anda menga- gungkan kami€¦ · tindakan tatatertib, termasuk penamatan kerja. dalam sesetengah...

40
KERANA INTEGRITI KITA PENTING ANDA ANDA MENGA- MENGA- GUNGKAN GUNGKAN KAMI KAMI Tatakelakuan dan Etika Perniagaan Regal Kita

Upload: others

Post on 04-Feb-2021

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • KERANA INTEGRITI KITA PENTING

    ANDA ANDA MENGA-MENGA-GUNGKAN GUNGKAN KAMIKAMI

    Tatakelakuan dan Etika Perniagaan Regal Kita

  • 1

    ANDA MENJADIKAN KITA REGALSetiap individu yang bekerja di Regal memberi kesan terhadap reputasi, budaya, dan kejayaan perniagaan kita. Cara anda bertindak semasa bekerja dan keputusan yang anda buat boleh mempengaruhi pandangan dunia tentang kita.

    KOD INI PEDOMAN KITAINTEGRITI KITA PENTING

    Kita mahu diiktiraf sebagai syarikat yang komited terhadap integriti.

    Kita semua mahukan kerja dan tempat kerja kita mencerminkan budaya kita: Integriti adalah sesuatu yang paling kita hargai. Kita jujur dan amanah.

    Sesiapa sahaja di antara kita boleh berdepan dengan undang-undang dan/atau kebimbangan etika dalam kerja kita. Kadang kala jawapan yang betul itu tidak intuitif atau jelas.

    Tatakelakuan dan Etika Perniagaan kita digunakan sebagai pedoman. Ia menggariskan keperluan utama dalam bidang-bidang penting. Ia menyampaikan perkara yang dijangka ketika bekerja dengan Regal.

  • 2

    Di Regal, kita memberi tumpuan kepada tingkah laku, tindakan dan keputusan yang berkisar tentang Nilai-nilai integriti, tanggungjawab, kepelbagaian & pembabitan, kejayaan pelanggan, Inovasi bertujuan, penambahbaikan berterusan, prestasi dan nyala rasa untuk menang, di samping sikap kesegeraan. Kita memanggilnya sebagai “apa yang dijangkakan daripada kita.” Tatakelakuan dan Etika Perniagaan Regal memperkukuhkan Nilai-nilai ini dengan beberapa panduan serta contoh. Apabila kita faham dan mematuhi Kod kita, kita boleh membantu mengekalkan budaya yang kukuh dan memastikan kejayaan jangka panjang kita.

    Kod kita dikenakan pada semua orang di Regal. Kita semua berpegang kepada standard yang sama, dan terpulang kepada setiap orang untuk mengenal pasti dan membicarakan tentang tingkah laku yang tidak mengikut Kod. Budaya syarikat dibina dari hari ke hari dalam jangka masa beberapa tahun oleh seluruh organisasi, dan aktiviti yang tidak wajar atau menyalahi undang-undang daripada malah seorang sekutu pun boleh merosakkan reputasi kita semua.

    Regal komited untuk mengekalkan budaya di mana sekutu benar-benar percaya bahawa bertanya soalan dan melaporkan kebimbangan merupakan perkara yang betul untuk dilakukan. Kita mahu semua orang di seluruh dunia bangga dengan hakikat bahawa kita tergolong dalam organisasi yang komited untuk berintegriti dalam semua aspek perniagaan kita.

    Sila semak dan membiasakan diri dengan Kod ini; ia berfungsi sebagai panduan kita dan menyeru kita untuk bertindak dengan penuh integriti setiap masa. Ia membuatkan kita semua Regal!

    Louis PinkhamKetua Pegawai Eksekutif

    MESEJ DARI LOUIS

  • 3

    KANDUNGANPrivasi Data Peribadi .................................................................. 23

    Hak Harta Intelek ......................................................................... 24

    Perdagangan Orang Dalam dan Pemberian Maklumat Saham ....25

    Mengelakkan Konflik Kepentingan ............................................ 26

    Sumbangan Politik ...................................................................... 27

    Integriti kita penting apabila kita membentangkan maklumat mengenai Syarikat

    Buku Kira-kira dan Rekod Syarikat ............................................ 29

    Pengurusan Dokumen dan Rekod ............................................. 30

    Komunikasi dengan Pengawal Selia dan Media ...................... 30

    Media Sosial ................................................................................ 31

    Integriti kita penting apabila kita menjaga komuniti kita

    Kelestarian Alam Sekitar ............................................................ 33

    Akauntabiliti Sosial ..................................................................... 34

    Penutup

    Menerapkan kepentingan integriti setiap hari ......................... 35

    Nombor telefon talian integriti ................................................... 36

    Pengenalan

    Adakah Kod ini Dikenakan pada Saya? ...................................... 4

    Konsep Asas .................................................................................. 5

    Integriti kita penting semasa kita bekerja

    Tempat Kerja yang Selamat ......................................................... 9

    Kepelbagaian dan Penyertaan ....................................................10

    Saling Menghormati dan Persekitaran Bebas Gangguan ........11

    Integriti kita penting apabila kita membuat, menjual, dan mengedarkan produk kita

    Keselamatan dan Kualiti Produk .................................................13

    Perhubungan Pembekal ..............................................................14

    Persaingan Adil ............................................................................15

    Melawan Rasuah .........................................................................16

    Hadiah dan Hiburan ......................................................................17

    Kawalan Perdagangan Antarabangsa ........................................18

    Melawan Penggubahan Wang Haram dan Pemalsuan .............19

    Integriti kita penting apabila kita membuat keputusan yang mempengaruhi Syarikat

    Melindungi Aset Kita .................................................................. 21

    Maklumat Sulit ............................................................................ 22

  • ADAKAH KOD INI DIKENAKAN PADA SAYA?Kod Regal dikenakan secara sama rata pada kita – di semua lokasi kita di seluruh dunia dan dalam semua interaksi kita.

    Ia dikenakan pada pekerja, pengarah, dan pegawai kita. Mematuhi Kod ini dijadikan syarat pekerjaan. Dasar Kod ini turut dikenakan pada pembekal, kontraktor, ejen dan rakan kongsi perniagaan kita.

    Regal menyokong dan memperkukuhkan Kod ini menerusi kepimpinan dan budaya, penaksiran dan pengauditan, penyiasatan dan latihan, serta dasar tambahan kita. Kita melakukan penambahbaikan yang berterusan di dalam cara kita bekerja dan menjalankan perniagaan.

    Bagaimana saya harus menggunakan Kod ini?

    Kod ini ialah sumber yang dapat membantu kita memahami bidang-bidang utama yang dijangkakan. Untuk menggunakan ia sebaik-baiknya:

    • Baca Kod ini, dan pastikan anda memahami keperluannya.• Biasakan diri dengan keperluan dasar dan undang-undang Regal

    yang dikenakan pada kerja anda.• Rujuk Kod ini setiap kali anda mempunyai soalan atau tidak pasti

    mengenai jawapan yang tepat.

    4

  • 5

    Adakah sebarang akibat jika saya melanggar Kod ini?

    Mereka yang tidak mematuhi Kod ini boleh berdepan dengan tindakan tatatertib, termasuk penamatan kerja. Dalam sesetengah kes, pelanggaran Kod turut melanggar undang-undang dan boleh membawa kepada penalti jenayah seperti denda dan penjara.

    Harap maklum: Tiada seorang pun di Regal, walau apapun jawatan mereka, diberi kuasa untuk mengarahkan anda melanggar undang-undang atau Kod ini.

    Bagaimana jika undang-undang tempatan berbeza daripada apa yang terdapat dalam Kod ini?

    Dalam contoh yang jarang berlaku di mana undang-undang tempatan akan dilanggar jika Kod ini dipatuhi, anda mesti mematuhi undang-undang itu dan memaklumkan kepada Jabatan Undang-undang mengenai konflik itu.

    Jika budaya tempatan atau dasar syarikat lain bertentangan dengan Kod ini, anda mesti mematuhi Kod ini. Jika kita mempunyai sebarang soalan, hubungi Jabatan Undang-undang.

    ADAKAH ANDA SEORANG PENGURUS ATAU KETUA?

    Anda mempunyai beberapa tanggungjawab tambahan terhadap Kod ini.

    • Pastikan ahli pasukan anda tahu mengenai Kod ini, termasuk di mana untuk mendapatkannya dan bagaimana untuk menggunakannya.

    • Tetapkan jangkaan bahawa pasukan anda perlu bertindak secara berintegriti pada bila-bila masa, sejajar dengan panduan Kod ini.

    • Galakkan ahli pasukan anda untuk bertanya soalan jika mereka tidak pasti apa yang diperlukan.

    • Sokong pasukan anda dalam mendapatkan jawapan yang diperlukan dengan membabitkan sumber Syarikat lain bila perlu.

    • Bantu pastikan ahli pasukan anda melengkapkan semua latihan pematuhan.

    Salah satu cara terbaik anda boleh menyokong Kod ini ialah dengan memastikan pekerja tahu tentang perkara yang perlu disuarakan jika mereka mempunyai soalan atau tahu mengenai salah laku itu. Tindakan anda akan membantu mereka memahami kepentingan mematuhi Kod ini.

    • Cari peluang untuk berbincang dan menangani persoalan mengenai etika dengan ahli pasukan anda.

    • Kemukakan sebarang laporan tentang pelanggaran Kod ini kepada Jabatan Undang-undang.

    • Jangan cuba untuk menentukan identiti pelapor yang menyerahkannya secara tanpa nama.

    • Ingat, dan ingatkan pasukan anda, supaya tidak mengambil hati dengan laporan itu, dan anda tidak harus melihatnya sebagai mencabar kuasa anda.

  • INTEGRITI MEMERLUKAN KETELUSAN

    Regal mempunyai budaya

    unik yang terbina melalui

    idea berteraskan ketelusan

    dan sikap berterus terang.

    Antara lain, ketelusan

    bermakna kita tidak

    berselindung apabila

    berlaku kesilapan.

    Jika anda fikir seseorang

    mungkin melanggar Kod ini,

    dasar Regal, atau undang-

    undang, bersuaralah dan

    beritahu seseorang.

    SEMUA LAPORAN AKAN:

    SulitWalaupun anda tidak melaporkan

    secara tanpa nama, identiti anda akan

    dilindungi dan hanya didedahkan jika

    diperlukan untuk mengendalikan laporan

    anda dengan sewajarnya.

    Disiasat sepenuhnya dan dengan adilSetiap laporan akan disiasat sepenuhnya

    dan secara adil. Jika kita memutuskan

    yang salah laku telah berlaku, kita boleh

    mengambil tindakan tatatertib terhadap

    orang yang bertanggungjawab.

    Kita tidak sentiasa boleh memberitahu

    anda tentang hasil sesuatu kes atau

    sama ada seseorang telah dikenakan

    tindakan tatatertib. Tetapi itu tidak

    bermakna tindakan tidak diambil.

    Dilindungi daripada pembalasanKeberanian perlu bagi menyuarakan

    sesuatu kebimbangan. Jika anda membuat

    laporan dengan niat yang baik – bermakna

    anda percaya yang laporan itu benar

    dan anda tidak membuat laporan untuk

    memudaratkan orang lain – Regal akan

    melindungi anda daripada pembalasan.

    Sudah tentu, laporan palsu tidak akan

    ditolak ansur. Sesiapa yang dengan

    sengaja melaporkan dan mendakwa

    tentang salah laku atau pelanggaran

    Kod berdasarkan maklumat palsu akan

    berdepan tindakan tatatertib.

    Di Regal tidak seorang pun boleh

    mangambil tindakan balas terhadap

    anda berdasarkan laporan jujur anda,

    dan kerjaya anda tidak akan terjejas. Jika

    seseorang telah mengambil langkah

    pembalasan, maka kita akan mengambil

    tindakan tegas terhadap mereka,

    sehingga dan termasuk pemecatan.

    6

  • 7

    Mempunyai soalan atau kebimbangan? Tidak pasti dengan pilihan yang tepat?

    Inilah orang boleh berbincang dengan anda.

    Hubungan:

    608.364.8800 (Pejabat Beloit)

    FAKS: 608.364.8817

    [email protected]

    Jabatan Undang-undang

    Regal Beloit Corporation

    200 State St.

    Beloit, WI 53511 USA

    Talian Integriti:

    Terpulang kepada anda, anda boleh laporkan kepada Talian Integriti secara tanpa nama, kecuali dilarang dengan jelas oleh undang-undang.

    Apabila anda menghubungi Talian Integriti, pekerja penyedia pihak ketiga kita, Convercent, bukan pekerja Regal, akan mengambil laporan anda.

    Jika menyambung melalui web, anda akan melengkapkan borang pengambilan yang ditadbir oleh Convercent.

    Dengan kedua-dua kaedah, maklumat disalur secara tanpa nama daripada Convercent kepada ahli pasukan Jabatan Undang-undang untuk menyemak dan mempertimbangkan langkah penyiasatan yang boleh diambil.

    Semasa melapor, sila berikan butiran tertentu supaya kebimbangan anda boleh disiasat dengan sewajarnya.

    • Pengurus anda

    • Ketua lain dalam syarikat

    • Sumber Manusia

    • Jabatan Undang-undang

    • Pegawai Etika dan Pematuhan

    • Talian Integriti Regal

    Anda juga boleh menghantar

    surat kepada Jawatankuasa

    Audit Lembaga Pengarah di

    ibu pejabat kita: 200 State St.,

    Beloit, WI 53511 USA.

    Dail mengikut arahan negara tertentu

    di hujung Kod ini atau gunakan

    nombor yang disiarkan dalam talian

    di https://bit.ly/2HpKerW

    Setelah mendail, anda akan memilih

    bahasa anda. Sila kekal di dalam talian,

    anda mungkin perlu menunggu untuk

    disambungkan kepada jurubahasa.

    Portal Web:

    Laman web luar yang dihoskan oleh penyedia

    perkhidmatan pihak ketiga ini mempunyai

    borang yang perlu dilengkapkan dan diserahkan

    di dalam bahasa yang anda pilih.

    www.regalbeloitintegrity.com

  • 8

    INTEGRITI KITA PENTING SEMASA KITA BEKERJA.

    8

  • TEMPAT KERJA YANG SELAMAT

    Kita semua ingin berasa selamat semasa datang bekerja, dan kita semua berkongsi tanggungjawab untuk menjadikan tempat kerja kita selamat. Ini bermakna memastikan tindakan kita sendiri selamat dan juga memantau keadaan serta kelakuan di sekeliling kita.

    Pertimbangkan kesihatan dan keselamatan diri anda dan orang lain semasa menjalankan aktiviti anda. Kita bergantung kepada anda untuk mematuhi dasar dan peraturan keselamatan kita. Jangan sekali-kali mengambil alkohol dan dadah lain yang boleh mengganggu kerja anda.

    Tanggungjawab dipentingkan

    • Kita menggunakan Kelengkapan Pelindung Diri dan mematuhi semua perintah keselamatan logi.

    • Kita memahami cara menggunakan alat dan kelengkapan kita dengan selamat dan wajar.

    • Kita mematuhi prosedur yang betul sekiranya berlaku kebakaran atau kecemasan lain.

    • Kita memerhati dan melaporkan tingkah laku atau keadaan tidak selamat, dan kita berhak untuk menghentikan kerja bagi membetulkan isu keselamatan.

    • Kita waras dan sedar apabila mengendalikan mesin dan kelengkapan.

    • Kita tidak memiliki atau menggunakan alkohol atau dadah sepanjang waktu perniagaan, termasuk waktu merarau dan tempoh rehat.

    • Kita mengelak keganasan serta intimidasi fizikal atau emosi.

    • Kita tidak bertolak ansur dengan gangguan seksual.

    • Kita tidak menggunakan produk tembakau di dalam kemudahan Syarikat atau dalam kenderaan Syarikat.

    • Kita tidak membawa senjata ke tempat kerja. • Kita tidak sekali-kali menyerang

    atau memudaratkan orang lain atau mengancam keganasan, dan kita serta-merta melaporkan sebarang tingkah laku yang kelihatan ganas, mengancam, atau mencurigakan.

    Lihat Lebih DekatMeminum alkohol membawa beberapa risiko – terhadap anda dan Syarikat – jadi kita mesti menggunakan pertimbangan yang baik.

    Acara yang menghidangkan alkohol mestilah diluluskan lebih awal oleh pegawai Syarikat. Jika anda minum di acara Syarikat atau ketika dalam perjalanan untuk bekerja, minum secara bertanggungjawab dan jangan memandu di bawah pengaruhnya.

    Begitu juga, jangan bekerja ketika mengalami ketaksempurnaan. Sentiasa ingat bahawa ubat-ubatan boleh menyebabkan ketaksempurnaan. Berbincang dengan pengurus anda jika anda mempunyai soalan.

    Cara Regal Kate bekerja di sebuah bangunan yang selamat di mana pintu masuk tepi boleh dapat dimasuki menggunakan kad kunci.

    Apabila tiba ke tempat kerja pagi ini, seorang lelaki mengikutnya hingga ke pintu dan cuba mengekorinya masuk. Beliau tidak kenal lelaki itu, lalu dia tidak membenarkannya masuk tanpa lencana. Sebaliknya, beliau berkata dasar Syarikat memerlukan lelaki itu mendaftar masuk secara sewajarnya, dan menghantarnya ke pintu masuk utama.

    Tindakan Kate sejajar dengan jangkaankita. Beliau memastikan tempat kerja itu selamat daripada bakal penceroboh dan kakitangan yang tidak dibenarkan.

    9

  • 10

    KEPELBAGAIAN DAN PENYERTAAN

    Di Regal, kita mempercayai penyertaan secara global dan persekitaran kerja yang pelbagai. Pasukan kita menyumbang kemahiran, perspektif dan pengalaman unik mereka sendiri untuk memberikan yang terbaik kepada Regal dan membangunkan penyelesaian yang inovatif kepada pelanggan kita. Kita mahukan tempat kerja di mana orang dihormati sebagai individu, dan kita melantik dan menaikkan pangkat orang yang berkelayakan, tanpa diskriminasi.

    Tanggungjawab dipentingkan

    • Kita melantik dan menaikkan pangkat orang yang berkelayakan berdasarkan kemahiran, kelayakan, dan pengalaman mereka.

    • Kita tidak membuat keputusan melantik atau pekerjaan berasaskan kaum, jantina, atau sebarang sifat peribadi yang dilindungi oleh undang-undang.

    Lihat Lebih DekatCiri-ciri berikut tiada kaitan dengan keupayaan seseorang melakukan pekerjaan. Jangan tanyakan mengenai topik berikut dalam wawancara atau menggunakannya sebagai kriteria untuk keputusan pekerjaan.

    • Kaum, warna, atau asal-usul negara

    • Agama

    • Jantina atau identiti jantina

    • Orientasi seksual atau status perkahwinan

    • Umur

    • Kecacatan

    • Status ketenteraan atau veteran

    • Situasi keluarga

    10

  • SALING MENGHORMATI DAN PERSEKITARAN BEBAS GANGGUAN

    Tiada seorangpun harus berasa malu, tidak selesa, atau takut untuk datang bekerja. Keganasan, intimidasi, gangguan, dan pembulian tiada tempat di Regal dan tidak akan ditolak ansur.

    Lihat Lebih DekatGangguan seksual bukanlah satu-satunya bentuk gangguan yang boleh berlaku di tempat kerja. Gangguan boleh merangkumi sebarang tingkah laku yang tidak disenangi atau menyinggung perasaan individu lain. Ini  termasuk pembulian, intimidasi, atau ancaman mahupun tindakan keganasan.

    Cara RegalJessica pernah melihat rakan sejawatnya bersikap biadap dan berang dengan pembantu pentadbirannya. Lama-kelamaan, tingkah laku itu bertambah teruk sehingga rakan sejawat itu kelihatan marah setiap hari. Dia  kadangkala menggunakan kata-kata kesat.

    Jessica menganggap itu bukanlah cara yang baik untuk melayan sesiapapun. Walaupun keberatan untuk terbabit, dia berbincang dengan pengurusnya mengenai tingkah laku itu. Dia berasa lega kerana mengetahui yang dia telah membantu rakan sekerja.

    Tanggungjawab dipentingkan

    • Kita tidak bertolak ansur dengan gangguan seksual.• Kita melayan semua orang dengan hormat – bermakna

    dengan adil, profesional dan secara beradab.• Kita tidak bertindak dengan cara yang boleh

    memalukan atau menakutkan seseorang atau membuat mereka berasa tidak disenangi.

    • Kita tidak membuli, mengejek atau menyisihkan.• Kita menuntut agar orang lain memenuhi standard

    yang sama ini.• Kita bersuara jika melihat tingkah laku tidak

    menghormati atau penyalahgunaan kuasa.

    11

  • 12

    INTEGRITI KITA PENTING APABILA KITA MEMBUAT, MENJUAL, DAN MENGEDARKAN PRODUK KITA

    12

  • 13

    KESELAMATAN DAN KUALITI PRODUK

    Di Regal, kita membawa prestasi bertaraf dunia kepada pelanggan menerusi inovasi, kualiti, penyampaian, gerak balas, dan kos. Kita membuat produk berkualiti tinggi yang selamat untuk tujuan penggunaannya. Kita bekerjasama demi mencari jalan untuk meningkatkan kewibawaan dan keselamatan produk kita, sentiasa memenuhi atau melebihi kehendak undang-undang, pengawalseliaan, dan pelanggan.

    Tanggungjawab dipentingkan

    • Kita mematuhi standard kawalan kualiti dan pengeluaran yang ketat.

    • Kita beroperasi secara efisien tetapi tidak sekali-kali mengambil jalan pintas untuk menyiapkan pekerjaan.

    • Apabila merekacipta atau membangunkan produk baharu, kita merekanya agar memenuhi atau melebihi standard kualiti dan pengawalseliaan.

    • Kita melaporkan sebarang kebimbangan keselamatan produk yang dikenal pasti dengan serta-merta.

    Lihat Lebih DekatProses Pembangunan Produk Baharu (NPD) kita distruktur bagi memastikan supaya produk kita akan direka dan dikilangkan memenuhi atau melebihi standard kualiti dan pengawalseliaan sepatutnya yang mentadbir tentang kesihatan dan keselamatan. Ahli Pasukan Kejuruteraan bekerja sama dengan unit perniagaan dan fungsi utama lain untuk melaksanakan dasar dan prosedur keselamatan produk yang menggalakkan keselamatan dalam rekaan, pengilangan dan pengujian serta sepanjang hayat berguna semua produk kita.

    13

  • 14

    PERHUBUNGAN PEMBEKAL

    Pembekal kita ialah sebahagian daripada perniagaan kita yang mustahak, dan kita memilihnya dengan teliti. Untuk berjaya, kita bergabung dengan pembekal yang menyediakan produk dan perkhidmatan berkualiti dan mereka berkongsi wawasan kita untuk menjalankan perniagaan dengan cara yang betul.

    Tanggungjawab dipentingkan

    • Kita bergabung dengan syarikat dan orang yang menghormati hak asasi manusia.

    • Kita memerlukan agar pengedar kita mengekalkan persekitaran bekerja yang selamat dan sihat di mana pekerja mereka dihormati dan dilayan secara bermaruah.

    • Kita juga memerlukan agar pembekal kita mematuhi peraturan dan undang-undang penyumberan termasuk keperluan untuk mengendalikan bahan-bahan sekatan atau berhazard.

    • Kita melindungi sebarang maklumat sulit dan sensitif yang menjadi kepunyaan pembekal kita, sebagaimana kita menjangkakan agar mereka melindungi maklumat sulit kita.

    • Kita mempertimbangkan pembidaan semula yang lebih kerap bagi mengelakkan hubungan tidak wajar yang mungkin dijalin.

    Lihat Lebih DekatBagi manjalankan perniagaan dengan Regal, pembekal kita mestilah memenuhi standard etika kita yang tinggi dan mempunyai sekuriti rantaian bekalan yang bersesuaian.

    Demi memastikan pembekal itu memenuhi standard kita, kita melaksanakan usaha yang wajar sebelum menerima masuk, dan kita juga boleh menjalankan audit, pemeriksaan, ataupun lawatan tapak atau meminta mereka melengkapkan suatu perakuan. Kita meminta pembekal supaya terus melakukan penambahbaikan, dan menuntut agar mereka memenuhi standard kita yang tinggi.

  • 15

    PERSAINGAN ADIL

    Kita memperoleh pesanan pelanggan menerusi kualiti dan nilai keseluruhan kerja kita – bukan secara berkomplot dengan pembekal atau meletakkan kelemahan secara tidak adil kepada pesaing. Kita bersaing secara jujur dan adil selaras dengan undang-undang persaingan yang menjamin pasaran bebas dan adil.

    Tanggungjawab dipentingkan

    • Kita tidak terlibat dalam penetapan harga. Kita tidak terikat untuk menentukan harga – tanpa perbincangan atau persetujuan dengan pesaing, pembekal, atau sebagainya.

    • Kita tidak mengagihkan wilayah, barisan produk, atau pelanggan sesama pesaing, walaupun secara tidak rasmi.

    • Kita berbincang dengan Jabatan Undang-undang sebelum menukar amalan menentukan harga atau memproses sebelum memulakan atau menamatkan hubungan perniagaan dengan pengedar atau pesaing.

    • Kita memahami peraturan yang mengehadkan interaksi kita dengan pesaing dan mematuhi peraturan tersebut apabila menyertai mesyuarat persatuan perdagangan atau profesional.

    • Kita mengakui bahawa perbualan dengan pesaing boleh membawa risiko, dan kita mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Undang-undang sebelum terlibat dalam sebarang komunikasi melampaui beramah mesra.

    • Kita memahami bahawa cara kita menghimpun risikan persaingan adalah penting. Apabila menghimpun maklumat mengenai pesaing, kita menggunakan sumber awam dan tidak mengamalkan pemalsuan atau penipuan.

    Di bawah undang-undang persaingan, perkara berikut menyalahi undang-undang, walaupun ia terjadi di dalam perbincangan biasa semasa minum kopi.

    • Perjanjian untuk menerapkan atau menentukan harga• Perjanjian untuk mengagihkan wilayah • Perjanjian untuk membahagikan pelanggan• Perjanjian untuk memisahkan barisan produk

    Lihat Lebih DekatBersaing secara adil rumit apabila pembekal atau pelanggan turut menjadi pesaing.

    Tumpukan semua perbualan ke arah hubungan perniagaan semasa, dan jangan bincangkan pasaran atau industri secara meluas. Dapatkan nasihat daripada Jabatan Undang-undang jika anda mempunyai soalan mengenai perkara yang bersesuaian.

    Cara RegalKetika Sarah menghadiri persidangan di Beijing, Peter, pengurus jualan pesaing, telah mendekatinya.

    Mereka bersembang dengan sopan buat seketika mengenai persidangan itu. Kemudian Peter menyebut yang mungkin ada beberapa cara mereka boleh bekerjasama untuk membantu satu sama lain. Serta-merta, Sarah tahu yang dia perlu meninggalkan perbualan itu. Dia  memberitahu pengurus jualan itu mengapa dia terpaksa pergi. Kemudian dia pulang ke bilik dan menghubungi pengurusnya untuk melaporkan apa yang terjadi. Pengurusnya, Priya, memberitahu yang tindakannya menamatkan perbualan itu betul  – dan memberitahunya supaya mengelak daripada Peter sehingga persidangan itu berakhir. Dia  juga berkata akan memaklumkan kepada Jabatan Undang-undang.

    Tindakan pantas Sarah mencegah perbualan itu daripada menjerumuskan dirinya dan Regal ke dalam masalah yang serius.

    15

  • 16

    MELAWAN RASUAH

    Kita menentang rasuah dan sogokan dalam apa jua bentuk serta tidak akan bertolak ansur dengannya dalam perniagaan kita atau daripada rakan kongsi perniagaan kita. Tidak seorang pun di Regal boleh memberi hadiah, wang tunai, pertolongan, atau apa jua yang bernilai untuk mendapatkan atau mengekalkan perniagaan – tidak kira di mana jua anda berada. Kita juga mematuhi semua undang-undang anti rasuah, mengakui bahawa undang-undang tertentu, seperti Akta Amalan Rasuah Negara Asing A.S. (FCPA), Akta Sogokan U.K. (UKBA), dan Akta Syarikat Bersih Brazil. Boleh dikenakan ke atas tindakan kita di kebanyakan negara.

    Tanggungjawab dipentingkan

    • Kita tidak menggunakan sogokan atau aktiviti rasuah untuk meraih atau mengekalkan kelebihan perniagaan yang tidak wajar.

    • Kita tidak membenarkan sesiapapun untuk menawarkan sogokan bagi pihak kita.

    • Kita bertanggungjawab ke atas tindakan setiap orang yang bertindak bagi pihak Regal.

    • Kita memantau rakan kongsi dan ejen perniagaan kita dengan teliti untuk mencegah tingkah laku tidak wajar.

    • Kita merekodkan semua pembayaran dan transaksi dengan tepat.

    • Kita mematuhi undang-undang dan dasar Syarikat dalam interaksi kita dengan pegawai kerajaan atau awam pada bila-bila masa.

    Sogokan ialah apa sahaja yang bernilai dan boleh mempengaruhi keputusan perniagaan seseorang.

    Walaupun ramai yang menganggap wang tunai atau hadiah mahal sebagai sogokan, namun ia boleh juga berupa membayar untuk perjalanan, menawarkan pekerjaan, atau menggunakan pengaruh peribadi untuk membantu seseorang atau ahli keluarga mereka.

    Lihat Lebih DekatBerhati-hati dengan “bayaran pemudahan.” Ini selalunya tidak kelihatan seperti sogokan kerana melibatkan sejumlah kecil wang yang lazim diminta oleh orang yang berjawatan rasmi.

    Misalnya:

    • Pegawai kastam, untuk mempercepatkan

    pelepasanbarangan tertentu

    • Inspektor, sebagai membalas jasa kerana

    membiarkan sahaja suatu pelanggaran

    • Penaksir, untuk perakuan produk

    • Juruaudit, untuk dapatan yang

    menguntungkan

    Kita tidak membuat bayaran pemudahan. Jika anda diminta sesuatu, tolak daripada membayarnya dan laporkan permintaan itu kepada penyelia atau Jabatan Undang-undang anda.

    Cara RegalAllan bekerja rapat dengan klien kerajaan yang mempunyai anak perempuan yang masih bersekolah.

    Klien itu mahu menghantar anak perempuannya ke sebuah kolej di A.S. dan bertanya sama ada Allan boleh menulis surat perakuan untuk anaknya kepada alma mater beliau. Allan menyukai lelaki itu dan menganggapnya sebagai kawan, tetapi menyedari bahawa rujukannya turut memberi nilai peribadi kepada klien serta keluarganya.

    Allan menghubungi Jabatan Undang-undang dan mereka menasihatinya supaya tidak menulis surat itu. Pemikiran teliti Allan membantunya mengelakkan potensi risiko undang-undang.

    16

  • HADIAH, JAMUAN, DAN HIBURAN

    Kita mahu memenangi perniagaan berdasarkan kualiti, kecekapan, kewibawaan, dan kekonsistenan kita – bukan kerana kita melayan pembuat keputusan dengan hadiah, hiburan, atau hospitaliti yang tidak sepatutnya.

    Menawarkan dan menerima hadiah, jamuan, dan hiburan boleh melahirkan perasaan muhibah dan membantu memupuk hubungan kerja yang teguh – tetapi hanya selagi kita masih menggunakan pertimbangan munasabah dan mengikut garis panduan Syarikat. Pilihan yang cuai ialah penggunaan sumber yang lemah dan boleh memudaratkan reputasi Regal malah kelihatan seperti sogokan.

    Tanggungjawab dipentingkan

    • Kita menggunakan pertimbangan munasabah terhadap hadiah, jamuan, dan hiburan. Kita mengelakkan sebarang tindakan yang boleh membuatnya kelihatan seperti kita menggalakan bayaran balik atau hasil perniagaan yang menguntungkan.

    • Kita tidak menawarkan atau menerima wang tunai atau kesetaraan tunai, seperti sijil atau baucar hadiah.

    • Kita tidak meminta rakan kongsi perniagaan memberi hadiah yang dilarang untuk kita berikan.

    • Kita hanya menawarkan keraian jika ia tersedia untuk semua jantina dan sesuai untuk persekitaran profesional.

    • Kita tidak sekali-kali memberi apa jua yang bernilai kepada pekerja, wakil, pegawai awam atau kerajaan mahupun keluarga mereka.

    Lihat Lebih DekatDi Regal, keperluan kami mengenai hadiah berbeza-beza bergantung kepada dengan siapa kita bekerja. Sebagai contoh, semasa kita menjalankan perniagaan komersial biasa, kita mesti meminta kelulusan sebelum menawarkan atau menerima hadiah yang melebihi US$100. Jika kita bekerjasama dengan dengan pekerja, wakil, pegawai kerajaaan, atau keluarga mereka, kita perlu mendapat kelulusan Jabatan Undang-undang sebelum menawarkan atau menerima sesuatu yang bernilai.

    Mahu memberi hadiah dalam perniagaan? Di bawah garis panduan Regal, ia MESTILAH:

    • dalam nilai yang nominal (kebiasaannya kurang daripada US$25)

    • dibenarkan oleh undang-undang dan dasar syarikat penerima

    • tidak diminta oleh penerima• berpatutan (dan tidak menyinggung)• berkaitan dengan tujuan perniagaan yang wajar• tidak diberi secara kerap

    Bekerja Dengan KerajaanPeraturan khas kerap dikenakan apabila kita bekerja sama dengan kerajaan tempatan, negeri, dan kebangsaan dan entiti milik kera-jaan – jadi jika anda bekerjasama dengan pelanggan kerajaan, pas-tikan anda memahami peraturan-nya. Minta bantuan daripada Jabatan Undang-undang sebelum meyerahkan cadangan, meneri-ma pesanan pembelian (PO), atau menandatangani kontrak yang membabitkan kerja kerajaan.

    Sebarang aktiviti yang membabit-kan pegawai kerajaan dan peruba-han kepada undang-undang dan peraturan akan menjejaskan syarikat (seperti melobi) memer-lukan kelulusan awal daripada Jabatan Undang-undang.

    Cara RegalMartin, pengurus jualan, mengunjungi seorang pelanggan lama yang sangat meminati perlumbaan motorsikal. Pelanggan itu memberitahu Martin yang dia mempunyai tiket ke perlumbaan Moto GP hujung minggu itu namun tidak berkesempatan untuk pergi. Dia menawarkan tiket itu kepada Martin dan isterinya.

    Martin berhasrat untuk pergi, tetapi mengenangkan tiket itu bernilai lebih daripada US$100, lalu dia menolak.

    17

  • 18

    KAWALAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA

    Kita adalah perbadanan global terkemuka yang beroperasi di serata dunia, dan menjalankan perniagaan merentasi pelbagai sempadan. Undang-undang perdagangan antarabangsa disediakan bagi menjamin amalan perniagaan yang baik dan menuntut semua negara berurusan secara adil antara satu sama lain. Walaupun undang-undang dan peraturan kawalan perdagangan rumit, teknikal, dan tertakluk kepada perubahan, kita mesti mengetahui dan mematuhinya di mana jua kita menjalankan perniagaan.

    Tanggungjawab dipentingkan

    • Kita mematuhi semua dasar dan prosedur untuk mengeksport atau mengimport produk kita. Ini bermakna:– Mendapatkan kebenaran yang sah untuk

    mengeksport produk – Menyaring pelanggan bagi memastikan

    yang mereka dibenarkan untuk menerima eksport kita

    – Menyerahkan semua dokumen yang diperlukan dan memastikan ianya tepat masa, jujur, tepat, dan lengkap, termasuklah apabila ia disediakan oleh orang lain

    – Mengekalkan rekod sebagaimana diperlukan

    – Bekerjasama dengan Pasukan Pematuhan Perdagangan Global sekiranya perlu untuk melakukannya dengan betul

    • Kita meminta jawapan yang jelas mengenai pemilik, operasi, lokasi, pelanggan kita, dan penggguna akhir bahan kita.

    • Kita tidak mengeksport ke negara, kumpulan, atau individu yang disekat, atau kepada sesiapa yang boleh mengeksport semula kepada mereka.

    • Kita tidak menyertai atau menyokong pemboikotan terhadap negara tertentu.

    Eksport terjadi apabila barangan fizikal seperti motor atau penggearan dipindahkan merentasi sempadan.

    Eksport juga boleh membabitkan perisian, perkhidmatan, atau pengetahuan teknologi – misalnya, jika:

    • dokumen pada komputer riba anda yang dibawa merentasi sempadan

    • maklumat teknikal die-melkan atau disiarkan dalam talian

    • seseorang dari negara lain menerima taklimat atau jelajah kilang

    Jika anda bekerja menggunakan produk, perkhidmatan, maklumat, atau perisian yang mungkin tertakluk kepada sekatan eksport, pastikan anda faham bila sesuatu eksport itu berlaku serta sekatan dan proses yang mesti dipatuhi.

    Lihat Lebih DekatSebagai peneraju global, kita perlu memastikan supaya produk kita tidak jatuh ke tangan yang salah. Kita melakukannya dengan mengetahui rantaian bekalan kita dan pelanggan kita, kedua-dua domestik atau antarabangsa.

    Kita perlu tahu secukupnya mengenai pelanggan kita untuk memastikan kita berurusan dengan entiti yang bereputasi baik – dan mengelak daripada menjual atau mengeksport kepada mereka yang terlibat dalam tindakan keganasan atau pembuatan senjata haram, atau mereka yang berada dalam senarai diharamkan akibat aktiviti berbahaya atau haram.

    18

  • 19

    MELAWAN PENGGUBAHAN WANG HARAM DAN PEMALSUAN

    Perniagaan daripada semua saiz boleh dijadikan sasaran untuk penggubahan wang haram dan pemalsuan. Untuk mengelaknya, kita hanya menjalankan perniagaan dengan pelanggan yang terlibat dalam aktiviti perniagaan yang sah dan mendapatkan dana mereka menerusi sumber yang sah. Kita memerhatikan tanda isyarat dan mengambil langkah yang munasabah untuk mengesan dan mengelakkan hubungan bakal pelanggan yang boleh meletakkan kita dalam risiko.

    Tanggungjawab dipentingkan

    • Kita mematuhi prosedur usaha wajar sebelum terlibat dengan mana-mana rakan kongsi perniagaan, termasuk wakil, pengedar, atau ejen pihak ketiga.

    • Kita melaporkan mana-mana perkara berikut kepada Jabatan Undang-undang atau [email protected]: – Pelanggan atau wakil pelanggan

    memberi maklumat palsu – Bayaran tunai atau kesetaraan tunai

    (wang pos, cek kembara)– Diminta untuk membayar menerusi

    pihak ketiga atau kepada pihak ketiga– Hubungan perniagaan di lokasi yang

    biasanya dikaitkan dengan keganasan atau pengedaran dadah

    – Cuba menstruktur transaksi agar melepasi keperluan buku kira-kira dan pelaporan biasa

    Sebelum mengambil wakil, pengedar, ejen pihak ketiga, atau rakan kongsi perniagaan baharu, pastikan kita melaksanakan usaha wajar yang sepatutnya dan mematuhi Prosedur Pengambilan dan Pengambilan Semula Rakan Kongsi Perniagaan.

    19

    Cara Regal

    Olivia sedang menguruskan tuntutan pembayaran daripada pembekal apabila dia menerima e-mel yang memintanya menukar alamat yang dikaitkan dengan bayaran itu. Tuntutan ini berasal dari nama yang beliau tidak kenali, dan  alamat e-melnya mempunyai URL yang berbeza sedikit daripada alamat hubungan yang biasa digunakan semasa dia memprosesnya. Sebelum memulakan pertukaran alamat, dia  menghubungi Jabatan Undang-undang. Selepas beberapa analisis, ketentuan dibuat bahawa tuntutan itu berasal dari alamat e-mel palsu. Sekiranya beliau membayar invois itu tanpa usul periksa, bayaran mungkin telah dihantar ke tempat yang salah.

  • 20

    INTEGRITI KITA PENTING APABILA KITA MEMBUAT KEPUTUSAN YANG MEMPENGARUHI SYARIKAT.

    20

  • 21

    MELINDUNGI ASET KITA

    Kita semua bertanggungjawab untuk menggunakan aset Regal dengan sepatutnya. Ini bermakna kita perlu menggunakan pertimbangan munasabah dan melakukan pengawasan yang perlu apabila menggunakan dana, harta, maklumat dan sistem maklumat Syarikat.

    Tanggungjawab dipentingkan

    • Kita menggunakan aset Regal untuk tujuan Syarikat dan demi kebaikan Syarikat sahaja.

    • Kita menggunakan pertimbangan yang baik apabila menggunakan aset Syarikat, sama ada membelanjakan wang Syarikat ke atas perbelanjaan perjalanan atau menulis e-mel profesional.

    • Kita menggunakan semua sumber elektronik Syarikat termasuk komputer peribadi, e-mel, telefon bimbit, dengan sepatutnya.

    • Kita mematuhi semua dasar dan prosedur sekuriti siber.

    Lihat Lebih DekatAda ketikanya penggunaan sumber sampingan syarikat mungkin boleh diterima atas alasan peribadi. Sebagai contoh, anda mungkin perlu menghubungi pejabat doktor anda untuk menetapkan janji temu atau memeriksa Internet mengenai lalu-lintas untuk pulang ke rumah.

    Gunakan pertimbangan yang baik: Jika tidak membabitkan banyak sumber dan tidak mengganggu pekerjaan anda atau orang lain, ia mungkin tidak mengapa. Peraturan khusus bagi kemudahan dan kumpulan kerja mestilah sentiasa dipertimbangkan.

    21

  • 22

    MAKLUMAT SULIT

    Syarikat, pelanggan kita, dan pembekal kita meyakini kita dengan maklumat sulit dan berharap kita akan memastikan ia selamat. Kita semua bertanggungjawab untuk melindungi sebarang maklumat sulit yang kita gunakan dalam pekerjaan kita. Lindunginya dan hanya guna atau kongsikan jika kerja anda memerlukannya. Satu-satunya pengecualian ialah apabila pendedahan itu dibenarkan sewajarnya atau diperlukan oleh undang-undang.

    Tanggungjawab dipentingkan

    • Kita memastikan maklumat itu selamat dan sulit serta tidak dikongsi tanpa kebenaran untuk melakukannya.

    • Kita mengelak daripada membincangkan maklumat sulit di tempat awam.

    • Kita tidak berkongsi maklumat dengan orang di luar Regal melainkan mereka mempunyai keperluan yang sah untuk tahu, dan kita tidak sekali-kali akan mendedahkan maklumat ini tanpa kelulusan.

    • Kita menggunakan maklumat sulit untuk tujuan yang dicadangkan sahaja dan bukan di atas alasan peribadi.

    • Kita bertindak secara bertanggungjawab apabila menyalin dan mengendalikan dokumen sulit dan hanya mengeluarkan dokumen itu dari tempat kerja apabila diperlukan untuk melaksanakan pekerjaan anda dengan sewajarnya.

    • Kita mendedahkan maklumat Syarikat dengan sepatutnya.

    • Kita tidak menggunakan maklumat sulit yang kita peroleh daripada pekerjaan terdahulu, dan kita bertanggungjawab untuk melindungi maklumat sulit Regal jika pekerjaan kita dengan Regal tamat.

    Lihat Lebih DekatAset bernilai Syarikat kita merangkumi sebarang maklumat yang secara umumnya tidak disediakan kepada orang awam, termasuk maklumat yang kita bangunkan, beli atau lesenkan, atau terima daripada pelanggan dan pembekal – walau dalam apa jua format yang ia muncul.

    Ada kemungkinan yang anda mungkin perlu mendedahkan maklumat Syarikat kepada orang di luar Regal atas alasan perniagaan yang sah. Sebelum melakukannya, hubungi Jabatan Undang-undang untuk dapatkan bantuan mengenai perjanjian kerahsiaan.

  • 23

    PRIVASI DATA PERIBADI

    Adalah tanggungjawab kita untuk melindungi maklumat peribadi yang kita gunakan dan simpan semasa melakukan pekerjaan kita. Undang-undang seperti Peraturan Perlindungan Data Umum (GDPR) di Kesatuan Eropah mempunyai banyak keperluan yang mesti kita patuhi. Orang yang berkongsi maklumat peribadi dengan kita akan dapat meyakini bahawa kita akan mengendalikannya secara bertanggungjawab, menggunakan dan menyimpannya untuk tujuan perniagaan yang sah sahaja dan mematuhi undang-undang privasi yang terpakai.

    Tanggungjawab dipentingkan

    • Kita mengaku apabila kita bekerja mengendalikan maklumat peribadi mengenai individu supaya kita boleh mengambil langkah untuk melindunginya.

    • Kita mengetahui bahawa penggunaan atau akses kita terhadap data tertentu mungkin disekat, akibat pertimbangan privasi.

    • Jika mengumpul data peribadi, kita akan telus mengenai perkara yang dikumpul dan bagaimana ia akan digunakan, dan kita memperoleh sebarang persetujuan yang diperlukan.

    • Kita menggunakan data peribadi mengikut tujuan ia dikumpulkan sahaja, dan kita menyimpannya selagi ia diperlukan.

    • Kita mematuhi prosedur sekuriti data kita bagi memastikan data peribadi tidak didedahkan secara tidak wajar.

    • Kita tidak berkongsi maklumat peribadi mengenai seseorang kecuali mendapat kebenaran yang eksplisit untuk melakukannya, termasuk dengan pembekal dan pihak ketiga lain.

    Lihat Lebih DekatKita hidup di era digital di mana organisasi berupaya mengumpul dan menyimpan maklumat mengenai orang dalam jumlah yang sangat besar.

    Kerajaan menyahutnya dengan meletakkan kekangan ke atas cara orang dan syarikat menyimpan dan menggunakan data tersebut.

    Keperluan privasi tersebut mempengaruhi kita semua. Di Regal, kita menyediakan perlindungan yang sesuai untuk memastikan data itu dijamin dan dipindahkan dengan sewajarnya.

    23

  • HAK HARTA INTELEK

    Inovasi dan pembangunan produk baharu amat penting kepada kejayaan jangka panjang kita. Melindungi sumbangan individu dan berkumpulan kita terhadap penyelidikan dan pembangunan teknologi dan produk baharu amat penting. Harta intelek kita merangkumi kesemua inovasi yang kita cipta. Kita semua mesti menyedari tentang keperluan dan obligasi untuk memelihara dan melindungi hak harta intelek kita.

    Tanggungjawab dipentingkan

    • Kita menilai produk, perkhidmatan, proses, dan perisian baharu Regal untuk mengenal pasti kemungkinan intervensi dan rahsia perdagangan.

    • Kita meletakkan lambang pada produk, risalah produk, dan pengiklanan dengan notis harta intelek.

    • Kita memastikan supaya perjanjian kerahsiaan telah disediakan apabila berkongsi maklumat mengenai harta intelek kita.

    • Kita menggunakan jenama dan tanda dagangan kita dengan sewajarnya, sama ada meletakkan lambang pada produk atau pembungkusan itu sendiri, dalam bahan promosi, e-mel, atau sebarang penggunaan lain.

    • Kita menghubungi Jabatan Undang-undang jika berasa bimbang dengan risiko terhadap harta intelek kita.

    • Sebelum berkolaborasi dengan seseorang di luar syarikat untuk membangunkan idea dan membuat penemuan, kita berunding dengan Jabatan Undang-undang dan memastikan supaya perjanjian pembangunan teknologi telah disediakan.

    Harta intelek termasuk:

    • paten• tanda dagangan• hak cipta• rahsia perdagangan• maklumat pemilikan lain seperti penemuan dan idea

    Lihat Lebih DekatSepertimana kita menjangkakan orang menghormati harta intelek kita, kita juga menghormati harta orang lain.

    Sebagai sebahagian daripada iltizam ini, kita mesti mencari paten dan tanda dagangan yang bercanggah dan tidak sekali-kali menggunakan perisian, musik, foto, atau imej lain yang tidak dibenarkan atau dilesenkan kepada Regal.

    24

  • PERDAGANGAN ORANG DALAM DAN PEMBERIAN MAKLUMAT SAHAM

    Kita tidak boleh membeli atau menjual saham Regal (atau sebarang saham yang berkaitan dengannya) atau menggalakkan orang lain melakukannya berdasarkan maklumat dalaman mengenai Syarikat atau mengenai sesiapa yang menjalankan perniagaan dengan kita. Dasar kita, Larangan Perdagangan Orang Dalam, dikenakan pada semua orang. Bagaimanapun, ia bukan hanya dasar Syarikat – ia juga merupakan undang-undang. Denda untuk perdagangan orang dalam adalah serius dan boleh membabitkan pendakwaan jenayah.

    Tanggungjawab dipentingkan

    • Kita tidak berjual beli saham berdasarkan maklumat dalaman.

    • Kita tidak kongsikan prestasi dan pembangunan penting Syarikat atau memberitahu rakan dan saudara mara kita yang mereka patut membeli atau menjual saham kita berdasarkan maklumat dalaman tersebut.

    • Kita memahami tentang fungai dasar kita sebelum membeli atau menjual saham Regal.

    Pengarah, pegawai, dan pekerja tertentu mesti mematuhi peraturan berkaitan pemegangan saham Regal. Untuk maklumat lanjut, sila lihat Sijil untuk Pengarah, Pegawai, Kakitangan Penting Operasi dan Kewangan.

    25

  • 26

    MENGELAKKAN KONFLIK KEPENTINGAN

    Tingkah laku kita, sama ada semasa bekerja atau di luar tempat kerja tidak boleh bercanggah dengan kepentingan terbaik Regal. Konflik kepentingan timbul apabila seseorang mempunyai hubungan peribadi, kewangan, atau lain-lain yang boleh mengganggu tugasnya untuk membuat keputusan perniagaan yang adil dan objektif, atau apabila seseorang menggunakan jawatan mereka di Regal untuk keuntungan peribadi dan di atas perbelanjaan syarikat.

    Tanggungjawab dipentingkan

    • Kita tidak membuat keputusan atau bertindak dengan cara yang bercanggah dengan tanggungjawab kita kepada Regal.

    • Kita mempertimbangkan bagaimana orang lain melihat tindakan kita – termasuk orang di sekeliling kita dan di luar Syarikat.

    • Jika beranggapan yang kita akan berdepan dengan konflik kepentingan, kita akan menghubungi pengurus atau Jabatan Undang-undang kita.

    Lihat Lebih DekatSemua yang berikut berpotensi menjadi konflik kepentingan:

    • Memiliki saham pembekal, pelanggan, atau pesaing• Memberi atau menerima hadiah daripada orang yang

    menjalankan perniagaan dengan Regal atau mereka yang mahu (kecuali dibenarkan di bawah dasar Hadiah, Hiburan, dan Jamuan kita)

    • Mempunyai ahli keluarga yang bekerja untuk pembekal atau pelanggan

    • Menggunakan aset atau kelengkapan Regal melebihi penggunaan sampingan peribadi

    • Hubungan romantik antara pekerja Regal di mana seseorang itu melapor diri kepada seseorang yang lain atau seseorang yang mempunyai kuasa untuk mempengaruhi keputusan individu lain (sama ada secara langsung atau tidak langsung, termasuk menerusi persahabatan dengan pengurus lain)

    • Sebarang perniagaan di luar atau kepentingan lain yang mengambil masa atau perhatian yang signifikan daripada kerja anda di Regal, termasuk perkhidmatan jemaah lembaga tanpa keuntungan

  • 27

    SUMBANGAN POLITIK

    Di Regal, kita menggalakkan pengarah, pegawai, dan pekerja kita menjadi pengundi berilmu dan terbabit di dalam proses politik. Bagaimanapun, amat penting agar Regal dipisahkan daripada aktiviti politik peribadi anda.

    Sebagai sebuah Syarikat, mengekalkan pemisahan yang jelas ini membantu kita mematuhi undang-undang kebangsaan, negeri, dan tempatan yang mengawal selia penyertaan kita dalam aktiviti politik dan batasan terhadap sumbangan politik. Sebagai pekerja, ia membantu memastikan yang penyertaan politik itu adalah pilihan peribadi, sukarela, dan individu – tidak dipengaruhi oleh Regal dalam apa jua cara.

    Tanggungjawab dipentingkan

    Jika kita menyertai proses politik secara peribadi:

    • Kita tidak menggunakan harta, kemudahan, masa, atau dana Syarikat untuk menyokong aktiviti politik peribadi kita.

    • Kita tidak memancing sumbangan untuk tujuan atau calon politik daripada orang lain di tempat kerja atau ketika berada di hartanah Syarikat.

    • Kita tidak menggunakan nama Regal atau pangkat pekerjaan kita atau membayangkan sebarang jenis sokongan Regal terhadap aktiviti kita.

    Jika kita diberi kuasa oleh Syarikat untuk berhubung dengan parti, pertubuhan, calon politik, atau pegawai kerajaan bagi pihak Syarikat:

    • Kita membuat pendedahan yang wajar dan meminta kelulusan daripada Jabatan Undang-undang dan ketua perniagaan sebelum menjanjikan sebarang aktiviti atau pembayaran politik.

    • Kita mematuhi sepenuhnya undang-undang dan peraturan yang terpakai.

    • Kita berhati-hati untuk mengelak sesuatu walaupun sekadar kelihatan seperti sogokan apabila membuat sumbangan politik.

    Lihat Lebih DekatSekatan terhadap penyertaan Syarikat di dalam proses politik dikenakan secara global.

    Walau apapun undang-undang yang ada di negara anda, anda mesti meminta kelulusan daripada ketua perniagaan dan Jabatan Undang-undang anda sebelum mengambil tindakan politik bagi pihak Syarikat.

    27

  • 28

    INTEGRITI KITA PENTING APABILA KITA MEMBENTANGKAN MAKLUMAT MENGENAI SYARIKAT.

    28

  • 29

    BUKU KIRA-KIRA DAN REKOD SYARIKAT

    Sebagai syarikat awam, Regal mesti melaporkan situasi kewangan kita dengan jujur. Jika anda memberi maklumat kepada Syarikat, pastikan ia tepat dan lengkap. Integriti buku kira-kira dan rekod kita bergantung kepada kualiti maklumat yang kita terima.

    Tanggungjawab dipentingkan

    • Kita menandatangani dan membenarkan transaksi yang sepatutnya, tepat dan sejajar dengan dasar kita.

    • Kita teliti dan jujur serta mematuhi semua dasar dan prosedur kawalan dalaman Syarikat apabila merekodkan aset, liabiliti, pendapatan, dan perbelanjaan.

    • Kita tidak dengan sengaja mencipta rekod palsu dan mengelirukan untuk sebarang tujuan.

    • Kita tidak sekali-kali menyatakan perbelanjaan secara berlebihan, memindahkannya ke suatu tempoh masa yang berbeza, atau menyalah kelas sebarang maklumat kewangan.

    • Kita bersuara jika berasa bimbang mengenai perekodan maklumat kewangan dan perniagaan.

    Lihat Lebih DekatAda kalanya, kita mungkin terlibat dalam audit dalaman dan luaran untuk sistem dan kawalan kewangan kita. Ini membantu kita mempamerkan integriti maklumat kewangan kita.

    Sentiasa bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana juruaudit. Kongsikan sebarang maklumat yang diperlukan secara tepat, terperinci, tepat masa supaya ia boleh membantu kita memastikan kepatuhan terhadap prinsip-prinsip berikut.Jika anda berasa bimbang mengenai maklumat kewangan

    syarikat atau melaporkan, menyuarakan kepada Pengawal Syarikat, Audit Dalaman, Talian Integriti, Jabatan Undang-undang, atau Jawatankuasa Audit Lembaga Pengarah.

    29

  • 30

    PENGURUSAN REKOD DOKUMEN

    Kita memelihara rekod secara bertanggungjawab, mengikut undang-undang dan dasar Syarikat. Kita turut mengambil berat untuk memastikan semua rekod tersebut jelas, tepat, dan lengkap.

    Tanggungjawab diutamakan

    • Kita menunjukkan pertimbangan yang baik apabila meletakkan maklumat bertulis, termasuk e-mel kita dan persuratan lain.

    • Kita mengekalkan rekod dalam tempoh masa yang sesuai di bawah jadual pengekalan rekod Syarikat kita.

    • Kita mengikuti dasar Syarikat bagi memastikan kemusnahan rekod Syarikat yang betul.

    • Kita melabelkan maklumat sulit sewajarnya dan mengedarkannya hanya untuk mereka yang mempunyai keperluan perniagaan yang ingin tahu.

    • Kita berpegang pada notis yang dituntut oleh undang-undang, mematuhi mana-mana arahan daripada Jabatan Undang-undang untuk mengekalkan rekod tertentu.

    KOMUNIKASI DENGAN PENGAWAL SELIA DAN MEDIA

    Kita perlu berhati-hati dengan kenyataan awam tentang Syarikat, kerana ini boleh menjejaskan reputasi atau perniagaan Regal.

    Warga media mungkin menghubungi kita melalui pelbagai cara termasuk telefon, e-mel, teks, atau minta untuk bertemu. Kita juga mungkin dihubungi atau diminta untuk menjawab kepada pengawal selia kerajaan. Ada kemungkinan yang anda akan menerima sesetengah daripada permintaan ini. Untuk menguruskan komunikasi kita, orang tertentu yang dilantik oleh Regal sahaja boleh bercakap dengan media, pengawal selia, atau orang awam.

    Tanggungjawab dipentingkan

    • Jika kita menerima permintaan maklumat dari pegawai kerajaan, kita memaklumkan kepada Ketua Pegawai Kewangan atau Penasihat Am.

    • Kita tidak bercakap dengan orang ramai — termasuk media, pelabur, atau pengawal selia — tentang Regal kecuali kita tetapkan sebagai jurucakap Syarikat.

    • Jika kita dihubungi oleh media melalui mana-mana saluran, kita maklumkan kepada Timbalan Presiden Perhubungan Pelabur, Ketua Pegawai Kewangan, dan Ketua Peguam.

    • Kenyataan awam yang diberi kuasa kita adalah tepat, tepat pada masanya, dan menghormati semua urusan perniagaan kita.

  • 31

    MEDIA SOSIAL

    Hari ini, dunia berkomunikasi melalui media sosial – secara peribadi dan profesional. Oleh kerana alatan ini boleh menyebarkan maklumat dengan segera ke seluruh dunia, kita mesti menguruskan penggunaan media sosial dan mengelak daripada tindakan yang boleh memudaratkan atau memberi gambaran buruk tentang Regal.

    Tanggungjawab dipentingkan

    • Apabila menggunakan media sosial dalam kehidupan peribadi kita, kita tidak pernah membayangkan diri kita sebagai bercakap untuk Regal.

    • Kita tidak menyiarkan bagi pihak Regal melainkan kita diberi kuasa secara khusus untuk melakukannya.

    • Kita mengiktiraf sifat keterbukaan media sosial, jadi kita bertindak dengan penuh hormat dan mengelak bahasa yang boleh dianggap tidak sesuai, berdiskriminasi, atau menghina.

    • Kita mengaku bahawa kita wajib melindungi rahsia perdagangan atau maklumat sulit lain, dan kita tidak pernah menyiarkan maklumat ini di media sosial.

    Cara RegalCatherine ada berita menarik untuk dikongsikan: Divisyennya sedang mengembangkan bidang perniagaan baharu dan dia telah ditawarkan pekerjaan di luar negara. Dia tidak sabar untuk memberitahu rakan dan keluargannya di media sosial.

    Kemudian Catherine berhenti sejenak untuk berfikir: Mungkin pengembangan itu belum lagi diwar-warkan secara terbuka? Perpindahan itu masih ada beberapa bulan lagi. Jadi dia menghubungi pejabat Komunikasi untuk mengetahui apa yang boleh dikongsikan.

    31

  • 32

    INTEGRITI KITA PENTING APABILA KITA MENJAGA KOMUNITI KITA.

    32

  • 33

    KELESTARIAN ALAM SEKITAR

    Sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, kita mahu menjadi peneraju dalam melindungi alam sekitar. Kita mendapat dorongan kerana produk yang kita reka dan keluarkan dapat membantu mewujudkan masa hadapan yang lebih baik dengan mengurangkan permintaan terhadap tenaga dan penggunaan sumber semula jadi. Menerusi pengawasan yang teliti, kita boleh melahirkan nilai murni untuk semua pemegang kepentingan dan memelihara peluang untuk generasi mendatang.

    Tanggungjawab dipentingkan

    • Kita menjalankan operasi dengan cara yang meminimumkan impak kita terhadap persekitaran dan memenuhi semua undang-undang dan keperluan alam sekitar yang terpakai.

    • Kita menggalakkan pemuliharaan dengan mengurangkan penjanaan sisa dam mengurangkan penggunaan tenaga dan sumber semula jadi lain.

    • Kita mengurangkan sisa pepejal, mengurus sebarang sisa berbahaya dengan sewajarnya, dan mengitar semula sebarang bahan boleh pulih.

    33

  • 34

    AKAUNTABILITI SOSIAL

    Kita berusaha secara aktif untuk melindungi hak asasi manusia dalam perniagaan global kita, kerana dapat melihat bahawa amalan perniagaan kita mempengaruhi kehidupan orang ramai. Standard akauntabiliti sosial kita merangkumi amalan pekerjaan yang adil, hak asasi buruh dan manusia, dan pencegahan buruh kanak-kanak. Standard ini dan lain-lain dikenakan di mana jua kita menjalankan perniagaan, termasuk kepada subsidiari, divisyen, usaha sama, dan perkongsian. Di tempat ini, kita menggalakkan dan meraikan peranan aktif pekerja kita di dalam komuniti di tempat kita bekerja dan tinggal.

    Tanggungjawab dipentingkan

    • Kita tidak melantik kanak-kanak (di bawah umur 16 tahun).

    • Jika kita melantik pekerja muda (berumur 6 hingga 18 tahun), kita memastikan mereka bekerja sewaktu siang dan di luar waktu sekolah. Kita mengehadkan masa mereka bekerja dan pendedahan mereka terhadap jenis pekerjaan tertentu.

    • Kita tidak menggunakan buruh paksa dalam perniagaan atau rantaian bekalan kita. Semua pekerja bekerja atas kemahuan sendiri, dan bebas untuk menamatkan pekerjaan mereka pada bila-bila masa.

    • Kita memelihara tempat kerja yang selamat dan sihat.

    • Kita menghormati dan mendukung semua undang-undang berkaitan pekerjaan.

    • Kita membayar upah yang kompetitif di lokasi kita menjalankan perniagaan.

    • Apabila mengetahui tentang tingkah laku atau aktiviti yang tidak wajar berkaitan pembekal, kontraktor, atau rakan kongsi perniagaan lain, kita akan mengambil tindakan.

    Apakah perhambaan moden? Memaksa orang bekerja, menyekat hak mereka untuk keluar ke mana-mana atau meninggalkan pekerjaan mereka, dan mengancam mereka dengan keganasan atau mudarat lain untuk memaksa mereka bekerja.

    Ini pencabulan hak asasi manusia dan kita tidak akan bertolak ansur dengan mereka dalam perniagaan atau rantaian bekalan kita. Kita tidak akan menjalankan perniagaan dengan pembekal, kontraktor, atau rakan kongsi perniagaan lain yang tidak memenuhi norma-norma kita dan standard yang terpakai.

    Semak Dasar Akauntibiliti Sosial kita untuk tanggungjawab tambahan.

  • 35

    MENERAPKAN KEPENTINGAN INTEGRITI SETIAP HARIIntegriti ialah iltizam berterusan demi melakukan perkara yang betul, secara besar-besaran dan kecil-kecilan, dan ia menjadikan Regal tempat yang lebih baik untuk bekerja dan perniagaan yang lebih kukuh.

    Kod ini suatu cara yang dapat membantu kita semua memahami makna melakukan sesuatu dengan betul. Kita mempunyai dasar dan perintah tambahan yang juga membantu memacu tingkah laku yang sah dan beretika. Kebanyakan daripadanya menyentuh subjek yang sama dan harus dirujuk agar standard kita dapat difahami sepenuhnya.

    Apabila bersuara tentang integriti dan meletakkan standard etika yang tinggi kepada diri kita dan rakan sejawat lain, kita semua mampu melakukan kerja kita dengan lebih baik, melayan pelanggan sebagaimana yang mereka jangkakan, dan memperoleh kepercayaan daripada pemegang saham kita.

    Itulah sebabnya integriti penting untuk kita semua.

    35

  • 36

    Jika anda tidak dapat memanggil nombor dan tidak dapat bercakap dengan pengendali, anda boleh menyerahkan laporan dalam talian di www.regalbeloitintegrity.com

    TALIAN INTEGRITI

    Negara Talian Awasan Integriti

    Australia 1-800-941-637

    Belgium 0-800-793-44

    Brazil 0-800-591-7018

    Kanada 1-800-245-2146

    China 400-120-4932

    Colombia 01-800-710-2131

    Perancis 0-805-089471

    Jerman 0-800-180-0763

    Hong Kong 800-906-138

    India 000-800-100-4541

    Israel 1-809-429368

    Itali 800-789-764

    Malaysia 1-800-817-738

    Mexico 800-681-5346

    Negara Talian Awasan Integriti

    Belanda 0-800-022-0944

    New Zealand 0-800-000132

    Filipina 63-28-8626-3049

    Romania 0-808-360-158

    Rusia 8-800-100-6318

    Singapura 800-852-3953

    Slovakia 0-800-606-236

    Afrika Selatan 0-800-983-462

    Sepanyol 900-809735

    Sweden 46 020-888-588

    Thailand 001-800-852-6327

    Emiriah Arab Bersatu 8000-3204-53

    United Kingdom 0-808-189-1308

    Amerika Syarikat 1-800-245-2146

    MEMBUAT LAPORAN INTEGRITI MELALUI TELEFON(dikendalikan oleh Convercent)

    www.regalbeloitintegrity.com

    [email protected]

    MEMBUAT LAPORAN INTEGRITI DALAM TALIAN(dikendalikan oleh Convercent)

    HUBUNGI E-MEL INTEGRITI REGAL

  • Regal Beloit Corporation

    200 State Street

    Beloit, Wisconsin 53511

    regalbeloit.com