anugerah inovasi kerajaan negeri pulau...

36

Upload: others

Post on 26-Oct-2020

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2573-vehicle-optimization... · ALAT HAWA DINGIN DAN LIF SISTEM ... PERJANJIAN & PEMBAYARAN PENGURUSAN
Page 2: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2573-vehicle-optimization... · ALAT HAWA DINGIN DAN LIF SISTEM ... PERJANJIAN & PEMBAYARAN PENGURUSAN

Page | 2

MUKA SURAT BAB 1 PENGENALAN 3-14

Maklumat Jabatan Kejuruteraan Maklumat Bahagian Pengangkutan Piagam Pelanggan berkaitan Projek Inovasi Pengenalan Mengenai Inovasi BAB 2 IMPAK SEBELUM DAN SELEPAS INOVASI DIHASILKAN 15-19 BAB 3 IMPAK INOVASI 20-23 BAB 4 ELEMEN INOVASI 24-33 Hasil Inovasi Yang Berinovatif

Keberkesanan Inovasi

Inovasi Yang Signifikan

Inovasi Yang Relevan

BAB 5 RUMUSAN 34-36

Page 3: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2573-vehicle-optimization... · ALAT HAWA DINGIN DAN LIF SISTEM ... PERJANJIAN & PEMBAYARAN PENGURUSAN

Page | 3

Page 4: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2573-vehicle-optimization... · ALAT HAWA DINGIN DAN LIF SISTEM ... PERJANJIAN & PEMBAYARAN PENGURUSAN

Page | 4

MAKLUMAT JABATAN KEJURUTERAAN Jabatan ini bertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan pelbagai projek

Majlis untuk membantu pembangunan kawasan Seberang Perai.Ia bertanggungjawab

untuk kerja-kerja penyelenggaraan serta menyediakan kemudahan awam seperti

menyediakan pasar awam, tempat meletak kereta, pondok perhentian bas dan lampu

jalan. Di samping itu, jabatan ini juga memainkan peranan dalam penyeliaan sistem

lalulintas dan kerja tanah di Seberang Perai.

Fungsi Jabatan Kejuruteraan adalah :

1. Bertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan pelbagai projek Majlis

bagi pembangunan seluruh kawasan Seberang Perai.

2. Jabatan ini juga bertanggungjawab dalam kawalan dan pengawasan sistem

lalulintas, kawalan kerja tanah dan pembangunan.

3. Menyediakan dan menyelenggara kemudahan awam serta infrastruktur.

4. Menyelenggara jalan-jalan taman perumahan di seluruh kawasan Seberang

Perai.

5. Melaksana pembelian serta penyelenggaraan kenderaan dan peralatan mekanikal Majlis.

Jabatan Kejuruteraan ditadbir oleh seorang Pengarah iaitu Tuan Haji Baderul Amin bin

Abd Hamid. Pengarah akan mengawal segala pengurusan yang diletakkan di bawah

seliaan tiga (3) orang Timbalan Pengarah. Timbalan Pengarah akan menjalankan

penyelarasan ke atas bahagian di bawah seliaan beliau. Terdapat empat (4) bahagian

yang diketuai oleh Timbalan Pengarah dibantu oleh Penolong Pengarah.

Page 5: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2573-vehicle-optimization... · ALAT HAWA DINGIN DAN LIF SISTEM ... PERJANJIAN & PEMBAYARAN PENGURUSAN

Page | 5

Carta 1: Carta Organisasi Jabatan Kejuruteraan

MAKLUMAT BAHAGIAN PENGANGKUTAN Bahagian ini diketuai oleh seorang Penolong Pengarah merangkap Pegawai Kenderaan

Majlis Perbandaran Seberang Perai dan dibantu oleh seorang Penolong Jurutera

Kanan dan lima (5) orang Penolong Jurutera.

Fungsi Bahagian Pengangkutan adalah:- 1. Menguruskan perolehan kenderaan MPSP.

2. Menyelenggara kenderaan jabatan-jabatan di MPSP.

3. Memastikan bahawa semua tindakan diambil apabila berlaku kemalangan.

4. Menguruskan pelupusan kenderaan MPSP.

5. Menguruskan aset alih dan stor

6. Menguruskan bahan buangan terjadual di PUSKEB.

PENYELENGGARAAN BANGUNAN

PAM TANGKI AIR & NAJIS

PENGURUSAN ASET ALIH DAN STOR

PENGANGKUTANPENYELENGGARAAN HARTA DAN KEMUDAHAN AWAM

PEMBANGUNAN DAN PERANCANGAN

PENTADBIRAN

HAL EHWAL KAKITANGAN & PERJAWATAN

LAMPU JALANPEMBELIAN KENDERAAN

MEKANIKAL DAN SKUAD

PENYELENGGARAA

PROGRAM KUALITI

PENGURUSAN ADUAN & SOALAN DUN

ULASAN PELAN PEMBANGUNAN

LALULINTAS

PEMARITAN

PENTADBIRAN AM

PENGUATKUASAAN

PENYELENGGARAAN KENDERAAN

PENGARAH KEJURUTERAAN

LAMPU ISYARAT & CCTV

PENYELENGGARAAN JALAN & PARIT

PROJEK

SKUAD PENYELENGGARAAN

RUMAH PAM KAWALAN BANJIR

ALAT HAWA DINGIN DAN LIF

SISTEM PENCEGAH KEBAKARAN

PERJANJIAN & PEMBAYARAN

PENGURUSAN ASET & STOR

Page 6: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2573-vehicle-optimization... · ALAT HAWA DINGIN DAN LIF SISTEM ... PERJANJIAN & PEMBAYARAN PENGURUSAN

Page | 6

Carta 2: Carta Organisasi Bahagian Pengangkutan

PIAGAM PELANGGAN BERKAITAN PROJEK INOVASI Berdasarkan Piagam Pelanggan MPSP, projek inovasi ini adalah berkaitan dengan

Perkara 3 : Pengurusan Sisa Pepejal yang menyatakan seperti berikut:-

Memberi perkhidmatan kutipan sisa pepejal domestik di kawasan skim kediaman 3 kali

seminggu.

PENGENALAN MENGENAI INOVASI Majlis Perbandaran Seberang Perai dengan moto Seberang Perai Aspirasi Bandar

Masa Hadapan sentiasa menambah baik kualiti perkhidmatan berteraskan ‘people

centric’.Demi kepuasan pelanggan dari segi keselamatan dan kesejahteraan, MPSP

melalui Jabatan Kejuruteraan sentiasa memastikan operasi teras MPSP dilaksanakan

dengan pantas dan berkesan.

Oleh yang demikian, MPSP terpaksa menggunakan pendekatan baru dan idea yang

lebih radikal untuk membolehkan MPSP meningkatkan tahap penyampaian

perkhidmatan agar lebih cekap dan berkesan. Budaya inovasi adalah sebahagian

daripada Program Transformasi / Penjenamaan Semula / BPR MPSP. MPSP telah

menyusun strategi untuk meningkatkan budaya inovasi berpandukan kepada rasional-

rasional berikut: -

Page 7: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2573-vehicle-optimization... · ALAT HAWA DINGIN DAN LIF SISTEM ... PERJANJIAN & PEMBAYARAN PENGURUSAN

Page | 7

• Keperluan memenuhi perubahan ketara dalam kehendak pelanggan dan

stakeholder secara lebih berkesan;

• Keperluan meningkatkan kecekapan dan mengawal kos dalam menangani

kekangan sumber kewangan semasa;

Sehingga bulan April 2019, Majlis Perbandaran Seberang Perai mempunyai 403 unit

kenderaan aktif terdiri daripada motosikal, kereta saloon, kenderaan tugas ringan,

kenderaan tugas berat dan kenderaan istimewa buatan tempahan.Daripada jumlah

tersebut, 357 unit adalah kenderaan rasmi jabatan yang digunakan untuk operasi

MPSP.

Merujuk kepada Pekeliling 1PP WP4.1/2013 – Pengurusan Kenderaan Kerajaan,

perkara 3.2 Pelupusan Kenderaan menyatakan faktor-faktor pertimbangan untuk

pelupusan kenderaan adalah seperti berikut:-

1. Tempoh penggunaan kenderaan

2. Jarak perjalanan kenderaan

3. Tahap penyampaian perkhidmatan kenderaan

Penggunaan kenderaan yang maksimum dan semakin berusia telah menyebabkan kos

penyelenggaraan kenderaan meningkat dan melebihi harga semasa kenderaan.

Dalam menuju ke arah bandar rendah karbon, MPSP sangat komited untuk

mengurangkan ‘carbon footprint’ terutama daripada segi kenderaan Majlis. Pelepasan

karbon dari kenderaan yang tidak ekonomik adalah tinggi disebabkan kadar

penggunaan bahan api per kilometer yang tinggi (l/100km).

Oleh itu, MPSP telah mengambil inisiatif untuk merangka satu program penilaian

penggantian dan penambahan kenderaan iaitu Vehicle Optimization Matrix –Decision

Modelling (VOMD).

Page 8: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2573-vehicle-optimization... · ALAT HAWA DINGIN DAN LIF SISTEM ... PERJANJIAN & PEMBAYARAN PENGURUSAN

Page | 8

Kategori Inovasi: Bukan ICT Kluster Inovasi:

1. Kewangan dan Perolehan 2. Perkhidmatan Teknikal 3. Proses dan Prosedur

Tujuan program ini diwujudkan adalah bagi memastikan tahap penyampaian

perkhidmatan kenderaan MPSP sentiasa berada pada tahap optimum.Dengan

wujudnya program ini, operasi teras MPSP tidak terganggu apabila kenderaan sentiasa

berada dalam keadaan siap sedia untuk menjalankan tugas.

Program ini diwujudkan hasil daripada cetusan idea daripada Pegawai Kenderaan

MPSP merangkap Ketua Bahagian Pengangkutan dan dibuat sepenuhnya secara in-

house oleh pegawai di bahagian tersebut.Sesi percambahan fikiran telah diadakan

selama satu (1) minggu bagi mengenal pasti kriteria yang perlu dinilai oleh pegawai di

Bahagian Pengangkutan.

Program VOMD ini telah dikenal pasti berdasarkan beberapa perkara iaitu:-

a. Lupus tanpa penggantian

b. Lupus dengan penggantian

c. Right-sizing vehicle

d. Take home vehicle

e. Penyewaan kenderaan

f. Kenderaan Pooling

g. New vehicle acquisition

Pada masa kini, Bahagian Pengangkutan tidak menggunakan perkara (d) iaitu take

home vehicle kerana tidak sesuai digunakan untuk kenderaan MPSP.

Page 9: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2573-vehicle-optimization... · ALAT HAWA DINGIN DAN LIF SISTEM ... PERJANJIAN & PEMBAYARAN PENGURUSAN

Page | 9

Program VOMD ini mengambil masa selama dua (2) minggu untuk disiapkan

sepenuhnya oleh pegawai MPSP dan pada ketika ini, program ini telah digunakan untuk

penggantiankenderaan pada tahun 2018 dan 2019 manakala untuk penggantian

kenderaan adalah bermula pada tahun 2019 yang menggunakan bajet MPSP.

Sekiranya jabatan-jabatan di MPSP membuat permohonan untuk penambahan

kenderaan, Bahagian Pengangkutan akan membuat analisis berdasarkan VOMD bagi

menentukan keutamaan penambahan kenderaan bagi jabatan tersebut.

Manakala untuk penggantian kenderaan, Bahagian Pengangkutan akan membuat

analisis secara automatik berdasarkan VOMD bagi menentukan sama ada kenderaan

tersebut sudah boleh diganti atau tidak pada tahun seterusnya.

Sehubungan itu, Vehicle Optimization Matrix –Decision Modelling (VOMD) dilihat

mampu menjadi pemangkin menuju ke arah menjadikan pengurusan kenderaan di

MPSP berada pada tahap cemerlang dan sentiasa bersedia untuk menjalankan operasi

di kawasan Seberang Perai.

VOMD merujuk kepada program penggantian dan penambahan kenderaan bagi

kegunaan Bahagian Pengangkutan dan merupakan program utama dalam melancarkan

proses perolehan kenderaan di MPSP.

VOMD adalah bersifat mudah difahami dan boleh digunakan oleh semua pegawai yang

terlibat dengan proses perolehan kenderaan.

Programinimerupakansatu-satunya program penggantian dan penambahan aset di

MPSP yang mempunyai matriks dalam menentukan keutamaan penggantian dan

penambahan suatu kenderaan.

Page 10: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2573-vehicle-optimization... · ALAT HAWA DINGIN DAN LIF SISTEM ... PERJANJIAN & PEMBAYARAN PENGURUSAN

Page | 10

Carta 1: Penggabungan Program untuk Program VOMD

Program VOMD (bagi penggantian kenderaan)merangkumimatrikssepertiberikut:-

a. Jenis kenderaan

b. Kriteria penggantian

i. Usia kenderaan

ii. Odometer kenderaan / jumlah jarak perjalanan kenderaan

iii. Kos penyelenggaraan tahunan kenderaan

iv. Fungsi kenderaan

v. Jumlah pembaikan besar dalam setahun untuk kenderaan tersebut

vi. Kriteria penilaian

c. Kadar Jangka Hayat Kenderaan

Page 11: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2573-vehicle-optimization... · ALAT HAWA DINGIN DAN LIF SISTEM ... PERJANJIAN & PEMBAYARAN PENGURUSAN

Page | 11

Manakala program VOMD (bagi penambahan kenderaan merangkumi matriks seperti

berikut:-

a. Cerakinan kenderaan baru

b. Jumlah kos tambahan kenderaan baru

c. Keutamaan fungsi kenderaan baru

d. Kekerapan penggunaan kenderaan baru (berdasarkan sewaan harian

pada tahun sebelumnya)

e. Kos sewaan harian kenderaan baru (sekiranya tiada pembelian bagi jenis

kenderaan baru tersebut)

Berikut adalah kriteria yang dibuat penilaian di dalam program VOMD untuk

penggantian kenderaan:-

Jadual 2: Jumlah Jarak

Perjalanan Kenderaan

Deskripsi Markah > 100,000 km 5 70,000km to 99,000 km 4 50,000km to 69,000km 3 30,000km to 49,000km 2 <30,000km 1

Jadual 1: Usia Kenderaan (tahun)

Deskripsi Markah > 15 5 13 to 15 4 10 to 12 3 7 to 9 2 4 to 6 1

Page 12: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2573-vehicle-optimization... · ALAT HAWA DINGIN DAN LIF SISTEM ... PERJANJIAN & PEMBAYARAN PENGURUSAN

Page | 12

Jadual 3: Jumlah Kos Penyelenggaraan Kenderaan Tahunan (RM)

Deskripsi Markah >RM8,000 5 RM6,000 to RM7,999 4 RM4,000 to RM5,999 3 RM2,000 to RM3,999 2 <RM2,000 1

Jadual 4: Fungsi Kenderaan Deskripsi Markah

Special built / purpose / untuk operasi teras 5

Medium duty 4 Single purpose w/attachments 3 4-wheel drive 2 Standard vehicle 1

Jadual 5: Jumlah Pembaikan Besar Kenderaan Tahunan

Deskripsi Markah Pembaikan besar enam (6) kali setahun 5 Pembaikan besar lima (5) kali setahun 4 Pembaikan besar empat (4) kali setahun 3 Pembaikan besar tiga (3) kali setahun 2 Pembaikan besar kurang daripada dua (2)

kali setahun 1

Jadual 6: Kriteria Penilaian

Jumlah Markah Kondisi 1 - 9 markah Excellent to very good

Will be reviewed again in 3 years 10 - 14 markah Good

Will be reviewed again in 2 years / request for refurbish

15 - 23 markah Qualifies for replacement MUST be replaced within 1 year

>24 markah Needs immediate replacement MUST be replaced

Page 13: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2573-vehicle-optimization... · ALAT HAWA DINGIN DAN LIF SISTEM ... PERJANJIAN & PEMBAYARAN PENGURUSAN

Page | 13

Manakala, untuk program VOMD (penambahan kenderaan) pula, kriteria penilaian

adalah seperti berikut:-

Jadual 1: Cerakinan bahan api kenderaan

Deskripsi Markah < 20.0 km per liter 5 < 15.0 km per liter 4 < 12.0 km per liter 3 < 10.0 km per liter 2 < 5.0 km per liter 1

Jadual 2: Jumlah Kos yang perlu dikeluarkan (RM)

* Kos kenderaan, kos insurans, kos tenaga kerja, kos penyelenggaraan Deskripsi Markah

<50,000 5 51,000 – 80,000 4 80,000 – 110,000 3 111,000 - 150,000 2 >150,000 1

Jadual 3: Fungsi Kenderaan Deskripsi Markah

Special built / purpose / untuk operasi teras 5 Penguatkuasaan 4 administration/commuting 3 pooling 2 VIP 1

Jadual 4: Anggaran Kekerapan Penggunaan (berdasarkan sewaan harian)

Deskripsi Markah >100 hari 5 50-99 hari 4 25-50 hari 3 10-25 hari 2 <10 hari 1

Page 14: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2573-vehicle-optimization... · ALAT HAWA DINGIN DAN LIF SISTEM ... PERJANJIAN & PEMBAYARAN PENGURUSAN

Page | 14

Jadual 5: Anggaran Kos Sewaan Harian (RM)

Deskripsi Markah Kos penyewaan melebihi RM50,000.00 tahunan 5 Kos penyewaan melebihi RM40,000.00 tahunan 4 Kos penyewaan melebihi RM30,000.00 tahunan 3 Kos penyewaan melebihi RM20,000.00 tahunan 2 Kos penyewaan melebihi RM10,000.00 tahunan 1

Jadual6: Kriteria Penilaian

Markah Kondisi

1 - 9 markah Leasing. Review Puchasing in 3 years

10 - 14 markah Leasing. Review purchasing in 2 year

15 - 23 markah PURCHASE IN 1 YEAR

>24 markah MUST PURCHASE

Page 15: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2573-vehicle-optimization... · ALAT HAWA DINGIN DAN LIF SISTEM ... PERJANJIAN & PEMBAYARAN PENGURUSAN

Page | 15

Page 16: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2573-vehicle-optimization... · ALAT HAWA DINGIN DAN LIF SISTEM ... PERJANJIAN & PEMBAYARAN PENGURUSAN

Page | 16

2.0 IMPAK SEBELUM DAN SELEPAS INOVASI DIHASILKAN Sebelumwujudnyaprogram Vehicle Optimization Matrix –Decision Modelling (VOMD),JabatanKejuruteraan membuat penggantian kenderaan bergantung kepada

kriteria jumlah kos penyelenggaraan kenderaan dan nilai semasa kenderaan

berdasarkan Pekeliling 1PP sahaja. Pihak jabatan mendapati terdapat beberapa

masalah sekiranya penggantian kenderaan bergantung sepenuhnya kepada kriteria

tersebut antaranya seperti berikut:-

a. Pelupusan tidak mengikut keutamaan (priority) berdasarkan fungsi suatu

kenderaan terhadap operasi teras MPSP.

o Terdapat kenderaan jabatan yang mempunyai fungsi penting untuk

operasi MPSP tetapi tidak dapat dilupuskan.

b. Kenderaan telah berusia lebih daripada 15 tahun tetapi masih tidak dilupuskan

kerana kos penyelenggaraan yang rendah.

c. Tahap ketersediaan kenderaan yang telah berusia semakin menurun.

d. Pemandu MPSP yang baru dilantik tidak mengetahui tatacara penggunaan

kenderaan tersebut kerana teknologi yang sudah lama.

e. Keadaan luaran dan dalaman kenderaan semakin teruk seiring dengan

peningkatan usia kenderaan.

f. Kos penyelenggaraan kenderaan tetap meningkat kerana masih banyak

kenderaan yang berusia di MPSP.

Gambar 1: Contoh kaedah lama proses penggantian kenderaan

Page 17: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2573-vehicle-optimization... · ALAT HAWA DINGIN DAN LIF SISTEM ... PERJANJIAN & PEMBAYARAN PENGURUSAN

Page | 17

Melalui program VOMD, Bahagian Pengangkutan dapat membuat analisis bagi

menentukan keutamaan pelupusan dan jangka masa yang diperlukan untuk

penggantian setiap kenderaan MPSP yang telah berusia lebih daripada lima (5) tahun

serta analisis bagi menentukan jangka masa yang sesuai untuk penambahan

kenderaan baru di MPSP.

Gambar 2: Contoh kaedah menggunakan program VOMD (penggantian)

Page 18: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2573-vehicle-optimization... · ALAT HAWA DINGIN DAN LIF SISTEM ... PERJANJIAN & PEMBAYARAN PENGURUSAN

Page | 18

Gambar 2: Contoh kaedah menggunakan program VOMD (penambahan)

Sehubunganitu,program VOMD

dilihatmampumenjadipemangkinmenujukearahmenjadikan pengurusan kenderaan di

MPSP cemerlang dan teratur.Denganprogram VOMD, tahap ketersediaan kenderaan

semakin meningkat sekaligus dapat memenuhi keperluan dan kehendak stakeholders

dengan cekap dan pantas.

Page 19: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2573-vehicle-optimization... · ALAT HAWA DINGIN DAN LIF SISTEM ... PERJANJIAN & PEMBAYARAN PENGURUSAN

Page | 19

Keberkesanan program VOMD telah dibuktikan melalui penjimatan kos yang ketara

pada tahun 2018 untuk penyelenggaraan kenderaan dengan penurunan sebanyak

17.69 peratus (%) berbanding tahun sebelumnya.

Tahun Jumlah Kos Penyelenggaraan Kenderaan MPSP

(RM)

2017 2,533,450.97

2018 2,085,173.72

Jadual 2: Jumlah Kos Penyelenggaraan Kenderaan bagi tahun 2017 dan 2018.

Rajah 3: Graf Jumlah Kos Penyelenggaraan Tahunan Kenderaan MPSP.

Page 20: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2573-vehicle-optimization... · ALAT HAWA DINGIN DAN LIF SISTEM ... PERJANJIAN & PEMBAYARAN PENGURUSAN

Page | 20

Page 21: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2573-vehicle-optimization... · ALAT HAWA DINGIN DAN LIF SISTEM ... PERJANJIAN & PEMBAYARAN PENGURUSAN

Page | 21

Program VOMD telah memberi impak kepada Jabatan Kejuruteraan adalah seperti

berikut:-

a. Pihak jabatan tidak lagi melakukan kesilapan dalam memilih kenderaan yang

perlu dilupuskan dan digantikan.

b. Pihak jabatan melihat semua aspek berkaitan kenderaan tersebut sebelum

kenderaan dilupuskan.

c. Pihak jabatan dapat memberi nasihat kepada Pengurusan Atasan berhubung

penggantian kenderaan dengan lebih mudah.

d. Tiada kes berat sebelah antara jabatan-jabatan di MPSP untuk penggantian

kenderaan.

e. Penjimatan penggunaan bahan api dari segi fuel consumption.

Impak kepada jabatan di MPSP pula adalah seperti berikut:-

a. Reliability kenderaan penggantian akan meningkat kerana pembaikan besar

kenderaan akan berkurangan yang boleh menyebabkan downtime yang lama

kepada operasi teras seperti operasi kutipan sampah dan pembersihan

landskap.

b. Aduan awam di Seberang Perai juga dapat dikurangkan kerana kenderaan

sentiasa dalam keadaan siap siaga seterusnya dapat meningkatkan imej Majlis

dalam menjalankan aktiviti perkhidmatan teras iaitu pembersihan dan

penguatkuasaan kepada masyarakat Seberang Perai.

c. Teknologi yang lebih maju dari segi operasi yang lebih sesuai dengan

persekitaran operasi yang terkini.

d. Penambahbaikan fungsi kenderaan yang lebih mudah dikawal pemandu dan

pengguna.

e. Waranti kenderaan baru kini telah meningkat kepada tiga (3) tahun bagi

bahagian chassis yang akan menjimatkan kos penyelenggaraan tahunan Majlis.

Page 22: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2573-vehicle-optimization... · ALAT HAWA DINGIN DAN LIF SISTEM ... PERJANJIAN & PEMBAYARAN PENGURUSAN

Page | 22

Manakala impak kepada masyarakat Seberang Perai pula adalah seperti berikut:-

a. Operasi teras seperti kutipan sampah dan pembersihan landskap dapat

dilaksanakan mengikut jadual sekaligus meningkatkan kepuasan masyarakat

Seberang Perai kerana kawasan sekitar sentiasa bersih dan tidak berbau busuk.

b. Aduan awam dapat diselesaikan dengan cepat dan pantas kerana kenderaan

sentiasa berada dalam keadaan siap siaga untuk menjalankan tugas.

c. Penduduk setempatberasa lebih selesa dan selamat dalam menjalani kehidupan

seharian.

d. Meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat.

No Kategori Keterangan

1 Tenaga Kerja

Pengendalian kenderaan adalah lebih mudah

berbanding kenderaan lama yang mempunyai sistem

yang susah dikendalikan.

2 Machinery / Kenderaan Teknologi sistem kenderaan yang lebih maju dan lebih

menekankan konsep green technology.

3 Persekitaran

Pelepasan karbon dari kenderaan baru adalah rendah

disebabkan kadar penggunaan bahan api per kilometer

yang rendah (l/100km).

4 Kos Kos penyelenggaraan kenderaan dan bahan api akan

menjadi lebih rendah (cost-saving).

5 Proses Kerja

a. Pemandu lebih mahir dalam mengendalikan sistem

kenderaan baru.

b. Alat ganti kenderaan baru masih ada di pasaran

dan mudah dicari berbanding kenderaan lama.

Jadual 2: Ringkasan Impak program VOMD daripada segi kategori

Page 23: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2573-vehicle-optimization... · ALAT HAWA DINGIN DAN LIF SISTEM ... PERJANJIAN & PEMBAYARAN PENGURUSAN

Page | 23

Kumpulan sasar bagi program VOMDadalah seperti berikut:-

Rajah 2: Kumpulan Sasar program VOMD

Program ini meliputi seluruh kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Seberang Perai

seluas 738.41 km persegi yang meliputi Seberang Perai Tengah, Seberang Perai

Selatan dan Seberang Perai Utara.

Page 24: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2573-vehicle-optimization... · ALAT HAWA DINGIN DAN LIF SISTEM ... PERJANJIAN & PEMBAYARAN PENGURUSAN

Page | 24

Page 25: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2573-vehicle-optimization... · ALAT HAWA DINGIN DAN LIF SISTEM ... PERJANJIAN & PEMBAYARAN PENGURUSAN

Page | 25

HASIL INOVATIF YANG BERINOVATIF Program VOMD merupakan satu program inovasi penciptaan dengan elemen baru bagi

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).Program VOMD merupakan program pertama yang

menggunakan matriks dalam menentukan pelupusan kenderaan PBT.

Dengan adanya program ini, penentuan penggantian kenderaan MPSP secara tahunan

dapat dibuat dengan mudah dan lebih sistematik berbanding sebelum program VOMD

diwujudkan.

Program VOMD dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Jabatan

Kejuruteraan sebelum ini.Program VOMD ini dapat memastikan pelupusan kenderaan

adalah berdasarkan keutamaan fungsi suatu kenderaan tersebut terhadap operasi teras

MPSP sekaligus dapat menghapuskan keputusan berat sebelah dibuat.

Selain itu, program VOMD ini dilihat dapat membantu Pusat Servis Kenderaan Berat

MPSP (PUSKEB) menjadi sebuah pusat pembaikan yang lebih teratur dan

berkemahiran tinggi. Dengan pelupusan kenderaan lama yang tidak berekonomik, kerja

penyelenggaraan kenderaan tidak lagi mengambil masa yang lama di bahagian

tempahan alat ganti.Kenderaan dapat dibaiki dengan cepat apabila mengalami

kerosakan kerana alat ganti mudah didapati di panel kontraktor alat ganti tahunan

sekaligus dapat membantu secara sukarela dalam melancarkan operasi kutipan

sampah yang merupakan tunjang utama dalam memberi perkhidmatan yang terbaik

kepada masyarakat di Seberang Perai.

Page 26: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2573-vehicle-optimization... · ALAT HAWA DINGIN DAN LIF SISTEM ... PERJANJIAN & PEMBAYARAN PENGURUSAN

Page | 26

KEBERKESANAN INOVASI

1. Gambaran faedah nyata diperolehi

Pelupusan kenderaan di MPSP adalah lebih sistematik dan teratur di mana setiap

kenderaan yang hendak dilupuskan telah diambil kira kriteria dari pelbagai kategori

selain menggunakan rujukan Pekeliling 1PP WP4.1/2013.

Bermula pada tahun 2018, semua pembelian kenderaan adalah berdasarkan fungsi

utama jabatan yang berkait rapat dengan operasi teras MPSP telah dibentangkan dan

dinasihatkan kepada Pengurusan Atasan ketika Mesyuarat Bajet.

Keberkesanan program VOMD telah dibuktikan melalui penjimatan kos yang ketara

pada tahun 2018 untuk penyelenggaraan kenderaan dengan penurunan sebanyak

17.69 peratus (%) berbanding tahun sebelumnya.

Tahun Jumlah Kos Penyelenggaraan Kenderaan MPSP

(RM)

2017 2,533,450.97

2018 2,085,173.72

Jadual 2: Jumlah Kos Penyelenggaraan Kenderaan bagi tahun 2017 dan 2018.

Page 27: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2573-vehicle-optimization... · ALAT HAWA DINGIN DAN LIF SISTEM ... PERJANJIAN & PEMBAYARAN PENGURUSAN

Page | 27

Rajah 3: Graf Jumlah Kos Penyelenggaraan Tahunan Kenderaan MPSP.

Daripada segi produktiviti kerja, program VOMD ini melahirkan pemandu yang lebih

bertanggungjawab terhadap kenderaan dan operasi kutipan sampah khususnya

menjadi lebih baik dan cepat berbanding sebelumnya.

Selain itu, faedah lain yang diperolehi hasil dari inovasi ini adalah :

1. Keperluan memenuhi perubahan ketara dalam kehendak pelanggan secara lebih

efisyen.

2. Keperluan meningkatkan kecekapan dan mengawal kos dalam menangani

kekangan sumber kewangan semasa.

3. Keperluan memperkenalkan pendekatan penyampaian perkhidmatan baru

apabila kaedah-kaedah semasa didapati kurang berkesan.

4. Keperluan memanfaatkan keupayaan teknologi terkini secara optimum.

Page 28: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2573-vehicle-optimization... · ALAT HAWA DINGIN DAN LIF SISTEM ... PERJANJIAN & PEMBAYARAN PENGURUSAN

Page | 28

HASIL INOVASI YANG SIGNIFIKAN

1. Inovasi yang lebih mesra pelanggan.

Kumpulan sasar bagi program VOMD melibatkan hampir semua jabatan di MPSP(bagi

jabatan yang mempunyai kenderaan). Program ini membolehkan Pengawas Kenderaan

Jabatan melihat kepentingan dan keutamaan fungsi kenderaan di bawah seliaan beliau

sekaligus jabatan dapat membuat tugas kerja bagi kenderaan ini sehingga ke tahun

kenderaan sepatutnya dilupuskan.

2. Penjimatan masa, kos, sumber manusia, mudah digunakan , tingkat

produktiviti.

Kepentingan program VOMDini adalah menerusi penyediaan jadual penilaian

kenderaan yang lebih sistematik dan lebih signifikan memandangkan Majlis

Perbandaran Seberang Perai mempunyai 403 unit kenderaan aktif dengan usia

kenderaan yang paing tua adalah 24 tahun. No Kategori Keterangan

1 Produktiviti

Produktiviti kerja akan meningkat kerana pemandu

lebih mahir dan bertanggungjawab dalam

mengendalikan kenderaan untuk operasi teras MPSP.

2 Teknologi / Mudah

Digunakan

Teknologi sistem kenderaan yang lebih maju dan lebih

menekankan konsep green technology menjadikan

kenderaan baru lebih mudah digunakan.

4 Kos Kos penyelenggaraan kenderaan dan bahan api akan

menjadi lebih rendah (cost-saving).

5 Masa

Masa penyelenggaraan dapat dijimatkan kerana

kenderaan baru tidak mengambil masa yang lama

untuk dibaiki.

Page 29: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2573-vehicle-optimization... · ALAT HAWA DINGIN DAN LIF SISTEM ... PERJANJIAN & PEMBAYARAN PENGURUSAN

Page | 29

SENARAI KENDERAAN MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI

MENGIKUT BILANGAN JENIS BADAN - SEHINGGA MAC 2019

BIL JENIS BADAN

JUMLAH KENDERAAN AKTIF

JUMLAH KENDERAAN TIDAK AKTIF

1 LORI MULTI PURPOSE 3 - 2 WINDOW VAN 30 - 3 BACKHOE 12 - 4 BAS 1 - 5 KERETA SALOON 8 - 6 CARGO AM 4 - 7 COMPACT LOADER 75 - 8 CRANE 20 - 9 CREW CAB 1 TAN 3 - 10 CREW CAB 3 TAN 8 - 11 CREW CAB 5 TAN 3 - 12 FORK LIFT 3 - 13 HIGH PRESSURE JETTING 3 - 14 JIP 31 - 15 MINI TRUCK 7 - 16 LORI KAUNTER BERGERAK 1 - 17 MOTOSIKAL 26 - 18 MPV 2 - 19 OPEN TRUCK 5 TAN 5 - 20 OPEN TRUCK 7 TAN 17 - 21 PICK UP 19 - 22 ROAD SWEEPER 3 - 23 ROLL ON ROLL 24 - 24 SKY LIFT 7 - 25 TAIL LIFT 5 - 26 TIPPER 1 TAN 67 - 27 TOWING 4 - 28 TRAKTOR 8 - 29 WATER TANK 4 -

403 0

Page 30: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2573-vehicle-optimization... · ALAT HAWA DINGIN DAN LIF SISTEM ... PERJANJIAN & PEMBAYARAN PENGURUSAN

Page | 30

HASIL INOVASI YANG RELEVAN 1. Sumbangan kepada agenda organisasi / nasional

Dalam menuju ke arah bandar rendah karbon, MPSP sangat komited untuk

mengurangkan ‘carbon footprint’ terutama daripada segi kenderaan Majlis. Pelepasan

karbon dari kenderaan yang tidak ekonomik adalah tinggi disebabkan kadar

penggunaan bahan api per kilometer yang tinggi (l/100km).

Dengan adanya program VOMD, pelepasan karbon dapat dikurangkan dengan

penggunaan bahan api yang lebih optimum berbanding kenderaan yang sudah tidak

berekonomik.

Program Vehicle Optimization Matrix –Decision Modelling (VOMD) adalah berkaitan

dengan Sustainable Development Goals (SDG) Goal 11 : Make cities inclusive, safe,

resilient and sustainable di bawah perkara 11.6 :-

By 2030, reduce the adverse per capita environmental impact of cities, including

by paying special attention to air quality and municipal and other waste

management.

Page 31: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2573-vehicle-optimization... · ALAT HAWA DINGIN DAN LIF SISTEM ... PERJANJIAN & PEMBAYARAN PENGURUSAN

Page | 31

Gambar 3: Sustainable Development Goals (Goal 11)

Page 32: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2573-vehicle-optimization... · ALAT HAWA DINGIN DAN LIF SISTEM ... PERJANJIAN & PEMBAYARAN PENGURUSAN

Page | 32

Gambar 4: Sustainable Development Goals (Goal 11) Target 11.6

Selain itu, program VOMD juga turut berkait dengan Dasar Keselamatan Negara di

bawah Perkara 5: Nilai-Nilai Teras Malaysia dan sub-perkara 5.18 Teras 8:

Keselamatan Rakyat serta Perkara 6: Strategi-Strategi Utama dan sub-perkara

Page 33: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2573-vehicle-optimization... · ALAT HAWA DINGIN DAN LIF SISTEM ... PERJANJIAN & PEMBAYARAN PENGURUSAN

Page | 33

Gambar 5: Dasar Keselamatan Negara Teras 8: Keselamatan Rakyat

Gambar 6: Dasar Keselamatan Negara Strategi 16: Meningkatkan Kesejahteraan

Rakyat

Berdasarkan agenda nasional seperti di atas, program VOMD ini dapat membantu

MPSP dalam memastikan kesejahteraan dan keselamatan masyarakat Seberang Perai

lebih terjaga dengan adanya kenderaan yang sentiasa dalam keadaan bersiap sedia

untuk menjalankan tugas.

Keberkesanan program VOMD telah dibuktikan melalui penjimatan kos yang ketara

pada tahun 2018untuk penyelenggaraan kenderaan dengan penurunan sebanyak 17.69

peratus (%) berbanding tahun sebelumnya.

Page 34: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2573-vehicle-optimization... · ALAT HAWA DINGIN DAN LIF SISTEM ... PERJANJIAN & PEMBAYARAN PENGURUSAN

Page | 34

Page 35: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2573-vehicle-optimization... · ALAT HAWA DINGIN DAN LIF SISTEM ... PERJANJIAN & PEMBAYARAN PENGURUSAN

Page | 35

RUMUSAN

Bahagian Pengangkutan wajar dipertimbangkan untuk memenangi AIKNPP

berdasarkan justifikasi berikut:

a) Inovasi yang dilaksanakan telah dibuktikan keberkesanan bermula tahun 2018.

b) Keberkesanan program melalui penjimatan kos penyelenggaraan tahunan

kenderaan telah dapat dibuktikan.

c) Aduan awam dapat dilaksanakan dengan cekap dan pantas.

d) Operasi jabatan menjadi lebih cepat, cekap dan berkesan.

e) Penggunaan program yang berdasarkan teknologi terkini dapat mendidik dan

meningkatkan pengetahuan kakitangan.

f) Membantu PBT lain dalam menambahbaik perkhidmatan melalui perkongsian

“Best Practices”.

g) Melaksanakan transformasi dalam memenuhi agenda nasional negara.

h) Return of Investment (ROI) bagi program VOMD adalah besar dan

menguntungkan MPSP.

Pelupusan kenderaan adalah mengikut keutamaan berdasarkan fungsi

jabatan MPSP.

Tiada keputusan berat sebelah kerana justifikasi penggantian kenderaan

yang diberikan adalah jelas.

Kos penyelenggaraan kenderaan berkurang.

Kos bahan api kenderaan berkurang kerana cerakinan kenderaan adalah

rendah (penggunaan liter yang rendah bagi setiap 100km).

Kadar pelepasan karbon menjadi lebih rendah dari sebelumnya kerana

kenderaan baru lebih banyak menggunakan green technology.

Page 36: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2573-vehicle-optimization... · ALAT HAWA DINGIN DAN LIF SISTEM ... PERJANJIAN & PEMBAYARAN PENGURUSAN

Page | 36

Disediakan Oleh

Bahagian PengangkutanJabatan

Kejuruteraan Majlis Perbandaran

Seberang Perai Menara MPSP,

Jalan Perda Utama, Bandar Perda,

14000 Bukit Mertajam SEBERANG PERAI

TENGAH