anugerah lencana doktor muda

8
ANUGERAH UJIAN LENCANA KELAB DOKTOR MUDA A. PENGENALAN Anugerah Lencana Kelab Doktor Muda dibuka kepada SEMUA Ahli Kelab Doktor Muda yang layak sebagaimana yang ditetapkan. Semua ahli perlu melepasi markah lulus 80% bagi penilaian aktiviti kokurikulum Kelab Doktor Muda sebelum layak menduduki Ujian Bertulis untuk menentukan tahap lencana yang bakal mereka perolehi. Penilaian Aktiviti Kokurikulum Kelab Doktor Muda 1.0 Aspek-aspek yang dinilai : 1.1 Penilaian aktiviti kokurikulum Kelab Doktor Muda bagi Ahli KDM dalam setiap jenis aktiviti yang disertai adalah berdasarkan kepada 4 aspek yang berikut : a. Kehadiran b. Pencapaian c. Penglibatan d. Pengiktirafan/Jawatan e. Bonus berdasarkan anugerah lencana 1.2 Bagi keempat-empat aspek ini peratus markah yang diperuntukkan adalah seperti jadual : Jadual 1 ASPEK PENILAIAN % MARKAH Kehadiran 50 Penglibatan 20 Pencapaian 20 Pengiktirafan/Jawatan 10 JUMLAH 100 2.0 Kehadiran Markah Aspek Kehadiran ialah markah yang tertinggi (50%). Ini bertujuan untuk menggalakkan Ahli KDM hadir pada setiap aktiviti yang dijalankan. Jumlah kehadiran yang maksimum berasaskan kepada jumlah minggu persekolahan dalam setahun; dengan mengambil kira setiap jenis aktiviti kokurikulum dijalankan sekali seminggu dan dengan peruntukan masa 2 jam (mengikut kelab). Pengecualian kehadiran hanya dipertimbangkan jika murid sakit, menyertai kegiatan lain dengan kelulusan dan sebab-sebab lain yang munasabah. Ketidakhadiran ini perlulah dalam pengetahuan pihak sekolah.

Upload: saramiya15

Post on 09-Nov-2015

33 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

doktor muda

TRANSCRIPT

ANUGERAH UJIAN LENCANA KELAB DOKTOR MUDAA.PENGENALANAnugerah Lencana Kelab Doktor Muda dibuka kepada SEMUA Ahli Kelab Doktor Muda yang layak sebagaimana yang ditetapkan. Semua ahli perlu melepasi markah lulus 80% bagi penilaian aktiviti kokurikulum Kelab Doktor Muda sebelum layak menduduki Ujian Bertulis untuk menentukan tahap lencana yang bakal mereka perolehi.

Penilaian Aktiviti Kokurikulum Kelab Doktor Muda

1.0 Aspek-aspek yang dinilai :

1.1 Penilaian aktiviti kokurikulum Kelab Doktor Muda bagi Ahli KDM dalam setiap jenis aktiviti yang disertai adalah berdasarkan kepada 4 aspek yang berikut :

a. Kehadiran

b. Pencapaian

c. Penglibatan

d. Pengiktirafan/Jawatan

e. Bonus berdasarkan anugerah lencana

1.2 Bagi keempat-empat aspek ini peratus markah yang diperuntukkan adalah seperti jadual :Jadual 1

ASPEK PENILAIAN% MARKAH

Kehadiran50

Penglibatan20

Pencapaian20

Pengiktirafan/Jawatan10

JUMLAH100

2.0 KehadiranMarkah Aspek Kehadiran ialah markah yang tertinggi (50%). Ini bertujuan untuk menggalakkan Ahli KDM hadir pada setiap aktiviti yang dijalankan. Jumlah kehadiran yang maksimum berasaskan kepada jumlah minggu persekolahan dalam setahun; dengan mengambil kira setiap jenis aktiviti kokurikulum dijalankan sekali seminggu dan dengan peruntukan masa 2 jam (mengikut kelab). Pengecualian kehadiran hanya dipertimbangkan jika murid sakit, menyertai kegiatan lain dengan kelulusan dan sebab-sebab lain yang munasabah. Ketidakhadiran ini perlulah dalam pengetahuan pihak sekolah.Kehadiran minimum bagi kelab adalah 12 kali perjumpaan setahun. Perkiraan markah kehadiran adalah seperti berikut :

Markah kehadiran :Jika jumlah kehadiran pelajar

=a

Jumlah perjumpaan setahun

=b

Ketidakhadiran diluluskan

=c

(cuti sakit, wakil sekolah dll)

Markah kehadiran

= ax 50

b - c3.0 Penglibatan

Markah Aspek Penglibatan Dalam Aktiviti Pendidikan Rakan Sebaya ialah 20%. Markah ini diberikan kepada semua ahli berdasarkan sumbangan dan komitmen mereka di dalam semua aktiviti yang dijalankan.

Jadual 2

Skema Penilaian Aktiviti Pembimbing Rakan SebayaBIL.KRITERIAMARKAHCATATAN

1.Ceramah / Pengucapan Awam

Bilik Darjah

Perhimpunan Pagi

Luar Sekolah

Sekurang-kurangnya 5 kali aktiviti gabungan item di atas atau mana-mana aktiviti di atas.

Setiap sesi aktiviti akan diberikan 1 markah

5 markah

2.Pemeriksaan Kebersihan Diri

Rambut

Pakaian

Gigi/Mulut

Kuku/tangan

Telinga

5 kali bagi setiap item dilaksanakan

0.2 markah/5 sesi

0.2 markah/5 sesi

0.2 markah/5 sesi

0.2 markah/5 sesi

0.2 markah/5 sesi

5 markah

3.Pemeriksaan Ketajaman Penglibatan2 sesi

1 sesi x 1 markah

2 markah

4.Pengukuran BMI

Tinggi

Berat

Pengukuran BMI0.5 markah/2 sesi

0.5 markah/2 sesi

0.5 markah/2 sesi

3 markah

5.Pemeriksaan Kebersihan Persekitaran

Kantin

Tandas

Bilik Darjah

Padang Sekolah

Longkang

Aktiviti dilaksanakan sekurang-kurangnya 1 x sebulan bagi setiap tempat oleh setiap murid

1 markah

1 markah

1 markah

1 markah

1 markah

5 markah

6.Gotong Royong2 sesi aktiviti Gotong Royong1 sesi x 0.5 markah

1 markah

7.Melaporkan Masalah Kesihatan Kepada Guru1 x laporan

1 markah

8.Memberi Rawatan Ringan1 x rawatan

2 markah

9.Demonstrasi

Basuh Tangan

Berus Gigi

Memusnahkan tempat pembiakan Aedes

CPR

Tercekik

Rawatan Ringan2 sesi setiap aktiviti

1 sesi x 1 markah

12 markah

10.Penyediaan Bahan Pendidikan Kesihatan

Model

Rajah

Buku Skrap

Bahan Pameran

Lain-lain Bahan

1 x setahun

2 markah

11.Aktiviti Luar (Markah Bonus)

Lawatan

Aktiviti Komuniti

Perkhemahan

1 x setahun

2 markah

JUMLAH MARKAH

40 markah

Perkiraan Markah:a. Markah di perolehi

b. Markah penuh (40%)

a

-------- x 20%

b

4.0 Pencapaian

Markah Aspek Pencapaian ialah 20%. Markah ini merupakan pencapaian Ahli KDM dalam pertandingan di peringkat Sekolah/Zon/ Daerah/Bahagian/Negeri/Kebangsaan dan Antarabangsa. Pencapaian dinilai berdasarkan kepada kedudukan Johan, Naib Johan, Ketiga dan penyertaan. Markah pencapaian yang ditetapkan adalah seperti berikut :

Jadual 3

PERINGKAT PERTANDINGANMARKAH

JOHANNAIB JOHANKETIGAPENYERTAAN

Sekolah8763

Zon/Daerah/Bahagian/ Kawasan111096

Negeri1413129

Kebangsaan17161512

Antarabangsa20191815

5.0 Pengiktirafan/JawatanMarkah Aspek Pengiktirafan/Jawatan Disandang ialah 10% dan diberikan kepada individu yang memegang jawatan tertinggi dalam Kelab Doktor Muda. Bagi ahli biasa dan jawatan lain juga diperuntukkan markah mengikut jenis jawatan yang disandang. Tempoh memegang jawatan yang layak diberi markah mestilah sekurang-kurangnya selama 9 bulan. Agihan markah bagi jawatan yang disandang adalah seperti berikut :

Jadual 4

Jawatan Dalam Kelab Doktor Muda

JAWATANMARKAH

Pengerusi10

Timbalan Pengerusi / Naib Pengerusi9

Setiausaha / Bendahari8

Penolong Setiausaha / Penolong Bendahari7

Ahli Jawatankuasa Kecil / Khas6

Ahli Biasa3

B.KELAYAKAN MENDUDUKI UJIAN LENCANA DOKTOR MUDA (ULDM)

1.0Ahli KDM yang ingin menduduki Ujian Lencana Doktor Muda perlu memperolehi markah melebihi/minima 80% dalam penilaian aktiviti Kokurikulum Kelab Doktor Muda tahun sebelumnya.

Contoh pengiraan markah :

1. Kehadiran

=502. Pencapaian

=15

3. Penglibatan

=10

4. Pengiktirafan/Jawatan=5

Jumlah=80% (layak mengambil ULDM)Contoh :

KeteranganTahunDarjahMarkah Aktiviti KokurikulumLayak Menduduki ULDM

Murid A2014480Layak

20155

Murid B2014580Layak

20156

Murid C2014680Layak / Tak Sempat Dah

2015

2.0Format Soalan ULDM

Terdiri daripada 60 soalan objektif aneka pilihan. Masa menjawab soalan adalah selama 1 jam 15 minit.

C.PENGANUGERAHAN LENCANA DOKTOR MUDA

Penganugerahan Lencana Doktor Muda bertujuan untuk menggalakkan setiap ahli mencapai tahap kecemerlangan kendiri dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan penghayatan nilai.

Selain itu, anugerah ini merupakan anugerah tertinggi yang diperkenalkan dalam pelaksanaan Kelab Doktor Muda di Sekolah.

Kategori lencana yang dianugerahkan adalah berdasarkan markah yang diperolehi dalam satu Ujian Lencana Doktor Muda seperti berikut :

LENCANAMARKAH

Gangsa55% - 64%

Perak65% - 79%

Emas80% - 100%

1.0 Syarat-syarat Menduduki ULDM Terbuka kepada semua ahli Kelab Doktor Muda yang mendapat markah melebihi 80% dalam penilaian aktiviti kokurikulum Kelab Doktor Muda.

Ahli Kelab digalakkan menduduki ULDM.

Ahli yang tidak berjaya mendapat Lencana Emas dibenarkan mengambil ujian yang dijadualkan pada tahun berikutnya.

ULDM akan dilaksanakan sekali dalam setahun pada setiap Julai.

FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ)

1.Siapa yang layak menduduki?

Semua ahli KDM tahun 5 dan 6 layak menduduki Ujian Lencana Doktor Muda.

2.Apakah syarat minimum menduduki ULDM?

Memperolehi markah minimum 80% bagi aktiviti Kokurikulum Kelab Doktor Muda pada tahun sebelumnya.

3.Adakah saya boleh mengambil ujian lebih daripada sekali?

Ya, sekiranya anda memenuhi syarat markah aktiviti kokurikulum yang ditetapkan.4.Adakah saya perlu mendaftar untuk menduduki ujian?

Ya, semua guru penasihat perlu mendaftar calon yang layak menerusi Sistem Data Ujian Lencana Doktor Muda bermula Mac hingga Mei setiap tahun.

5.Dimana saya perlu menduduki ujian?

Semua calon akan menduduki ujian di sekolah masing-masing.

6.Adakah ujian akan diadakan secara serentak?Ya.

7.Apakah bentuk Anugerah yagn akan diberikan kepada ahli yang lulus?

Ahli yang lulus akan dianugerahkan lencana dan sijil.

8.Apakah yang dimaksudkan dengan penilaian kokurikulum Kelab Doktor Muda?

Merupakan markah yang diperolehi oleh ahli KDM setiap tahun berdasarkan kriteria standard Dasar Kokurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia yang diterimapakai di semua sekolah.

9.Apakah yang dimaksudkan dengan Ujian Lencana Doktor Muda?

Ujian ini adalah pengiktirafan tertinggi yang diberikan oleh panel Ujian Lencana Doktor Muda kepada ahli Kelab Doktor Muda yang menduduki ujian dan mencapai tahap yang ditetapkan.

10.Apa bentuk soalan dalam Ujian Lencana Doktor Muda?Objektif dan aneka pilihan, meliputi Skop 1 hingga Skop 12 yang terkandung dalam Modul Latihan Kelab Doktor Muda.

11.Adakah semua calon boleh menduduki semula Ujian Lencana Doktor Muda?

Ya.

12.Jika saya gagal mendapat sebarang lencana, apa yang boleh saya buat?

Anda boleh menduduki semula Ujian berkenaan pada tahun seterusnya. Walau bagaimanapun bagi ahli yang berada di Tahun Enam tiada Ujian boleh diduduki pada tahun berikutnya.

13.Mengapa Ujian hanya boleh diduduki oleh Ahli KDM dari tahun 5 dan 6?

Kelayakan berdasarkan markah aktiviti kokurikulum tahun sebelumnya. Selain itu ujian merangkumi skop pembelajaran dalam modul yang tidak mungkin dapat diselesaikan dalam Tahun 4.

14.Bilakah keputusan diumumkan dan penganugerahan dibuat?

Keputusan akan diumumkan pada bulan Oktober dan penganugerahan dibuat sepenuhnya oleh pihak sekolah.

15.Adakah saya layak menduduki Ujian jika saya berpindah ke sekolah lain?

Ya, jika sekolah berkenaan mempunyai Kelab Doktor Muda. Guru Penasihat perlu memaklumkan perkara berkenaan kepada Penyelaras Daerah/Negeri.

16.Adakah saya boleh membuat rayuan semakan semula keputusan ujian?

Ya, rayuan semakan semula keputusan boleh dibuat pada tahun semasa sahaja menerusi Penyelaras Daerah/Negeri.

17.Adakah lencana Doktor Muda boleh digunakan apabila saya menjadi ahli Kelab Doktor Muda Sekolah Menengah?

Ya.

18.Sekiranya saya gagal mendapat sebarang lencana setelah beberapa kali dalam menduduki ULDM, adakah ia akan memberi kesan kepada keahlian saya dalam Kelab Doktor Muda?

Tidak.

19.Adakah peratusan ahli yang berjaya menerima lencana Doktor Muda menjadi salah satu kriteria penilaian prestasi Kelab Doktor Muda sekolah?Ya.

20.Adakah lencana Doktor Muda memberi kelebihan markah apabila saya menyertai aktiviti/program Doktor Muda di peringkat negeri atau kebangsaan?

Tidak.

21.Apakah peranan guru penasihat dalam menjayakan penganugerahan Lencana Doktor Muda?

Guru Penasihat bertanggungjawab dalam merekodkan markah bagi penilaian aktiviti kokurikulum Kelab Doktor Muda bagi setiap ahli dan dihantar kepada penyelaras daerah. Guru Penasihat turut bertanggungjawab dalam menggendalikan Ujian Bertulis yang diadakan pada Julai setiap tahun.

22.Bolehkah saya menjadi tokoh Doktor Muda walaupun saya gagal mendapat sebarang lencana?

Ya.

23.Adakah terdapat sebarang kos (RM) yang perlu ditanggung oleh pihak sekolah?

Tidak.

24.Adakah sebarang kuota/had ditetapkan bagi pencalonan untuk menduduki Ujian Lencana Doktor Muda?

Tidak.