ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANGTAHUN 2017
( Pemetaan Penerima Bantuan Kemiskinan PDTSPT, PEMEKAT)
1. PENGENALAN
i. Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) merupakan salah sebuah daerah
di Negeri Pulau Pinang yang terletak di kawasan tanah besar bersempadan
dengan Daerah Seberang Perai Utara, Daerah Seberang Perai Selatan dan
Daerah Kulim (Kedah) di bahagian timur. Daerah SPT meliputi kawasan seluas
238 km persegi meliputi tiga (3) bandar utama iaitu Bukit Mertajam, Perai dan
Seberang Jaya. Daerah SPT merangkumi tiga (3) kawasan Parlimen iaitu
Parlimen Permatang Pauh, Parlimen Bukit Mertajam dan Parlimen Batu Kawan
serta lapan (8) kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Dun Seberang Jaya, Dun
Permatang Pasir, Dun Penanti, Dun Berapit, Dun Padang lalang, Dun Perai, Dun
Machang Bubuk dan Dun Bukit Tengah.
Jumlah penduduk daerah SPT berdasarkan Buku Data Asas Sosio
Ekonomi Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2015/2016 ialah seramai 395,100
orang. Daerah SPT yang merupakan daerah yang ketiga (3) terbesar di Pulau
Pinang meliputi 21 Mukim dan 2 Bandar menjadi sebuah daerah yang agresif
membangun dengan kepesatan pembangunan fizikal seiring dengan
pembangunan masyarakat sama ada dijana oleh kerajaan mahupun oleh pihak
swasta.
Dalam memenuhi kehendak stakeholder dan usaha mengatasi segala
halangan mendatang, Pelan Inovasi PDTSPT 2015 telah dihasilkan untuk
memandu warga PDTSPT berada dalam landasan ke arah pembudayaan
inovasi dalam penyampaian perkhidmatan. Selain itu, Pengurusan Sumber
Manusia pula dimantapkan dengan penghasilan Dasar Latihan PDTSPT 2015
dan Dasar Pusingan Kerja PDTSPT dihasilkan dalam menghadapi cabaran
1
serta tuntuan pelanggan dan perubahan teknologi dan tahap pemikiran
pelanggan .
Usaha gigih warga kerja PDTSPT dengan kekuatan seramai 125 orang
dari pelbagai kategori jawatan merangkumi Pentadbiran Daerah dan Tanah
dilihat bersama- sama mengembeling kepakaran dan iltizam yang tinggi dalam
meningkatkan kualiti kerja melalui penjanaan kreativiti dan inovasi dibuktikan
dengan pengiktirafan 4 Bintang bagi Penilaian Sistem Star Rating (SSR) Tahun
2014, Pensijilan 5S mulai 28 April 2016 sehingga 27 April 2017 dan Johan
Anugerah Inovasi Pejabat Daerah Dan Tanah (AIPDT) peringkat Pejabat
Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2015. Diharapkan dengan
penyertaan AIKNPP 2017 ini akan terus menjadi dorongan kepada warga
PDTSPT untuk menghayati budaya kerja berinovasi agar penyampaian
perkhidmatan dapat dipertingkatkan dengan sumber yang minimum dan hasil
yang optimum.
Bagi mengukuh dan memantapkan urustadbir PDTSPT dalam
menyampaikan perkhidmatan kepada semua pelanggan, seluruh warga kerja
PDTSPT digerak dan dipacu menggunakan beberapa garis panduan dan norma
kerja yang diwujudkan supaya hala tuju organisasi lebih terarah seperti mana
berikut:
VISI PDTSPT
Menjadi Pentadbir Daerah Yang Unggul Di Malaysia
MISI PDTSPT
Terunggul Di Malaysia Dalam Pengurusan Tanah dan Pembangunan
Daerah
2
ii. Piagam Pelanggan Berkaitan Projek Inovasi
Taburan penerima Bantuan Baiki/ Bina Baharu Rumah, Penerima
Bantuan Peralatan Perniagaan, Penerima Bantuan Kewangan Agenda Ekonomi
Saksama dapat dikenalpasti dengan jelas, cepat dan tepat.
Iii. Objektif
a) Mengekal dan mewujudkan kepimpinan yang berkesan di antara
kerajaan dengan rakyat dan koordinasi antara jabatan-jabatan
kerajaan dengan agensi kerajaan lain melalui semangat perpaduan di
bidang keselamatan,kemajuan masyarakat, muhibbah dan lain-lain
bidang.
b) Melaksanakan dasar-dasar kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan
melalui kerjasama jabatan-jabatan kerajaan dan badan–badan
sukarela.
c) Memulakan rancangan-rancangan menyelaras dan melaksanakan
program- program kemajuan masyarakat di peringkat daerah.
d) Melaksanakan undang-undang tanah selaras dengan kehendak Kanun
Tanah Negara serta peraturan dan dasar-dasar yang ditetapkan oleh
kerajaan negeri.
e) Mendapatkan punca-punca hasil yang baru disamping memaksimakan
kutipan hasil dari punca-punca tanah.
f) Membantu jabatan-jabatan kerajaan dan lain-lain agensi kerajaan
bagi penggunaan tanah untuk tujuan awam.
3
b) Pengenalan Inovasi
Projek Pemetaan Penerima Bantuan Kemiskinan Pejabat Daerah
Seberang Perai Tengah (PEMEKAT) adalah satu projek memetakan senarai
penerima bantuan kemiskinan dibawah 4 (empat) program utama Kerajaan
Negeri Pulau Pinang iaitu program Bantuan Baiki/ Bina Baharu Rumah,
Penerima Bantuan Peralatan Perniagaan , Penerima Bantuan Kewangan
Agenda Ekonomi Saksama (AES) di dalam daerah Seberang Perai Tengah.
Projek ini mengunakan aplikasi MyMAP yang disediakan oleh Google.Inc secara
percuma. Pemetaan melalui Sistem Maklumat Geografi (GIS) berasaskan
web membolehkan fleksibiliti dalam penyampaian maklumat berbanding
dibanding laporan manual biasa.
i) Tujuan Projek Inovasi
Tujuan projek ini adalah untuk mengetahui secara jelas dan tepat lokasi
dan taburan penduduk miskin yang mendapat Bantuan Baiki/ Bina Baharu
Rumah, Penerima Bantuan Peralatan Perniagaan, Penerima Bantuan
Kewangan Agenda Ekonomi Saksama. Kebiasaannya, maklumat ini hanya
di simpan didalam fail dan apabila maklumat diperlukan, proses semakan
secara manual dilakukan dan terkadang mengambil masa apabila kerani
bertanggungjawab bercuti dan sebagainya.
Pemetaan bantuan kemiskinan dibuat menggunakan GIS berasaskan web
untuk membolehkan representasi data statistik penerima bantuan menjadi lebih
dinamik dan mudah diakses dimana sahaja. Maklumat penerima bantuan berupa
visualisasi peta dapat mempermudah pembacaan dan interpretasi data .
Pengguna juga dapat mengkakses maklumat dari luar pejabat dengan mudah
tanpa perlu menghubungi Pembantu Tadbir dipejabat untuk mendapatkan
lokasi penerima bantuan apabila lawatan diperlukan. Sekiranya lawatan susulan
oleh pegawai yang berlainan daripada pegawai yang membuat lawatan pertama,
kesukaran akan dihadapi dalam mencari arah dan rumah penerima bantuan.
Dengan menggunakan aplikasi ini, bantuan tunjuk arah ke lokasi juga dapat
4
digunakan dengan kemudahan telefon pintar dan maklumat bergambar juga
boleh terus dimuat naik dilokasi jika diperlukan bergantung kepada liputan
rangkaian telekomunikasi.
ii- Proses Pelaksanaan
Projek ini dibuat secara in- house dengan bermula dengan mengkaji
perisian GIS percuma yang terdapat dipasaran dan yang digunakan oleh pihak
PEGIS. Urusetia ini juga ada menghubungi pihak PEGIS untuk mendapatkan
maklumat berkenaan keupayaan dan kekangan sekiranya ingin memohon pihak
PEGIS membangunkan projek ini. Setelah mengambil kira faktor masa, skala ,
dan kompleksiti projek, Urusetia memutuskan untuk menggunakan platform
aplikasi MyMap yang di sediakan oleh Google Maps oleh kerana projek ini
berskala kecil. Selain itu kemudahan dan kelebihan yang ada pada penggunaan
Google Maps kerana mempunyai API (Aplication Programming Interface) yang
mudah disambung ke laman web sekiranya perlu pada masa hadapan.
iii- Tempoh Pelaksanaan
Projek ini telah digunapakai sepenuhnya mulai April 2017 dan data
dikemaskini dari semasa ke semasa.
iv- Peringkat Pelaksanaan
Aplikasi ini telah digunakan oleh Bahagian Pembangunan sepenuhnya.
v- Implikasi Kewangan
Tiada sebarang implikasi kewangan kerana platform yang digunakan
adalah percuma.
vi- Kaedah Pencetusan Idea
Warga agensi dan pengurusan atasan.
vii- Kategori Inovasi
Administrative and organizational innovation
viii- Indikator Inovasi
Informative
5
2. IMPAK SEBELUM DAN SELEPAS INOVASI DIHASILKAN
6
Bil Sebelum Projek Selepas Projek1 Data hanyalah dalam bentuk
senarai dan jadual Data penerima diterjemahkan secarainteraktif dan dinamik. Pelbagai maklumatdapat dimasukkan
2 Interpetasi data tidak jelas danterhad
Interpretasi data dapat dibuat dengan lebihluas dari pelbagai sudut .Contoh , taburanpenerima bantuan dapat dilihat darikawasan mana yang lebih banyak.
3 Taburan penerima tidakdigambarkan secara visual.
Taburan lokasi penerima dapat dilihatsecara jelas apabila diletakkan diatas petaberdasar tema-tema tertentu (tematik) .Contoh: tapisan(filter) 'penerima mengikutKADUN', 'penerima bantuan peralatan'sahaja atau 'bantuan bina baharu' sahaja.
4 Memerlukan seseorang yangtelah arif tentang lokasi untukpergi lawatan susulan selepaspertama kali
Penyelia boleh terus ke lokasi denganfungsi 'direction' terus ke kawasan yangtelah di buat 'marker'
5 Memerlukan fail untukmendapatkan data danmaklumat
Boleh diakses luar pejabat tanpamembawa fail
6 Apabila pegawai bertukar,pengganti tidak tahu dimanalokasi dan gambaran jikabukan orang tempatan
Pengganti akan dapat lokasi dangambaran tepat walaupun bukan orangtempatan
7 Maklumat dari satu punca iaitufail yang disimpan oleh kerani.Lokasi fail dan penyimpananfail menjadikan akses terhad.
Semua anggota di BahagianPembangunan mempunyai akses ke akaunMyMap melalui satu akaun yang sama.
8 Maklumat hanya dikemaskinioleh seorang anggota.
Maklumat lokasi boleh dikemaskini olehangota berbeza, contohnya penghulukawasan berlaian boleh menambahmaklumat pada masa yang sama.
9 Gambar perlu dipindahkankedalam komputer dan perludicetak secara manual
Maklumat gambar boleh terus ditambah dilokasi dengan menggunakan telefon pintar.
10 Gambaran hanya boleh dibuatoleh anggota yang sudahbiasa dengan lokasi
Kawasan persekitaran dapat dilihat denganjelas adakah kawasan membangun, aksesjalan perhubungan dan binaan sekitarnya.
c) Maklumat lain/ data/gambar /bukti
Gambar 1 : Log masuk ke My Maps . Semua kakitangan Bahagian Pembangunan terlibat mempunyai akses untuk mengemaskini data.
Gambar 2 : Taburan penerima bantuan didalam daerah SPT.
7
Gambar 3 : Taburan penerima
mengikut Kawasan ADUN.
Gambar 4 : Paparan
maklumat boleh di
disesuaikan mengikut
kehendak pengguna.
Contohnya maklumat Bina
Rumah sahaja.
8
Gambar 5 : Maklumat
penerima boleh dimasukkan
gambar jika perlu dengan
fungsi 'add photo' yang
disediakan. Fungsi ini juga
boleh digunakan secara
mobile di tapak melalui
telefon pintar.
Gambar 6 : 'Base map' juga
boleh diubah kepada satelite
view yang memeudahkan
pengurusan mendapatkan
gambaran kawasan
sekeliling berdekatan.
9
Gambar 7 : Fungsi yang sangat membantu terutamanya pegawai baharu yang
mengambil alih tugasan iaitu fungsi penunjuk arah ke lokasi penerima bantuan.
3.IMPAK INOVASI
i) Dengan projek PEMEKAT ini , pihak penguruan atasan dapat
membantu membuat keputusan atau perancangan dengan lebih mudah.
Bahagian Pembangunan dapat mempersembahkan maklumat dinamik kepada
stakeholder berkenaan kawasan-kawasan yang telah diberi bantuan, kawasan
yang tidak diliputi . Interpretasi data dapat dibuat dengan cepat dan sekiranya
perlu , siasatan atau kajian lanjut akan dapat dimulakan . Contohnya, sekiranya
pada sesuatu kawasan kampung atau adun tidak terdapat sebarang program
bantuan dibuat penandaan /marker , pelbagai sudut pandang dan teori awalan
akan dijana . Persoalan awal yang mungkin boleh di kaji ialah seperti apakah
faktor membolehkan/membuatkan taraf hidup kawasan tersebut semuanya
tidak ada penerima bantuan ? Adakah program peningkatan pendapatan yang
boleh diaplikasi di kawasan lain? Atau hipotesis yang lebih kritis adakah
JKKK dikawasan tersebut tidak memainkan peranan ? Atau fail masih belum
diambil tindakan. Kedinamikan data yang dipersembahkan secara mapping
dapat membuka ruang untuk melihat dari perspektif yang lebih luas kepada
10
ketua jabatan dalam merencanakan program untuk meningkatkan mutu
perkhidmatan secara langsung memenuhi hasrat stakeholder.
ii) Dalam jangkamasa yang panjang, ia dapat membatu pembuat dasar
untuk merencanakan sebarang program bantuan dan dapat melihat pola /
pattern atau trend contohnya, sama ada taburan penerima semakin bertambah
dan jika bertambah, adakah bermaksud taraf hidup rakyat Pulau Pinang
khususnya di daerah SPT semakin menurun sehingga semakin bertambah
bantuan atau sebalilknya , yang membuktikan impak kepada setiap program
bantuan yang dilaksanakan. Sekiranya kerajaan negeri mengapdatasikan projek
ini dengan keupayaan sistem yang lebih baik, maklumat penerima bantuan
diperingkat seluruh negeri dapat membantu hala tuju program bantuan dan
pengupayaan diri rakyat Pulau Pinang pada masa hadapan.
4.ELEMEN INOVASI
i) Inovatif/kreativiti
Konsep pemetaan kemiskinan bukanlah perkara baharu di negara maju
tetapi PDTSPT yakin pemetaan bantuan kemiskinan di daerah SPT ini adalah
perkara baharu yang dibuat di Negeri Pulau Pinang melalui semakan lisan 1
dengan daerah lain. Semakan melalui enjin carian 2 juga tidak menemukan
pejabat daerah lain dalam negara ini yang membuat pemetaan bantuan
kemiskinan di daerah masing-masing boleh dianggap satu inovasi . Keupayaan
menukarkan data kepada makluamat yang dinamik dan bertema ini merupakan
satu kreativiti yang walaupun kerana skala projek ini adalah kecil.
ii) Keberkesanan
Oleh kerana skala projek ini adalah kecil, penggunaan aplikasi MyMap
adalah memadai. Pengunaan aplikasi ini boleh dibuat secara mobile, dan akses1 pertanyaan kepada Ketua/Penolong Pegawai Daerah Pembangunan di daerah SPU, DTL, DBD, SPS2 semakan pada 10 Mei 2017 melalui enjin carian www. google.com
11
lebih mudah berbading penggunan platform oleh PEGIS kerana maklumat
boleh terus di kemaskini di lokasi dengan menggunakan telefon pintar.
Kelebihan lain ialah ia mempunyai fungsi penunjuk arah yang membolehkan
pengguna pergi ke lokasi dengan mudah dan tepat menjadikan projek ini amat
penting dan berkesan . Untuk mengetahui keberkesanan sesuatu program
bantuan kemiskinan, lawatan susulan amat penting. Sebagai contoh, lawatan
susulan kepada penerima bantuan mesin tebu perlu dibuat selepas 3 bulan
atau 6 bulan atau setahun untuk mengetahui perkembangan hasil bantuan
yang diberi. Dengan pemetaan dan aplikasi ini ,lokasi penerima ini boleh
dicari dengan mudah tanpa perlu meminta JKKK turut ikut bersama pada
susulan kedua. Pemantaun juga bole dibuat oleh mana-mana anggota yang tidak
pernah ke lokasi tersebut.
Gambaran nyata faeedah lain adalah seperti yang dinyatakan dibawah
Perkara (2) dan (3).
iii) Signifikan dan Relevan
Projek PEMEKAT ini amat relevan kerana jabatan kerajaan mempunyai
data yang banyak tetapi data-data tersebut tidak dapat menjadi maklumat yang
berkesan kerana kesemuanya hanya berada didalam fail dan secara terasing.
Projek ini juga boleh dijadikan asas untuk dikembangkan kepada perkara lain
seperti pemetaan projek-projek kecil pejabat daerah, pemetaan kawasan
pencerobohan atau pencurian pasir. Lain -lain perkara perkara yang signifikan
seperti yang dinyatakan didalam Perkara (2) dan (3).
5. PENGIKTIRAFAN DITERIMA
Tiada.
12
6. PENUTUP
Projek Pemetaan Penerima Bantuan Kemiskinan Pejabat Daerah
Seberang Perai Tengah (PEMEKAT) membantu pengurusan atasan untuk
mendapatkan perspektif menyeluruh dan boleh membantu dalam membuat
keputusan dengan pelbagai ruang-ruang kemungkinan yang dapat dijana
melalui pemetaan dinamik ini. Penyelia juga boleh menjalankan pemantauan
dengan lebih berkesan keatas penerima-penerima bantuan pada bila-bila masa
tanpa perlu merujuk kepada fail apabila berada di luar pejabat .
Projek ini juga boleh dikembangkan kepada perkara lain seperti
pemetaan projek-projek kecil, senarai kuaters, gerai , pencerobohan tanah
kerajaan dan lain-lain . Walaubagaimana pun terdapat kekurangan kerana
platform yang digunakan adalah percuma dan sudah tentu terdapat limitasit ter-
tentu . Sekiranya pihak Kerajaan Negeri mengapdatasi dan melaksana pada
skala yang besar, projek ini akan memberi manfaat kepada bukan sahaja
pengguna di daerah lain malah juga di peringkat negeri .
13