anugerah pekerja cemerlang an awam1

Upload: ali-ismail

Post on 07-Jul-2015

900 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

JPA/1.4/HPA/KE-18/2011

14 Rabiulakhir 1432 19 Mac 2011

ANUGERAH PEKERJA CEMERLANG PERKHIDMATAN AWAM SEMPENA SAMBUTAN HARI PERKHIDMATAN AWAM KE-18, TAHUN 2011 Semua Kementerian dan Jabatan adalah dipelawa untuk menyertai Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam berpandukan kepada Garispanduan Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam yang disertakan bersama ini. Pencalonan hendaklah dihadapkan kepada Urusetia Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam tidak lewat daripada hari Sabtu, 30 Rejab 1432 bersamaan 02 Julai 2011 2010. Jika terdapat sebarang keraguan mengenai anugerah ini, pihak Dato/Tuan Peramba/Tuan Haji dan Puan Hajah bolehlah menghubungi Urusetia Jawatankuasa Menimbangkan Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam seperti berikut: Urusetia Jawatankuasa Menimbangkan Anugerah Perkhidmatan Awam Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Jabatan Perkhidmatan Awam Jabatan Perdana Menteri Bandar Seri Begawan BB 3510 Negara Brunei Darussalam. Telefon Fax E-mail : +67382382469 : +67382382565 : [email protected] Pekerja Cemerlang

1

GARISPANDU ANUGERAH PEKERJA CEMERLANG PERKHIDMATAN AWAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

1.

MUKADIMAH

1.1 Dalam memajukan Perkhidmatan Awam, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia PadukaSeri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sentiasa menggalakkan agensi-agensi kerajaan dan warga Perkhidmatan Awam untuk melaksanakan usaha-usaha penambahbaikan dan pembaharuan dalam Perkhidmatan Awam.

1.2 Anugerah ini diadakan setiap tahun. 1.3 Matlamat utama Anugerah ini ialah untuk memberikan penghargaan dan pengiktirafankepada warga Perkhidmatan Awam yang telah menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang. Disamping itu juga, ianya dihasratkan akan mewujudkan dan menanai budaya kerja cemerlang dalam Perkhidmatan Awam.

1.4 Anugerah ini dikhususkan bagi pegawai dan kakitangan dalam Bahagian III; dan BahagianIV dan Bahagian V sahaja. Objektif pelaksanaan Anugerah ini adalah seperti berikut :

a. Untuk

menggalakkan dan meningkatkan kesedaran tentang perlunya peningkatan prestasi, produktiviti dan kualiti dalam Kementerian/Jabatan khususnya dan Perkhidmatan Awam umumnya. Disamping itu juga, ianya dihasratkan akan mewujudkan dan menanai budaya kerja cemerlang dalam Perkhidmatan Awam.

b. Untuk memberikan dorongan dan pengiktirafan secara formal kepada wargaPerkhidmatan Awam yang telah menunjukkan prestasi kerja yang tinggi dan bermutu, serta dapat menjadi contoh kepada pegawai/kakitangan yang lain untuk berusaha ke arah meningkatkan lagi prestasi kerja, produktiviti dan kualiti perkhidmatan masing-masing.

c. Untuk

memberikan pengiktirafan kepada pegawai/kakitangan Kementerian/Jabatan yang telah menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan cemerlang serta berupaya memperkenalkan beberapa inisiatif dan usaha bagi peningkatan produktiviti dan kualiti perkhidmatan.

d. Untuk memupuk dan meningkatkan iltizam, daya kreativiti di kalanganpegawai/kakitangan dalam aspek peningkatan produktiviti dan kualiti dan sekaligus meningkatkan prestasi, produktiviti dan kualiti dalam Perkhidmatan Awam.

e. Untuk menggalakkan persaingan yang sihat di kalangan pegawai/kakitanganKementerian/Jabatan bagi memperbaiki lagi amalan pengurusan yang produktif dan berkualiti yang menjurus ke arah meningkatkan iltizam dan penghayatan budaya kerja cemerlang di kalangan warga Perkhidmatan Awam.

2

f. Untuk mewujudkan nilai tambah (value added) kepada Perkhidmatan Awam agarlebih cekap dan berkesan dalam melaksanakan peranan serta tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. 2. 2.1 DEFINISI ANUGERAH PEKERJA CEMERLANG PERKHIDMATAN AWAM Anugerah ini adalah merupakan penghargaan dan pengiktirafan yang diberikan kepada pegawai/kakitangan dalam Perkhidmatan Awam yang telah menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang, dimana kualiti dan penghasilan kerjanya seringkali melebihi daripada keperluan tugas dan tangungjawab yang ada dalam jawatannya serta mempunyai keperibadian yang boleh dijadikan sebagai contoh dan tauladan kepada pegawai/ kakitangan yang lain. TUMPUAN ANUGERAH Anugerah ini akan diberikan masing-masing kepada pegawai/kakitangan dalam Bahagian III; Bahagian IV dan Bahagian V, siapa telah menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang.

3. 3.1

4. 4.1

SYARAT-SYARAT PENCALONAN Umum

4.1.1

Anugerah ini dibukakan kepada semua pegawai dan kakitangan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di dalam Perkhidmatan-Perkhidmatan Berjawatan Tetap, Kontrak, Sebulan ke Sebulan, Open-Vote dan Bergaji Hari iaitu khususnya bagi Bahagian III, Bahagian IV dan Bahagian V. Setiap Kementerian hendaklah menghadapkan SATU (1) pencalonan Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam, samada lelaki atau perempuan dalam bahagian-bahagian yang dinyatakan.

4.1.2. Calon mestilah terdiri daripada rakyat dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam.

4.1.3. Calon mestilah telah berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam dan ditetapkan dalamjawatan masakini (dalam bahagian masing-masing) tidak kurang dari lima tahun.

4.1.4. Semua pencalonan hendaklah disahkan oleh Setiausaha Tetap dan Ketua Jabatan diKementerian/Jabatan warga yang dicalonkan.

4.1.5. Kakitangan

yang dipinjamkan (secondment) kerajaan/syarikat/NGOs adalah dibenarkan.

kepada

anak-anak

syarikat

3

4.2

Tatatertib/Tapisan Keselamatan

4.2.1

Mana-mana pegawai/kakitangan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang telah diambil tindakan tatatertib atau terlibat dengan kes jenayah tidak boleh dicalonkan untuk menyertai Anugerah ini sekurang-kurangnya tiga tahun dari tarikh tindakan sedemikian diambil.

4.2.2

Jika sekiranya seorang pegawai didapati mempunyai kes tatatertib atau kes jenayah yangmana dikategorikan sebagai masih dalam penyiasatan, maka pegawai berkenaan tidak layak untuk menyertai Anugerah ini.

4.2.3

Setiap Kementerian yang menghadapkan pencalonan bagi Anugerah ini hendaklah memastikan setiap pegawai/kakitangan yang dicalonkan bersih dari segi tapisan keselamatan dan laporan tapisan berkenaan hendaklah disertakan bersama borang pencalonan. 5. 5.1 PENCALONAN DAN PEMILIHAN DI PERINGKAT KEMENTERIAN Setiap Kementerian hendaklah membentuk Jawatankuasa Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam Peringkat Kementerian masing-masing untuk menilai dan memilih pegawai/kakitangan yang telah dicalonkan oleh Ketua Jabatan berkenaan dan seterusnya memutuskan kelayakan pegawai/kakitangan berkenaan untuk diberikan Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam. Pengerusi dan ahli-ahli Jawatankuasa tersebut akan dilantik oleh Setiausaha Tetap di Kementerian berkenaan. Tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa ini adalah sepertimana di Lampiran 1. Manakala, reporting relationship bagi Anugerah ini adalah sepertimana di Lampiran 2. Perlaksanaan Anugerah ini dipertanggungjawabkan kepada setiap Kementerian dan Jabatan-Jabatan di bawahnya. Setiap Jabatan akan mencalonkan 3 orang pegawai/kakitangan masing-masing iaitu seorang dari Bahagian III, seorang dari Bahagian IV dan seorang dari Bahagian V. Pencalonan tersebut akan dihadapkan kepada Urusetia Jawatankuasa Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam di Kementerian masing-masing. FORMAT PENCALONAN Kementerian dan Jabatan-Jabatan Kerajaan akan mencalonkan pegawai/kakitangan terbaik masing-masing dengan menggunakan borang yang telah disediakan seperti Lampiran 3. Ketua Jabatan akan menilai dan memilih tiga (3) orang pegawai/kakitangan

5.2

5.3

6. 6.1

4

yang terbaik masing-masing dari Bahagian III; Bahagian IV dan Bahagian V dan menghadapkannya kepada Urusetia Jawatankuasa Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam Peringkat Kementerian.

5

7. 7.1

PENILAIAN DAN PEMILIHAN Dengan berpandukan kepada ciri-ciri penilaian dan pemilihan sepertimana yang terkandung dalam Borang Pemarkahan di Lampiran 4 dan Lampiran 5, Jawatankuasa Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam Peringkat Kementerian berkenaan akan menilai dan memilih pegawai/kakitangan yang terbaik bagi mewakili Kementerian berkenaan. Dalam membuat penilaian dan pemilihan ke atas pegawai/kakitangan terbaik yang dihadapkan oleh Ketua Jabatan di bawah Kementerian berkenaan, Jawatankuasa Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam Peringkat Kementerian dan Jawatankuasa Menilai Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam adalah diberi mandat untuk menerima atau menolak pencalonan berkenaan dan dibolehkan, jika perlu, meminta keterangan tambahan atau pendapat sebelum membuat keputusan muktamad. Keputusan Jawatankuasa Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam Peringkat Kementerian dan Jawatankuasa Menilai Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam adalah muktamad.

7.2

7.3

8. 8.1

KRITERIA PENILAIAN DAN PEMILIHAN Kriteria/ciri yang akan digunakan dalam menilai dan memilih pegawai/kakitangan yang menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang akan ditumpukan kepada ciri-ciri penting yang dijadikan asas kepada prestasi kerja pegawai/kakitangan berkenaan termasuklah: Prestasi

Cemerlang 2 tahun berturut-turut Bersih dari tindakan tatatertib Ciri-Ciri Utama

Personaliti - kejujuran, kebolehpercayaan, amanah, semangat berpasukan Dedikasi terhadap tugas, bersedia bekerja lebih tanpa mengira masa Realibiliti dipercayai dan komited Disiplin taat dan patuh pada arahan dan peraturan Akauntabiliti responsbiliti dan integritiCiri-Ciri Tambahan

6

Bakat sumbangan kepada organisasi/penonjolan yang luar biasa Keterampilan cara melayan pelanggan, keramahan

Kreativiti inovasi/kualiti/kuantiti/kos efektif/pembaharuan/pembaikan)9. PEMARKAHAN Untuk membantu Jawatankuasa Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam Peringkat Kementerian dalam membuat penilaian dan pemilihan, sistem pemarkahan telah disediakan. Sistem pemarkahan yang dimaksudkan ialah dengan menggunakan Borang-Borang Lampiran 4 dan Lampiran 5 berpandukan kepada kriteria dan ciri yang dinyatakan di para 8.1 di atas. Penilaian dan Pemilihan bagi Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam dibuat dengan berasaskan kepada pencapaian markah yang paling tinggi menurut ciri-ciri, cara dan asas penilaian/perkiraan yang telah ditetapkan. Sistem pemarkahan akan digunakan untuk menentukan tahap pencapaian pegawai/kakitangan bagi setiap ciri yang ditentukan bagi tujuan penilaian dan pemilihannya. Markah akan dipertimbangkan mengikut gred atau tahap pencapaian bagi ciri tersebut iaitu: Gred 4 3 2 1 9.4 Tahap Pencapaian Cemerlang Sangat Baik Baik Memuaskan

9.1

9.2

9.3

Sistem weightage akan digunakan bagi memastikan pemberian markah yang dapat digunakan untuk memberikan gambaran tentang pencapaian pegawai/kakitangan pada setiap ciri/sifat. Weightage ialah satu pertimbangan bagi menentukan kepentingan atau perimustahaknya sesuatu ciri berkenaan. Jawatankuasa Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam di peringkat Kementerian hendaklah menentukan tahap weightage bagi setiap ciri yang digunakan dalam pemilihan akhir. Penentuan tahap weightage hendaklah mengikut keperluan, kesesuaian dan peringkat pegawai/kakitangan dengan berdasarkan kepada susunan berikut: Kepentingan Sangat Mustahak Mustahak Perlu Weightage 4 3 2

7

Tidak Perlu

-

1

9.5 Dengan berasaskan kepada borang-borang di Lampiran 4 dan Lampiran 5, berikut ialah contoh pemarkahan yang boleh membantu Jawatankuasa Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam bagi memahami sistem markah yang telah ditetapkan:

CIRI/SIFAT Personaliti Dedikasi Keboleharapan Disiplin Akauntabiliti Bakat Keterampilan Kreativiti

MARKAH (a) 3 3 2 4 3 2 2 3 Jumlah

WEIGHTAGE (b) 2 3 3 3 3 1 2 2

MARKAH (a x b = c) 6 9 6 12 9 2 4 6 54

10.

BORANG-BORANG PENCALONAN DAN PENILAIAN Setiap pencalonan hendaklah dibuat dengan melengkapkan Borang di Lampiran 3 yang disediakan oleh Urusetia Jawatankuasa Menilai Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam. Jenis borang yang telah disediakan untuk pencalonan dan pemarkahan iaitu:

10.1

10.2

a.

Borang di Lampiran 3, 4 dan 5

:

Untuk Bahagian III, Bahagian IV dan Bahagian V

11.

Tarikh mengembalikan borang pencalonan tidak lewat pada hari Sabtu, 02 Julai 2011, jam 4.00 petang kepada Urusetia Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam. Jenis Pengiktirifan Bentuk hadiah dan pengiktirifan akan dimaklumkan di Majlis Penganugerah Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam nanti.

12.

8

9

13.

MAJLIS PENYAMPAIAN PENGHARGAAN Majlis Penganugerahan Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam akan disempurnakan dalam Majlis Sambutan Hari Perkhidmatan Awam, Negara Brunei Darussalam.

13.1

14.

Urusetia Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam: Urusetia Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Tingkat 4 Bangunan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Jabatan Perkhidmatan Awam Jabatan Perdana Menteri Tel: 2382469 Fax: 2382565 E-mail: [email protected]

Disediakan oleh: Urusetia Jawatankuasa Menilai Anugerah pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam Jabatan Perkhidmatan Awam Jabatan Perdana Menteri Negara Brunei Darussalam 19 Mac 2011

10

LAMPIRAN 1

JAWATANKUASA ANUGERAH PEKERJA CEMERLANG PERKHIDMATAN AWAM PERINGKAT KEMENTERIAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Tugas dan Tanggungjawab: Melaksanakan peraturan-peraturan dan prosedur-prosedur yang berkaitan dengan Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam. Mematuhi Garispandu Pelaksanaan Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam, Negara Brunei Darussalam.

Mengagihkan borang-borang pencalonan (Borang A dan B) kepada jabatan-jabatan.

Merancang dan memastikan pelaksanaan Anugerah Pekerja Cemerlang di peringkat Kementerian berkenaan.

Menilai dan mempertimbangkan pegawai/kakitangan yang dicalonkan serta membuat keputusan tentang pemenang Anugerah berkenaan di peringkat Kementerian. Memantau dan menilai semula pelaksanaan Anugerah Pekerja Cemerlang di peringkat Kementerian/Jabatan berkenaan serta membuat tindakan susulan. Menyebarluaskan konsep dan pelaksanaan Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam di peringkat Kementerian masing-masing.

11

LAMPIRAN 2ANUGERAH PEKERJA CEMERLANG PERKHIDMATAN AWAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Reporting Relationships

1.

Jawatankuasa Menilai Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam memantau perkembangan dan kemajuan pelaksanaan Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam. 2. Jawatankuasa Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam Peringkat Kementerian adalah bertanggungjawab dan melapur kepada Jawatankuasa Menilai Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam, Negara Brunei Darussalam. 3. Ketua-Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab dan melapur kepada Jawatankuasa Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam Peringkat Kementerian berkenaan.

12

LAMPIRAN 3BORANG PENCALONAN ANUGERAH PEKERJA CEMERLANG PERKHIDMATAN AWAM BUTIR-BUTIR PERIBADI PEGAWAI/KAKITANGAN YANG DICALONKAN

1. Nama : .... 2. Bilangan Kad Pengenalan / Warna : .. 3. Alamat Sekarang : .... ..... 4. Jawatan : ... 5. Bahagian / Sukatan Gaji : ... 6. Tempat Bertugas (Sebutkan Bahagian) : . .... .... 7. Jabatan :......................................................................................................................................... 8. Kementerian : ................................................................................................................................. 9. Tarikh mula memegang jawatan sekarang : . 10. Tarikh lantikan ke perkhidmatan sekarang : 11. Tarikh lantikan pertama dalam Perkhidmatan Awam : ... 12. Tarikh menerima penghargaan Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam (jika ada) : ............................................................................................................. 13. Asas-asas pencalonan. Sila huraikan dalam bentuk keterangan sokongan (citation) dalam kertas (citation) tambahan. Keterangan sokongan mestilah mengambil kira ciri-ciri utama penilaian, penunjolan dan tambahan. kecemerlangan yang dapat djadikan sebagai role model dalam Perkhidmatan Awam termasuk sumbangan di luar bidang tugas pegawai/kakitangan yang dicalonkan.

(Tandatangan Ketua Jabatan) Nama : .. .. Jawatan : ............. Tarikh : ...................................................

13

LAMPIRAN 4BORANG PENCALONAN DAN PEMILIHAN ANUGERAH PEKERJA CEMERLANG PERKHIDMATAN AWAM (Hendaklah dilengkapkan oleh Ketua Jabatan) Tandakan [] pada gred yang sesuai dalam kotak berkenaan. [

CIRI-CIRI UTAMA 4 1. Personaliti: Kejujuran, kebolehpercayaan, amanah dan semangat berpasukan 2. Dedikasi: Terhadap tugas, bersedia bekerja lebih tanpa mengira masa 3. Keboleharapan: Dipercayai dan komited 4. Akauntabiliti Bertanggungjawab dan berintegriti 5. Disiplin Taat dan patuh pada arahan dan peraturan CIRI-CIRI KHUSUS 6. Bakat: Sumbangan kepada organisasi/penonjolan yang luar biasa 7. Keterampilan: Cara melayan pelanggan, keremahan 8. Kreativiti: Inovasi/ kualiti/ kuantiti/ kos/ pembaharuan/ pembaikan JUMLAH MARKA H

GRED 3 2 1

r r r r r

r r r r r

r r r r r

r r r r r

r r r

r r r

r r r

r r r

4 Cemerlang

3 Sangat Baik

2 Baik

1 Memuaskan

14

LAMPIRAN 5BORANG PERKIRAAN MARKAH BAGI PEMILIHAN ANUGERAH PEKERJA CEMERLANG PERKHIDMATAN AWAM (Hendaklah dilengkapkan oleh Jawatankuasa Anugerah Pekerja Cemerlang Jawatankuasa Perkhidmatan Awam Peringkat Kementerian) (a) GRED YANG DIPERSETUJUI OLEH JAWATANKUASA (b) KEWAJARAN (WEIGHTAGE) (c) MARKAH [axb=c]

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Personaliti Dedikasi Keboleharapan Disiplin Akauntabiliti Bakat Ketrampilan Kreativiti

JUMLAH MARKAH =

GRED: Cemerlang = 4 WEIGHTAGE: Sangat Penting = Penting = 4 3 Perlu = 2 Tidak Perlu = Sangat Baik = 3 Baik = 2 Memuaskan = 1

1

Garispandu Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam 15