anugerah perkhidmatan 25 tahun - llm.gov.my · apakah yang akan membimbing kita? ... sebuah...

20
EDISI 1 / Januari - Jun 2017 Buletin Lembaga Lebuhraya Malaysia

Upload: dobao

Post on 05-Apr-2018

245 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: ANUGERAH PERKHIDMATAN 25 TAHUN - llm.gov.my · Apakah yang akan membimbing kita? ... Sebuah persekitaran yang selamat, lestari, ... lalu lintas yang berlaku di Jalan Pahang

EDISI 1 / Januari - Jun 2017

Buletin Lembaga Lebuhraya Malaysia

Page 2: ANUGERAH PERKHIDMATAN 25 TAHUN - llm.gov.my · Apakah yang akan membimbing kita? ... Sebuah persekitaran yang selamat, lestari, ... lalu lintas yang berlaku di Jalan Pahang

Redaksi

FotografiEn. Mohamed Saiful Bin Mohamad Shapri

EditorCik Shuhana Binti HashimCik Nithiyaa a/p MoorthyPn. Jamalliah Binti Md. SaripCik Noor Syahierah Binti Abdul Aziz

YBhg. Datuk Ir. Hj. Ismail Bin Md. Salleh

Pn. Zuraida Binti Shaharudin

Pn. Haslina Binti Hashim

Penaung

Penasihat

Ketua Editor

LAWATAN TAPAK DAN PEMBUKAAN JALAN KELUAR MASUK DI PERSIMPANGAN BERTINGKAT KUANG SISTEM

ANUGERAH PERKHIDMATAN 25 TAHUN

KEMPEN ADVOKASI KESELAMATAN LEBUHRAYA SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA 2017

ROAD SHOW ETC

MAJLIS PEMBUKAAN DAN LAWATAN TAPAK TANJAKAN HUBUNGANKUCHAI OLEH YB MENTERI KERJA RAYA DI PERSIMPANGAN BERTINGKATTAMAN DESA, LEBUHRAYA BARU PANTAI (NPE)

KEMPEN #CONTACTLAHKAMI

HARI ICT LLM 2017

PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN KORPORAT

INFO TN50

LAWATAN KERJA KE TAPAK PROJEK LEBUHRAYA DUTA – ULU KELANG(DUKE) FASA 2

BUDI DISANJUNG JASA DIKENANG IR. MOHD. SALEH BIN SANTHIMANTIMBALAN KETUA PENGARAH (PEMBANGUNAN)

KEMPEN ADVOKASI KESELAMATAN LEBUHRAYA SEMPENA PERAYAANHARI RAYA AIDILFITRI 2017

PEMBUKAAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT BANDAR TASIK PUTERI,LEBUHRAYA LATAR

SUDUT LENSA

IKATAN JANJI

PERMATA HATI

3

3

4

5

6

7

8

9

10

12

13

14

15

16

20

20

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Illahi kerana masih diberi kesempatan bertemu untuk berkongsi ilmu dan maklumat terkini dalam Buletin Lebuh Raya, Edisi 1/2017.

Penerbitan Buletin Lembaga Lebuhraya Malaysia kini dijenamakan semula sebagai LEBUH RAYA agar relevan sebagai bahan bacaan yang mengandungi aktiviti dan maklumat berkaitan pemban-gunan serta pengurusan lebuh raya di peringkat Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan syarikat-syarikat konsesi di bawah seliaannya.

Secara ringkasnya penerbitan kali ini mengandungi artikel mengenai pembukaan lebuh raya baharu, kempen advokasi keselamatan jalan raya, peningkatan budaya teknologi maklumat dan komunikasi serta program tanggungjawab sosial dan korporat.

Sebagai sebuah negara maju Kerajaan telah menyasarkan untuk menjadi antara negara teratas di tangga dunia dari aspek ekonomi, kesejahteraan rakyat dan inovasi. Melalui Transformasi Nasion-al 2050 atau TN50 adalah usaha Kerajaan untuk memenuhi sasaran dan membentuk masa depan Malaysia bagi tempoh 2020-2050. Infografik TN50 turut dimuatkan dalam penerbitan ini sebagai pembuka minda.

Akhir sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam penerbitan Buletin LLM Edisi 1/2017. Segala usaha yang dicurahkan amatlah dihargai.

PengarangEDISI 1 / Januari - Jun 2017

Buletin Lembaga Lebuhraya Malaysia

Page 3: ANUGERAH PERKHIDMATAN 25 TAHUN - llm.gov.my · Apakah yang akan membimbing kita? ... Sebuah persekitaran yang selamat, lestari, ... lalu lintas yang berlaku di Jalan Pahang

03JANUARI 2017

03JANUARI 2017AMALKAN INTEGRITI HIDUP DIBERKATI

RAWANG, 9 Januari

KAJANG, 11 Januari Seramai sembilan warga LLM telah menerima Anugerah Perkhidmatan 25 tahun sebagai tanda penghargaan LLM ke atas jasa bakti yang dicurahkan semasa berlangsungnya Majlis Perhimpunan Bulan Januari 2017. Penghargaan sebegini bertujuan memotivasikan warga LLM dalam mencapai visi dan misi organisasi. Portal rasmi baharu LLM yang kini lebih interaktif, dinamik dan mesra pengguna juga turut dilancarkan dalam majlis tersebut.

Pembukaan jalan keluar masuk sepanjang 3.1km di Persimpangan Bertingkat Kuang Sistem yang disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof akan menyediakan laluan lebih mudah dan cepat dari Kuala Lumpur ke Kundang serta kawasan sekitarnya di utara Selangor.Laluan baru ini juga melengkapi akses lebuh raya lain seperti Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR) dan Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE). Akses mudah ini akan mendorong pembangunan di kawasan Kundang seterusnya meningkatkan status sosio-ekonomi penduduk setempat.

ANUGERAH PERKHIDMATAN 25 TAHUN

LAWATAN TAPAK DAN PEMBUKAANJALAN KELUAR MASUK DIPERSIMPANGAN BERTINGKAT KUANG SISTEM

Page 4: ANUGERAH PERKHIDMATAN 25 TAHUN - llm.gov.my · Apakah yang akan membimbing kita? ... Sebuah persekitaran yang selamat, lestari, ... lalu lintas yang berlaku di Jalan Pahang

04JANUARI 2017

AMALKAN INTEGRITI HIDUP DIBERKATI

KEMPEN ADVOKASI KESELAMATAN LEBUHRAYA SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA 2017SHAH ALAM, 19 Januari

Kementerian Kerja Raya dengan sokongan LLM dan Persatuan Syarikat-Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Management & Science University (MSU) telah menjayakan Kempen Advokasi Keselamatan Lebuhraya bersempena perayaan Tahun Baru Cina 2017 di kampus MSU, Shah Alam, Selangor. Kempen Advokasi Keselamatan Lebuhraya ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pengguna lebuh raya yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Tahun Baru Cina.

#Respeklabro telah digunapakai dalam kempen ini kerana tumpuan utamanya adalah kepada agen perubahan iaitu pelajar universiti bagi menerapkan nilai pemanduan berhemah dan bertimbang rasa di atas jalan raya. Selaras dengan Pelan Tindakan Keselamatan Jalan Raya 2014-2020, kempen ini merupakan satu program keselamatan yang berteraskan pendidikan berterusan (continuous education programme).

Page 5: ANUGERAH PERKHIDMATAN 25 TAHUN - llm.gov.my · Apakah yang akan membimbing kita? ... Sebuah persekitaran yang selamat, lestari, ... lalu lintas yang berlaku di Jalan Pahang

AMALKAN INTEGRITI HIDUP DIBERKATI

05FEBRUARI 2017

KERIAN, 17 Februari

Transaksi bayaran tol di 71 plaza tol Lebuhraya Utara-Selatan dilaksanakan secara elektronik sepenuhnya mulai 26 April 2017. Pelaksanaan ini turut melibatkan transaksi bayaran tol di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dan Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE).

Taklimat dan hebahan kepada media telah diadakan di Kawasan Rehat dan Rawat Gunung Semanggol, Arah Selatan, Lebuhraya Utara-Selatan. YB Dato’ Dr. Noor Azmi Bin Ghazali, Pengerusi LLM turut melancarkan Kempen Pelaksanaan Sistem Kutipan Tol Secara Elektronik Sepenuhnya.

ROAD SHOW ETC

Page 6: ANUGERAH PERKHIDMATAN 25 TAHUN - llm.gov.my · Apakah yang akan membimbing kita? ... Sebuah persekitaran yang selamat, lestari, ... lalu lintas yang berlaku di Jalan Pahang

06MAC 2017

AMALKAN INTEGRITI HIDUP DIBERKATI

KUALA LUMPUR, 8 Mac Pembukaan Tanjakan Hubungan Kuchai di Persimpangan Bertingkat Taman Desa, Lebuhraya Baru Pantai (NPE) oleh YB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Menteri Kerja Raya akan memberikan perjalanan yang lebih selesa kepada pengguna jalan raya di sekitar Kuchai Lama. Tanjakan sepanjang 1km itu membantu mengurangkan kesesakan trafik pada waktu puncak di sebelah pagi dan menjimatkan 10 minit masa perjalanan.

MAJLIS PEMBUKAAN DAN LAWATAN TAPAK TANJAKAN HUBUNGAN KUCHAI OLEH YB MENTERI KERJA RAYA DI PERSIMPANGAN BERTINGKAT TAMAN DESA, LEBUHRAYA BARU PANTAI (NPE)

Page 7: ANUGERAH PERKHIDMATAN 25 TAHUN - llm.gov.my · Apakah yang akan membimbing kita? ... Sebuah persekitaran yang selamat, lestari, ... lalu lintas yang berlaku di Jalan Pahang

07MAC 2017

AMALKAN INTEGRITI HIDUP DIBERKATI

KEMPEN #CONTACTLAHKAMI

KUALA LUMPUR, 17 Mac Kempen #ContactlahKami adalah satu komitmen untuk mengadakan hubungan bersama orang awam menerusi aplikasi khas telefon pintar dan perkhidmatan van bergerak. Usaha ini digerakkan khas oleh Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) bagi pembangunan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) dan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE).

Orang ramai boleh menyalurkan maklumat dan cadangan menerusi aplikasi berkenaan atau terus berhubung di kaunter bergerak. YBhg. Datuk Ir. Hj. Ismail Bin Md. Salleh, Ketua Pengarah LLM hadir merasmikan majlis pelancaran kempen tersebut di Pejabat Operasi SUKE.

Page 8: ANUGERAH PERKHIDMATAN 25 TAHUN - llm.gov.my · Apakah yang akan membimbing kita? ... Sebuah persekitaran yang selamat, lestari, ... lalu lintas yang berlaku di Jalan Pahang

08APRIL 2017

AMALKAN INTEGRITI HIDUP DIBERKATI

HARI ICTLLM 2017KAJANG, 6 April

Hari ICT 2017 peringkat LLM telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk. Ir. Hj. Ismail bin Md. Salleh, Ketua Pengarah LLM dengan tema “Pembudayaan ICT Pemangkin Kompetensi”. Pelancaran Pelan Strategik ICT LLM 2016-2020 dan sesi ceramah oleh MAMPU, CyberSecurity Malaysia, TM Research and Development serta Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), PDRM telah turut diadakan di sepanjang program ini.

Selain itu, pameran ICT dari beberapa agensi turut memeriahkan Hari ICT dengan pameran teknologi terkini yang digunapakai di agensi masing-masing. Program sebegini diharapkan dapat memartabatkan ICT selaras dengan temanya.

Page 9: ANUGERAH PERKHIDMATAN 25 TAHUN - llm.gov.my · Apakah yang akan membimbing kita? ... Sebuah persekitaran yang selamat, lestari, ... lalu lintas yang berlaku di Jalan Pahang

09MEI 2017

AMALKAN INTEGRITI HIDUP DIBERKATI

PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL DANKORPORATPUNCAK ALAM, 15 Mei

Program Tanggungjawab Sosial dan Korporat (CSR) oleh LLM bersama PSKLM adalah satu inisiatif untuk membantu dan meringankan beban kumpulan sasaran. Seramai 74 kanak-kanak dari Rumah Safiyyah, Puncak Alam telah menerima pakaian seragam dan barangan keperluan harian pada program CSR kali ini. Pelaksanaan Program CSR seumpama ini sememangnya mencetus kesan positif kepada organisasi dan masyarakat.

Page 10: ANUGERAH PERKHIDMATAN 25 TAHUN - llm.gov.my · Apakah yang akan membimbing kita? ... Sebuah persekitaran yang selamat, lestari, ... lalu lintas yang berlaku di Jalan Pahang

10INFO

Sepanjang sejarah pembangunan negara, kita berpandukan cita-cita yang murni pada masa-masa yang penting. Bermula dengan

era Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), kita melangkah ke era Wawasan2020 (1991-2020). Kini, kita perlu bersedia menghadapi tempoh 30

tahun akan datang.

Dunia akan jauh berbeza dari sekarang dalam tahun 2050 -

Apakah yang akan membimbing kita?

Transformasi Nasional 2050 atau TN50 adalah satu usaha untukmembentuk masa depan Malaysia bagi tempoh 2020 hingga 2050. Dari sebuah negara maju, kita harus menyasar untuk menjadi antaranegara teratas di tangga dunia dalam ekonomi, kesejahteraan rakyat

dan inovasi. Sasaran ini harus diisi dan diberi makna oleh warga Malaysia sendiri. Ayuh, marilah kita berkongsi pendapat dan idea serta

menetapkan matlamat bersama ke arah masa hadapan Negaraku.

Bersama kita satukan minda dan harapan.

TENTANG TN50

ERAPEMBANGUNAN

NEGARA

1971 - 1990DASAR EKONOMI

BARU

1991 - 2020WAWASAN 2020

2021 - 2050TRANSFORMASINASIONAL 2050

“Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum

& menghapus pengenalankaum mengikut fungsi

ekonomi”

“Menjadi negara majumengikut acuan sendiri”

9 Cabaran3 fasa utama :

Dasar Pembangunan NegaraDasar Wawasan NegaraModel Baru Ekonomi

“Menjadi negara 20 teratasdalam pembangunan

ekonomi, kemajuan sosialdan inovasi.”

Dibentuk oleh aspirasi rakyat.Berpandu sasaran yang jelas

Page 11: ANUGERAH PERKHIDMATAN 25 TAHUN - llm.gov.my · Apakah yang akan membimbing kita? ... Sebuah persekitaran yang selamat, lestari, ... lalu lintas yang berlaku di Jalan Pahang

11INFO

AMALKAN INTEGRITI HIDUP DIBERKATI

NILAI MURNI

URUS TADBIR

PERSEKITARAN

PENDIDIKAN / PEMBELAJARAN

PEKERJAAN

GAYA HIDUP

MALAYSIA DI PENTAS GLOBAL

1

2

3

4

5

6

7

Sebuah masyarakat yang bersemangat, terbuka dan inklusif

Sebuah model pentadbiran awam yang efektif dan seimbang

Sebuah persekitaran yang selamat, lestari, efisien dan menyediakankehidupan yang sihat

Sebuah ekosistem yang relevan, menyeluruh dan mempunyai persekitaranpembelajaran yang berterusan

Sebuah ekonomi yang kompetitif dan maju yang dipacu oleh sumber tenagakerja yang berdaya tinggi

Gaya hidup yang bertenaga, aktif dan mesra sosial

Negara yang mempunyai pengaruh utama di persada antarabangsa

Page 12: ANUGERAH PERKHIDMATAN 25 TAHUN - llm.gov.my · Apakah yang akan membimbing kita? ... Sebuah persekitaran yang selamat, lestari, ... lalu lintas yang berlaku di Jalan Pahang

12MEI 2017

AMALKAN INTEGRITI HIDUP DIBERKATI

AYER TAWAR, 19 Mei

LAWATAN TAPAK AHLI LEMBAGA PENGARAH LLM KE TAPAK PEMBINAAN PROJEK WCE

Ahli Lembaga Pengarah LLM telah mengadakan lawatan tapak ke projek Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (LPPB). Lawatan ini bertujuan untuk melihat kemajuan projek di tapak, di mana projek LPPB ini dijangka akan siap pada tahun 2019. Sepanjang lawatan tersebut, Ahli Lembaga Pengarah LLM telah diberikan taklimat pelaksanaan projek oleh pihak LPPB dan dibawa melawat ke tapak di Seksyen 9 (Changkat Chermin) dan Seksyen 10 (Ayer Tawar).

Page 13: ANUGERAH PERKHIDMATAN 25 TAHUN - llm.gov.my · Apakah yang akan membimbing kita? ... Sebuah persekitaran yang selamat, lestari, ... lalu lintas yang berlaku di Jalan Pahang

KUALA LUMPUR, 23 Mei

13JUN 2017

AMALKAN INTEGRITI HIDUP DIBERKATI

LAWATAN KERJA KE TAPAK PROJEK LEBUHRAYADUTA – ULU KELANG (DUKE) FASA 2

Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof telah mengadakan lawatan kerja ke tapak projek Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) Fasa 2 untuk meninjau perancangan skim pelan pengurusan lalu lintas di Jalan Tun Razak dan Jalan Pahang. Laluan lencongan melalui sebahagian jajaran Tun Razak Link ini dijangka dapat membantu mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yang berlaku di Jalan Pahang.

Laluan ini juga akan memberi alternatif kepada kenderaan daripada Jalan Tun Razak dan juga Jalan Pahang untuk terus ke Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak melalui Lebuhraya DUKE.

Page 14: ANUGERAH PERKHIDMATAN 25 TAHUN - llm.gov.my · Apakah yang akan membimbing kita? ... Sebuah persekitaran yang selamat, lestari, ... lalu lintas yang berlaku di Jalan Pahang

AMALKAN INTEGRITI HIDUP DIBERKATI

SERDANG, 16 Jun

KEMPEN ADVOKASI KESELAMATANLEBUHRAYA SEMPENA PERAYAAN HARIRAYA AIDILFITRI 2017

KKR dengan kerjasama LLM dan PSKLM telah melancarkan Kempen Advokasi Keselamatan Lebuh Raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017 bertempat di Bangunan Timbalan Naib Canselor, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Kempen Advokasi Keselamatan Lebuhraya ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pengguna lebuh raya yang akan pulang ke kampung halaman untuk berhari raya, mahupun yang berada di ibu kota Kuala Lumpur. Kempen yang dilancar dengan menggunakan platform media sosial dengan hashtag #Respeklabro bertujuan untuk menangani isu keselamatan jalan raya secara lebih menyeluruh dengan melaksanakan intipati-intipati utama dalam Pelan Tindakan Keselamatan Jalan Raya 2014-2020.

14JUN 2017

Page 15: ANUGERAH PERKHIDMATAN 25 TAHUN - llm.gov.my · Apakah yang akan membimbing kita? ... Sebuah persekitaran yang selamat, lestari, ... lalu lintas yang berlaku di Jalan Pahang

PEMBUKAAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT BANDAR TASIK PUTERI, LEBUHRAYA LATAR

RAWANG, 21 Jun Persimpangan Bertingkat Bandar Tasik Puteri, Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR) yang dibuka secara rasmi oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Seri Zohari Akob bukan sahaja akan memberi manfaat kepada pengguna, malah bakal memacu aktiviti dan pertumbuhan ekonomi di kawasan berkenaan.

Persimpangan ini menyediakan akses terus ke Lebuhraya LATAR dan mampu menyelesaikan masalah kesesakan trafik di Bandar Baru Kundang serta Jalan Rawang-Batu Arang yang mana pada masa ini ia menjadi akses alternatif bagi penduduk Bandar Tasik Puteri untuk keluar dan masuk ke Lebuharaya LATAR.

15JUN 2017

AMALKAN INTEGRITI HIDUP DIBERKATI

Page 16: ANUGERAH PERKHIDMATAN 25 TAHUN - llm.gov.my · Apakah yang akan membimbing kita? ... Sebuah persekitaran yang selamat, lestari, ... lalu lintas yang berlaku di Jalan Pahang

SUDU

T LE

NSA

SUDU

T LE

NSA

SESI PERJUMPAANYBHG DATUK KETUA PENGARAH LLM BERSAMA PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM SYARIKAT KONSESI

MAJLIS SIGN OFF KHIDMAT PERUNDINGAN PERANCANGAN STRATEGIK ICT

3 FEBRUARI 2017

3 MAC 2017

16SUDUT LENSA

AMALKAN INTEGRITI HIDUP DIBERKATI

Page 17: ANUGERAH PERKHIDMATAN 25 TAHUN - llm.gov.my · Apakah yang akan membimbing kita? ... Sebuah persekitaran yang selamat, lestari, ... lalu lintas yang berlaku di Jalan Pahang

SUDUT LENSA SUDUT LENSALAWATAN TEKNIKAL CIHT HONG KONG

RHB SHIMANO HIGHWAY RIDE @ LEKAS 2017

9 MAC 2017

15 APRIL 2017

17SUDUT LENSA

AMALKAN INTEGRITI HIDUP DIBERKATI

Page 18: ANUGERAH PERKHIDMATAN 25 TAHUN - llm.gov.my · Apakah yang akan membimbing kita? ... Sebuah persekitaran yang selamat, lestari, ... lalu lintas yang berlaku di Jalan Pahang

18SUDUT LENSA

AMALKAN INTEGRITI HIDUP DIBERKATI

SUDU

T LE

NSA

SUDU

T LE

NSA

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2016 PERINGKAT KKR17 MEI 2017

HARI PERSARAAN IR. MOHD. SALEH BIN SANTHIMAN, TIMBALAN KETUA PENGARAH (PEMBANGUNAN)

14 JUN 2017

Page 19: ANUGERAH PERKHIDMATAN 25 TAHUN - llm.gov.my · Apakah yang akan membimbing kita? ... Sebuah persekitaran yang selamat, lestari, ... lalu lintas yang berlaku di Jalan Pahang

19SUDUT LENSA

AMALKAN INTEGRITI HIDUP DIBERKATI

Page 20: ANUGERAH PERKHIDMATAN 25 TAHUN - llm.gov.my · Apakah yang akan membimbing kita? ... Sebuah persekitaran yang selamat, lestari, ... lalu lintas yang berlaku di Jalan Pahang

Ikatan Janji

Nur Atiqah Binti Wahid&

Amirul �rdaus BinHaslina18 MAC 2017

MUHAMAD HAFIS BIN RAZALI &

NORIMAMA BINTI ABDUL MANAP

NAMA ANAK: MUHAMMAD ADAM BINMUHAMAD HAFIS

TARIKH LAHIR: 8 JANUARI 2017

PermataHati

Nabila Husna BintiAminordin

&Alsham Bin Radmel

25 FEBRUARI 2017

Abdul Mu  A at Bin Abdul Halim

&Nur Umi Hani Binti Mansor

19 MAC 2017

Siti Munirah Binti Zalaini &

Muhammad Syahmi Bin Nasri12 MEI 2017

MOHAMAD SOFIYUDDIN BIN ABDUL RAZAK &

RAHMIATI JUNIA BINTI SUWIRMAN

NAMA ANAK: MUHAMAD IFFAT SYAFI BINMUHAMAD SOFIYUDDIN

TARIKH LAHIR: 20 JANUARI 2017

NORYEEDA BINTI MOHAMAD FAIZAL LEONG &

MOHD HAFIZ BIN MD DAUD

NAMA ANAK: MUHAMMAD ADAM ESHAN BINMOHD HAFIZ

TARIKH LAHIR: 12 JANUARI 2017

NURIDA BINTI WAGIMAN &

MUHAMAD NUR FAZRUL BIN ROSELY

NAMA ANAK: AFIF HANNAN BINMUHAMAD NUR FAZRUL

TARIKH LAHIR: 20 FEBRUARI 2017

NORADILLAH BINTI ROSLE &

MUHAMAD IDZHAM FAEZ BIN SAZALI

NAMA ANAK: MUHAMAD ADHWA FAHIM BINMUHAMAD IDZHAM FAEZTARIKH LAHIR: 16 MEI 2017