anm(t)81/10/6/10/jld.5( 21 ) semua ketua setiausaha ... 6 2008.pdf · simpanan atau akaun semasa...

26
ANM(T)81/10/6/10/Jld.5( 21 ) Semua Ketua Setiausaha Kementerian, Semua Ketua Jabatan Persekutuan, Semua Setiausaha Kerajaan Negeri, Semua Ketua Jabatan Negeri, Semua Ketua Akauntan Jabatan Mengakaun Sendiri, Semua Pengarah Negeri/Cawangan JANM, Semua Akauntan/Bendahari Negeri. KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA BILANGAN 6 TAHUN 2008 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KAEDAH TERIMAAN MELALUI KAUNTER RANGKAIAN POS MALAYSIA DAN PORTAL PosOnline 1. TUJUAN 1.1 Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memberi garis panduan kepada Kementerian/Jabatan Kerajaan bagi melaksanakan kaedah terimaan melalui kaunter rangkaian Pos Malaysia dan portal PosOnline. 2. PENGENALAN 2.1 Kerajaan telah melantik Pos Malaysia Berhad (PMB) sebagai ejen kutipan bagi pungutan hasil dan terimaan bukan hasil kerajaan. 1

Upload: truongduong

Post on 02-Aug-2019

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ANM(T)81/10/6/10/Jld.5( 21 ) Semua Ketua Setiausaha ... 6 2008.pdf · simpanan atau akaun semasa pelanggan di bank-bank yang ... 5.6 Buku Tunai hendaklah disediakan dengan menunjukkan

ANM(T)81/10/6/10/Jld.5( 21 ) Semua Ketua Setiausaha Kementerian, Semua Ketua Jabatan Persekutuan, Semua Setiausaha Kerajaan Negeri, Semua Ketua Jabatan Negeri, Semua Ketua Akauntan Jabatan Mengakaun Sendiri, Semua Pengarah Negeri/Cawangan JANM, Semua Akauntan/Bendahari Negeri.

KERAJAAN MALAYSIA

SURAT PEKELILING AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA BILANGAN 6 TAHUN 2008

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KAEDAH TERIMAAN MELALUI KAUNTER RANGKAIAN POS MALAYSIA DAN PORTAL PosOnline

1. TUJUAN

1.1 Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memberi garis panduan kepada Kementerian/Jabatan Kerajaan bagi melaksanakan kaedah terimaan melalui kaunter rangkaian Pos Malaysia dan portal PosOnline.

2. PENGENALAN

2.1 Kerajaan telah melantik Pos Malaysia Berhad (PMB) sebagai ejen kutipan bagi pungutan hasil dan terimaan bukan hasil kerajaan.

1

Page 2: ANM(T)81/10/6/10/Jld.5( 21 ) Semua Ketua Setiausaha ... 6 2008.pdf · simpanan atau akaun semasa pelanggan di bank-bank yang ... 5.6 Buku Tunai hendaklah disediakan dengan menunjukkan

2.2 Dua (2) kaedah terimaan yang ditawarkan melalui perkhidmatan PMB

adalah :-

2.2.1 Bayaran secara tunai di kaunter rangkaian Pos Malaysia yang terdiri daripada Pejabat Pos dan Pos Mini di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

2.2.2 Bayaran secara debit terus (direct debit) daripada akaun

simpanan atau akaun semasa pelanggan di bank-bank yang disenaraikan oleh PMB melalui portal PosOnline di www.posonline.com.my.

3. PELAKSANAAN

3.1 Penggunaan perkhidmatan PMB

3.1.1 Kementerian/Jabatan Kerajaan yang ingin melaksanakan kaedah terimaan menggunakan perkhidmatan PMB perlu memaklumkan penggunaan dengan mengemukakan senarai kod hasil dan terimaan bukan hasil berkaitan kepada Akauntan Negara Malaysia atau Akauntan Negeri/Bendahari Negeri yang mana berkenaan.

3.1.2 Pelaksanaan prosedur terimaan dan perakaunan selain daripada

garis panduan ini perlu mendapat kebenaran secara bertulis daripada Akauntan Negara Malaysia atau Akauntan Negeri/Bendahari Negeri.

3.2 Perjanjian

3.2.1 Bagi melaksanakan kaedah terimaan melalui perkhidmatan PMB, satu perjanjian antara Kementerian/Jabatan Kerajaan dengan PMB perlu ditandatangani. Format perjanjian adalah seperti di Pekeliling Perbendaharaan Bil. 12 Tahun 2008. 2008

3.2.2 PMB akan dikenakan penalti sekiranya tidak mencapai tahap

perkhidmatan seperti yang dinyatakan dalam perjanjian. Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) akan membuat tuntutan penalti tersebut secara berpusat bagi pihak Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan kepada PMB.

2

Page 3: ANM(T)81/10/6/10/Jld.5( 21 ) Semua Ketua Setiausaha ... 6 2008.pdf · simpanan atau akaun semasa pelanggan di bank-bank yang ... 5.6 Buku Tunai hendaklah disediakan dengan menunjukkan

3.3 Tempoh Pemindahan Wang

3.3.1 PMB akan memindahkan semua terimaan ke dalam akaun bank terimaan Pejabat Perakaunan dalam tempoh berikut :-

i) Tiga (3) hari dari tarikh transaksi (T+3) bagi semua terimaan melalui kaunter rangkaian Pos Malaysia di Semenanjung Malaysia dan portal PosOnline.

ii) Lima (5) hari dari tarikh transaksi (T+5) bagi semua terimaan melalui kaunter rangkaian Pos Malaysia di negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Jadual Tempoh Pemindahan Wang

Tempoh Pemindahan Wang

Lokasi Kutipan

T + 3 Semua terimaan melalui kaunter rangkaian Pos Malaysia di Semenanjung Malaysia dan portal PosOnline.

T + 5 Semua terimaan melalui kaunter rangkaian Pos Malaysia di negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

3.4 Caj Perkhidmatan

3.4.1 Caj perkhidmatan yang perlu dibayar adalah seperti dinyatakan dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 12 Tahun 2008. Bil. 3 Tahun 2008

3.4.2 Caj perkhidmatan untuk pungutan hasil akan ditanggung oleh Kerajaan manakala caj perkhidmatan untuk terimaan bukan hasil seperti pembayaran balik pinjaman perlu dibiayai oleh orang awam.

3.4.3 Bagi pungutan hasil, PMB dibenarkan menolak caj perkhidmatan

yang dikenakan daripada amaun kasar yang dipungut dan menyerah amaun bersih kepada Kerajaan.

3.4.4 Bagi terimaan bukan hasil, PMB hendaklah menyerahkan amaun

yang diterima, tidak termasuk caj perkhidmatan yang dibiayai oleh orang awam kepada Kerajaan.

3

Page 4: ANM(T)81/10/6/10/Jld.5( 21 ) Semua Ketua Setiausaha ... 6 2008.pdf · simpanan atau akaun semasa pelanggan di bank-bank yang ... 5.6 Buku Tunai hendaklah disediakan dengan menunjukkan

3.4.5 Kementerian/Jabatan Kerajaan perlu menyediakan peruntukan di bawah kod objek perbelanjaan 29136 (Bayaran Caj Perkhidmatan Kepada Ejen Kutipan Kerajaan) bagi bayaran caj perkhidmatan.

4. PROSEDUR TERIMAAN

4.1 Prosedur terimaan melalui kaunter rangkaian Pos Malaysia

4.1.1 Pengesahan terimaan perlu dicetak oleh petugas kaunter Pejabat Pos di atas bil kerajaan atau cetakan resit melalui sistem PMB.

4.1.2 Bagi terimaan bukan hasil, cetakan di atas bil kerajaan atau resit PMB perlu menunjukkan amaun bayaran kepada Kerajaan dan caj perkhidmatan yang dibiayai oleh orang awam secara berasingan.

4.2 Prosedur terimaan melalui portal PosOnline

4.2.1 Terimaan melalui portal PosOnline mempunyai satu (1) akuan pembayaran iaitu resit yang dicetak dari paparan portal PosOnline.

4.2.2 Bagi terimaan bukan hasil, resit dari portal PosOnline perlu

menunjukkan amaun bayaran kepada Kerajaan dan caj perkhidmatan yang dibiayai oleh orang awam secara berasingan.

4.3 Laporan/Rekod Urusniaga

4.3.1 Kementerian/Jabatan Kerajaan perlu mengemukakan kepada PMB perkara berikut untuk tujuan pindahan wang dan penyediaan laporan :-

i) Senarai kod hasil/terimaan bukan hasil yang akan dikutip

menggunakan perkhidmatan kaunter rangkaian Pos Malaysia dan portal PosOnline.

ii) Akaun Bank Terimaan Pejabat Perakaunan.

4

Page 5: ANM(T)81/10/6/10/Jld.5( 21 ) Semua Ketua Setiausaha ... 6 2008.pdf · simpanan atau akaun semasa pelanggan di bank-bank yang ... 5.6 Buku Tunai hendaklah disediakan dengan menunjukkan

iii) Nombor rujukan dan perihal yang perlu dinyatakan di

dalam notifikasi bank dan laporan ringkasan pindahan wang. PMB perlu memaklumkan maklumat tersebut kepada pihak bank.

Format surat adalah seperti di Lampiran A.

4.3.2 Kementerian/Jabatan Kerajaan akan diberikan ID Pengguna

untuk mengakses report server PMB. Laporan Urusniaga Harian (LUH) di report server akan disediakan oleh PMB selewat-lewatnya pukul 8.00 pagi pada keesokan hari bekerja (T+1) dan Kementerian/Jabatan Kerajaan bertanggungjawab untuk memuat turun laporan berkenaan.

4.3.3 Maklumat yang perlu ada dalam LUH bagi membuat semakan

dan mengakaunkan urusniaga adalah seperti berikut:

i) Amaun terimaan direkodkan mengikut amaun pungutan setiap jenis terimaan (Kod Hasil/Kod Terimaan Bukan Hasil) dan kaedah terimaan (Kaunter/portal PosOnline).

ii) Maklumat amaun kasar, caj perkhidmatan (jika berkaitan) dan amaun bersih perlu dicatatkan bagi setiap transaksi.

iii) Jumlah keseluruhan setiap jenis terimaan.

4.3.4 Kementerian/Jabatan Kerajaan perlu mengemaskini maklumat terimaan ke dalam rekod kewangan termasuk akaun subsidiari (jika berkaitan) berdasarkan maklumat LUH.

4.3.5 PMB perlu memindahkan semua terimaan ke akaun bank

terimaan Pejabat Perakaunan mengikut tempoh seperti di perenggan 3.3. Pada keesokan hari bekerja selewat-lewatnya pukul 4.00 petang, PMB perlu mengemukakan notifikasi bank dan laporan ringkasan pindahan wang kepada Kementerian/Jabatan Kerajaan.

4.3.6 Kementerian/Jabatan Kerajaan hendaklah membuat semakan di

antara LUH dengan notifikasi bank dan laporan ringkasan pindahan wang tersebut. Sebarang perbezaan perlu dimaklumkan kepada PMB untuk tindakan sewajarnya.

4.4 Arahan Kerja bagi Kaedah Terimaan Melalui Kaunter Rangkaian Pos

Malaysia dan portal PosOnline adalah seperti di Lampiran B.

5

Page 6: ANM(T)81/10/6/10/Jld.5( 21 ) Semua Ketua Setiausaha ... 6 2008.pdf · simpanan atau akaun semasa pelanggan di bank-bank yang ... 5.6 Buku Tunai hendaklah disediakan dengan menunjukkan

5. PROSEDUR PERAKAUNAN

5.1 Selaras dengan Perkara 97 Perlembagaan Persekutuan, semua terimaan akan diakaunkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan. Oleh itu, untuk pungutan hasil amaun kasar perlu diakaunkan sebagai terimaan kerajaan dan caj perkhidmatan yang dikenakan akan diakaunkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan sebagai perbelanjaan.

5.2 Penyata Pemungut bagi pungutan hasil perlu menunjukkan amaun kasar terimaan, caj perkhidmatan yang dikenakan dan amaun bersih untuk tujuan penyesuaian dengan penyata bank.

5.3 Walau bagaimanapun, untuk terimaan bukan hasil dimana caj

perkhidmatan dibiayai oleh orang awam, amaun yang perlu diperakaunkan adalah amaun terimaan tanpa mengambilkira caj perkhidmatan. Penyata Pemungut bagi terimaan bukan hasil hanya perlu menunjukkan amaun terimaan tanpa mengambilkira caj perkhidmatan.

5.4 Kementerian/Jabatan Kerajaan hendaklah menyediakan Penyata Pemungut yang mengandungi :-

i) Amaun berdasarkan LUH yang disemak dengan notifikasi

bank dan laporan ringkasan pindahan wang; dan

ii) Perihal dan nombor rujukan pindahan seperti yang dinyatakan di dalam notifikasi bank dan laporan ringkasan pindahan wang. Nombor rujukan pindahan perlu dinyatakan di ruangan no. slip bank di dalam Penyata Pemungut seperti di Lampiran C (i).

Penyata Pemungut perlu dikemukakan kepada Pejabat Perakaunan dengan segera.

5.5 Bagi Kementerian/Jabatan Kerajaan yang melaksanakan pungutan hasil dan terimaan bukan hasil menggunakan perkhidmatan PMB, perekodan bagi pungutan hasil dan terimaan bukan hasil tersebut boleh dicatatkan bersekali di dalam satu Penyata Pemungut.

6

Page 7: ANM(T)81/10/6/10/Jld.5( 21 ) Semua Ketua Setiausaha ... 6 2008.pdf · simpanan atau akaun semasa pelanggan di bank-bank yang ... 5.6 Buku Tunai hendaklah disediakan dengan menunjukkan

5.6 Buku Tunai hendaklah disediakan dengan menunjukkan butiran berikut:-

i) Amaun berdasarkan LUH ii) Caj perkhidmatan (jika berkaitan)

iii) Amaun bersih seperti di Penyata Pemungut dan Resit Perbendaharaan.

Contoh perekodan di Buku Tunai dan Penyata Pemungut adalah seperti di Lampiran C (ii) .

5.7 Sekiranya bayaran balik diperlukan, ianya hendaklah dibuat secara berasingan. Bayaran balik hendaklah dicaj kepada Vot Bayaran Balik Hasil atau kod terimaan bukan hasil yang berkenaan. Caj perkhidmatan yang ditanggung oleh Kerajaan perlu dikembalikan oleh PMB kepada Kementerian/Jabatan Kerajaan berkaitan dan hendaklah dikreditkan ke kod objek perbelanjaan 29136. Caj perkhidmatan yang dibiayai oleh orang awam tidak akan dikembalikan dan dianggap sebagai caj pemprosesan.

5.8 Kementerian/Jabatan Kerajaan perlu menyimpan dengan teratur dan

selamat semua laporan dan dokumen berkaitan untuk tujuan semakan dan pengauditan.

6. PENUTUP

6.1 Semua Kementerian/Jabatan yang melaksanakan kaedah terimaan menggunakan perkhidmatan PMB perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan di dalam Surat Pekeliling ini.

6.2 Sila hubungi JANM jika menghadapi masalah berkaitan Surat Pekeliling

ini di alamat berikut:-

Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Seksyen Khidmat Perunding, Aras 5, Perbendaharaan 2, No. 7, Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62594 Putrajaya.

No. Tel : 03-88869500/9700 No. Faks : 03-88869759 E-mel : [email protected]

7

Page 8: ANM(T)81/10/6/10/Jld.5( 21 ) Semua Ketua Setiausaha ... 6 2008.pdf · simpanan atau akaun semasa pelanggan di bank-bank yang ... 5.6 Buku Tunai hendaklah disediakan dengan menunjukkan

7. TARIKH KUATKUASA

7.1 Surat Pekeliling ini berkuatkuasa dengan serta merta.

Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “Warga Berintegriti Perkhidmatan Berkualiti”

s.k Ketua Setiausaha Negara Ketua Setiausaha Perbendaharaan

Ketua Audit Negara Pegawai Kewangan Negeri Ketua Eksekutif Pihak Badan Berkanun Persekutuan Pengurus Pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan

8

Page 9: ANM(T)81/10/6/10/Jld.5( 21 ) Semua Ketua Setiausaha ... 6 2008.pdf · simpanan atau akaun semasa pelanggan di bank-bank yang ... 5.6 Buku Tunai hendaklah disediakan dengan menunjukkan

LAMPIRAN A Format Surat Makluman Kepada Pos Malaysia Berhad Bagi Pelaksanaan Kaedah Terimaan Melalui Kaunter Rangkaian Pos Malaysia dan Portal PosOnline

Ruj Kami : Tarikh :

Pos Malaysia Berhad ------------------------------------- ------------------------------------- ------------------------------------- ------------------------------------- ANM arah Tuan, PELAKSANAAN KAEDAH TERIMAAN MELALUI KAUNTER RANGKAIAN POS MALAYSIA DAN PORTAL PosOnline Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Selaras dengan keputusan Kementerian/Jabatan ini untuk melaksanakan kaedah terimaan melalui rangkaian kaunter Pos Malaysia dan PosOnline, dikemukakan maklumat berikut untuk tindakan pihak tuan :- i. Jenis Terimaan yang akan dilibatkan (senaraikan):-

a) Hasil

Bil. Kod Hasil Perihal 1. 2.

b) Terimaan Bukan Hasil

Bil. Kod Amanah Perihal 1. 2.

Page 10: ANM(T)81/10/6/10/Jld.5( 21 ) Semua Ketua Setiausaha ... 6 2008.pdf · simpanan atau akaun semasa pelanggan di bank-bank yang ... 5.6 Buku Tunai hendaklah disediakan dengan menunjukkan

3. Sehubungan itu, Kementerian/Jabatan ini memohon agar pihak tuan dapat memindahkan semua kutipan Kementerian/Jabatan yang diterima oleh PMB bagi pelaksanaan ini kepada Akaun Terimaan Utama __________ (sila nyatakan Pejabat Perakaunan) dalam tempoh yang ditetapkan berdasarkan maklumat berikut:-

i. Nama , Alamat dan Akaun Bank

Nama Bank Alamat Cawangan Bank No. Akaun Bank

ii. Perihal dan nombor rujukan yang perlu dinyatakan di dalam notifikasi bank dan laporan ringkasan pindahan wang :-

a. Perihal (20 aksara) : PosMalaysiaBerhad b. Nombor rujukan (14 aksara) : (sila nyatakan kombinasi bagi

Kementerian/Jabatan)

**Kod Jab + Kod PTJ + ID Bank + ID saluran terimaan + Format ditentukan oleh bank PMB

4. PMB perlu memaklumkan dan memastikan pihak bank memindahkan kutipan beserta maklumat yang diperlukan (perihal dan nombor rujukan) kepada Akaun Terimaan Utama __________ (sila nyatakan Pejabat Perakaunan) seperti di atas. Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, ........................................................... (NAMA) Tel : Faks : ** Penetapan no rujukan : sila rujuk Surat Arahan Pelaksanaan Korporat ID Terimaan oleh Bahagian

Pengurusan Operasi Cawangan, JANM bertarikh 22 September 2008 (Ruj : ANM (OC) 07/8 Jld. 3 (33) :-

- Kod Jabatan (3 aksara) dan PTJ (6 aksara) bagi Kementerian/Jabatan - ID saluran terimaan (1 aksara) bagi kutipan melalui PMB (ejen) ialah “4” - ID Bank (1 aksara) ialah ID bagi Bank PMB Contoh : 231020302Y4xxx

Page 11: ANM(T)81/10/6/10/Jld.5( 21 ) Semua Ketua Setiausaha ... 6 2008.pdf · simpanan atau akaun semasa pelanggan di bank-bank yang ... 5.6 Buku Tunai hendaklah disediakan dengan menunjukkan

s.k. 1) Pejabat Perakaunan

(Jabatan Akauntan Negara / Bahagian Akaun, Kementerian) 2) Timbalan Pengarah Seksyen Khidmat Perunding

Jabatan Akauntan Negara Malaysia Aras 5, Perbendaharaan 2 No. 7, Persiaran Perdana Presint 2 62594 PUTRAJAYA Perkhidmatan Operangurusgaan ElektSekuriti

Page 12: ANM(T)81/10/6/10/Jld.5( 21 ) Semua Ketua Setiausaha ... 6 2008.pdf · simpanan atau akaun semasa pelanggan di bank-bank yang ... 5.6 Buku Tunai hendaklah disediakan dengan menunjukkan

LAMPIRAN B

ARAHAN KERJA BAGI KAEDAH TERIMAAN MELALUI KAUNTER RANGKAIAN POS MALAYSIA DAN PORTAL PosOnline

Bil. Tindakan Tanggung jawab

Carta Aliran

1. 2. a)

Pilih kaedah bayaran. Sekiranya bayaran dibuat melalui:- Kaunter i) Lakukan transaksi

bayaran. ii) Cetak pengesahan

terimaan pada bil/ cetak resit dan serahkan kepada pelanggan.

Pelanggan

Pelanggan

PMB

B

Cetak pengesahan terimaan pada bil/cetak resit

Lakukan transaksi bayaran

A

PosOnline

Kaunter

Kaunter/ PosOnline?

Pilih kaedah bayaran

Mula

i

Page 13: ANM(T)81/10/6/10/Jld.5( 21 ) Semua Ketua Setiausaha ... 6 2008.pdf · simpanan atau akaun semasa pelanggan di bank-bank yang ... 5.6 Buku Tunai hendaklah disediakan dengan menunjukkan

LAMPIRAN B

ARAHAN KERJA BAGI KAEDAH TERIMAAN MELALUI KAUNTER RANGKAIAN POS MALAYSIA DAN PORTAL PosOnline

Bil. Tindakan Tanggung jawab

Carta Aliran

b)

Portal PosOnline i) Lakukan transaksi

bayaran secara online.

ii) Jika berjaya, cetak

pengesahan terimaan dari paparan portal PosOnline dan paparan bank (jika ada).

iii) Jika tidak, rujuk

kepada arahan yang dinyatakan dalam portal Pos Online.

Pelanggan

Pelanggan

Pelanggan

B

Tidak Berjaya?

Ya

Rujuk kepada arahan yang

dinyatakan dalam portal

Cetak pengesahan

terimaan pada paparan portal

Lakukan transaksi secara

online

A

ii

Page 14: ANM(T)81/10/6/10/Jld.5( 21 ) Semua Ketua Setiausaha ... 6 2008.pdf · simpanan atau akaun semasa pelanggan di bank-bank yang ... 5.6 Buku Tunai hendaklah disediakan dengan menunjukkan

LAMPIRAN B

ARAHAN KERJA BAGI KAEDAH TERIMAAN MELALUI KAUNTER RANGKAIAN POS MALAYSIA DAN PORTAL PosOnline

Bil. Tindakan Tanggung jawab

Carta Aliran

3. 4. 5. 6.

Pada Keesokan Hari Muat turun laporan Urusniaga Harian (LUH) dari server PMB. Kemaskini rekod kewangan termasuk akaun subsidiari (jika berkaitan) berdasarkan LUH. T + 3 bagi Kaunter Rangkaian Pejabat Pos Semenanjung Malaysia dan portal PosOnline T + 5 bagi Kaunter Rangkaian Pejabat Pos Sabah, Sarawak dan W.P Labuan Pindahkan semua terimaan ke akaun bank terimaan Pejabat Perakaunan yang berkaitan. Pada keesokan hari bekerja, selewat-lewatnya pukul 4.00 petang, kemukakan notifikasi bank dan laporan ringkasan pindahan wang kepada Kementerian/Jabatan.

Kementerian/ Jabatan

Kementerian/ Jabatan

PMB

PMB

T + 3/ T + 5

Muat turun LUH dari server PMB

B

T + 4/ T + 6

T + 1

C

Kemukakan notifikasi bank/laporan ringkasan pindahan wang kepada Kementerian/Jabatan

Pindahkan semua terimaan ke akaun bank

terimaan Pejabat Perakaunan yang

berkaitan

Kemaskini rekod kewangan

berdasarkan LUH

iii

Page 15: ANM(T)81/10/6/10/Jld.5( 21 ) Semua Ketua Setiausaha ... 6 2008.pdf · simpanan atau akaun semasa pelanggan di bank-bank yang ... 5.6 Buku Tunai hendaklah disediakan dengan menunjukkan

ARAHAN KERJA BAGI KAEDAH TERIMAAN MELALUI KAUNTER RANGKAIAN POS MALAYSIA DAN PORTAL PosOnline

i

LAMPIRAN B

Bil. Tindakan Tanggung jawab

Carta Aliran

7. 8. 9.

Semak LUH dengan notifikasi bank dan laporan ringkasan pindahan wang. Sekiranya tiada perbezaan, sediakan Penyata Pemungut dan kemaskini maklumat di dalam rekod kewangan berkaitan. Sekiranya terdapat perbezaan, sediakan Penyata Pemungut dan kemaskini maklumat di dalam rekod kewangan berkaitan berdasarkan amaun pindahan wang. Maklumkan perbezaan kepada PMB untuk tindakan sewajarnya.

Kementerian/ Jabatan

Kementerian/ Jabatan

Kementerian/ Jabatan/ PMB

Ada perbezaan?

Tidak

Sediakan Penyata Pemungut dan

kemaskini rekod kewangan berkaitan

Tamat

Sediakan Penyata Pemungut dan

kemaskini rekod kewangan berkaitan berdasarkan amaun

pindahan wang. Maklumkan perbezaan kepada PMB untuk tindakan sewajarnya.

Ya

Semak LUH dengan notifikasi bank dan laporan ringkasan pindahan wang

C

v

Page 16: ANM(T)81/10/6/10/Jld.5( 21 ) Semua Ketua Setiausaha ... 6 2008.pdf · simpanan atau akaun semasa pelanggan di bank-bank yang ... 5.6 Buku Tunai hendaklah disediakan dengan menunjukkan

CONTOH PEREKODAN DI BUKU TUNAI DAN PENYATA PEMUNGUT

i) Perekodan nombor rujukan bagi pindahan wang berdasarkan notifikasi pindahan wang/laporan ringkasan pindahan wang didalam Penyata Pemungut

Perekodan pada Penyata Pemungut (ekstrak)

SLIP BAYAR MASUK BANK

NAMA BANK Tarikh: No. Slip Bank:

Nombor rujukan pindahan seperti di dalam notifikasi bank atau laporan ringkasan pindahan wang hendaklah dikunci masuk di dalam ruangan no. Slip bank di Penyata Pemungut seperti di atas.

Pej. Perakaunan:

231020301Y4xxx

WANG TUNAI AMAUN (RM) CEK CAWANGAN INI RINGGIT

CEK CAWANGAN LAIN MALAYSIA

CEK BANK TEMPATAN

CEK TEMPAT LAIN

WANG TUNAI CEK-CEK AMAUN (RM) ……………………………

( BUTIRAN CEK SEPERTI DI SENARAI CEK )

LAM

PIR

AN

C

i

Page 17: ANM(T)81/10/6/10/Jld.5( 21 ) Semua Ketua Setiausaha ... 6 2008.pdf · simpanan atau akaun semasa pelanggan di bank-bank yang ... 5.6 Buku Tunai hendaklah disediakan dengan menunjukkan

CONTOH PEREKODAN DI BUKU TUNAI DAN PENYATA PEMUNGUT

ii) Perekodan urusniaga terimaan A. PUNGUTAN HASIL (CAJ PERKHIDMATAN DITANGGUNG OLEH KERAJAAN) Senario 1 :

1. Individu A, B dan C membayar bil cukai tanah masing-masing berjumlah RM200.00, RM300.00 dan

RM500.00 di kaunter Pejabat Pos. Caj perkhidmatan yang dikenakan adalah RM2.00 bagi setiap transaksi.

2. Kementerian/Jabatan Kerajaan perlu memuat turun Laporan Urusniaga Harian (LUH) dari report server Pos

Malaysia Berhad (PMB) (T+1) dan mengemaskini maklumat berikut di dalam Buku Tunai:-

(a) Tarikh Urusniaga dd/mm/yy

(b) Kod Hasil 7XXXX

(c) Jumlah terimaan (RM) 1,000.00

(d) Jumlah Caj perkhidmatan (RM)

(jika berkenaan)

6.00

(e) Jumlah bersih (RM) 994.00

3. PMB akan membuat pindahan wang dalam tempoh T+3/T+5 berjumlah RM 994.00 kepada Pejabat

Perakaunan setelah mengambil kira caj perkhidmatan sebanyak RM 6.00 (RM2.00/transaksi).

4. Kementerian/Jabatan Kerajaan hendaklah memastikan amaun di Penyata Pemungut adalah bersamaan dengan

LUH, notifikasi bank dan laporan ringkasan pindahan wang.

LAM

PIR

AN

C

ii

Page 18: ANM(T)81/10/6/10/Jld.5( 21 ) Semua Ketua Setiausaha ... 6 2008.pdf · simpanan atau akaun semasa pelanggan di bank-bank yang ... 5.6 Buku Tunai hendaklah disediakan dengan menunjukkan

CONTOH PEREKODAN DI BUKU TUNAI DAN PENYATA PEMUNGUT

iii

Perekodan pada Buku Tunai Manual (ekstrak)

PEMBAYARAN KEPADA PERBENDAHARAAN PENGELASAN Tarikh

(a)

Resit No.

Banyaknya

(e)

Jumlah Harian (RM)

(e)

Banyaknya

(e)

Tarikh Resit Perbendaharaan

No.

Amaun kasar (RM)

(c)

7XXXX

(c)

29136

(d)

dd/mm/yy LUH 994.00 994.00 994.00

1,000.00

1,000.00

(6.00)

Sumber Maklumat

Tarikh Penyata Pemungut

No. Penyata Pemungut

No. Resit Rasmi Perbendaharaan Tarikh Resit

Rasmi Perbendaharaan

LAM

PIR

AN

C

Page 19: ANM(T)81/10/6/10/Jld.5( 21 ) Semua Ketua Setiausaha ... 6 2008.pdf · simpanan atau akaun semasa pelanggan di bank-bank yang ... 5.6 Buku Tunai hendaklah disediakan dengan menunjukkan

CONTOH PEREKODAN DI BUKU TUNAI DAN PENYATA PEMUNGUT

Perekodan pada Penyata Pemungut (ekstrak)

KERAJAAN MALAYSIA (Kew 305E)

PENYATA PEMUNGUT Muka Surat /

Jenis Pungutan Pungutan untuk diperakaunkan sahaja

PUNGUTAN DIMASUKIRA KE DALAM AKAUN-AKAUN DI BAWAH

Bil Vot Jab PTJ/PK Prog/Akt Amanah Projek Setia CP Objek Amaun (RM) Kod Kegunaan Jab

Perihal Am

XXX XXXXXX 7XXXX 1000.00

HASIL XXXXXXXXX

BXX XXX XXXXXX XXXXXX 29136 (6.00)

CAJ PERKHIDMATAN KEPADA AGEN KUTIPAN KERAJAAN BAGI PUNGUTAN HASIL

Jumlah 994.00 Jumlah Bil. Subsidiari

LAM

PIR

AN

C

iv

Page 20: ANM(T)81/10/6/10/Jld.5( 21 ) Semua Ketua Setiausaha ... 6 2008.pdf · simpanan atau akaun semasa pelanggan di bank-bank yang ... 5.6 Buku Tunai hendaklah disediakan dengan menunjukkan

CONTOH PEREKODAN DI BUKU TUNAI DAN PENYATA PEMUNGUT

B. TERIMAAN BUKAN HASIL (CAJ PERKHIDMATAN DITANGGUNG OLEH ORANG AWAM) Senario 2 :

1. Individu D dan E membayar balik pinjaman pelajaran masing-masing berjumlah RM200.00 dan RM300.00

secara debit terus melalui portal PosOnline dan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak RM0.50 menjadikan

jumlah bayaran masing-masing; RM200.50 dan 300.50.

2. Kementerian/Jabatan Kerajaan perlu memuat turun LUH dari report server PMB (T+1) dan mengemaskini

maklumat berikut di dalam Buku Tunai:-

(a) Tarikh Urusniaga dd/mm/yy

(b) Kod Terimaan Bukan Hasil 5XXXX

(c) Jumlah kasar terimaan (RM) 500.00

(d) Jumlah Caj Perkhidmatan (RM)

(jika berkenaan)

-

(e) Jumlah bersih (RM) 500.00

3. PMB akan membuat pindahan wang dalam tempoh T+3/T+5 berjumlah RM 500.00 (tidak termasuk caj

perkhidmatan) kepada Pejabat Perakaunan.

4. Kementerian/Jabatan Kerajaan hendaklah memastikan amaun di Penyata Pemungut adalah bersamaan dengan

LUH, notifikasi bank dan laporan ringkasan pindahan wang.

LAM

PIR

AN

C v

Page 21: ANM(T)81/10/6/10/Jld.5( 21 ) Semua Ketua Setiausaha ... 6 2008.pdf · simpanan atau akaun semasa pelanggan di bank-bank yang ... 5.6 Buku Tunai hendaklah disediakan dengan menunjukkan

CONTOH PEREKODAN DI BUKU TUNAI DAN PENYATA PEMUNGUT

Perekodan pada Buku Tunai Manual (ekstrak)

PEMBAYARAN KEPADA PERBENDAHARAAN PENGELASAN Tarikh

(a)

Resit No.

Banyaknya

(e)

Jumlah Harian (RM)

(e)

Banyaknya

(e)

Tarikh Resit Perbendaharaan

No.

Amaun kasar (RM)

(c)/(e)

5XXXX

(c)/(e)

dd/mm/yy LUH 500.00 500.00 500.00

500.00

500.00

Sumber Maklumat

Tarikh Penyata Pemungut

Tarikh Resit Rasmi Perbendaharaan

No. Penyata Pemungut

No. Resit Rasmi Perbendaharaan

LAM

PIR

AN

C

vi

Page 22: ANM(T)81/10/6/10/Jld.5( 21 ) Semua Ketua Setiausaha ... 6 2008.pdf · simpanan atau akaun semasa pelanggan di bank-bank yang ... 5.6 Buku Tunai hendaklah disediakan dengan menunjukkan

CONTOH PEREKODAN DI BUKU TUNAI DAN PENYATA PEMUNGUT

Perekodan pada Penyata Pemungut (ekstrak)

KERAJAAN MALAYSIA (Kew 305E)

PENYATA PEMUNGUT Muka Surat /

Jenis Pungutan Pungutan untuk diperakaunkan sahaja

PUNGUTAN DIMASUKIRA KE DALAM AKAUN-AKAUN DI BAWAH

Bil Vot Jab PTJ/PK Prog/Akt Amanah Projek Setia CP Objek Amaun (RM) Kod Kegunaan Jab

Perihal Am

XXX XXXXXX 5XXXX 500.00

KUTIPAN AMANAH XXXXXXXXX

Jumlah 500.00 Jumlah Bil. Subsidiari

LA

MP

IRA

N C

vii

Page 23: ANM(T)81/10/6/10/Jld.5( 21 ) Semua Ketua Setiausaha ... 6 2008.pdf · simpanan atau akaun semasa pelanggan di bank-bank yang ... 5.6 Buku Tunai hendaklah disediakan dengan menunjukkan

CONTOH PEREKODAN DI BUKU TUNAI DAN PENYATA PEMUNGUT

C. KOMBINASI (CAJ PERKHIDMATAN DITANGGUNG OLEH KERAJAAN ATAU ORANG AWAM) Senario 3 :

1. Kementerian/Jabatan Kerajaan menggunakan perkhidmatan PMB bagi pungutan hasil dan terimaan bukan hasil.

2. Individu P dan Q masing-masing membuat bayaran sebanyak RM100.00 dan RM 150.00 bagi bayaran cukai

tanah melalui portal PosOnline manakala Individu R membuat bayaran cukai tanah sebanyak RM400.00 melalui

kaunter Pos.

3. Caj perkhidmatan bagi 3 urusniaga ini akan ditanggung oleh kerajaan iaitu sebanyak RM3.00; RM1.00 bagi

urusniaga melalui portal PosOnline (2@ RM0.50/transaksi) dan RM 2.00 bagi urusniaga melalui kaunter

([email protected]/transaksi).

4. Individu X dan Y pula membuat bayaran balik pinjaman pelajaran masing-masing sebanyak RM150.00 dan

RM250.00 melalui kaunter Pos dan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak RM2.00/transaksi.

5. Kementerian/Jabatan Kerajaan perlu memuat turun LUH dari report server PMB (T+1) dan mengemaskini

maklumat berikut di dalam Buku Tunai:-

LAM

PIR

AN

C

viii

Page 24: ANM(T)81/10/6/10/Jld.5( 21 ) Semua Ketua Setiausaha ... 6 2008.pdf · simpanan atau akaun semasa pelanggan di bank-bank yang ... 5.6 Buku Tunai hendaklah disediakan dengan menunjukkan

CONTOH PEREKODAN DI BUKU TUNAI DAN PENYATA PEMUNGUT

(a) Tarikh urusniaga dd/mm/yy

(b) Kod (i) Hasil

(9XXXX)

(ii) Amanah

(5XXXX)

Jumlah

Keseluruhan

( iii )

(c) Jumlah kasar terimaan (RM) 650.00 400.00 1,050.00

(d) Jumlah Caj Perkhidmatan (RM)

(jika berkenaan)

3.00

-

(3.00)

(e) Jumlah bersih (RM) 647.00

400.00

1,047.00

6. PMB akan membuat pindahan wang dalam tempoh T+3/T+5 berjumlah RM 1,047.00 kepada Pejabat

Perakaunan setelah mengambil kira caj perkhidmatan yang sepatutnya dan memaklumkan Kementerian/Jabatan

Kerajaan berkaitan pindahan wang tersebut.

7. Kementerian/Jabatan Kerajaan hendaklah memastikan amaun di Penyata Pemungut adalah bersamaan dengan

LUH, notifikasi bank dan laporan ringkasan pindahan wang.

LAM

PIR

AN

C

ix

Page 25: ANM(T)81/10/6/10/Jld.5( 21 ) Semua Ketua Setiausaha ... 6 2008.pdf · simpanan atau akaun semasa pelanggan di bank-bank yang ... 5.6 Buku Tunai hendaklah disediakan dengan menunjukkan

CONTOH PEREKODAN DI BUKU TUNAI DAN PENYATA PEMUNGUT

Perekodan pada Buku Tunai Manual (ekstrak)

x

PEMBAYARAN KEPADA PERBENDAHARAAN PENGELASAN Tarikh

(a)

Resit No.

Banyaknya

(e) (iii)

Jumlah Harian (RM)

(e) (iii)

Banyaknya

(e) (iii)

Tarikh Resit Perbendaharaan

No.

Amaun kasar (RM)

(c) (iii )

9XXXX

(c) (i)

29136 (d) (i)/ (d) (iii)

5XXXX (c) (ii)/ (e) (ii)

dd/mm/yy

LUH

1,047.00

1,047.00

1,047.00

1,050.00

650.00

(3.00)

400.00

Tarikh Penyata Pemungut

No. Resit Rasmi Perbendaharaan

No. Penyata Pemungut Rujukan

Maklumat

Tarikh Resit Rasmi Perbendaharaan

LAM

PIR

AN

C

Page 26: ANM(T)81/10/6/10/Jld.5( 21 ) Semua Ketua Setiausaha ... 6 2008.pdf · simpanan atau akaun semasa pelanggan di bank-bank yang ... 5.6 Buku Tunai hendaklah disediakan dengan menunjukkan

LAM

PIR

AN

C

CONTOH PEREKODAN DI BUKU TUNAI DAN PENYATA PEMUNGUT

xi

Perekodan pada Penyata Pemungut (ekstrak)

Jenis Pungutan Pungutan untuk diperakaunkan sahaja

PUNGUTAN DIMASUKIRA KE DALAM AKAUN-AKAUN DI BAWAH

Bil Vot Jab PTJ/PK Prog/Akt Amanah Projek Setia CP Objek Amaun (RM) Kod Kegunaan Jab

Perihal Am

XXX XXXXXX 9XXXX 650.00

HASIL XXXXXXXXX

BXX XXX XXXXXX XXXXXX 29136 (3.00)

CAJ PERKHIDMATAN KEPADA AGEN KUTIPAN KERAJAAN BAGI PUNGUTAN HASIL

XXX XXXXXX 5XXXX 400.00

KUTIPAN AMANAH XXXXXXXXX

Jumlah 1,047.00 Jumlah Bil. Subsidiari

KERAJAAN MALAYSIA (Kew 305E) PENYATA PEMUNGUT Muka Surat /