amalan pengurusan masa mahasiswa dalam … · pepatah arab ada menyatakan mengenai masa iaitu...

25

Upload: nguyenhanh

Post on 21-Mar-2019

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: AMALAN PENGURUSAN MASA MAHASISWA DALAM … · Pepatah Arab ada menyatakan mengenai masa iaitu “Perjalanan waktu itu bak pedang tajam, andai anda tidak memotongnya, pasti ia akan
Page 2: AMALAN PENGURUSAN MASA MAHASISWA DALAM … · Pepatah Arab ada menyatakan mengenai masa iaitu “Perjalanan waktu itu bak pedang tajam, andai anda tidak memotongnya, pasti ia akan
Page 3: AMALAN PENGURUSAN MASA MAHASISWA DALAM … · Pepatah Arab ada menyatakan mengenai masa iaitu “Perjalanan waktu itu bak pedang tajam, andai anda tidak memotongnya, pasti ia akan

AMALAN PENGURUSAN MASA MAHASISWA DALAM AKADEMIK DAN

AKTIVITI BERPERSATUAN: SATU KAJIAN TERHADAP PELAJAR SPI, UTM

MOHD AZHAR BIN MOHD YUSOF

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2006

Page 4: AMALAN PENGURUSAN MASA MAHASISWA DALAM … · Pepatah Arab ada menyatakan mengenai masa iaitu “Perjalanan waktu itu bak pedang tajam, andai anda tidak memotongnya, pasti ia akan
Page 5: AMALAN PENGURUSAN MASA MAHASISWA DALAM … · Pepatah Arab ada menyatakan mengenai masa iaitu “Perjalanan waktu itu bak pedang tajam, andai anda tidak memotongnya, pasti ia akan

iii

DEDIKASI

Untuk ayah dan ibu,

Jutaan terima kasih atas sokongan yang diberikan, doa, jasa dan pengorbananmu

mengiringi kehidupan dan kejayaanku

Perhatian, nasihat serta bantuanmu

Menjadi pendorong buatku untuk meneruskan perjuangan ini

Untuk abang dan adik-adikku,

Yang sentiasa mendoakan kejayaan dan kesejahteraanku

Sokongan darimu telah membakar semangatku

Untuk penyelia ku,

Jasamu ku kenang

Hanya Allah sahaja yang membalasnya

Untuk sahabat-sahabatku,

Terima kasih di atas segala sokongan dan pengorbanan yang telah kalian lakukan

semoga Allah akan membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran.

Insya Allah…

Page 6: AMALAN PENGURUSAN MASA MAHASISWA DALAM … · Pepatah Arab ada menyatakan mengenai masa iaitu “Perjalanan waktu itu bak pedang tajam, andai anda tidak memotongnya, pasti ia akan

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan limpah

Rahmat dan IzinNya dapat penyelidik menyiapkan kajian ini. Penyelidik ingin

merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Ustaz

Zulkiflee Bin Haron, selaku penyelia Projek Sarjana Muda ini, di atas segala

bimbingan, bantuan dan nasihat yang diberikan sepanjang tempoh penyiapan kajian

ini. Segala ilmu dan bantuan yang diberikan akan dikenang sepanjang hayat. Semoga

Allah memberikan ganjaran yang sebaiknya, Insya Allah.

Penghargaan ini juga ditujukan kepada pelajar-pelajar SPI yang telah

memberi kerjasama dalam kajian ini. Tak lupa juga ribuan terima kasih buat rakan-

rakan yang telah menyumbangkan idea dan bahan-bahan rujukan yang berkaitan

dengan tajuk kajian penyelidik.

Akhir sekali, penyelidik ingin rakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan

ucapan terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam penyelidikan ini secara

langsung mahupun tidak langsung.

Semoga Allah memberkati semua.

Sekian, terima kasih.

Page 7: AMALAN PENGURUSAN MASA MAHASISWA DALAM … · Pepatah Arab ada menyatakan mengenai masa iaitu “Perjalanan waktu itu bak pedang tajam, andai anda tidak memotongnya, pasti ia akan

v

ABSTRAK

Penyelidikan ini bertujuan untuk melihat amalan pengurusan masa

mahasiswa dalam akademik dan aktiviti berpersatuan. Terdapat tiga persoalan kajian

yang dikaji dalam amalan pengurusan masa iaitu kaedah pengurusan masa, amalan

pengurusan masa yang baik dan halangan-halangannya. Populasi seramai 224 orang

dan sampel kajian seramai 141 orang mewakili keseluruhan populasi terlibat dalam

penyelidikan ini. Sampel kajian terdiri daripada pelajar-pelajar SPI sahaja. Satu set

soal selidik yang mengandungi 30 item telah dikemukakan kepada responden. Kajian

rintis menunjukkan nilai kebolehpercayaan soal selidik pada nilai Alpha Cronbach

(α) .827. Dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan perisian “Statistical

Package of the Social Sciences” (SPSS). Penganalisisan dibuat secara kaedah

statistik deskriptif iaitu dalam bentuk kekerapan, peratus dan min. Hasil dapatan dari

penyelidikan ini menunjukkan bahawa mahasiswa menggunakan pelbagai kaedah

pengurusan masa dalam akademik dan aktiviti berpersatuan. Kebanyakan mahasiswa

bersetuju bahawa amalan pengurusan masa yang baik boleh menjamin

kecemerlangan mahasiswa. Di samping itu, tidak timbul banyak halangan kepada

mahasiswa dalam mewujudkan pengurusan masa yang baik dalam akademik dan

aktiviti berpersatuan. Di akhir kajian ini juga disertakan beberapa cadangan sebagai

panduan dan tindakan yang sewajarnya diambil oleh pihak-pihak tertentu.

Page 8: AMALAN PENGURUSAN MASA MAHASISWA DALAM … · Pepatah Arab ada menyatakan mengenai masa iaitu “Perjalanan waktu itu bak pedang tajam, andai anda tidak memotongnya, pasti ia akan

vi

ABSTRACT

The aims of this research were to investigate undergraduates’ methods of

time management in their academic and curricular activities. It also aimed to identify

whether good time management practices can ensure the undergraduates’ excellence

in academic and curricular activities as well as the barriers in practicing good time

management. 141 undergraduates who were SPI students were identified and the

technique used for obtaining the data required the use of a set of questionnaire with

Alpha Cronbach (α) .827 of reliability value. The data obtained were analyzed by

using the Statistical Package of the Social Sciences (SPSS) software, and the

descriptive analysis of the results was calculated statistically in terms of mode,

percentage and mean. The findings of the research revealed that undergraduates used

various kind of time management and most of them coincided that good time

management can ensure their excellence in academic and curricular activities. It was

also found that the undergraduates did not have any difficulties in managing their

time properly according to their academic and curricular activities. Suggestions and

recommendations were also discussed at the end of the research for further

references.

Page 9: AMALAN PENGURUSAN MASA MAHASISWA DALAM … · Pepatah Arab ada menyatakan mengenai masa iaitu “Perjalanan waktu itu bak pedang tajam, andai anda tidak memotongnya, pasti ia akan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN PENULIS ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang Masalah 5

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.7 Batasan Kajian 10

1.8 Takrifan Istilah 10

Page 10: AMALAN PENGURUSAN MASA MAHASISWA DALAM … · Pepatah Arab ada menyatakan mengenai masa iaitu “Perjalanan waktu itu bak pedang tajam, andai anda tidak memotongnya, pasti ia akan

viii

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Tinjauan Kajian-Kajian Lepas 13

2.3 Konsep Dan Kepentingan Pengurusan Masa 16

2.4 Kaedah Pengurusan Masa 19

2.5 Halangan-Halangan Kepada Pengurusan Masa 29

Yang Baik

2.6 Kesimpulan 37

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 39

3.2 Reka bentuk Kajian 39

3.3 Lokasi Kajian 40

3.4 Populasi Kajian 40

3.5 Sampel Kajian 41

3.6 Instrumen Kajian 42

3.7 Prosedur Kajian 44

3.8 Kajian Rintis 45

3.9 Analisis Data 46

3.10 Penutup 48

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 49

4.2 Analisis Latar Belakang (Demografi) Bahagian A 50

4.2.1 Taburan Bilangan dan Peratusan 51

Responden Mengikut Tahun Kursus

4.2.2 Taburan Bilangan dan Peratusan 51

Responden Mengikut Jantina

4.2.3 Taburan Bilangan dan Peratusan 52

Page 11: AMALAN PENGURUSAN MASA MAHASISWA DALAM … · Pepatah Arab ada menyatakan mengenai masa iaitu “Perjalanan waktu itu bak pedang tajam, andai anda tidak memotongnya, pasti ia akan

ix

Responden Mengikut Umur

4.2.4 Taburan Bilangan dan Peratusan 52

Responden Mengikut Tempat Tinggal

4.2.5 Taburan Bilangan dan Peratusan 53

Responden Mengikut Sekolah Terdahulu

4.2.6 Taburan Bilangan dan Peratusan 54

Responden Mengikut Pencapaian CGPA

Terkini

4.3 Rumusan Latar Belakang Responden 54

4.4 Analisis Soal Selidik Bahagian B : Dapatan Kajian 55

4.4.1 Dapatan Persoalan Kajian 1 56

4.4.2 Dapatan Persoalan Kajian 2 60

4.4.3 Dapatan Persoalan Kajian 3 64

4.5 Kesimpulan 69

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 70

5.2 Perbincangan Kajian 71

5.2.1 Latar Belakang Responden 71

5.2.2 Kaedah Pengurusan Masa Dalam 72

Akademik dan Aktiviti Berpersatuan

5.2.3 Amalan Pengurusan Masa Yang Baik 76

Dalam Akademik Dan Aktiviti Berpersatuan

Boleh Menjamin Kecemerlangan Mahasiswa.

5.2.4 Halangan-Halangan Kepada Pengurusan 78

MasaYang Baik Dalam Akademik dan

Aktiviti Berpersatuan

5.3 Rumusan 79

5.4 Cadangan Berhubung Dapatan Kajian 81

5.4.1 Cadangan Kepada Pelajar 82

5.4.2 Cadangan Kepada Pensyarah 83

5.4.3 Cadangan Kepada Ibu Bapa 84

Page 12: AMALAN PENGURUSAN MASA MAHASISWA DALAM … · Pepatah Arab ada menyatakan mengenai masa iaitu “Perjalanan waktu itu bak pedang tajam, andai anda tidak memotongnya, pasti ia akan

x

5.4.4 Cadangan Kepada Pihak 85

Universiti

5.5 Kajian Lanjutan 86

5.6 Penutup 87

BIBLIOGRAFI 89

LAMPIRAN 93

Page 13: AMALAN PENGURUSAN MASA MAHASISWA DALAM … · Pepatah Arab ada menyatakan mengenai masa iaitu “Perjalanan waktu itu bak pedang tajam, andai anda tidak memotongnya, pasti ia akan

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Contoh format jadual keutamaan kerja 24

2.2 Contoh format jadual keutamaan kerja mengikut 24

Kepentingan

2.3 Contoh format jadual perancangan harian 25

3.1 Jumlah populasi yang digunakan 41

3.2 Jadual pembahagian persoalan kajian di dalam 43

Soal selidik

3.3 Taburan skor mengikut skala likert 43

3.4 Pengkelasan Skor Min Dan Status 47

4.1 Taburan responden mengikut tahun kursus 51

4.2 Taburan responden mengikut jantina 51

4.3 Taburan responden mengikut umur 52

4.4 Taburan responden mengikut tempat tinggal 52

4.5 Taburan responden mengikut sekolah terdahulu 53

4.6 Taburan responden mengikut pencapaian CGPA terkini 54

4.7 Min dan bilangan (peratus) responden bagi kaedah 56

pengurusan masa yang dilakukan oleh mahasiswa dalam

akademik dan aktiviti berpersatuan

4.8 Min dan bilangan (peratus) responden bagi amalan 60

masa yang baik dalam akademik dan aktiviti berpersatuan

boleh menjamin kecemerlangan mahasiswa

4.9 Min dan bilangan (peratus) responden bagi halangan- 64

Page 14: AMALAN PENGURUSAN MASA MAHASISWA DALAM … · Pepatah Arab ada menyatakan mengenai masa iaitu “Perjalanan waktu itu bak pedang tajam, andai anda tidak memotongnya, pasti ia akan

xii

halangan kepada pengurusan yang baik dalam akademik

dan aktiviti berpersatuan

4.10 Dapatan keseluruhan persoalan kajian berdasarkan min 69

Page 15: AMALAN PENGURUSAN MASA MAHASISWA DALAM … · Pepatah Arab ada menyatakan mengenai masa iaitu “Perjalanan waktu itu bak pedang tajam, andai anda tidak memotongnya, pasti ia akan

xiii

SENARAI SINGKATAN

CGPA - Cummulative Grade Point Average

JKM - JawatanKuasa Mahasiswa

MPM - Majlis Perwakilan Mahasiswa

S.W.T - Subhanahu Wa Taala

SMA - Sekolah Menengah Agama

SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan

SMKA - Sekolah Menengah Kebangsaan Agama

SPI - Sarjana Muda Pendidikan Islam

SPSS - Statistical Package For The Social Sciences

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 16: AMALAN PENGURUSAN MASA MAHASISWA DALAM … · Pepatah Arab ada menyatakan mengenai masa iaitu “Perjalanan waktu itu bak pedang tajam, andai anda tidak memotongnya, pasti ia akan

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Soal Selidik 93

B Pengesahan Status Pelajar Berdaftar 99

C Jadual Krejcie Dan Morgan 100

Page 17: AMALAN PENGURUSAN MASA MAHASISWA DALAM … · Pepatah Arab ada menyatakan mengenai masa iaitu “Perjalanan waktu itu bak pedang tajam, andai anda tidak memotongnya, pasti ia akan

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Islam amat mementingkan soal penggunaan masa. Segala perkara yang

dilakukan oleh umat Islam adalah berdasarkan masa dan waktunya. Dengan masa

yang ada, manusia boleh menjalankan pelbagai jenis urusan yang berkaitan dengan

hal-hal keduniaan seperti mencari rezeki, menjalinkan hubungan dan menuntut ilmu

pengetahuan dan kemahiran untuk mencapai kebahagiaan hidup. Manusia juga

menggunakan masa untuk melakukan kegiatan yang bercorak keakhiratan seperti

beramal soleh. Malah golongan cerdik pandai menganggap masa yang merupakan

‘harta’ yang amat penting dalam hidup insan sejagat. Masa yang digunakan dengan

cara yang teratur dan dirancang dengan tepat akan mendatangkan banyak manfaat

dan faedah kepada diri individu itu sendiri.

Pepatah Arab ada menyatakan mengenai masa iaitu “Perjalanan waktu itu

bak pedang tajam, andai anda tidak memotongnya, pasti ia akan memotong anda”.

Perjalanan masa telah diibaratkan sebagai pedang tajam yang boleh mendatangkan

banyak faedah dan amat menguntungkan manusia sekiranya masa itu digunakan

sepenuhnya. Begitu juga dengan masa yang terbuang tanpa digunakan dengan cara

Page 18: AMALAN PENGURUSAN MASA MAHASISWA DALAM … · Pepatah Arab ada menyatakan mengenai masa iaitu “Perjalanan waktu itu bak pedang tajam, andai anda tidak memotongnya, pasti ia akan

2

yang bijaksana akan mendatangkan kerugian jua kepada manusia. Oleh itu, masa

perlu diurus dengan betul agar ia dapat digunakan sepenuhnya (Omardin, 1998: 1-9).

Selaras dengan itu, al-Quran telah menegaskan tentang betapa tinggi dan

mahalnya nilai waktu itu sendiri khususnya kepada kehidupan manusia. Firman

Allah S.W.T :

Maksudnya :“Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula

berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”

(Surah al-‘Asr 103: 1-3)

Dalam ayat ini Allah bersumpah mengenai masa. Masa menjadi sumpah dan

menjadi sesuatu yang mesti ada dalam ingatan manusia. Allah mengingatkan masa

itu kepada manusia dengan sumpah agar masa jangan disia-siakan dan jangan

diabaikan dengan begitu sahaja. Ayat diatas juga menerangkan kepada manusia

betapa berharga dan bernilainya masa dan kesan yang dibawa daripada peredaran

masa.

Dalam surah ini juga disebutkan orang yang beriman dan beramal soleh akan

sentiasa memanfaatkan masa dengan mengerjakan amalan kebaikan. Mereka tidak

melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan membuang masa malah mereka

akan menggunakan masa untuk menasihati antara satu sama lain. Sesetengah mereka

menasihati yang lain dengan kebenaran agar masa yang ada dimanfaatkan adalah

untuk beriman kepada Allah S.W.T dan mengikut petunjuk kitab-kitabnya serta para

rasul-Nya dalam semua urusan dan amal perbuatan. Sebahagian mereka menasihati

Page 19: AMALAN PENGURUSAN MASA MAHASISWA DALAM … · Pepatah Arab ada menyatakan mengenai masa iaitu “Perjalanan waktu itu bak pedang tajam, andai anda tidak memotongnya, pasti ia akan

3

yang lain supaya bersabar agar masa yang dikurniakan oleh Allah bukanlah untuk

melakukan maksiat.

Menurut Ab. Fatah (1994: 64), masa menjadi sumpah, atau menjadi sesuatu

yang mesti diingat-ingati. Setiap manusia yang hidup di dunia ini adalah melalui

masa yang sama bilangan minit dalam satu jam, sama bilangan jam dalam satu hari,

dan sama bilangan hari dalam satu tahun. Allah S.W.T mengingatkan masa itu

kepada manusia dengan sumpah supaya masa jangan disia-siakan dan jangan

diabaikan.

Selain daripada ayat di atas, sebenarnya banyak lagi peringatan-peringatan

Allah S.W.T di dalam al-Quran yang menjelaskan sumpahan Allah S.W.T terhadap

masa-masa tertentu seperti ‘Demi waktu fajar’ dalam surah al-Fajr, ‘Demi malam

apabila menutupi cahaya’ dalam surah al-Lail, ‘Demi waktu matahari’ di dalam

surah ad-Dhuha dan sebagainya.

Menurut Abdul Ghafar et.al (2000: 18), menyatakan bahawa pengurusan

ialah proses yang membabitkan perancangan, penyusunan, pengarahan dan

pemantauan. Manakala menurut Muhammad Ahmad (2004: 2), pula menyatakan

bahawa pengurusan adalah suatu wasilah untuk menyempurnakan dan melakukan

segala kewajipan, sebagai ganti daripada melambatkan pelaksanaannya dan

mengakhirkannya kepada masa yang lain. Hal ini juga bahawa pengurusan sangat

diperlukan dan dapat mempengaruhi ruang lingkup kehidupan dan kegiatan manusia.

Pengurusan masa yang baik dan berkesan adalah asas yang baik dalam pembentukan

sikap yang positif di kalangan kakitangan organisasi agar dapat membantu

menyempurnakan kerja dengan cepat dan menepati masa yang ditetapkan.

Menurut Sofian (2002: 1-2), menjelaskan bahawa kurikulum adalah

berbentuk akademik dan mengutamakan sifat-sifat kognitif sedangkan kokurikulum

bukan berbentuk akademik dan tidak diberi penilaian. Kokurikulum merupakan

Page 20: AMALAN PENGURUSAN MASA MAHASISWA DALAM … · Pepatah Arab ada menyatakan mengenai masa iaitu “Perjalanan waktu itu bak pedang tajam, andai anda tidak memotongnya, pasti ia akan

4

pelengkap kepada kehendak dan kepentingan kurikulum. Kedua-duanya merupakan

dua komponen yang mempunyai hubungan yang rapat dan saling memberi

peneguhan antara satu sama lain. Pengurusan masa yang sistematik dalam kedua-dua

komponen tersebut akan menjamin kecemerlangan pelajar. Penglibatan pelajar dalam

kokurikulum seperti berpersatuan tidak menjejaskan prestasi akademik malah

mereka mendapat keputusan yang lebih baik apabila bijak membahagikan masa

antara kokurikulum dan akademik.

Pengurusan masa dalam kehidupan adalah amat penting sekali lebih-lebih

lagi kepada seorang pelajar yang ingin mencapai kejayaan dan kecemerlangan.

Prestasi pencapaian seseorang pelajar terletak kepada sejauh mana kebijaksanaan dan

kecekapannya menguruskan masa. Seorang pelajar yang kurang daya kecerdasan dan

kecerdikannya pun akan dapat membuktikan bahawa dia juga mampu untuk menjadi

salah seorang daripada pelajar cemerlang dan terbaik, jika dia bijak menguruskan

masanya. Pelajar yang bijak dan pandai akan dapat mengatur masa dengan

menyediakan satu jadual khas iaitu jadual peribadi mereka sendiri. Ramai orang yang

mengalami kegagalan di dalam hidupnya kerana mereka tidak merancang dan

menguruskan masanya dengan baik. Mereka mengambil mudah dalam pengurusan

dan perlaksanaan masa (Rahman, 2003: 74).

Situasi atau keadaan bagi pelajar yang mengikuti pengajian tinggi sama ada

awam atau swasta perlu diatur sendiri. Selain terlibat atau terikat dengan jadual

perancangan kuliah, mereka juga perlu bijak dalam menguruskan masa belajar dan

masa-masa lain seperti berpersatuan. Ini bergantung kepada pelajar untuk

menentukan perancangan atau pengurusan masa mereka dengan bijak dan teratur

supaya bersesuaian dengan kehendak dan keperluan. Oleh itu sekiranya kegiatan

kehidupan tidak diseimbangkan pelajar mungkin tidak mempunyai masa yang cukup

untuk akademik dan aktiviti berpersatuan. Salah satu rahsia kejayaan orang yang

cemerlang adalah pengurusan masa yang cekap yang membolehkan mereka membuat

dan mengambil bahagian dalam pelbagai kegiatan dengan jayanya.

Page 21: AMALAN PENGURUSAN MASA MAHASISWA DALAM … · Pepatah Arab ada menyatakan mengenai masa iaitu “Perjalanan waktu itu bak pedang tajam, andai anda tidak memotongnya, pasti ia akan

5

1.2 Latar belakang Masalah

Mahasiswa adalah penggerak dan pemangkin kecemerlangan bagi

meneruskan usaha negara mencapai wawasan 2020 dan seterusnya menjadikan

Malaysia antara terbilang pada mata dunia. Justeru, mahasiswa pada hari ini harus

sedar akan realiti pembangunan yang memerlukan daya usaha dan buah fikiran yang

mencabar dan dapat diterima umum. Segala usaha gigih dan sanggup menanggung

risiko memungkinkan mahasiswa mampu mejadi tunggak Negara. Peranan

mahasiswa yang paling utama adalah kecemerlangan dalam akademik. Manakala

penglibatan mahasiswa dalam berpersatuan adalah sebagai kegiatan tambahan di

kampus. Ia merupakan pelengkap kepada kehendak dan kepentingan akademik.

Amalan pengurusan masa yang efektif sememangnya perlu diterapkan dalam

diri mahasiswa. Ini bagi memastikan graduan-graduan yang sudah menamatkan

pengajian bukan sahaja mempunyai kemahiran yang mantap dalam bidang masing-

masing bahkan juga memiliki jati diri dalam penekanan aspek pengurusan masa yang

efisyen dalam diri masing-masing. Seseorang yang berjaya tentunya dipengaruhi

oleh aspek pengurusan masa yang tersusun dan sistematik (Mohd Razi, 2002: 4).

Pengurusan masa yang baik dalam akademik dan aktiviti berpersatuan boleh dicapai

apabila seseorang mahasiswa dapat menguruskan masa belajar dan aktiviti

berpersatuan dengan perancangan yang sistematik dan mematuhi atau memenuhi

tuntutan perancangan tersebut.

Amalan pengurusan masa yang bijak serta sistematik akan membolehkan

mahasiswa itu dapat menggunakan masa dengan sebaik-baiknya. Pengurusan masa

bermaksud pelajar mengawal penggunaan masa yang ada samada 60 minit dalam

satu jam, 24 jam dalam satu hari, 7 hari dalam seminggu atau 12 bulan dalam setahun

dengan cekap dan berkesan untuk mencapai matlamat. Mahasiswa perlu sedar

bahawa dalam kehidupan sehariannya hendaklah membahagikan masa berkaitan

dengan aktiviti-aktiviti akademik yang wajib dihadiri. Ini termasuklah masa untuk

menghadiri kuliah, tutorial atau kerja-kerja amali dan lain. Selain itu, untuk

Page 22: AMALAN PENGURUSAN MASA MAHASISWA DALAM … · Pepatah Arab ada menyatakan mengenai masa iaitu “Perjalanan waktu itu bak pedang tajam, andai anda tidak memotongnya, pasti ia akan

6

meningkatkan kewibawaan mahasiswa juga digalakkan untuk bergiat aktif di dalam

berpersatuan ketika berada di kampus (Hanafi Ismail, 2001: 42) .

Sekiranya mahasiswa tidak menguruskan masa dengan bijak dan teratur

sepanjang berada di kampus, ia amat mengganggu perjalanan aktiviti mahasiswa

tersebut. Sehubungan dengan itu, mahasiswa perlulah menyusun jadual harian agar

pengurusan masa lebih tersusun dan sistematik dalam akademik dan aktiviti

berpersatuan. Segala aktiviti yang ingin di lakukan dalam kehidupan seharian

perlulah dicatat mengikut jadual harian serta menjadikannya sebagai amalan yang

harus dilaksanakan. Sekiranya amalan yang telah dirancang tidak dapat dilakukan

dengan sebaik-baiknya, ia menunjukkan pengurusan masa perlulah diperbaiki.

Amalan yang sudah menjadi kebiasaan di kalangan mahasiswa adalah

pembahagian masa dalam akademik. Contohnya :

i. Pada sebelah pagi mahasiswa wajib menghadiri kuliah atau tutorial.

ii. Pada sebelah petang, masa yang lapang dimanfaatkan dengan aktiviti

beriadah.

iii. Pada sebelah malam pula, mereka menggunakan masa untuk

mengulangkaji pelajaran, membuat latihan tutorial dan sebagainya.

Amalan ini diamalkan oleh mahasiswa sehinggalah mereka tamat

pengajian kelak.

Amalan pengurusan masa yang hanya tertumpu kepada akademik semata-

mata, bukan jaminan untuk mendapat peluang pekerjaan tanpa mempunyai nilai

tambah yang perlu ada pada setiap mahasiswa. Nilai tambah tersebut adalah seperti

kecekapan pengurusan, daya kepimpinan dan perhubungan. Selain itu, setiap

mahasiswa perlu mempunyai teknik komunikasi yang berkesan. Untuk itu,

mahasiswa hendaklah mempunyai masa untuk melibatkan diri di dalam aktiviti

persatuan dan menjadikan sebagai amalan seharian. Amalan pengurusan masa

terhadap aktiviti berpersatuan hendaklah dicatatkan di dalam jadual peribadi

Page 23: AMALAN PENGURUSAN MASA MAHASISWA DALAM … · Pepatah Arab ada menyatakan mengenai masa iaitu “Perjalanan waktu itu bak pedang tajam, andai anda tidak memotongnya, pasti ia akan

7

mahasiswa. Seorang graduan yang berkualiti adalah yang bijak membahagikan

antara masa dalam akademik dan aktiviti berpersatuan.

1.3 Pernyataan Masalah

Kebanyakan mahasiswa berpendapat bahawa amalan pengurusan masa yang

sepenuhnya terhadap akademik adalah faktor kecemerlangan individu. Manakala

penglibatan mahasiswa terhadap aktiviti berpersatuan akan menjejaskan prestasi

akademik mereka. Namun begitu, golongan mahasiswa haruslah sedar bahawa

amalan pengurusan masa yang sistematik serta teratur yang akan menjamin

kecemerlangan seseorang dalam akademik dan aktiviti berpersatuan. Sebenarnya ia

bergantung kepada kebijaksanaan mahasiswa dalam membahagikan masa. Sekiranya

amalan pengurusan masa terhadap akademik tidak bersistematik, ia juga akan

mempengaruhi cara pembelajaran individu tersebut. Mahasiswa perlulah

memanfaatkan masa yang ada dengan menimba sebanyak mungkin pengalaman dan

ilmu.

Untuk itu, kajian yang dijalankan oleh penyelidik adalah untuk mengetahui

bagaimana kaedah pengurusan masa yang dilakukan oleh mahasiswa dalam

akademik dan berpersatuan. Kedua-dua elemen adalah penting kerana ia akan

menentukan kualiti seorang graduan.. Keputusan cemerlang seperti semua A dalam

peperiksaan bukan jaminan untuk mendapat peluang pekerjaan. Setiap mahasiswa

hendaklah sentiasa peka terhadap pengurusan masa dengan mengimbangi akademik

dan aktiviti berpersatuan tersebut serta menjadikannya sebagai amalan seharian. Oleh

itu kaedah pengurusan masa yang sesuai perlu diwujudkan agar melahirkan

mahasiswa yang lebih cemerlang dengan amalan pengurusan masa yang baik.

Page 24: AMALAN PENGURUSAN MASA MAHASISWA DALAM … · Pepatah Arab ada menyatakan mengenai masa iaitu “Perjalanan waktu itu bak pedang tajam, andai anda tidak memotongnya, pasti ia akan

8

Kajian ini juga bertujuan adalah untuk mengenalpasti sejauh mana

keberkesanan amalan pengurusan masa yang baik dalam akademik dan berpersatuan

boleh menjamin kecemerlangan mahasiswa. Selain itu, penyelidik juga ingin

mengetahui halangan-halangan kepada pengurusan masa yang baik dalam akademik

dan aktitviti berpersatuan. Sehubungan itu, diharapkan dengan kajian ini, mahasiswa

yang akan dilahirkan nanti adalah yang berkualiti serta mempunyai jaminan

pekerjaan yang lebih cerah.

1.4 Objektif Kajian

Tujuan kajian ini ialah :

i. Untuk mengetahui kaedah pengurusan masa yang dilakukan oleh mahasiswa

dalam akademik dan aktiviti berpersatuan.

ii. Untuk mengenalpasti amalan pengurusan masa yang baik dalam akademik

dan aktiviti berpersatuan boleh menjamin kecemerlangan mahasiswa.

iii. Untuk mengetahui halangan-halangan kepada pengurusan masa yang baik

dalam akademik dan aktiviti berpersatuan.

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan permasalahan di atas, persoalan kajian penyelidikan ialah :

i. Bagaimanakah kaedah pengurusan masa yang dilakukan oleh mahasiswa

dalam akademik dan aktiviti berpersatuan?

Page 25: AMALAN PENGURUSAN MASA MAHASISWA DALAM … · Pepatah Arab ada menyatakan mengenai masa iaitu “Perjalanan waktu itu bak pedang tajam, andai anda tidak memotongnya, pasti ia akan

9

ii. Adakah amalan pengurusan masa yang baik dalam akademik dan aktiviti

berpersatuan boleh menjamin kecemerlangan mahasiswa?

iii. Apakah halangan-halangan kepada pengurusan masa yang baik dalam

akademik dan aktiviti berpersatuan?