2035-2010) 2012 2015 2020 2020 2030 2035

Kelapa Sawit 168,239 165,833 163,427 161,021 158,615 156,206 (12,033)/ (7.2%)

Getah 31,566 30,460 29,354 28,248 27,142 26,033 (5,533)/ (17.5%)

Padi 18,610 18,610 18,610 18,610 18,610 18,610 0 Lain-lain Tanaman 79,613 77,241 74,869 72,497 70,125 67,752 (11,861)/

(14.9%)

Tanah Terbiar 520 416 312 208 104 0 (520)/ (100%)

Jumlah 298,548 292,560 286,572 280,584 274,596 268,601 (29,947)/

(10%) Sumber: Kajian Rancangan Struktur Negeri Selangor, 2035

Page 44: B3#:#PERTANIAN,#PERHUTANAN## …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan...tanaman kelapa sawit yang kurang daripada 10,000 hektar. LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan

LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan Perlombongan

B3-42

B3.2.2 Sub Sektor Penternakan Haiwan

Untuk aktiviti penternakan haiwan, jumlah ternakan dijangka akan meningkat sebanyak 136.9% atau 17,452,233 ekor kepada 30.2 juta ekor pada tahun 2035. Ternakan terbanyak adalah ternakan ayam yang dijangka meningkat daripada 12.4 juta ekor kepada 30 juta ekor. Ternakan khinzir dan kerbau dijangka tidak lagi diusahakan di Negeri Selangor pada tahun 2035. Ternakan bebiri, kambing dan lembu masing-masing akan bertambah sebanyak 36,192 ekor, 27,259 ekor, 19,817 ekor. Manakala ternakan itik akan turut bertambah dari 16,480 kepada 50,000 ekor .

B3.2.3 Sub Sektor Perikanan

Bagi aktiviti tangkapan ikan laut, hasil pendaratan dijangka akan berkurangan dalam lingkungan sebanyak 1% setahun. Dengan ini, hasil pendaratan ikan pada tahun 2035 diunjurkan sebanyak 84,826 tan, iaitu 23,139 tan lebih rendah berbanding dengan pendaratan tahun 2011 (rujuk Jadual B3.26). Antara faktor-faktor yang menyebabkan pengurangan hasil pendaratan ini adalah sumber perikanan yang semakin berkurangan, berbanding dengan kadar aktiviti penangkapan yang semakin meningkat. Manakala untuk aktiviti tangkapan ikan di perairan umum, hasil pendaratannya dijangka akan meningkat sebanyak 194.86 tan, iaitu dari 320.27 tan (2011) kepada 515.13 tan pada tahun 2035. Ini adalah berikutan dengan adanya usaha pelepasan benih ikan secara berkala yang akan memperkayakan sumber perikanan di kawasan perairan umum (rujuk Jadual B3.27). Untuk aktiviti akuakultur air tawar, hasil pengeluarannya dijangka akan meningkat pada purata sebanyak 1% setahun, melainkan sangkar air tawar yang dijangka akan meningkat sebanyak 2% setahun. Ini adalah kerana kekurangan tapak yang bersesuaian untuk pembangunan kolam berikutan tekanan pembangunan dan permintaan tanah yang tinggi untuk kegunaan lain. Manakala sangkar air tawar yang beroperasi di aliran sungai dan badan air awam lain boleh diperbesarkan lagi di tempat baru atau tempat yang sama. Dengan ini, pengeluaran hasil perikanan akuakultur dijangka bertambah dari 14,855 tan kepada 23,583 tan pada tahun 2035 (rujuk Jadual B3.28).

Page 45: B3#:#PERTANIAN,#PERHUTANAN## …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan...tanaman kelapa sawit yang kurang daripada 10,000 hektar. LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan

LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan Perlombongan

B3-43

Jadual B3.26: Unjuran Pendaratan Tangkapan Laut di Negeri Selangor Mengikut Daerah, Tahun 2011 Hingga 2035.

Daerah Hasil Pendaratan (tan) Beza (2035-

2011) 2011 2015 2020 2025 2030 2035

Sabak Bernam 48,820.8 46,897 44,599 42,413 40,334 38,357 (10,463)/ (21.4%)

Kuala Selangor 28,757.8 27,625 26,271 24,983 23,759 22,594 (6,163)/ (21.4%)

Klang 26,826.4 25,769 24,507 23,305 22,163 21,077 (5,749)/ (21.4%)

Kuala Langat/ Sepang

3,559.9 3,420 3,252 3,093 2,941 2,797 (763)/ (20.7%)

Jumlah 107,964.9 103,711 98,628 93,794 89,197 84,826 (23,139)/

(21.4%)

Sumber: Kajian Rancangan Struktur Negeri Selangor, 2035 Jadual B3.27: Unjuran Pendaratan Ikan Darat di Negeri Selangor, Tahun 2011 Hingga

2035.

Kawasan Hasil Pendaratan (tan) Beza (2035-

2011) 2011 2015 2020 2025 2030 2035

N. Selangor 320.27 346.67 382.75 422.59 466.57 515.13 194.86/ (60.8%)

Sumber: Kajian Rancangan Struktur Negeri Selangor, 2035

Jadual B3.28: Unjuran Hasil Pengeluaran Akuakultur Air Tawar di Negeri Selangor

Mengikut Sistem Ternakan, Tahun 2010 Hingga 2035.

Sistem Ternakan Hasil Pengeluaran (tan) Beza

(2035-2010) 2010 2015 2020 2025 2030 2035

Sangkar 13,249 14,628 16,150 17,831 19,687 21,523 8,274/ 62.4% Kolam 17 18 19 20 21 22 5/ 30.3% Bekas Lombong 154 161 170 178 187 197 43/ 28% Tangki Simen 1,435 1,508 1,585 1,666 1,751 1,841 406/ 28.3% Jumlah 14,855 16,315 17,924 19,695 21,646 23,583 8,728/ 58.8%

Sumber: Kajian Rancangan Struktur Negeri Selangor, 2035

Senario yang sama turut dijangka berlaku bagi aktiviti akuakultur air payau di mana sistem sangkar akan bertambah pengeluarannya pada kadar 2% setahun, manakala sistem kolam dan penternakan kerang akan bertambah pada kadar 1% setahun. Pengeluaran akuakultur air payau pada keseluruhannya akan bertambah sebanyak 33.8%, iaitu dari 53,331 tan kepada 71,339 tan (rujuk Jadual B3.29). Jadual B3.29: Unjuran Hasil Pengeluaran Akuakultur Air Payau di Negeri Selangor

Mengikut Sistem Ternakan, Tahun 2010 Hingga 2035. Sistem

Ternakan Hasil Pengeluaran (tan) Beza (2035-

2010) 2010 2015 2020 2025 2030 2035

Sangkar 8,609.9 9,506 10,495 11,588 12,794 13,987 5,377/ 62.5% Kolam 3,310.7 3,480 3,657 3,844 4,040 4,246 935/ 28.2% Kerang 41,410.1 43,522 45,742 48,076 50,528 53,106 11,696/ 28.2% Jumlah 53,330.7 56,508 58,905 63,508 67,362 71,339 18,008/ 33.8%

Sumber: Kajian Rancangan Struktur Negeri Selangor, 2035

Page 46: B3#:#PERTANIAN,#PERHUTANAN## …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan...tanaman kelapa sawit yang kurang daripada 10,000 hektar. LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan

LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan Perlombongan

B3-44

B3.2.4 Sektor Perhutanan Kawasan Hutan Simpan Kekal dijangka akan kekal pada keluasan sedia ada pada tahun 2035, iaitu 250,129 hektar. Kawasan HSK yang dikekalkan ini seterusnya berpotensi untuk dipromosikan sebagai destinasi eko-pelancongan bagi menjana pendapatan tambahan kepada ekonomi negeri (rujuk Jadual B3.30). Jadual B3.30: Unjuran Keluasan Hutan Simpan Kekal di Negeri Selangor

Mengikut Jenis Hutan, Tahun 2010 Hingga 2035.

Jenis Hutan

Keluasan (hektar) Beza (2035-2010) 2010* 2015 2020 2025 2030 2035

Hutan Darat

136,859.45 136,859.45 136,859.45 136,859.45 136,859.45 136,859.45 0

Hutan Paya Gambut

82,890.38 82,890.38 82,890.38 82,890.38 82,890.38 82,890.38 0

Hutan Paya Laut

18,998.00 18,998.00 18,998.00 18,998.00 18,998.00 18,998.00 0

Ladang hutan

11,381.00 11,381.00 11,381.00 11,381.00 11,381.00 11,381.00 0

Jumlah 250,128.83 250,128.83 250,128.83 250,128.83 250,128.83 250,128.83 0 Sumber: Kajian Rancangan Struktur Negeri Selangor, 2035 Nota: * Rancangan Pengurusan Hutan 2011-2020 (Jab. Perhutanan Selangor, 2013)

B3.2.5 Sektor Perlombongan

Untuk aktiviti perlombongan, hasil pengeluarannya dijangka akan berkurangan secara purata sebanyak 2% setahun. Dengan ini, anggaran hasil pengeluaran aktiviti perlombongan pada tahun 2035 adalah sebanyak 18.4 juta tan, iaitu berkurangan sebanyak 39.7% atau 12.1 juta tan berbanding dengan tahun 2010. Hasil agregat batuan akan tetap menjadi penyumbang utama kepada hasil ini dengan mengeluarkan 13.04 juta tan. Ini diikuti dengan hasil pasir dan kerikil (3 juta tan), batu kapur (1.4 juta tan), bahan tanah (0.6 juta tan) dan lempung (0.4 juta tan), seperti yang diperincikan dalam Jadual B3.31. Jadual B3.31: Unjuran Hasil Pengeluaran Mineral di Negeri Selangor Mengikut

Jenis Mineral Galian, Tahun 2010 Hingga 2035.

Tahun Hasil Pengeluaran (‘000 tan)

Jumlah Agregat Batuan

Lempung Bahan Tanah

Batu Kapur

Pasir & Kerikil

Silika

2010 21,612 650 980 2,262 4,933 19 30,456 2015 19,536 588 885 2,045 4,459 17 27,530

2020 17,659 531 800 1,848 4,031 15 24,885 2025 15,962 480 724 1,671 3,643 14 22,494

2030 14,429 434 654 1,510 3,293 13 20,333 2035 13,042 392 591 1,365 2,977 11 18,379

Sumber: Kajian Rancangan Struktur Negeri Selangor, 2035

Page 47: B3#:#PERTANIAN,#PERHUTANAN## …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan...tanaman kelapa sawit yang kurang daripada 10,000 hektar. LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan

LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan Perlombongan

B3-45

B3.3 INDIKATOR DAN SASARAN Untuk tujuan memantau dan mengukur pembangunan sektor pertanian, perhutanan dan perlombongan di Negeri Selangor, indikator dan sasaran pembangunan sektor primer pada tahun 2035 telah disenaraikan seperti dalam Jadual B3.32. Di samping menilai pembangunan sektor primer, penetapan sasaran pembangunan ini akan mendorong kepada perancangan dan pelaksanaan projek atau program pembangunan berimpak tinggi yang seterusnya menyokong pencapaian matlamat pembangunan Negeri Selangor 2035. Jadual B3.32: Indikator, Pencapaian dan Sasaran Bagi Sektor Pertanian,

Perhutanan dan Perlombongan.

Indikator Penanda

Aras Pencapaian

Semasa Sasaran

(Tahun 2035) Sub-sektor Tanaman

Produktiviti Kelapa Sawit (tan/ hektar/ tahun) 30.00 20.45 (tahun 2010) 30.00

Produktiviti Getah (kg/ hektar/ tahun) 1,800.00 715.00 (tahun 2010) 1,800.00

Produktiviti Padi (tan/ hektar/ musim) 10.00 5.70 (tahun 2011) 10.00

Produktiviti Sayur-sayuran (tan/ hektar/ pusingan) -

15.65 tan/ hektar/ tahun

(tahun 2010)

15.00 tan/ hektar/

pusingan

Produktiviti Buah-buahan (tan/ hektar/ musim) -

15.38 tan/ hektar/ tahun

(tahun 2010)

8.00 tan/ hektar/ musim

Keluasan IADA-BLS (hektar) - 18,610 (tahun 2012) 18,610

% Tanah Pertanian Untuk Tanaman Makanan/ Keluasan Negeri - 11%

(tahun 2012) Sekurang-

kurangnya 10% Sub-sektor Perikanan Laut Hasil Pendaratan Ikan Laut (‘000 metrik tan/ tahun) - 144.44

(tahun 2011) Sekurang-

kurangnya 83 Bilangan Bot Nelayan: x Kategori A (buah) x Kategori B (buah) x Kategori C (buah) x Kategori C2 (buah)

- - - -

1,046

376 134

5 (tahun 2010)

814 292 172

17

Bilangan tukun yang dilabuhkan (buah/ tahun) - Tiada Data 10

Sub-sektor Perikanan Darat

Hasil Pendaratan Perairan Umum (metrik tan) 320.27 (tahun 2011) 515

Pelepasan Anak Benih Ikan ke Kawasan Perairan Umum (juta ekor/ tahun) - Tiada data 2

Sub-sektor Akuakultur

Produktiviti Sangkar Air Tawar (‘000 tan) - 13.20 (tahun 2010) 21.50

Produktiviti Sangkar Air Payau (‘000 tan) - 8.60 (tahun 2010) 14.00

Produktiviti Kolam Air Tawar (tan) - 16.90 (tahun 2010) 22.00

Produktiviti Kolam Air Payau (‘000 tan) - 3.30 (tahun 2010) 4.20

Page 48: B3#:#PERTANIAN,#PERHUTANAN## …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan...tanaman kelapa sawit yang kurang daripada 10,000 hektar. LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan

LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan Perlombongan

B3-46

Indikator Penanda

Aras Pencapaian

Semasa Sasaran

(Tahun 2035)

Produktiviti Kolam Bekas Lombong (tan) - 154.00 (tahun 2010) 197.00

Produktiviti Tangki Simen (‘000 tan) - 1.40 (tahun 2010) 1.80

Produktiviti Kerang (‘000 metrik tan) - 41.40 (tahun 2010) 53.10

Keluasan Kawasan Ternakan Kerang (hektar) - 5,143.20 (tahun 2010) 5,143.20

Sektor Perhutanan

Keluasan Kawasan HSK (hektar) - 250,129 (tahun 2010)

Sekurang-kurangnya

250,129 Sektor Perlombongan

Hasil Pengeluaran Sumber Mineral (tan) - 30,456 (tahun 2010) 18,379

Nota: Penanda Aras (Amalan Terbaik) adalah merupakan satu ukuran yang menunjukkan prestasi indikator yang terbaik bagi sesebuah negeri/ negara.

Sumber: Kajian Rancangan Struktur Negeri Selangor, 2035

B3.4 POTENSI PEMBANGUNAN

B3.4.1 Pertanian

i. Sub-sektor Tanaman

a) Kelapa Sawit: Sektor perladangan yang dijalankan secara komersial akan dapat meningkatkan produktivitinya dari tahun ke tahun menerusi usaha penambahbaikan dan penggunaan teknologi baru. Antaranya seperti varieti/klon terpilih, penbajaan seperti yang disyorkan dan amalan pertanian baik. Sebagai contoh, produktiviti kelapa sawit boleh ditingkatkan dari 20 tan kepada 30 tan/hektar/tahun dan kadar perahan minyak boleh dinaikkan dari 20% kepada 25%.

b) Padi: Pada masa kini, purata hasil padi adalah dalam lingkungan 5.7

tan/hektar/musim. Pengeluaran ini boleh dinaikkan kepada 10 tan/hektar/musim melalui penggunaan teknologi terkini dan input secukupnya seperti varieti, baja, kawalan serangga dan penyakit, kawalan rumpai dan sistem pengairan dan saliran yang efisien.

c) Getah: Hasil getah masih boleh dipertingkatkan kepada 1,800

kg/hektar/tahun atau lebih melalui penggunaan teknologi terkini, terutamanya pembajaan dan kawalan penyakit dan rumpai.

d) Lain-lain Tanaman: Pengeluaran hasil buah-buahan, sayur-sayuran, tanaman ladang, dan herba boleh dipertingkatkan lagi melalui penggunaan amalan pertanian baik. Walau bagaimanapun, untuk sektor ini berjaya, nisbah keluasan tanah kepada petani perlu dipertingkatkan.

Page 49: B3#:#PERTANIAN,#PERHUTANAN## …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan...tanaman kelapa sawit yang kurang daripada 10,000 hektar. LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan

LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan Perlombongan

B3-47

Sebagai contoh bagi tanaman buah-buahan nisbah petani : kebun adalah 1:6, iaitu seorang petani bagi 6 hektar kebun buah-buahan. Bagi tanaman sayur-sayuran pula nisbahnya adalah 1:2. Kerajaan perlu membuat polisi dan peruntukan untuk membolehkan petani membeli atau menyewa kawasan ladang berhampiran untuk diusahakan oleh petani berdaya maju.

ii. Sub-sektor Penternakan Haiwan

a) Sektor penternakan haiwan mempunyai prospek untuk berkembang lebih maju. Faktor utama adalah menentukan supaya aktiviti penternakan ini dijalankan secara komersial. Ini memerlukan usahawan yang berpengetahuan dan berpengalaman serta mempunyai modal secukupnya. Ini bermakna setiap penternak mestilah menjalankan perusahaan ternakan mereka secara komersial. Contohnya, penternakan ayam mestilah sekurang-kurangnya sebanyak 30,000 ekor bagi satu pusingan dan ternakan ini diusahakan dalam sistem tertutup (closed

system). Begitu juga bagi ternakan lain yang memerlukan bilangan minima pada sesuatu masa. Misalnya bagi ternakan lembu, bilangan minima adalah sebanyak 100 ekor dan kambing/bebiri 300 ekor. Semua perusahaan ternakan mestilah dijalankan secara mesra alam dan menggunakan teknologi terkini yang disyorkan.

iii. Sub-sektor Perikanan

a) Tangkapan Laut: Tangkapan laut masih berpotensi untuk berkembang. Isu yang perlu ditangani adalah tangkapan berlebihan, termasuk penggunaan alat penangkapan ikan di kawasan yang tidak dibenarkan, menambah kawasan pembiakan ikan dan menambah tangkapan ikan laut dalam.

b) Akuakultur: Perusahaan akuakultur secara komersial masih mempunyai

potensi dan menguntungkan. Di antara ternakan yang boleh diusahakan adalah udang harimau, kerapu, siakap, keli, talapia dan udang galah. Ternakan kerang juga berpotensi untuk diperluaskan.

c) Ikan Hiasan: Perusahaan ini masih berpotensi untuk berkembang,

terutamanya untuk jenis ikan bernilai tinggi seperti arwana.

d) Perairan Umum: Pembiakan ikan di perairan umum seperti sungai, tasik, kolam dan kolam bekas lombong mempunyai potensi yang tinggi untuk terus berkembang dan seterusnya menyumbang ke arah jaminan bekalan

Page 50: B3#:#PERTANIAN,#PERHUTANAN## …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan...tanaman kelapa sawit yang kurang daripada 10,000 hektar. LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan

LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan Perlombongan

B3-48

makanan. Usaha ini perlu dijalankan oleh pihak kerajaan dengan melepaskan benih ikan ke perairan umum secara berkala.

B3.4.2 Perhutanan

i. Kawasan Hutan Simpan Kekal perlu di tingkatkan terutamanya tanah-tanah kerajaan dan kawasan ini akan terus kekal walaupun terdapat penerokaan secara haram. Produktiviti perhutanan boleh dipertingkatkan menerusi usaha penanaman spesis pokok yang berkualiti tinggi serta mempunyai permintaan pasaran yang tinggi. Antaranya seperti pokok cengal, gaharu, getah dan tanaman herba.

B3.4.3 Perlombongan

i. Kawasan atau tapak yang mempunyai bahan mineral bernilai tinggi perlu dilindungi supaya kawasan tersebut boleh dilombong pada masa hadapan. Pembukaan kawasan-kawasan berpotensi ini hanya perlu dilakukan apabila amat terdesak dan tidak ada pilihan lain. Pembangunan pertanian, perumahan, perdagangan, perbandaran, infrastruktur dan kemudahan awam adalah tidak digalakkan di atas kawasan ini.

B3.5 CADANGAN AM

B3.5.1 Pertanian

i. Sub-sektor Tanaman

a) Mengekalkan kawasan pertanian utama seperti kawasan jelapang padi IADA Barat Laut Selangor, 13 buah projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (Tanaman), kawasan pertanian di tanah gambut serta kawasan tanah pertanian Kelas 2 dan 3 yang berada di luar kawasan pembangunan.

b) Meningkatkan produktiviti tanaman, iaitu kelapa sawit, getah, padi dan

lain-lain tanaman, khususnya tanaman sayur-sayuran serta buah-buahan menerusi penggunaan klon dan varieti yang berkualiti dan terpilih, serta pembajaan yang efisien. Sementara pokok-pokok kelapa sawit dan getah yang telah melebihi 25 tahun harus ditanam semula untuk mengeluarkan hasil yang lebih tinggi. Usaha peningkatan produktiviti ini juga perlu digalakkan di kawasan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM).

c) Perusahaan pertanian mestilah dijalankan secara komersial. Tindakan pertama untuk tujuan ini adalah memastikan setiap petani mengusahakan kawasan pertanian secara berskala komersial. Sebagai misalan, keluasan

Page 51: B3#:#PERTANIAN,#PERHUTANAN## …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan...tanaman kelapa sawit yang kurang daripada 10,000 hektar. LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan

LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan Perlombongan

B3-49

tanaman bagi seorang petani adalah 10 hektar bagi kelapa sawit, 5 hektar bagi getah, 6 hektar bagi padi dan buah-buahan dan 2 hektar bagi sayur-sayuran. Polisi, program dan peruntukan untuk tujuan ini perlu diwujudkan.

d) Tanah-tanah pertanian produktif yang terbiar harus juga diusahakan dengan aktiviti pertanian mengikut kesesuaian kawasan tersebut. Polisi dan peruntukan untuk menjayakan program ini perlu diadakan.

e) Menggalakkan aktiviti integrasi pertanian supaya penggunaan sumber tanah pertanian yang semakin berkurangan dapat dioptimumkan, seperti menternak lembu dan kambing di kawasan kelapa sawit dan menggunakan jerami padi untuk ternakan haiwan.

f) Membangunkan aktiviti penanaman dengan mengaplikasikan teknologi baru yang bersesuaian untuk meningkatkan produktiviti tanaman seperti sistem fertigasi dengan menggunakan kaedah teduhan hujan. Penggunaan kaedah ini seterusnya akan memperluaskan kawasan pertanian produktif ke kawasan bekas lombong.

g) Semua perusahaan pertanian mestilah dijalankan secara mesra alam

dengan menggalakkan Amalan Pertanian Baik (GAP). ii. Sub-sektor Penternakan Haiwan

a) Mengekal dan mewartakan kawasan pertanian utama, iaitu 10 buah projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (Ternakan) untuk perusahaan penternakan haiwan.

b) Menggalakkan perusahaan ternakan haiwan dijalankan secara komersial.

Untuk tujuan ini polisi mengenai insentif dari kerajaan hanya diberikan kepada ladang berskala komersial.

c) Menggalakkan sistem integrasi ternakan haiwan dalam kawasan pertanian

seperti ternakan lembu, kambing dan bebiri dalam kawasan estet kelapa sawit dan getah, ternakan unggas dalam kawasan kebun atau dusun buah-buahan, serta ternakan itik dan ikan di kawasan sawah padi. Usaha ini juga bertujuan untuk mengoptimakan penggunaan tanah pertanian serta menjana pendapatan tambahan kepada pengusaha.

d) Menggalakkan penggunaan teknologi baru seperti penggunaan ‘Sistem Reban Tertutup’ untuk ternakan ayam. Walau bagaimanapun, kipas udara mestilah tidak menghala ke kawasan perumahan yang berdekatan dan zon

Page 52: B3#:#PERTANIAN,#PERHUTANAN## …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan...tanaman kelapa sawit yang kurang daripada 10,000 hektar. LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan

LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan Perlombongan

B3-50

penampan sekurang-kurangnya 200 meter antara reban ayam dengan penempatan terdekat haruslah dipatuhi (rujuk panduan “Reban Tertutup Ayam Daging”, terbitan Jabatan Perkhidmatan Haiwan untuk perincian langkah perlaksanaan). Selain itu, penggunaan Sistem ‘Climate-Controlled

Housed Cows’ untuk ternakan tenusu, Sistem ‘Deep Tropical Agriculture’ untuk pengeluaran rumput.

e) Menggalakkan aktiviti penternakan burung walit di atas tanah pertanian

sahaja, khususnya dalam kawasan kelapa sawit, getah dan dusun buah-buahan.

f) Mengusahakan aktiviti penternakan secara mesra alam dengan

menggalakkan pengusaha memasuki Skim Akreditasi Ladang Ternakan (SALT).

iii. Sub-sektor Perikanan

a) Meningkatkan usaha perletakan tukun-tukun tiruan bagi memperkayakan sumber hidupan lautan, khususnya tukun dasar lembut yang akan berfungsi sebagai tempat pembiakan dan perlindungan serta membekalkan sumber makanan kepada hidupan laut. Usaha pembersihan tukun-tukun secara berkala seperti membuang pukat koyak harus juga dirancang dan diusahakan bagi memastikan tukun-tukun ini dapat memainkan fungsinya dengan berjaya.

b) Menggalak dan meningkatkan bilangan vesel menangkap ikan yang beroperasi di zon laut dalam (Zon C2), iaitu dengan menggalakkan nelayan Zon C meningkatkan kapasiti bot mereka kepada vesel berkapasiti 70 GRT dan ke atas untuk melayakkan mereka beroperasi di Zon C2.

c) Di samping itu, penggunaan teknologi terkini juga perlu digalakkan bagi mengurangkan input operasi dan meningkatkan hasil tangkapan. Contohnya, penggunaan “Fish Site Identification System – FSI” yang akan menentukan lokasi yang berpotensi untuk penangkapan ikan.

d) Mewartakan kawasan projek kebun kerang di persisiran pantai Sabak Bernam – Kuala Selangor – Klang dan projek ternakan udang di Sg. Nipah sebagai Zon Industri Akuakultur (ZIA), iaitu sebagai Kawasan Pertanian Utama Tahap 2 serta mengekalkannya untuk aktiviti akuakultur.

e) Meningkatkan produktiviti akuakultur menerusi usaha memperluaskan atau memperbanyakkan bilangan kolam, sangkar, tangki, iaitu dengan membangunkan kawasan-kawasan berpotensi yang berhampiran dengan

Page 53: B3#:#PERTANIAN,#PERHUTANAN## …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan...tanaman kelapa sawit yang kurang daripada 10,000 hektar. LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan

LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan Perlombongan

B3-51

tapak perusahaan sedia ada terutamanya kawasan Pulau Ketam. Penggunaan teknologi terkini yang bersesuaian dalam aktiviti akuakultur ini turut digalakkan.

f) Mengusahakan aktiviti akuakultur secara mesra alam dengan menggalakkan pengamalan Skim Pensijilan Ladang Akuakultur Malaysia (SPLAM) dan Skim Amalan Akuakultur Baik (GAqP).

g) Meningkatkan hasil pendaratan perairan umum dengan memperkayakan sumber perikanan, iaitu menerusi usaha pelepasan anak benih ikan atau udang di sekitar kawasan perairan umum. Dengan ini, dicadangkan supaya sejumlah 2,000,000 ekor benih ikan/udang dilepaskan ke perairan umum setiap tahun.

B3.5.2 Perhutanan

i. Mengekalkan kawasan perhutanan sedia ada, khususnya kawasan tadahan air serta kawasan rizab hidupan liar untuk jaminan bekalan sumber air pada masa hadapan dan mengekalkan keseimbangan ekologi. Tambahan lagi, kawasan perhutanan yang kaya dengan sumber flora dan fauna boleh dipromosikan untuk aktiviti eko-pelancongan bagi menjanakan pendapatan tambahan kepada ekonomi negeri.

ii. Meningkatkan produktiviti perhutanan dengan menanamkan pokok-pokok yang berkualiti tinggi serta mempunyai permintaan pasaran yang tinggi. Antaranya seperti pokok cengal, gaharu, getah dan tanaman herba.

iii. Menambahkan Hutan Simpan Kekal bagi tanah bermilik terutama tanah kerajaan supaya kawasan HSK dapat ditingkatkan.

B3.5.3 Perlombongan

i. Kawasan atau tapak yang mempunyai bahan mineral bernilai tinggi perlu dikekalkan untuk dilombong pada masa hadapan. Sementara untuk kawasan perlombongan atau pengkuarian sedia ada perlu dipantau oleh jabatan/agensi yang berkaitan bagi memastikan aktiviti ini dijalankan secara mesra alam.

ii. Membangunkan kawasan/tapak bekas lombong untuk aktiviti pertanian dan

lain-lain pembangunan perbandaran, melainkan jika kolam bekas lombong ini digunakan untuk bekalan air minuman bersih.

Page 54: B3#:#PERTANIAN,#PERHUTANAN## …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan...tanaman kelapa sawit yang kurang daripada 10,000 hektar. LAPORAN TINJAUAN Pertanian, Perhutanan dan