andai patah sayap rajawali

2
BUDI BAHASA BUDAYA KITA (SKBW) Andai patah sayap rajawali, bertongkat jua saya ke mari, bukan kerana ingin bermimpi, tetapi untuk menyelami mauduk pidato yang berbunyi Budi Bahasa Budaya kita. Sambutlah Salam Sejahtera,Salam Satu Malaysia. Semarak kasih,sekalung budi Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi berkarisma,penjaga masa setia pada saat dan ketikanya, dif-dif kehormat,seterusnya para hadirin pencetus revolusi minda yang saya muliakan. Sebelum kaki mengorak langkah lebih jauh,izinkan saya mendefinisikan tajuk pidato saya. Sebagai rakyat Malaysia, saya yakin bahawa kebanyakan rakan di sini pernah mendengar ungkapan ' Budi Bahasa Budaya Kita '. Tetapi, adakah anda mengetahui maksud ungkapan ini? Menurut kamus kamus Dewan edisi keempat keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka pula, budi membawa maksud akhlak, tingkah laku dan kelakuan, manakala bahasa ditakrifkan sebagai sistem lambang bunyi suara. Bagi perkataan budaya pula ialah peradaban dan tamadun. Yang kurik itu kundi, Yang merah itu saga, Yang baik itu budi, Yang indah itu bahasa. Demikianlah indahnya pantun Melayu yang menggambarkan betapa bersungguh- sungguhnya nenek moyang kita menjaga adab dan pergaulan terutamanya dalam aspek pertuturan. Hadirin sekalian, Sebagai manusia, kita sentiasa terikat oleh budi dan bahasa. Berbudi bahasa akan mengeratkan perhubungan sesama manusia. Pepatah Melayu ada mengatakan, "Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa". Hal ini, menunjukkan betapa pentingnya amalan berbudi bahasa dan perlu dipraktikkan dalam kehidupan. Untuk pengetahuan warga dewan sekalian, setiap agama juga menyeru supaya penganutnya berbudi bahasa. Masyarakat akan menyanjung orang yang memiliki budi bahasa yang luhur. Hadirin yang dihormati sekalian, Kita hendaklah berbudi bahasa kepada semua orang tanpa mengira pangkat, bangsa, agama, dan usia. Amalan berbudi bahasa ini akan membentuk individu yang bersahsiah tinggi dan bermoral. Oleh itu, amalan ini hendaklah disemat di dalam jiwa setiap insan. Warga dewan yang saya kasihi sekalian, Budi bahasa juga tidak dapat dijual beli. Hal ini demikian kerana budi bahasa mempunyai hubungan yang rapat dengan perasaan, kelakuan, dan tutur kata seseorang.

Upload: rose-miey

Post on 16-Jan-2016

122 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pidato

TRANSCRIPT

Page 1: Andai Patah Sayap Rajawali

BUDI BAHASA BUDAYA KITA (SKBW)

Andai patah sayap rajawali,

bertongkat jua saya ke mari,

bukan kerana ingin bermimpi,

tetapi untuk menyelami mauduk pidato yang berbunyi Budi Bahasa Budaya kita.

Sambutlah Salam Sejahtera,Salam Satu Malaysia. Semarak kasih,sekalung budi Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi berkarisma,penjaga masa setia pada saat dan ketikanya, dif-dif kehormat,seterusnya para hadirin pencetus revolusi minda yang saya muliakan.

Sebelum kaki mengorak langkah lebih jauh,izinkan saya mendefinisikan tajuk pidato saya. Sebagai rakyat Malaysia, saya yakin bahawa kebanyakan rakan di sini pernah mendengar ungkapan ' Budi Bahasa Budaya Kita '. Tetapi, adakah anda mengetahui maksud ungkapan ini? Menurut kamus kamus Dewan edisi keempat keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka pula, budi membawa maksud akhlak, tingkah laku dan kelakuan, manakala bahasa ditakrifkan sebagai sistem lambang bunyi suara. Bagi perkataan budaya pula ialah peradaban dan tamadun.

Yang kurik itu kundi,

Yang merah itu saga,

Yang baik itu budi,

Yang indah itu bahasa.

Demikianlah indahnya pantun Melayu yang menggambarkan betapa bersungguh-sungguhnya nenek moyang kita menjaga adab dan pergaulan terutamanya dalam aspek pertuturan.

Hadirin sekalian,

Sebagai manusia, kita sentiasa terikat oleh budi dan bahasa. Berbudi bahasa akan mengeratkan perhubungan sesama manusia. Pepatah Melayu ada mengatakan, "Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa". Hal ini, menunjukkan betapa pentingnya amalan berbudi bahasa dan perlu dipraktikkan dalam kehidupan.

Untuk pengetahuan warga dewan sekalian, setiap agama juga menyeru supaya penganutnya berbudi bahasa. Masyarakat akan menyanjung orang yang memiliki budi bahasa yang luhur.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Kita hendaklah berbudi bahasa kepada semua orang tanpa mengira pangkat, bangsa, agama, dan usia. Amalan berbudi bahasa ini akan membentuk

Page 2: Andai Patah Sayap Rajawali

BUDI BAHASA BUDAYA KITA (SKBW)

individu yang bersahsiah tinggi dan bermoral. Oleh itu, amalan ini hendaklah disemat di dalam jiwa setiap insan.

Warga dewan yang saya kasihi sekalian,

Budi bahasa juga tidak dapat dijual beli. Hal ini demikian kerana budi bahasa mempunyai hubungan yang rapat dengan perasaan, kelakuan, dan tutur kata seseorang.

Sebenarnya, sikap berbudi bahasa bukan susah untuk diamalkan. Perbuatan mudah seperti mengucapkan terima kasih dan memberi salam juga dikira sebagai bersikap budi bahasa. Walau bagaimanapun, pihak kerajaan masih menganjurkan kempen ' Budi Bahasa Budaya Kita ' kerana golongan muda sekarang semakin terlibat dalam masalah sosial dan tidak lagi menghormati orang yang lebih tua daripada mereka.

Hadirin dan hadirat,

Dengan bersikap budi bahasa, seseorang memperoleh banyak manfaat. Namun, faedah yang paling utama dengan bersikap berbudi bahasa ialah seseorang akan disukai orang ramai. Jika kita selalu membantu orang yang berada dalam kesusahan, tentulah kita akan disukai semua orang. Ketika kita sendiri mempunyai masalah, orang lain juga akan membantu kita.

Secara konklusinya, masyarakat Malaysia sayogianya mempunyai sikap budi bahasa dalam diri sendiri agar dapat hidup dalam keadaan yang aman dan damai. Bagai kata pepatah, " hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga. "

Sebagai mengakhiri pidato saya, saya mohon maaf jika tersilap kata dan terlanjur bicara.

Sekian, terima kasih..salam perpaduan,salam 1 Malaysia.