ancaman perubahan iklim global

21
ANCAMAN PERUBAHAN IKLIM GLOBAL Masa depan generasi pelapis semakin terancam akibat sikap rakus dan tidak ambil peduli masyarakat hari ini terhadap kepentingan memelihara alam sekitar. ANCAMAN PERUBAHAN IKLIM GLOBAL Perubahan iklim global merupakan ancaman yang mungkin tidak disedari dan kurang diberi perhatian oleh masyarakat kini. Di Malaysia, masih terdapat segelintir masyarakat yang memandang enteng permasalahan ini. Perubahan iklim global biasanya dikaitkan dengan peningkatan suhu dunia yang merupakan satu proses kompleks serta memakan masa yang panjang. Namun begitu, fenomena kesan perubahan iklim global semakin jelas dan dapat dirasai oleh masyarakat dunia rentetan berlakunya peningkatan suhu dunia. Peningkatan suhu dunia atau lebih dikenali sebagai pemanasan global merupakan satu ancaman baru kepada keselamatan rakyat dan negara malahan dikatakan boleh menjadi lebih dahsyat daripada senjata pemusnah masa. Ini adalah kerana fenomena pemanasan global tidak mengenal warna kulit dan sempadan negara. Di Malaysia, tanda-tanda perubahan iklim akibat pemanasan global dapat dilihat menerusi beberapa kejadian bencana dan juga simptom-simptom yang melanda beberapa kawasan di seluruh negara seperti kenaikan paras air laut, jerebu, banjir dan kekurangan sumber air. Perubahan iklim yang berlaku tidak hanya melibatkan Malaysia sahaja, malah ia merupakan permasalahan global yang harus ditangani secara bersama oleh semua negara di dunia. APAKAH PERUBAHAN IKLIM GLOBAL? Perubahan iklim global biasanya dikaitkan dengan peningkatan suhu dunia atau lebih dikenali sebagai pemanasan global. Pemanasan global merupakan satu indikasi atau tanda-tanda meningkatnya suhu permukaan baik di atas daratan, lautan, ataupun kombinasi keduanya secara menyeluruh. Pemanasan global berpunca daripada pembakaran bahan api fosil seperti arang batu, minyak dan gas menyebabkan peningkatan mendadak gas rumah hijau seperti karbon dioksida, metana dan klorofluorokarbon (CFC) dalam atmosfera. Gas rumah hijau yang terkumpul tidak dapat dibebaskan dan terperangkap dalam atmosfera menyebabkan bumi menjadi lebih panas . 1

Upload: anoiyiyaki

Post on 14-Apr-2016

49 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

iklim

TRANSCRIPT

Page 1: Ancaman Perubahan Iklim Global

ANCAMAN PERUBAHAN IKLIM GLOBAL

Masa depan generasi pelapis semakin terancam akibat sikap rakus dan tidak ambil peduli masyarakat hari ini terhadap kepentingan memelihara alam sekitar.

ANCAMAN PERUBAHAN IKLIM GLOBAL

Perubahan iklim global merupakan ancaman yang mungkin tidak disedari dan kurang diberi perhatian oleh masyarakat kini. Di Malaysia, masih terdapat segelintir masyarakat yang memandang enteng permasalahan ini. Perubahan iklim global biasanya dikaitkan dengan peningkatan suhu dunia yang merupakan satu proses kompleks serta memakan masa yang panjang.

Namun begitu, fenomena kesan perubahan iklim global semakin jelas dan dapat dirasai oleh masyarakat dunia rentetan berlakunya peningkatan suhu dunia. Peningkatan suhu dunia atau lebih dikenali sebagai pemanasan global merupakan satu ancaman baru kepada keselamatan rakyat dan negara malahan dikatakan boleh menjadi lebih dahsyat daripada senjata pemusnah masa. Ini adalah kerana fenomena pemanasan global tidak mengenal warna kulit dan sempadan negara.

Di Malaysia, tanda-tanda perubahan iklim akibat pemanasan global dapat dilihat menerusi beberapa kejadian bencana dan juga simptom-simptom yang melanda beberapa kawasan di seluruh negara seperti kenaikan paras air laut, jerebu, banjir dan kekurangan sumber air.

Perubahan iklim yang berlaku tidak hanya melibatkan Malaysia sahaja, malah ia merupakan permasalahan global yang harus ditangani secara bersama oleh semua negara di dunia. 

APAKAH PERUBAHAN IKLIM GLOBAL?

Perubahan iklim global biasanya dikaitkan dengan peningkatan suhu dunia atau lebih dikenali sebagai pemanasan global. Pemanasan global merupakan satu indikasi atau tanda-tanda meningkatnya suhu permukaan baik di atas daratan, lautan, ataupun kombinasi keduanya secara menyeluruh.

Pemanasan global berpunca daripada pembakaran bahan api fosil seperti arang batu, minyak dan gas menyebabkan peningkatan mendadak gas rumah hijau seperti karbon dioksida, metana dan klorofluorokarbon (CFC) dalam atmosfera. Gas rumah hijau yang terkumpul tidak dapat dibebaskan dan terperangkap dalam atmosfera menyebabkan bumi menjadi lebih panas.

PUNCA DAN FAKTOR PENYUMBANG KEPADA PERUBAHAN IKLIM

Sememangnya punca dan faktor sebenar yang menyumbang kepada perubahan iklim dan pemanasan global masih menjadi pertikaian sesetengah pihak. Namun hakikatnya, apa yang jelas bukti menunjukkan bahawa perubahan iklim dan pemanasan global berpunca daripada aktiviti dan cara hidup manusia sendiri.

1

Page 2: Ancaman Perubahan Iklim Global

Kerakusan manusia menjadi punca utama kepada perubahan iklim global. Pembangunan, pemusnahan hutan, perindustrian, perkilangan dan pengangkutan merupakan antara aktiviti yang menyumbang kepada perubahan iklim sejagat.

Perubahan iklim global yang berlaku adalah kesan peningkatan mendadak gas rumah hijau di atmosfera yang disebabkan oleh kepesatan dalam industri perkilangan, pembalakan, pertanian, pengangkutan dan industri lain di dunia tanpa adanya keseimbangan dengan alam sekitar. Ini seterusnya telah menyumbang kepada pertambahan gas-gas tersebut dan secara langsung meningkatkan suhu bumi.

Peningkatan gas karbon dioksida di atmosfera berlaku kesan daripada pembakaran bahan api fosil seperti penggunaan petrol, arang batu dan gas. Menerusi Laporan Penilaian Ke-4 (Perubahan Iklim 2007) Panel Antara Kerajaan Perubahan Iklim (IPCC), menunjukkan 98 peratus daripada kenaikan suhu bumi kini disebabkan oleh pembebasan gas karbon dioksida.

Konsentrasi karbon dioksida di atmosfera meningkat daripada 280 bahagian sejuta (ppm) yang dicatat pada kurun ke-18 (sebelum era revolusi perindustrian) kepada 379 ppm pada 2005. Pada 2099, sekiranya manusia masih mengekalkan momentum penggunaan bahan api fosil sepertimana sekarang, kepekatan gas ini di atmosfera dijangka meningkat sebanyak 700 ppm. Keadaan ini akan mengakibatkan persekitaran bumi tidak lagi sesuai untuk didiami oleh manusia.Secara relatifnya, pembebasan gas rumah hijau oleh Malaysia masih kecil berbanding beberapa negara lain di dunia. Negara maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat merupakan antara penyumbang utama kepada pembebasan gas rumah hijau. Namun begitu, satu sistem kawalan diperlukan bagi mengurangkan pelepasan gas rumah hijau ke atmosfera.

Negara Tahun Pembebasan gas rumah hijau (juta tan)

Malaysia 19901994

138.0144.0

Thailand 1990 225.0Australia 1990 572.0Jepun 1990

19941,215.91,276.1

Amerika Syarikat 19901994

5,895.96130.

Pembebasan gas rumah hijau oleh negara-negara terpilihSumber: Malaysia Initial National Communication (INC), 2000IMPAK/KESAN PERUBAHAN IKLIM DUNIA KEPADA NEGARA

Perubahan iklim dipercayai telah mempercepatkan proses-proses cuaca sehingga menyebabkan berlaku pelbagai perubahan mendadak dalam tempoh masa yang tidak menentu.

Perubahan iklim dunia dilihat mengancam keselamatan manusia dan negara iaitu dari aspek fizikal dan psikologi. Gabungan keduanya sudah tentu menimbulkan krisis kepada kesejahteraan rakyat,

2

Page 3: Ancaman Perubahan Iklim Global

keselamatan/ketenteraman awam, kestabilan politik dan keutuhan ekonomi sekiranya tidak diuruskan dengan baik.

Antara kesan fizikal perubahan iklim dunia kepada negara adalah seperti berikut:- 

Bencana Alam

Perubahan arah tiupan angin monsun, peningkatan paras air laut, kadar taburan hujan yang tidak menentu merupakan antara fenomena perubahan iklim. Suhu bumi yang kian meningkat mengakibatkan kehidupan manusia menghadapi satu ancaman besar berikutan berlakunya bencana alam lebih kerap dengan tempoh yang semakin meluas.

Taufan, banjir, kemarau dan wabak penyakit berkaitan alam sekitar merupakan antara bencana alam yang berlaku kesan perubahan iklim yang semakin sukar dijangka.

Dengan 9% daripada kawasan daratan di Malaysia (29,000 sq.km) terdedah kepada fenomena banjir, sejumlah 2.7 juta masyarakat negara ini mungkin menjadi mangsa.

Keadaan cuaca yang tidak menentu mengakibatkan negara berhadapan dengan kejadian bencana. Contoh terbaik adalah kejadian bencana banjir yang melanda Johor, pada Januari 2007 telah melumpuhkan kegiatan ekonomi dan sosial masyarakat setempat dan mengakibatkan kemusnahan yang besar.

Sumber air

Pembangunan pesat proses urbanisasi dan industri meningkatkan permintaan terhadap sumber air terutamanya bagi sektor perindustrian, pertanian dan juga kegunaan isi rumah.

Perubahan iklim telah mengakibatkan dua kemungkinan berlaku iaituMalaysia mengalami peningkatan taburan hujan dan penurunan taburan hujan. Peningkatan taburan hujan bermakna Malaysiaterdedah kepada fenomena banjir yang mengakibatkan kemusnahan infrastruktur, harta benda dan kehilangan nyawa.

Dalam pada itu, Malaysia turut terkesan dengan penurunan taburan hujan yang mengakibatkan kekurangan sumber air bersih bagi kegunaan isi rumah, sektor pertanian dan industri.

Ekonomi

Kesan perubahan iklim sudah pasti memberi kesan kepada ekonomi negara. Kerugian yang dialami oleh negara akibat daripada fenomena banjir misalnya dianggarkan berjumlah RM 100 juta setiap tahun. Ini sudah tentu mengakibatkan kegawatan serta menjejaskan kegiatan ekonomi masyarakat.

Dalam pada itu, aktiviti ekonomi dalam negara akan turut terjejas dan mencalarkan imej negara. Kegagalan menguruskan bencana alam dan persekitaran yang tidak kondusif untuk kegiatan ekonomi akan menyebabkan negara berhadapan dengan kesukaran menarik minat para pelabur asing untuk melabur di negara ini. 

Kesihatan

Kesan perubahan iklim dan pemanasan global turut mengancam keselamatan dan kesihatan manusia. Menurut WHO, perubahan iklim global secara langsung atau tidak langsung menyebabkan kira-kira 77,000 kematian setiap tahun di rantau Asia Pasifik. 

Walaupun negara tidak terkesan secara jelas, namun rakyat negara ini terdedah kepada ancaman lain yang turut mengancam nyawa manusia. Tekanan cuaca panas mengakibatkan rakyat negara ini

3

Page 4: Ancaman Perubahan Iklim Global

terdedah kepada penyakit katarak dan kanser kulit. 

Malah, perubahan cuaca yang ekstrem kesan daripada perubahan iklim menyebabkan pertambahan kes wabak penyakit yangberpunca daripada haiwan pembawa ataupun vektor seperti malaria dan denggi. 

Perubahan suhu turut menyebabkan heatwave di beberapa tempat dan ini mengakibatkan penduduk terutamanya warga tua mudah mengalami heatstroke yang boleh mengakibatkan kematian.

Ekosistem

Peningkatan aras laut pula mampu menghasilkan gelombang ganas yang mengancam garis pantai dan struktur hakisan pantai serta memusnahkan zon penampan paya bakau yang mengakibatkan kerosakan habitat asli serta kehidupan akuatik.

Kelemahan urus tadbir sumber hutan negara turut mempercepatkan lagi kesan perubahan iklim terhadap ekosistem. Pembalakan haram, pemusnahan hutan dan pembukaan kawasan baru bagi tujuan pembangunan merupakan antara kegiatan yang menjejaskan kitaran karbon yang merupakan proses semulajadi pengurangan karbon dioksida di atmosfera. 

Ini kerana tumbuhan hijau berperanan sebagai perangkap dan pengguna utama karbon dioksida bagi proses fotosintesis. Penjejasan kepada ekosistem akibat kerakusan manusia akhirnya akan memakan diri dan membawa bencana kepada manusia sendiri. Tanah runtuh, banjir lumpur dan kekurangan sumber merupakan antara kesan penjejasan ke atas ekosistem dan tidak mustahil pada masa akan datang negara berhadapan dengan krisis yang lebih besar.

Kegiatan harian dan penempatan manusia terganggu

Pemindahan zon-zon iklim dan gerakan air laut serta kejadian banjir boleh menjejaskan kegiatan manusia misalnya aktiviti penangkapan ikan dan haiwan akuatik lain. 

Bencana alam seperti ribut dan kemarau juga mengakibatkan gangguan bekalan elektrik. Ini secara tidak langsung memberi kesan kepada manusia bagi menjalankan rutin harian mereka.

Penempatan penduduk di kawasan rendah turut terjejas sekiranya berlaku peningkatan aras air laut yang mungkin akan menghakis dan menenggelamkan kawasan pinggir pantai. Fenomena ini tidak mustahil akan mengakibatkan beberapa kawasan pinggir pantai negara akan hilang daripada peta Malaysia dalam tempoh 50 akan datang. 

Kesan buruk akibat perubahan iklim dunia kepada negara

Kesan perubahan iklim global turut memberi kesan psikologi kepada masyarakat negara ini. Fenomena kesan perubahan iklim sudah pasti menjejaskan kehidupan dan keselamatan manusia dan tidak terkecuali turut menimpa masyarakat negara ini. 

Krisis dan bencana alam yang berlaku kesan perubahan iklim harus ditangani dengan sewajarnya kerana ia merupakan elemen penting menguruskan keresahan rakyat. Perkara ini jika tidak ditangani akan mengundang permasalahan yang lebih besar. Tidak mustahil kegagalan menangani krisis dan bencana mungkin mengakibatkan kepada keruntuhan dan menimbulkan kegawatan kepada institusi keluarga, masyarakat seterusnya melemahkan sistem pentadbiran negara. 

Kejadian bencana alam yang berlaku sudah pasti mengundang krisis kemanusiaan yang serius. Kehilangan nyawa, kemusnahan harta benda dan tempat tinggal serta kehilangan mata pencarian secara tidak langsung memberi kesan psikologi kepada masyarakat. 

Dalam pada itu, tekanan psikologi yang dihadapi oleh masyarakat akan mengundang kepada

4

Page 5: Ancaman Perubahan Iklim Global

permasalahan lain antaranya pengangguran, gejala sosial dan turut menjejaskan perkembangan pendidikan penduduk Tekanan yang dihadapi sedikit sebanyak akan menjejaskan kitaran sosial masyarakat dalam menjalani aktiviti dan kehidupan seharian.

CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI

Secara global, cabaran yang dihadapi amat besar kerana ancaman perubahan iklim dan pemanasan global adalah masalah sejagat dan usaha menangani secara berkesan perlu membabitkan komuniti antarabangsa, penduduk dunia dan Kerajaan, terutamanya melibatkan negara maju yang menjadi pengeluar utama gas rumah hijau. 

Negara maju seperti Amerika Syarikat (AS) yang merupakan pengeluar gas rumah hijau utama dengan sumbangan melebihi 36 peratus jumlah pengeluaran dunia dilihat tidak komited dan enggan menandatangani Protokol Kyoto bagi mengekang tahap pengeluaran gas rumah hijau.

Ternyata negara maju seperti AS bimbang pengehadan pengeluaran gas rumah hijau akan mendatangkan mudarat kepada ekonomi mereka. Malangnya, impak pemanasan global akan lebih mendatangkan mudarat kepada negara dunia ketiga yang miskin seperti negara di Benua Afrika, Bangladesh dan negara di Asia Tenggara.

Sememangnya ada pihak yang berpengaruh terus menafikan bahawa ancaman perubahan iklim itu datang daripada penggunaan bahan api yang membebaskan karbon dioksida ke udara. Pengaruh inilah yang menyebabkan selama ini AS tidak menerima Protokol Kyoto hingga melewatkan tindakan menghadapi ancaman perubahan iklim ini. Mereka berbuat demikian kerana tidak mahu menjejaskan perkembangan industri masing-masing.

Bagi Malaysia, cabaran utama dalam menghadapi kesan perubahan iklim adalah untuk memperkenalkan langkah adaptasi dalam sektor-sektor tertentu bagi mengurangkan kesan jangka panjang fenomena ini. 

Di samping itu, terdapat keperluan untuk menyedarkan rakyat diperingkat akar umbi tentang ancaman perubahan iklim menerusi program dan aktiviti kerana sukar untuk meyakinkan rakyat mengenai ancaman perubahan iklim. Sebagaimana diketahui kesan perubahan iklim tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan perubahan berlaku secara begitu perlahan. 

PERANAN MASYARAKAT

Tahap kesedaran di kalangan masyarakat Malaysia mengenai aspek penjagaan alam sekitar didapati masih rendah. Aktiviti dan cara hidup masyarakat Malaysia memerlukan perubahan terutamanya dari aspek menjaga dan memulihara alam sekitar. Langkah-langkah dan strategi yang diambil tidak bermakna sekiranya tidak mendapat sokongan dan kerjasama daripada masyarakat sendiri. Peranan yang boleh dimainkan oleh masyarakat antaranya ialah:- 

· mengurangkan pembaziran sumber tenaga elektrik 

· mengajar kanak-kanak tentang kepentingan menjaga alam sekitar serta impak dan kesan pemanasan global.

· menanam lebih banyak pokok sebagai sumber oksigen

· mengitar semula bahan terbuang.

· membantu Kerajaan dalam mengenalpasti pihak yang terlibat mencemarkan alam sekitar.

Perubahan iklim dunia dan pemanasan global yang mengundang pelbagai permasalahan sewajarnya menyentap kesedaran semua manusia di seluruh dunia agar lebih menghargai alam sekitar.

5

Page 6: Ancaman Perubahan Iklim Global

Walaupun negara berada dalam suasana yang aman, namun hakikatnya tanpa disedari, sebenarnya negara berhadapan dengan ‘peperangan’ yang mengancam keselamatan rakyat yang bernaung di bawahnya. Perubahan iklim global yang melanda dilihat merungkai kerakusan yang berpunca daripada manusia sendiri. Ini memerlukan usaha dan kerjasama dari semua lapisan masyarakat dan juga komuniti antarabangsa dalam memelihara alam sekitar agar dapat diwarisi oleh generasi akan datang.

“Kita bukan mewarisi alam ini daripada datuk nenek kita tetapi kita meminjamnya daripada anak cucu kita”( Mahatma Gandhi)__________________________________________________________________________________

Panas ekstrem melanda negara, boleh bawa mautKUALA LUMPUR 21 Feb. – Musim panas ekstrem yang dijangka melanda negara minggu depan boleh memberi tekanan fizikal kepada tubuh badan dan kesihatan manusia termasuk menyebabkan kematian seperti strok haba.Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, orang ramai harus mengambil langkah berjaga-jaga kerana cuaca kering dan berpanjangan bukan sahaja memberi kesan kepada ekosistem dan kawasan pertanian, tetapi membahayakan kesihatan.“Perubahan iklim ini akan menjejaskan sumber bekalan air yang selamat lalu meningkatkan kes-kes bawaan air dan makanan serta cirit-birit. Penyakit berkaitan sistem pernafasan dan kardiovaskular juga meningkat.“Kes penyakit denggi pula akan meningkat kerana masyarakat menyimpan air di dalam bekas simpanan yang tidak ditutup malah cuaca panas juga merangsang pembiakan nyamuk dan replikasi virus dalam nyamuk,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.Beliau mengulas laporan tentang negara ini dijangka bakal berdepan cuaca panas melampau bermula minggu depan sehingga awal April ini berikutan fenomena Ekuinoks yang menyebabkan matahari berada tepat di atas garisan khatulistiwa.Tambah Dr. Noor Hisham, semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas tetapi terdapat kumpulan yang lebih cenderung terkesan akibat perubahan iklim tersebut.

6

Page 7: Ancaman Perubahan Iklim Global

“Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain lebih berisiko kerana mereka terdedah kepada cuaca panas.“Orang dewasa berusia 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding mereka yang lebih muda. Kanak-kanak berusia lima tahun, penghidap penyakit sistem pernafasan, darah tinggi, jantung, kencing manis dan kelenjar tiroid juga antara kumpulan yang berisiko tinggi,” katanya.Sementara itu, pakar kesihatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Dr. Jegan Thanabalan berkata, cuaca panas melampau juga boleh menyebabkan strok haba yang boleh membawa maut khususnya kepada kanak-kanak dan orang tua.“Masalah kekurangan air dalam badan adalah yang paling bahaya semasa cuaca kering dan panas kerana perubahan kandungan garam galian dalam badan boleh menyebabkan strok haba berlaku.“Minum banyak air suam, air isotonik dan hadkan aktiviti luar yang terdedah kepada cuaca panas terik,” katanya.- See more at: http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/alam-sekitar/panas-ekstrem-melanda-negara-boleh-bawa-maut-1.62093#sthash.D93E4d0F.dpuf

Definisi dari NASAPemanasan global: peningkatan suhu purata permukaan bumi disebabkan oleh peningkatan tahap gas rumah hijau.Perubahan iklim: perubahan jangka panjang dalam iklim Bumi, atau suatu kawasan

di Bumi.APA ITU PEMANASAN GLOBAL?Pemanasan global (Global Warming) merupakan satu fenomena pemerangkapan gas yang dikenali sebagai gas rumah hijau yang mana kumpulan gas (karbon dioksida, karbon monoksida, kloroflorokarbon (CFC), metana, nitrogen oksida ) ini menghalang dan memerangkap haba bumi daripada terbebas keluar ke angkasa.

Kumpulan gas ini membenarkan bahangan matahari menembusinya tetapi menghalang pembebasan semula bahangan bumi ke atmosfera.

7

Page 8: Ancaman Perubahan Iklim Global

Semakin banyak haba yang terperangkap oleh lapisan gas lalu meningkatkan suhu udara secara global.

Kesan dari pemanasan global ini menyebabkan berlakunya perubahan iklim (climate change).Suhu bumi telah meningkat dua darjah dan kadarnya berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu.

Sumber: http://my-work-global-warming.blogspot.com/PUNCA BERLAKUNYA PEMANASAN GLOBAL?Kajian mendapati 98 % punca pemanasan global ialah pelepasan karbon dioksida akibat pembakaran bahan bakar fosil. Perubahan penggunaan tanah menyumbang 30 peratus pelepasan karbon dioksida. Kesan rumah hijau lebih hebat dan iklim dunia akan berubah secara mendadak.

8

Page 9: Ancaman Perubahan Iklim Global

Sumber: http://earthcaremalaysia.blogspot.com/1. PerindustrianAktiviti perindustrian merupakan punca utama kepada fenomena pemanasan global. Pembakaran bahan api fosil seperti minyak, gas dan arang batu bagi menggerakkan mesin dan jentera telah mengeluarkan banyak gas rumah hijau terutamanya gas karbon dioksida.

2. Penjanaan Tenaga ElektrikPenghasilan tenaga elektrik di pusat-puat penjanaan tenaga elektrik yang menggunakan bahan api fosil juga telah menyebabkan pelepasan gas karbon dioksida yang mendadak. Keseluruhan negara di dunia termasuk Malaysia menggunakan bahan api fosil untuk penjanaan tenaga elektrik.

Malaysia menggunakan hampir 80% penjanaan tenaga elektrik melalui pembakaran bahan api fosil dan 20% melalui penjanaan hidro elektrik.

3. PengangkutanPenggunaan kenderaan bermotor yang menggunakan minyak petrol sebagai bahan untuk menggerakkan enjin banyak membebaskan gas karbon dioksida.

KESAN PEMANASAN GLOBAL?Sumber ekosistem yang ada telah digunakan ke paras maksimum dengan penangkapan ikan berlebihan dan pemupusan kawasan besar hutan. Enam bilion penduduk dunia kini

9

Page 10: Ancaman Perubahan Iklim Global

menggunakan sumber asli bumi secara berlebihan dan tidak terkawal . Jika pemanasan global berterusan , manusia dan tamdunnya akan pupus sebagaimana pupusnya dinosaur.

1.Peningkatan Paras Laut*Suhu tinggi yang berterusan akan mencairkan bongkah-bongkah ais di Barat Artatika dan membawa kepada peningkatan suhu dan air laut.

*Kawasan pantai akan mengalami banjir, hakisan, kehilangan tanah lembab dan

kemasukan air masin ke kawasan tadahan air tawar yang boleh mengancam bekalan air bersih.

Sumber: http://earthcaremalaysia.blogspot.com/

2. Ancaman Hidupan Laut*Pemanasan global menyebabkan air laut menjadi panas dan meningkatkan tekanan kepada ekosistem laut seperti terumbu karang.

3. Perubahan Habitat*Perubahan cuaca sama ada dari panas ke sejuk atau sebaliknya akan menyebabkan hidupan dibumi akan berpindah ke habitat atau lokasi baru.

4. Gangguan Cuaca*Keadaan suhu yang tidak konsisten akan membawa kemusnahan pada muka bumi. Perubahan suhuini menyebabkan bentuk taburan hujan akan merubah sama ada menyebabkan banjir atau kemarau.

5. Tersebar Penyakit

10

Page 11: Ancaman Perubahan Iklim Global

*Penyakit yang mengancam kesihatan manusia seperti malaria dan denggi.Selain itu, katarak mata dan kanser kulit akan mudah berlaku jika pendedahan terlalu lama pada suhu yang tinggi.

Read more: http://www.ciktom.com/punca-dan-kesan-pemanasan-global-global-warming/#ixzz3VPQ0qPRf

11

Page 12: Ancaman Perubahan Iklim Global

PUNCA DAN FAKTOR PENYUMBANG KEPADA PERUBAHAN IKLIM

Sememangnya punca dan faktor sebenar yang menyumbang kepada perubahan iklim dan pemanasan global masih menjadi pertikaian sesetengah pihak. Namun hakikatnya, apa yang jelas bukti menunjukkan bahawa perubahan iklim dan pemanasan global berpunca daripada aktiviti dan cara hidup manusia sendiri.

Kerakusan manusia menjadi punca utama kepada perubahan iklim global. Pembangunan, pemusnahan hutan, perindustrian, perkilangan dan pengangkutan merupakan antara aktiviti yang menyumbang kepada perubahan iklim sejagat.

Perubahan iklim global yang berlaku adalah kesan peningkatan mendadak gas rumah hijau di atmosfera yang disebabkan oleh kepesatan dalam industri perkilangan, pembalakan, pertanian, pengangkutan dan industri lain di dunia tanpa adanya keseimbangan dengan alam sekitar. Ini seterusnya telah menyumbang kepada pertambahan gas-gas tersebut dan secara langsung meningkatkan suhu bumi.

Peningkatan gas karbon dioksida di atmosfera berlaku kesan daripada pembakaran bahan api fosil seperti penggunaan petrol, arang batu dan gas. Menerusi Laporan Penilaian Ke-4 (Perubahan Iklim 2007) Panel Antara Kerajaan Perubahan Iklim (IPCC), menunjukkan 98 peratus daripada kenaikan suhu bumi kini disebabkan oleh pembebasan gas karbon dioksida.

Konsentrasi karbon dioksida di atmosfera meningkat daripada 280 bahagian sejuta (ppm) yang dicatat pada kurun ke-18 (sebelum era revolusi perindustrian) kepada 379 ppm pada 2005. Pada 2099, sekiranya manusia masih mengekalkan momentum penggunaan bahan api fosil sepertimana sekarang, kepekatan gas ini di atmosfera dijangka meningkat sebanyak 700 ppm. Keadaan ini akan mengakibatkan persekitaran bumi tidak lagi sesuai untuk didiami oleh manusia.Secara relatifnya, pembebasan gas rumah hijau oleh Malaysia masih kecil berbanding beberapa negara lain di dunia. Negara maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat merupakan antara penyumbang utama kepada pembebasan gas rumah hijau. Namun begitu, satu sistem kawalan diperlukan bagi mengurangkan pelepasan gas rumah hijau ke atmosfera.

Punca-Punca Pemanasan Global

Kita sering melihat kesan pencemaran alam yang banyak berlaku pada masa ini. Keadaan ini sudah berubah jika dibandingkan dengan suatu masa dahulu iaitu udaranya lebih nyaman serta keadaan cuaca yang tidak terlalu panas. Perkara ini membolehkan manusia menjalani kehidupan dengan selesa. Walau bagaimanapun, keadaan bumi pada masa kini yang terlalu panas telah memberikan kesan negatif kepada kehidupan manusia dan juga alam sekitar. Hal ini diibaratkan seperti manusia hidup di dalam balang kaca yang panas. Oleh hal yang demikian, masyarakat seharusnya tahu punca-punca yang menyebabkan pemanasan global ini berlaku agar dapat mencari ikhtiar untuk menaganinya.

     Terdapat banyak punca yang menyebabkan pemanasan global, antaranya perkara itu disebabkan oleh aktiviti manusia yang tidak terkawal di dunia ini. Hal ini demikian

12

Page 13: Ancaman Perubahan Iklim Global

kerana perkara yang sering kita lihat yang melibatkan aktiviti manusia seperti penerokaan hutan dan pertanian pindah. Mereka membakar kawasan yang telah dijadikan kawasan pertanian untuk dijadikan sebagai baja organik dan mereka membuka pula pertanian baharu di kawasan lain untuk mendapatkan hasil pertanian yang lebih banyak. Namun begitu, secara tidak langsung pembakaran tersebut telah menyebabkan haba terperangkap di udara dan akhirnya menyebabkan suhu semakin panas.

     Selain itu, faktor lain yang menyebabkan berlakunya pemanasan global ialah pembebasan gas-gas yang berbahaya secara tidak terkawal. Menurut data yang dikeluarkan oleh Bank Dunia, Amerika Syarikat telah disenaraikan sebagai pengeluar gas karbon dioksida terbesar dunia dengan jumlah 60005 tan. Peningkatan gas karbon dioksida di atmosfera merupakan penyebab utama pemanasan global yang terhasil daripada pembakaran bahan api fosil, penggunaan minyak petrol dan pembakaran arang batu. Oleh hal yang demikian, pihak yang terlibat secara langsung dalam kes tersebut wajar melakukan anjakan paradigma dan menyembuhkan luka yang dialami oleh bumi ini. Masyarakat juga harus mengatasi masalah ini sebelum ‘nasi menjadi bubur’.

     Di samping itu, kegiatan perindustrian turut menjadi faktor pemanasan global berlaku. Hal ini demikian kerana kegiatan perindustrian yang pesat membangun akan menghasilkan gas-gas berbahaya seperti karbon monoksida. Para saintis di Amerika Syarikat telah membuat ramalan bahawa peningkatan suhu bumi akan berlaku sebanyak 45 darjah celcius menjelang tahun 2030. Oleh itu, masyarakat janganlah mengamalkan peribahasa “Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”. Oleh hal yang demikian, mereka seharusnya mencegah perkara-perkara negatif sebelum berlaku selaras dengan pepatah, ‘mencegah lebih baik daripada mengubati’.

     Pembakaran terbuka juga menjadi punca berlakunya pemanasan global di muka bumi kita ini. Banyak pembakaran terbuka yang telah dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Kesan daripada kegiatan tersebut menyebabkan gas karbon dioksida terhasil serta terbebas di udara dan seterusnya memerangkap haba. Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan seharusnya memperketat undang-undang agar mereka tidak berani membuat sebarang kesalahan di muka bumi ini. Rentetan daripada perkara itu, masalah jerebu yang sering melanda dunia juga akan berkurangan. Kita seharusnya sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna, iaitu sebelum keadaan bumi kita ini menjadi lebih melarat lagi.

     Namun begitu, masih terdapat faktor lain yang menjadi penyebab kepada pemanasan global seperti pembinaan bangunan pencakar langit. Di bandar besar seperti Kuala Lumpur, bangunan-bangunan tinggi yang tersergam indah itu juga sebenarnya memberikan impak negatif kepada muka bumi kita ini. Hal ini demikian kerana pantulan daripada matahari yang menembusi cermin bangunan boleh menyebabkan haba terperap di kawasan atmosfera. Dengan cara ini, masyarakat seharusnya janganlah mengambil mudah seperti melepaskan batuk di tangga, dengan mengejar segala arus pembangunan tetapi menyebabkan kesan negatif kepada hidupan lain. Maka, jelaslah bahawa ketidakseimbangan manusia mengeksploitasi khazanah bumi merupakan faktor berlakunya pemanasan global.

     Kesimpulannya, nilai kemanusiaan yang semakin menipis, iaitu senipis kulit bawang ini merupakan faktor tercetusnya pemanasan global di muka bumi ini. Sehubungan dengan itu, setiap individu dan insan di dunia ini perlu memupuk semangat cinta akan

13

Page 14: Ancaman Perubahan Iklim Global

alam sekitar agar bumi yang sedang sakit ini dapat dipulihkan semula. Kita berharap agar fenomena pemanasan global yang sedang melanda dunia sekarang ini akan berakhir dengan segera agar keselamatan dan kesejahteraan hidup makhluk di dunia ini akan berkekalan. Pihak kerajaan pula perlulah lebih peka terhadap masalah global yang semakin bernanah ini malah perlu menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas agar masyarakat lebih prihatin dengan nasib bumi ini. Oleh itu, Mahatma Gandhi pernah berkata, “kita tidak mewarisi alam ini daripada datuk nenek kita, tetapi kita meminjamnya daripada anak cucu kita”.

Kegiatan perindustrian

Kedua, pengeluaran asap yang tidak terkawal dari kawasan perindustrian seperti kawasan perindustrian yang menggunkan minyak dan arang batu sebagai bahan api. Selain itu bahan-bahan pencemar juga dilepaskan daripada proses-proses yang terdapat di dalam industri seperti industri petrokimia dan industri kuari. Contoh kawasan perindustrian ialah Seguntor di Sandakan dan Lembah Klang. Industri yang berasaskan kayu juga mengundang masalah masalah jerebu. Bahan-bahan buangan sisa industri ini seperti habuk-habuk kayu, kulit-kulit kayu dan serpihan-serpihan kayu biasanya dilupuskan secara dibakar. Pembakaran akan menyebabkan karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen oksida, hidrokarbon di samping debu, dan habuk terampai dibebaskan ke udara yang kesemuanya boleh manambah-burukkan lagi masalah pencemaran udara dan jerebu.Selain itu, asap hasil dari pertambahan bilangan kenderaan di jalan raya juga menyebabkan pertambahan asap-asap di kawasan sekitarnya.

PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA PEMANASAN GLOBAL

1. PERINDUSTRIANAktiviti perindustrian merupakan punca utama kepada fenomena pemanasan global. Pembakaran bahan api fosil seperti minyak, gas dan arang batu bagi menggerakkan mesin dan jentera telah mengeluarkan banyak gas rumah hijau terutamanya gas karbon dioksida.

Banyak di dalam proses pengeluaran produk-produk industri, tenaga haba diperlukan dan ianya dihasilkan melalui proses penghasilan haba seperti pembakaran bahan api fosil di dandang-dandang (boilers).

Contoh industri yang banyak membakar bahan api fosil ialah seperti di dalam industri pengeluaran simin, pengeluaran besi, pengeluaran kain, pengeluaran makanan, pengeluaran bahan-bahan elektronik, elektrik, bahan-bahan binaan dan sebagainya.

Semakin banyak haba diperlukan di dalam industri, semakin banyak gas karbon dioksida dihasilkan, semakin banyak haba yang dan terperangkap oleh lapisan gas lalu meningkatkan suhu udara secara global.

2. PENJANAAN TENAGA ELAKTRIK

Penghasilan tenaga elektrik di pusat-puat penjanaan tenaga elektrik yang menggunakan bahan api fosil juga telah menyebabkan pelepasan gas karbon dioksida yang mendadak. Keseluruhan negara di dunia menggunakan bahan api fosil untuk penjanaan tenaga elaktrik yang merupakan keperluan di dalam semua sektor kehidupan sama ada di sektor kediaman, pentadbiran, perniagaan, perindustrian, pengangkutan dan

14

Page 15: Ancaman Perubahan Iklim Global

perkhidmatan. Malaysia sebagai contoh menggunakan hampir 80% penjanaan tenaga elektrik melalui pembakaran bahan api fosil, walaupun hampir 20% melalui penjanaan hidro elektik. 

3. PENYEDIAAN KEPERLUAN AKTIVITI PERNIAGAAN, PEJABAT DAN KEDIAMAN

Aktiviti manusia di sektor perniagaan, pentadbiran mahupun dirumah kesemuanya bergantung kepada tenaga elektrik dan tenaga haba yang mencukupi bagi menyediakan persekitaran yang selesa. Kesemua itu asasnya ialah pembakaran bahan-bahan api fosil. Jadi aktiviti sedemikian secara langsung telah menyumbang kepada peningkatan karbon dioksida di permukaan bumi. Semakin banyak diperlukan elektrik dan pendingin hawa atau pemanas persekitaran, semakin banyaklah karbon dioksida dihasilkan.

4. PENGANGKUTAN

Kenderaan bermotor kini merupakan pengangkutan utama bagi manusia memudahkan pergerakan mereka di bumi ini.

Penggunaan kenderaan yang menggunakan minyak sebagai bahan bakar utama bagi menggerakkan enjin kenderaan khususnya minyak tanpa plumbum telah banyak membebaskan gas karbon dioksida dan gas karbon monoksida

5. PEMBAKARAN HUTAN

Kegiatan pembakaran hutan secara besar-besaran dan berleluasa untuk membersihkan kawasan hutan bagi menjalankan aktiviti pertanian, petempatan atau sebagainya telah menyumbang kepada pemanasan globalPembakaran hutan telah menyebabkan imbangan kandungan oksigen dengan karbon dioksida tidak seimbang. Lebihan karbon dioksida terjadi dan berlakulah pemanasan globalAsap yang terbebas ke angkasa daripada pembakaran hutan juga mengandungi banyak gas karbon dioksida.

6. PERTANIAN DAN PENTERNAKANAktiviti pertanian yang menggunakan racun-racun serangga dan baja kimia secara berlebihan.

Penggunaan racun-racun serangga dan baja kimia yang secara berlebihan ini telah mengeluarkan banyak gas rumah hijau terutamanya gas metana.Kegiatan perternakan juga menyebabkan berlakunya pemanasan global. Hasil buangan najis haiwan ternakan seperti kambing dan lembu telah menghasilkan dan membebaskan banyak gas metana ke angkasa.

7. LETUSAN GUNUNG BERAPI

Selain punca pemanasan global yang disebabkan oleh aktiviti manusia terdapat juga disebabkan oleh faktor semulajadi iaitu letusan gunung berapi.

15

Page 16: Ancaman Perubahan Iklim Global

Letupan gunung berapi yang banyak mengeluarkan asap dan debu yang mengandungi banyak gas rumah hijau contohnya karbon dioksida, gas karbon monoksida, gas sulfur dioksida dan sebagainya telah menyumbang kepada berlakunya pemanasan global.

Contoh gunung berapi yang pernah meletus ialah Gunung Tambore di Sumbawa dan Gunung Krakatoa di Selat Sunda.

Karangan: Perubahan iklim duniaPosted on July 20, 2011 | 1 Comment

Pembangunan tidak mapan punca iklim dunia berubahPERUBAHAN iklim adalah fenomena sejagat yang berlaku akibat daripada proses pembangunan yang tidak mapan terutama di negara maju sejak zaman perindustrian mereka bermula.

Menurut laporan Panel Perubahan Iklim Antara Kerajaan (IPCC), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), perubahan iklim ialah sesuatu kejadian yang tidak dapat disangkal lagi dan ia berlaku akibat kegiatan manusia membebaskan gas rumah hijau ke atmosfera menyebabkan suhu udara meningkat.Peningkatan kepekatan gas rumah hijau terutama karbon dioksida, metana dan nitrus oksida di atmosfera terutama daripada pembakaran bahan api fosil seperti petrol, diesel, arang batu dan kegiatan guna tanah, memerangkap haba dan menyebabkan peningkatan suhu dan fenomena pemanasan global yang telah membawa pelbagai impak negatif kepada kehidupan manusia masa kini.

Menurut laporan panel itu suhu dunia akan terus meningkat, fenomena kemarau, banjir, peningkatan aras laut akan semakin teruk menjelang dekad akan datang jika dunia tidak berusaha mengurangkan pembebasan gas rumah hijau ini.

Di Malaysia, suhu udara yang meningkat menyebabkan berlaku perubahan pola kejadian fenomena cuaca ekstrem seperti banjir besar, peningkatan aras laut dan hakisan pantai yang serius adalah petanda impak perubahan iklim.

Kejadian banjir terburuk di Johor penghujung 2006 dan awal 2007 serta banjir teruk yang berlaku awal tahun ini juga di Johor, berkemungkinan ada kaitannya dengan perubahan iklim. Kajian Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati 30 peratus pantai di Malaysia mengalami hakisan yang teruk dan ini dijangka menjadi lebih teruk akibat perubahan iklim berterusan.

16

Page 17: Ancaman Perubahan Iklim Global

Perubahan iklim membawa pelbagai impak kepada kesejahteraan penduduk, alam sekitar dan pelbagai ekosistem serta ekonomi. Dengan suhu yang meningkat, banjir dan kemarau yang semakin kerap, keupayaan negara mengeluarkan makanan mungkin akan terjejas.

Menurut laporan IPCC lagi, jika kepekatan gas rumah hijau di atmosfera terus meningkat, dijangka purata suhu dunia akan meningkat melebihi enam darjah Celsius pada penghujung abad ke-21. Ini jauh lebih tinggi berbanding peningkatan kurang dari satu darjah Celsius sejak 100 tahun yang lalu. Dunia akan berada dalam keadaan kemusnahan sekiranya ini berlaku.

Justeru, saintis mencadangkan peningkatan ini dihadkan kepada dua darjah Celsius dan menyeru semua negara mengurangkan pembebasan gas rumah hijau.

Bagaimanapun, instrumen seperti Protokol Kyoto ternyata gagal. Data terkini menunjukkan kepekatan gas ini lebih tinggi daripada kepekatan bagi senario terburuk yang digunakan oleh IPCC. Perundingan antara negara anjuran PBB seperti Persidangan Parti (COP) mengenai konvensyen kepelbagaian biologi juga belum membuahkan sesuatu yang konkrit yang boleh dilaksanakan serta-merta.

Negara maju yang menjadi penyumbang utama kepada perubahan iklim akibat proses pembangunan dan perindustrian mereka sejak 100 lalu, masih gagal menunjuk-kan komitmen yang tinggi untuk menurunkan pembebasan gas rumah hijau dan membantu negara sedang membangun untuk bergerak ke arah ekonomi karbon rendah.

Keghairahan China dan India dalam pembangunannya menjadikan usaha menurunkan kepekatan gas rumah hijau semakin sukar. Peningkatan penduduk dunia yang boleh mencapai lebih 10 bilion pertengahan abad ini daripada lebih kurang enam bilion kini juga akan menyukarkan usaha ini.

Sebilangan besar saintis tidak yakin kaedah perundingan akan menghasilkan satu perjanjian yang dipatuhi oleh semua negara untuk mengurangkan pembebasan gas rumah hijau mereka.

Kaedah manipulasi iklim dipanggil sebagai ‘geo-engineering’ berkemungkinan terpaksa dilakukan. Salah satu kaedah ialah menyembur partikel halus yang dipanggil aerosol ke stratosfera dan dengan jumlah kuantiti yang sesuai ia mampu

17

Page 18: Ancaman Perubahan Iklim Global

mengurangkan kemasukan pancaran sinaran matahari dan mampu merendahkan suhu bumi.

Bagaimanapun ia mempunyai kesan sampingan bersifat negatif. Satu kajian di Amerika Syarikat contohnya, menunjukkan kejadian kemarau pada dekad akan datang di Amerika boleh dikurangkan tetapi ia juga melemahkan sistem monsun di rantau Asia Tenggara dan akan menyebabkan musim kemarau yang berpanjangan.

Ternyata impak positif kaedah seperti ini tidak menyeluruh dan pendekatan geo-engineering seperti ini sepatutnya hanya dilaksanakan dalam kerangka persetujuan semua negara.

Persoalannya apa jaminan negara kuasa nuklear yang mempunyai keupayaan teknologi tinggi untuk tidak bertindak memanipulasi iklim secara unilateral.

18