ancaman dunia siber

3
Ancaman dunia siber Kanak-kanak memerlukan persekitaran yang selamat dan kondusif - See more at: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/keluarga/ancaman-dunia-siber- 1.79223#sthash.sHWwyRlk.dpuf Di rumah, anak perempuan yang dalam lingkungan 12 tahun sibuk dengan telefon bimbit, mungkin sedang melayari laman Facebook atau Instagram yang menjadi kegilaan masa kini, sementara si abang pula, rancak dengan permainan video di komputer dan adik lelaki yang baru berusia tiga tahun pula leka dengan tablet menonton rancangan kartun yang dimuat naik oleh ibu bapa mereka. Senario ini, mungkin berlaku kepada kebanyakan keluarga memandangkan teknologi ‘dunia tanpa sempadan’ ini membantu memberi banyak manfaat kepada kehidupan manusia untuk mengakses pelbagai maklumat. Keadaan ini juga melegakan ibu bapa kerana anak mereka ada di dalam rumah tanpa perlu risau persekitaran luar yang terdedah dengan pelbagai kegiatan jenayah. Namun, mereka lupa bahawa Internet membuka laluan yang luas kepada pelbagai visual dan maklumat yang tidak disaring menyebabkan anak mempunyai kemungkinan untuk menerima ancaman seperti buli siber, pencurian identiti, pornografi, keganasan, dan cyber-grooming. Tanpa panduan dan pengawasan yang sewajarnya oleh orang dewasa, kanak-kanak berisiko tinggi untuk terdedah kepada ancaman dunia siber memandangkan keadaan itu boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Mengulas perkara itu, wakil dari Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unicef), Wivina Belmonte berkata, generasi muda sekarang yang dikenali sebagai digital native, yang dianggarkan seramai dua bilion di seluruh dunia berhadapan dengan ledakan informasi tanpa batasan yang menjadi cabaran kepada pembangunan modal insan dalam mencorakkan masa depan negara.

Upload: hakimyboboy

Post on 12-Nov-2015

11 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

artikel

TRANSCRIPT

Ancaman dunia siberKanak-kanak memerlukan persekitaran yang selamat dan kondusif- See more at: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/keluarga/ancaman-dunia-siber-1.79223#sthash.sHWwyRlk.dpuf

Di rumah, anak perempuan yang dalam lingkungan 12 tahun sibuk dengan telefon bimbit, mungkin sedang melayari laman Facebook atau Instagram yang menjadi kegilaan masa kini, sementara si abang pula, rancak dengan permainan video di komputer dan adik lelaki yang baru berusia tiga tahun pula leka dengan tablet menonton rancangan kartun yang dimuat naik oleh ibu bapa mereka.

Senario ini, mungkin berlaku kepada kebanyakan keluarga memandangkan teknologi dunia tanpa sempadan ini membantu memberi banyak manfaat kepada kehidupan manusia untuk mengakses pelbagai maklumat.

Keadaan ini juga melegakan ibu bapa kerana anak mereka ada di dalam rumah tanpa perlu risau persekitaran luar yang terdedah dengan pelbagai kegiatan jenayah.Namun, mereka lupa bahawa Internet membuka laluan yang luas kepada pelbagai visual dan maklumat yang tidak disaring menyebabkan anak mempunyai kemungkinan untuk menerima ancaman seperti buli siber, pencurian identiti, pornografi, keganasan, dan cyber-grooming.Tanpa panduan dan pengawasan yang sewajarnya oleh orang dewasa, kanak-kanak berisiko tinggi untuk terdedah kepada ancaman dunia siber memandangkan keadaan itu boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

Mengulas perkara itu, wakil dari Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unicef),Wivina Belmonteberkata, generasi muda sekarang yang dikenali sebagai digital native, yang dianggarkan seramai dua bilion di seluruh dunia berhadapan dengan ledakan informasi tanpa batasan yang menjadi cabaran kepada pembangunan modal insan dalam mencorakkan masa depan negara.

Sukar untuk menggariskan antara keperluan realiti dan dunia online kerana kanak-kanak juga mempunyai hak dalam dunia siber. Menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk memberikan peluang sewajarnya kepada anak-anak menggunakan kebaikan yang diperoleh dan dalam masa yang sama turut melindungi mereka daripada ancaman bahaya.Memberi perlindungan kepada kanak-kanak dalam dunia siber menjadi cabaran kepada global yang memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak untuk membuat pemantauan yang berkesan.

Justeru, langkah pertama adalah untuk memberikan kefahaman berhubung ancaman dan implikasi yang wujud dalam dunia siber kepada ibu bapa dahulu, seterusnya meningkatkan tahap keselamatan dalam memantau aktiviti anak-anak dalam hal-hal penggunaan Internet, katanya.Beliau berkata demikian pada Persidangan Mengenai Perlindungan Kanak-Kanak Dalam Dunia Siber: Ke Arah Pendekatan Bersepadu anjuran bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), dan Unicef, di Putrajaya, baru-baru ini.Menurut laporan landskap digital oleh Unicef, 83 peratus daripada 13,945 pelajar sekolah menunjukkan mereka tidak meletakkan kebimbangan pada ancaman di Internet.Keadaan ini menimbulkan kerisauan kerana sifat kanak-kanak yang masih belum matang dari segi fizikal, mental dan emosi mudah diekploitasikan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.

Dalam pada itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,Datuk Seri Rohani Abdul Karim,berkata, masyarakat berdepan dengan isu tidak mengetahui kaedah untuk membuat aduan mahupun mendapatkan pandangan dan nasihat berkaitan aktiviti kanak-kanak yang melayari Internet.

Bagi menangani perkara itu, pelan tindakan Perlindungan Kanak-Kanak Dalam Dunia Siber (PTCOP) yang telah diluluskan kabinet pada Februari lalu, mula digunakan dan diperluas menerusi siri jelajah ke seluruh negara dan kerjasama dengan pelbagai pihak.Katanya, PTCOP mencadangkan langkah-langkah perlindungan yang menumpukan kepada tindakan advokasi, pencegahan dan intervensi serta khidmat sokongan yang dapat dijadikan panduan kepada ibu bapa atau penjaga untuk melindungi anak-anak daripada menjadi mangsa ancaman dunia siber.

Kita sudah ada mekanisme untuk masyarakat mengetahui tentang pelan ini melalui pelbagai kempen kesedaran. Namun, masih ramai yang tidak mengetahui apa yang sepatutnya dilakukan jika anak mereka menjadi mangsa dalam jenayah siber.Ada yang hanya berdiam diri menyebabkan pihak berkuasa dan pihak berkaitan tidak dapat berbuat apa-apa tindakan, katanya.

Menurut Rohani, risiko kanak-kanak terdedah dengan norma negatif dan ancaman siber sangat tinggi kerana ia berlaku kepada sesiapa sahaja dan di mana sahaja.Begitupun, beliau mengakui keperluan kanak-kanak untuk meneroka pengalaman, maklumat, dan pengetahuan baharu melalui kemudahan Internet dan tidak boleh dinafikan untuk membentuk komunikasi baharu terutamanya dalam bidang pendidikan.

Sehubungan itu, katanya, bimbingan dan pemantauan daripada ibu bapa, penjaga, guru dan anggota masyarakat adalah sangat penting untuk mengelakkan insiden yang tidak diingini berlaku sehingga boleh menjejaskan kesejahteraan dan kebajikan kanak-kanak.- See more at: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/keluarga/ancaman-dunia-siber-1.79223#sthash.sHWwyRlk.dpuf