faktor yang mempengaruhi kegagalan · pdf filetanaman roselle, vanila, kenaf, nilam, daun...

24
i FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGAGALAN PROJEK TANAMAN VANILA. KAJIAN KES: FELDA AIR TAWAR 3, KOTA TINGGI, JOHOR ROHAYU BINTI CHE DAUD Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia JANUARI 2012

Upload: vandien

Post on 07-Feb-2018

261 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGAGALAN · PDF filetanaman roselle, vanila, kenaf, nilam, daun pandan dan mengkuang. ... vanila seperti Rentak Timur Sdn Bhd, pihak pengurusan FELDA dan

i

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGAGALAN PROJEK TANAMAN

VANILA. KAJIAN KES: FELDA AIR TAWAR 3, KOTA TINGGI, JOHOR

ROHAYU BINTI CHE DAUD

Laporan Projek Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

JANUARI 2012

Page 2: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGAGALAN · PDF filetanaman roselle, vanila, kenaf, nilam, daun pandan dan mengkuang. ... vanila seperti Rentak Timur Sdn Bhd, pihak pengurusan FELDA dan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PERAKUAN PELAJAR ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

SENARAI SINGKATAN xv

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Batasan Kajian 10

Page 3: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGAGALAN · PDF filetanaman roselle, vanila, kenaf, nilam, daun pandan dan mengkuang. ... vanila seperti Rentak Timur Sdn Bhd, pihak pengurusan FELDA dan

viii

1.8 Definisi Istilah 10

1.8.1 Faktor 11

1.8.2 Pengaruh 11

1.8.3 Kegagalan 11

1.8.4 Peneroka 12

1.8.5 FELDA 12

1.8.6 Spesies 12

1.8.7 Komoditi 13

1.8.8 Humus 13

1.8.9 pH 14

1.9 Kesimpulan 14

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 15

2.2 Senario Sektor Pertanian Negara 16

2.3 Faktor Sikap 17

2.4 Faktor Pengetahuan yang Dimiliki 19

2.5 Faktor Bantuan yang diterima 20

2.6 Maklumat Penanaman dan Penjagaan Vanila 22

2.7 Kesimpulan 26

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 27

3.2 Rekabentuk Kajian 27

3.3 Tempat Kajian 28

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 29

3.5 Kerangka operasi 29

3.6 Instrumen Kajian 32

3.7 Kesahan 35

Page 4: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGAGALAN · PDF filetanaman roselle, vanila, kenaf, nilam, daun pandan dan mengkuang. ... vanila seperti Rentak Timur Sdn Bhd, pihak pengurusan FELDA dan

ix

3.8 Analisis data 35

3.9 Kesimpulan 37

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 38

4.2 Analisis Data Soal Selidik Bahagian A 39

4.2.1 Taburan Kekerapan Mengikut Jantina 40

4.2.2 Taburan Kekerapan Mengikut Umur 40

4.2.3 Taburan Kekerapan Mengikut Tahap

Pendidikan 41

4.2.4 Taburan Kekerapan Mengikut Tahap

Kesihatan 42

4.2.5 Taburan Kekerapan Mengikut Tahap

Generasi FELDA 42

4.3 Analisis Data Soal Selidik Bahagian B 43

4.3.1 Faktor Sikap Mempengaruhi Kegagalan

Projek Tanaman Vanila 44

4.3.2 Faktor Pengetahuan Mempengaruhi

Kegagalan Projek Tanaman Vanila 47

4.3.3 Faktor Amalan Penjagaan Mempengaruhi

Kegagalan Projek Tanaman Vanila 50

4.3.4 Faktor Bantuan Mempengaruhi

Kegagalan Projek Tanaman Vanila 53

4.4 Analisis Data Temubual 56

4.4.1 Faktor Sikap Mempengaruhi Kegagalan

Projek Tanaman Vanila 56

4.4.2 Faktor Pengetahuan Mempengaruhi

Kegagalan Projek Tanaman Vanila 57

4.4.3 Faktor Amalan Penjagaan Mempengaruhi

Kegagalan Projek Tanaman Vanila 58

4.4.4 Faktor Bantuan Mempengaruhi

Kegagalan Projek Tanaman Vanila 59

Page 5: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGAGALAN · PDF filetanaman roselle, vanila, kenaf, nilam, daun pandan dan mengkuang. ... vanila seperti Rentak Timur Sdn Bhd, pihak pengurusan FELDA dan

x

4.5 Rumusan Analisis Data 60

4.5.1 Rumusan Analisis Data Soal Selidik 61

4.5.2 Rumusan Analisis Data Temubual 62

4.6 Kesimpulan 62

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 63

5.2 Rumusan Kajian 64

5.3 Kesimpulan Kajian 65

5.4 Perbincangan 67

5.4.1 Perbincangan Latar Belakang Responden 67

5.4.2 Perbincangan Persoalan Kajian 69

5.4.2.1 Faktor Sikap Mempengaruhi

Kegagalan Projek Tanaman Vanila 69

5.4.2.2 Faktor Pengetahuan Mempengaruhi

Kegagalan Projek Tanaman Vanila 70

5.4.2.3 Faktor Amalan Penjagaan

Mempengaruhi Kegagalan Projek

Tanaman Vanila 72

5.4.2.4 Faktor Bantuan Mempengaruhi

Kegagalan Projek Tanaman Vanila 73

5.5 Cadangan 74

5.5.1 Felda 74

5.5.2 Peneroka 75

5.6 Cadangan Penyelidikan di Masa akan Datang 75

5.7 Kesimpulan 76

BIBLIOGRAFI 77

LAMPIRAN 80

Page 6: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGAGALAN · PDF filetanaman roselle, vanila, kenaf, nilam, daun pandan dan mengkuang. ... vanila seperti Rentak Timur Sdn Bhd, pihak pengurusan FELDA dan

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

1.1 Harga Vanila Di Pasaran Dunia 3

3.1 Taburan soalan berdasarkan persoalan kajian 33

3.2 Tahap Penilaian 36

4.1 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Mengikut

Jantina Responden 40

4.2 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Mengikut

Umur Responden 40

4.3 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Mengikut

Tahap Pendidikan Responden 41

4.4 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Mengikut

Tahap Kesihatan Responden 42

4.5 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Mengikut

Tahap Generasi Felda 42

4.6 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Faktor Sikap

Mempengaruhi Kegagalan Projek Tanaman

Vanila 44

4.7 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Faktor

Pengetahuan Peserta Mempengaruhi Kegagalan

Projek Tanaman Vanila 47

Page 7: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGAGALAN · PDF filetanaman roselle, vanila, kenaf, nilam, daun pandan dan mengkuang. ... vanila seperti Rentak Timur Sdn Bhd, pihak pengurusan FELDA dan

xii

4.8 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Faktor

Amalan Penjagaan Mempengaruhi

Kegagalan Projek Tanaman Vanila 50

4.9 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Faktor

Bantuan Mempengaruhi Kegagalan Projek

Tanaman Vanila 53

4.10 Taburan Purata Peratusan Dapatan Keseluruhan

Kajian 61

Page 8: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGAGALAN · PDF filetanaman roselle, vanila, kenaf, nilam, daun pandan dan mengkuang. ... vanila seperti Rentak Timur Sdn Bhd, pihak pengurusan FELDA dan

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

3.1 Kerangka Alir Carta Operasi 31

Page 9: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGAGALAN · PDF filetanaman roselle, vanila, kenaf, nilam, daun pandan dan mengkuang. ... vanila seperti Rentak Timur Sdn Bhd, pihak pengurusan FELDA dan

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang Soal Selidik 80

B Soalan Temubual 86

C Gambar Projek Tanaman Vanila

Felda Air Tawar 3 87

D Senarai Nama Usahawan Vanila

Felda Air Tawar 3 88

E Surat Memohon Kebenaran Mendapatkan

Maklumat 90

F Pengesahan Soal Selidik Projek Sarjana Muda 91

Page 10: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGAGALAN · PDF filetanaman roselle, vanila, kenaf, nilam, daun pandan dan mengkuang. ... vanila seperti Rentak Timur Sdn Bhd, pihak pengurusan FELDA dan

xv

SENARAI SINGKATAN

FELDA - Federal Land Development Authority

SIUF - Skim Insentif Usahawan Felda

DPN3 - Dasar Pertanian Negara Ke-Tiga

PORIM - Institut Penyelidikan Kelapa Sawit

FELCRA - Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority

RISDA - Rubber Industry Small Holders Development Authority

MARDI - Malaysian Agricultural Research and Development Institute

FAMA - Federal Agriculture and Marketing Authority

KDNK - Keluaran Dalam Negara Kasar

PNK - Pendapatan Negara Kasar

PIPLB - Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

R&D - Research and Development

SPSS - Statistical Package for Social Science

IT - Information Technology

Page 11: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGAGALAN · PDF filetanaman roselle, vanila, kenaf, nilam, daun pandan dan mengkuang. ... vanila seperti Rentak Timur Sdn Bhd, pihak pengurusan FELDA dan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Industri pertanian adalah salah satu sektor yang menjadi sumber penting

kepada pertumbuhan ekonomi negara. Pendapatan rakyat terutamanya penduduk di

luar bandar banyak bergantung kepada bidang pertanian. Menurut Fatimah Arshad

(2007), sektor pertanian berperanan menyediakan tapak lonjakan kepada sesuatu

ekonomi ke arah pertumbuhan dan pembangunan sama ada melalui perindustrian

atau pertanian maju. Oleh sebab itu, kerajaan telah memberikan peruntukan yang

tinggi dalam belanjawan negara bagi menggalakkan peningkatan sektor pertanian

serta memastikan sektor pertanian menjadi salah satu sektor yang berdaya maju serta

mampu memberi pulangan yang lumayan kepada para pengusaha. Melalui data yang

diperolehi melalui Rancangan Malaysia Ke-9, kerajaan telah memperuntukkan

RM28,494,500 untuk projek pertanian yang melibatkan projek tanaman industri,

komoditi berpotensi dan juga florikultur. Bahagian Padi, Tanaman Industri dan

Florikultur (PTIF) ditubuhkan di bawah Jabatan Pertanian bagi memberi tumpuan

terhadap pembangunan tanaman dalam kategori tersebut yang mempunyai potensi

untuk dimajukan (Utusan Malaysia, 2007).

Page 12: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGAGALAN · PDF filetanaman roselle, vanila, kenaf, nilam, daun pandan dan mengkuang. ... vanila seperti Rentak Timur Sdn Bhd, pihak pengurusan FELDA dan

2

Kawasan penanaman orkid semakin meluas disebabkan oleh peningkatan

permintan yang semakin tinggi dari pasaran antarabangsa dan juga pasaran tempatan.

Johor memonopoli sebanyak 48 peratus dari jumlah pengeluaran orkid di Malaysia

diikuti oleh Perak, Selangor dan juga Pahang. Ini menunjukkan potensi tanaman

orkid untuk hidup subur dan berkembang di Malaysia adalah sangat besar. Selain

penguasaan dalam pengeluaran bunga-bungaan, Jabatan Pertanian juga berhasrat

untuk mempertingkatkan bidang pertanian dalam projek komoditi berpotensi seperti

tanaman roselle, vanila, kenaf, nilam, daun pandan dan mengkuang. Pokok vanila

merupakan spesies orkid yang sedang dibangunkan sebagai tanaman komoditi di

Malaysia.

Vanila ataupun nama saintifiknya “vanilla planifolia” merupakan sejenis

tumbuhan orkid yang berasal dari Mexico. Ia mula dikomersialkan di Mexico

beberapa abad yang lalu untuk digunakan sebagai penyegar minuman coklat dan

perisa tambahan tembakau oleh orang asli di sana (Utusan Malaysia, 1 Mei 2007).

Sejarah perkembangan vanila di Asia bermula pada 1721 apabila vanila dibawa ke

Eropah oleh orang Sepanyol sebelum dibawa oleh penjajah Belanda ke Bogor,

Indonesia pada 1819. Sejak 1850, vanila mula ditanam secara komersial di Indonesia

dan dikenali sebagai Emas Hijau. Apabila ia telah berjaya didebungakan, Indonesia

telah menjadi antara negara pengeluar yang menghasilkan vanila yang bermutu

tinggi di dunia.

Vanila digunakan secara meluas di dalam industri makanan, perubatan,

kosmetik, wangian, tayar, cat dan rokok. Sesuai dengan penggunaannya yang

meluas dalam pelbagai industri, vanila boleh mendatangkan pendapatan yang

lumayan kepada pengusahanya. Permintaan vanilla di pasaran global adalah sangat

tinggi sehingga mencecah 18,000 tan metrik setahun dan harganya boleh mencecah

antara RM150 hingga RM300 sekilogram bagi buah kering di pasaran antarabangsa

(Harian Metro, 12 Disember 2007).

Page 13: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGAGALAN · PDF filetanaman roselle, vanila, kenaf, nilam, daun pandan dan mengkuang. ... vanila seperti Rentak Timur Sdn Bhd, pihak pengurusan FELDA dan

3

Jadual 1.1: Harga Vanila di Pasaran Dunia

Tahun Harga (US$ per kilogram)

1998 19.26

1999 20.16

2000 33.55

2001 86.03

2002 145.45

2003 156.13

2004 400.00

(Sumber: Nadiah Mansor, 2010)

Menurut Claire Folkard (2002) vanila sesuai ditanam di kawasan beriklim

tropika yang mempunyai suhu di antara 26 darjah selsius sehingga 30 darjah selsius

dan ditanam secara meluas di beberapa negara antaranya Madagascar, Indonesia dan

China. Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah

membuat kajian dan penyelidikan pada tahun 1992 di mana telah membuktikan

pokok vanila boleh mengeluarkan buah yang berkualiti di negara ini (Berita Harian,

27 Februari 2008). Vanila telah ditanam di beberapa buah negeri di Malaysia seperti

Pahang, Sabah, Johor, Terengganu, Kelantan dan Perak (Koperasi Pembangunan

Desa, 2007).

Pelbagai insentif diberikan kerajaan kepada golongan sasaran yang terdiri

daripada petani, penternak dan pesawah sebagai usaha meningkatkan sektor

pertanian. Agensi kerajaan turut menyediakan pelbagai latihan, bantuan teknikal dan

pinjaman kepada usahawan yang terlibat dalam pertanian supaya mereka turut serta

dalam agenda pembangunan negara. Melalui konsep Rakan Niaga yang

diperkenalkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, agensi seperti

Agro Bank, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Tekun sama-

sama berusaha membimbing peserta projek.

Page 14: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGAGALAN · PDF filetanaman roselle, vanila, kenaf, nilam, daun pandan dan mengkuang. ... vanila seperti Rentak Timur Sdn Bhd, pihak pengurusan FELDA dan

4

Setelah mengetahui potensi vanila sebagai tanaman yang boleh memberi

pulangan yang lumayan, kerajaan melalui pihak FELDA telah menggalakkan 79

orang peneroka Felda Air Tawar 3, Kota Tinggi bersama pengurus feldanya untuk

melibatkan diri di dalam projek penanaman vanila di kawasan rumah masing-masing.

Projek penanaman vanila itu bermula pada tahun 2005. Peserta projek ini telah

mendapat bantuan pinjaman daripada FELDA melalui Skim Insentif Usahawan Felda

(SIUF). Manakala Rentak Timur Sendirian Berhad dilantik sebagai pihak yang

bertanggungjawab untuk membekalkan anak pokok vanila kepada peserta projek.

Skim Insentif Usahawan Felda merupakan usaha kerajaan bagi mendorong

kegiatan keusahawanan di kalangan peneroka di kawasan rancangan FELDA. Skim

ini menyediakan pinjaman tanpa faedah kepada peneroka yang berminat untuk

menjalankan projek bagi meningkatkatkan pendapatan mereka melalui program

keusahawanan yang diatur. Bagi peserta program penanaman vanila di Felda Air

Tawar 3, mereka mendapat pinjaman kewangan melalui skim ini sebanyak RM2500.

1.2 Latar Belakang Masalah

Bidang pertanian dilihat sebagai bidang keberhasilan negara yang sangat

menguntungkan. Matlamat Malaysia adalah ingin menjadi hub pengeluaran vanila

dan menjadikan tanaman vanila sebagai tanaman komoditi baru negara berdasarkan

prestasi vanila yang mempunyai pasaran yang luas di peringkat antarabangsa. Bagi

merealisasikan matlamat ini, usaha dan kerjasama yang proaktif daripada semua

pihak amat diperlukan. Usaha yang berterusan daripada pihak pembekal benih

vanila seperti Rentak Timur Sdn Bhd, pihak pengurusan FELDA dan para peserta

projek serta jabatan kerajaan yang berkaitan lain memainkan peranan dalam

menjayakan projek yang diusahakan.

Page 15: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGAGALAN · PDF filetanaman roselle, vanila, kenaf, nilam, daun pandan dan mengkuang. ... vanila seperti Rentak Timur Sdn Bhd, pihak pengurusan FELDA dan

5

Projek penanaman vanila yang dilaksanakan secara persendirian oleh seorang

bekas guru iaitu Ishak Musa dari Kampung Pamah Kulat, Raub, Pahang telah

membuahkan hasil. Beliau antara individu yang awal memulakan projek penanaman

vanila di Malaysia. Beliau telah memulakan projek penanaman semenjak tahun 2004

dan telah menanam kira-kira seribu pokok vanila (Musazlila, 2011).

Melihat kejayaan yang positif terhadap penanaman vanila dan prospek

kejayaan vanila di pasaran, pelbagai pihak mencari jalan bagi menjadikan tanaman

vanila sebagai satu industri di Malaysia. Ada pihak yang berusaha meningkatkan

bilangan pengusaha tanaman vanila dengan menjadi pembekal anak benih vanila

dengan tujuan tanaman vanila dapat diperluaskan ke seluruh negara. Kawasan

penanaman vanila di Malaysia turut mendapat perhatian di bahagian Sabah dan

Sarawak. Oleh kerana sedar tentang potensi pasaran vanila, peneroka FELDA

bersama pengurusnya telah mengambil inisiatif mengikuti projek tanaman vanila

dengan mengusahakan tanaman vanila yang ditanam di kawasan rumah masing-

masing.

Namun menurut pegawai FELDA Johor Bahru, En Razif Ahmad dan

Pengurus FELDA Air Tawar 3, En Normahadi Kasrin, projek tanaman vanila yang

diusahakan oleh peneroka di Felda Air Tawar 3, Kota Tinggi menemui kegagalan.

Projek tersebut tidak mendapat usaha yang berterusan daripada semua peserta secara

keseluruhannya. Ramai peserta tidak meneruskan projek yang telah dijalankan

kerana setelah bertahun-tahun menjaga tanaman vanila yang diusahakan, tiada hasil

yang mereka perolehi. Pihak FELDA sebagai pihak yang memberikan pinjaman

ingin menuntut kembali pinjaman balik daripada pihak peserta seperti perjanjian

awal setelah tempoh masa yang mereka berikan sudah tamat dan tempoh masa

penangguhan juga telah diberikan. Namun, bagi pihak peserta, mereka tidak mampu

membayar pinjaman balik kerana tiada hasil yang mereka perolehi dari projek

tanaman vanila yang mereka usahakan.

Page 16: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGAGALAN · PDF filetanaman roselle, vanila, kenaf, nilam, daun pandan dan mengkuang. ... vanila seperti Rentak Timur Sdn Bhd, pihak pengurusan FELDA dan

6

Di sini timbul persoalan kepada penyelidik mengapa projek tanaman vanila

yang diusahakan oleh peserta program di Felda Air Tawar 3 tidak berjaya sedangkan

projek yang diusahakan secara persendirian oleh En Ishak Musa berjaya mendapat

hasil. Oleh sebab itu, kajian ini akan cuba mengupas faktor yang mempengaruhi

kegagalan projek tanaman vanila di kawasan kajian. Di akhir kajian ini, beberapa

cadangan akan diusulkan bagi memperbaiki kelemahan sistem pelaksanaan dan

membantu peserta projek mendapatkan maklumat untuk memperbaiki pertanian yang

diamalkan.

1.3 Penyataan Masalah

Tanaman vanila merupakan tanaman yang berpotensi untu dibangunkan.

Namun, merujuk kepada latar belakang masalah, kegagalan projek tanaman vanila di

Felda Air Tawar 3, Kota Tinggi Johor adalah di luar jangkaan peneroka dan pihak

FELDA. Ramai peneroka kecewa dengan kegagalan projek tanaman vanila yang

diusahakan. Terdapat faktor yang perlu dikenal pasti menjadi punca kegagalan

projek tanaman vanila di kawasan kajian.

Oleh sebab itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti faktor yang

mempengaruhi kegagalan projek tanaman vanila yang diusahakan. Faktor yang

dipilih sebagai persoalan kajian adalah dari aspek sikap peserta, pengetahuan peserta,

amalan penjagaan tanaman vanila dan juga bantuan yang diterima oleh peserta projek

tanaman vanila terbabit. Kajian ini tertumpu kepada populasi seramai 50 orang yang

terdiri daripada peneroka yang menjadi peserta projek tanaman vanila di kawasan

kajian Felda Air Tawar 3, Kota Tinggi Johor.

Page 17: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGAGALAN · PDF filetanaman roselle, vanila, kenaf, nilam, daun pandan dan mengkuang. ... vanila seperti Rentak Timur Sdn Bhd, pihak pengurusan FELDA dan

7

1.4 Objektif kajian

Berdasarkan penyataan masaalah yang dikemukakan, objektif kajian yang

ingin dicapai melalui kajian yang dijalankan adalah seperti berikut:

1.4.1 Mengenal pasti faktor sikap peneroka mempengaruhi kegagalan projek

tanaman vanila.

1.4.2 Mengenal pasti faktor pengetahuan peneroka mempengaruhi kegagalan

projek tanaman vanila.

1.4.3 Mengenal pasti faktor amalan penjagaan tanaman mempengaruhi kegagalan

projek tanaman vanila

1.4.4 Mengenal pasti faktor bantuan mempengaruhi kegagalan projek tanaman

vanila.

1.5 Persoalan Kajian

Secara umumnya, persoalan kajian ini melibatkan penglibatan peneroka

dalam projek penanaman vanila di Felda Air Tawar 3, Kota Tinggi, Johor.

1.5.1 Adakah faktor sikap peneroka mempengaruhi kegagalan projek tanaman

vanila?

1.5.2 Adakah faktor pengetahuan peneroka mempengaruhi kegagalan projek

tanaman vanila?

1.5.3 Adakah faktor amalan penjagaan mempengaruhi kegagalan projek

tanaman vanila?

1.5.4 Adakah faktor bantuan mempengaruhi kegagalan projek tanaman vanila?

Page 18: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGAGALAN · PDF filetanaman roselle, vanila, kenaf, nilam, daun pandan dan mengkuang. ... vanila seperti Rentak Timur Sdn Bhd, pihak pengurusan FELDA dan

8

1.6 Kepentingan Kajian

Penyelidik melakukan kajian ini adalah untuk melihat apakah faktor-faktor

yang mempengaruhi kegagalan projek penanaman vanila di kawasan kajian. Hal ini

bagi memastikan matamat untuk memperluaskan penanaman tanaman vanila di

kawasan lain akan berjaya dan membantu hasrat kerajaan menjadikan vanila sebagai

tanaman komoditi selepas getah dan kelapa sawit.

Penyelidikan yang dijalankan diharap dapat memberi jawapan kepada peserta

dan juga pihak FELDA yang masih mencari punca kegagalan projek penanaman

vanila yang diusahakan. Di samping itu juga, kajian ini akan memberi satu bahan

ilmiah kepada pihak Universiti Teknologi Malaysia (UTM) jika penyelidikan ini

dapat dilaksanakan oleh penyelidik dengan jayanya. Dapatan daripada kajian ini

akan dapat memberikan satu perbandingan dan pengetahuan yang baik kepada pihak

FELDA dan pihak bertanggungjawab yang lain dalam merangka projek pertanian

terutamanya melibatkan penanaman vanila. Kajian ini akan membantu pihak yang

berkaitan kerana:

1.6.1 Peneroka

Kajian ini diharapkan dapat digunakan oleh peneroka untuk mendapatkan

jawapan punca kegagalan projek yang diusahakan. Ini penting bagi membantu

mereka lebih bersedia sekiranya mencuba tanaman yang baru pada masa hadapan.

Melalui kajian ini juga peneroka dapat menyuarakan pendapat mereka berkaitan

dengan permasalahan yang berlaku. Selain itu, peneroka juga mendapat pendedahan

mengenai peluang penanaman vanila sekiranya diusakan secara efektif.

Page 19: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGAGALAN · PDF filetanaman roselle, vanila, kenaf, nilam, daun pandan dan mengkuang. ... vanila seperti Rentak Timur Sdn Bhd, pihak pengurusan FELDA dan

9

1.6.2 Pihak pengurusan FELDA

Dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu pihak yang bertanggungjawab

membuat perancangan program yang lebih berstruktur yang sesuai dengan keperluan

peserta dan industri pertanian. Di samping itu juga, dapatan kajian ini juga

diharapkan membantu pihak pengurusan FELDA merancang kemahiran yang relevan

dengan keperluan projek penanaman.

1.6.3 MARDI dan FAMA

Selain itu, dapatan kajian ini juga diharap dapat digunakan oleh pihak

MARDI dan FAMA untuk membuat perancangan yang lebih sistematik berkaitan

tanaman vanila sekaligus membantu meningkatkan potensi vanila untuk di tanamdi

tanah rancangan FELDA di kawasan Kota Tinggi khususnya dan seluruh Johor

amnya.

1.6.4 Generasi muda Felda

Hasil kajian ini diharap dapat digunakan oleh generasi muda FELDA bagi

mencari penyelesaian masalah yang berlaku pada tanaman dan menyambung kembali

projek tanaman secara lebih berkala.

Page 20: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGAGALAN · PDF filetanaman roselle, vanila, kenaf, nilam, daun pandan dan mengkuang. ... vanila seperti Rentak Timur Sdn Bhd, pihak pengurusan FELDA dan

10

1.7 Batasan Kajian

Menurut Mohd Najib (1999), penyelidik tidak mampu untuk mengkaji semua

aspek yang berkaitan dengan masalah kajian. Keputusan kajian yang dilakukan

mungkin tidak dapat mencakupi semua aspek yang boleh memberi penyelesaian

kepada masalah yang berkaitan. Batasan yang dihadapi oleh penyelidik adalah dari

segi persoalan kajian, sampel kajian dan lokasi yang dikaji. Kajian yang dijalankan

ini hanyalah memberi fokus kepada faktor tertentu sahaja. Di samping itu,

penyelidik juga tidak dapat menggunakan seluruh populasi seperti perancangan awal

berikutan faktor kesihatan responden dan juga keberadaan responden di rumah

kerana setiap responden ditemubual di rumah masing-masing. Ada beberapa orang

responden telah berpindah tinggal bersama anak-anak di kawasan lain dan ada

responden yang tiada di rumah kerana keluar ke ladang atau atas urusan luar. Selain

itu, kajian yang dilakukan hanya terhad kepada satu kumpulan kecil iaitu peserta

projek penanaman di Felda Air Tawar 3, Kota Tinggi, Johor dan tidak melibatkan

seluruh peserta projek tanaman vanila di seluruh Malaysia.

1.8 Definisi Istilah

Istilah-istilah yang digunakan di dalam kajian ini membawa maksud

tersendiri. Definisi yang dibuat adalah untuk memudahkan penyelidik menjalankan

penyelidikan supaya tidak terkeliru dengan istilah umum. Ia juga membantu

pembaca memahami dengan lebih jelas setiap isu yang dibincangkan. Tajuk kajian

ini ialah “Faktor Yang Mempengaruhi Kegagalan Projek Tanaman Vanila. Kajian

kes di Felda Air Tawar 3, Kota Tinggi, Johor”. Pembolehubah yang digunakan

adalah berkaitan sikap, pengetahuan, amalan penjagaan dan bantuan. Dalam kajian

ini, beberapa definisi digunakan dan berikut merupakan maksud setiap perkataan:

Page 21: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGAGALAN · PDF filetanaman roselle, vanila, kenaf, nilam, daun pandan dan mengkuang. ... vanila seperti Rentak Timur Sdn Bhd, pihak pengurusan FELDA dan

11

1.8.1 Faktor

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2008:2011) istilah faktor

membawa maksud keadaan atau situasi yang menjadi punca dan penyebab sesuatu

kejadian. Berdasarkan persoalan kajian, faktor ini dirujuk kepada penyebab yang

menyebabkan tanaman vanila yang diusahakan tidak berjaya.

1.8.2 Pengaruh

Menurut Kamus Bahasa Melayu Nusantara (2002:2038) istilah pengaruh

adalah bermaksud daya atau kebolehan yang dapat mengubah watak, kepercayaan,

perbuatan seseorang. Manakala mempengaruhi membawa maksud menggunakan

pengaruh untuk tujuan tertentu. Berdasarkan kajian, pengaruh dikaitkan dengan

punca kejadian yang menyumbang kepada permasalah yang berlaku.

1.8.3 Kegagalan

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2008:2011) perkataan gagal

membawa maksud tidak berjaya mencapai tujuan ataupun tidak berhasil. Manakala

mempengaruhi kegagalan adalah perkara yang boleh menyebabkan kekecewaan atau

ketidak berhasilan terjadi.

Page 22: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGAGALAN · PDF filetanaman roselle, vanila, kenaf, nilam, daun pandan dan mengkuang. ... vanila seperti Rentak Timur Sdn Bhd, pihak pengurusan FELDA dan

12

1.8.4 Peneroka

Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, peneroka ialah orang yang meneroka

atau membuka kawasan baru atau menyelidik sesuatu. Peneroka Felda adalah

panggilan atau istilah yang digunakan bagi merujuk kepada peserta tanah rancangan

Felda. Peneroka yang terlibat dalam kajian adalah orang yang awal menetap di

kawasan kajian di bawah tanah rancangan FELDA Air Tawar 3, Kota Tinggi Johor.

1.8.5 FELDA

FELDA adalah singkatan bagi Faderal Land Davelopment Authority atau

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) yang ditubuhkan pada 1 Julai 1956

di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956. Tujuan utama penubuhan Felda adalah

untuk membangunkan kawasan luar Bandar sebagai kawasan pertanian yang berdaya

maju. Felda hari ini menjadi model ciptaan Malaysia yang unik dan membanggakan.

FELDA bagi rujukan kajian adalah badan yang bertanggungjawab membantu

peneroka mendapatkan pinjaman dan menguruskan hal ehwal peneroka dalam

pelaksanaan projek tanaman vanila di kawasan kajian.

1.8.6 Spesies

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2008:2011) istilah spesies

membawa maksud golongan haiwan atau tumbuh-tumbuhan dan lain-lain yang

mempunyai ciri-ciri yang sama. Istilah ini merujuk pada kajian berkaitan dengan

Page 23: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGAGALAN · PDF filetanaman roselle, vanila, kenaf, nilam, daun pandan dan mengkuang. ... vanila seperti Rentak Timur Sdn Bhd, pihak pengurusan FELDA dan

13

tanaman vanila yang mana mempunyai ciri yang sama dengan orkid kerana vanila

juga berada dalam kumpulan tumbuhan jenis orkid.

1.8.7 Komoditi

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2008:2011) istilah komoditi

membawa maksud barangan yang diperdagangkan terutamanya keluaran ladang,

bahan mentah dan bahan galian. Berdasarkan kajian yang dibuat, komoditi yang

dimaksudkan adalah tanaman vanila mempunyai nilai dagangan yang tinggi di mana

boleh dieksport keluar negara secara besar-besaran kerana mempunyai permintaan

yang tinggi. Hasil pertanian yang menjadi tanaman komoditi negara sekarang adalah

kelapa sawit dan getah. Oleh sebab itu, peneroka harus berusaha mencari formula

penanaman vanila sampai berjaya kerana potensi vanila untuk dipasarkan amat tinggi

bagi memenuhi permintaan pasaran dunia.

1.8.8 Humus

Menurut Kamus Dewan Edisi ke empat, humus membawa maksud bahan

organik pada lapisan tanah atas berwarna hitam kaya dengan nutrien hasil dari

tumbuhan dan haiwan yang reput. Menurut kamus Pelajar, humus bermaksud

lapisan tanah yang terjadi daripada daun, pokok dan lain-lain yang telah reput.

Persoalan kajian pula merujuk pada humus dalam tanah di kawasan projek tanaman

vanila.

Page 24: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGAGALAN · PDF filetanaman roselle, vanila, kenaf, nilam, daun pandan dan mengkuang. ... vanila seperti Rentak Timur Sdn Bhd, pihak pengurusan FELDA dan

14

1.8.9 pH

Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, pH ialah ukuran tentang keasidan atau

kealkalian sesuatu larutan dgn skala antara 0 hingga 14, iaitu pH7 menunjukkan

larutan yg neutral, kurang dari pH7 menunjukkan larutan berasid, dan lebih

menunjukkan larutan beralkali.

1.9 Kesimpulan

Bidang pertanian merupakan sektor yang dapat memberi pulangan yang

lumayan kepada petani sekiranya diusahakan dengan bersungguh-sungguh dalam

skala yang besar. Petani harus sentiasa mencari alternatif untuk memperkembangkan

hasil pertanian mereka. Berdasarkan kepada Bab 1 ini, penyelidik telah

menerangkan tentang pengenalan, latar belakang masalah, pernyataan masalah,

objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, batasan kajian dan definisi

istilah. Berdasarkan elemen-elemen di atas penyelidik akan melakukan penyelidikan

untuk kajian selanjutnya.