annuuggeerrah ssaannjjuunnggaann …web.usm.my/sanggarsanjung/download/bjim/2012/garis...

6
ASI/AKM 2012 1 ANUGERAH SANJUNGAN INDUSTRI 2012 ANUGERAH KHIDMAT MASYARAKAT 2012 GARIS PANDUAN, KRITERIA & SYARAT PEMILIHAN 1. PENGENALAN Anugerah Sanjungan Industri (ASI) dan Anugerah Khidmat Masyarakat (AKM) mula diperkenalkan pada tahun 2011 dan penerima anugerah akan diumumkan pada Majlis Anugerah Sanggar Sanjung. Anugerah ASI dan AKM USM diwujudkan untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan staf Universiti yang cemerlang yang tidak pernah kenal erti penat lelah dalam memberi khidmat sumbangan yang berwibawa dan berkualiti dalam bidang industri dan komuniti. Adalah juga menjadi hasrat Universiti untuk memberi insentif dan pengiktirafan bagi menggalakkan staf USM supaya terus memberi komitmen padu dalam bidang industri dan komuniti. Pemenang ASI/AKM USM akan diberi penghormatan berkongsi pengalaman dalam program perkembangan profesional staf, kursus induksi dan sebagainya. Definisi Libatsama Universiti Industri Penglibatsamaan universiti-industri merupakan kluster perkongsian kesarjanaan yang strategik antara warga universiti dengan industri. Kluster perkongsian kesarjanaan menunjukkan peringkat persetujuan penglibatan sebenar, iltizam, sumbangan dan pemilikan oleh semua pemegang taruh yang berkepentingan. Perkongsian ini berkisar tentang pengoptimuman aktiviti-aktiviti penyelidikan, pembangunan profesional, dan kesarjanaan untuk memenuhi keperluan kedua-dua pihak, iaitu universiti dan industri. Perkongsian ini memfokuskan pelaksanaan projek-projek perintis yang terancang berdasarkan idea penyelidikan universiti untuk memenuhi keperluan sosial, ekonomi, pengetahuan dan kemahiran masyarakat dengan memaksimumkan sinergi usaha sama universiti dan industri. Hasil perkongsian ini dicerminkan menerusi program universiti demi melestarikan kerelevanan universiti dan industri ke arah pembangunan Negara. Definisi Libatsama Universiti-Komuniti Libatsama universiti - komuniti merujuk kepada proses di mana organisasi dan individu membina perhubungan yang berterusan dan kekal serta mengaplikasikan suatu wawasan kolaboratif yang menguntungkan komuniti. Ianya merangkumi penyertaan daripada awal dengan mengenalpasti isu, memobilisasi kemudahan-kemudahan yang berkaitan dan strategi yang bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan komuniti ke arah perubahan. Elemen-elemen libatsama, perkongsian, gabungan dan kelestarian adalah penting dalam memastikan kefungsian sosial dan kesejahteraan komuniti. Libatsama komuniti memerlukan penyertaan secara rela daripada semua pihak yang menghasilkan pertukaran ilmu dan kemudahan untuk faedah bersama. 2. NILAI ANUGERAH Anugerah dan pengiktirafan yang diberikan adalah dalam bentuk berikut: a) Wang tunai sebanyak RM3,000.00 kepada setiap pemenang.

Upload: phamkiet

Post on 06-Feb-2018

226 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: ANNUUGGEERRAH SSAANNJJUUNNGGAANN …web.usm.my/sanggarsanjung/download/BJIM/2012/Garis Panduan.pdf · terhadap jasa dan pengorbanan staf Universiti yang cemerlang yang ... Calon yang

ASI/AKM 2012 1

AANNUUGGEERRAAHH SSAANNJJUUNNGGAANN IINNDDUUSSTTRRII 22001122

AANNUUGGEERRAAHH KKHHIIDDMMAATT MMAASSYYAARRAAKKAATT 22001122

GGAARRIISS PPAANNDDUUAANN,, KKRRIITTEERRIIAA && SSYYAARRAATT PPEEMMIILLIIHHAANN

1. PENGENALAN Anugerah Sanjungan Industri (ASI) dan Anugerah Khidmat Masyarakat (AKM) mula diperkenalkan pada tahun 2011 dan penerima anugerah akan diumumkan pada Majlis Anugerah Sanggar Sanjung. Anugerah ASI dan AKM USM diwujudkan untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan staf Universiti yang cemerlang yang tidak pernah kenal erti penat lelah dalam memberi khidmat sumbangan yang berwibawa dan berkualiti dalam bidang industri dan komuniti. Adalah juga menjadi hasrat Universiti untuk memberi insentif dan pengiktirafan bagi menggalakkan staf USM supaya terus memberi komitmen padu dalam bidang industri dan komuniti. Pemenang ASI/AKM USM akan diberi penghormatan berkongsi pengalaman dalam program perkembangan profesional staf, kursus induksi dan sebagainya. Definisi Libatsama Universiti – Industri

Penglibatsamaan universiti-industri merupakan kluster perkongsian kesarjanaan yang strategik antara warga universiti dengan industri. Kluster perkongsian kesarjanaan menunjukkan peringkat persetujuan penglibatan sebenar, iltizam, sumbangan dan pemilikan oleh semua pemegang taruh yang berkepentingan. Perkongsian ini berkisar tentang pengoptimuman aktiviti-aktiviti penyelidikan, pembangunan profesional, dan kesarjanaan untuk memenuhi keperluan kedua-dua pihak, iaitu universiti dan industri. Perkongsian ini memfokuskan pelaksanaan projek-projek perintis yang terancang berdasarkan idea penyelidikan universiti untuk memenuhi keperluan sosial, ekonomi, pengetahuan dan kemahiran masyarakat dengan memaksimumkan sinergi usaha sama universiti dan industri. Hasil perkongsian ini dicerminkan menerusi program universiti demi melestarikan kerelevanan universiti dan industri ke arah pembangunan Negara. Definisi Libatsama Universiti-Komuniti Libatsama universiti - komuniti merujuk kepada proses di mana organisasi dan individu membina perhubungan yang berterusan dan kekal serta mengaplikasikan suatu wawasan kolaboratif yang menguntungkan komuniti. Ianya merangkumi penyertaan daripada awal dengan mengenalpasti isu, memobilisasi kemudahan-kemudahan yang berkaitan dan strategi yang bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan komuniti ke arah perubahan. Elemen-elemen libatsama, perkongsian, gabungan dan kelestarian adalah penting dalam memastikan kefungsian sosial dan kesejahteraan komuniti. Libatsama komuniti memerlukan penyertaan secara rela daripada semua pihak yang menghasilkan pertukaran ilmu dan kemudahan untuk faedah bersama. 2. NILAI ANUGERAH Anugerah dan pengiktirafan yang diberikan adalah dalam bentuk berikut:

a) Wang tunai sebanyak RM3,000.00 kepada setiap pemenang.

Page 2: ANNUUGGEERRAH SSAANNJJUUNNGGAANN …web.usm.my/sanggarsanjung/download/BJIM/2012/Garis Panduan.pdf · terhadap jasa dan pengorbanan staf Universiti yang cemerlang yang ... Calon yang

ASI/AKM 2012 2

b) Sijil pemenang.

c) Nama dan gambar pemenang akan dimasukkan dalam Buku Cenderamata Majlis Anugerah Sanggar Sanjung.

d) Nama dan gambar pemenang akan ditayangkan semasa persembahan multimedia Majlis Anugerah Sanggar Sanjung.

3. BILANGAN ANUGERAH Sebanyak EMPAT Anugerah ASI/AKM akan diberikan seperti berikut:

BIDANG BILANGAN CATATAN

1.

Industri

2

1 untuk staf akademik , 1 untuk bukan akademik

2.

Komuniti

2

1 untuk staf akademik , 1 untuk bukan akademik

4. SYARAT & PROSEDUR PEMILIHAN a) Permohonan adalah melalui borang permohonan yang disediakan dan perlu dimajukan

oleh Ketua PTJ. (Sila rujuk Borang Permohonan ASI dan AKM) b) Hebahan mempelawa pencalonan dibuka pada 3 Jun 2013. Tarikh tutup permohonan ialah

pada hari Isnin, 15 Julai 2013 selewat-lewatnya pada jam 5:00 petang.

c) Pencalonan bagi Anugerah ASI/AKM ini terbuka kepada semua staf akademik dan dan bukan akademik USM.

d) Setiap calon yang layak memohon hendaklah mencapai minimum 80 markah dalam LPP.

Borang permohonan mesti dikemukakan lengkap dengan portfolio calon seperti berikut:- i. Anugerah Sanjungan Industri

Curriculum vitae (CV) dan bahan lain yang berkaitan Ringkasan tentang sumbangan dan pencapaian (250 patah perkataan) Bahan bukti sumbangan dan pencapaian. Contoh: penyata geran, laporan teknikal, penerbitan, IP dan paten Sijil pendaftaran syarikat yang terlibat Anugerah dan pengiktirafan yang diterima Dokumen seperti Letter of Intent (LOI), MOU, MOA,NDA. Testimoni [jika ada]

ii. Anugerah Khidmat Masyarakat Butiran jayadiri dan bahan lain yang berkaitan. Penjelasan tentang aktiviti penglibatsamaan komuniti (Rujuk Borang Petunjuk

Pencapaian). Tonjolkan ciri-ciri inovatif, kreatif (jika ada). Bahan bukti aktiviti/projek/program yang dijalankan. Contoh: surat

jemputan/tawaran menjalankan projek, aturcara program, laporan, gambar/video/CD, modul, latihan dan lain-lain

Bahan bukti impak aktiviti/projek/program yang dijalankan. Contoh: testimoni ahli komuniti, gambar/video/CD, ulasan/liputan dalam media massa, jurnal, dsb;

Maklumat geran/tajaan/sumbangan (jika ada). Maklumat perundingan (jika ada) Bukti penerimaan anugerah/pengiktirafan lain (jika ada)

Page 3: ANNUUGGEERRAH SSAANNJJUUNNGGAANN …web.usm.my/sanggarsanjung/download/BJIM/2012/Garis Panduan.pdf · terhadap jasa dan pengorbanan staf Universiti yang cemerlang yang ... Calon yang

ASI/AKM 2012 3

e) Dekan/Pengarah/Ketua Jabatan PTJ tidak boleh memohon untuk ASI/AKM.

f) Semua bahan sokongan yang dikemukakan oleh calon akan dikembalikan selepas proses pemilihan pemenang tamat dijalankan

g) Calon yang berjaya akan diraikan pada Majlis Anugerah Sanggar Sanjung 2012.

h) Calon yang berjaya akan diberi penghormatan berkongsi pengalaman dalam program perkembangan profesional staf, kursus induksi dan sebagainya

i) Borang pencalonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan

5. KRITERIA PENILAIAN

a) Kriteria Penilaian Anugerah Sanjungan Industri merangkumi tujuh (7) aspek berikut:-

i. Kepimpinan Mempamerkan visi untuk melaksanakan libatsama industri dan menjadi

penghubung kepada warga USM Mempamerkan komitmen yang berterusan dalam melaksanakan projek

libatsama universiti-industri yang boleh diukur, relevan, lestari, reflektif dan timbalbalik

Mampu memupuk semangat kesukarelawan dalam kalangan warga USM sebagai penasihat, mentor dan contoh teladan yang mempamerkan kemampuan positif dalam mempengaruhi orang lain untuk melaksanakan projek/aktiviti/program libatsama industri

Memantapkan komitmen universiti menerusi kecemerlangan kepimpinan dan integrasi amalan libatsama industri

Mampu melahirkan pemimpin baru dalam organisasi dan komuniti yang mahu terlibat dalam projek/aktiviti/program libatsama industri

Memimpin USM dalam projek/aktiviti CSR Menerima pengiktirafan sebagai pemimpin bagi projek/aktiviti/program

libatsama industri

ii. Impak Kepada Industri Projek/aktiviti/program adalah selari dengan visi/misi polisi libatsama

Industri USM Projek/aktiviti/program yang dilaksanakan dapat meningkatkan kapasiti

dan kemampuan tertentu yang dikenalpasti oleh industri Industri memperolehi manfaat yang disasarkan menerusi pelaksanaan

projek/aktiviti/program yang dirancang Mempamerkan elemen kelestarian dalam pelaksanaan projek/

aktiviti/program Bilangan Paten/IPR/Teknologi yang dilesenkan kepada industri Syarikat spin-off yang lestari

iii. Usahasama

Bilangan usahasama yang melibatkan industri tempatan atau

antarabangsa Penyertaan dalam Industri/Badan Profesional

iv. Dana/Tajaan/Pembiayaan

Bilangan dan nilai projek libatsama universiti-industri yang dibiayai oleh

USM Bilangan dan nilai projek libatsama universiti-industri yang dibiayai oleh

organisasi/agensi luar. Ini termasuk projek CSR Hadiah Gifts & Endowment yang diperolehi

Page 4: ANNUUGGEERRAH SSAANNJJUUNNGGAANN …web.usm.my/sanggarsanjung/download/BJIM/2012/Garis Panduan.pdf · terhadap jasa dan pengorbanan staf Universiti yang cemerlang yang ... Calon yang

ASI/AKM 2012 4

v. Perundingan Jumlah nilai perundingan

vi. Penerbitan

Jumlah laporan berkenaan dengan industri Menunjukkan kesarjanaan libatsama industri dalam penerbitan dalam

jurnal Perkembangan kursus/modul/program pengajaran dan latihan berkaitan

libatsama industri

vii. Pengiktirafan

Pengiktirafan kepakaran dalam bidang libatsama industri Anugerah diterima bagi khidmat berasaskan industri

b) Kriteria Penilaian Anugerah Khidmat Masyarakat merangkumi tujuh (7) aspek berikut:-

i. Kepimpinan

Mempamerkan visi untuk melaksanakan libatsama komuniti dan menjadi penghubung kepada warga USM

Mempamerkan kebolehan menunaikan hasrat dan peluang kepada golongan terpinggir dan terkebawah

Mempamerkan komitmen yang berterusan dalam melaksanakan libatsama komuniti yang boleh diukur, relevan, lestari, reflektif dan timbalbalik

Mampu memupuk semangat kesukarelawan dalam kalangan warga USM sebagai penasihat, mentor dan contoh teladan yang mempamerkan kemampuan positif dalam mempengaruhi orang lain untuk melaksanakan projek/aktiviti/program libatsama komuniti

Menunjukkan teladan yang mampu memantapkan amalan kesarjanaan libatsama komuniti di USM

Memantapkan komitmen universiti menerusi kecemerlangan kepimpinan dan integrasi amalan libatsama komuniti

Mampu melahirkan pemimpin baru dalam organisasi dan komuniti yang mahu terlibat dalam projek/aktiviti/program libatsama komuniti

Memimpin USM dalam projek CSR Menerima pengiktirafan sebagai pemimpin bagi projek/aktiviti/program

libatsama komuniti

ii. Impak Kepada Komuniti

Projek/aktiviti/program adalah selari dengan visi/misi polisi Libatsama Komuniti USM

Projek/aktiviti/program yang dilaksanakan dapat meningkatkan kapasiti dan kemampuan tertentu yang dikenalpasti oleh komuniti

Komuniti memperolehi manfaat yang disasarkan menerusi pelaksanaan projek/aktiviti/program yang dirancang

Mempamerkan elemen kelestarian dalam pelaksanaan projek/aktiviti/ program

iii. Usahasama

Jumlah usaha sama yang melibatkan agensi tempatan dan antarabangsa Penyertaan dalam NGO/Persatuan/Badan Kebajikan Pemindahan/pertukaran ilmu dan kepakaran menerusi projek/aktiviti/

program yang dilaksanakan

iv. Dana/Tajaan/Pembiayaan

Jumlah dan nilai projek libat sama komuniti-universiti daripada BJIM,USM

Page 5: ANNUUGGEERRAH SSAANNJJUUNNGGAANN …web.usm.my/sanggarsanjung/download/BJIM/2012/Garis Panduan.pdf · terhadap jasa dan pengorbanan staf Universiti yang cemerlang yang ... Calon yang

ASI/AKM 2012 5

Pembiayaan daripada agensi berkaitan untuk projek/aktiviti libat sama universiti-komuniti

Hadiah/biasiswa/ derma berbentuk tunai dan sumbangan daripada agensi berkaitan untuk projek/aktiviti /program libat sama universiti-komuniti

v. Perundingan

Perundingan bagi setiap projek libatsama komuniti (Universiti/Sekolah/

Peribadi)

vi. Penerbitan

Jumlah laporan/penerbitan berkaitan dengan libatsama komuniti Perkembangan kursus/modul/program pengajaran dan latihan berkaitan

libatsama komuniti

vii. Pengiktirafan

Pengiktirafan kepakaran dalam bidang libatsama komuniti Anugerah diterima bagi khidmat komuniti/masyarakat

*Kriteria-kriteria di atas perlu mempunyai elemen kelestarian. 6. PROSEDUR PEMILIHAN CALON Terdapat tiga peringkat pemilihan. Peringkat pertama ialah pemilihan oleh PTJ. Setiap PTJ akan mengemukakan bilangan maksimum 4 calon (2 calon untuk ASI dan 2 calon untuk AKM). Peringkat kedua ialah penilaian oleh Panel Penilai. Panel Penilai terdiri daripada keahlian berikut: Pengerusi Jawatankuasa Anugerah Sanjungan Industri & Khidmat Masyarakat (Pengerusi) 2 orang Ahli Senat 4 orang Penilai Luar (2 Komuniti dan 2 Industri) Pengarah Jaringan Industri Pengarah Jaringan Komuniti 2 orang TD (HEPJ)/Pengarah/Wakil Tetap Pusat - seorang bagi calon komuniti dan

seorang bagi calon industri Urusetia – BJIM

Panel ini akan meneliti dan menilai semua pencalonan bersama-sama dengan semua bukti termasuk portfolio. Peringkat ketiga ialah pemilihan di peringkat BJIM iaitu Jawatankuasa Pemilihan yang dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Anugerah Sanjungan Industri & Khidmat Masyarakat dan dengan ahli panel seperti Pengarah Jaringan Industri, Pengarah Jaringan Komuniti dan 2 orang TD (HEPJ)/Pengarah/Wakil Tetap Pusat. Nama pemenang Anugerah Sanjungan Industri dan Anugerah Khidmat Masyarakat akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Majlis Anugerah Sanggar Sanjung. Prosedur Pemilihan Di Peringkat PTJ a] Dekan/Pengarah/Ketua Jabatan PTJ hendaklah melantik satu Jawatankuasa Anugerah

Sanjungan Industri & Khidmat Masyarakat di peringkat PTJ. b] Jawatankuasa Anugerah Sanjungan Industri & Khidmat Masyarakat PTJ perlu

menggunakan kriteria yang telah ditetapkan untuk kedua-dua Anugerah untuk menilai kewibawaan dan kelayakan calon. Penilaian ASI/AKM peringkat PTJ hendaklah mengikut ruangan ‘MARKAH PTJ’ di dalam Borang ASI (2) atau Borang AKM (2) yang disediakan.

Page 6: ANNUUGGEERRAH SSAANNJJUUNNGGAANN …web.usm.my/sanggarsanjung/download/BJIM/2012/Garis Panduan.pdf · terhadap jasa dan pengorbanan staf Universiti yang cemerlang yang ... Calon yang

ASI/AKM 2012 6

c] Setiap PTJ hendaklah mengemukakan EMPAT pencalonan sahaja iaitu DUA untuk ASI dan DUA untuk AKM kepada BJIM. Oleh kerana calon ini adalah calon daripada PTJ maka PTJ hendaklah membantu calon yang terpilih menyediakan portfolio serta bahan bukti yang lengkap seperti dinyatakan dalam Borang Pencalonan.

d] Semua borang pencalonan yang berjaya di peringkat PTJ beserta dengan semua

dokumen sokongan hendaklah dikemukakan kepada Ketua Penolong Pendaftar BJIM. e] Borang pencalonan yang tidak berjaya di peringkat PTJ beserta dengan butiran jayadiri

(tanpa dokumen sokongan) juga hendaklah dikemukakan kepada Ketua Penolong Pendaftar BJIM.

f] Jawatankuasa Pemilihan BJIM (ASI/AKM) akan menyemak semua maklumat yang

diberikan dan menyediakan senarai calon untuk pemilihan muktamad oleh Panel Penilai. g] Calon akan dipanggil untuk sesi temuduga oleh Panel Penilai (jika perlu). 7. PENUTUP

Keputusan MUKTAMAD bagi kedua-dua Anugerah akan dimaklumkan kepada calon dan Dekan/Pengarah/Ketua Jabatan PTJ. Sebarang pertanyaan hendaklah dirujuk kepada;

Ketua Penolong Pendaftar, Bahagian Jaringan Industri & Masyarakat (BJIM),

Aras 5, Bangunan Canselori 11800 USM, Pulau Pinang (Email: [email protected])